"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 6 Mei 2024

Ayam Bismi Hasilkan Lebih Satu Juta Ekor Ayam Halal Sebulan

 1.0 JUTA EKOR AYAM HALAL??

Ramai orang berjaya kat dunia ni. Tapi ini bukan cerita motivasi kejayaan orang… Ini citer pasal PERJUANGAN

1. Ini cerita pasal Haji Jafri Ahmad

2. Lewat 80an, Ada kawan dia dok citer ajak meniaga ayam segar

3. Lepas dah buat mcm mcm dalam hidup utk survive, dia rasa meniaga ayam segar ni mcm menarik

4. Dia pun setuju

5. Dia start dengan beli 50 ekor ayam hidup, sembelih , cuci dan jual

6. Hari pertama tu tak laku sangat… ada ayam tak habis. Tapi tak nak mak dia risau, dia cakap habis semua. Baki ayam dia sorok kat peti sejuk

7. Dan ada masalah lain pulak, tak tahu nak niaga kat mana

8. Pernah meniaga ayam di kaki lima jalan tapi kena halau

9. So dia guna pick up truck.. Jalan dari satu tempat ke satu tempat.. ada sinar

10. Tapi partner dia give up lepas 3 bulan… hidup keras mcm ni

11. Haji terus gigih usahakan sampai dapat tapak niaga kat pasar

12. Tapi setiap hero selalunya mesti ada Heroin kat belakang

13. Hajjah Mazlina  sama sama berusaha keras bangun kan bisnes ni

14. Haji fokus dgn data operasi, Hajjah fokus dgn soft skill mcm pemasaran

15. Sebenarnya ramai je orang melayu meniaga ayam style ni, takde apa apa special

16. Tapi diaorang tak nak benda ni jadi biasa biasa je

17. Diaorang bangunkan jenama  AYAM BISMI  sebagai brand perniagaan diaorang

18. Dari beli ayam 50 ekor dari pembekal… sekarang dia ternak sendiri ayam . 

19. Bukan 50 ekor, bukan 500 ekor… diaorang ternak sejuta ekor sebulan dalam 18 buah ladang ayam

20. No no… ini bukan citer sembang kari. Saya sendiri dah melawat diaorang

21. Kilang sembelihan mereka memang sangat top notch dan bersih. Halal,MESTI semua lengkap

22. Haji dan Hajjah ada misi besar nak menyediakan ayam Halal kat seluruh Malaysia

23. Saya tak nampak mereka cuba nak jatuhkan kartel ayam milik non muslim… tapi mereka cuba mengisi ruang kosong yang ada

24. Hakikatnya 1 juta ekor ayam sebulan ni tak cukup nak supply satu Malaysia. Kita mmg kuat makan ayam. Mereka ternak ayam 2.4 juta dalam 18 ladang mereka

25. Tapi mereka memberi alternatif kepada penguna muslim untuk mendapatkan ayam halal yang disembelih oleh orang muslim yang bekerja dengan orang muslim

26. Saya kagum, perjuangan diaorang tentang Halal bukan sekadar hal sembelih, yang ni semua orang pandai. Orang bukan islam pun faham

27. Tapi mereka ambil berat hal makanan ayam dan memastikan tiada unsur unsur najis dan haram dalam makanan ayam

28. Diaorang hantar makanan ayam ke makmal utk pastikan tiada unzur / DNA khinzir dalam makanan ayam

29. Jadi …kesucian dan halal ayam mereka bukan sekadar sembelih…  ye betul hal ni tak semua orang faham

30. Bukan setakat non muslim tak faham, yang muslim pun ramai yg ignorance hal ni

31. Inisiatif Haji dan Hajjah sangat sangat membanggakan

32. Selayaknya mereka juga ada project pembekalan dgn KFC/Ayamas. Tahun 2005 diaoang dah start bekalkan ayam pada mereka

33. Azam saya satu hari nanti saya nak dapatkan bekalan ayam dari mereka utk Chicken Royale saya. Cuma for now atas issue jarak dan volume belum cukup besar… belum boleh lagi

