"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 10 Oktober 2021

Sidang Media Khas PM:Pengumuman benar rentas negeri petang ini?

 

Perdana Menteri akan membuat sidang media khas pada jam 3 petang ini.
Perdana Menteri akan membuat sidang media khas pada jam 3 petang ini.

SHAH ALAM - Selepas hampir sembilan bulan atau lebih 270 hari 'dikurung', rakyat Malaysia bakal kembali menikmati satu lagi erti kebebasan apabila kebenaran rentas negeri akan dibenarkan semula.

Lebih 32 juta rakyat Malaysia pasti menanti dengan penuh debar di depan kaca TV atau telefon bimbit masing-masing tepat jam 3 ini untuk menyaksikan sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dengan kadar vaksinasi dewasa di Malaysia cuma berbaki 0.3 peratus untuk mencapai sasaran 90 peratus, ramai yang menjangkakan sidang media khas pada hari Ahad itu ada kaitan dengan kebenaran rentas negeri.

Berdasarkan laman sesawang Covid Now yang dikemaskini, negara mencatat 89.7 peratus dos lengkap suntikan vaksinasi Covid-19 bersamaan dengan 21 juta individu melibatkan populasi dewasa.

Ismail Sabri pada 22 September lalu mengumumkan, rakyat akan dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Sasaran 90 peratus itu dibuat berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan.

Perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan beliau.

Ismail Sabri sebelum itu terlebih dahulu mengumumkan tiada lagi sekatan rentas daerah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 10 September lalu.

-SH Online

Hari Ini Dalam Sejarah:Angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

 


Hari ini 14 tahun yang lalu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). 

Pada 2006, Program Angkasawan Negara dilancarkan sebagai sebahagian daripada perjanjian kerajaan Malaysia-Rusia berhubung pembelian 18 jet pejuang Sukhoi untuk TUDM & Rusia setuju untuk melatih & menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS. 

Daripada 11,275 peserta awal, 4 finalis berjaya melepasi semua peringkat ujian yang ditetapkan pada standard agensi angkasa Rusia, Roscosmos. Akhirnya, hanya 2 individu terpilih iaitu Dr. Faiz Khaleed & Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. 

Mereka berdua kemudian menjalani latihan selama 18 bulan di Star City, Moscow sebelum diumumkan bahawa pada 17 September 2007 bahawa Dr. Sheikh Muszaphar dipilih sebagai kru utama dalam misi Soyuz TMA-11 & Dr. Faiz sebagai kru sandaran. 

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 27 Julai 1972, Dr. Sheikh Muszaphar bin Sheikh Mustapha al-Masrie merupakan seorang doktor bedah orthopedik lepasan Universiti Manipal, India & berkhidmat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Pada jam 9.21 malam waktu Malaysia 10 Oktober 2007, beliau bersama kosmonaut Rusia, Yuri Malenchenko & angkasawan A.S., Peggy Whitson berlepas dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan yang disiarkan secara langsung di Dataran Merdeka & seluruh negara. 

10 hari di ISS, beliau menjalankan pelbagai eksperimen dalam graviti sifar, antaranya sifat & tumbesaran sel kanser hati & leukemia, serta pengkristalan protein & mikrob juga turut membuat demonstrasi sifat bendalir & kesan objek berputar di angkasa. 

Menjadi umat Islam pertama yang berpuasa & menyambut Aidilfitiri di sana pada 13 Oktober, beliau turut mempraktikkan ibadah seperti tayamun, solat, cara menentukan arah kiblat & waktu solat mengikut garis panduan diberi Majlis Fatwa Kebangsaan. 

Dr. Sheikh Muszaphar meninggalkan ISS dengan kru misi Soyuz TMA-10 & selamat mendarat ke Bumi pada 21 Oktober jam 6.44 petang waktu Malaysia. 

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Britannica, NASA

“Bagi la kejap!” – 3 tahun tak jumpa, wanita rindu peluk anak dihalang bekas suami


 Sehari tidak menatap wajah anak pun sudah mula rasa kehilangan, apatah lagi terpaksa menahan rindu selama tiga tahun selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan pasangan.

