Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Rosmah Mansor gagal dalam permohonannya untuk membatalkan kes rasuahnya berkaitan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah kawasan luar bandar di Sarawak.
Keputusan permohonan isteri Najib Razak itu dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Sebelum ini mahkamah menetapkan 9 Sept lalu untuk tarikh keputusan permohonan berkenaan namun ditangguhkan ke hari ini.
Asas permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan rasuahnya bergantung kepada kesahihan surat pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram sebagai pegawai pendakwa.
Sri Ram - kini terbabit sebagai peguam persendirian - adalah pendakwa utama dalam perbicaraan rasuah terhadap Rosmah yang diarah mahkamah tinggi membela diri atas pertuduhan tersebut pada 18 Feb lalu.
Dalam prosiding hari ini hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pelantikan Gopal oleh Tommy Thomas - yang menjadi peguam negara sebelum ini - dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah.
Kata hakim terbabit walaupun Gopal pada mulanya dilantik sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) untuk menangani kes-kes jenayah berkaitan 1MDB ke atas Najib, Thomas kemudian secara lisan memberi kuasa kepada peguam terbabit untuk turut bertindak sama bagi kes Rosmah.
Menurut Mohamed Zaini, dia percaya kebenaran diberi Thomas kepada Gopal untuk bertindak sebagai DPP dalam kes Rosmah dilakukan secara sah mengikut seksyen 376 (3) itu.
Kata hakim itu lagi pelantikan Gopal selanjutnya disokong dua surat yang mengesahkan hal tersebut oleh peguam negara sekarang, Idrus Harun, masing-masing bertarikh 8 Julai tahun lalu dan 21 Mei tahun ini.
"Masalah yang berkaitan adalah apakah pelantikan Sri Ram dapat (dilakukan) secara retrospektif (untuk menjadi DPP dalam kes Rosmah).
"Saya setuju dengan pihak pendakwaan bahawa pendakwa raya mempunyai kuasa di bawah Seksyen 50 Akta Tafsiran, dan berhak membuat pelantikan Sri Ram secara retrospektif," katanya.
Seksyen 50 Akta Tafsiran 1948 (1967) menyatakan mana-mana pihak berkuasa - yang diberi kuasa oleh undang-undang bertulis - untuk melantik seseorang menjalankan apa-apa fungsi, dapat membuat pelantikan tersebut dengan kesan retrospektif.
PETALING JAYA: Kertas siasatan melibatkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kertas siasatan tersebut sedang dirujuk bagi tindakan pendakwaan.
“Sebelum ini, ia diserahkan untuk disemak ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Kita telah merujuk kepada DPP untuk tindakan selanjutnya pada Rabu lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada 2 September lalu, polis mengambil keterangan Muhammad Nadir dan Caprice berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu.
Kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi e-mel.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
EBIT LEW
Pada 22 Julai lalu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.
Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.
Ebit turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau. – UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR: Bukit Aman membuka satu kertas siasatan susulan penularan video dan mesej lucah di laman sosial Telegram yang didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
Katanya, pihaknya juga menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan.
"Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini dimohon untuk menyalurkannya kepada Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi di taliam 03-22666071.
Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat pendedahan berhubung gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang penceramah terkenal di laman sosial Telegram.
Tindakan Multiracial Reverted Muslims (MRM) mendedahkan beberapa keping tangkap layar yang memaparkan perbualan berunsur lucah di antara penceramah terkenal terbabit dengan seorang wanita itu didedahkan bertujuan untuk kesedaran bahayanya pemangsa seksual.-BH Online
PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dilihat tenang menjalani kehidupan seperti biasa biarpun khabar angin berkaitan dirinya bertiup kencang di laman media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Beliau turut mengambil peluang membawa keluarga tersayang bercuti ke Pulau Langkawi yang menjadi destinasi gelembung pelancongan domestik baru-baru ini.
“Selalu sibuk. Beberapa hari ini dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ya. Hidup hanya hendak sukakan Allah iaitu untuk mendapat reda Allah,” ujarnya di laman Facebook semalam.
Ebit menerusi laman Instagram turut berkongsi sebuah klip video memaparkan beliau dan isteri kelihatan ceria menaiki jet ski di sekitar pantai pulau peranginan berkenaan.
