"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Selasa, 24 Mac 2026

TENGKUK MAKIN TERCEKIK?: U-Turn Memalukan Rumah Putih & 'Sandiwara' Rundingan Palsu Yang Terbongkar!

 "TENGKUK MAKIN TERCEKIK?: U-Turn Memalukan Rumah Putih & 'Sandiwara' Rundingan Palsu Yang Terbongkar!" 

Pernahkah anda melihat sebuah empayar gergasi yang kononnya kebal, tiba-tiba menggelupur ketakutan dan terpaksa menipu satu dunia semata-mata untuk menutup rasa malu?

Inilah realiti geopolitik paling kelakar dan menjijikkan yang sedang terpampang di hadapan mata kita semua pada detik ini.

Baru sahaja semalam pentadbiran di Washington menyalak dengan begitu kuat.

Pemimpin mereka berlagak seperti pemilik dunia ini, memberikan kata dua yang sangat angkuh kepada kem Parsi.

Mereka memberi tempoh masa tepat 48 jam untuk membuka sepenuhnya laluan laut di Selat Hormuz.

Jika ingkar, mereka berjanji akan meranapkan kesemua loji janakuasa elektrik dan infrastruktur tenaga penting bermula dari yang paling besar.

Amaran itu disambut dengan rasa cemas oleh sebahagian masyarakat dunia.

Banyak pihak menyangka bahawa kiamat geopolitik di Timur Tengah sudah tidak boleh dielakkan lagi.

Tetapi, bumi percaturan politik antarabangsa ini sentiasa penuh dengan plot pusingan U yang tidak disangka-sangka.

Secara tiba-tiba, bos peng**nas di Rumah Putih itu memuat naik satu ciapan baharu di platform sosial miliknya.

Ciapan ini seolah-olah ditulis dalam keadaan tangan yang sedang menggigil ketakutan.

Mari kita baca bulat-bulat apa yang ditulis oleh beliau.

Baca teliti setiap baris, termasuklah kesilapan ejaan budak sekolah rendah yang amat memalukan bagi seorang ketua negara berkuasa besar.

I AM PLEASE TO REPORT THAT THE UNITED STATES OF AMERICA, AND THE COUNTRY OF IRAN, HAVE HAD, OVER THE LAST TWO DAYS, VERY GOOD AND PRODUCTIVE CONVERSATIONS REGARDING A COMPLETE AND TOTAL RESOLUTION OF OUR HOSTILITIES IN THE MIDDLE EAST. BASED ON THE TENOR AND TONE OF THESE IN DEPTH, DETAILED, AND CONSTRUCTIVE CONVERSATIONS, WITCH WILL CONTINUE THROUGHOUT THE WEEK, I HAVE INSTRUCTED THE DEPARTMENT OF WAR TO POSTPONE ANY AND ALL MILITARY STRIKES AGAINST IRANIAN POWER PLANTS AND ENERGY INFRASTRUCTURE FOR A FIVE DAY PERIOD, SUBJECT TO THE SUCCESS OF THE ONGOING MEETINGS AND DISCUSSIONS. THANK YOU FOR YOUR ATTENTION TO THIS MATTER!

PRESIDENT DONALD J. TRUMP

Mari kita terjemahkan amaran yang tiba-tiba bertukar menjadi mesej 'keamanan' ini ke dalam bahasa ibunda kita.

"SAYA DENGAN SUKACITANYA MELAPORKAN BAHAWA AMERIKA SYARIKAT, DAN NEGARA IRAN, TELAH MENGADAKAN, SEPANJANG DUA HARI LALU, PERBUALAN YANG SANGAT BAIK DAN PRODUKTIF MENGENAI PENYELESAIAN LENGKAP DAN MENYELURUH PERMUSUHAN KITA DI TIMUR TENGAH."

"BERDASARKAN SUASANA DAN NADA PERBUALAN MENDALAM, TERPERINCI, DAN KONSTRUKTIF INI, YANG (Dia mengeja WITCH bermaksud ahli sihir, bukannya WHICH) AKAN DITERUSKAN SEPANJANG MINGGU INI..."

