"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 13 Februari 2022

'Perangai BN, makan semeja satu lauk tapi tikam belakang'

 


PRN JOHOR | Kestabilan politik hanya boleh dicapai jika Umno dan BN disekat kemaraannya untuk kembali memerintah, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor.

Ini kerana Umno-BN selepas mendapat kuasa mempunyai kecenderungan untuk mencetuskan pilihan raya negeri, katanya.

“Formulanya Umno tiada, kita boleh ada kestabilan. Mana-mana negeri yang Umno mempunyai kerusi lebih sikit mesti PRN. Macam di Melaka, orang dia sendiri jatuhkan Ketua Mnteri. Johor pun begitu kerana kerusi mereka lebih.

“Kita tengok negeri lain bila mereka (Umno) kerusi sikit, sikapnya lain. Seperti di Kedah kita tidak mengalami masalah, jadi syarat dia senang, kerusi dia (BN) sikit, jadi penting kita tentukan BN jangan menang banyak,” katanya, petik Sinar Harian.

Menteri besar Kedah itu dilaporkan merasmikan Majlis Himpunan Petugas Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kawasan Pulai di Johor, semalam.

‘Zahid ikut formula Anwar’

Menurut Sanusi, BN khususnya Umno dilihat terus menjadi pihak yang mencetuskan perbalahan sehingga sukar mencapai kesepakatan dengan PAS.

“Dia macam kita duduk satu rumah, makan satu meja masak satu lauk, tetapi dia tikam belakang kita, inilah lah perangai BN. Kita kalau nak hidup aman, lidah dengan hati mesti sama.

“Mereka (Umno) sudah menerima macam-macam tetapi tetap tamak kerana mereka kalau boleh mahu semua.

"Tengok apa yang mereka tidak dapat, jika bukan jawatan menteri mesti pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” dakwa Sanusi.

Sementara itu, Sanusi juga mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggunakan formula Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mahu menunjukkan parti mereka sudah kembali diterima rakyat dengan menuntut mengadakan beberapa PRN.

“Ini strategi digunakan Anwar dan diikut pula oleh Zahid yang juga anak muridnya. Mereka (Umno) mahu tunjuk yang konon mereka sudah mendapat keyakinan kembali, itu sebab mereka buat PRN demi PRN.

“Beza sikit daripada Anwar, kalau boleh lihat berapa beliau (Anwar) berjaya buat Pilihan Raya Kecil (PRK) pada tahun 2008 hingga 2013 tetapi tidak boleh buat PRN kerana ketika itu tiada negeri yang goyah, Zahid berjaya lakukan,” katanya lagi.

Di Melaka, wakil rakyat Umno yang berpaling tadah membawa kepada pilihan raya mengejut, manakala di Johor, Umno mewajarkan perlunya pilihan raya negeri baru kerana pemerintahan dengan majoriti tipis satu kerusi.

Mengulas kenyataan Sanusi, Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata parti lain yang menyebabkan ketidakstabilan.

Tanpa menyebut nama, dia memetik insiden sebuah parti menjatuhkan kerajaannya sendiri selepas 22 bulan, menukar menteri besar kurang setahun selepas dia memegang jawatan, menukar ketua parti negeri, dan mengancam pilihan raya mengejut yang memaksa PRN Johor.

Ini rujukan jelas kepada Bersatu, yang merupakan rakan pilihan PAS selepas sebahagian besarnya meninggalkan Umno.

"Kestabilan politik adalah sinonim dengan Umno," kata Shahril.

-malaysiakini

Sabtu, 12 Februari 2022

Bila Tukar Tayar, Selalu Ditanya “Nak Tukar Nut Camber Tak”, Persoalannya Kena Tukar Ke? Ini Jawapan Mekanik


“Camber depan you sudah lari, kena tukar bolt…”

Pernah tak korang terima soalan begini setiap kali membuat penjajaran roda (wheel alignment). Sekali tukar bukan harga murah, boleh dikatakan lebih RM50 sebelah tayar sahaja.

Dari situ timbullah persoalan di mana ianya perlu atau tidak tukar skru camber. Jadi, jom kita sama-sama baca penjelasan daripada pakar tentang hal ini supaya kita semua lebih arif tentang tukar ganti barang kereta.

