"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 12 Februari 2022

Ibu Sajat tunjuk apa yang ada dalam banglo mewah sebelum dijual, sekali ini yang ditemui

 

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat berhasrat menjual banglo mewah miliknya di Kota Damansara pada harga RM9.5 juta.Menerusi video di bawah berpeluang ber jumpa dengan ibu Sajat iaitu Maimon Omar, 66, untuk bersiar-siar di sekitar kediaman mewah ini.

Ibu Sajat pun ‘sp0rting’ je ajak tengok haiwan peliharaan seperti itik, ayam dan ikan… lebah pun ada.

VIDEO

SAJAT BERITAHU SATU SYARAT SEKIRANYA MAHU DIA PULANG KE MALAYSIA

Usahawan yang mendapatkan suaka di Australia, NurSajat Kamaruzzaman, membayangkan dia tidak bercadang untuk kembali dengan mudah ke Malaysia kerana kehidupannya di negara ini “sudah hancur.”Pun begitu, dia berkata, kalau ada orang menawarkan RM2 juta kepada nya keputusan itu mungkin berubah.

“Kalau saya balik Malaysia apa saya dapat? Kalau nak bagi RM2 juta, saya baliklah. Kalau tak nak bagi, nak buat apa.Saya dah hancur segala-galanya di Malaysia, kalau RM2 juta bak mai, saya balik. Kalau tak ada RM2 juta buat apa, tak naklah.

“Di sini, macam-macam saya boleh dapat. Jadi kamu nak saya balik untuk apa? Cuba beritahu kenapa saya perlu balik?Kenapa you all (kamu semua) nak saya balik sangat?” katanya menjawab soalan netizen.

Sajat sebelum ini dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.Disebabkan itu, dia mendapatkan suaka daripada kerajaan Australia pada Oktober tahun lalu selepas melarikan diri dari Malaysia, melalui Thailand.

Terbaru, dia dikehendaki polis bagi membantu siasatan dalam kes penipuan maklumat kad pengenalan yang sedang dibicarakan di Mahkamah Ampang Jaya.Mak nyah itu dikehendaki hadir di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari depan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan satu lagi waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Tak mahu disalahkan atas bencana alam

Sajat pada masa sama secara sinikal menjelaskan, tidak lagi mahu dijadikan seolah-olah kambing hitam sekiranya sesuatu bencana menimpa negara ini. Jelas Sajat, dia sudah serik apabila namanya seringkali ‘dipetik’ menjadi asbab sesuatu musibah menimpa Malaysia.

“Kalau saya balik Malaysia, saya tak boleh pakai baju terbelah-belah atas bawah macam longkang ni.Kalau saya pakai, nanti semua bencana alam yang berlaku kat Malaysia tu orang cakap disebabkan salah saya.Habis semua Pencetus Ummah, ustaz, ustazah, menteri agama lepas tu Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia nanti semua kata semua yang berlaku disebabkan bersubahat dengan orang berdosa macam saya,” ujarnya.

Menambah hujahnya itu, kata Sajat, walaupun dia sudah tidak berada di Malaysia, negara ini tetap ditimpa musibah.

“Nanti ada yang kata Tuhan marah menyebabkan air laut bergelora, angin bertiup kencang, ribut taufan, bumbung melayang dan tanah terus retak.Ni, aku tak ada pun, masih ada ribut dan banjir sana sini. Cukup, aku tak nak diperlehkan lagi,” katanya.

‘Pender4an seksual’ di sekolah agama

Menurut Sajat, orang ramai begitu mudah menjatuhkan hukum terhadapnya disebabkan penampilannya sedangkan banyak lagi perkara negatif berlaku disebabkan kejahatan yang disembunyikan.

Dia turut mengambil contoh penderaan seksual yang berlaku di sekolah-sekolah agama.

“Manakala, manakala itu kita tak nampak, tuding satu jari kat Sajat, empat jari lagi pada orang yang tak nampak.Mereka berselindung di sebalik baju, jubah dan kopiah,” katanya.