Situasi perit itu dilalui seorang wanita yang mahu melepaskan rindu dengan memeluk anak lelakinya, namun berlaku kekecohan apabila dihalang oleh bekas suami di sebuah mahkamah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, wanita menggunakan nama ‘Rias Jelita’ itu memuat naik video memaparkan dia berjalan mendekati anaknya yang ketika itu berada bersama bekas suami.

“Aku nak peluk anak aku! Bagi la sekejap..”

Tapi belum sempat disentuh, bekas suaminya itu dilihat segera membawa anak mereka beredar jauh dari wanita tersebut sebelum berlaku ‘perebutan’ sehingga terpaksa ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga dan anggota polis.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya dapat memeluk erat anaknya untuk beberapa saat sebelum ‘dipulangkan’ semula kepada lelaki terbabit yang dipercayai mendapat hak penjagaan.


Menerusi kapsyen, wanita berkenaan percaya kepada perancangan Allah SWT selain menyifatkan dirinya dianiaya oleh bekas suami sehingga tergamak memisahkan anak dengan ibu kandung.

Malah, dia juga menegaskan sanggup menghadapi apa jua halangan serta mengakui tidak pernah menyesal setelah bercerai dengan lelaki terbabit.

“Setelah hampir tiga tahun tak dapat jumpa anak2, jangankan jumpa nak call atau whatsapp pun tak boleh.. hari ni mahkamah minta keterangan anak2. Dapat la tengok anak2, nak pegang peluk.
 
“Sekejap pun tak boleh. Allahhu megahnya kau, berlagaknya kau dengan kuasa duit kau, hari ni kau beli undang2. Hari ni kau masih menang, kau masih berjaya dengan menindas org….
“Insyaallah Allah Maha Adil, Allah tahu segala yang berlaku. Kau boleh tipu mahkamah, kau boleh menang di mahkamah dunia ni. One day Allah akan rentap segalanya, ingat setiap kejahatan pasti ada balasan.

“Manusia yang paling zalim adalah manusia yang pisahkan ibu dgn anaknya. 
Jangan terlalu selesa menganiaya orang.
“Satu je nak cakap, walau apa pun yang aku terpaksa hadapi, aku sanggup hadap namun aku tak pernah menyesal bercerai dengan kau,” tulisnya.

Posting tersebut dikongsi sebanyak 5,400 kali dan menerima 3,3000 komen netizen yang rata-rata turut sebak melihat momen itu apabila si anak pula yang menjadi mangsa keadaan selepas ibu bapa bercerai.

Selain di Facebook, video berkenaan turut tular di aplikasi TikTok selepas dimuat naik oleh seorang pengguna @izhaikal sehingga meraih 3.6 juta tontonan.


Sumber: Facebook Rias Jelita , TikTok @izhaikal

Kredit:ohmymedia.cc

Sabtu, 9 Oktober 2021

PKR beri amaran akan cabar ‘katak’ pada PRU15

 

Sim Tze Tzin berkata, PKR bersedia menghadapi saingan bekas orang kuatnya, Dr Afif Bahardin bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

GEORGE TOWN: PKR Pulau Pinang akan mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka dan merampas semula kerusi yang bertukar tangan selepas penyandang meninggalkan parti itu untuk menyokong Perikatan Nasional pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketua PKR Pulau Pinang, Sim Tze Tzin yakin pengundi negeri itu tidak akan menerima “pembelot” pada PRU15 kerana tidak mudah melupakan kesusahan politik yang dibawakan wakil rakyat melompat ke parti ditolak rakyat.

Mengulas laporan mendakwa ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengintai kerusi tradisi kubu kuat PKR Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi Nurul Izzah Anwar, pada PRU15, Sim berkata, parti itu bersedia menghadapi sebarang cabaran kerana ia sudah dijangkakan.

“Kami mengalu-alukan sebarang cabaran daripada sesiapa sahaja. PKR bukan sahaja akan mempertahankan kerusi yang dipegangnya sekarang, kami juga akan bekerja keras untuk merampas kembali kerusi yang kami hilang kepada pembelot di DUN dan Parlimen,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, setiap pilihan raya adalah kompetitif dan parti itu sentiasa menghormati pilihan pengundi serta berharap calon yang menang akan tetap setia kepada pengundi mereka.

