"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 20 November 2021

[VIDEO] “Depa dah lama rancang, kita ja lalai” – Lakonan Asif sebelum ikan siakap viral bikin netizen gelak besar


Pernah tular sebelum ini isu mengenai Ikan Siakap Kayangan yang telah menjadi topik h4ngat selama beberapa minggu di laman sosial dan juga di mana2 tempat.

Isu tersebut ditularkan apabila sebuah restoran yang menghidangkan ikan siakap tetapi dikenakan cas yang terlampau mahal menyebabkan tular isu ikan siakap kayangan ini.


Setelah reda isu tersebut diperkatakan dan dibincangkan, timbul lagi isu ikan siakap ini apabila sebuah video yang dimuatnaik di aplikasi Tik Tok iaitu sedutan drama pendek yang dilakonkan oleh Pemenang Anugerah Pelakon Komedi Popular baru2 ini iaitu Asif.

Video pendek asif yang mengatakan bahawa ikan siakap berharga rm3 sekilo itu sekali lagi mencvri perhatian warga net.


Sedutan video pendek itu adalah daripada drama pendek Pengarah Popular Syahmi Syazli yang membawa asif dan diperkenalkan dalam dunia lakonan.

Apa yang membuatkan warga net menyukai video tersebut adalah suntingan drama tersebut dibuat sebelum isu ikan siakap tersebut tular tapi seakan2 asif ini memang dah mengetahui bahawa ikan siakap akan menjadi tajuk utama semua akhbar satu hari nanti. Nampak seakan lakonan mereka itu natural bukan ada dalam skrip pasal ikan siakap itu. Lawak asif memang lawak. 

Video:

Menjengah ke ruangan komen, rata2 warga net terhibur dengan lakonan asif yang selamba pasal ikan siakap itu dan selain itu ramai juga netizen yang ketawa apabila ayat akhir yang dikatakan oleh asif membuatkan ramai yang tercuit hati. Lakonan mereka yang bersahaja membuatkan mereka disukai ramai.

Komen Netizen:


-sinarviral.com

“Saham Janda Lagi Tinggi Brbnding Anak D4ra”- Vida Dedah Ramai Lelaki Bujang Cuba Mendekatinya

 


BERITA penyanyi rap Caprice menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal menarik perhatian ramai netizen termasuklah usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Mengakui janda berasal dari Kelantan sering menjadi rebutan, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, berkata beberapa contoh lelaki bujang mengahwini ibu tunggal sudah cukup membuktikan mereka masih memiliki ‘saham’ tinggi.

“Saya setuju 200 peratus saham janda lagi tinggi dan lebih mahal berbanding anak dara, pasti ramai yang tercabar dengan janda terutama janda Kelantan.

“Saya tengok dekat aplikasi TikTok pun ramai lelaki mengatakan keinginan untuk memperisterikan janda.

Vida dedah ramai lelaki bujang cuba mendekatinya.

“Iyalah janda sekarang pun dah pandai berhias, cantik-cantik… itulah sebab anak teruna ramai g.ilakan janda. Kalau tak manalah orang gilakan kita sampai macam tu sekali,” katanya kepada mStar

Sementara itu, Vida berkata sepanjang empat tahun memegang status janda, dia pernah dihampiri oleh beberapa orang lelaki bujang yang menyatakan hasrat mahu memperisterikannya.

Apabila hati dah retak lagi la t.akut… lebih-lebih lagi saya pernah t.rauma melalui alam perkahwinan dahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap!

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Ini termasuklah k.ontroversi cinta tak kesampaian dengan bekas pembantu peribadi (PA) Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini.

Vida bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk bergelar isteri semula kerana masih t.rauma dengan kegagalan tiga perkahwinan sebelum ini.

Vida belum sedia kahwin lagi, mahu fokus dua anaknya iaitu Kacak (kiri) dan Cik B (kanan).

“Kalau ikutkan lamaran daripada lelaki bujang yang masih teruna ni orang kata riyak pula… tapi hati ini tak boleh dip.aksa-p.aksa terima orang.

