"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 22 November 2021

Keladi Guine 916 Gold RM100,000 bukan untuk dijual

 

Tangkap layar klip video seorang penjual yang memaparkan keladi jenis Guine 916 Gold yang berharga lebih RM100,000.

PETALING JAYA – Orang nak RM100,000 kita tak jual, jual tak ada untung simpan tak ada rugi.

Itu antara kata-kata seorang penjual pokok hiasan jenis keladi menerusi satu klip video di laman aplikasi TikTok milik @pemburujanda8339.

Menurut penjual tersebut, dia ditawarkan oleh seorang pembeli yang ingin membeli pokok keladi miliknya jenis Guine 916 Gold dengan harga kira-kira RM100,000.

Bagaimanapun kata penjual tersebut, dia tidak akan menjual keladi kesayangannya itu kerana ingin membiakkan bakanya.

“Kita simpan untuk jual anak (benih), benih ini sahaja pun RM3,000 hingga RM4,000,” jelas penjual itu.

Menerusi klip video berdurasi 32 saat itu, kelihatan pokok keladi tersebut turut dirantai oleh pemiliknya, mungkin bagi mengelakkan ia di curi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikah sebenar klip video itu dirakam, namun berdasarkan dialek lelaki itu dia dipercayai dari sebuah negeri di Pantai Timur.

Susulan perkongsian lekaki itu, rata-rata netizen terkejut dengan harga keladi terbabit yang hampir menyamai harga sebuah Proton X70.

“Harga dia (keladi) dah boleh beli Proton X70 baharu dengan spesifikasi tinggi. Tetapi hobi orang berlainan, ada yang sanggup beli demi hobi,” kata Hajar Abdullah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Anis Putri.

“Dulu pokok keladi orang kampung biar di belakang rumah dan kawasan semak sahaja kerana tiada harga. Tetapi sekarang jual keladi boleh ‘buat’ duit,” ujarnya.- K! ONLINE.

Ahad, 21 November 2021

[VIDEO] Viral bomoh ‘beraksi’ jual minyak angin

Seorang bomoh sedang menunjukkan demonstrasi merawat pesakit

 PETALING JAYA – Seorang pengamal perubatan melakukan demonstrasi mengubat pesakit-pesakitnya demi melariskan produk-produk yang dijualnya.

Menerusi satu hantaran di sebuah portal media itu memaparkan, seorang bomoh sedang melakukan satu pertunjukkan mengubati pesakit di sebuah pasar.

Video berdurasi 45 saat yang tular di media sosial itu juga menunjukkan di akhir rawatannya, dia menyembur dipercayai minyak angin yang dijualnya kepada pesakit itu.

Ternyata, orang ramai terkaku melihat kaedah merawat yang dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional terbabit.

Namun, lokasi dan masa kejadian tidak dapat dipastikan.

Rata-rata pengguna media sosial menyatakan bomoh itu hanya mahu ingin jualan produk-produk yang dijualnya.

“Paklong buat ‘marketing’ jual minyak angin sahaja, ramai terpegun.

“Mahu dok jampi dia ramai-ramai pula baru ada akal, hilang kopiah putih atas kepala itu,” kata Reezal Ahmad.

“Dia punya cerita-cerita akhir sekali bawa keluar minyak panas hendak mencuba kesannya, dia masuk polestrin dalam minyak angin itu, Mesti hancur punya,” tulis AR Adzlie.

Sementara itu, Keith NadzRain turut meninggalkan komen berkenaan video itu.

“Jika saya ada di situ, sudah makan penampar dari belakang dia ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Peniaga ikan siakap kayangan Langkawi tular gagal lengkap dokumen,bakal didakwa -KPDNHEP

 

Pemilik restoran tular di Langkawi memegang ikan siakap seberat lebih 7 kilogram baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Peniaga di Langkawi, Kedah yang tular awal bulan ini kerana menjual hida­ngan ikan siakap lebih RM1,000 bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit telah gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh ditetapkan.