Sumber: ASNsohor

Rabu, 9 Februari 2022

Menara TM untuk dijual

 Menara TM di Kuala Lumpur - Foto fail NSTP

Menara TM di Kuala Lumpur - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Menara TM, salah satu mercu tanda terkemuka di Kuala Lumpur ditawarkan untuk penjualan oleh pemiliknya, Menara ABS Bhd.

Dalam satu iklan yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Menara TM yang menjadi struktur bangunan ikonik di ibu negara dengan 55 tingkat itu ditawarkan pada harga yang tidak didedahkan.

Tarikh tutup peringkat pertama bagi jualan Menara TM adalah pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac ini.

Bangunan yang siap dibina oleh Telekom Research & Development Sdn Bhd pada 2001 berstatus pegangan bebas itu ketika ini dihuni sepenuhnya.

Menurut iklan berkenaan, Menara TM yang dibina sebagai bangunan pejabat lengkap dengan helipad menawarkan menara pejabat berkeluasan 989,000 kaki persegi, pusat konvensyen seluas 92,431 kaki persegi, dewan pelbagai guna, kompleks sukan, klinik, pusat fisioterapi, pusat jagaan kanak-kanak dan masjid.

Menara berkenaan dibina dengan kos sekitar AS$160 juta (RM669.3 juta) juga memiliki lebih 1,700 lot parkir turut terletak berhampiran infrastruktur sokongan seperti laluan pejalan kaki serta Stesen LRT Kerinchi dan Universiti.

Bangunan yang ketika ini menjadi ibu pejabat Telekom Malaysia Bhd (TM) itu terletak berhampiran dengan KL Sentral, Mid Valley City, KL Eco City dan Bangsar South.

Menara TM memiliki status MSC iaitu simbol kepada perkhidmatan berkelas dunia yang dianugerahkan oleh kerajaan.

WTW Real Estate Sdn Bhd adalah ejen pemasaran eksklusif bagi menara ke-10 tertinggi di Malaysia itu.

Sementara itu, TM dalam satu kenyataan berkata, ia tidak memiliki Menara TM, sebaliknya hanya menyewa bangunan yang terletak di Jalan Pantai Baharu itu.

"TM tidak memiliki bangunan berkenaan dan tidak terbabit dengan penjualannya oleh pemilik hartanah iaitu Menara ABS Bhd," katanya.

Menurut kenyataan itu, TM kini sedang dalam proses memindahkan sebahagian besar pejabat korporatnya ke hartanah miliknya termasuk TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 serta hartanahnya di Cyberjaya, sebagai sebahagian daripada program pengoptimuman syarikat untuk meningkatkan tahap kecekapan yang lebih tinggi dan menampung persekitaran kerja hibrid.

-BH Online

Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Tahun 2022


Tahukah anda NADMA merupakan salah sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik ini. 

Melalui NADMA ini juga, sekiranya anda pernah dijangkiti dan dirawat, anda boleh untuk memohon bantuan secara one-off melalui NADMA.

Bagaimana hendak memohon bantuan NADMA ini? Kami kongsikan kepada anda maklumat untuk memohon bantuan kuarantin RM100 ini.

Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari

 Bantuan RM100 sehari akan diberikan kepada mereka yag menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COVID19.

Anda boleh untuk menerima bantuan RM100 sehari sehingga 14 hari (Maksimum)

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.


Syarat Kelayakan Bantuan RM100 Sehari

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Pemohon Yang Tidak Layak

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  •  Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Cara Permohonan

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my.

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas COVID19 (Lampiran A)
  2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  3. Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A (dokumen asal)
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan borang perintah pengawasan dan pemerhatian kontak Covid-19, salinan borang pelepasan daripada pengawsan dan pemerhatian Covid-19, sijil cuti sakit)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. (salinan diakui sah).

Sistem Semakan Status Bantuan Khas COVID19

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/


Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


Maklumat Tambahan

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Garis Panduan Bantuan RM100 Sehari NADMA

-mingguankerja.my

Selasa, 8 Februari 2022

Disamakan dengan watak video lucah, ‘gadis tudung hijau’ lapor polis

 


Seorang pelajar membuat laporan polis setelah video Tik Tok miliknya diedit dan disamakan dengan individu terlibat dalam video lucah yang dirujuk sebagai “gadis bertudung hijau”.