34. Balik kat citer diaorang.. mmg gempak facilities yang diaorang bangunkan sendiri

35. Tapi bukan mudah, along the way banyak kali kena tipu gak… rugi beratus ribu

36. Belum cerita geran berjuta dibatalkan saat akhir, tapi kena terus kan projek bina ladang ayam baru 

37. Mengagau cari duit 

38. Tapi gigih mcm ni la jadi sampai 18 ladang

39. Sekarang diaorang ada tambahan kilang proses perbagai produk berasaskan ayam

40. Nugget, sausage, ayam goreng, dan lain lain

41. Jenama Ayam Bismi semakin berkembang pesat merangkumi segala jenis produk ayam

42. Saya harap mereka terus berjaya

43. Oh ya, diaorang pun ada Restoran

44. Bukan restoran biasa biasa… restoran diaorang bagi makan free setiap hari

45. Beratus orang datang setiap hari and makan free kat kedai diaorang ni.  @rumah makan percuma

46. Perjuangan menyediakan ayam Halal & berdakwah dengan bagi orang ramai makan free… ini cerita mereka suami isteri dan pasukan mereka

47. Saya doakan mereka terus istiqamah dalam perjuangan dan dilimpahi rahmat, hidayah, kefahaman agama, iman dan rezeki yang melimpah ruah

48. Ini baru idola !!! Bukan influencer kosong semata

49. Saya menulis tentang dunia F&B dan dan juga perkongsian pengalaman saya. Follow saya utk baca content cenggini lagi

P/s - Kalau gi pasaraya dan nak beli ayam, kalau nampak ayam brand BISMI… jangan boikot ayam jenama lain tapi SOKONG lah ayam BISMI.  Beli dan sokong produk mereka. Ini perjuangan kita bersama @highlight

#NAZDAIM

13 Nov 2023, 9.35am

Kredit : Naz Daim

Ahad, 5 Mei 2024

Ramai cadang pemain bola ‘pasang’ bodyguard

Muhammad Akhyar (kiri) dan Faisal (kanan).

PETALING JAYA – Peminat sukan bola sepak Malaysia mencadangkan supaya para pemainnya menggunakan khidmat pengawal peribadi susulan kejadian menimpa bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim serta pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai mencadangkan perkhidmatan tersebut digunakan sama seperti yang digunakan oleh pemain bola sepak di luar negara.

Lepas Akhyar sekarang Faisal Halim. Apa toksik sangat komuniti bola sepak Malaysia. Padanlah pemain bola sepak luar negara pasang bodyguard,” kata seorang pengguna aplikasi X.

“Semoga polis dapat tangkap si pelaku secepat mungkin. Semuanya ‘target’ pemain Malaysia. Semoga ‘player’ yang lain berhati-hati dan seharusnya ada ‘bodyguard’. Selepas Akhyar Rasyid dan kini Faisal Halim pula jadi mangsa. Allahuakbar,” kata seorang pengguna Facebook.

“Dia orang sasar bintang-bintang belaka ni. Harap lepas ni pasang bodyguard siap-siap,” komen seorang lagi pengguna Facebook.

Dia orang sasar bintang-bintang belaka ni. Harap lepas ni pasang bodyguard siap-siap,” komen seorang lagi pengguna Facebook.

Kosmo! melaporkan, pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan menjadi mangsa simbah asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Muhammad Akhyar cedera dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian bermotifkan samun di bawah sebuah apartmen didiaminya di Kuala Terengganu, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Gambar Yang di-Pertuan Agong, bendera Johor digunakan dalam kempen PRK KKB

Bersatu-2-681x454

Dr. Chong Fat Hull menunjukkan gambar kenderaan menggunakan wajah Sultan Ibrahim.

 HULU SELANGOR – Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis ke atas sebuah kenderaan yang meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di atas bumbung, pintu sebelah kanan dan bahagian belakang.

Menurut ketua sayap, Dr. Chong Fat Hull pihaknya membuat laporan berkenaan kerana kenderaan jenis trak pikap itu turut mengibarkan bendera Johor, bendera Pakatan Harapan, selain gambar Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan-polis-4
Kenderaan yang menggunakan gambar Sultan Ibrahim.