Beliau berkata, peniaga terbabit telah memberi kerjasama baik kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

“Sebelum ini tempoh penghantaran dokumen terperinci terbabit telah dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan tersebut.

“Begitupun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu. Kertas siasatan telah dibuka dan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di Taman Pengeluaran Makanan Peradong, Manir di sini hari ini.

Kosmo! 4 November lalu melaporkan sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) di salah sebuah restoran dekat Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Rosol berkata, tindakan terbabit dikenakan ekoran kegagalan peniaga itu menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.

Jelasnya, peniaga itu akan didakwa Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau kompaun RM25,000 jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

16 Filem Perang Dunia Kedua Yang Diadaptasikan Dari Pertempuran Sebenar


Filem perang merupakan antara salah satu genre yang sangat diminati para peminat filem. Filem-filem yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua antara yang paling banyak dihasilkan. Sesetengah peminat tidak kisah sekirangnya filem tersebut adalah fiksyen seperti Fury dan Inglourious Basterds, selagi ia bertemakan Perang Dunia Kedua, pasti akan menjadi tontonan. Bagaimana pula dengan filem-filem perang yang diadaptasikan dari pertempuran sebenar seperti “Battle of the Bulge” atau “D-Day”? kami yakin mesti ramai yang turut meminati filem-filem Perang Dunia Kedua yang berdasarkan dari sejarah yang pernah berlaku.

Jadi kami ambil inisiatif untuk kongsikan kepada anda semua, senarai 16 Filem yang diadaptasikan dari sejarah pertempuran Perang Dunia Kedua.

Thirty Seconds Over Tokyo (1944)

Thirty Seconds Over Tokyo merupakan salah satu filem perang klasik yang diterbitkan ketika Perang Dunia Kedua masih lagi berlaku. Filem berkisarkan tentang operasi bersejarah yang dikenali sebagai Doolittle Raid, serangan balas Amerika Syarikat terhadap Jepun, empat bulan selepas Jepun menyerang Pearl Harbor pada tahun 1941. Walaupun serangan ini tidak memberi kesan strategik, ia meningkatkan moral pasukan tentera Amerika Syarikat dan mengejutkan Jepun kerana mereka sebelum ini tidak percaya bahawa AS mampu membuat serangan sehingga ke bandar Tokyo. Babak serangan udara dalam filem ini menggunakan rakaman sebenarnya yang diambil dari pesawat pengebom.

The Guns of Navarone (1961)

Filem kerjasama British – AS ini diadaptasikan dari novel The Guns of Navarone yang ditulis oleh Alistair MacLean. Novel tersebut diinspirasikan dari Pertempuran Leros yang berlaku pada 26 September sehingga 16 November 1943. Filem dan novel ini berkongsi plot asas yang sama, iaitu usaha pasukan komando tentera Berikat yang cuba untuk memusnahkan kubu tentera German yang sering mengancam kapal-kapal tentera berikat di Lautan Aegean.

The Longest Day (1962)

Filem perang epik hitam-putih ini diadaptasikan dari buku The Longest Day tulisan Cornelius Ryan. Filem ini memaparkan hari pertama “D-Day“, serangan tentera berikat di Pantai Normandy pada 6 Jun 1944. Filem ini menampilkan sejumlah besar pelakon-pelakon antarabangsa, malah turut melibatkan bekas-bekas tentera dari kedua-dua belah pihak yang pernah terlibat dalam serangan D-Day ini.

 Battle of Britain (1969)

Antara filem termahal yang pernah dihasilkan di Britain, dan memaparkan babak ‘dogfight’ paling hebat pada zaman itu. Battle of Britain berkisarkan tentang usaha pasukan tentera udara British, RAF yang bermati-matian menghalang serangan udara Luftwaffe, sekaligus membatalkan Operasi Sea Lion – operasi yang dirancangan Adolf Hitler untuk menyerang Britain. Banyak pelakon-pelakon hebat era 60an telah menawarkan diri untuk membawakan watak dalam filem ini. Selain itu juga, Battle of Britain turut diiktiraf antara filem yang tepat fakta sejarahnya.

