APABILA kegemparan berkenaan lawak bodoh yang dilakukan oleh seorang wanita, Siti Nuramira Abdullah yang mendakwa dia adalah seorang yang menghafal 15 juzuk al-Quran, membuka tudung dan berpakaian seksi, tersebar serata Malaysia, ramai yang marah, geram dan mahukan tindakan yang tegas dikenakan ke atas pelaku itu. Teman lelakinya yang bernama V Alexander Navin yang memuatnaik keratan video itu. Bagi yang waras, tiada apa nilai kelakar yang cuba ditonjolkan dalam perbuatannya itu.
Namun, di sebalik semua itu, sekonyong-konyongnya, timbul pula bangkai-bangkai lain yang tersorok selama ini. Di sebalik kenyataan kesal tuan punya kelab dan kritikan mereka, keanehan dapat dikesan, rupanya video itu sudah tiga minggu yang lalu. Kenapa baru sekarang kesal, terkilan atau terkejut?
Bagaikan melempar satu batu besar dalam kolam, kocakan itu kemudiannya mengeluarkan semua biawak, ular dan berbagai lagi binatang yang ganas dan berbisa. Rupanya pemiliknya Kelab Komedi Crackhouse yang bernama Rizal Van Geyzel semenjak dahulu, antara hobinya ialah mengutuk Islam, Melayu dan bumiputera dalam leluconnya. Sehinggakan satu tangkap layar menunjukkan Rizal pernah meminta seorang wanita Islam yang bertudung, membantunya membuka tin bir di tangannya, sewaktu persembahan.
Ketika dia ditahan bagi membantu siasatan, peguamnya Ramkarpal Singh berkata Rizal mungkin akan bermalam di lokap Balai Polis Dang Wangi. Saya tidak pasti Ramkarpal yang mana, tetapi anak mendiang Karpal Singh, ada yang bernama Ramkarpal dari DAP. Walaupun ada gambar Rizal memakai baju BN, tetapi saya percaya, itu adalah hanya aksi ‘menganjing’, kerana yang membelanya dengan sepenuh hati ialah Afdlin Shauki, yang kalah pemilihan Ketua Cabang PKR, baru-baru ini.
Maka, jelas, Nuramira dan Alex sebenarnya telah menunjukkan lokasi kejadian yang lebih kurang sama dengan perlakuannya itu. Sememangnya tempat itu, tempat celaka yang mempersendakan Islam. Mereka bersatu atas nama ikatan tali syaitan, bukan sebagaimana orang beriman yang berpegang dengan tali Allah. Akhirnya kaki mereka tersadung, muka tersembam kerana terbelit dengan tali syaitan itu. Allah yang mahu mereka malukan, mereka pula menerima aib serta hukuman.
Tiada kedengaran suara pimpinan Melayu Islam dalam PH menghentam penghinaan ini. Sekurang-kurangnya, menasihatkan Afdlin agar menjauhkan diri dari isu sensitif ini. Malah wakil DAP, Ramasamy Palanisamy pula cuba mengalihkan isu ini dengan kenyataannya berkenaan Mat Kilau bukanlah seorang nasionalis, tetapi hanyalah seorang pemimpin petani.
Jelas, Ramasamy bukanlah seorang peminat filem Tamil. Dalam filem Tamil, adalah menjadi satu ‘stereotype’ kepada jalan ceritanya iaitu berkenaan penindasan terhadap golongan miskin dan cinta yang terhalang. Hampir semua hero mereka adalah dari golongan miskin dan susah yang memperjuangkan nasib dan menentang kezaliman penindas iaitu orang kaya yang jahat. Hinggakan MGR menang pilihan raya dan menjadi Ketua Menteri kerana banyak lakonan membela si miskin.
Ramasamy menuduh pahlawan Melayu itu sebagai konservatif dan berfikiran sempit. Alasannya ialah Mat Kilau bangkit bersama kumpulannya kerana mahu menghentikan banyak tindakan zalim British seperti cukai terhadap rakyat Pahang yang mana iaitu mereka mahu mengembalikan hak mereka. Jika begitu, benarlah perjuangan Mat Kilau, kerana dalam Islam, yang zalim, wajib ditentang dengan tiga keadaan jika mampu, kuasa, lisan atau hati. Mat Kilau mengikut jalan perjuangan Islam, bukan LTTE. Mat Kilau anak jati Pahang, menentang British yang datang dari luar.
Jadi dakwaan palsu Ramasamy terhadap Mat Kilau itu, kembali kepadanya dengan kenyataannya juga dengan pertanyaan saya, mengapa setelah dia menjadi rakyat Malaysia, dia menyokong LTTE sebuah pertubuhan yang diisytiharkan dunia sebagai pengganas? Gambarnya memberi hormat kepada senapang AK47, masih ada berlegar di internet. LTTE menurut Ramasamy, hanyalah sebuah pertubuhan pembebasan, bukan keganasan. Sedangkan Tamil pula bukan bangsa utama di Sri Lanka.
Dan tindak balas ganas kaum Tamil adalah kerana tekanan dari Kerajaan Sri Lanka dan bangsa terbesar di sana, Sinhalese yang beragama Buddha itu ke atas mereka. Malah ada orang Tamil sendiri yang disyaki sebagai tali barut, akan dibunuh LTTE, bahkan Rajiv Ghandi, Perdana Menteri India dibom mereka. Oh, kalau Tamil yang buat, tak apa, kalau Melayu kaum terbesar di Tanah Melayu yang menentang penindasan kuasa asing, bukan pejuang? Baik punya belit. Dey! Ramasamy.
Apapun, kita mesti berterima kasih kepada mereka. Merekalah yang telah membuka kunci bilik rahsia rasis dan kebencian mereka terhadap Islam. Kerajaan membuka ruang seluas ini yang akhirnya mereka melampaui batas. Dan, sewajarnya golongan yang jahat dan tidak tahu bertolak ansur untuk agama dan bangsa sebegini, ditolak kehadiran mereka dalam kehidupan kita. Jelas, PH masih lagi dengan otak liberalnya, tiada jaminan untuk agama dan bangsa.
Takut sungguh mereka dengan kebangkitan Melayu, walaupun hanya sebuah filem. Sebab contoh dan mesej yang diberikan Mat Kilau itu jelas, Melayu mesti bersatu dan ikut Islam, pastinya sesiapa sahaja mereka boleh lawan, tiada takut tiada gentar. Isu lawak juga menyaksikan kesatuan Melayu Islam yang menolak bersama-sama semua hinaan ini, semakin kukuh.
MOHD NASIR ABDULLAH
15 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 15/7/2022
0 comments:
Catat Ulasan