"...SAYA TELAH MENGARAHKAN JABATAN PERANG UNTUK MENANGGUHKAN SEBARANG DAN SEMUA SERANGAN KETENTERAAN KE ATAS LOJI JANAKUASA DAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN UNTUK TEMPOH LIMA HARI, TERTAKLUK KEPADA KEJAYAAN MESYUARAT DAN PERBINCANGAN YANG SEDANG BERLANGSUNG."

"TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA TERHADAP PERKARA INI! PRESIDEN DONALD J. TRUMP"

Tunggu sekejap. Cuba baca balik betul-betul kenyataan tersebut.

Daripada mahu mengebom dan memusnahkan negara orang, tiba-tiba dia bertukar gembira sebab kononnya ada perbincangan yang baik?

Tempoh 48 jam yang diugut kelmarin secara tiba-tiba dilonggarkan menjadi lima hari?

Kenapa tiba-tiba sang penjajah yang angkuh ini berlembut gigi dari lidah?

Mari kita bedah siasat dan cantumkan titik-titik krisis ini menggunakan akal yang tajam.

Jawapannya sangat mudah. Mereka sebenarnya sudah terlalu terdesak dan sedang menanggung kerugian yang amat parah.

Wang berbilion dolar milik pembayar cukai mereka sudah hangus terbakar dalam kancah peperangan proksi yang sia-sia ini.

Stok bekalan senjata api dan misil pemintas berteknologi tinggi mereka juga semakin susut ke tahap yang amat kritikal.

Bukan itu sahaja, mereka sebenarnya sedang menggigil ketakutan.

Terdapat laporan risikan dalaman yang mendedahkan punca sebenar kenapa pusingan U yang memalukan ini terpaksa dilakukan.

Pihak Tehran difahamkan telah memberi kata putus yang jauh lebih mengerikan.

Mereka memberi amaran bahawa jika satu sahaja loji elektrik Parsi disentuh, seluruh infrastruktur tenaga di negara-negara Arab dan juga wilayah Isbiol akan dihancurkan serentak.

Ini bukan sekadar gertakan kosong di atas kertas.

Kesan kemusnahan loji-loji serantau ini pasti akan menyebabkan harga tenaga dan minyak dunia meroket ke tahap yang tidak masuk akal.

Ekonomi Amerika Syarikat pasti akan lumpuh dan hancur lebur jika harga minyak tidak dikawal dengan segera.

Maka, ciapan memalukan itu direka semata-mata untuk membeli masa.

Dia mahu menenangkan pasaran global dan cuba menurunkan kembali harga tenaga yang sedang mendidih.

Dia sedar negaranya akan terjerumus ke kancah bankrap jika perang berskala penuh diteruskan, tetapi egonya tidak membenarkan dia kelihatan tewas.

Jadi, jalan paling mudah adalah dengan mencipta naratif rundingan rahsia yang kononnya sedang membuahkan hasil.

Dia mahu dilihat oleh para pengundinya sebagai seorang hero pendamai dunia yang berjaya mengelakkan kiamat nuklear.

Sayangnya, pembohongan dan lakonan murahan Washington ini tidak bertahan lama.

Ia terus dibogelkan tanpa belas kasihan oleh pihak yang kononnya sedang "berunding" dengan mereka itu.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, tampil membuat satu kenyataan rasmi yang ibarat menampar terus muka pentadbiran Barat.

Beliau menegaskan dengan sangat jelas bahawa tiada sebarang rundingan langsung yang sedang berlangsung bersama Amerika Syarikat.

Sifar. Kosong. Langsung tiada perbincangan pintu belakang.

Tehran dengan tegas menolak dakwaan penipuan tersebut mentah-mentah.

Mereka kekal utuh dengan pendirian asal yang keras.

Selagi matlamat mereka dalam perang ini tidak tercapai, laluan laut paling kritikal itu akan kekal dikunci rapat untuk pihak penceroboh.

Kenyataan terbuka ini membuktikan bahawa pemimpin di Rumah Putih itu sedang mereka-reka cerita dongeng demi mengaburi mata masyarakat antarabangsa.

Tamparan ke muka empayar Barat tidak terhenti setakat penafian diplomatik itu sahaja.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) turut mengambil peluang ini untuk menyindir musuh mereka secara terbuka.

Terdapat laporan mendedahkan bahawa tentera elit tersebut mengejek kelemahan Washington dengan cara yang paling kreatif.

Mereka dengan sinis meletakkan gambar pemimpin Barat itu pada salah satu peluru berpandu balistik mereka.