“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tidak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tidak tahu hendak ucap bagaimana.
“Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia dihati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal Tuhan. Kenal Allah,” tulisnya semalam.
Beliau berkata, kita perlu menghargai keluarga serta insan yang dicintai kerana Allah dan di samping turut mengingatkan bahawa kehidupan di dunia ini hanya untuk mendapat keredaan dan kasih sayang Maha Pencipta.
“Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat lapan bilion manusia seluruh Alam,” tulisnya.
Semalam, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan satu perbualan gang.guan sek.sual yang did.akwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.
Dalam pada itu, pendakwah bebas, PU Syed turut menulis status panjang lebar dalam Facebook meminta agar Ebit berhenti mendiamkan diri dan melakukan sesuatu terhadap segala f.itnah dan da.kwaan dilemparkan terhadap dirinya.
Reaksi Orang Ramai
Tak tau siapa benar siapa salah, Namun kita sesama manusia yang j.ahil akan tetap mendoakan yang terbaik, semoga dipermudahkan jalan penyelesaian dan urusan buatmu EL.
Tgk dari video, wasap yg dari nombor UEL memang smell fishy..tp selagi aku xnampak sendiri dgn mata kepala aku, aku xkan judge..hanya Allah yg tau cerita sebenar.. risau aku nk ckp lebih2..huiii takut jatuh f.itnah klau salah..takutnye d.osa fi.tnah d.osa paling besar..semoga Allah tunjukkan kebenaran..dan semoga aku x tergolong dlm golongan yg mengikut da.jjal bila k.iamat nanti..huiii takut takut.
Sabarlah ustaz teringat pesan arwah emak saya biarlah org buat kita.. jgn kita buat org sentiasa berbuat baik walau pun perit fi.tnahlah kita kata ke kita mcm2 kita sabar dan diam, insyaallah allah lebih berkuasa…masa utk mereka akan tiba..cuma cepat atau lambat sahaja.
Biar polis settle s.iasatan dan buat rumusan samada layak buat pend.akwaan atau ada merit k.es ni. Kpd yg mengaku jd m.angsa, upah lah peguam dan atur perjalanan k.es baik2 supaya nasib anda dibela sewajarnya. Moga keadilan kpd semua pihak. Yg x terlibat apa2, elok lbh bersopan, menghormati dan percaya in.tegrity pd PDRM.
Abis tu apa guna ada polis… k.es pon dh dilaporkan masih dlm s.iasatan biarlah pihak yg berkuasa jln apa yg sepatutnya kebenaran akan terselah jua.
Memang patut uel tu duduk diam… nak ckp pun ada ke semuanya akan berpuas hati…tunggulah sesiatan habis dilakukan dan biarlah segalanya diserahkan kepada Allah.
Pengajaran dari kesah saidatina aisyah ketika dif.itnah dan akhir Allah jua yg membersihkan segalanya, antara lain pengajaran ialah, Berhukum dengan yang zahir. Sentiasa bersangka baik dengan orang mukmin khususnya mereka yang terkenal dengan kebaikan dan soleh seperti Aisyah dan Sofwan bin Mu’attal.
Kepada ALLAH kita berserah.. Dia yang mengetahui apa yang ada d langit dan d bumi, Dia juga yang mengetahui perkara yang terzahir dan tersirat.. Buat Ustaz Ebit Liew, jika ini satu f.itnah maka bertabahlah.. Tidak akan berkurang pahala dan kebaikan walau sebezar zahrah sekali pun jika d aniaya dengan dasyatnya.
Semalam kerajaan mengumumkan kebenaran aktiviti rentas negeri apabila kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90%.
PETALING JAYA: Aktiviti rentas negeri bukan punca utama peningkatan kes Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat.
Ia susulan pengumuman kerajaan untuk membenarkan aktiviti rentas negeri apabila kadar vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90%.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata, kadar vaksinasi 90% untuk penduduk dewasa di negara ini hanya mewakili 60% penduduk keseluruhan di Malaysia.
Menjawab soalan yang dikemukakan bekas menteri kesihatan itu, Khairy berkata, keputusan kerajaan melonggarkan kawalan pergerakan ketika ini selepas mengambil kira pelbagai faktor, terutama tahap kesiapsiagaan kesihatan awam.
