"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 21 September 2026

KENYATAAN MEDIA YAB MBNS BERKAITAN KEDUDUKAN EXCO NS

 

Tindakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan memberhentikan keahlian seseorang exco tanpa nasihat menteri besar adalah tidak berpelembagaan dan tidak ada sebarang kuat kuasa undang-undang, kata Menteri Besar Ismail Lasim.

Katanya, beliau tidak pernah dirujuk atau pada bila-bila masa menasihati berkenaan pemberhentian mana-mana exco kerajaan Negeri Sembilan menurut Perkara 38(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).

“Dengan itu tidak ada keperluan mengemukakan senarai exco yang baru kerana exco yang sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa,” katanya dalam kenyataan.

---------------------------;;;;;;;;;;;-----------

KENYATAAN MEDIA YAB MBNS

Saya ingin memberikan penjelasan rasmi berhubung tafsiran perundangan dan sempadan kuasa eksekutif di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, khususnya yang melibatkan kedudukan serta tempoh perjawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (“EXCO”).

Secara asasnya, sistem pentadbiran Negeri Sembilan ditegakkan di atas prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Berdasarkan Bahagian Kedua UUTKNS 1959, kuasa Kedaulatan Raja dalam hal pentadbiran negeri hendaklah dijalankan atas nasihat YAB Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Bagi mengelakkan sebarang kekhilafan tafsiran, implikasi perundangan berhubung perkara ini wajib diteliti secara harmoni dan menyeluruh seperti berikut:

1. Prinsip Kuasa Atas Nasihat : Menurut Perkara 40(1) UUTKNS 1959, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar dalam menjalankan fungsi pentadbiran (eksekutif) di bawah Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri.

2. Had Kuasa Budi Bicara : Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Raja dalam hal pentadbiran hanya merangkumi perkara-perkara yang dinyatakan secara bertulis di bawah Perkara 40(2) UUTKNS 1959. Kuasa untuk memberhentikan atau menamatkan tempoh jawatan EXCO secara bersendirian tidak termaktub dalam institusi budi bicara ini.

3. Keterikatan Perkara 38(5) UUTKNS 1959 dengan Nasihat Menteri Besar : Kuasa Raja untuk memperkenankan tempoh perjawatan seseorang EXCO di bawah Perkara 38(5) tidak boleh dibaca secara berasingan. Ia wajib dibaca bersama Perkara 38(4) dan Perkara 40(1). Ini bermakna, sebarang penamatan atau perubahan kedudukan barisan EXCO semasa pentadbiran berjalan hanya boleh berkuat kuasa atas nasihat atau permintaan rasmi daripada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, ditegaskan bahawa mana-mana tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian seseorang EXCO yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan daripada Menteri Besar adalah merupakan satu kekhilafan dari sudut perundangan, tidak berperlembagaan, dan tidak mempunyai sebarang kuat kuasa undang-undang. 

Adalah ditegaskan bahawa YAB Menteri Besar tidak pernah dirujuk atau pada bila-bila masa menasihati berkenaan pemberhentian mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Sembilan menurut Perkara 38(5) UUTKNS. Dengan itu tidak ada keperluan mengemukakan senarai EXCO yang baru kerana EXCO yang sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Kerajaan Negeri Sembilan akan terus mempertahankan keluhuran perlembagaan demi memastikan kestabilan pentadbiran dan mandat rakyat sentiasa dipelihara berlandaskan lunas undang-undang yang sah.

YAB DATO' HAJI ISMAIL BIN LASIM

Menteri Besar Negeri Sembilan

Isnin, 21 September 2026






Ahad, 20 September 2026

BAYAR RM50 JUTA BOLEH HABISKAN HUKUMAN DALAM RUMAH? INI CERITA SEBENAR STATUS PENJARA NAJIB YANG RAMAI KELIRU!

 "BAYAR RM50 JUTA BOLEH HABISKAN HUKUMAN DALAM RUMAH? INI CERITA SEBENAR STATUS PENJARA NAJIB YANG RAMAI KELIRU!" 

Kalau kita amati perjalanan hidup Datuk Seri Najib Razak, memang ada satu kontras yang susah untuk diabaikan. Beliau membesar sebagai anak sulung kepada seorang Perdana Menteri.

Kemudian, beliau sendiri melangkah masuk dan menduduki kerusi kekuasaan yang sama. Kini pada usia 73 tahun, lelaki yang pernah mentadbir Malaysia selama hampir sedekad itu sedang menghabiskan hari-harinya menjalani hukuman penjara.

Apa yang menjadi perbualan hangat sekarang, beliau baru sahaja mendapat pengampunan bersyarat. Kelulusan ini membolehkannya menghabiskan baki hukuman kes SRC di rumah.

Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Selepas kematian mengejut bapanya pada tahun 1976, Najib yang ketika itu baru berusia 23 tahun terus masuk ke arena politik.

Beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Pekan yang pernah dipegang oleh arwah bapanya. Lebih tiga dekad selepas langkah awalnya itu, tepat pada 3 April 2009, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Beliau kekal bertahan memegang jawatan nombor satu negara itu sehinggalah beralihnya kuasa pada tahun 2018.

