Jenis keladi hiasan yang popular – Jenis pokok keladi hiasan yang popular kebanyakannya merupakan tumbuhan natif kepada Asia Tenggara. Terdapat beberapa genus keladi yang begitu popular di negara kita antaranya ialah Alocasia, Dieffenbachia dan Caladium.Kebanyakan genus yang menjadi buruan penggemar keladi adalah genus Caladium dan Alocasia. Hal ini kerana keladi daripada jenis dieffenbachia dilaporkan senang untuk menyebabkan alergi dan keracunan. Tetapi, kalau diletakkan di tempat yang sesuai, tidak menjadi masalah untuk memiliki keladi dieffenbachia ini di rumah.
Dan yang semestinya setiap individu mungkin mempunyai keladi kegemaran masing-masing. Dan di bawah ini disertakan antara jenis keladi hiasan yang menjadi buruan penggemar keladi.
Berikut adalah disertakan 18 jenis keladi hiasan yang popular dan menjadi keinginan penggemar keladi hiasan untuk memilikinya :
.
1. Keladi Black Magic
Ň eladi Black magic mempunyai pelbagai saiz bergantung kepada cara penjagaan. Jika diberikan baja yang mencukupi, saiznya akan menjadi besar dan boleh menjadi setinggi 2 kaki atau lebih.
Memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna hitamnya sangat cantik dan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi.
Harga Pasaran ialah sekitar RM20-RM200 bergantung kepada saiz dan kualiti.
.
2. Keladi Albino
Ň eladi variety Alocasia Macrorrhiza Variegata ini sering kali membentuk pigmen atau tompok-tompok yang berwarna putih dan seterusnya membentuk corak-corak yang tertentu. Corak-corak yang tidak tetap ini menjadikan kelαdi albino ini unik dan menjadi buruan para penggemar pokok keladi hiasan.
Juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna tompokan putihnya sangat cantik dan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi.
Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM100 bergantung kepada saiz, warna tompokan dan kualiti.
Baca : Harga Pokok Keladi Hiasan dan Pokok Keladi Mahal RM5000
.
3. Keladi Cat Tumpah
Ň eladi cat tumpah merupakan salah satu daripada pokok keladi hiasan yang popular di Malaysia dan banyak dicari oleh penggemar keladi pada hari ini. Tanaman keladi hiasan menjadi tular kerana ianya agak senang untuk dijaga dan rupanya yang cantik.
Tumbuhan keladi hiasan ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna tompokan merah sangat cantik seolah-olah ada cat merah yang tertumpah di atasnya. Ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk hidup subur.
Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM200 bergantung kepada saiz, warna tompokan merah dan kualiti.
.
4. Pokok Keladi Gajah
Keladi gajah merupakan pokok keladi hiasan yang biasanya diletakkan di beranda rumah. Walaupun begitu, ada juga yang diletakkan di dalam rumah sekiranya saiznya masih lagi kecil. Pokok Kelαdi gajah sinonim dengan ketinggiannya dan berupaya mencapai ketinggian 10 kaki.
Pokok keladi gajah ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna bagi keladi hiasan ini ialah berwarna hijau keseluruhannya. Ia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur.
Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM100 bergantung kepada saiznya.
5. Caladium Moonlight – Jenis Keladi Hiasan Yang Popular
Keladi Caladium moonlight merupakan keladi yang bersaiz kecil dan sederhana. Amat sesuai untuk dijadikan tanaman dalam rumah. Warnanya yang putih menaikkan lagi serinya jika diletakkan dalam keamatan cahaya yang tinggi.
Pokok keladi caladium moonlight ini memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna bagi keladi ini ialah berwarna putih pada daun dan hijau pada batangnya.
Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM300 bergantung kepada saiznya.
.
6. Monstera Delicosa
Kelαdi jenis ini jarang dijumpai dan boleh dikatakan agak rare dalam kalangan penggemar pokok keladi hiasan. Disebabkan spesis ini agaklah rare, harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Mostera Delicosa mempunyai beberapa subspesis yang bentuk fizikalnya seakan-akan sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain.
