"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 4 Oktober 2021

Keputusan 'flip-flop' punca kerajaan Melaka tumbang - Idris Haron

 IDRIS mengumumkan penarikan sokongan terhadap kerajaan Melaka. FOTO Syafeeq Ahmad

IDRIS mengumumkan penarikan sokongan terhadap kerajaan Melaka. FOTO Syafeeq Ahmad

Melaka: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkuat-kuasa hari ini.

Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan beliau bersama Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang bertarikh 30 September lalu diserahkan kepada Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh pagi tadi.

Pada sidang media khasnya, Idris yang juga Adun Sungai Udang mendakwa penarikan sokongan itu berikutan ketidakyakinan mereka terhadap beberapa keputusan kerajaan negeri yang 'flip-flop' serta tidak dilaksanakan dengan sempurna.

"Banyak keputusan kerajaan negeri yang tidak terlaksana (meskipun) sudah diputuskan. Seolah-olah ada dua singa atas satu gunung, jadi menimbulkan keresahan kami dan menyedarkan kami untuk mengubah keadaan yang ada sekarang ini.

"Setakat ini saya menyatakan, empat orang kami ini bersama dengan 11 Adun Pakatan Harapan (PH) memang tidak percaya dan tidak menyokong kepimpinan kerajaan negeri, sekali gus membuktikan kerajaan negeri pimpinan Sulaiman sudah hilang majoriti sokongan.

"Saya melihat kepentingan rakyat di atas segala-galanya, kalau semua tindakan kerajaan negeri tidak tepat dan tidak objektif dalam membela nasib rakyat terutama dalam suasana Covid-19 yang begitu mengekang, ditambah pula suasana ekonomi yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan, inilah tindakan kita.

"InsyaAllah kita akan ada satu gagasan yang akan memberikan peluang lebih dalam soal kemajuan dan kebajikan rakyat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, gabungan PH negeri akan menghantar surat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dalam tempoh terdekat bagi memaklumkan bahawa kerajaan negeri pimpinan Sulaiman sudah hilang majoriti.

Beliau berkata, selaras dengan peruntukan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka yang berbunyi 'Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Adun, Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat, melainkan jika atas permintaan Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Saya mewakili Adun PH, manakala Datuk Seri Idris mewakili empat Adun, berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Tun bagi membincangkan mengenai usaha yang boleh diambil bagi memastikan kestabilan politik negeri serta kesinambungan pentadbiran kerajaan dapat diteruskan.

"Keutamaan PH pada masa ini adalah untuk memastikan kestabilan politik negeri ini bagi memastikan pentadbiran yang cekap, bertanggungjawab dan telus dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, mengenai senarai nama calon bakal Ketua Menteri dari PH, Adly berkata, pihaknya akan terlebih dulu berjumpa dan mengadakan perbincangan bersama Mohd Ali.

"Kalau kita lihat Perlembagaan Negeri, kuasa melantik (Ketua Menteri) dalam bidang kuasa Tun.

"Kita akan bertemu dulu dengan Tun bagi berbincang demi kebaikan negeri ini," katanya.

-myMetro

Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri

 Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri

Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).: Gambar fail
MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka akan berjumpa Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi mempersembahkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sudah hilang majoriti.
Ia susulan tindakan ‘berpaling tadah’ empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang menyatakan hilang kepercayaan kepada pimpinan sedia ada.
Pengerusi PH Negeri Melaka, Adly Zahari memaklumkan kestabilan politik merupakan asas utama dalam berhadapan pandemik COVID-19 ketika ini.
“Kini jelas bahawa Sulaiman telah hilang kepercayaan majoriti ADUN untuk terus mentadbir kerajaan negeri.
“Ia selaras dengan peruntukan perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka yang menyatakan ‘jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN, maka hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat,” katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.
[TERKINI] Politik Melaka | Sidang media Pakatan Harapan
[TERKINI] Kerajaan Melaka Tumbang | Tidak boleh ada dua singa di atas satu gunung
4 ADUN Melaka tarik sokongan kepada Ketua Menteri
-Astro Awani

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 12: Al-Arqam dan Nadamurni

 

Cita-citaku Islam gemilang

Cita-citaku daulahnya berulang

Cita-citaku Islam cemerlang

Cita-citaku Islam tinggi menjulang

 

Kawan mari susun barisan

Kita mara ke hadapan

Mari perjuangkan Islam

Kita tagih yang dijanjikan

 

