Selasa, 12 Julai 2022

Musang King Baling: Ahmad Bashah buat keputusan tanam durian - Mukhriz

 Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kiri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. - Foto NSTP

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kiri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa penanaman durian Musang King di ladang hutan di Gunung Inas, Baling, Kedah dibuat ketika pentadbiran Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

ADVERTISEMENT

Mukhriz yang juga Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), berkata kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) yang diterajui Ahmad Bashah ketika itu membuat keputusan menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian Musang King.

"Anak syarikat kerajaan Kedah, Kedah Agro Sdn Bhd yang sebelum itu diamanahkan untuk menanam semula kawasan terbabit bagaimanapun, gagal melaksanakannya.

Selepas itu, Aman Mega Sdn Bhd dilantik untuk mengambil alih tanggung jawab itu, tetapi syarikat itu dibeli oleh syarikat ECK.

"Ketika pentadbiran Ahmad Bashah, ECK dibenarkan menanam durian," katanya melalui kenyataan media, di sini.

Keratan akhbar BH.
Keratan akhbar BH.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, menafikan pentadbirannya terbabit dalam projek itu, sebaliknya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Mukhriz yang menjadi Menteri Besar pada 2013 hingga 2016 dan 2018 hingga 2020.

Katanya, konsep ladang rakyat yang diperkenalkan kerajaan di bawah pentadbiran Menteri Besar daripada PAS, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dari 2008 hingga 2013 itu digagalkan Muhkriz kerana khuatir projek itu akan mengharumkan nama Azizan dan PAS dalam kalangan orang miskin.

Dalam kenyataannya, Mukhriz berkata, untuk rekod syarikat ECK yang menaja Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ketika itu, kemudian dianugerah projek mega lapangan terbang antarabangsa Kulim (KXP) oleh Sanusi.

Katanya, Sanusi bagaimanapun membatalkan anugerah itu kerana akhirnya terbukti ECK tidak mampu melaksanakan projek mega berkenaan.

Pada masa sama, Mukhriz berkata, apabila beliau kembali sebagai Menteri Besar pada 2018, keputusan dibuat untuk mengehadkan penanaman durian kepada hanya 20 peratus sahaja.

Kolam takungan ladang durian Musang King di pucak Gunung Inas. - NSTP/Ihsan Penduduk
Kolam takungan ladang durian Musang King di pucak Gunung Inas. - NSTP/Ihsan Penduduk

Malah, beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membenarkan peratusan itu untuk tanaman selain TLC dan tujuh spesies pokok hutan yang lain.

"Perlu diingatkan sekali lagi bahawa penanaman semula walaupun membabitkan kerja teres tanah, bukanlah punca hakisan tanah dan banjir.

"Bencana itu tidak akan berlaku sekiranya hutan simpan tidak disentuh untuk tujuan pembalakan pokok bernilai tinggi dan aktiviti tebang bersih atas alasan Ladang Sejahtera sebelum 2013," katanya.

Projek ladang durian Musang King di Gunung Inas sebelum ini dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, minggu lalu.

Kejadian itu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman penduduk rosak.

Untuk rekod, Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar Kedah mulai 2016 hingga 2018.

Mukhriz juga berkata, meskipun kebanyakan pihak menganggap bahawa penanaman durian Musang King mengakibatkan bencana, perlu dilihat juga bahawa kawasan Hutan Simpan Kekal di Gunung Inas sudah ditukar statusnya kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007 dan dijenamakan sebagai Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.

Penduduk Kampung Iboi meninjau kesan bencana banjir dan fenomena kepala air pada Isnin lalu di daerah ini. - Foto BERNAMA
Penduduk Kampung Iboi meninjau kesan bencana banjir dan fenomena kepala air pada Isnin lalu di daerah ini. - Foto BERNAMA

Kawasan kebun pisang yang musnah dalam kejadian banjir lumpur di Kampung Iboi isnin lalu. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Kawasan kebun pisang yang musnah dalam kejadian banjir lumpur di Kampung Iboi isnin lalu. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Beliau berkata, ia menyebabkan pokok hutan terpaksa ditebang untuk melaksanakan ladang di atas tanah terbabit.

Mukhriz turut mempersoalkan sama ada Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) dibuat ketika kerja tebang bersih itu dilakukan.

"Yang ditebang bukan hanya pokok bernilai tinggi, tetapi ditebang bersih atau cuci mangkuk untuk penanaman semula pokok TLC atau pokok hutan yang diluluskan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).

"Inilah yang dilakukan oleh kerajaan PAS seperti yang diakui oleh menteri besar sendiri.

"Sekitar 2012 hingga 2013, saya antara pihak yang membantah projek Ladang Sejahtera di Kedah, bukan kerana pokok yang hendak ditanam, tetapi kerana hutan simpan digondolkan," katanya.

Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan selepas kejadian banjir lumpur di Kampung Iboi. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan selepas kejadian banjir lumpur di Kampung Iboi. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Tinjauan dari udara menunjukkan kerja memasang jambatan sementara sedang giat dijalankan di Kampung Iboi, Kupang. - Foto BERNAMA
Tinjauan dari udara menunjukkan kerja memasang jambatan sementara sedang giat dijalankan di Kampung Iboi, Kupang. - Foto BERNAMA

Mukhriz berkata, dengan penjelasan dibuatnya, pihaknya meminta supaya tiada lagi pihak membuat tuduhan liar terhadapnya dan kerajaan negeri yang beliau terajui sebelum ini, semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dari kebenaran.

Sementara itu, BH sedang berusaha menghubungi Ahmad Bashah untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Senarai Menteri Besar Kedah
Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakbah (1999-2005)
Datuk Seri Mahdzir Khalid (2005-2008)
Tan Sri Azizan Abdul Razak (2008-2013)
Datuk Seri Mukhriz Mahathir (2013-2016)
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (2016-2018)
Datuk Seri Mukhriz Mahathir (2018-2020)
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (2020-kini)

Berikut butiran mengenai pemilikan Syarikat ECK Sdn Bhd yang diberi kebenaran mengusahakan ladang Durian Musang King, di Baling, Kedah. Butiran ini diperoleh menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):

-BH Online

p/s:Gajah sama gajah bergaduh.. kancil ditengah mati terhimpit...apa nak dikata

0 comments:

Catat Ulasan