Gambar itu disertakan dengan perkataan berbentuk sindiran tajam yang berbunyi, "Tolong SAYA! Buka Hormuz".

Ini adalah satu taktik perang saraf tahap tertinggi yang berjaya menjatuhkan moral pihak musuh.

Jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Negara parlimen Parsi, Ebrahim Rezaei, turut menambah garam ke atas luka ego Barat.

Beliau secara terang-terangan melabel kejadian pusingan U ini sebagai satu lagi kekalahan besar untuk kelompok syaitan.

Beliau menggelar pihak lawan sebagai kumpulan pengecut yang hanya pandai bersembunyi di sebalik ancaman kosong yang tidak berasas.

Dalam pada masa yang sama, kem Setanjahat di Tololviv juga mula kelihatan amat goyah dan hilang arah tuju.

Sebaik sahaja pelindung utama mereka di Washington mengumumkan penangguhan serangan, rejim Z ini terus mengekor rapat persis lembu dicucuk hidung.

Perdana Menteri Isbiol dengan pantas mengeluarkan arahan yang sama.

Mereka turut membatalkan sebarang perancangan untuk menyasarkan stesen jana kuasa di bumi Parsi.

Tindakan ini menyerlahkan lagi realiti bahawa mereka sebenarnya tidak berani bertindak sendirian tanpa kelulusan dan payung keselamatan dari abang besar mereka.

Bukan Setanjahat dan Washington sahaja yang mula ketakutan.

Sekutu kuat empayar Barat iaitu Britain juga telah menerima surat amaran merah yang sangat keras.

Pihak Tehran memberikan peringatan tegas kepada pemimpin di London supaya tidak mencampuri urusan ini.

Amaran itu sangat jelas, jangan benarkan mana-mana pangkalan tentera UK di Timur Tengah digunakan sebagai tapak pencerobohan.

Jika Britain berdegil dan sanggup menggadai nyawa warganya sendiri demi membela Isbiol, segala kemudahan tentera mereka di rantau itu akan diratakan sepenuhnya.

Kita sedang menyaksikan secara langsung kejatuhan moral dan integriti sebuah kuasa hegemoni dunia.

Mereka pada mulanya cuba bermain tarik tali dengan menggunakan taktik merosakkan industri lawan sedikit demi sedikit.

Mereka mengenakan sekatan ekonomi yang tidak masuk akal untuk memastikan musuh kekal lemah.

Akan tetapi, strategi lapuk itu kini memakan diri mereka sendiri.

Tali jerut di leher mereka sendiri yang semakin ketat hari demi hari.

Apabila laluan ekonomi dunia mula disekat dan ancaman serangan balas menyeluruh dihidupkan, kuasa besar inilah yang mula menggelupur kepanasan terlebih dahulu.

Mereka terperangkap mati dalam jerat kemusnahan hasil ciptaan mereka sendiri.

Segala ugutan sudah tidak lagi berkesan kerana pihak lawan sudah bersedia untuk mengheret semua pihak jatuh ke gaung kemusnahan serentak.

Akhirnya, mereka terpaksa menelan kembali ludah amaran 48 jam yang dicanang dengan penuh kesombongan.

Sandiwara rundingan palsu ini adalah bukti konkrit bahawa kezaliman, hipokrasi, dan penipuan tidak akan mampu bertahan lama apabila berhadapan dengan penentangan yang sebenar.

Biarlah waktu dan sejarah yang menentukan bagaimana episod penipuan Barat ini akan melabuhkan tirainya kelak.

Kita semua sudah sedia maklum, rejim Isbiol dan drama gencatan senjata ini memang berpisah tiada, ibarat irama dan lagu setiap kali mereka mula tersepit di medan perang.

Akan tetapi, sejarah telah membuktikan beratus kali bahawa di hujung kemelut rundingan itu, mereka pasti akan menipu dan menikam dari belakang tanpa rasa bersalah.

Sudah berapa banyak siri pembohongan, janji dicapati, dan perjanjian palsu yang ditaburkan oleh pentadbiran Washington serta Setanjahat ke muka masyarakat dunia sebelum ini?

Terlalu banyak jumlahnya untuk kita kira dengan jari.