“Apabila hati dah retak lagi la. takut… lebih-lebih lagi saya pernah trauma melalui alam perkahwinan dahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap,

“Saya enjoy dengan cara saya setakat ini, buat apa suka… nak bercuti, nak shopping saya buat sendiri sahaja,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

-newzstuff.com

ISI BAHAN API TERLALU PENUH BOLEH ROSAKKAN FUEL PUMP? INI PENJELASAN DR AID FAWZAL


Dalam alam maya ini sebenarnya banyak pakar menulis, walaupun di luar bidang mereka. Ada yang 7 kali pergi usrah sudah pandai buat teori, ada yang rujuk Wikipedia semata-mata sebagai bahan bacaan dan ada yang rujuk Youtube untuk jadi pakar vaksin. Macam-macamlah. Kita raikan semua pendapat.

Baru-baru ini tular berkenaan dengan satu posting yang menyatakan jika kita mengisi bahan api terlalu banyak atau terlalu penuh, pam bahan api perlu bekerja keras lantas memendekkan jangka hayat komponen tersebut. Kenyataan ini disangkal oleh Dr Aid Fawzal menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook miliknya.

Berikut ialah tulisan Dr Aid Fawzal berkenaan dengan permasalahan ini.

Betulkah dengan mengisi minyak terlalu penuh boleh rosakkan ‘fuel pump’?

 Jawapan pendek: TIDAK! Mengisi minyak terlalu penuh TIDAK akan rosakkan ‘fuel pump’ sebaliknya akan merosakkan ‘vapour/charcoal canister’.

Kenyataan dalam tulisan viral tersebut tidak benar dan banyak hanya andaian semata-mata. Jom kita bongkarkan.


Gambar 1

Pertama sekali, mesej yang penulis tulisan viral tu nak sampaikan adalah baik. Ceritanya beliau akan isi minyak penuh hanya sehingga kepala nozzle pengisi menendang dan tak perlu teruskan isian penuh (gambar 1). Ini saya setuju dan ia adalah satu amalan yang baik. Teruskan membaca, insyaallah nanti anda akan faham kenapa.

Akan tetapi alasan-alasan yang penulis nyatakan adalah tidak benar. Beliau sebut berkenaan:

• 2% ruang pengembangan = tak benar!

• Minyak kembang bila panas = berapa kembang?!

• Isi lebih² nanti melimpah atas jalan = separa benar.

Izinkan saya jelaskan dalam bentuk soal jawab.

1) Apa yang terjadi bila isi minyak penuh?

• Apabila kita nak isi minyak, kita akan masukkan nozzle pengisi ke dalam lubang isian (fuel filler neck) dan tarik picu (trigger) lalu minyak mengalir masuk ke dalam tangki. Kemudian bila minyak mula penuh, ia akan melalui vapour return hose (sila lihat gambar ke 2) dan datang kembali berdekatan dengan lubang isian.

Siapa yang suka memerhati pasti pernah nampak minyak keluar daripada paip/lubang kecil dalam lubang isian tu. Haa.. minyak yg keluar ni tadi, bila dia menutup muncung depan nozzle pengisi tu yang akan buat nozzle tendang.


Gambar 2

• Lihat gambar ke 3 untuk salah satu jenis kepala nozzle pengisi. Ada macam² jenis, ada yang lubang dibawah nozzle, ada yang dalam nozzle, tapi prinsipnya sama. Ia gunakan konsep ‘venturi effect’. Apabila lubang ini tertutup oleh minyak daripada tangki, ia akan sekat aliran yang keluar daripada muncung. Terus berhenti pump.

2) Adakah benar tangki kenderaan perlukan 2% ruang pengembangan seperti yang dinyatakan?

• Ini tidak benar kerana tangki minyak kenderaan ada aliran angin masuk-keluar padanya. Angin akan masuk ke dalam tangki melalui lubang isian tu. Sebab tu penutup lubang isiaan ‘special’. Pusing2 tak ketat pon tapi dh bunyi kraaakkk!! Ia menutup laluan cecair, tapi benarkan angin utk masuk.

• Kedua, tangki kenderaan juga mempunyai Evaporative Emission Control System (biasa dipanggil pendek sebagai “EVAP” system). Sistem ini gunanya untuk bantu apabila minyak tadi berubah menjadi wap. (Lihat gambar ke 4)•

Sistem ini gunanya untuk tapis wap minyak anda dan gunakan semula ke dalam enjin. Jika anda selalu isi minyak penuh², ada kemungkinan yang tinggi, minyak akan masuk ke dalam sistem ini dan mengisi vapour/charcoal canister. Jika ini berlaku, lampu amaran (check engine) akan bernyala. Kene tukar canister boh!!!