Kawan mari kumpulkan tenaga

Kita korbankan harta punya

Jangan kita buang masa percuma

 

Kawan mari kumpulkan tenaga

Kita korbankan harta punya

Perjuangkan Islam hingga berjaya

 

Kawan jangan tunggu-tunggu lagi

Jangan berangan-angan yang merugi

Dunia menipu kita hindarkan

Cita-cita Islam kita tunaikan

 

Ayuh mari mara kehadapan

Jangan buang masa lagi

Inilah masanya tunjukkan bukti

 

Ayuh mari mara kehadapan

Jangan buang masa lagi

Kalau benar cintakan Islam

Lagu baru kumpulan Nadamurni ini acapkali diputarkan di radio rumah sewa Zul. Sejak mula ditubuhkan pada 1987, nama Nadamurni terus mencanak naik dalam industri hiburan tempatan. Pada era 80-an ketika irama rock menguasai muzik Malaysia, SYJ, Rusty Blade, Kembara dan Lavender adalah satu “fenomena”. Kalau di luar negara, Iron Maiden dan Metallica adalah legenda ikutan peminat muzik rock. Di tengah-tengah “tsunami” rock kapak di tanah air, muncul sebuah kumpulan yang mula menapak di majlis-majlis ceramah al-Arqam dengan imej berjubah dan berserban seterusnya tanpa disangka, merubah lanskap industri hiburan di negara ini.

Pergolakan politik UMNO dan PAS, serta semangat kebangkitan Islam era 80-an membawa kepada alternatif pilihan ketiga kepada segelintir kecil masyarakat yang menginginkan pendekatan gerakan Islam yang berbeza dengan yang lain. Al-Arqam berjaya memberi pengaruh dan kesan yang cukup mendalam melalui gerakan dakwah mereka yang berusaha menarik semula masyarakat kepada ajaran Islam yang sebenar dengan membentuk jemaahnya sendiri untuk mengamalkan cara hidup Islam. Al-Arqam yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad (lebih dikenali di kalangan pengikutnya dengan panggilan Abuya, bahkan ada lagu Bila Abuya Pulang) pada mulanya hanyalah sebuah kumpulan kecil pengajian fardhu ain di sebuah rumah berwarna putih di Datuk Keramat, Kuala Lumpur.[1] Ia dipanggil jemaah Rumah Putih dan kemudiannya berkembang dengan nama baharu, Darul Arqam melalui cadangan Ustaz Zakaria Ansari[2] kepada Ustaz Ashaari. Bermula dengan pembukaan perkampungan Islam 5 hektar di Sungai Pencala, Darul Arqam terus berkembang pesat melalui pendidikan, sosial, ekonomi dan politik.

“Zul, jom kite rama-rama gi konsert Nadamurni. Buat di Stadium Negeri Kuale Tranung…”, ajak Rosli pada satu petang. Semua teruja hendak menghadiri konsert berkenaan kerana itulah pengalaman pertama masing-masing menghadiri konsert. Hiburan muzik bagi pelajar sekolah agama adalah amat terhad disebabkan pelbagai faktor. Antaranya mungkin kerana genre rock kapak yang dilihat tidak Islamik dan sinonim dengan pembaratan yang bercanggah dengan semangat kebangkitan Islam pada era 80-an. Justeru, bukan senang pelajar Thanawi nak pergi konsert!

Suasana Stadium Negeri, Kuala Terengganu berdekatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berubah wajah. Masing-masing pengong[3] dengan perubahan itu. Seolah-olah Terengganu telah berpindah ke sebuah alam lain; kebanyakan pengunjung lelaki memakai jubah dan serban manakala wanita memakai purdah, hanya mata yang kelihatan. Al-Arqam memandang pakaian sebegitu merupakan Sunnah Nabi SAW dan kebudayaan Islam.[4].

Kelihatan beberapa buah Pajero yang baru tiba, masuk ke ruang tempat letak kereta. Pada era 80-an, Pajero adalah kenderaan mewah dan jarang-jarang orang Melayu memilikinya. Tetapi, jika ada orang Melayu yang memandu Pajero, sudah hampir pasti beliau adalah ahli al-Arqam. Betapa kukuhnya ekonomi al-Arqam sehinggakan banyak ahli perniagaan Cina pun tabik dengan mereka. Penyokong Muslim dalam kalangan bukan ahli al-Arqam digelar Arqam Batik manakala penyokong bukan Muslim digelar Zimmi Jemaah.