Katanya, tindakan meletakkan gambar Sultan Ibrahim pada kenderaan kempen seolah-olah memberi gambaran bahawa Yang di-Pertuan Agong turut terlibat dalam politik dan menyokong calon PH.

Tambah beliau, kenderaan itu telah dikesan berlegar-legar berhampiran perkarangan Bilik Gerakan PH yang juga merupakan Pusat Perkhidmatan DUN di Kuala Kubu Baharu.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan merupakan satu kegiatan yang menyangkal peraturan pilihan raya.

“Ini akan memberi gambaran seakan Yang di-Pertuan Agong menyokong calon Pakatan Harapan. Ini merupakan satu kesalahan yang amat besar di bawah peraturan pilihan raya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Laporan polis telah dibut pada pukul 6.14 petang semalam di Balai Polis Kuala Kubu Baharu.

Laporan-Polis-1-814x1024

“Kami tidak menuduh mana-mana pihak selagi siasatan polis belum selesai. Kami berharap semua pihak menghormati Yang di-Pertuan AgoPNng dan berkempen secara bermoral dan berintegriti.

“Setelah dikenalpasti pihak yang berbabit, kami berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang berkenaan,” kata beliau.

Fat Hull mendakwa, pihak polis telah menahan dua lelaki susulan kejadian berkenaan.-MalaysiaGazette

Jumaat, 3 Mei 2024

Papagomo dakwa Anwar cuba campuri sistem kehakiman negara


story-image

Blogger yang condong kepada pembangkang, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau juga dikenali sebagai Papagomo mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dengan mencampuri sistem kehakiman negara.

Katanya, dia terkejut selepas pihak pendakwaan memohon supaya tiada jaminan diberikan dan perintah larangan bersuara (gag order) terhadap defendan.

“Saya terkejut sebab saya dilabelkan dalam jenayah berat, sedangkan ini akta hasutan, di mana perdana menteri dan kerajaan yang ada hari ini berpuluh tahun melaungkan untuk hapuskan akta hasutan.

“Tapi hari ini kita dapat lihat dengan kuasa yang mereka ada, mereka, menggunakan kuasa itu untuk mengarahkan musuh musuh politiknya disenyapkan, didiamkan,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Peguambela, Rafique Rashid berkata, di sebalik permohonan pendakwaan, mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dan menolak permintaan perintah larangan bersuara.

Rafique seterusnya memberi peringatan kepada Anwar supaya mengelak daripada tidak menghormati pemisahan kuasa.

Merujuk kenyataan perdana menteri “penjahat-penjahat semua ini sepatutnya ganti bilik-bilik saya di (penjara) Sungai Buloh” semasa ucapannya pada sambutan Hari Pekerja di Putrajaya semalam, katanya, Anwar tidak sepatutnya mencampuri urusan mahkamah.

“Janganlah mencampuri urusan mahkamah, janganlah cuba mencampuri urusan kehakiman, janganlah cuba menjadi hakim kerana sistem kehakiman di Malaysia ini mudah kerana hakim-hakim dalam Malaysia ini tidak terlibat dengan politik.

“Hakim-hakim di Malaysia ini membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang undang.

“Jangan campur urusan mahkamah, jangan cuba campur dalam urusan kehakiman, jangan cuba jadi hakim kerana sistem kehakiman di Malaysia adalah lurus memandangkan hakim di Malaysia tidak terlibat dalam politik.

“Hakim di Malaysia membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang,” katanya.

Papagomo didakwa atas pertuduhan menghasut bagi mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ia berhubung hantarannya di media sosial berhubung isu stoking dengan kalimah Allah.

-mKini

Rabu, 1 Mei 2024

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," kata pemilik gedung ketika temuduga pekerja baru

 


Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?" 

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya. 

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia".

"Waww"!!! 

Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap, 

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"

Dammm !!!

Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je. Katanya, "Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahnya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur".

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat. 

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...

Selalu kita akn tanya apa rahsia utk kaya...tapi kita lupa utk jaga hubungan dgn Yang Maha Kaya...

Peringat utk diri sendiri dan kawan2 yg bakal kaya.

Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." AllahuAkhbar. Sahabat. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Nya di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan dengan selemah-lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh.

"Aamiin. KITA BERSAHABAT KERANA ALLAH S.W.T.

Terima kasih tekun membaca, siapa kata rakyat Malaysia malas membaca.  

(Perkongsian Manfaat.)

Kisah benar 21/02/2015

Sumber : Az Mi

Apa beza seruan azan dan panggilan penumpang masuk pesawat ?


 AZAN 

Mengapa azan harus dikumandangkan kuat ? Pakai speaker pula .. Apa tidak mengganggu yang lain termasuk non-Muslim ?

Adalah teman saya, yang kebetulan non-Muslim .. bertanya kepada saya .. “ Kenapa kalau azan harus dibunyikan kuat-kuat dengan speaker pula ? ”

Saya yang bukan ahli agama kemudian berpikir sejenak mencari jawapan yang mudah dicerna dengan menjawab seperti ini ..

“ Bro azan itu adalah panggilan solat .. namanya panggilan tidak mungkin dengan cara yang sama seperti berbicara atau berbisik-bisik ”

Teman saya membalas: " Tapi kan orang-orang sekitar tidak semuanya muslim ?”

Saya jawab lagi : “ Benar bro .. jika kita sekarang sedang berada di lapangan terbang .. kita akan dengar announcement memberikan panggilan untuk boarding ?

Apakah kamu juga tidak bertanyakan kepada mereka mengapa membuat panggilan boarding untuk pesawat² lain dengan kuat padahal bukan panggilan untuk pesawatnya ? ”

Dia tersenyum namun membalas lagi : “Tapi bukankah semua orang sudah tahu dengan kemudahan dan teknologi moden dapat memberitahu mengenai waktu dan solat apa .. tanpa harus melaungkan azan ? "

Saya kemudian menjawab : “ Ya setiap penumpang juga sudah tahu jadual penerbangannya sejak membuat tempahan tiket lagi .. memegang tiket dan kemudian check-in .. sudah tercetak jadual berlepas di boarding pass .. sudah masuk ruang tunggu .. tapi pihak Penerbangan masih membuat panggilan boarding bukan ?

Dan ada satu hal lagi mengapa azan harus dikumandangkan .. itu bukan hanya sebagai penanda sudah masuk waktu solat tapi benar-benar panggilan solat .. kerana kami harus menyegerakan solat .. 

" Sama juga seperti semua penumpang harus segera masuk pesawat setelah panggilan boarding .. walaupun masih ada waktu untuk naik pesawat sampai pintu pesawat dtutup "

Kali ini senyumnya bertambah lebar... lalu dia segera memeluk saya sambil menepuk-nepuk bahu saya dan berkata “Superb .. I got it bro “

Noted ! Thanks bro 😁

Masih banyak orang tidak rela ketinggalan pesawat dibanding ketinggalan solat .. Bahkan lebih rela menunggu pesawat yang belum datang dibandingkan menunggu azan datang ..

Ayuh mari kita share agar mereka bukan sahaja dapat memahami kenapa perlunya azan dilaungkan tetapi juga agar terbuka pintu hatinya .. Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin Ya'Rabbal'Alaamiin 😇

Hayya 'Alash Solah = Ayuh Solat ..

Hayya 'Alal Falah = Ayuh menuju kejayaan ..

Solat adalah jalan kejayaan dunia akhirat ..

Wassalam perkongsian

#Islam_Itu_Indah 😇

Credit 

Ahad, 28 April 2024

Srikandi Terbilang:Laksamana Keumalahayati, Aceh. (01 Januari 1550 - 30 Jun 1615)

 WAJAHNYA SRIKANDI TERBILANG

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Laksamana Keumalahayati, Aceh.

(01 Januari 1550 - 30 Jun 1615)

Jangan mudah terpedaya dengan kecantikan dan kelembutan kaum perempuan.

Laksamana Keumalahayati berjaya membunuh Admiral Cornelius de Houtman, Laksamana Armada Belanda dalam pertemporan satu lawan satu di atas geladak kapal perang Belanda.