Dua tahun selepas itu, kehidupan dan legasi politiknya berubah sama sekali. Pada bulan Julai 2020, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan berat yang berkaitan dengan dana RM42 juta milik SRC International.

Kesalahan tersebut terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa. Keputusan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya amat berat iaitu 12 tahun penjara dan denda wang ringgit berjumlah RM210 juta.

Selepas proses rayuannya tamat dan berakhir di Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022, Najib akhirnya mula dipenjarakan untuk menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Namun masuk Januari 2024, pihak Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan untuk mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun sahaja.

Kadar denda asal sebanyak RM210 juta pula dikurangkan kepada RM50 juta dengan tarikh pembebasan baharu ditetapkan pada 23 Ogos 2028. Jika denda itu masih gagal dibayar sepertimana di bawah ketetapan tersebut, tempoh hukuman penjara beliau akan bertambah lagi selama setahun.

Dua tahun selepas keputusan pengurangan itu, muncul pula satu lagi perkembangan tak terjangka yang jauh lebih besar. Pada 18 September 2026, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan telah bermesyuarat secara tertutup di Istana Negara.

Mesyuarat penting itu dipengerusikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Keputusannya mengejutkan ramai apabila Najib diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkan baki hukuman kes SRC dijalani di rumah sehinggalah tarikh 23 Ogos 2028.

Tetapi kelulusan ini bukannya bermakna beliau boleh terus keluar dan hidup bebas begitu sahaja. Denda RM50 juta itu tetap wajib dibayar terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, Najib juga perlu sentiasa mematuhi segala syarat ketat yang telah ditetapkan kelak. Sekiranya beliau didapati melanggar syarat itu, pengampunan bersyarat tersebut secara automatik boleh ditarik balik dan baki hukumannya perlu disambung semula di dalam penjara.

Setakat hari ini, butiran penuh tentang bagaimana mekanisme tahanan rumah itu akan dilaksanakan secara praktikal belum lagi diumumkan kepada orang awam.

Antaranya termasuklah persoalan teknikal tentang kebebasan pergerakannya, prosedur lawatan pihak luar, kaedah pemantauan keselamatan dan pelbagai sekatan yang mungkin dikenakan ke atasnya.

Beberapa pengamal undang-undang yang ditemu bual oleh agensi berita CNA menyifatkan keadaan ini sebagai satu wilayah perundangan yang masih belum banyak diuji pelaksanaannya di Malaysia. Ini kerana mekanisme melaksanakan tahanan rumah terhadap seorang banduan belum mempunyai rujukan duluan perundangan yang jelas.

Satu lagi benda teknikal yang kita kena faham betul-betul supaya tak salah tafsir. Keputusan tahanan rumah ini sebenarnya hanya berkaitan dengan hukuman kes SRC International yang sedang dijalani oleh Najib sekarang.

Ia sama sekali tidak menghapuskan hukuman 15 tahun penjara yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes 1MDB yang berasingan pada Disember 2025.

Pada ketika ini, pihak Najib sedang giat mengemukakan rayuan berhubung sabitan dan hukuman baharu tersebut. Sekiranya hukuman penjara bagi kes 1MDB itu pada akhirnya tetap dikekalkan oleh pihak mahkamah, pengampunan bersyarat untuk kes SRC tadi tidak akan secara automatik terpakai kepadanya.

Sebab itulah secara jujurnya, perjalanan hidup Najib ini memang mempunyai satu lengkungan naratif yang amat luar biasa berbanding ahli politik yang lain. Beliau bermula sebagai anak sulung Perdana Menteri kedua.

Mula melangkah masuk ke Parlimen pada usia yang amat muda iaitu 23 tahun. Beliau kemudian mencecah kemuncak kerjayanya dengan menjadi Perdana Menteri keenam, sebelum akhirnya terpaksa menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Dan sekarang ini, lebih empat tahun selepas bermulanya kehidupan di sebalik tirai besi, satu lagi bab panjang dalam siri perjalanan politik dan perundangannya mula terbuka luas.

Cuma untuk kali ini, isunya bukan lagi soal mahu kembali menjadi Perdana Menteri atau cuba menawan kembali kerusi di Parlimen. Persoalan yang ada di depan mata jauh lebih asas dan menyentuh hakikat kebebasan peribadi.

Ia adalah tentang sama ada baki hukuman kes SRC sehingga Ogos 2028 ini akan dipaksa untuk diteruskan di sebalik tembok konkrit penjara, atau bakal dihabiskan dengan tenang di kediamannya sendiri.

Kes perundangan berprofil tinggi seperti ini selalu menyedarkan kita tentang satu perkara. Politik sebenarnya jauh lebih luas daripada perbalahan tentang siapa sokong siapa atau parti mana sedang melawan parti mana.

Ada struktur Perlembagaan negara, kewibawaan institusi, bidang kuasa Raja, peranan kerajaan, mahkamah dan segala aturan sistem yang akhirnya menentukan bagaimana sesebuah negara itu berjalan.