The Vibes semalam melaporkan Afif, yang juga bekas Exco Pulau Pinang, sedang mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15, tetapi menyerahkannya kepada kepimpinan Bersatu menentukannya.

“Masyarakat di Permatang Pauh, terutama di Seberang Jaya, tahu siapa Dr Afif. Mereka telah lihat saya bekerja untuk mereka.

“Sesetengah ahli politik mendakwa mereka bekerja untuk rakyat. Tetapi, rakyat tahu siapa yang jujur dan ada ketika mereka memerlukan bantuan,” kata Afif.

Bekas Exco Kesihatan Pulau Pinang itu melompat ke Bersatu pada Jun tahun lalu bersama Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh) dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman yang juga satu-satunya Ahli Parlimen PKR Pulau Pinang yang menyertai Bersatu.

Mereka yang meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai Bersatu adalah Khalid Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang).-FMT

DUN Melaka:Semua orang UMNO tahu Speaker orang Zahid, tak berani tegur

 

Tiada siapa berani menyanggah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, kerana dia orang Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang dianggap sebagai ‘singa’ turut dilabel sebagai orang kuat ‘Zahid’ di kalangan pemimpin UMNO yang merujuk kepada kem Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ab Rauf yang juga memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bertindak membubarkan DUN selepas empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga kehilangan majoriti.

Beberapa sumber dalaman parti memberitahu Agenda Daily, Ab Rauf digeruni dan ditakuti pemimpin UMNO negeri itu kerana mempunyai hubungan rapat dengan Zahid, malah mempunyai pengaruh yang berkuasa kerana status orang ‘Zahid’ yang dipegangnya.

“Siapa berani dengan Rauf, semua orang UMNO tahu hubungan rapat dia dengan Zahid… Malah, di kalangan orang UMNO di Melaka sudah mengetahui perkara tersebut sejak sekian lama,” kata sumber UMNO itu.

Tindakan pembubaran DUN oleh Ab Rauf memberi implikasi besar kepada krisis politik di Melaka kerana ia mengakibatkan satu pilihan raya negeri (PRN) perlu dijalankan untuk memilih kerajaan baharu.

Tindakan tersebut amat berani kerana walaupun krisis politik negara melanda baru-baru ini di peringkat pusat, mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak sehingga ke tahap untuk membubarkan Dewan Rakyat kerana tidak mahu pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Muhyiddin yang ditekan oleh kumpulan diketuai Zahid mengambil pendekatan untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengambil kira situasi krisis kesihatan yang sedang melanda negara.

Bagaimanapun, tindakan Ab Rauf tersebut seolah-olah tidak memikirkan kesan kepada rakyat di Melaka yang terjejas punca pendapatan serta kehidupan seharian akibat Covid-19.

Reaksi orang ramai khususnya di Melaka amat kecewa dengan satu lagi krisis politik yang berlaku, malah ia dikecam hebat kerana tidak sensitif dengan kesusahan rakyat dihadapi ketika ini.

Beberapa pemerhati politik juga menyifatkan tindakan pembubaran DUN tersebut sebagai tidak wajar pada ketika penularan Covid-19 semakin reda dan jika diteruskan juga PRN, dibimbangi episod sama di Sabah bakal berulang.

Berhubung keputusan Ab Rauf membubarkan DUN, sumber memberitahu mustahil tindakan drastik tersebut tidak dikaji terlebih dahulu oleh pemimpin atasan UMNO tanpa memikirkan kesannya.

“Mustahil Rauf tidak merujuk dahulu kepada Zahid, beliau boleh menghubungi Presiden dahulu untuk bertanyakan pandangan sama ada wajar atau tidak membuat keputusan tersebut.

“Hubungan rapatnya dengan Zahid, tidak bolehkah beliau rujuk kepada Zahid… Ini yang menjadi persoalan, kini UMNO pula dalam dilema kerana sudah takut dengan tindak balas rakyat terhadap keputusan tersebut,” kata sumber lagi.

Untuk rekod, Zahid pada awalnya berkata tidak kisah sekiranya kerajaan UMNO di Melaka tumbang dan memberi laluan kepada PRN dijalankan untuk rakyat memilih kerajaan baharu.