Deretan gerai-gerai memenuhi luar stadium dengan jualan pelbagai makanan, minuman dan produk-produk al-Arqam seperti kicap, minyak, taucu, sos cili, sos tomato, mi dan lain-lain. Tertera sepanduk bertulisan tangan “Syukbah al-Tijarah wa al-Sina’ah Dar al-Arqam” atau lebih dikenali sebagai Biro Perusahaan dan Perdagangan Dar al-Arqam.[5] Ada juga sepanduk “Syukbah al-Zira’ah” (Biro Pertanian) yang menyediakan pelbagai peluang projek pertanian kepada orang ramai seperti penanaman padi, kelapa, sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan ayam, lembu, kambing, dan lain-lain.[6]

Ada juga klinik bergerak yang digantung sepanduk Syukbah Kedoktoran”. Klinik milik al-Arqam menggabungkan perubatan moden dan tradisional serta sistem homeopati untuk pelbagai jenis penyakit dan rawatan pemulihan termasuk. “Mari sini…mari, mari. Klinik kami terbuka untuk semua bangsa dan agama! Setakat ni alhamdulillah, kami dah ada 24 buah pusat rawatan!”, seorang lelaki berjubah, berserban dan ada stetoskop yang tergantung di leher memanggil para pengunjung.

Di pintu masuk stadium, mereka disambut dengan pemuda berjubah, berserban dan memakai vest “Syukbah I’lam” (Biro Penerangan). “Assalamualaikum adik-adik…ape khabar? Jemput masuk.”, sapa salah seorang daripada pemuda ini. Zul dan rakannya dipeluk satu persatu bagai sudah lama kenal. Itulah tradisi al-Arqam. Ia menjadikan sesiapa sahaja yang bertemu mereka, merasa selesa dan mesra.

Setiap seorang diberi beg cenderahati berisi Majalah al-Arqam versi Bahasa Melayu (Rumi dan Jawi) dan Bahasa Inggeris. Ada juga terselit buku-buku keluaran al-Arqam dan brosur pengenalan tentang pertubuhan tersebut. Malam itu, semuanya solat Maghrib berjemaah di dalam stadium. Memang lain perasaannya apabila dikelilingi kumpulan al-Arqam. Terasa seolah Zul dan saing-saingnya yang ganjil kerana berpakaian biasa. Ya, memang ada juga sebahagian pengunjung yang bukan ahli al-Arqam (berdasarkan pakaian) tetapi majoriti sudah pasti ahli al-Arqam.

Di atas pentas, kelihatan Asri Ibrahim, Isman Nadim, Faizal Osman, Munif Ahmad, Azadan Abdul Aziz, Rahmat Shafie dan ramai lagi yang kurang dikenali. Mereka tampil segak dengan serban Turki yang tebal, jubah putih bergemerlapan dengan manik dan renda. Lagu-lagu popular seperti Assalamualaikum, Kegelapan, Kasih Sayang, Balada Makkatul Mukarramah, Untukmu Rasulullah dan sudah pasti lagu hit Nadamurni iaitu Munajat dinasyidkan dengan iringin muzik perkusi. Teknologi smoke machine, lampu berwarna warni dan PA system yang sepenuhnya dikendalikan oleh Syukbah Kebudayaan al-Arqam, menjadikan Stadium Negeri, Kuala Terengganu tak ubah seperti Royal Albert Hall di kota London!

“Zul, ape pandangang enta dalang isu muzik ning? Haram ke halal?”, tanya Ahmad Shukri yang berada di sebelahnya pada ketika itu. Zul menunduk seketika seolah-olah sedang memikirkan sesuatu dan kemudiannya berkata, “Ibn ‘Abd Rabbihi al-Andalusi dalam al-‘Iqd al-Farid simpulkang khilaf ulama’ dalam isu ning, hukum muzik dan nyanyiang same macam syair. Kalu baik isinye, maka baiklah iye. Kalu buruk isinye, make buruklah iye.[7] Enta boleh teliti hadith-hadith yang zahirnye larang muzik dan nyanyian. Kebanyakannye disebutkan sekali dengan arak. Ini menzahirkan pengharamang muzik oleh sebahagiang ulama’ kite, bukang kerana zat muzik dan nyanyiang tu. Oleh itu, ana cenderung dengan fatwa para ulama’ moden macam Shayk Yusuf al-Qaradawi hok mengharuskan muzik dan nyanyiang selame mane tak dop unsur maksiat dan lagha.”