“Kerajaan juga sudah memulakan program vaksinasi kepada remaja,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan sedang membincangkan untuk menyediakan pelan kecemasan jika berlaku peningkatan kes Covid-19 pada masa akan datang selepas negara beralih ke fasa endemik.
“Kita juga perlu ambil kira pelbagai aspek lain seperti lokasi yang tercetusnya peningkatan kes positif, selain kaedah atau pendekatan bersesuaian untuk menghentikan penyebaran Covid-19, namun semuanya masih dalam perbincangan.
“Paling utama kita mahu mengelakkan daripada negara ini berdepan risiko dikenakan ‘total lockdown’ sekali lagi akibat (peningkatan kes) Covid-19,” katanya.-FMT
Dokumen dan slip yang didakwa bahan bukti berkaitan wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah yang dikatakan dipindahkan ke akaun di luar negara sudah diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu disahkan Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap yang berkata pihaknya sedang meneliti bukti tersebut sebelum mengambil tindakan susulan. Ia diperoleh selepas pegawai SPRM menemui Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor semalam.
“Sebelum ini kita hanya mengetahui mengenai perkara ini melalui media sosial dan sumber luar sebelum SPRM berkunjung ke Pejabat Menteri Besar pagi semalam. Beliau memberi kerjasama yang baik.
“Kita sudah dapatkan beberapa dokumen penting berkaitan untuk penelitian awal, namun belum ada siasatan rasmi dibuat,” katanya dipetik laporan sebuah portal.
Terdahulu, Muhammad Sanusi mendakwa wang milik MBI berjumlah RM13 juta dipindahkan ke akaun luar negara ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih memegang jawatan MB Kedah.
Muhammad Sanusi berkata, wang berkenaan dipindahkan ke sebuah akaun bank di Kanada dan terdapat slip pemindahan masih disimpan pihaknya sebagai bukti.
Bagaimanapun, Mukhriz pula meminta Muhammad Sanusi membuat laporan polis dan kepada pihak SPRM berhubung dakwaan itu.
Mukhriz berkata, beliau memandang serius dakwaan terbabit kerana ia memberi gambaran buruk terhadapnya dan kerajaan negeri terdahulu ketika beliau menerajui Kedah.
“Dop soh belilah mutor, bahaye.Banyok doh kes kemalangang. Zul tengok di tibi tu…”, Ustaz Mad berdalih. Beliau memang agak keberatan untuk membeli motosikal kepada anaknya. Siapa yang tidak risaukan anak. Tambahan pula bila umur sudah menjengah alam remaja, dengan motosikal sebuah, macam-macam boleh dibuatnya.
“Insya-Allah ayoh. Zul bowok mutor molek-molek. Tok kang nok bowok laju seghupe bedil.[1]”, Zul memujuk ayahnya. Setelah beberapa kali dipujuk, akhirnya Ustaz Mad mengalah. Begitulah hati sang ayah. Itulah kisahnya motosikal Honda Cub TJ5329 yang dibeli di Kedai Jani Jaya, Bukit Payong.
Semasa peringkat Thanawi, Zul mula dikenalkan dengan usrah ketika menetap di Jalan Kenanga, Batu Burok bersama 15 orang pelajar lain di sebuah rumah sewa. Sebagai pelajar Tahun 1 Thanawi, beliau mengikut sahaja usrah yang diaturkan oleh abang senior, Abang Majid dan Abang Long.
“Zul, anta bagi tazkirah skek dalam usroh kite ning.”, pinta Zainuddin, pelajar senior Tahun 3 Thanawi. Rasa gelap dunia. Pertama kali diminta memberi tazkirah tanpa apa-apa persediaan. Jeng kreng! “Aaa…nok ana cakak[2] ape? Ana ddok aa’uu stabok[3] nok cakak ape ning.”, Zul memberi alasan. “Dakpe, insya-Allah enta buleh…”, Abang Long menyampuk. Itulah pengalaman pertama Zul menyampaikan tazkirah.