Patton (1970)

General George S. Patton merupakan antara jeneral perang yang paling disegani dan ditakuti semasa Perang Dunia Kedua. Kisah Patton kemudiannya diangkat ke layar perak menerusi filem biografi perang berjudul Patton. Filem tersebut diarahkan oleh Franklin J. Schaffner berdasarkan skrip yang ditulis oleh Francis Ford Coppola dan Edmund H. North. Dalam filem tersebut, anda akan melihat penglibatan Jeneral George S. Patton dalam beberapa pertempuran penting, antaranya Battle of El Guettar, pertempuran peribadi diantara Patton dan Jeneral Tentera German, iaitu Erwin Rommel, Pencerobohan Sicily, Operation Market Garden dan Battle of the Bulge.

Tora! Tora! Tora! (1970)

Tora! Tora! Tora! merupakan gabungan pembikin filem dari Jepun dan Amerika Syarikat. Filem ini berkisarkan tentang serangan Jepun terhadap Pearl Harbour pada tahun 1941, sekaligus mencetuskan perang Pasifik diantara Jepun dan AS. Untuk info, filem ini gagal mendapat kutipan memberangsangkan di Amerika Syarikat, tetapi hit di negara Jepun. Filem Pearl Harbor yang diterbitkan pada tahun 2001 telah menggunakan beberapa model kapal terbang dari filem ini untuk adegan pertempuran udara.

A Bridge Too Far (1977)

Filem perang klasik yang dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal pada masa itu seperti Sean Connery, Michael Cain, Dirk Bogarde, Anthony Hopkins dan ramai lagi. A Bridge Too Far memaparkan operasi ketenteraan terbesar selepas D-Day yang berlaku semasa penghujung Perang Dunia Kedua. Pihak Berikat telah melancarkan satu operasi besar-besaran yang dinamakan Operation Market Garden dengan tujuan untuk memaksa tentera Nazi berundur sehingga ke negara sendiri dan menamatkan perang dunia kedua. Filem ini memaparkan banyak pertempuran klasik diantara Tentera Berikat dan Nazi dalam usaha menawan bandar-bandar dan beberapa jambatan penting. Selain itu juga, A Bridge Too Far turut menunjukkan bagaimana operasi ini gagal mencapai objektifnya.

Midway (1976)

Battle of Midway” yang berlaku Jun 1942 merupakan antara pertempuran laut terbesar di medan perang Pasifik semasa Perang Dunia Kedua. Filem ini berkisarkan tentang Armada Tentera Laut AS yang berjaya memecah kod rahsia pasukan tentera laut Jepun dan bersedia untuk mempertahankan kepulauan Midway. Terdapat beberapa aksi dalam filem Midway diambil dari rakaman beberapa filem perang popular pada masa itu, seperti Tora! Tora! Tora! (1970), filem perang Jepun, Storm Over the Pacific (1960), All Away Boats (1956), Thirty Seconds Over Tokyo (1944) dan Battle of Britain (1969). Midway juga merupakan antara filem perang yang paling popular ketika era 70an.

Saving Private Ryan (1998)

Antara filem perang dunia terhebat sepanjang zaman, dan ini diakui ramai pengemar filem perang. Saving Private Ryan mungkin nampak fiksyen, tetapi sebenarnya filem ini diinspirasikan dari tindakan Jabatan Perang AS sewaktu Perang Dunia Kedua dimana mereka mengeluarkan satu polisi untuk menyelamatkan anggota tentera yang telah kehilangan semua adik-beradik sewaktu perang. Untuk mengentahui kisah lanjut mengenai filem Saving Private Ryan, anda boleh baca artikel kami disini.