Namun, nadanya bertukar dan seakan-akan memberi isyarat tidak merelakan PRN diadakan pada ketika rakyat masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

Terdahulu, bekas KM Datuk Seri Idris Haron berkata, ada ‘dua singa di atas gunung’ yang menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Sulaiman menjadi kelam-kabut.

Idris mendakwa, Sulaiman tidak mampu membuat keputusan mengenai perkara penting dalam pentadbiran kerana terpaksa tunduk kepada kata putus Speaker DUN, Ab Rauf.

Melepaskan rasa tidak puas hatinya, Idris berkata tindakan Ab Rauf memegang jawatan Speaker DUN tidak sepatutnya berlaku kerana sesiapa yang mempunyai kepentingan politik tidak seharusnya mentadbir DUN.

Untuk rekod Ab Rauf adalah bekas Setiausaha Kerja UMNO Malaysia dan bukan wakil rakyat mewakili mana-mana kawasan Parlimen atau DUN di Melaka.

“Ini menyebabkan persidangan DUN Melaka tidak dapat dijalankan dengan baik kerana Speaker tidak dapat mentadbir dengan baik,” kata Idris mengkritik Ab Rauf baru-baru ini.

Idris yang juga ADUN Sungai Udang mengetuai kumpulan empat ADUN yang menjadi punca kepada kekalutan politik di Melaka sehingga tumbangnya kerajaan negeri dipimpin UMNO.

-Agenda Daily

Kabinet tubuh jawatankuasa khas siasat kes kematian Adib

 

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail sabri Yaakob, berkata jawatankuasa khas itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

"Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

-Ibnuhasyim

Pengasas Telegram Terkejut Lihat 70 Juta Pengguna Berhijrah Dari WhatsApp


Masih ingat dengan kejadian 12 tengah malam bila kita tiba-tiba tak dapat nak buka Whatsapp, Facebook dan Telegram? Sebelum ini kami ada laporkan Mark Zuckerberg pemilik kepada 3 aplikasi bermasalah itu mengalami kerugian berbilion ringgit dalam hanya beberapa jam.

 Terkini, satu laporan menunjukkan sebanyak 70 juta pengguna seluruh dunia telah berhijrah dari aplikasi WhatsApp ke aplikasi Telegram. Penghijrahan besar-besaran itu diumumkan sendiri oleh pengasah Telegram, Pavel Durov melalui chanel Telegram miliknya.

Semalam (kelmarin), Telegram merekodkan peningkatan dari segi pendaftaran dan aktiviti. Kadar peningkatan harian di Telegram dalam melebihi batas normal dan kami menerima 70 juta ‘pelarian’  daripada platform lain dalam masa sehari.

Saya bangga dengan kebolehan pasukan kami menangani peningkatan mendadak ini dan Telegram masih mampu berfungsi dengan sempurna untuk majoriti pengguna.

Durov turut mengucapkan selamat datang kepada pengguna baru ke Telegram dan menegaskan mereka tidak akan mengecewakan mereka.

Bagaimanapun, Telegram mengakui berlaku sedikit kelembapan berbanding biasa di Amerika memandangkan ramai yang beralih ke aplikasi itu.

-ohmedia.my

‘Saya pun ada hati, perasaan’ – isteri dedah Shuk masih curang

 

ROSSALENNAH memberi bayangan tidak sanggup lagi memaafkan kecurangan Shuk Sahar yang masih bermain kayu tiga biarpun sudah berkali-kali diberikan peluang.

 “Terima kasih untuk semua rasa sakit ini.”

Itu antara luahan kekecewaan dan sakit hati isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang masih dibelenggu masalah kecurangan suaminya.

Menerusi beberapa muat naik status InstaStory, Rossalennah mendedahkan, dirinya seperti sudah tawar hati dengan suaminya itu yang masih tidak serik dan terus bermain kayu tiga dengan wanita lain.

“Tiada siapa pun mahu pilih perpisahan. Seboleh-bolehnya si isteri ini bersabar walaupun perit, sakit, trauma tetap juga dia tempuhi.

“Sayang sangat sebab peluang tak pernah dihargai. Mempersendakan perasaan dan hati yang sanggup memaafkanmu,” luahnya.