Tahun 1 Thanawi menemukan beliau saing-saing[4]lain seperti Ahmad Syukri, Wan Shohor Bani Leman, Bahzur, Manan, Wan Abdul Malik, Kamaruddin, Zainaphi, Zaini, Saiful Bahri, Megat Abdul Karim, Rosli dan lain-lain. Dunia persekolahan yang serba baharu memang mencabar. Guru-guru berbangsa Arab, mengajar dengan bahasa perantaraannya Bahasa Arab, memang mencabar dan memberi sedikit kejutan budaya kepada pelajar Tahun 1 Thanawi.
“Zul, ndape hok Ustak Utuwwah syaroh dari awal sapa habih tu?, Ana dop pahang…”, bisik salah seorang rakan sekelas Zul. Setiap kali sesudah kelas, berbondong-bondong pelajar akan mengelilingi Zul untuk bertanyakan beliau tentang apa yang diajar oleh guru-guru. Dengan papan hitam dan kapur, Zul akan menghuraikan satu persatu apa yang beliau fahami semasa P&P dalam kelas. Lama-kelamaan, masing-masing sudah mula mendapat rentak dan menjadi “pakar rujuk” bagi subjek kegemaran masing-masing.
Ada sahaja masa terluang di dalam kelas, Zul selaku ketua kelas akan ke depan kelas dan menyampaikan tazkirah. Sesekali tentang fiqh, sejarah Islam, hadith dan beberapa topik lain. Di hujung tazkirahnya, akan diselitkan permohonan kutipan sumbangan untuk keceriaan dan kebersihan kelas.
“Sahabat, sahabat yang ana kasihi. Bagaimane kite nok belajor dengang mengkernekan niat[5] kite, kerana Allah? Pertame hok pertame sekali, hendaklah kite pahang tujuang belajor sebagaimane yang dinaskan oleh al-Quran al-Karim:
“Hendoklah keluor sebahagiang sahaje puok-puok antare mereke, supaye puok hok tinggal tu belajor dengang lebih mendalang ilmu yang dituntut di dalam ugame, dang supaye mereke buleh mengajor puoknya hok keluor berjuang bile puok hok berjuang ning kelik[6] kepade mereka; mudoh-mudohang mereke dapat berjage-jage.”[7]
Ayat ini menunjukkang tujuang tafaqquh fi al-din[8] untuk beri peringatang dan pengajarang kepada anok bangse. Keperluang ini semestinye mustahil terlaksane kalu terbatas dengang ape hok kite belajor dalang kelas semate-mate. Kite belajor, bukang hanya kerane peperiksaang. Cadangang ana, kite tashih[9] niat kite untuk belajor kerane Allah. Kite belajor bukang nok cari bbaloh dengang para ulama. Tak dop hok mudoh dengang belajor ning. Abu Nasr Yahya bin Abi Kathir al-Yamani berkate:
لَا يُسْتَطَاعُ الْعِلْمُ بِرَاحَةِ الْجِسْمِ
“Seseorang itu tidok akang mampu menguasai ilmu dengang kerehatang tubuh badang.”
Lihatlah bagaimane Imam Muslim sendiri terpakse bermusafir daripada Afghanistan ke Nishaphur, kemudiang ke Kuffah, ke Baghdad, ke Raqqah, ke Basrah, ke Mesir dan melintasi negeri-negeri yang amat banyok, yang sudoh pasti banyok ujiannye.[10] Kite ning musing ketang[11] dalang Tranung je. Jadi, lagilah kene belajor habih gheng.[12]”
“Seperti biase sahabat-sahabat, ana nok mitok seriya due[13] daripada sahabat-sahabat untuk keceriaang, kebersihang kelas kite. Samah[14] pung ana terime…”, pesan Zul sebelum menutup bicaranya. Di hari lain pula, Zainaphi akan kedepan untuk mengajar Nahu dan Saraf. Siapa tidak kenal Zainaphi? Sejak Tahun 1 sudah dikenali sebagai “Tok Guru” dalam ilmu Nahu dan Saraf Bahasa Arab. Setiap pelajar akan bergilir-gilir menyampaikan tazkirah berdasarkan jadual yang disusun oleh Zul.