The Enemy at the Gates (2001)

Enemy at the Gates boleh dikatakan separa fiksyen, tetapi masih lagi berdasarkan dari pertempuran sebenar iaitu Battle of Stalingrad. Filem arahan Jean-Jacques Annaud ini berdasarkan buku bukan fiksyen Enemy at the Gates: The Battle for Stalingradyang menggambarkan suasana bandar Stalingrad ketika Perang Dunia Kedua diantara tentera Nazi Jerman dan Soviet Union. Karakter utama filem ini adalah versi fiksyen penembak tepat sebenar Vasily Zaitsev, wira Soviet Union semasa Perang Dunia Ke-2. Jadi perseteruan antara Vasily dan Major tentera Jerman dalam filem ini adalah fiksyen, tetapi suasana pertempuran adalah gambaran tepat semasa perang.

Pearl Harbour (2001)

Filem yang berdasarkan sejarah pertempuran paling terkenal semasa Perang Dunia Kedua, iaitu Attack on Pearl Harbor, serangan mengejut Jepun terhadap pengkalan tentera laut AS di Pearl Harbour. Seranggan itu merupakan Deklarasi Perang terhadap Jepun, sekaligus membuatkan teater Perang Pacific ketika Perang Dunia Kedua. Walaupun filem Pearl Harbour menunjukkan kisah romantik, ia masih memasukan peristiwa serangan Jepun terhadap Amerika Syarikat.

Downfall (2004)

Downfall diadaptasikan dari buku terkenal, Inside Hitler’s Bunker. Filem sejarah berbahasa Jerman ini telah menimbulkan kontroversi kerana menunjukan sisi kehidupan Hitler dan gambaran pegawai tertinggi Nazi. Walaupun terpalit dengan kontroversi, filem ini mendapat pujian pengkritik terutamanya pada pelakon yang membawa watak Hitler. Downfall menceritakan detik-detik akhir Adolf Hitler dan kejatuhan kerajaan Nazi Jerman semasa penghujung Perang Dunia Kedua. 

The Great Raid (2005)

Jangan sama filem The Great Raid dengan The Great Escape yang diterbitkan pada 1963. The Great Raid merupakan adaptasi dari peristiwa “Raid at Cabanatuan” yang berlaku pada 30 Januari 1945, dimana pasukan tentera AS dan gerila Filipina telah merancang dan menyerang kem tahanan tentera Jepun yang terletak berhampiran bandar Cabanatuan untuk membebaskan sejumlah besar tahanan perang.

Valkyrie (2008)

Berdasarkan kisah sebenar mengenai plot untuk membunuh Hitler pada bulan Julai 1944, Operasi Valkyrie adalah plot segelintir anggota tentera Hitler untuk membunuh Hitler dan menggulingkan Third Reich. Kolonel Claus Von Stauffenberg sangat setia kepada negaranya dan parti Nazi, tetapi bimbang Hitler akan menghancurkan bangsanya itu. Dia bergabung dengan sekumpulan orang yang berpikiran sama dan berpangkat tinggi untuk menjatuhkan rejim Nazi dari dalam. Stauffenberg menjadi indivitu utama untuk membunuh diktator jahat itu.

Hacksaw Ridge (2016)

Filem biografi perang ini berdasarkan dokumentari The Conscientious Objectormengenai seorang anggota tentera AS yang mahu berkhidmat pada negaranya tetapi telah bersumpah tidak mahu memegang senjata dan membunuh. Andrew Garfield memainkan watak utama sebagai Desmond Doss, anggota ‘combat medic’ AS semasa Perang Dunia di Pacific. Doss menjadi penentang perang pertama yang dianugerahkan Medal of Honor, pingat tertinggi Kerajaan dan AngkatanTentera AS, semasa Battle of Okinawa. Dia telah menyelamatkan banyak nyawa, bukan sahaja tentera AS malah turut menyelamatkan tentera Jepun yang cedera semasa bertempur. 

Dunkirk (2017)

Filem arahan Christoper Nolan ini diadaptasikan dari Operation Dynamo, iaitu sebuah operasi ketenteraan, bukan untuk menyerang, tetapi sebaliknya untuk menyelamatkan sebilangan besar pasukan tentera berikat yang terkepung semasa diawal Perang Dunia Kedua. Dunkirk tidak mempunyai banyak dialog dan babak-babak yang melibatkan perang, tetapi mampu mencipta suasana suspen menerusi teknik sinematografi dan runut bunyi. Pengkritik menganggap Dunkirk antara filem perang terbaik yang pernah dihasilkan.