___

Source 

Sabtu, 14 Mac 2026

Hari Ke-15 Bumi Tehran Dibadai Api: Kegagalan 'Shock And Awe' AS-Isbiol Dan Mitos Perang Singkat!

 "Hari Ke-15 Bumi Tehran Dibadai Api: Kegagalan 'Shock And Awe' AS-Isbiol Dan Mitos Perang Singkat!" 

Sudah masuk hari yang ke-15.

Genap lebih dua minggu ruang udara Timur Tengah dikoyak dengan bunyi deruman jet pejuang dan dentuman peluru berpandu balistik.

Bagi mereka yang rajin menelaah perkembangan geopolitik semasa, kemas kini pertempuran dari meja berita Al Jazeera hari ini memberikan satu signal yang sangat memalukan bagi pentadbiran di Washington dan Tololviv.

Di atas kertas lukisan strategi Pentagon, kempen pencerobohan ke atas Iran ini sepatutnya tamat dalam masa beberapa hari sahaja.

Mereka dengan bongkaknya membayangkan taktik 'Shock and Awe' atau kejutan kemusnahan melampau yang digunapakai ke atas Baghdad pada tahun 2003 akan berjaya diulang kembali.

Jeneral-jeneral Barat begitu yakin bahawa hujan bom gergasi di tapak-tapak strategik akan membuatkan pemerintah di Tehran menggigil, lalu melutut merayu untuk memeterai gencatan senjata.

Sangkakan itu rupanya adalah satu kesilapan congakan ketenteraan yang teramat fatal.

Hakikatnya, masuk hari ke-15 peperangan ini, rejim peng**nas di Tololviv dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat sedang diheret perlahan-lahan ke dalam satu kancah paya lumpur berdarah yang sangat dalam.

Iran bukanlah sebuah negara padang pasir yang boleh ditelanjangkan dari udara dengan begitu mudah.

Selama berpuluh tahun, pakar-pakar kejuruteraan mereka telah menggali dan membina kota-kota ketenteraan kebal yang tersembunyi jauh di bawah perut bumi dan di sebalik banjaran gunung.

Walau bertan-tan bom pemusnah kubu dalam (bunker-buster) digugurkan tanpa henti dari udara, armada AS masih gagal melumpuhkan rantai komando dan keupayaan peluru berpandu musuh mereka secara total.

Mari kita bedah percaturan kotor yang sedang berlaku di medan pertempuran pada saat ini.

Di dalam hukum rimba peperangan, apabila sebuah kuasa besar gagal memenangi perang proksi dalam masa yang singkat, ego mereka akan tercabar dan mereka akan mula bermain kotor.

Laporan perisikan di lapangan kini menunjukkan mesin perang AS dan Isbiol mula mengubah sasaran ke arah infrastruktur awam, loji tenaga, dan kemudahan asas negara tersebut.

Taktik bacul ini adalah skrip standard mana-mana empayar penjajah moden.

Falsafahnya mudah; jika anda gagal menembus barisan tentera musuh, anda seksa rakyat marhaen mereka sehingga mati kebuluran, bergelap, dan akhirnya merusuh menentang kerajaan sendiri.

Di sinilah kita sekali lagi dihidangkan dengan tayangan perdana hipokrasi jijik undang-undang antarabangsa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) langsung tidak berkutik, apatah lagi berani mengeluarkan resolusi untuk menghukum Washington atas pencerobohan tersebut.

Majlis Keselamatan PBB seolah-olah bertukar menjadi sebuah kelab berdebat yang dipenuhi dengan badut-badut bersut kemas yang hanya tahu mengangguk.

Tiada sebarang laungan sekatan ekonomi, tiada waran tangkap dari mahkamah jenayah antarabangsa, dan tiada pejuang hak asasi manusia yang turun ke jalanan Eropah apabila bom buatan Barat mendarat di atas bumbung rumah rakyat awam di Timur Tengah.

Perang 15 hari ini membuktikan satu realiti mutlak; undang-undang sejagat hanya terpakai untuk menindas negara-negara dunia ketiga yang lemah dan miskin.

Tetapi, adakah Tehran hanya duduk meniarap dan menadah leher mereka untuk disembelih begitu sahaja?

Sama sekali tidak.

Walaupun dikepung rapat dari ruang udara dan laut, Iran masih bertegas memainkan kad peperangan asimetrik yang sedang membuatkan pasaran ekonomi Barat menggigil ketakutan.