Pokok keladi monstera delicosa ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna bagi keladi hiasan ini ialah berwarna hijau keseluruhannya. Ia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur.
Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM6000 bergantung kepada bentuk, kualiti, warna daun dan saiznya.
.
7. Caladium Festivia
Keladi spesis ini mempunyai urat yang berwarna merah dan hijau. Saiznya sederhana dan sesuai untuk dijadikan tanaman dalam rumah. Keladi ini banyak dijual di media sosial dan di marketplace dan mempunyai permintaan yang tinggi disebabkan rupanya yang cantik dengan harga yang boleh dikatakan murah.
Caladium Festivia ini memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna bagi keladi ini ialah kebiasaannya gabungan antara warna putih dan merah. Ia juga cantik jika dijadikan pokok hiasan luaran rumah.
Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM100 bergantung kepada saiznya dan warna daunnya.
.
8. Philodendron Billietiae
Tumbuhan Philodendron Billietiae merupakan keladi yang berdaun panjang dan tirus ke bawah. Keseluruhan warna batang keladi ini adalah berwarna hijau. Keladi ini senang untuk dibiakkan jika dibandingkan dengan jenis keladi lain dan senang untuk diletakkan di dalam rumah.
Philodendron Billietiae ini memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Pokok keladi hiasan yang popular ini mampu membesar dengan membentuk satu kelompok yang banyak dan sangat cantik bila dipandang. Warna bagi keladi ini ialah kebiasaannya warna hijau.
Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM150 bergantung kepada saiznya daun dan kelompoknya.
.
9. Keladi Mickey Mouse
Ň eladi Mickey Mouse ini merupakan jenis keladi hiasan yang popular dan mempunyai bentuk daun seolah-olah watak kartun mickey mouse. Keseluruhan warna batang keladi ini adalah berwarna hijau dan terdapat tompokan putih pada daunnya. Selain itu, keladi ini memerlukan air dan cahaya matahari yang mencukupi untuk hidup subur.
Ň eladi Mickey Mouse ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Jauhkan daripada golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah.
Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM100 bergantung kepada saiz dan corak daunnya.
.
10. Keladi Tengkorak Silver
Ň eladi tengkorak silver ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah. Daunnya mempunyai tulang yang berwarna hijau dan sebahagian daripada daunnya adalah berwarna perak. Selain itu, keladi ini memerlukan cahaya matahari dan airyang mencukupi untuk hidup subur dan kekal segah.
Ň eladi tengkorak silver ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Letak pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah.
Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM200 bergantung kepada saiz dan warna daunnya.
.
11. Keladi Black Coral
Pokok keladi black coral ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah dan juga di luar rumah. Daunnya berwarna hitam keseluruhannya dan sungguh memukau. Keladi black coral ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar.
Pokok keladi black coral ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Letak pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah terutamanya bayi, kanak-kanak, kucing dan juga anjing.
Harga Pasaran ialah sekitar RM15-RM300 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan warna kehitaman daunnya.
.
12. Keladi Putih – Jenis Keladi Hiasan Yang Popular
Pokok keladi putih ini sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan dalam rumah. Daunnya berwarna yang putih adalah sungguh cantik dan memukau. Keladi putih ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar di dalam rumah. Sekali sekala, letakkan pokok ini di luar untuk dapatkan cahaya matahari.
Pokok keladi putih ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Jika diletakkan di dalam rumah, jauhkan daripada capaian bayi, kanak-kanak, kucing dan juga anjing.
Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM200 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan warna keputihan daunnya.
.
13. Keladi Tengkorak Black Velvet
Pokok keladi tengkorak black velvet ini juga merupakan jenis keladi hiasan yang popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah. Daunnya berwarna hijau dan batangnya bewarna hijau muda. Keladi black velvet ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar. Jika diletakkan di dalam rumah, letakkan seketika di luar rumah untuk mendapatkan cahaya matahari.