Stadium kemudiannya gelap seketika. Lampu spotlight dihalakan ke sudut pentas. Asap memenuhi Dewan Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Dalam balam-balam cahaya, muncul Ustaz Dinie Juri berpakaian jubah putih dan serban hijau dililit di kepala.

“Sakaraaattt…! Sakaraaattt…! Sakaratul mauuuutttt…!!!”, bergema suara Ustaz Dinie Juri bagai halilintar yang membelah sepi malam di Kuala Terengganu. Sungguh, suara emas beliau memang menyentuh lubuk hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

“Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur. Menunggu! Menunggu doa anak yang soleh: Mana doa anakku seorang peguam? Mana doa anakku seorang doktor? Mana doa anakku seorang jurutera? Mana doa anakku seorang arkitek? Mana doa anakku seorang professor? Manaaa…? Manaaa…? Manaaa…???!!!”

 _____________________

[1] Tajul Ariffin. “Rumah Putih Arqam di Lorong Dua Datuk Keramat”, dalam Mingguan Islam, 8 April 1988; Mohd. Rom al-Khudri. “Bagaiman Saya Ikut Kumpulan Rumah Putih”, dalam Mingguan Malaysia, 13-20 Mei 1988.

[2] Beliau merupakan pengikut awal kumpulan Rumah Putih. Namun kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan Ustaz Ashaari, beliau keluar Darul Arqam pada 1979.

[3] Tercengang

[4] Jaafar Salleh, “Penjelasan Mengenai Pemakaian Serban”, dalam al-Arqam, no. 2, tahun 8, Disember 1985; “Apakah Makna Jubah Hijau di Darul Arqam?”, dalam Keluarga, Mac 1978; Jaafar Salleh, Serban dan Jubah Pakaian Islam, (Kuala Lumpur: Penerangan al-Arqam), 1986; Mizwah Adam, “Purdah bukan Adat Resam tapi Perintaah Allah”, dalam al-Arqam, no. 2, tahun 7, Februari 1984.

[5] “Darul Arqam Cuba Tegak Perniagaan Ikut Al-Qur’an dan Sunnah”, dalam al-Arqam, no. 5, tahun 3, Mei 1985; Sistem Ekonomi Islam dapat Selamatkan Umat”, dalam al-Arqam, no. 2, tahun 3, Februari 1985.

[6] “Sektor Pertanian Ditingkatkan dengan Membuka Pusat Latihan”, dalam al-Arqam, no. 5, tahun3, Mei 1985; “Al-Arqam Lancar Projek Madu”, dalam al-Arqam, no. 3, tahun 7, Mac-April 1984.

[7] Lihat al-‘Iqd al-Farid, 7/10

Sumber Asal: zulkiflialbakri.com

 Artikel Barkaitan:

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Prolog

 Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 1- Budak Kampung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 2 - Bukan Lagi Yang Dulu

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 3 - Ramadhan di Kubang Kekura

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 4 - 10 Malam Akhir Ramadhan

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 5- Indahnya Raya

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 6- Atlit Takraw SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri :Bab 7 - Sambutan Hari Kebesaran Islam

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 8- 11A di SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 9- Bekwoh di Tranung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 10- Usrah, Tarbiah dan Dakwah

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 11- Cerita Budak Kubang Kekura di depan Syeikhul Azhar

Rasukan 'roh Puteri Diana' memaksa beliau membunuh rakan serumah

 GRACE Miano didapati membunuh dalam keadaan tidak siuman. FOTO Agensi

GRACE Miano didapati membunuh dalam keadaan tidak siuman. FOTO Agensi

Dublin: Seorang wanita di Ireland terlepas daripada tuduhan kerana membunuh selepas dia didapati dalam keadaan tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu.

Grace Miano, 53, percaya dia dirasuk 'roh Puteri Diana' dan perlu membunuh rakan serumahnya bagi 'melindungi' Putera William.

Mahkamah Pusat Jenayah di Dublin bagaimana memutuskan wanita itu tidak waras ketika menyerang lelaki Malawi, Limbani 'Robert' Mzoma, 27, di Foxrock pada 1 November 2018.