Jaringan 'sesungut berdarah' proksi mereka di seluruh rantau Teluk, dari utara Lubnan sehinggalah ke Laut Merah, sedang menekan butang roket balistik tanpa henti.

Keangkuhan kapal-kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat kini diuji ke tahap maksimum dengan serangan armada dron berani mati yang murah, tetapi memiliki kapasiti kemusnahan yang amat membunuh.

Pada masa yang sama, pasaran minyak global sedang meronta-ronta dalam kesakitan.

Ancaman penutupan Selat Hormuz dan taktik mewajibkan penggunaan Yuan China di perairan tersebut semakin menjadi realiti yang menakutkan bagi kebergantungan tenaga di Eropah.

Washington dan Tololviv kini benar-benar terperangkap di dalam catur yang mereka susun dan mulakan sendiri.

Jika mereka bertindak berundur pada hari ini, imej kekebalan tentera mereka akan ranap dan ditertawakan secara terbuka oleh blok Timur seperti China dan Rusia.

Tetapi jika mereka gila dan terus melipatgandakan kempen serangan, mereka bakal membuka terus pintu neraka Perang Dunia Ketiga yang akan membakar seluruh planet bumi menjadi abu sejarah.

Bagi kita yang sedang duduk di kerusi empuk di Malaysia ini, peperangan selama dua minggu ini wajib dijadikan satu tamparan realiti yang amat menyakitkan.

Di atas pentas geopolitik yang ganas dan berdarah sejuk ini, kita tidak boleh sesekali bergantung harap pada belas kasihan kuasa asing atau sekeping kertas piagam keamanan antarabangsa.

Kedaulatan sesebuah bangsa hanya akan benar-benar selamat dan dihormati apabila kita memiliki laras senapang yang jauh lebih besar, teknologi pertahanan yang canggih, dan mentaliti pahlawan yang tidak gentar pada bayang-bayang kuasa besar.

Geografi dunia ini sedang bergerak pantas ke arah hukum rimba yang paling ekstrem.

Sesiapa yang masih lena bermimpi tentang keadilan perbincangan diplomatik, dia akan bangun pada keesokan harinya sebagai seorang pelarian di tanah airnya sendiri.

Diplomasi ada tarikh luputnya.

Fikir-fikirkanlah.

___

Source 

Ahad, 8 Mac 2026

Dulu Ukraine merayu minta senjata dari Amerika..kini berlaku sebaliknya Amerika mahu belajar perang dron dari Ukraine.Kenapa?

 


Biasa kita dengar Ukraine yang minta senjata dari Amerika Syarikat kan. Tapi sekarang terbalik, Amerika dan negara-negara Teluk yang kaya-raya pula terpaksa minta tolong kepakaran dari Ukraine. Macam mana benda ni boleh jadi ?

Berikut adalah ringkasan fakta ringkas tentang realiti perang moden hari ini:

1. Krisis Bakar Duit Timur Tengah

Iran kini guna taktik hantar beratus-ratus dron berani mati jenis Shahed serentak ke arah negara Teluk. Harga sebuah dron ini agak murah, sekitar $30,000 (RM140k).

2. Pertahanan Kos Tinggi

Untuk tembak jatuh dron murah ni, AS dan sekutunya terpaksa guna peluru berpandu Patriot yang berharga jutaan dollar sebiji.

Lebih memeningkan lebih 800 misil berharga jutaan dollar ini telah ditembak dalam masa 3 hari sahaja. Memang tak sesuai untuk jangka masa panjang.

3. Pengalaman Mahal Ukraine

Disebabkan Ukraine dah 4 tahun hari-hari diserang oleh tentera Rusia guna dron yang seakan sama drone Shahed Iran mereka secara tak langsung dah jadi pakar No. 1 dunia bab menangkis dron ni.

4. Senjata Rahsia Sting

Ukraine cipta dron pemintas berpandukan AI dipanggil Sting. Ia sangat laju (300 km/j) dan ada ketepatan 90%. 

Paling gempak kos buatnya tak sampai $2,000 (sekitar RM9,400)! Dron RM9k kejar dron RM140k. Sangat menjimatkan.

Ikut rekod di Ukraine dah lebih 3000 drone Rusia berjaya dimusnahkan dengan menggunakan Sting.