Ujar Rossalennah lagi, dia sudah tidak mahu lagi memaafkan suaminya itu atas kecurangannya yang sepertinya tidak pernah menemui jalan noktah.

“Saya terkilan sebab saya masih mahu baiki dan bertahan lagi. Tetapi, Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk saya maafkannya. Sedih sangat tetapi bersyukur sebab Dia tunjukkan kebenaran.

LUAHAN kekecewaan yang dikongsi Rossalennah atau lebih dikenali sebagai Sera menerusi InstaStory memberi bayangan rumah tangganya dengan Shuk sekali lagi dilanda badai.

“Ingat, jangan sebab anda dicintai, disayangi dan dimaafkan, sesuka hati memperlakukan hidup orang. Dia (saya) pun ada hati dan perasaan,” katanya.

Memberi bayangan perkahwinannya dengan Shuk atau nama lengkapnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, sekali lagi seperti retak menanti belah, Rossalennah tidak mahu lagi menerima sumpah suaminya yang berjanji banyak kali untuk berubah sebelum ini.

“Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih zalim daripada ini.

“Selama ini, saya percaya Allah bagi kekuatan untuk memaafkan sebab ini cara-Nya menjadikan saya kuat dan sabar mendepani masa depan,” tuturnya.

Tidak mahu memberi komen lanjut tentang kepincangan yang berlaku, Shuk mengakui memang ada masalah sedikit antara dia dan isteri dan mereka sedang mencari penyelesaian.

“Ada sikit salah faham dengan Sera tapi tiada apa yang serius pun,” katanya ringkas.

Sekarang ini, Shuk berada di Seberang Perai , Pulau Pinang bagi mengembangkan perniagaan minumannya di sana.

Terdahulu, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Shuk, iaitu Fara Salleh mendedahkan lelaki itu masih tidak berhenti mengganggunya sehingga dia berasa rimas.

Tidak menyebut nama individu berkenaan, Fara bagaimanapun mengatakan lelaki tersebut menyertai tabligh seolah-olah merujuk kepada Shuk yang juga baru-baru ini turut mengikuti jemaah berkenaan.

Menerusi muat naik dalam InstaStory sekitar pertengahan September lalu, Fara turut memuat naik gambar memaparkan bahagian belakang badan individu tersebut. Dia bagaimanapun bertindak memadam perkongsian itu selepas beberapa minit memuat naik gambar terbabit.

Terdahulu, Shuk beberapa kali ditangkap berkelakuan curang dengan isterinya namun atas dasar sayang dan masa depan anak-anak, isterinya itu memaafkan segala khilaf yang pernah dilakukannya. – K! ONLINE

Kenapa ibu mendiang Anita Mui dicemuh masyarakat Hong Kong?

NORMAN RADZUAN

Tidak ramai yg tahu penderitaan mendiang Anita Mui

IBU ANITA MUI DICEMUH MASYARAKAT HONG KONG

Seperti biasa di hari minggu kita borak santai. Ingat pada hari minggu ini nak borak kisah drama Squid Game dan Crash Landing yg baru saya habis tonton minggu ini.
Tapi bila mendengar kisah tragis disebalik kejayaan dan pemergian ratu Asia, Anita Mui so saya nak berkongsi bersama. Ada cerita yg boleh dijadikan pengajaran buat semua. Siapa tak kenal dgn Anita Mui di Malaysia ini kerana di era 80 dan 90an Anita Mui sgt popular di layar perak.
Minggu ini kita kita dikejutkan mendengar kisah anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan yg ditangkap bersama beberapa jenis dadah di atas kapal persiaran. Jadi faham skg kenapa Jackie Chan tidak mahu mewasiatkan RM 2 billion harta kpd anaknya.
Anita Mui juga ada cerita yg cukup sadih. Anita Mui suatu ketika dahulu dianggap sebagai Madonna Asia. Dia berjaya sebagai penyanyi dan pelakon nombor satu Asia. Anita Mui dianggap sebagai ikonik kpd indiustri seni HK dan Asia.
Anita Mui lahir pada tahun 1963 meninggal pada tahun 2003 iaitu ketika usianya 40 tahun kerana kanser rahim. Ya ramai yg tahu tentang kematiannya tetapi ada cerita yg sungguh menyayat hati...saya rasa wajar kisahnya difilemkan.
Ia kisah bagaimana penderitaan Anita Mui kerana sikap ibu dan abangnya. Hingga media HK menggelarkan ibu Anita 'Tidak Layak Bergelar Ibu'.
Kenapa mereka berkata begitu? Berita ini dibongkarkan oleh wartawan Taiwan, bernama Xu. Menurut ceritanya Anita Mui dilahirkan dlm keluarga yg miskin.
Jadi dari kecil lagi ketika usia 4 tahun dia terpaksa mengikuti kakaknya, Ann Mui sebagai penyanyi. Kedua adik beradik ini terpaksa bekerja utk menanggung pembelajaran abg mereka.

