
Nazir, semasa mengimbas pengalaman beliau bertugas pada Hari Kebangsaan sebagai seorang pemandu airasia ride berkata, “Pengalaman ini amat menyeronokkan!
Nak Oyat Apa Saja Kat Huma
Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.
Nazir, semasa mengimbas pengalaman beliau bertugas pada Hari Kebangsaan sebagai seorang pemandu airasia ride berkata, “Pengalaman ini amat menyeronokkan!
'TOK'
Siapa pernah tinggal dan tidur dengan Tok atau Nenek malah sesetengah tempat dipanggil Opah. Tok dahulu jauh berbeza dari Tok zaman sekarang, baik dari gaya hidup dan personalitinya.
Tok atau Tok Wan waktu dahulu kebiasaannya hidup daif dgn fizikalnya sangat tua. Jarang memakai baju, hanya berkembang dgn batik dan pelikat lusuh serta berkain cukin atau semutar bagi yg lelaki (Tok Wan). Biasanya 'kesaq' atau bau badan Tok akan berbau sirih pinang dan curut. Sukar utk digambarkan bauan tubuh badan insan yg daif tetapi tersangat kaya dgn kasih sayang itu.
Dapat tinggal dengan Tok atau Tokwan adalah suatu kenangan yg sangat indah yg sama sekali tidak ada dijual beli dimini market atau digedung batu yg mewah. Pengalaman itu mahalnya tiada bergalang ganti. Apalagi kalau dapat tidur sekelambu dengan Tok, hangatnya pelukan kasih sayangnya tiada terkata, setiap kali kita hampir terlelap Tok akan mengusap kepala dgn usapan selembut salju. Tangannya kasar bergerutu dan berbau minyak angin. Lenganya dilingkari otot dan urat hijau yg berselirat, itu tandanya betapa kudratnya yg ditelah diperah sepanjang hayat hidupnya demi membesarkan mak ayah kita sehinggalah lahirnya kita kedunia ini. Tok terus meneruskan kasih sayang yg berbaki kpd cucu-cicitnya pula. Tok juga akan mengambil alih membela cucunya kiranya cucu-cucu menjadi anak -anak yatim yg kehilangan ayah dan ibu. Pengorbananya seakan tidak terhenti sehinggalah hayatnya terhenti.
Setiap kali masuk kelambu, Tok akan memastikan tiada nyamuk yg terperangkap didalam kelambu, dengan diterangi cahaya pelita minyak tanah, Tok akan memeriksa disetiap bucu bantal kabu dan kelambu ,melihat dengan teliti kalau-kalau ada pijat yg bersarang. Tok akan memicit pijat, bau pijat agak tengik dan merengsakan lubang hidung. Semua itu Tok lakukan demi kasih sayangnya kepada cucunya yg dipanggil Awang atau Mek.
Tok tak punya tilam spring tebal sekaki, yang ada cuma lembik kabu. Itupun Tok jahit sendiri dari perca-perca kain terbuang, Tok sambung dan jadikan sebagai pembalut kabu. Sehelai gebar bercorak petak-petak yg lusuh dan kusam itu saja utk membaluti tubuhnya dan cucu dari kedinginan malam yg mencengkam. Hangat tubuhnya menghilangkan dingin. Tok melayari mimpinya tentang anak dan cucu yg selalu bermain diruang matanya yg semakin kabur. Namun kasih sayang tidak pernah luntur...
Kalau tidak mencari pijat dan nyamuk sebelum tidur, Tok akan bersila diluar kelambu sambil menggobek pinang dan menghisap curut dibawah bias cahaya pelita yg melintuk-liuk diusik angin malam yg menerobos dari celah dinding papan yg meleweh renggang. Tok ibarat jelapang kasih sayang tempat menyimpan manja diwaktu kecil. Mereka adalah teratak utk disandarkan kasih sayang..