Pokok keladi tengkorak black velvet ini mempunyai kandungan Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Letak pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah terutamanya bayi, kanak-kanak, kucing dan juga anjing.
Antara simptom keracunan calcium oxalate pokok keladi ialah kegatalan dan tindakbalas alahan pada bahagian yang terkena pokok keladi. Jika termakan, boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian mulut dan boleh menyebabkan simptom-simptom seperti keracunan makanan.
Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM300 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan warna kehitaman daunnya.
.
14. Keladi Tembikai
Pokok keladi tembikai ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah dan juga di luar rumah. Daunnya berwarna merah terang dan ini menjadikannya sangat cantik. Keladi tembikai ini memerlukan cahaya matahari, baja dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar agar warna merahnya kekal bermaya.
Keladi tembikai ini juga mempunyai Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Justeru, perlu diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah terutamanya bayi, kanak-kanak, kucing dan juga anjing.
Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM400 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan warna kemerahan daunnya.
.
15. Keladi Tikus
Pokok keladi tikus ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dan juga sebagai tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisional. Daunnya berwarna hijau terang dan ini menjadikan kelompok pokoknya kelihatan sangat cantik.
Keladi tikus ini mempunyai spesies yang beracun dan juga ada yang tidak beracun dan boleh digunakan oleh manusia. Spesies yang tidak beracun inilah yang dijadikan ubatan tradisional. Bentuk bunganya yang seakan-akan ekor tikus menyebabkan ia mendapat gelaran Keladi Tikus. Termasuk dalam kategori Araceae, berketinggian antara 25 hingga 30cm.
Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM50 bergantung kepada saiz kelompok dan kesuburan pokoknya.
.
16. Keladi Kemoyang
Pokok keladi kemoyang ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan di dalam rumah. Daunnya berwarna hijau terang berbentuk bulat dan ini menjadikan kelompok pokoknya kelihatan sangat cantik.
Keladi kemoyang ini adalah spesies keladi yang beracun dan mempunyai calcium oxalate di dalamnya. Bahan kimia ini boleh menyebabkan alahan kepada kulit manusia dan haiwan.
Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM200 bergantung kepada saiz kelompok, saiz daun dan kesuburan pokoknya.
.
17. Keladi Tengkorak Hijau
Pokok keladi tengkorak hijau ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah. Daunnya berwarna hijau gelap dan berkilat dengan salutan lilin menjadikannya sangat cantik bila dilihat. Keladi tengkorak hijau ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar. Jika diletakkan di dalam rumah, letakkan seketika di luar rumah untuk mendapatkan cahaya matahari.
Pokok keladi tengkorak hijau ini mempunyai kandungan Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Letak pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah seperti kanan-kanak dan haiwan peliharaan.
Antara simptom keracunan calcium oxalate pokok keladi ialah kegatalan dan tindakbalas alahan pada bahagian yang terkena pokok keladi. Jika termakan, boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian mulut dan boleh menyebabkan simptom-simptom seperti keracunan makanan.
Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM300 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan warna kehijauan daunnya.
.
18. Keladi Tricolor
Pokok keladi tricolor ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah. Daunnya gabungan daripada warna hijau, putih, sedikit merah dan berkilat menjadikannya sangat cantik bila dilihat.
Pokok keladi ini mempunyai kandungan Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Jauhkan daripada capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah seperti kanan-kanak dan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
Antara simptom keracunan calcium oxalate pokok keladi ialah kegatalan dan kebas pada bahagian mulut.
Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM50 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan corak pada daunnya.
.
Cantik Sungguh Keladi Ini,
Dilihat Mari Berseri- Seri,
Sekian Dulu Kali Ini,
Keladi Popular Untuk Dicari.
.
Semoga Bermanfaat Kepada Semua, Sila SHARE dengan rakan-rakan ya
sumber: pokokkeladi,com