Sabtu, 28 Oktober 2023

Badrul Muhayat meninggal dunia

 ALLAHYARHAM Badrul. FOTO arkib NSTP

ALLAHYARHAM Badrul. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia ketika tidur di Pulau Pinang, pagi tadi.

Berita sedih itu disahkan pelakon Anne Abdullah selepas dimaklumkan oleh isterinya, Norhayati Zulkapli.

Saya nak maklumkan Badrul Muhayat meninggal dunia di Pulau Pinang selepas isterinya cuba kejutkan dia tapi sudah tidak sedarkan diri," katanya ringkas dalam satu rakaman suara di WhatsApp.

Difahamkan Allahyarham Badrul atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, tidak mengalami sebarang penyakit serius.

Badrul dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun menerusi perkahwinan kali kedua dengan bekas isterinya, Julia Daud.

Badrul juga baru melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati pada April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi.

-myMetro 

Related Posts:

  • Pempengaruh Media Sosial, Man Kulim Meninggal DuniaBeritaKredit: FacebookPempengaruh media sosial, Man Kulim, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini.Berita sedih ini disampaikan melalui hantaran yang dimuat naik oleh Abu Mamu di laman Facebook.Menurut hantaran tersebut, Al… Read More
  • Kisah Atok:Bonda Ku Sayang 1922-1960. Bonda Ku Sayang 1922-1960. (Siaran ulangan atas permintaan ramai)Emak kesayangan ku....begitu cepat kau pergi meninggalkan diri ku di usia begitu muda, belum puas rasanya bermanja dengan mu...sudah 64 tahun berlalu...hi… Read More
  • Al-Fatihah:Azraai Khor Abdullah kembali ke rahmatullah  Salam TakziahBekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, sebentar tadi selepas diserang strok.Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek … Read More
  • Badrul Muhayat meninggal dunia ALLAHYARHAM Badrul. FOTO arkib NSTPKuala Lumpur: Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia ketika tidur di Pulau Pinang, pagi tadi.Berita sedih itu disahkan pelakon Anne Abdullah selepas dimaklumkan oleh isterinya, Norhaya… Read More
  • Petugas Aman Palestin maut dibom bersama 21 ahli keluarga Rabab Zuhair Al-MasriKUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Aman Palestin di Gaza, Rabab Zuhair Al-Masri maut bersama 21 ahli keluarganya syahid dalam serangan udara Israel semalam.Rabab berperanan besar dalam menguruskan an… Read More

0 comments:

Catat Ulasan