Apapun insan-insan ini telah pergi mendahului kita. Mereka pulang dgn meninggalkan rasa rindu yg teramat dihati kita. Hati yg pernah mereka belai dan manjakan dgn sepenuh jiwa raga. Kita tidak mungkin dapat meneroka apa yg bermain dikotak pemikiran mereka ketika melewati usia senja mereka, ketika mereka menanti waktu-waktu kepulangan... Al-Fatihah utk mereka.
Kuala Lumpur: Personaliti TV3, Azaria Tagaya, 36, selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Reza Syafiq Zainal Rashid, 32, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, semalam.
Dalam majlis jam 12 tengah hari itu, Azaria atau nama sebenarnya Azaria Tagaya Norio Tagaya menerima sebentuk cincin dan mas kahwin, RM300 tanpa sebarang hantaran.
Azaria yang juga pembaca berita Buletin Utama dan Nightline serta hos Money Matters berkata, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar dengan dihadiri keluarga terdekat saja.
"Kami sebenarnya tak tetapkan satu tarikh untuk nikah memandangkan keadaan sekarang masih lagi dalam pandemik. Tarikh semalam pun bukan dipilih kerana kami hanya nak langsungkan secepat mungkin.
"Kami pergi buat pendaftaran di pejabat agama dan kemudian ambil nombor giliran. Kemudian dapat tarikh nikah, 15 September. Saya sebenarnya kena bekerja semalam dan terpaksa ambil cuti untuk kahwin.
"Hanya wali dan pasangan pengantin saja yang dibenarkan hadir, semalam. Baju nikah saya dijahit oleh mak dan dipadankan dengan Converse. Selepas nikah, baru kami jumpa keluarga dan rakan terdekat," katanya kepada Harian Metro.
Azaria berdarah campuran Jepun di sebelah ayah dan ibunya keturunan Pakistan, manakala Reza yang bekerja sebagai jurumekap kesan khas untuk filem berketurunan Pakistan dan Cina.
Menurutnya, mereka tidak merancang mengadakan majlis resepsi dan hanya melaksanakan perkara yang wajib saja.
"Memang dari kecil saya impikan nak kahwin secara ringkas saja dan tak suka majlis besar-besaran sebab saya rasa membazir.
"Bagi saya lebih baik kami berjimat wang untuk masa depan dan hidup bersama," katanya.
-myMetro
Kuala Lumpur: Terdapat lebih 12,000 pesakit Covid-19 di negara ini yang sudah sembuh dikesan menghidap kesan jangka panjang wabak itu dikenali sebagai 'long Covid'.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, seramai 12,654 pesakit Covid-19 yang dibenarkan discaj dari hospital, diberi janji temu dan hadir rawatan susulan di fasiliti kesihatan bagi gejala long Covid setakat ini.
Katanya, KKM mengesan lima gejala utama long Covid yang dihadapi pesakit berkenaan dengan sejumlah besar daripada mereka menghidap kelesuan dan sesak nafas apabila melakukan aktiviti tertentu.
"Berdasarkan pemantauan ke atas pesakit, terdapat lima gejala utama yang sering dihidapi pesakit long Covid iaitu kelesuan (79.2 peratus) dan sesak nafas apabila melakukan aktiviti tertentu (52.6 peratus).
"Selain itu, gejala yang dikesan adalah batuk (17.2 peratus), kesukaran tidur (14.6 peratus) dan keresahan (10.6 peratus)," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) yang meminta perincian mengenai jumlah pesakit Covid-19 yang berdepan masalah long Covid.
Long COVID adalah keadaan pesakit di mana gejala dan tanda Covid-19 yang dihidapi melebihi tempoh empat minggu.
Ia merangkumi dua tahap iaitu gejala berterusan Covid-19 bagi pesakit yang bergejala dalam tempoh empat hingga 12 minggu serta sindrom pasca Covid-19 dengan pesakit yang bergejala melebihi 12 minggu dan tidak dapat dikaitkan dengan diagnosis alternatif yang lain.