Gambar 3

3) Bagaimana pula jika minyak mengembang apabila cuaca panas?

• Nilai pengembangan haba bagi petrol dan diesel adalah 0.00095 per degC dan 0.00083 per degC. Nilai ini sangat rendah jika diletakkan pada perubahan suhu di Malaysia. Utk permudahkan permahaman kita, katakan lah Ahmad isi minyak keretanya 10 liter waktu malam dengan suhu 24degC dengan harga RM20.50.

Pada waktu siang yang panasnya, suhu tangki naik ke 40degC. Kini minyak 10 liter yang Ahmad isi malam tadi menjadi 10.02 liter = RM20.53. Tak banyak pon kembangnya. Begitu juga dengan teori isi minyak kat Genting Sempah tu, pon boleh kita sangkal.

Perbezaan suhu sejuk kat Genting Sempah dengan kawasan² lain tak signifikan. Jadi tak beza banyak pon minyaknya dari segi nilai isipadu.

4) Bolehkah minyak melimpah atas jalan raya melalui ‘overflow port’?

• Tak boleh. Minyak hanya boleh overflow atau melimpah melalui lubang isian (fuel filler neck). Atau,Sesetengah motorsikal & kenderaan lama mempunyai breather hose. Ini adalah laluan pernafasan tangki.

Isian penuh juga boleh melimpah melalui ini terutama bila ambil selekoh/koner. Ini hal safety! Mana boleh pengeluar kereta buat buang limpahan atas jalan, kan??!?


Gambar 4

5) Adakah isi penuh boleh rosakkan ‘fuel pump’?

• Tak boleh.

• Yang akan rosakkan fuel pump bila selalu pandu kereta dalam keadaan minyak ‘reserved’ atau bawah paras E (pada meter minyak). Ini kerana fuel pump tu gunakan minyak sebagai bahan penyejukan & pelincir juga. Fuel pump yang berjalan tanpa adanya aliran minyak akan buatkan ia panas dan komponen dalamnya haus.

Selain tu, memandu dalam keadaan minyak ‘reserved’ juga boleh rosakkan fuel pump disebabkan kotoran/enapan disedut ke dalam enjin. Ini juga boleh menyebabkan fuel filter dan injector tersumbat.

Kepada Tuan penulis, kami hargai niat baik anda. Tapi semak² lah info dulu sebelum berkongsi. Jangan guna andaian sahaja. Saya nak tulis ni pon saya bertukar pendapat & mintak sahabat2 saya semak pengetahuan saya. Mereka adalah:

• Jamadin, BMW specialist, Ztechnica Automobile.

• Seorang pomen rally,

• Pizan, JDM specialist, Olskoolgarage

Rajin² lah semak ilmu yang kita terima,

Dr Aid FawzalMiddlesbrough UK

*Terima kasih kepada Faizal Ag & D Alexander kerana kongsikan tulisan viral tu.

**Tambahan: lupa pula saya nak cerita, kereta berenjin petrol, bila habis minyak, boleh isi & jalan terus.

Tapi jangan buat perangai dengan enjin diesel. Kalau putus minyak, akan berlaku air lock & mekanik perlu sedut diesel utk penuhi fuel system sebelum boleh berjalan kembali. Berhati² ya.

-mekanika.com.my

Selain tanah RM100 juta, PM juga hantar nama Najib diberi gelaran ‘Tun’?

 

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas langkah kerajaan PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memberi hadiah tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak.


Bukan hanya permohonan tanah bernilai RM100 juta kepada Datuk Seri Najib Razak sedang dipertimbang kerajaan, malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menghantar nama bekas Perdana Menteri (PM) itu untuk diberi gelaran ‘Tun’.

Sumber Agenda Daily boleh mengesahkan nama Najib dihantar PM kepada Istana Negara yang mencadangkan agar gelaran tertinggi negara itu diberikan kepadanya atas alasan pernah menjadi pemimpin nombor satu negara dan sebagai tanda penghargaan terhadapnya.

“Nama Najib dihantar Ismail Sabri kepada Istana Negara untuk diberi gelaran Tun pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

“Bagaimanapun tidak ada sebarang maklum balas dari Istana Negara berhubung cadangan nama Najib tersebut,” kata sumber.

dihantar kepada Istana Negara untuk dipertimbangkan diberi gelaran tersebut adalah PM kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak istana.

Untuk rekod, Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran “Lord” di United Kingdom.

Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM).

Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

Kebanyakan penerima anugerah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperti PM. Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang juga bergelar ‘Tun’.

Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 13 November baru-baru ini, seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran “Tun” kepada bekas Ketua Hakim Negara Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan Felda Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.

Terdahulu, media melaporkan Najib memohon “keistimewaan” daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2.8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di kejiranan paling eksklusif Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut menurut portal MalaysiaNow sudah menerima kelulusan daripada kerajaan namun dibantah menteri dan pegawai kanan.

Difahamkan Najib membuat permohonan tersebut setahun selepas digulingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 dan sekali lagi tahun lalu, beberapa bulan sebelum beliau disabitkan bersalah bagi kes rasuah melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan pendedahan tersebut, bekas PM dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dan membidas kerajaan kerana memberikan keistimewaan tersebut kepada Najib kerana berstatus banduan selepas disabitkan hukuman jenayah dan sedang dalam proses rayuan.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.

-Agenda Daily

China kini negara paling kaya di dunia

 Bangunan di Bijie, terletak di barat daya wilayah Guizhou, China dipenuhi kabus pada awal pagi. FOTO AFP

Bangunan di Bijie, terletak di barat daya wilayah Guizhou, China dipenuhi kabus pada awal pagi. FOTO AFP

Washington: China kini menjadi negara paling kaya di dunia mengatasi Amerika Syarikat.

Ia berdasarkan satu laporan penyelidikan terbaharu yang dikeluarkan baru-baru ini.

Penyelidikan yang dilakukan oleh syarikat perunding pengurusan perniagaan, McKinsey & Co itu mendapati anggaran kekayaan China meningkat daripada AS$7 trilion (RM29.27 trilion) pada tahun 2000 kepada AS$120 trilion (RM501.78 trilion) pada tahun 2020.

Data daripada syarikat berkenaan mendedahkan, sejak 20 tahun lalu China mewakili hampir satu pertiga daripada peningkatan kekayaan dunia.

Peningkatan itu mengatasi AS yang mencatatkan nilai kekayaannya meningkat lebih dua kali ganda kepada AS$90 trilion (RM376.43 trilion).

Namun, AS gagal untuk mengatasi China disebabkan tiada lonjakkan harga di pasaran hartanahnya.

Data itu dikumpulkan dari tahun 2000 hingga 2020.

China hanya menjadi anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2001, sekali gus menyebabkan lonjakan kekayaannya.

Menurut penyelidikan itu, kekayaan dunia sudah meningkat tiga kali ganda sejak dua dekat lalu dari kira-kira AS$156 trilion (RM652.47 trilion) pada tahun 2000 kepada kira-kira AS$514 trilion (RM2,149 trilion) pada tahun 2020.

-myMetro

Wedding Of The Year, Kos Majlis Kahwin Haqiem Rusli RM7 Juta

 


Penyanyi Haqiem Rusli sah bergelar suami kepada gadis pilihan hati, Anis Sofea dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada jam 3.40 petang tadi.

Pada majlis tersebut, Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, wang hantaran berjumlah RM100,00, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada isteri.

Majlis resepsi akan diadakan secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis diberikan nama The SOFEA, berinspirasikan Floral Garden persis taman kayangan dengan rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis yang minat dengan fesyen dan drama Korea.

Haqiem dan Anis mengenakan busana dari pereka, Razman Razmi. Manakala, untuk majlis resepsi busana direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini.

Turut meraikan detik bersejarah HABIB Jewels menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.

Haqiem turut memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia buat isterinya. Difahamkan, nilai keseluruhan majlis perkahwinan penyanyi itu dianggarkan lebih RM7 juta.

-rotikaya.com

Jumaat, 19 November 2021

Forest City Johor Disenaraikan Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia


Menerusi video tersebut Forest City tersenarai sebagai Projek Mega ke-2 Paling Tidak Berguna di dunia.

Rakyat Malaysia khususnya di selatan tanah air pasti cukup tahu tentang Projek Mega, Forest City di Johor.

Secara ringkasnya, Forest City adalah satu projek futuristik mewah dilancarkan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibina di atas empat pulau buatan yang terletak hanya sejam dari Singapura.

Projek yang mempromosikan ‘eco-smart city’ dengan nilai AS$100 bilion (RM413.77 bilion) ini pada awal pembinaanya dijangka berpotensi menempatkan sehingga 700,000 penduduk apabila siap sepenuhnya pada 2035.