Amat sukar ditemui di zaman ini kerana kebanyakannya disibukkan di pentas² hiburan, TikTok dan Konsert² Perdana.

Kredit imej :

Yofangga Rayson

٠٠٠

Sumber 

Tokoh Agama:MAZA dan UAI

 MAZA dan UAI

2 tokoh agamawan yang popular di Malaysia.

2 tokoh ini punyai berjuta pengikut di media sosial.

Tak kisah la berapa pengikut, itu bukan ukuran kebenaran.

2 tokoh ini punyai aliran, mazhab, metadologi, dan karakter yang berbeza.

2 tokoh ini juga yang paling banyak saya dengar kuliah mereka di youtube, sama ada video panjang dan pendek.

Belum ada rezeki saya melihat UAI depan mata.

Dr. Maza pernah saya hadir dalam program di sekolah anak tiri saya, di SMART IQ dan beliau juga hadir untuk memberi ucapan.

Tapi sekadar lihat dari dekat saja. Alhamdulillah

Banyak isu yang berlaku antara 2 tokoh ini.

Mereka saling mengkritik antara satu sama lain.

MAZA seringkali dilihat oleh masyarakat sebagai "pembawa gerakan wahabi" dalam kerja dakwahnya.

Tapi saya masih tak jumpa mana sifat-sifat wahabi dalam dirinya.

Yang ada hanyalah tuduhan dan fitnah semata.

Bila minta bukti, berbelas tahun tunggu masih tak muncul.

UAI pada saya agak keras ketika berceramah tetapi boleh saya katakan tidak setegas MAZA.

Tetapi beliau ada keilmuan dan kaedah tersendiri.

Saya sangat kagum cara beliau mendekati anak muda.

Kutu rayau pun kenal UAI.

Dari segi ilmu, saya berpendapat MAZA lebih detail caranya.

Kuliah-kuliahnya agak berat untuk ditelan orang awam yg baru berjinak.

UAI lebih ringan dan santai.

Sebab tu ramai cakap UAI mudah faham bila memberikan ulasan.

MAZA pula jika kita tak berminat dengan pengajian, memang ada benda kita akan kurang faham.

Tapi jika nak kembangkan ilmu, kuliah MAZA lebih mendalam.

Dari segi bahasa, saya tak boleh tolak, MAZA jauh lebih lunak dari UAI.

Saya sendiri tak setuju dengan cara UAI menggunakan perkataan bodo, sesat, bila ditujukan kepada orang tertentu.

Jika sekadar untuk umum tidak ada masalah.

Tetapi, kenapa saya masih dengar ceramah UAI?

Sebab hampir 3 jam dalam setiap ceramahnya boleh saya katakan 90% ilmu, 8% jenaka, 2% sahaja ada kata kasar.

Kenapa kita nak tinggal 90% yang bermanfaat untuk 10% yg tak bermanfaat?

Itu pun 8% mungkin tak bermanfaat pada saya tapi bermanfaat pada orang lain.

Audiensnya bukan saya sorang, beribu sekali datang, ada masa puluh ribu.

Kedua-duanya ilmuan, keduanya punya pengaruh besar dalam masyarakat.

Kalau ketika memandu, saya memang tak dengar radio.

Jika perjalanan yang lebih 2 jam, saya akan dengar UAI.

Jika perjalanan kurang 2 jam, saya akan dengar MAZA atau RORA.

Sebab kuliah mereka jarang lebih 2 jam.

Cadangan saya untuk netizen berkenaan 2 tokoh ini, kalau baru nak mendalami agama, boleh dengar UAI.

Ambillah kebaikan yang banyak darinya.

Jika nak advance lebih-lebih lagi dalam memahami hadis, boleh dengar MAZA.

Ambillah kebaikan yang banyak darinya.

NASIHAT SAYA

Kritik sekadar kritik, jangan sampai menghina.

Jasa kita pada agama terlalu sedikit berbanding kedua tokoh ini.

Jadi pastikan otak lebih laju dari jari.

Jangan kerana jari, banyak benda kita tak mampu jawab di hadapan Allah nanti.

Ditulis oleh : Adli Nordi

Sumber