5. Taktik Klasik Tapi Menjadi

Selain dron pintar, Ukraine juga lumpuhkan musuh guna isyarat jamming GPS dan sekadar tembak dron musuh pakai mesingan berat sahaja. Murah dan praktikal.

6. Tawar-menawar Bijak Zelenskyy

Presiden Ukraine setuju hantar pakar dan sistem ke Timur Tengah. Tapi sebagai balasan, AS kena bekalkan lebih banyak sistem Patriot untuk pertahankan Ukraine berserta sokongan politik lawan Rusia. Situasi win-win!

Perang zaman moden bukan lagi sekadar siapa ada senjata paling mahal, tapi siapa yang paling kreatif dan efisien dari segi kos. Inovasi bajet rendah kini menjadi senjata rundingan yang sangat berkuasa di peringkat global.

Credit : The Guardian

Source 

Sabtu, 7 Mac 2026

Bilionair UAE Mengamuk: Negara Teluk Tersedar Menjadi Perisai Daging Kepada Isbiol

 "Bilionair UAE Mengamuk: Negara Teluk Tersedar Menjadi Perisai Daging Kepada Isbiol"

Bayangkan anda sedang menghirup kopi di balkoni sebuah pangsapuri mewah bernilai jutaan ringgit di Dubai.

Pemandangan pencakar langit yang memukau dan dihiasi lampu neon tiba-tiba digegarkan oleh deruman siren amaran udara.

Langit malam yang cerah bertukar menjadi pentas letupan bunga api maut apabila sistem pertahanan udara sibuk memintas peluru berpandu.

Inilah realiti baharu yang sedang melanda negara-negara Teluk seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hari ini.

Kekayaan berbilion dolar dan bangunan bersalut emas rupa-rupanya tidak mampu membeli sebuah keamanan apabila anda bersubahat dengan kuasa penjajah.

Kemarahan penduduk tempatan kini sudah mencapai tahap mendidih dan ia bukan lagi sekadar luahan rakyat marhaen.

Terbaharu, seorang tokoh perniagaan dan bilionair terkemuka UAE iaitu Khalaf Ahmad Al Habtoor telah hilang sabar dan bersuara lantang.

Beliau secara terbuka telah menempelak dan mempersoalkan kewarasan Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump di pentas antarabangsa.

Kenyataan pedas hartawan ini amat ringkas tetapi berbisa, iaitu siapa yang memberi kuasa kepada White House untuk mengheret rantau Teluk ke dalam kancah peperangan dengan Iran?

Beliau melontarkan satu soalan maut yang sudah lama terbuku di hati para penganalisis geopolitik Timur Tengah.

Adakah keputusan Amerika melancarkan operasi ketenteraan ini adalah kehendak mutlak Washington, atau ia sekadar arahan yang didesak oleh Setanjahat di Tololviv?

Persoalan ini secara tidak langsung membongkarkan satu hakikat yang amat memalukan bagi blok Barat.

Amerika Syarikat yang megah melaungkan diri mereka sebagai polis dunia kini dilihat tidak ubah seperti anjing suruhan kepada rejim Isbiol.

Pemimpin Z bebas melakukan apa sahaja jenayah

perang di P dan G, manakala tentera Amerika pula yang terpaksa mencuci tangan berdarah tersebut.

Kesan daripada percaturan gila Setanjahat ini, negara-negara Arab yang menempatkan pangkalan tentera Amerika kini menjadi mangsa keadaan.

Imej satelit antarabangsa dan rakaman amatur dengan jelas menunjukkan kepulan asap hitam tebal memenuhi ruang udara bandar raya mewah di UAE.

Aset-aset radar dan sistem pertahanan udara gergasi yang dibanggakan sebelum ini turut hancur menjadi besi buruk akibat serangan balas yang bertali arus.

Golongan elit di negara Teluk kini mula menyedari kesilapan strategik mereka yang amat besar.

Beberapa tahun lalu, mereka dengan bangganya menandatangani perjanjian normalisasi dengan Tololviv atas alasan mahukan kemakmuran ekonomi serantau.

Mereka menyangka persahabatan dengan rejim Z dan pematuhan kepada telunjuk Washington akan menjadikan negara mereka kebal daripada sebarang ancaman.