Hujung minggu, Zul akan pulang ke rumahnya. Namun, tetap dibawa juga buku-buku bersamanya. Di rumah, sudah tersedia jadual ulangkaji pelajaran yang dilekatkan di dinding. Khairul yang ketika itu berada pada Tingkatan Tiga SMASZA Ladang, amat kagum dengan abangnya. Sokmo dengan buku.
Zul amat termotivasi dengan abang-abang senior di SMAASZA seperti Zulkifly Muda, Zakaria Mamat (Pok Ya), Anuar Fakhri, Zainuddin, Majid, Fadhil Mustafa, Engku Ahmad Zaki, Kamaruddin, dan lain-lain. Kalau pidato dan syarahan, Zul sentiasa melihat Abdullah Zaik dan Ismail Ali sebagai orator yang hebat.
Pernah satu malam ketika di rumah sewa, Zainaphi mengimamkan solat Maghrib dan membaca Surah al-Ahzab. Usai wirid dan doa, Zul memanggil sahabatnya itu. “Maghi sini smeta. Ana dengor enta bace surah lain malang ning. Maghi ana nok tasmi’[15] enta. Ye dok enta bace tu.”, ujar Zul ringkas dengan kerutan di dahinya. Hairan Zainaphi dengan sikap sahabat serumahnya yang seorang ini yang tiba-tiba ingin menguji hafalannya. Namun, itulah sikap Zul. Beliau sangat tidak selesa mana-mana sahabatnya melebihi dirinya dari apa jua sudut terutamanya hafazan al-Qur’an, ilmu agama dan ilmu akademik.
Inilah sifat hasad dengki (ghibṭah) yang dibenarkan dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang Allah SWT kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran, serta seseorang yang dikurniakan hikmah dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya.”[16]
Maksudnya: Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang dikurniakan ilmu tentang al-Qur’an dan dia membacanya sepanjang malam dan siang, serta dengki terhadap seseorang yang dikurniakan harta dan dia menginfakkannya (ke jalan Allah SWT) sepanjang malam dan siang.[17]
Menurut Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani, istilah hasad dalam hadith ini sebenarnya membawa maksud ghibṭah iaitu keinginan untuk memperoleh nikmat seperti orang lain, tanpa rasa mahu melihat nikmat tersebut ditarik dari orang itu, dan lafaz hasad digunakan dalam erti kata majaz. Keinginan ini juga disebut sebagai persaingan, dan ianya terpuji jika dalam perkara ketaaatan.[18]
Menurut Syeikh Badruddin al-‘Aini pula, Imam al-Bukhari mengeluarkan lafaz hasad ini dari maknanya yang hakiki kepada makna majaz, dan kerana itulah Imam al-Bukhari meletakkan hadith ini dibawah tajuk al-Ightibāṭ fī al-ʿIlm wa al-Ḥikmah (Perasaan Hasad Untuk Memperoleh Nikmat Ilmu Dan Hikmah).[19]
********************
Syeikh Jad al-Haq ‘Ali Jad al-Haq, Syeikhul Azhar bermula 1982 hingga 1996
“Apa pandangan kamu dalam isu ini, Zulkifli?”, tanya Ustaz ‘Utuwwah sambil disaksikan Syeikhul Azhar Shaykh Jad al-Haq ‘Ali Jad al-Haq di dalam kelas. Syeikhul Azhar dan rombongan para ulama’ al-Azhar sedang mengadakan lawatan kerja ke Terengganu dan antara persinggahan mereka adalah SMAASZA, Batu Burok. Kelas Tahun 1 Thanawi menjadi pilihan untuk lawatan rasmi berkenaan selepas selesai Syarahan Perdana beliau di Dewan Fikri dengan tajuk “Kepentingan Masa bagi Penuntut Ilmu”.
Suasana kelas Tahun 1 Thanawi sunyi. Senyap tupah.[20]Ustaz ‘Utuwwah yang berada dalam kelas pada ketika itu, memandang tepat kepada Zul yang sedang menunduk. Dengan harapan anak muridnya ini boleh menjawab persoalan yang ditanyakan kepadanya. Bahkan bukan hanya beliau, satu kelas menunggu jawapan Zul bagi persoalan fiqh tersebut. Syeikhul Azhar cuma tersenyum memandang bocah dari Kubang Kekura yang sedang terkulat-kulat itu.