Nur Alia Mohd Acha, 21, membuat laporan itu pada 31 Januari di balai Ayer Keroh, Melaka.

“Daripada komen-komen dalam post tersebut ramai memalukan saya dengan mengatakan saya sebagai pelakon lucah.

“Saya merasa malu dan ingin mengambil tindakan kepada individu tersebut dan tindakan lanjut,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Jelasnya, videonya - yang juga dimuat naik di TikTok - digunakan dan disunting tanpa kebenaran dan pengetahuan.

Dalam video asalnya, Alia yang bertudung hijau muncul dengan komen berkaitan keadaan bibirnya yang kering. 

Bagaimanapun terdapat pengguna maya menyamakan Alia dengan “gadis tudung hijau” yang pernah tular dengan video lucah.

Selepas itu, katanya, muncul pula video itu diedit dan digabungkan dengan gambar individu yang didakwa terlibat dalam video lucah.

“Dia edit letak muka saya. Lepas itu dia buat gaya suntingan ‘Jedag Jedug’. Lepas itu dia letak muka cikgu (tudung hijau) itu.

“Yang itu saya dah buat laporan polis dah. Benda itu boleh timbulkan fitnah pada diri saya kan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Alia bagaimanapun berkata pelaku telah memadam video yang disunting serta memohon maaf padanya.

‘Saya trauma’

Sementara itu, Alia menyifatkan apa yang berlaku padanya amat mengejutkan.

Katanya, hanya memakai tudung hijau, dia menjadi mangsa gangguan seksual.

“Bagi saya benda ini sangat tidak wajar sebab kita tak bolehlah samakan orang dengan orang yang pernah buat benda jahat. 

“Sebab mungkin cikgu itu sendiri, yang buat video itu, pun dah berubah.

 “Sungguh trauma hidup saya,” katanya.

-malaysiakini

Isnin, 7 Februari 2022

Wanita kebas suami kakak sendiri

 

Tangkap layar video TikTok seorang wanita yang meluahkan kekecewaan suami dirampas adik sendiri. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi tular apabila video luahan perasaan suami dirampas adik sendiri mendapat perhatian netizen, lapor Suara.com, hari ini.

Menerusi akaun@rdearfirly, wanita itu memberitahu,  dia berasa kecewa apabila mengetahui orang ketiga dalam rumah tangganya adalah adik kandung sendiri.

Saya tidak mahu menghina adik saya yang kini sudah menjadi perampas suami orang (pelakor) kerana itu sangat menjatuhkan maruahnya.

“Mungkin mereka sudah saling sayang menyayangi,” luah wanita itu yang berkongsi foto sewaktu majlis perkahwinannya.

Tambah wanita itu, adiknya bersikap tidak tahu malu dan tiada perasaan bersalah apabila secara terang-terangan mengirim mesej mesra buat suaminya di laman Facebook.

“Hati saya kecewa kerana orang ketiga bukan orang lain tetapi adik sendiri.

“Suami pula melayannya dan memberi amaran agar tidak menceritakan hubungan ini kepada sesiapa,” jelasnya.

Namun begitu, terdapat kejutan dalam kisah tersebut  apabila rupa-rupanya suami wanita itu ialah bekas kekasih adiknya dan mereka pernah bercinta selama dua tahun.

Malah, selepas video luahan hati ini mendapat tontonan lebih 20 juta, si adik membuat permohonan maaf dan memohon agar kakaknya memadamkan status tersebut.

Kisah persis drama televisyen ini mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang keliru siapakah sebenarnya yang bersalah.

“Kalau bercinta dengan kakaknya, kenapa kahwin dengan adiknya? Pening,” komen seorang pengguna TikTok. – Agensi

Koleksi Resepi: Char Kuey Teow

 RESEPI CHAR KUEY TEOW! 


 Kalau ada cili jeruk lg sedap 😋😋 musim kerang skrg isi dia penuh2..resepi dibawah..plg ringkas & mudah cara sy masak..hidangan dibawah sy masak setiap pinggan berasingan..