 

Ini kerana ibu Anita Mui hanya menghargai anak lelaki berbanding anak perempuan. Abg mereka bernama Mui Qi Ming menjadi anak lelaki yg pemalas kerana dia tahu adik2 perempuan bekerja boleh menanggung kehidupannya.
Dia rosak kerana terlalu dimanjakan oleh ibu mereka. Bila dewasa populariti Anita semakin meningkat lalu Abg Anita yg pemalas ini dtg meminta pertolongan modal utk dia membuka peniagaan.

Abgnya turut menggunakan ibunya utk mempengaruhi Anita yg agak keberatan kerana jumlah 3 juta dollar HK atau lebih kurang RM 1.5 juta ketika zaman itu agak tinggi nilainya.
Ibu Anita dtg menemuinya dan memaksa Anita utk memberikan jumlah wang yg dimahukan.Kerana desakan ibu Anita dgn sedih terpaksa juga dia mencarikan wang utk abgnya membuka perniagaan .

Selepas itu kakak Anita meninggal dunia akibat kanser. Selepas pengkebumian kakaknya, ibu Anita dtg berjumpanya utk meminta sebanyak 10 juta dollar HK utk membuka Persatuan Kanser.
Anita berkata dia setuju dlm terpaksa memberikan jumlah wang yg begitu byk. Namun selepas beberapa bulan ramai penderma ke badan amal persatuan tersebut berang ke mana duit yg didermakan oleh mereka.

Rupa2nya selepas di siasat ibu Anita telah menggunakan semua dana yg masuk ke persatuan tersebut yg diyakini ramai pihak kerana nama Anita Mui. Bila ditanya Anita kpd ibunya kenapa dia berbuat demikian... jawab ibunya, Aku menolong kamu utk membuang sial."
Dipendekkan cerita suatu hari selepas beberapa tahun kejadian itu, Anita menerima berita dia mengidap penyakit kanser rahim. Dia sgt terkejut dan bersedih. Dlm kesakitan Anita menghubungi ibunya.

Anita sgt kecewa apabila ibunya hanya bertanya," Berapa lama lagi kau akan hidup? Cepat2 berikan segala wang yg kamu ada kpd saya." Ibu Anita hanya menganggap dirinya sebagai 'The Goose That Laid Golden Eggs'.
Ketika itu Anita berada di Osaka Jepun segera pulang HK utk mencari Peguam. Dia bimbang keadaannya akn semakin teruk dan tidak mampu melakukan wasiat ke atas ratusan juta hartanya.

 Dlm wasiatnya Anita telah menyerahkan dua rumah kpd sahabatnya Mr Liu. Dia juga memberikan bajet kpd anak saudaranya utk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Selain itu dia agih2kan wangnya kpd rakan2 karibnya yg susah.