-kakimuvee.net

PRN Melaka: PKR terima tamparan hebat tewas semua kerusi ditandingi

 -BH OnlinePresiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bersama (dari kiri) Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari ketika melancarkan Manifesto PH bagi PRN Melaka 2021 pada 10 November lalu. - BERNAMA

Presiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bersama (dari kiri) Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari ketika melancarkan Manifesto PH bagi PRN Melaka 2021 pada 10 November lalu. - BERNAMA

MELAKA: PKR menerima tamparan hebat apabila tewas semua kerusi ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun meletakkan calon paling ramai berbanding sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).

PKR bertanding 11 kerusi, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Machap Jaya, Rembia, Kelebang, Paya Rumput, Asahan, Rim, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai.

Sembilan lagi kerusi ditandingi Parti Amanah Negara (AMANAH), manakala DAP diberikan kerusi paling sedikit iaitu lapan, sama dengan jumlah diperuntukkan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) 2018.

Empat tahun lalu, PH membahagikan 28 kerusi dalam kalangan empat parti komponennya ketika itu, iaitu PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU.

Ketika itu, PKR dan DAP bertanding lapan kerusi, manakala AMANAH dan BERSATU di enam kerusi. DAP muncul pemenang terbesar apabila menang semua kerusi ditandinginya, PKR menang tiga, manakala BERSATU dan AMANAH pula masing-masing menang dua kerusi.

BERSATU kemudian keluar daripada PH dan membentuk kerajaan negeri melalui kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selain sokongan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang kemudian menjadi wakil rakyat Bebas menyokong kerjasama BN dan BERSATU.

Keputusan PRN Melaka menyaksikan DAP kekal pemenang terbesar dalam kalangan parti komponen PH apabila mengekalkan kerusi Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh dan Kesidang, namun tewas empat lagi kerusi disandangnya, iaitu Duyong, Gadek, Pengkalan Batu dan Bemban.

AMANAH juga gagal mengekalkan momentum PRU-14 apabila hanya berjaya menang kerusi Bukit Katil melalui calonnya, Adly Zahari, iaitu Pengerusi AMANAH Melaka dan bekas Ketua Menteri ketika PH mentadbir negeri ini selepas PRU-14.

Paling mengejutkan adalah prestasi PKR, daripada tiga kerusi dimenangnya pada PRU-14, kali ini tewas semua termasuk terlepas DUN Machap Jaya kepada BN yang diwakili MCA.

Nyata, telahan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Halim Bachik yang sebelum ini yakin parti itu mampu menawan sekurang-kurangnya tujuh daripada 11 kerusi, termasuk merampas kerusi disandang Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Lendu, jauh tersasar.

Tujuh kerusi sasaran itu termasuk tiga DUN dimenanginya pada 2018, iaitu Machap Jaya, Rembia dan Kelebang, selain menawan Paya Rumput, Asahan, Rim dan Lendu. PKR turut bertanding di Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai.