 

Bahan-bahan 

1. Kuey teow (cuci toskan) 

2. Cili kering & bwg besar (dblend)

(Bhn² tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram) 

3. Bwg putih ketok²..

4. Taugeh & kucai

5. Telor..

6. Udg direbus (asingkn air)

7. Kerang (direbus) 

 

Cara penyediaan 

Panaskn kuali,masukkn myk..(myk lbih sikit ye,supaya masukkn telor nt kuey teow xbatat) kuey teow&myk dorg ni friend forever😆😆... tumis bwg putih,masukkn udg,cili diblend 3 sudu besar,(1 sudu besar sos cili,sos tiram,kicap pekat,) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau2..masukkn air rebusan udg pecahkn telor kacau2 sebatikn, masukkn kerang,kuey teow,taugeh&kucai siap..pastikn guna api yg besar ye..slamat mencuba


Kredit : Muhammad Abdullah

AFCON: Penalti Kemenangan Mane Julang Senegal, Buat Mesir Dan Salah Pulang Hampa

 


Sadio Mane menjaringkan penalti kemenangan untuk Senegal menewaskan Mesir 4-2 dalam penentuan sepakan penalti sekali gus memberikan kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pertama negara itu, selepas perlawanan berkesudahan tanpa jaringan walaupun selepas masa tambahan.

Penyerang sayap Liverpool itu terlebih dahulu kecewa selepas sepakan penalti pada minit ke-7 yang diambilnya diselamatkan oleh penjaga gol Mesir, Gabaski.

Di dalam penentuan sepakan penalti, aksi heroic penjaga gol Chelsea, Eduoard Mendy menafikan sepakan Mohanad Lasheen, memberikan Mane peluang menjulang Senegal di Stadium Olimpik Yaounde.

Gabaski telah beraksi sehabis baik menyelamatkan Mesir pada masa tambahan, apabila menyelamatkan tiga percubaan Bamba Dieng.

Dan perlawanan akhir yang dilihat sebagai perseteruan di antara dua penyerang Liverpool – Mane untuk Senegal, dan kapten Mesir Mohamed Salah – berakhir dengan kemenangan buat Mane.

Semua empat perlawanan pusingan kalah mati melibatkan Mesir sepanjang kejohanan ini memerlukan lebih daripada 90 minit aksi. Mesir sebelum ini cemerlang menewaskan Ivory Coast dan Cameroon melalui penentuan sepakan penalti.

Sebelum perlawanan akhir menentang Senegal, Gabaski telah menyelamatkan empat sepakan penalti. Malang sekali, kali ini beliau gagal berbuat apa-apa untuk Mesir.

Tatkala nama Gabaski yang patut dijulang, Salah tetap menjadi perhatian media. Tidak dinafikan penyerang Mesir itu adalah penyerang sensasi. Tetapi beliau tidak berada di tahap terbaik ketika diperlukan oleh negaranya, dan ia juga mungkin jawapan mengapa Salah sering dipandang sipi untuk anugerah individu dunia bola sepak.

Mesir terlebih dahulu mesia-siakan sepakan apabila percubaan Mohamed Abdelmonem terkena palang sebelah kanan sebelum bola melantun keluar. Gabaski sekali lagi cemerlang menafikan Bouna Sarr untuk terus menghidupkan peluang Mesir.

Namun selepas percubaan Lasheen diselamatkan, tiada apa-apa mampu dilakukan Gabaski untuk menyelamatkan sepakan Mane yang menuju penjuru bawah sebelah kiri gawang.

Mohamed Salah pula hanya mampu memerhati dan kempunan untuk mengambil sepakan penalti terakhir Mesir setelah dinamakan pengambil sepakan kelima untuk Mesir.

Sebelum ini Senegal pernah muncul juara AFCON pada 2002 dan 2019. Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada bulan hadapan dalam perlawanan play-off Piala Dunia 2022 ke Qatar.

Siapa tahu giliran Salah pula membalas dendam kekecewaan tewas perlawanan akhir kali ini, dan giliran Mane pula yang menangis.

-semuanyabola.com