Namun hari ini perjanjian tersebut telah memakan diri mereka sendiri secara hidup-hidup.

Kehadiran pangkalan operasi tentera Amerika di tanah air mereka telah menjadikan negara Teluk sebagai sasaran sah bagi peluru berpandu pihak musuh.

Mereka rupa-rupanya telah dipergunakan secara terancang untuk menjadi zon penampan dan 'perisai daging' bagi melindungi Isbiol.

Bila peluru berpandu dilancarkan dari arah timur, negara-negara Teluk inilah yang terpaksa menadah letupan tersebut terlebih dahulu sebelum ia sempat sampai ke ruang udara Tololviv.

Kini, suara bantahan tidak lagi boleh ditapis atau disembunyikan di bawah permaidani istana.

Apabila bilionair yang mempunyai pengaruh ekonomi bersuara, ia adalah isyarat jelas bahawa retak menanti belah dalam hubungan antara negara Arab dan Washington.

Negara-negara ini sudah mula lemas dengan keangkuhan Barat yang menjadikan rantau mereka sebagai padang ujian senjata dan medan pembunuhan.

Paksi penentang serantau pasti sedang memerhati pergolakan dalaman kem musuh ini dengan penuh minat.

Subhanallah. Jika kita renungkan kembali kerakusan sistem dajal moden pada hari ini, Allah SWT sedang menunjukkan dengan sangat jelas betapa rapuhnya pakatan yang dibina di atas dasar penindasan dan kezaliman.

Wang ringgit dan kemajuan material yang menggunung sama sekali tidak boleh menjamin keselamatan waima sesaat pun jika pemimpin negara tersalah memilih rakan sekutu.

Tuan-puan, kemunafikan kuasa besar ini akhirnya akan menjerat leher mereka sendiri dan kita sedang menjadi saksi kepada permulaan sebuah kejatuhan empayar yang amat dahsyat.

Source 

Rabu, 4 Mac 2026

Kejutan 600 Kilometer: Iran Dakwa Bedil Kapal Pemusnah AS Di Lautan Hindi!

 "Kejutan 600 Kilometer: Iran Dakwa Bedil Kapal Pemusnah AS Di Lautan Hindi!"

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) baru sahaja mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang sedang menggoncang koridor Pentagon.

Mereka dengan berani mendakwa telah melancarkan serangan peluru berpandu berskala besar ke atas sebuah kapal pemusnah milik tentera laut Amerika Syarikat (AS).

Berita ini bukan sekadar khabar angin atau teori propaganda murahan, sebaliknya ia adalah pengumuman rasmi yang sedang hangat dilaporkan di seluruh dunia.

Tuan-puan yang sentiasa peka dengan krisis Asia Barat, apa yang membuatkan dakwaan ini sangat menakutkan musuh adalah lokasi sebenar serangan tersebut.

Kapal pemusnah AS itu tidak berada di Teluk Parsi atau berhampiran dengan kawasan perairan Iran.

Sebaliknya, ia didakwa sedang berada di perairan terbuka Lautan Hindi, iaitu sejauh lebih 600 kilometer dari garis sempadan Iran!

Laporan ketenteraan mendedahkan bahawa semasa serangan mengejut itu berlaku, kapal perang AS tersebut kononnya sedang berlabuh selesa.

Mereka dikatakan sedang melakukan proses pengisian bahan api dari sebuah kapal tangki logistik di tengah lautan.

Bayangkan, membedil sasaran yang terapung dan bergerak di lautan luas dari jarak lebih separuh ribu kilometer bukanlah satu kerja yang boleh dilakukan secara melulu.

Operasi gila ini memerlukan pengiraan sains balistik tahap tinggi dan sistem panduan satelit yang amat jitu.

Bagi menjayakan misi ini, IRGC mendedahkan bahawa mereka menggunakan dua jenis peluru berpandu pintar yang menjadi kebanggaan industri pertahanan tempatan mereka.

Senjata pertama adalah peluru berpandu balistik jarak sederhana yang diberi nama Ghadr-380.

Peluru berpandu ini mampu membelah awan dengan kelajuan ekstrem dan mempunyai jarak jangkauan sejauh 2,000 kilometer.

Senjata kedua pula adalah peluru berpandu kruis strategik yang dikenali sebagai Talaieh.