KEPUTUSAN RASMI

 KERUSIPARTIYANG MENANG
 N1 Kuala LinggiBN-UMNOROSLI ABDULLAH
 N2 Tanjung BidaraBN-UMNODATUK SERI AB RAUF
 N3 Ayer LimauBN-UMNODATUK HAMEED BASHEER
 N4 LenduBN-UMNODATUK SERI SULAIMAN MD ALI
 N5 Taboh NaningBN-UMNOZULKIFLEE MOHD ZIN
 N6 RembiaBN-UMNODATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
 N7 GadekBN-MICP SHANMUGAM
 N8 Machap JayaBN-MCANGWE HEE SEM
 N9 Durian TunggalBN-UMNOZAHARI ABD KALIL
 N10 AsahanBN-UMNOFAIRUL NIZAM ROSLAN
 N11 Sungai UdangPN-BERSATUDR MOHD ALEEF YUSOF
 N12 Pantai KundorBN-UMNOTUMINAH KADI @ MOHD HASHIM
 N13 Paya RumputBN-UMNODATUK RAIS YASIN
 N14 KelebangBN-MCADATUK LIM BAN HONG
 N15 Pengkalan BatuBN-UMNODATUK KALSOM NOORDIN
 N16 Ayer KerohPH-DAPKERK CHEE YEE
 N17 Bukit KatilPH-AMANAHADLY ZAHARI
 N18 Ayer MolekBN-UMNODATUK RAHMAD MARIMAN
 N19 KesidangPH-DAPSEAH SHOO CHIN
 N20 Kota LaksamanaPH-DAPLOW CHEE LEONG
 N21 DuyongBN-UMNOMOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM
 N22 Bandar HilirPH-DAPLENG CHAU YEN
 N23 Telok MasBN-UMNODATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
 N24 BembanPN-BERSATUDR MOHD YADZIL YAAKUB
 N25 RimBN-UMNODATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
 N26 SerkamBN-UMNODATUK ZAIDI ATTAN
 N27 MerlimauBN-UMNODR MUHAMAD AKMAL SALEH
 N28 Sungai RambaiBN-UMNOSITI FAIZAH ABDUL AZIS

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA:

  • Barisan Nasional (BN) - 21 kerusi
  • Pakatan Harapan (PH) - 5 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) - 2 kerusi

BN Menang Besar di PRN Melaka,3 ADUN Tarik Sokongan Kalah Bertanding


BN menang besar dalam pilihan raya negeri Melaka dengan majoriti lebih dua pertiga.

Pakatan Harapan (PH) hanya mengekalkan 5 kerusi sahaja daripada 15 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2018.

BN telah mendapat 21 kerusi, melebihi bilangan 18 yang diperlukan untuk majoriti dua pertiga.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi DUN.

Perikatan Nasional (PN) pula hanya mendapat dua kerusi, selain sebilangan besar calonnya dan juga calon sekutunya, PAS hilang wang pertaruhan.

PH pula menang di lima kerusi. Empat kerusi disumbangkan oleh DAP dan satu lagi oleh Amanah. PKR tidak mendapat sebarang kerusi.

PH mengaku kalah, faktor utama peratus keluar mengundi rendah

PH mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan dalam PRN kali ini.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata antara faktor utama kekalahan mereka adalah jumlah keluar mengundi yang rendah.

“Dari awal kita sudah uar-uarkan kepada semua, peluang PH hanya terletak kepada (peratus) keluar mengundi melebihi 70 peratus,” katanya kepada pemberita di bilik gerakan utama PH.

Pemimpin PH juga berkata mereka akan mengadakan post-mortem bagi mengenal pasti apa yang boleh diperbaiki.

Tiga Adun tarik sokongan sebelum ini tewas

Tiga daripada empat Adun yang menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri dari BN pada Oktober lalu, sehingga membawa kepada PRN diadakan, tewas hari ini.

Norhizam Hassan Baktee yang bertanding sebagai calon bebas gagal mempertahankan kerusi Pengkalan Batu apabila setakat ini hanya meraih 1,218 undi. Kerusi itu dimenangi BN dengan 4,708 undi. Bagaimanapun setakat ini pemenang di kerusi itu belum dapat dipastikan.

Bekas ketua menteri Idris Haron yang bertanding sebagai calon PKR pula kalah besar di Asahan apabila hanya meraih 1,344 undi. Calon BN Fairul Nizam Roslan, yang merupakan muka baru, menang dengan 4,816 undi.

Seorang lagi adalah Noor Azman Hassan yang bertanding di bawah tiket Amanah turut gagal mempertahankan kerusi Pantai kundor apabila meraih 2,799 undi. Kerusi itu dimenangi BN dengan 3,960 undi.

Seorang lagi wakil rakyat yang menarik sokongan iaitu Noor Effandi Ahmad pula tak bertanding kali ini.