Juri memberi keputusan sebulat suara pada Khamis yang memutuskan tertuduh tidak bersalah atas tuduhan membunuh.

Ia selepas perunding psikiatri memberitahu, wanita itu mungkin individu paling teruk menderita skizofrenia pernah ditemuinya, menurut DublinLive seperti dilaporkan Daily Star.

Peguam belanya, Michael Bowman memberitahu juri pada Rabu, anak guamnya kadang-kadang percaya dia dikuasai Puteri Diana, yang datang memberi arahan kepadanya.

Katanya, wanita itu tidak waras dan mendakwa sehari selepas kejadian pembunuhan itu, Puteri Diana memberitahu dia yang berjaya melakukan perbuatan itu.

Peguam bela berkata, laporan perubatan mengesahkan keadaan mental tertuduh.

Perbicaraan mendengar keterangan perunding psikiatri Miano yang memberitahu polis Ireland bahawa dia membunuh Mzoma bagi melindungi Putera William.

Selain itu, tertuduh memotong kemaluan lelaki itu selepas kematian mangsa untuk melindungi wanita.

Wanita itu turut memberitahu perunding psikiatri terbabit, dia dikuasai semangat roh Puteri Diana dan Raja Britain lain untuk menghentikan komplot Kate Middleton yang cuba meletakkan Putera William dan Putera Harry dalam bahaya.

Selepas keputusan, pendakwa raya mengemukakan permohonan supaya Miano menjalani pemeriksaan selama 14 hari untuk melihat sama ada dia memerlukan rawatan di hospital.

Hakim McDermott meluluskan permohonan itu dan Miano masih ditahan direman sebelum prosiding berikutnya untuk mahkamah mendengar laporan psikiatri.

Hakim turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mzoma yang menderita akibat kehilangan lelaki itu.

-myMetro

Ahad, 3 Oktober 2021

PRU 15, BERSATU perlu bukan saja UMNO, tetapi juga PAS..

 

Pertembungan UMNO, BERSATU pada PRU-15 sukar dielak

KUALA LUMPUR : Pertembungan sesama sendiri antara BERSATU dan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang seakan sukar dielakkan.

Penganalisis politik berpendapat, biarpun pintu rundingan masih terbuka, namun sejauh mana ia memberi kesan kepada kerjasama antara dua parti terutama pada peringkat akar umbi masih lagi samar, memandangkan persengketaan UMNO dan BERSATU bukan hanya bertumpu di atas, tetapi menjalar sehingga ke peringkat bawahan.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata secara umumnya, BERSATU sebagai parti baharu akan berdepan masalah di semua kerusi ditandingi kerana kemenangan mereka pada PRU lalu dibantu kekuatan jentera dan sokongan Pakatan Harapan (PH).

"Jadi BERSATU memerlukan UMNO berbanding UMNO terhadap BERSATU untuk menang. Namun, kerjasama antara UMNO dan BERSATU tidak akan berjaya jika ahli akar umbi menentang dan melakukan sabotaj.

"Ini akan melemahkan kedua-dua parti berkenaan," katanya di sini, semalam.

Mohd Azizuddin mengulas kenyataan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin kelmarin, bahawa parti itu sedia bertembung dengan UMNO jika parti dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu kekal menolak untuk bekerjasama dengan BERSATU pada PRU-15 akan datang.

Susulan itu, beliau berkata, BERSATU perlu memfokuskan untuk bertanding di kawasan yang mereka menang pada PRU lalu, selain berusaha menawan kerusi yang dimenangi PH khususnya PKR dan DAP sebelum ini.

"Hanya kerusi dimenangi UMNO, tetapi melompat kepada BERSATU akan ada masalah. BERSATU juga perlu bertanding di kerusi bandar dan separa bandar yang mana PH kuat di situ, tetapi BERSATU juga tetap menghadapi masalah," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azizuddin berkata, kesan pertembungan dua parti itu kelak menyebabkan undi Melayu daripada parti membentuk kerajaan ketika ini akan berpecah.

"Jika tidak bertembung pun, undi Melayu akan berpecah kerana ada PH dan lain-lain parti dan sabotaj dalaman yang menggugat kemenangan," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, pula berkata pertembungan antara mereka sukar dielak, malah UMNO sukar merintis kerjasama dengan BERSATU dalam keadaan sebahagian besar akar umbinya tidak bersedia untuk berdamai.

