"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Geely. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Geely. Papar semua catatan

Selasa, 6 Ogos 2024

Geely Galaxy E5 kembar Proton eMas 7 dilancar di China – bermula RM70k, lawan terus untuk BYD Atto3

 


Selepas didedahkan pada Mei lalu, SUV EV Geely Galaxy E5 secara rasminya dilancarkan di pasaran China pada Sabtu, 3 Ogos lalu. Apa yang menarik, pelancaran itu dibuat hanya sehari selepas model kembar yang dibangunkan bersama iaitu Proton eMas 7 (ditulis e.MAS 7) didedahkan di Malaysia pada Jumaat lalu.

Pada pasaran berkenaan Galaxy E5 dijual pada harga bermula 112,800 yuan (RM70k) hingga 148,800 yuan (RM92k), lebih murah berbanding harga anggaran 123,000 yuan (RM76k) hingga 157,000 yuan (RM97k) yang diumumkan Geely sebelum ini. Malah menurut laporan CarNewsChina, pelanggan yang membeli model ini sebelum 1 Oktober, mereka turut ditawarkan dengan diskaun 3,000 yuan (RM1.8k) membolehkan ia dijual pada harga lebih murah bermula 109,800 yuan (RM68k).

Geely Galaxy E5 dan Proton eMas7 dihasilkan dengan dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dengan jarak roda 2,750 mm. Jadi SUV ini akan bertanding dalam kelas segmen-C dan di China Galaxy E5 merupakan lawan terus kepada BYD Atto 3 yang hadir dalam saiz dan kelengkapan hampir sama.

Geely Galaxy E5 kembar Proton eMas 7 dilancar di China – bermula RM70k, lawan terus untuk BYD Atto3

Ia merupakan model yang diasaskan dari platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA), atau untuk Proton ia dikenali sebagai platform Global Modular Architecture (GMA). Platform ini juga sebenarnya adalah evolusi yang diasaskan dari Sustainable Experience Architecture (SEA) yang dibangunkan oleh Geely untuk digunakan oleh jenama-jenama dibawah naungannya yang lain.

230 tenaga kerjas dari Proton, membolehkan ia dikenali sebagai model usahasama kedua-dua jenama tersebut.

Oleh itu unit-unit awalan untuk Proton eMas 7 kelak akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China terlebih dahulu, dan dengan harga baharu yang diumumkan oleh Geely ini mungkin boleh membayangkan eMas 7 akan dijual pada harga bermula sekitar RM100k untuk permulaan, ia tahap minimum yang ditetapkan oleh kerajaan bagi EV CBU hingga hujung tahun depan.

Selepas ia dihasilkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) kelak, Proton eMas 7 mungkin boleh dijual pada harga bermula bawah RM100k.




Sumber

Isnin, 24 Jun 2024

IMPRESI ARTIS: Gambaran awal model pertama Proton e.MAS berasaskan Geely Galaxy E5 versi RHD

 Impresi Artis

Proton pada 12 Jun yang lalu telah melancarkan jenama EV baharunya yang dikenali sebagai e.MAS. Ia bakal digunakan pada model kenderaan elektrik (EV) Proton yang akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Proton turut memperkenalkan logo baharu e.MAS yang menampilkan rekaan kepala harimau ‘tidak berkurung’ dalam bentuk 2D yang mengikut trend reka bentuk terkini untuk jenama EV yang lebih cenderung kepada grafik yang ringkas dan minimalis.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, model EV pertama e.MAS bakal dilancarkan pada Disember tahun ini dan Proton akan membuat pengumuman baharu menjelang pelancarannya nanti.

Ketika ini, ramai dalam kalangan pengamal media dan juga pemerhati automotif masih ‘berteka-teki’, model apakah yang bakal menjadi model EV pertama menggunakan jenama e.MAS.

Kebanyakannya membuat andaian, ia adalah versi pemanduan kanan (RHD) model SUV elektrik tulen, iaitu Geely Galaxy E5.

Sahabat kami yang juga pakar manipulasi digital, Theottle juga telah menyiapkan gambaran awal Geely Galaxy E5 versi RHD yang memakai lencana e.MAS.

Model ini merupakan ahli keempat dari keluarga Geely Galaxy yang sebelum ini mempunyai tiga lagi model iaitu L7L6, dan E8.

Dilaporkan, ia bakal mempunyai dua versi iaitu model pemanduan kiri (LHD) dan pemanduan kanan (RHD) yang dibangunkan dan diuji secara serentak. Kedua-dua versi ini juga akan dieksport ke pasaran luar negara.

Diposisikan sebagai SUV padat (compact), Geely Galaxy E5 berukuran 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar dan 1,670 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,750 mm.

Kuasa disalurkan menerusi motor elektrik TZ184XY101 yang dihasilkan oleh InfiMotion (无锡星驱动力科技有限公司) dengan kuasa maksimum 160 kW.

Ia digandingkan bersama pek bateri litium besi fosfat yang dibekalkan oleh SVOLT Energy Technology Co., Ltd. Walau bagaimanapun, perincian mengenai bateri dan spesifikasi jarak tidak didedahkan buat masa ini.

Model SUV elektrik ini juga didatangkan dengan pilihan bampar depan, rekaan rim, radar belakang, cermin sisi kemasan hitam, lampu hadapan, logo jenama berwarna hitam, cermin hadapan dengan gaya yang berbeza, jejalur hiasan hitam pada bingkai tingkap, rak para bumbung hitam, radar hadapan dan rekaan bumbung suria.

Selain itu, ia turut ditawarkan dengan dua pilihan saiz dan profil tayar, iaitu 225/55R18 dan 235/50R19. Pada 19 Februari lalu, CEO Geely, Gan Jiayue mengumumkan bahawa Geely Galaxy merancang untuk melancarkan tiga kenderaan tenaga baharu tahun ini, termasuklah satu model plug-in hybrid dn dua model elektrik tulen.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, pengeluar kereta nasional itu sedang menguji jentera model EV terbabit selepas proses reka bentuk dan prototaip siap dibangunkan.

Ujar beliau, peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi reka bentuk dan prototaip sudah pun selesai dilaksanakan di China.

Proton kini sedang menguji EV serba baharu tersebut sebelum menunggu proses pengeluarannya, manakala tarikhnya pula akan dimaklumkan kemudian.

Untuk peringkat permulaan, ia akan dipasang di China memandangkan di sana sudah ada memiliki kemudahan yang diperlukan, selain inisiatif pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan bagi model EV import sepenuhnya (CBU).

Namun, Proton turut mempunyai perancangan untuk membuat pemasangan tempatan (CKD) model ini di Malaysia pada masa akan datang.

Sumber: Funtasticko.net