Anita juga menubuhkan Dana Amanah utk menguruskan hartanya. Anita hanya memberikan sebanyak 7 juta dollar HK kpd ibunya setiap bulan buat selama lamanya. Dlm keadaan begitu teruk sikap ibu Anita, dia tetap memberikan wang perbelanjaan buat ibunya.
Namun dlm beberapa tahun selepas itu ibu Anita memohon di mahkamah utk diberikan dia sebanyak 80juta dollar HK utk dia menghilangkan stress dgn melancong ke luar negara. Namun niat ibu Anita yg tamak dan tidak berhati perut itu ditolak oleh Hakim
Anita meninggal belum sempat berkahwin. Rupa rupanya di dlm senyap menurut rakannya dia memendam perasaan kpd pelakon Andy Lau. Namun ketika itu Andy Lau yg juga rakan baiknya sdg bercinta dgn Zhu Liqian.
Akhbar Day News pernah bertanya kpd Anita kenapa dia masih belum berkahwin, jawabnya," Semua lelaki tidak setia. Saya lebih suka ditipu dgn lelaki yg kacak daripada lelaki yg hodoh."
Pada suatu hari ada lelongan pakaian, gambar dan segalanya milik Anita. Yg mengejutkan rakyat HK apabila baju dalam dan seluar dalam mendiang juga turut dijual. Mereka beranggapan ia dijual oleh ibu Anita.
Lalu demi maruah Anita Mui dikhabarkan antara kenalan baik Anita seperti Jackie Chan, Stephen Chau, Andy Lau beberapa nama lagi telah mencari pembeli pakaian dlm tersebut dgn membayar harga yg agak tinggi utk memiliki semula.
Begitulah kerana wang manusia boleh menjadi kejam. Yg nampak alim pun boleh tergugat iman. Dlm keluarga kita pun boleh berpecah apatah pemimpin politik yg rakus. Di dunia ini manusia akn bertuhan duit tak kira apa agama dan bangsa.
-wrlr

Razman kata Pas hanya nak lawan AMANAH, takkan kacau kerusi Umno di Perak


Pas Perak yang menyatakan hasrat bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tidak akan mengganggu kerusi yang menangi  UMNO pada pilihan raya umum lalu.

Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, Pas berpegang kepada status quo UMNO akan bertanding di semua kerusi dimenangi parti itu pada PRU-14.

Kata beliau, sebaliknya Pas hanya bertanding di enam DUN yang dimenangi Parti Amanah Negara (Negara) iaitu Titi Serong, Kamunting, Manjoi, Pasir Panjang, Sungai Rapat dan Behrang serta dua Parlimen iaitu Lumut dan Parit Buntar.

Pendirian UMNO dia berpegang pada status quo, iaitu bertanding di tempat dia menang (PRU-14). Daripada 29 kerusi, sekarang tinggal 27 kerusi DUN adalah kawasan yang UMNO menang (PRU-14).

Jadi 27 kerusi itu kita tak kacau sehingga ada perundingan-perundingan lain. Kita meraikan apa yang UMNO nak.

“Untuk itu, Pas fokus pada tiga kerusi sedia ada dan kerusi yang dimenangi Amanah. Kita harap perkara ini ada persetujuan daripada pihak UMNO, cuma perkara ini belum dirundingkan,” katanya selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat nelayan hilang di Jeti Pasukan Polis Marin Kuala Kurau dekat sini, hari ini.

 Mengenai hasrat Pas bertanding di Parlimen Parit Buntar, Razman berkata, ia berasaskan kawasan itu adalah kubu Pas.

Beliau berkata, Pas menang kerusi Parlimen pertama di Parlimen Kerian Kecil sebelum dipecahkan kepada Parlimen Bagan Serai dan Parit Buntar pada pilihan raya umum tahun 1951.

Katanya, malah pada PRU-14, Pas hanya kalah 143 undi di Parlimen Bagan Serai.

“Pas memang fokus di sini (Parlimen Parit Buntar),  kalau boleh Pas nak minta runding mengenainya  sebab ini kubu Pas,” katanya.

Menurutnya, selain itu, apabila telah mengadakan kerjasama dalam PN dan Muafakat Nasional (MN), adalah tidak wajar Pas hanya mendapat bilangan kerusi yang sedikit.

“Kita ada ada 100,000 hingga 200,000 ahli di Perak, takkan kita hanya dapat beberapa kerusi  sedangkan orang di tempat UMNO mengundi nanti, penyokong  kita diarahkan untuk memberi undi kepada calon UMNO. Jadi ini tidak adil,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda Pas Perak menyatakan kesediaan dan komitmen untuk menawan enam kerusi DUN dan dan dua kerusi Parlimen dimenangi Amanah pada PRU-14.

Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Ahmad Faisal Mohd Puait yakin parti itu terutama calon daripada dewan tersebut mampu memenangi semua kerusi itu pada PRU-15 nanti.

-wrlr