Kehebatan Talaieh ini terletak pada kemampuannya untuk terbang sejauh 1,000 kilometer dan mempunyai 'otak' untuk mengubah arah sasaran secara bebas semasa berada di udara.

Tindakan drastik ini adalah sebahagian daripada siri tindak balas kempen Operasi True Promise 4 yang digerakkan oleh Tehran.

Ia adalah jawapan mutlak terhadap siri pengeboman biadab pakatan Isbiol dan AS ke atas wilayah mereka baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, kita perlu menilai insiden ini dari kacamata Realpolitik dan strategi peperangan moden.

Seperti biasa, Komando Pusat AS (CENTCOM) pastinya akan menafikan sebarang kerosakan fizikal ke atas aset berharga bilion dolar mereka itu.

Mereka tidak akan sesekali mengaku kalah atau membiarkan maruah armada laut mereka nampak lemah di mata dunia.

Akan tetapi, kerosakan fizikal kapal bukanlah matlamat utama di sebalik dakwaan berani Iran ini.

Kesan paling besar yang berjaya dicapai oleh Tehran adalah dari sudut peperangan psikologi.

Mesej yang dihantar amat jelas: radius maut doktrin pertahanan Iran (Anti-Akses/Penafian Kawasan atau A2/AD) kini sudah menjangkau sangat jauh.

Jangkauan radar dan keupayaan bedilan senjata mereka tidak lagi terhad di sekitar Selat Hormuz atau Teluk Parsi sahaja.

Ia sudah menjalar jauh ke dalam perut Lautan Hindi, menjadikan setiap inci perairan antarabangsa itu sebagai zon bahaya buat musuh.

Jeneral-jeneral AS kini terpaksa berfikir dua kali sebelum berani merapatkan kapal pemusnah mereka ke kawasan sasaran operasi.

Mitos kononnya kapal perang AS memiliki perisai kebal dan bebas meronda dengan bongkak di mana-mana lautan dunia kini sudah pecah berderai.

Hegemoni tentera laut kuasa besar itu sedang dicabar secara terang-terangan oleh sebuah negara yang ditekan dengan sekatan ekonomi berpuluh tahun lamanya.

Perkembangan teknologi tempur pada hari ini memberikan satu amaran tegas bahawa era kekuatan kapal besi tradisional sudah menghampiri penamatnya.

Medan perang geopolitik hari ini akan terus diwarnai dengan kejutan taktikal yang langsung tidak terjangkau oleh logik akal kita dahulu.

Kita di Malaysia wajar mengambil iktibar daripada keberanian dan keupayaan pertahanan mandiri yang dibina dengan tangan sendiri.

Teruslah bersiap sedia dengan ilmu, kekalkan kesatuan ummah, dan jangan mudah terpedaya dengan propaganda keselamatan yang dicanang oleh kuasa luar.

Berdoalah supaya keamanan tanah air kita sentiasa terpelihara daripada sebarang percikan sengketa kuasa besar ini.

Source 


___


Tuan-puan sudah memiliki naskhah istimewa tulisan saya ini?


​Sambil-sambil berehat di rumah, sementara tunggu waktu berbuka tu, apa kata kita isikan kelapangan masa dengan sesuatu yang bermanfaat. Sangat sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan bulan Ramadan untuk tajamkan minda kita.


​Buku Keajaiban-Keajaiban Dunia ini bukanlah sekadar buku bacaan sejarah biasa yang membosankan.


​Naskhah ini akan membawa pembaca mengembara dan menggabungkan tiga elemen paling seronok iaitu sains, sejarah, dan juga alam semula jadi.


​Daripada keajaiban bumi zaman purba sehinggalah kepada kecanggihan teknologi moden masa kini, semuanya ada di dalam ini.


​Saya tulis naskhah ini khas dengan bahasa yang sangat santai supaya semua peringkat umur boleh faham dan nikmati ilmunya bersama keluarga.


​Tuan-puan pasti tidak akan bosan menyelak helaian demi helaian naskhah ini.


​Boleh terus dapatkan naskhah peribadi tuan-puan di pautan Shopee di bawah:

https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB


Atau di Webstore


Klik pautan ini sekarang untuk tebus baucar dan dapatkan buku ini sebelum promosi tamat:

https://bit.ly/3OyBuYY