Persoalannya, perlu tukar atau tidak?

Camber nut atau camber bolt ni fungsi utamanya adalah untuk melaraskan sudut tayar. Apabila ia tidak dilaraskan dengan betul, ia boleh mengakibatkan tayar makan luar/dalam.

Kebiasaannya, camber nut ini akan diganti bila kita modify kereta. Nak kangkang kan tayar, chamber kena ganti dengan jenis ‘adjustable’. Kalau yang original, chamber nut tak boleh adjust

Atau kemungkinan lain juga, bila kereta langgar lubang/lopak yang besar. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada camber nut.

“Jadi, kalau pomen suggest tukar nak tukar tak?”

Sebaiknya, tak perlu tukar dulu. Buat sahaja allingment seperti biasa. Bila dah tukar tayar, dah buat allignment ada masalah, baru bawa ke bengkel untuk checking lagi.

Kenapa kami tak suggest untuk tukar terus?

1. Sebab camber nut ini jarang rosak
2. Elakkan membeli harga premium

Sesetengah bengkel, cas sehingga RM50-60 sebiji chamber sedangkan kos camber ini tak sampai RM10. Ada juga kes di mana ada sesetengah kedai yang ambil kesempatan sampai RM120 untuk satu camber.

So next time tukar tayar kereta, ingat bebenang ni untuk elakkan daripada kita tukar barang yang masih elok digunakan.

Sumber: Carput

Kredit: Siakap Keli

Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Kedah

Rakaman video tular memaparkan seekor harimau berkeliaran yang tersebar di media sosial pada Sabtu.

ALOR SETAR - Tular rakaman video dan klip audio kehadiran harimau belang yang dikatakan berlaku di Bukit Wang, Kubang Pasu, di sini, dalam media sosial pada Sabtu.

Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan 'pak belang' itu berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok sambil haiwan tersebut mengaum kuat berulang kali.

Rakaman haiwan pemangsa itu tersebar bersama satu klip audio seorang lelaki dengan loghat tempatan.

Dalami klip audio tersebut, lelaki itu menyebut 'Ha tu pak belang tu, Jalan Bukit Wang nak pi Changlun dalam kebun jati'.

Bagaimanapun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah ketika dihubungi Sinar Harian menafikan video tular penemuan seekor harimau berkeliaran di kawasan Bukit Wang, di sini.

Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim memberitahu, kejadian berkenaan tidak berlaku di negeri ini, sebaliknya berlaku di luar negara.

-SH Online

Ibu Sajat tunjuk apa yang ada dalam banglo mewah sebelum dijual, sekali ini yang ditemui

 

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat berhasrat menjual banglo mewah miliknya di Kota Damansara pada harga RM9.5 juta.Menerusi video di bawah berpeluang ber jumpa dengan ibu Sajat iaitu Maimon Omar, 66, untuk bersiar-siar di sekitar kediaman mewah ini.

Ibu Sajat pun ‘sp0rting’ je ajak tengok haiwan peliharaan seperti itik, ayam dan ikan… lebah pun ada.

VIDEO

SAJAT BERITAHU SATU SYARAT SEKIRANYA MAHU DIA PULANG KE MALAYSIA

Usahawan yang mendapatkan suaka di Australia, NurSajat Kamaruzzaman, membayangkan dia tidak bercadang untuk kembali dengan mudah ke Malaysia kerana kehidupannya di negara ini “sudah hancur.”Pun begitu, dia berkata, kalau ada orang menawarkan RM2 juta kepada nya keputusan itu mungkin berubah.

“Kalau saya balik Malaysia apa saya dapat? Kalau nak bagi RM2 juta, saya baliklah. Kalau tak nak bagi, nak buat apa.Saya dah hancur segala-galanya di Malaysia, kalau RM2 juta bak mai, saya balik. Kalau tak ada RM2 juta buat apa, tak naklah.

“Di sini, macam-macam saya boleh dapat. Jadi kamu nak saya balik untuk apa? Cuba beritahu kenapa saya perlu balik?Kenapa you all (kamu semua) nak saya balik sangat?” katanya menjawab soalan netizen.