Foto : via Malaymail

Namun ia berdepan dengan pelbagai masalah dari awal pelancarannya antaranya menjadi keresahan rakyat Malaysia berikutan pengaruh China yang semakin berkembang selain harga rumah disana yang disifatkan tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Terbaru, nama Forest City menjadi bualan apabila sebuah saluran Youtube, Top Luxury telah menyenaraikan projek mega ini sebagai salah satu di antara lima projek mega yang paling tidak berguna di dunia.

Menerusi laporan Top Luxury, memandangkan projek ini mendapat pembiayaan oleh China, sebagai pulangan rakyat mereka diberikan kelebihan untuk memiliki kediaman di sini.

Malah menurut mereka, sebahagian nama jalan dan papan tanda di sini ditulis di dalam bahasa Cina.

Bukan itu sahaja, mereka mendakwa hampir 80% dari pemilik di kawasan ini pada tahun 2019 adalah terdiri dari warga China disebabkan harganya yang terlalu mahal untuk dimiliki rakyat tempatan.

“By 2019, 80% of the property owners were Chinese, even the street signs were in Mandarin and the few schools that opened in the area were offering Mandarin courses.

“The native Malaysians simply can’t afford to buy these apartments as the property prices are set with only the Chinese markets in mind”

Namun keadaan mula berubah apabila Tun Mahathir yang kembali dilantik menjadi Perdana Menteri lantang menghalang pembelian hartanah di sana oleh orang asing.

Jelas beliau bandar yang sedang dibina itu tidak akan dijual kepada orang asing malah kerajaan pimpinannya tidak akan memberikan visa untuk mereka datang dan menetap di sana.

Penularan wabak Covid-19 turut memberikan tamparan hebat kepada projek mega ini apabila banyak pelabur mula menarik diri dan jumlah jualan begitu merosot dan hasilnya pada tahun 2020, kurang dari 500 orang yang mendiami kawasan tersebut.

Angka ini disifatkan sebagai angka yang begitu rendah atau dalam bahasa mudahnya ‘gagal’ memandangkan tempat ini mampu menempatkan 700 ratus ribu orang pada satu-satu masa.

“So by the start of 2020, less than 500 people were actually living in the residential developments which is not a lot considering that Forest City is designed for 700,000 people.

“The project has remained in flux ever since with some salespeople claiming that fewer than 10 homes were sold at Forest city since the start of the Coronavirus pandemic”

Malah menurut Top Luxury, projek ini juga disifatkan semakin tidak menentu pabila pemaju, County Garden beberapa tahun lalu mula melaksanakan pemberhentian pekerja seramai 1,000 orang memberikan petanda kemerosotan pada perancangan projek tersebut.

Dengan semua faktor ini, mereka merumuskan projek ini walaupun sudah disuntik dengan berbilion dollar tidak mampu mengubahnya sebagai projek mega yang tidak berguna di dunia buat masa ini.

-buzzkini.com

PRN Melaka: Najib tolak tawaran hartanah RM100 juta

 PRN Melaka: Najib tolak tawaran hartanah RM100 juta

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan keputusannya menolak tawaran peruntukan tanah bernilai RM100 juta oleh kerajaan kepadanya.

MELAKA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan keputusannya menolak tawaran peruntukan tanah bernilai RM100 juta oleh kerajaan kepadanya seperti dilaporkan sebelum ini.

Menurut bekas Perdana Menteri keenam itu, tindakan tersebut diambil selepas isu peruntukan berkenaan dijadikan modal politik oleh pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
"Jika rakyat tidak selesa… saya sudah memohon kediaman seperti dibenarkan Akta Kerajaan, saya boleh tarik permohonan pada tahun 2018 itu.
"Permohonan ini berdasarkan Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 yang mana akta tersebut telah diubah suai diperbaiki pada tahun 2013," kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam sidang media di sini, pada Jumaat.
Kata Najib lagi, meskipun peruntukan itu belum diluluskan, namun, tegasnya, tindakan menolak itu dibuat kerana menyedari keadaan yang dihadapi rakyat selepas pandemik COVID-19.
"Oleh itu saya membuat keputusan utuk menolak tawaran tersebut, walaupun secara prinsipnya ia berdasarkan kelayakan semua bekas Perdana Menteri.
"Saya menyedari dan memahami ketika rakyat berdepan saat sukar ini, keutamaan negara adalah kepada rakyat," jelasnya lagi.
Dalam masa sama, Najib turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar meneliti semula peruntukan terbabit.
"Memandangkan isu ini telah cetuskan suasana tidak selsa, saya cadangkan kepada Perdana Menteri untuk melihat semua peruntukan kelayakan ini.
"Sekira perlu menarik semula peruntukan ini, semua bekas Perdana Menteri termasuk selepas saya. Bagi bekas Perdana Menteri yang telah terima tidak perlu kerajaan tarik balik peruntukan berkenaan," katanya lagi.
-AstroAwani