"Langkah mengelakkan pertembungan ini mungkin dengan mengadakan pemilihan parti dan jika pemimpin UMNO yang dilihat pro-BERSATU menguasai kepimpinan, mudah untuk kerjasama itu dibincang semula.

"Tetapi ini pun masih bergantung kepada penerimaan ahli akar umbi kerana kebnayakan mereka tidak mahu kerjasama ini dijalinkan. Jika diteruskan, perpecahan dalaman parti pula akan berlaku" katanya.

Beliau mengakui pertembungan antara UMNO dan BERSATU ketika ini lebih tertumpu kepada pembahagian kerusi dengan UMNO tidak mudah melepaskan kerusi yang mereka menangi pada PRU lalu untuk diberikan kepada BERSATU.

"BERSATU mengharapkan kerusi yang boleh menang atau kerusi selamat. Kebanyakan kerusi ini pula memerlukan sokongan bukan saja daripada UMNO, tetapi juga PAS, " katanya. (BH)

“DSV Wanita Pertama & Terakhir Yang Saya Sentuh” -Iqbal

 


Nampaknya masih tiada kesudahan lagi kisah cinta jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal. Baru-baru ini, Vida ada membuat IG Live bagi mempromosikan produk-produknya serta berinteraksi bersama peminat.

Malah, Iqbal juga turut masuk ke live IG itu dengan muka masam dan langsung tidak bersuara. Namun lebih menjadi perhatian adalah komen yang ditinggalkan Iqbal.


Menurut Iqbal, Vida merupakan wanita pertama yang disentuh dan wanita terakhir. Ujarnya disebabkan itu juga dia mahu berkahwin dengan Vida, bukan kerana harta seperti yang didakwa netizen.


Seperti sudah dijangka, komen Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengenai ‘wanita pertama dan terakhir disentuh’ apatah lagi kenyataan itu boleh mengundang fitnah.


Sementara itu, menerusi Insta Story Iqbal memaklumkan sudah dua minggu dia dan Vida tidak berhubung, malah sudah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.


Iqbal juga turut berkata drama Vida yang tidak berhenti mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterluan serta meminta usahawan itu berhenti menipu orang ramai.

-rotikaya.com

“Saya Bayar Sekitar RM50k Sehingga RM100k Setiap Kali Saya Menggunakan Helikopter Itu” – Jutawan Azlan Al Amin

 ” Saya bayar sekitar RM5O,OOO sehingga lebih RM1OO,OOO setiap kali menggunakan perkhidmatan helikopter berkenaan,”

Itulah kata-kata jutawan hartanah Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin.

Menurut Azlan, 34, dari Kampung Tok Raja, Jertih, beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai helikopter yang digunakan selama ini termasuk mengakui bahawa helikopter tersebut adalah miliknya.

” Semuanya persepsi masyarakat yang beranggapan helikopter itu kepunyaan saya. Maklumlah mereka biasa lihat helikopter itu diparkir di hadapan rumah.

” Malah, pernah sampai berhari-hari helikopter itu tersadai di hadapan rumah sekali gus memberi tanggapan bahawa helikopter itu kepunyaan saya.

” Sebenarnya saya tiada apa-apa masalah mengenai tanggapan orang ramai mengenainya cuma apabila ada pihak tertentu sengaja mencipta sensasi berbau ftnah, saya perlu memberi penjelasan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Katanya, beliau menggunakan perkhidmatan helikopter tersebut bertujuan untuk perniagaan hartanah yang dijalankan dan menjadi keperluan yang wajar kerana semua perkara dan urusan perlu dijalankan dengan cepat dan lancar.

” Saya perlu menggunakan perkhidmatan helikopter sewa itu untuk meninjau tanah-tanah yang dibeli dan bakal dimajukan.

” Kadangkala dalam masa sehari, saya perlu berada di beberapa negeri atas urusan perniagaan. Oleh itu penggunaan perkhidmatan helikopter memang diperlukan bagi mempercepatkan pergerakan.

” Paling rendah caj sewa satu jam ialah sekitar RM8,000 dan biasanya paling kurang saya akan sewa selama lapan hingga 10 jam untuk urusan perniagaan hartanah yang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, beliau pernah ditawarkan membeli helikopter dengan harga RM10 juta, tetapi tidak digalakkan membeli helikopter bagi keperluan peribadi atas nasihat mereka yang pakar.