Khairy berkata, perkhidmatan rehabilitasi komprehensif yang khusus kepada pesakit long Covid dilaksanakan di Hospital Sungai Buloh membabitkan pelbagai bidang kepakaran.
Antara bidang kepakaran terbabit ialah Jabatan Perubatan, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Jabatan Perubatan Rehabilitasi dan kerjasama dengan Hospital Universiti iaitu Unit Respiratori Hospital UiTM.
Sejak November 2020 hingga 31 Julai 2021, Khairy memaklumkan seramai 2,388 pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 yang discaj dari Hospital Sungai Buloh dirujuk bagi perkhidmatan khusus ini, merangkumi perkhidmatan susulan secara telekonsultasi dan perkhidmatan susulan secara fizikal.
"Daripada jumlah itu, seramai 1,545 (64.6 peratus) mengalami gejala long Covid.
"Daripada segi hasilnya pula, 41.2 peratus pesakit long Covid sembuh daripada gejala setelah empat minggu discaj dari hospital.
"Kementerian Kesihatan akan terus memantau dan memberi rawatan kepada pesakit long Covid yang mempunyai indikasi berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Covid-19," katanya.
-myMetro
Tambahnya, pihak polis tidak akan mengambil keterangan penyanyi rap Caprice.
KUALA LUMPUR: Penerbangan sulung AirAsia dari Kuala Lumpur ke Langkawi pagi ini di bawah inisiatif gelembung perjalanan merekodkan muatan penerbangan 100 peratus, menandakan lantunan semula kukuh perjalanan udara domestik.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata penerbangan itu, yang pertama daripada sembilan penerbangan harian yang dijadualkan dari Kuala Lumpur – berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada jam 9.50 pagi menggunakan pesawat Airbus A321neo.
"Selain dari Kuala Lumpur (63 penerbangan mingguan), AirAsia juga mempunyai penerbangan ke Langkawi dari Pulau Pinang (14 kali seminggu), Johor Bahru (tujuh kali seminggu), Ipoh (tiga kali seminggu) dan Kota Bharu (tiga kali seminggu), menjadikan semuanya 90 penerbangan seminggu," kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata lebih 200,000 tempat duduk ke Langkawi terjual dalam masa kurang seminggu.
"Bagi memudahkan pergerakan ini, kami telah telah membuat persiapan menyeluruh dan melaksanakan protokol kesihatan dan keselamatan yang padu dan komprehensif bagi memastikan semua tetamu kami boleh melakukan perjalanan dengan selamat, dengan kru dan petugas barisan hadapan kami 100 peratus telah lengkap menerima vaksin.
"Selepas melakukan persediaan selama berbulan-bulan, kami bersemangat untuk menyaksikan industri kembali rancak dan bersedia untuk meningkatkan operasi kami bagi memenuhi peningkatan permintaan.
"Kami berharap lebih banyak gelembung perjalanan diwujudkan di seluruh negara tidak lama lagi sejajar dengan peningkatan kadar vaksinasi dan seterusnya di seluruh rantau ini apabila telah selamat untuk berbuat demikian," katanya.
AirAsia juga melancarkan perkhidmatan 'ride-hailing' di Langkawi hari ini dengan pemandu kenderaan 100 peratus telah divaksinasikan. – BERNAMA
DAP sememangnya tidak pernah senang dengan PAS. Mereka mahu menggambarkan PAS ini sebagai sebuah gerakan politik yang ekstrem yang kononnya tidak toleran dan mahu memaksa rakyat Malaysia yang berbilang agama menerima Islam. Harapan mereka bukan sahaja masyarakat bukan-Melayu akan menolak PAS malah jika boleh masyarakat Melayu pun mahu dihasut agar membenci PAS.