Kalau selama ini politik sentiasa nampak berserabut dan terlalu susah untuk difahami, buku Politik Untuk Pemula karya penulis Ayman Rashdan Wong sangat membantu menerangkan segala asas kenegaraan itu dengan laras bahasa yang jauh lebih mudah dihadam.

https://s.shopee.com.my/9AOk3GUhsS

Source 

Isnin, 14 September 2026

India mahu Dr Zakir Naik diekstradisi.Apa pendirian Malaysia,serah atau tolak?

 


Isu permintaan India untuk mengekstradisi pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, kembali menjadi perhatian rakyat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perkembangan tersebut mencetuskan persoalan besar dalam kalangan rakyat Malaysia — adakah Malaysia akan memenuhi permintaan India, atau mempertahankan pendirian untuk tidak menyerahkan Zakir Naik?

Bagi sebahagian rakyat yang mengikuti perkembangan kes berkenaan sejak 2018, pendirian mereka dilihat jelas — Malaysia tidak seharusnya terburu-buru menyerahkan Zakir Naik kepada India hanya kerana terdapat permintaan daripada kerajaan negara berkenaan.

Mereka berpandangan bahawa sebarang keputusan mesti dibuat berdasarkan undang-undang Malaysia, prinsip keadilan serta hak individu untuk mendapatkan proses perundangan yang sewajarnya.

Malaysia dan India sememangnya mempunyai perjanjian ekstradisi yang berkuat kuasa, dan India pernah mengemukakan permintaan rasmi supaya Zakir Naik diekstradisi.

Namun, perjanjian ekstradisi tidak bermaksud seseorang individu mesti diserahkan secara automatik. Permintaan tersebut masih perlu melalui proses dan syarat yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia.

Perkara itu pernah menjadi pendirian kerajaan Malaysia sebelum ini.

Dalam jawapan di Parlimen, kerajaan menjelaskan bahawa Akta Ekstradisi 1992 mempunyai peruntukan yang membolehkan ekstradisi ditolak dalam keadaan tertentu, termasuk apabila terdapat persoalan berkaitan sifat kesalahan, keadilan perbicaraan atau kemungkinan seseorang berdepan penganiayaan atas faktor tertentu.

Justeru, suara yang menolak ekstradisi Zakir Naik kini mahu kerajaan tidak melihat isu tersebut semata-mata daripada sudut hubungan diplomatik Malaysia–India.

Bagi mereka, hubungan baik dengan India tetap penting, tetapi keputusan berkaitan kebebasan dan masa depan seseorang individu perlu dibuat berdasarkan kedaulatan undang-undang, bukannya tekanan atau kepentingan politik.

Persoalan lain yang turut dibangkitkan ialah mengenai pertuduhan yang dihadapi Zakir Naik di India.

Pihak berkuasa India mengaitkan beliau dengan beberapa pertuduhan, termasuk dakwaan berkaitan ucapan yang dikatakan menggalakkan permusuhan antara kumpulan agama serta kes berkaitan pengubahan wang haram.

Namun, penyokong beliau mengingatkan bahawa pertuduhan tidak sama dengan sabitan bersalah.

Mereka mahu sebarang keputusan ekstradisi mengambil kira hak Zakir Naik untuk mempertahankan diri dan mendapatkan proses kehakiman yang adil.

Dalam masa sama, penyokong pendirian untuk tidak mengekstradisi beliau turut mempersoalkan mengapa Malaysia perlu mengubah pendirian yang pernah diambil sebelum ini sekiranya tiada asas undang-undang baharu yang benar-benar kukuh.

“Jika undang-undang Malaysia membenarkan kita mempertimbangkan penolakan, mengapa perlu terburu-buru menyerahkannya?” — itu antara persoalan yang kini semakin kedengaran dalam perbincangan awam.

Namun, kerajaan Malaysia juga berdepan realiti hubungan dua hala.

India merupakan rakan penting Malaysia dalam perdagangan, pelaburan, keselamatan, pendidikan dan pelbagai sektor strategik. Oleh itu, keputusan berkaitan Zakir Naik mempunyai implikasi diplomatik yang tidak boleh dipandang ringan.

Tetapi bagi rakyat yang menolak ekstradisi, mesej mereka juga jelas:

Hubungan baik dengan India tidak bermaksud Malaysia perlu mengorbankan prinsip undang-undang sendiri.

Mereka mahu kerajaan menilai perkara tersebut secara teliti, mempertimbangkan semua hak serta perlindungan undang-undang yang tersedia dan memastikan keputusan akhir benar-benar dibuat atas kepentingan Malaysia.

Kini perhatian rakyat tertumpu kepada kerajaan.

Adakah Malaysia akan mempertahankan pendirian untuk tidak mengekstradisi Zakir Naik?

Atau adakah perkembangan hubungan Malaysia–India akan membawa kepada pertimbangan baharu?

Dan paling penting,dengan pengaruh #HINDUTVA yang kuat dalam pemerintahan kerajaan India sekarang ni, adakah Dr Zakir Naik akan mendapat pengadilan yang adil jika di bawa pulang ke India..??

Source