” Walaupun kos sewaan helikopter agak tinggi, tetapi kos penyelenggaraan juga lebih tinggi beberapa kali ganda jika memilikinya dan ia langsung tidak menguntungkan saya.

” Ini kerana penggunaan helikopter itu bukan pada setiap hari.

” Maka saya rasa tiada keperluan untuk membeli helikopter buat masa sekarang walaupun mempunyai kemampuan jika mahu,” katanya yang pernah bekerja sebagai pengutip sampah sebelum berjaya dalam hidup.

Katanya, beliau juga tidak menolak kemungkinan akan memajak sebuah helikopter dan pesawat peribadi untuk urusan perniagaannya di seluruh negara ini.

Bercakap mengenai tuduhan berbau fitnah yang dilemparkan terhadapnya di media sosial, katanya, beliau memandang serius perkara tersebut dan telah melantik peguam untuk tindakan undang-undang.

” Memang tidak dinafikan ada segelintir individu tertentu yang dikenali menimbulkan persepsi burvk dan berunsur ftnah sejak kejayaan saya tular di media sosial.

” Oleh itu, bagi menjaga nama baik dan kredibiliti, saya melantik beberapa peguam untuk mengambil tindakan perundangan atau sam4n maIu terhadap pihak berkenaan.

” Tindakan sman itu sebagai pengajaran kepada pihak berkenaan supaya jangan sesuka hati mencipta sensasi negat1f di media sosial,” katanya.

Azlan yang kini menguruskan perniagaan hartanah bernilai jutaan ringgit berharap semua perkongsian mengenai kejayaannya dalam sektor hartanah akan menjadi contoh bagi masyarakat untuk berjaya.

” Masyarakat perlu membuka fikiran untuk melihat kejayaan yang ditonjolkan itu pada sudut positif dan tidak mencari titik kelemahan yang tidak menguntungkan,” katanya.

Sebelum ini, viral dakwaan warganet mengenai Azlan yang dianggap cuba memanipulasi orang ramai mengenai pemilikan helikopter yang digunakan beliau.

Selesa berkain pelekat dan berbaju t-shirt

Sebelum ini, kisah kejayaan seorang anak muda ‘Jutawan Pengutip Sampah’ berusia 34 tahun dari Kampung Tok Raja, Besut yang bangkit dari keluarga miskin tegar dan berubah menjadi seorang jutawan hartanah yang disegani menjadi topik hangat dan bualan masyarakat.

Klip videonya yang menaiki helikopter dan mengambil bapanya di rumah untuk bersarapan di kedai kopi di Kuala Besut telah meraih 1.6 juta tontonan di Facebook.

Hakikatnya, orang ramai hanya melihat sisi mewahnya di media sosial tetapi terlepas pandang akan sisi sederhana Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin yang tidak kekok menjalani kehidupan normal selain menjaga ternakan lembunya walaupun kini mempunyai aset berpuluh juta ringgit.

Tanpa berselindung Mohamad Azlan mengakui bahawa dia lebih selesa tinggal di kampung sambil mengurus dan menjaga ternakan lembu.

” Orang kenali saya dengan penampilan korporat dan menaiki helikopter di media sosial, tetapi hakikat sebenar hanya orang kampung yang bergelumang dengan lumpur dan najis lembu.

” Berkain pelekat dan berbaju t-shirt putih ialah pakaian kegemaran saya pada setiap masa. Jika boleh ketika hadir ke mesyuarat juga ingin pakaian seperti itu.

” Kita bekerja dengan masyarakat dan perlu ikut peraturan dan kesesuaian masa dan tempat,” katanya.

Katanya, beliau tidak pernah menyangka videonya menaiki helikopter dan pulang ke rumah untuk membawa ayahnya, Abdullah @ Ali Ahmad, 74, ke sebuah kedai kopi menjadi viral.

” Saya menjalankan perniagaan hartanah dan kaedan pengangkutan udara iaitu helikopter diperlukan untuk meninjau tanah daripada pandangan udara.

” Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk cuma helikopter itu satu keperluan dalam kerjaya saya. Apabila tindakan saya pulang ke rumah dengan helikopter, ia sesuatu yang pelik kerana situasi seperti itu jarang berlaku.

” Bagaimanapun, bagus juga tular kerana ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada anak-anak muda untuk bangkit berjaya seperti saya,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak memiliki kemewahan seperti yang disangka ramai dan lebih selesa hidup sederhana.

-Johodaily