“Errr…”, kelu lidah Zul. Seolah-olah hilang kata-kata. Beliau mengangkat kepalanya seketika. Ada Mudir SMAASZA Ustaz Engku Alwi, Syeikhul Azhar, para guru SMAASZA seperti Ustaz Taha, Ustaz Utuwwah, Wahdan, Ustaz Sulaiman Abdul Hadi, Ustaz Samad, Ustaz Abdullah Ustaz Abdurrahman Mantiq dan Ustaz Yusuf. Ada juga 4-5 orang yang berjubah kakula[21] berwarna hitam dan memakai ʿimāmah[22]al-Azhar. Zul menjadi gemuruh dan mula berpeluh. Mukanya pucat lesi bagaikan ditoreh tidak berdarah.
Zul menggeleng kepala. Malu.
Soalan Ustaz Utuwwah tak mampu dijawabnya. Namun, itulah antara titik perubahan terbesar dalam hidupnya untuk lebih rajin menuntut ilmu. Beliau tidak tahu apa yang akan berlaku 10-20 tahun lagi namun kegagalannya menjawab persoalan Ustaz ‘Utuwwah di hadapan mahaguru besar al-Azhar itu membuatkannya benar-benar terpukul.
Kini, bersama-sama Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad al-Tayyib dalam Majlis Hukama’ al-Muslimin
********************
Hari demi hari, bakat dan kecenderungan Zul dalam bidang ilmu semakin terserlah. Disamping aktif suka sepak takraw, beliau mula dikenali selepas muncul Johan Pertandingan Syarahan Bahasa Arab peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut. Zainaphi yang merupakan “Sibawaih SMAASZA” muncul Johan Kuiz Bahasa Arab. Ahmad Syukri pula mewakili SMAASZA dalam Pertandingan Hafazan al-Qur’an.
Walaupun petah bersyarah dalam Bahasa Arab, menonjol dalam akademik dan sukan, Zul kekal sebagai pelajar yang pendiam dan pemalu. Juruh budaknya. Inilah yang membuatkan Ustaz Nik Wan, mudir SMAASZA yang disegani kepakarannya dalam ilmu agama pernah menyebutkan di hadapan para guru, “Kalu ade hok lebih daripada ana satu hari nanti, Zulkifli lah orangnye…”
[10] Saya ada meringkaskan kitab Maʿālīm Irshādiyyah li Ṣināʿat Ṭālib al-ʿIlm oleh Shaykh ‘Awwamah dengan izin dan permintaan Shaykh dengan tajuk Tinta Nasihat Untuk Penuntut Ilmu.
[15] Kaedah hafazan di mana ada seorang penghafaz al-Qur’an dan seorang penyemak bacaan yang mendengar bacaan penghafaz berkenaan yang tidak merujuk mushaf. Bertujuan menguji memori penghafaz.
VILNIUS: Menteri Pertahanan Lithuania menasihatkan rakyatnya supaya membuang telefon bimbit dari China atau mengelakkan daripada membeli jenama dari negara itu, selepas laporan kerajaan mendapati beberapa peranti pengesan dipasang dalam telefon itu.
Pusat Keselamatan Siber negara mendedahkan, telefon bimbit yang dijual di Eropah oleh syarikat gergasi telefon pintar, Xiaomi Corp. didakwa mempunyai peranti yang boleh mengesan terma seperti ‘Free Tibet’, ‘Long live Taiwan independence’ atau ‘democracy movement’.
Keupayaan dalam perisian telefon model Mi 10T 5G Xiaomi dimatikan untuk ‘wilayah Kesatuan Eropah’, tetapi dapat dihidupkan dari jauh pada bila-bila masa.
Wakil Menteri Pertahanan, Margiris Abukevicius mengesyorkan orang ramai supaya tidak membeli telefon bimbit buatan China dan membuangnya secepat mungkin.
Xiaomi belum memberikan sebarang maklum balas dari agensi berita Reuters berhubung perkara itu.
Laporan sama turut mendedahkan telefon bimbit Xiaomi menghantar data sulit pengguna ke server Singapura. Kelemahan keselamatan itu dijumpai pada telefon pintar model P40 5G oleh Huawei China, tetapi tidak dijumpai di telefon pintar buatan negara itu yang lain.