Sajat sebelum ini dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.Disebabkan itu, dia mendapatkan suaka daripada kerajaan Australia pada Oktober tahun lalu selepas melarikan diri dari Malaysia, melalui Thailand.

Terbaru, dia dikehendaki polis bagi membantu siasatan dalam kes penipuan maklumat kad pengenalan yang sedang dibicarakan di Mahkamah Ampang Jaya.Mak nyah itu dikehendaki hadir di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari depan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan satu lagi waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Tak mahu disalahkan atas bencana alam

Sajat pada masa sama secara sinikal menjelaskan, tidak lagi mahu dijadikan seolah-olah kambing hitam sekiranya sesuatu bencana menimpa negara ini. Jelas Sajat, dia sudah serik apabila namanya seringkali ‘dipetik’ menjadi asbab sesuatu musibah menimpa Malaysia.

“Kalau saya balik Malaysia, saya tak boleh pakai baju terbelah-belah atas bawah macam longkang ni.Kalau saya pakai, nanti semua bencana alam yang berlaku kat Malaysia tu orang cakap disebabkan salah saya.Habis semua Pencetus Ummah, ustaz, ustazah, menteri agama lepas tu Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia nanti semua kata semua yang berlaku disebabkan bersubahat dengan orang berdosa macam saya,” ujarnya.

Menambah hujahnya itu, kata Sajat, walaupun dia sudah tidak berada di Malaysia, negara ini tetap ditimpa musibah.

“Nanti ada yang kata Tuhan marah menyebabkan air laut bergelora, angin bertiup kencang, ribut taufan, bumbung melayang dan tanah terus retak.Ni, aku tak ada pun, masih ada ribut dan banjir sana sini. Cukup, aku tak nak diperlehkan lagi,” katanya.

‘Pender4an seksual’ di sekolah agama

Menurut Sajat, orang ramai begitu mudah menjatuhkan hukum terhadapnya disebabkan penampilannya sedangkan banyak lagi perkara negatif berlaku disebabkan kejahatan yang disembunyikan.

Dia turut mengambil contoh penderaan seksual yang berlaku di sekolah-sekolah agama.

“Manakala, manakala itu kita tak nampak, tuding satu jari kat Sajat, empat jari lagi pada orang yang tak nampak.Mereka berselindung di sebalik baju, jubah dan kopiah,” katanya.

Sumber: ASNsohor

Rabu, 9 Februari 2022

Menara TM untuk dijual

 Menara TM di Kuala Lumpur - Foto fail NSTP

Menara TM di Kuala Lumpur - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Menara TM, salah satu mercu tanda terkemuka di Kuala Lumpur ditawarkan untuk penjualan oleh pemiliknya, Menara ABS Bhd.

Dalam satu iklan yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Menara TM yang menjadi struktur bangunan ikonik di ibu negara dengan 55 tingkat itu ditawarkan pada harga yang tidak didedahkan.

Tarikh tutup peringkat pertama bagi jualan Menara TM adalah pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac ini.

Bangunan yang siap dibina oleh Telekom Research & Development Sdn Bhd pada 2001 berstatus pegangan bebas itu ketika ini dihuni sepenuhnya.

Menurut iklan berkenaan, Menara TM yang dibina sebagai bangunan pejabat lengkap dengan helipad menawarkan menara pejabat berkeluasan 989,000 kaki persegi, pusat konvensyen seluas 92,431 kaki persegi, dewan pelbagai guna, kompleks sukan, klinik, pusat fisioterapi, pusat jagaan kanak-kanak dan masjid.

Menara berkenaan dibina dengan kos sekitar AS$160 juta (RM669.3 juta) juga memiliki lebih 1,700 lot parkir turut terletak berhampiran infrastruktur sokongan seperti laluan pejalan kaki serta Stesen LRT Kerinchi dan Universiti.

Bangunan yang ketika ini menjadi ibu pejabat Telekom Malaysia Bhd (TM) itu terletak berhampiran dengan KL Sentral, Mid Valley City, KL Eco City dan Bangsar South.

Menara TM memiliki status MSC iaitu simbol kepada perkhidmatan berkelas dunia yang dianugerahkan oleh kerajaan.

WTW Real Estate Sdn Bhd adalah ejen pemasaran eksklusif bagi menara ke-10 tertinggi di Malaysia itu.