Kenyataan terbaru Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang dipetik Malaysian Insight cukup mengelirukan dan paling biadab. Ia bukti kebencian DAP terhadap PAS. Rang Undang-undang Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah Persekutuan) yang mahu dibentangkan di Parlimen bukannya RUU PAS walaupun Menteri dan Timbalan Menteri di JPM Hal Ehwal Agama kedua-duanya orang PAS.
Ia Rang Undang-undang kerajaan, bukannya PAS. Tetapi Guan Eng mendesak Perdana Menteri agar menolak RUU ini. Rang Undang-undang ini diserang kononnya mahu mengganggu kebebasan warganegara bukan-Islam. Kononnya ia mahu menyekat pengembangan agama bukan-Islam dalam negara. Tuduhan ini cukup jahat dan mahu membangkitkan api kemarahan sedangkan hakikatnya ia tidak begitu.
Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi negara telah sedia memperuntukkan kawalan ke atas pengembangan agama selain Islam di kalangan para penganut Islam dalam negara. Ia bukan bermaksud mengawal pengembangan agama bukan-Islam sesama masyarakat bukan-Islam. Yang dilarang adalah apabila ia disebarkan di kalangan masyarakat Islam.
Agama selain Islam bebas diamal dan disebarkan sesama bukan-Islam, itulah amalan kita sejak dahulu lagi. Zaman berzaman sejak sebelum Merdeka lagi penduduk di tanah air kita mengamalkan toleransi beragama. Hidup rukun damai walau berbeza agama dan budaya. Semua menerima Islam sebagai agama umat Melayu, penduduk majoriti yang merupakan penghuni asal dalam negara. Kerana itu hak umat Melayu Islam mengamalkan agama mereka tidak pernah diganggu termasuklah memastikan tiada umat Islam yang menukar agama kerana dipengaruhi agama lain.
Kenapa Guan Eng berang dengan RUU ini yang merupakan undang-undang yang mahu digunapakai untuk menyelamatkan akidah umat Islam. Apakah Guan Eng tidak prihatin pada agama dan kepercayaan umat Islam? Apakah Guan Eng mahu mencadangkan yang semua agama bebas menyebarkan kepercayaan mereka termasuk pada umat Islam? Bukalah mata dan telinga kita seluas-luasnya. Inilah DAP yang sebenar.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 15/9/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1596812267324770&set=a.267246050281405&type=3
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menyediakan draf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU355, beritahu Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, selepas ia dimuktamadkan, RUU tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil nanti.
“Sepanjang 2020 dan 2021, kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU 355.
“Ia bagi melihat pelbagai aspek khususnya Perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah,” katanya dilapor Utusan Online.
Penyataan tersebut merupakan jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia.
Terdahulu, Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) meminta Perdana Menteri menyatakan perancangan strategik bagi memperkasakan mahkamah syariah menerusi pindaan Akta 355 bagi tahun ini.- HARAKAHDAILY
SOALAN
Bolehkah lelaki solat dengan memakai singlet?
JAWAPAN
Solat dengan memakai singlet, atau memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu, atau tidak berbaju, hukumnya adalah makruh namun sah solatnya. Rasulullah SAW bersabda
لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَىْءٌ
Maksudnya: “Janganlah salah seorang dari kamu solat dengan pakaian yang satu, yang mana tidak ada sesuatu di atas dua bahunya.”[1]
Menurut Imam al-Nawawi, “Hikmahnya adalah, jika dia memakai baju dan tidak ada sesuatu di atas bahunya, maka tidak selamat daripada terdedah bahagian auratnya, berbeza dengan jika diletakkan pakaian di atas bahu. Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafie serta jumhur berpendapat: Larangan itu menunjukkan kepada makruh tanzih, bukannya kepada pengharaman. Jika seseorang itu solat hanya dengan memakai satu pakaian yang menutup auratnya, tetapi tidak menutup bahagian bahunya maka solatnya dikira sah berserta hukum makruh, sama ada dia mampu meletakkan sesuatu di atas bahunya ataupun tidak.[2]
Walaupun sah solatnya, sebaiknya pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika ingin menunaikan solat. Hayatilah firman Allah SWT:
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ
Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).”[3]
Imam Al-Tabari rahimahullah di dalam tafsirnya menyatakan bahawa perkataan خُذُوا زِينَة di dalam ayat bererti pakaian yang menutup aurat. Kami berdoa semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Wallahu a’lam.