KERAJAAN MESTI TOLAK RUMAH RM100 JUTA NAJIB, KALAU TIDAK, ISMAIL SABRI PUN WAJIB DIJATUHKAN


Hanya ada dua pilihan yang wajib diambil Ismail Sabri Yaakob dalam isu rumah bernilai RM100 juta melibatkan Najib Razak sekarang ini.

Pertama, menolak permintaan tersebut dan kedua, segera membatalkannya sekiranya permohonan itu telah diluluskan.

Dengan kedudukan Najib yang sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan beserta puluhan lagi kes berkaitan 1MDB masih berjalan di Mahkamah Tinggi, memenuhi permintaan itu bermakna Ismail Sabri jauh lebih tidak berguna lagi.

Kalau kepada Najib yang membuat permintaan tersebut pun sudah boleh membuatkan kita marah, tindakan Ismail Sabri memberi kelulusan atau tunduk kepada permintaan itu tentu lebih wajar menjadikan kita sangat membara seluruh jiwa.

Memberi sebuah rumah mewah bernilai RM100 dalam keadaan Najib sudah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dengan jelas lagi terang akan memperlihatkan gambaran teruknya sebuah kerajaan yang sedang mentadbir negara ini.

 Sekaligus ia turut menyerlahkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang terburuk sekali kewibawaannya yang Malaysia pernah ada.

Di mana-mana celah dunia sekali pun, tidak pernah kita dengar ada kerajaan atau Perdana Menteri meluluskan pemberian sebuah kediaman mewah kepada bekas seorang pemimpinnya yang sedang menuju ke penjara.

Kalau pun memang ada peruntukan untuk memberikan Najib sebuah kediaman atas kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri atau disebabkan beliau tiada kediaman, ia seharusnya dilakukan selepas Najib sudah bebas daripada sebarang sabitan dan perbicaraan di mahkamah, bukannya dalam keadaan sudah dijatuhi hukuman bersalah dan masih bersalah.

Jika begitu, perbicaraan dan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah langsung tidak berharga apa-apa.

Sebab itu, jika akhirnya terbukti kerajaan meluluskan atau tunduk kepada permintaan Najib itu, MOU antara PH dengan Ismail Sabri tidak saja patut ditamatkan, bahkan Perdana Menteri sendiri wajib dijatuhkan.

Tiada guna lagi sebarang MOU dipertahankan kalau ia sekadar menjadi alat untuk Perdana Menteri kekal berkuasa, tiada ancaman dijatuhkan tapi menjadikannya bebas berbuat sesuka hati untuk membelanjakan wang rakyat.

Blok pembangkang selepas ini, malah harus mengumpulkan kekuatan untuk memulakan gerakan menjatuh atau menumbangkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang tidak berguna kerana tergamak membelanjakan wang rakyat untuk rumah mewah seseorang yang sudah dihukum bersalah bukan saja pasti akan mendapat sokongan majoriti rakyat, bahkan tidak mustahil mampu menarik sama sokongan daripada pemimpin dalam blok kerajaan sendiri.

Oleh itu, Ismail Sabri mesti segera bertindak menamatkan kemarahan rakyat dalam isu ini, kecuali jika beliau memang mahu menampah rekod sebagai Perdana Menteri yang khidmatnya tidak sampai 100 hari.

Jangan lupa, PN dan Mahiaddin Md Yasin tentu turut tidak setuju dengan pemberian rumah mewah kepada Najib itu.

PH menamatkan MOU dan PN menarik sokongan, apakah Ismail Sabri tak tergolek jadinya? – ShahbudinHusin 19/11/2021.


ARTIKEL BERKAITAN: MINTA RUMAH RM100 JUTA, NAJIB LAKUKAN TIGA SALAH BESAR