Sementara itu, TM dalam satu kenyataan berkata, ia tidak memiliki Menara TM, sebaliknya hanya menyewa bangunan yang terletak di Jalan Pantai Baharu itu.

"TM tidak memiliki bangunan berkenaan dan tidak terbabit dengan penjualannya oleh pemilik hartanah iaitu Menara ABS Bhd," katanya.

Menurut kenyataan itu, TM kini sedang dalam proses memindahkan sebahagian besar pejabat korporatnya ke hartanah miliknya termasuk TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 serta hartanahnya di Cyberjaya, sebagai sebahagian daripada program pengoptimuman syarikat untuk meningkatkan tahap kecekapan yang lebih tinggi dan menampung persekitaran kerja hibrid.

-BH Online

Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Tahun 2022


Tahukah anda NADMA merupakan salah sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik ini. 

Melalui NADMA ini juga, sekiranya anda pernah dijangkiti dan dirawat, anda boleh untuk memohon bantuan secara one-off melalui NADMA.

Bagaimana hendak memohon bantuan NADMA ini? Kami kongsikan kepada anda maklumat untuk memohon bantuan kuarantin RM100 ini.

Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari

 Bantuan RM100 sehari akan diberikan kepada mereka yag menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COVID19.

Anda boleh untuk menerima bantuan RM100 sehari sehingga 14 hari (Maksimum)

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.


Syarat Kelayakan Bantuan RM100 Sehari

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Pemohon Yang Tidak Layak

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  •  Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Cara Permohonan

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my.

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas COVID19 (Lampiran A)
  2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  3. Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A (dokumen asal)
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan borang perintah pengawasan dan pemerhatian kontak Covid-19, salinan borang pelepasan daripada pengawsan dan pemerhatian Covid-19, sijil cuti sakit)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. (salinan diakui sah).

Sistem Semakan Status Bantuan Khas COVID19

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/


Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


Maklumat Tambahan

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Garis Panduan Bantuan RM100 Sehari NADMA

-mingguankerja.my

Selasa, 8 Februari 2022

Disamakan dengan watak video lucah, ‘gadis tudung hijau’ lapor polis

 


Seorang pelajar membuat laporan polis setelah video Tik Tok miliknya diedit dan disamakan dengan individu terlibat dalam video lucah yang dirujuk sebagai “gadis bertudung hijau”.

Nur Alia Mohd Acha, 21, membuat laporan itu pada 31 Januari di balai Ayer Keroh, Melaka.

“Daripada komen-komen dalam post tersebut ramai memalukan saya dengan mengatakan saya sebagai pelakon lucah.

“Saya merasa malu dan ingin mengambil tindakan kepada individu tersebut dan tindakan lanjut,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Jelasnya, videonya - yang juga dimuat naik di TikTok - digunakan dan disunting tanpa kebenaran dan pengetahuan.

Dalam video asalnya, Alia yang bertudung hijau muncul dengan komen berkaitan keadaan bibirnya yang kering. 

Bagaimanapun terdapat pengguna maya menyamakan Alia dengan “gadis tudung hijau” yang pernah tular dengan video lucah.

Selepas itu, katanya, muncul pula video itu diedit dan digabungkan dengan gambar individu yang didakwa terlibat dalam video lucah.

“Dia edit letak muka saya. Lepas itu dia buat gaya suntingan ‘Jedag Jedug’. Lepas itu dia letak muka cikgu (tudung hijau) itu.

“Yang itu saya dah buat laporan polis dah. Benda itu boleh timbulkan fitnah pada diri saya kan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Alia bagaimanapun berkata pelaku telah memadam video yang disunting serta memohon maaf padanya.

‘Saya trauma’

Sementara itu, Alia menyifatkan apa yang berlaku padanya amat mengejutkan.

Katanya, hanya memakai tudung hijau, dia menjadi mangsa gangguan seksual.

“Bagi saya benda ini sangat tidak wajar sebab kita tak bolehlah samakan orang dengan orang yang pernah buat benda jahat. 

“Sebab mungkin cikgu itu sendiri, yang buat video itu, pun dah berubah.

 “Sungguh trauma hidup saya,” katanya.

-malaysiakini