Laporan itu memberitahu, senarai istilah yang boleh ditapis oleh aplikasi sistem telefon Xiaomi termasuk penyemak imbas internet, merangkumi 449 istilah dalam bahasa China dan terus dikemas kini.
“Perkara ini penting bukan sahaja untuk Lithuania, tetapi bagi semua negara yang menggunakan peralatan teknologi Xiaomi,” kata laporan itu.
Hubungan antara Lithuania dan China baru-baru ini, bertambah buruk berhubung soal kedaulatan Taiwan.
Seorang 'influencer' Indonesia ditahan atas tuduhan melakukan aksi lucah dalam sesi penstriman secara langsung di sebuah aplikasi mudah alih. -Gambar hiasan
JAKARTA: Seorang 'influencer' Indonesia ditahan atas tuduhan melakukan aksi lucah dalam sesi penstriman secara langsung di sebuah aplikasi mudah alih.
Menurut polis, suspek berusia 22 tahun itu melakukan aksi lucah di media sosial itu untuk mendapatkan wang.
Jurucakap Polis Denpasar I, Ketut Sukadi berkata suspek yang hanya dikenali sebagai RR itu telah secara aktif menggunakan aplikasi media sosial berkenaan sejak sembilan bulan lalu.
Suspek dipercayai mengaut hasil sekitar 30 juta rupiah (RM8,800) melalui siaran langsung di platform berkenaan.
Jurucakap polis memberitahu suspek beroleh sekitar 1.5 juta rupiah (RM440) setiap kali beraksi di platform berkenaan, di mana dia dilaporkan mempunyai ribuan pengikut.
RR, yang menggunakan akaun "Kuda Poni" ditahan pada Jumaat di sebuah apartmen di Denpasar, Indonesia.
Suspek boleh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana melanggar artikel di bawah Undang-Undang Pornografi 2008 dan Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik jika sabit kesalahan.
Siasatan berhubung dakwaan ke atas suspek masih dijalankan, kata polis.
Tangkapan ini dibuat beberapa bulan selepas bintang porno Veronika Troshina dan pasangannya Mikhail Morozov diburu polis Indonesia.
Pasangan itu dilapor membuat rakaman video aksi lucah di Gunung Batur, Indonesia dan dimuat naik ke sebuah laman web porno tahun lalu serta ditonton lebih 1.2 juta kali.
SHAH ALAM – Usaha negara untuk mencapai imuniti kelompok kini semakin dekat apabila golongan remaja pula akan menerima suntikan vaksin Covid-19.
Ia susulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK-Remaja) kepada pelajar berumur dari 12 hingga 17 tahun.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, program tersebut dilaksanakan secara berperingkat mengikut lokasi sekolah dan jadual akan disediakan secara bersama-sama oleh pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah dan pejabat kesihatan daerah.
Menurutnya, PICK-Remaja melibatkan 868 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam serta PPV sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara.
Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media secara hibrid pada Rabu.
Berita tersebut mungkin boleh menyebabkan ibu bapa panik serta menyerbu kawasan PPV yang terlibat bagi memastikan anak-anak mereka mendapat suntikan vaksin Covid-19.
Justeru, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam sidang media pada Rabu menasihati orang ramai supaya janganlah menyerbu PPV kerana bekalan vaksin yang disediakan sememangnya mencukupi untuk memenuhi keperluan 3.2 juta pelajar.
Selain itu, satu lagi berita yang mungkin membawa gembira adalah kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu dengan mengumumkan pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan beserta aktiviti rentas negeri akan dibenarkan dengan syarat kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.
Menurut Perdana Menteri, keputusan tersebut akan dibuat berdasarkan data dan analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Biarpun baru kenyataan, namun pastinya sudah ada yang menanti realiti kerana ia sememangnya harapan bagi semua orang.
Pada masa sama beberapa pusat pelancongan pula dijangka membuat persiapan bagi perkara tersebut.
Ia mungkin sahaja sebagai persediaan menerima serbuan pengunjung di lokasi pelancongan itu nanti seperti yang berlaku di Pulau Langkawi.
Bagaimanapun, ke mana jua kita melangkah, jangan sesekali lupa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mengekang penularan Covid-19.