Perjalanan Liverpool untuk mara ke final dilihat lebih tenang, selesa dan mudah ibarat rokok kretek, nikmat, nyaman dan gurih kerana bertemu lawan yang tidak setanding mereka.
Di pusingan 16 Liverpool telah diundi bertemu Inter Milan sebelum bertemu benfica di suku akhir dan sekali lagi bertemu lawan mudah diseparuh akhir iaitu Villarreal yang mengejutkan Bayern Munich.
Real Madrid bertemu lawan yang sangat keras berhempas pulas mencipta kebangkitan menumbangkan PSG di pusingan 16 dan Chelsea pula menanti disuku akhir .
Carlo Ancelotti berjaya menunjukkan Chelsea jalan keluar untuk mara ke separuh akhir bertemu gergasi penuh bertaktikal Manchester City.
Liverpool dan Real Madrid kali terakhir bertemu adalah pada final Champions League 2018 di mana Real Madrid menang 3-1 dengan aksi yang penuh drama.
Sergio Ramos telah menjudo Mohamed Salah di awal permainan sehingga terpaksa di keluarkan ditambah pula dengan aksi kelakar Loris Karius yang kekal epik sehingga kini.
Kehangatan perlawanan akhir ini sedikit tercalar dan terbantut lantaran terjadi penangguhan perlawanan yang disebabkan oleh kelewatan ketibaan penyokong.
Perlawanan yang dijadualkan berlangsung jam 2.55 pagi waktu Malaysia di Kota Paris ini telah dianjak ke 3.36 pagi.
Tempoh 10 minit pertama menyaksikan Liverpool dan Real Madrid saling merencanakan gerakan bagi memecahkan kubu lawan masing-masing dengan bola banyak berlegar di tengah padang.
Selepas 15 minit permainan barulah percubaan bahaya dihadirkan oleh Liverpool, hantaran Trent Alexander Arnold mencari Salah telah memaksa Thibaut Courtois berkerja keras.
Bola tepisan Curtois terus disambar pemain Liverpool dan percubaan Thiago dari luar kotak berjaya diselamatkan dan tidak lama berselang Salah pula merembat namun Curtois masih kental.
Selain percubaan Mane, Liverpool banyak melakukan percubaan yang agak mengancam tetapi tepat dn terus kepada Curtois.
Tapi sayang tiang menjadi penyelamat kali ini. Itulah peluang terbaik Liverpool dan perlawanan selepas 20 minit berlangsung.
Dipenghujung babak pertama kontroversi tercetus apabila jaringan Karim Benzema telah dibatalkan kerana offside walaupun Fabinho menolak bola kebelakang.
Kerana hantaran kebelakang daripada Fabinho itu adalah satu perbuatan tidak disengajakan maka Video Assistant Referee (VAR) memutuskan jaringan Benzema tidak dikira.Tamat babak pertama menyaksikan Liverpool lebih dominan dengan serangan bertali arus namun gagal diterjemahkan dengan sebarang jaringan.
Vinicius Jr. yang berjaya melepasi perangakap offside secara tipis akhirnya meletakkan Real Madrid dihadapan selepas mudah menolak masuk hantaran cantik secukup rasa Federico Valverde.
Casemiro telah melepaskan peluang keemasan dari sepakan percuma lantaran sentuhan pertama seperti Romelu Lukaku ketika hanya berdepan Alisson Becker.
Dengan masa kecederaan 5 minit tiada apa yang dapat dilakukan Liverpool dan Real Madrid berjaga mempertahankan satu gol mereka hingga wisel penamat.
Real Madrid melebarkan koleksi kejuaraan mereka kepada 14 dalam 17 perlawanan akhir yang pernah mereka mara.
Kesebelasan utama Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson; Henderson, Fabinho, Thiago; Salah, Mane, Diaz.
Pemain Simpanan: Kelleher, Milner, Keita, Firmino, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Jota, Tsimikas, Matip, Elliott.
Kesebelasan utama Real Madrid (4-3-3) Courtois; Carvajal, Eder Militao, Alaba, Mendy; Kroos, Casemiro, Modric; Valverde, Benzema, Vinicius Jr.
Pemain Simpanan: Lunin, Hazard, Nacho, Asensio, Marcelo, Lucas Vazquez, Bale, Dani Ceballos, Rodrygo, Camavinga, Isco, Mariano.
Pengadil Perlawanan: Clement Turpin (France).
-thesukan.net
0 comments:
Catat Ulasan