[1] Riwayat Al-Bukhari, no. 359; Riwayat Muslim, no. 516.
[2] Sharḥ al-Nawawī ʿalā Muslim, 2/274
[3] Surah Al-A’raf: 31
Sumber: maktabahalbakri.com
🏆 Johor Darul Ta'zim (ACL)
2️⃣ Kedah Darul Aman FC (AFC Cup)
3️⃣ Penang FC
4️⃣ Terengganu FC
⚽ Top Scorers - 26 Gol
🇧🇭 Ifedayo Omosuyi (Selangor FC)
🅰️ Top Assists - 10 Assists
🇨🇮 Tchetche Kipre (Kedah Darul Aman FC)
🧤 Clean Sheet - 13 Clean Sheet
🇲🇾 Farizal Marlias (JDT)
Sebanyak 357 gol terhasil di Liga Super musim ini:
➡️ 125 gol dari pemain tempatan
➡️ 222 gol dari pemain import
➡️ 10 gol sendiri (8 pemain tempatan / 2 pemain import)
⚽ Gol terbanyak liga - JDT (50 Gol)
🥅 Bolos sedikit liga - JDT (9 Bolos)
⚽ Gol sedikit liga - PJ City FC & UiTM FC (16 Gol)
🥅 Bolos terbanyak liga - Perak FC (45 Bolos)
Pemain yang berjaya melakar hattrick musim ini (8 hattrick)
🇧🇭 Ifedayo Omosuyi (Selangor FC) vs Perak FC, Kedah Darul Aman FC & Sabah FC
🇧🇷 Bergson (JDT) vs Perak FC & Sri Pahang FC
🇧🇷 Paulo Josue (KL City FC) vs Penang FC
🇧🇷 Rafael Vitor (Penang FC) vs Perak FC
🇬🇭 Nana Poku (Perak FC) vs Penang FC
Pasukan paling banyak menerima sepakan penalti musim ini:
🥅 JDT (8 Penalti, 6 Gol, 2 Miss)
Kemenangan terbesar di Home:
🏘️ Sri Pahang FC 5-0 UiTM FC
🏘️ Terengganu FC 5-0 Perak FC
🏘️ JDT 5-0 Perak FC
Kemenangan terbesar di Away:
✈️ Sabah FC 0-6 Selangor FC
Pemain paling muda membuat penampilan musim ini:
🧒 Zikri Khalili (Selangor FC) vs Sri Pahang FC (18 tahun 8 bulan 9 hari)
Pemain paling muda menjaringkan gol musim ini:
🧒 Arif Aiman (JDT) vs UiTM FC (18 tahun 10 bulan 9 hari)
Pemain paling berusia menjaringkan gol musim ini:
👴 Shukor Adan (KL City FC) vs UiTM FC (41 tahun 7 bulan 14 hari)
Pasukan paling banyak mengutip kad kuning:
🟨 Perak FC (57 Kad Kuning)
Pasukan paling banyak mengutip kad merah:
🟥 Kedah Darul Aman FC (3 Kad Merah)
🟥 Selangor FC (3 Kad Merah)
🟥 Penang FC (3 Kad Merah)
Gol terpantas musim ini:
🇧🇷 Rafael Vitor (Penang FC) vs Perak FC (9 saat)
Gol paling banyak dalam satu perlawanan:
🆚 Perak FC 3-5 Penang FC (8 Gol)
🔼 Dinaikkan pangkat ke Liga Super 2022
🔵 Sarawak United
🔴 Negeri Sembilan FC
🔽 Diturunkan pangkat ke Liga Premier 2022
💛 Perak FC
🎓 UiTM FC