"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 10 Januari 2022

COVID-19: Varian baharu 'Deltacron' ditemui

 COVID-19: Varian baharu 'Deltacron' ditemui

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau sakit mata dan keguguran rambut.
PARA saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu COVID-19.
Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron, memetik laporan Bloomberg.
Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta.
Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian tersebut.
Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.
"Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini," katanya.
Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau 'pink eye' dan keguguran rambut.
-AstroAwani

Jawatan kosong : Honda Malaysia Sdn Bhd


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan kosong di Honda Malaysia Sdn Bhd bagi jawatan berikut:

 Jawatan:

Executive, Sales (Retail Planning)


Job Description

JOB SUMMARY
  • Model PIC – Analyze and distribute stocks to dealers.
  • Manage stock efficiently.
  • Plan on new model launching units.
  • Monitor and evaluate dealer’s performance.
  • Manage Tax Exemption Unit.
  • Monthly forecast delivery for each model.
  • Liaise with inter department in solving operations issues.
  • Coordinate with PDI / Sales Operations on stock management.
  • Perform related duties as assigned or as situation dictate.
JOB REQUIREMENT
  • Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, Business Studies/Administration/Management, Marketing or equivalent.
  • At least 1~2 year(s) of working experience in Sales (Automotive) or related field is required for this position.
  • Extensive, accurate product knowledge.
  • High competency in Microsoft Office (Word, Excel, Power Point).
  • Ability to build rapport and collaborate with others within the company and externally.
  • Understanding of consumer behaviors and industry trends.
  • Exceptional verbal and written communication skills.
  • Ability to collect, track, and analyze large amounts of data.
  • Adaptability and strong problem solving skills.
  • Excellent active listening skills.
Iklan Lengkap Jawatan Klik Sini

Jawatan Kosong: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

 




Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan secara kontrak untuk perkhidmatan (Contract for Service) di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi jawatan berikut:
 
 
 Bil JawatanTaraf Jawatan
 1.PEGAWAI TADBIR GRED N41KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.
 
Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara dalam talian di Portal Rasmi www2.mqa.gov.my.

 
2.
 
Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

 
3.
 
Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

 
4.
 
Pemohon hendaklah menyenaraikan semua maklumat pendidikan dan akademik yang dimiliki.

 
5.

 
Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

 
6.
 
MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

 
7.
 Sila hubungi talian berikut untuk bantuan: 
  
i. 03-8688 3714/3619/3620

Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

:pertanyaan berkaitan maklumat jawatan yang dipohon. 
  
ii. 03-8688 1912

Unit Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat

:pertanyaan/bantuan berkaitan masalah teknikal dalam  mengisi borang permohonan. 
8.
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2022 (Khamis) jam 4.00 petang.

 
 
CATATAN AM
1.
 
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

 
2.
 
Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.

 
3.
 
Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.

 
4.
 
Pelantikan secara kontrak bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.

 
5.
 
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hanya beroperasi di Mercu MQA, Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai sebarang cawangan di tempat lain.

Ahad, 9 Januari 2022

POLIS PANGGIL SAYA KE IPD BENTONG, SUSULAN PEMBONGKARAN BERSIRI TANAH HARAM DI PAHANG


Oleh KHAIDIR AHMAD

(Wartawan Tua)

Hari ini saya menerima panggilan daripada seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, yang meminta saya datang ke IPD Bentong untuk merakamkan keterangan saya.

Saya tanya keterangan untuk kes apa?

Katanya, Pejabat Tanah Bentong sudah membuat laporan polis berhubung laporan bersiri saya itu.

Dan laporan polis itu sekaligus akan “memaksa” saya berkongsi lokasi tanah haram Musang King di Bentong yang saya bongkar kerana sebelum ini saya enggan berkongsi lokasi berkenaan apabila diminta oleh Bahagian Penguatkuasa Pejabat Tanah Bentong, kecuali jika Menteri Besar Pahang dan Pegawai Daerah Bentong sanggup turun padang bersama saya meninjau lokasi berkenaan.

Ini bukanlah kali pertama Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Pahang menggunakan Polis untuk “memaksa“ saya berkongsi lokasi kes penerokaan hutan secara haram yang berpunca daripada rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

Pada tahun 2007, ketika saya bertugas sebagai Pengurus Berita TV3 Wilayah Timur dan sering membongkar kegiatan pembalakan haram, PBN Pahang juga menggunakan kaedah yang sama terhadap saya.

Malah ketika itu “ugutannya” lebih dahsyat apabila nama Sultan Pahang ketika itu turut digunakan bagi menakut-nakutkan saya supaya menghentikan segera pembongkaran itu.

Inilah negeri saya, Tanah Melayu Pahang yang kuasa politik dan pentadbirannya dikuasai oleh orang Melayu yang sebangsa dengan saya.

Mereka lebih berminat untuk “menutup atau menyorok isu” dengan cara menghentikan “penyampaian atau pendedahan isu” berbanding untuk menyelesaikan isu sebenar yang menjadi kebimbangan rakyat marhaen.

Keterangan gambar:

1. Tahun 2006 - Pembongkaran pembalakan haram di Lembah Tembeling memaksa PBN Pahang menggunakan polis dan nama Sultan Pahang untuk “menghentikan” laporan Wartawan Tua

2. Tahun 2016 - Wartawan Tua dipanggil mengadap Al-Marhum Sultan Pahang selama 4 jam di Istana Pahang susulan pembongkaran isu pembalakan berlebihan di Hulu Tembeling.

3. Tahun 2020 - PBN Pahang sekali lagi menggunakan polis untuk meredakan pembongkaran Wartawan Tua dalam isu penerokaan ribuan ekar tanah haram Musang King di Bentong.

BILAKAH PBN PAHANG MAHU MENGGUNAKAN KUASANYA SENDIRI YANG TERMAKTUB DALAM KANUN TANAH NEGARA UNTUK MEMBAWA PENEROKA TANAH HARAM KE MAHKAMAH DAN MERAMPAS SEMULA KESEMUA TANAH HUTAN SIMPAN KERAJAAN NEGERI YANG SUDAH DITEROKA HARAM ITU?

JANGANLAH NANTI ORANG YANG MELAPORKA KESALAHAN DIKENAKAN TINDAKAN TETAPI ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN DIBIARKAN BEGITU SAHAJA!

Sumber: Fb Khaidir Ahmad

Sabtu, 8 Januari 2022

Koleksi Resepi: Sotong Kangkung

 RESEPI SOTONG KANGKUNG


Bahan-bahan

1 pcs sotong kembang- direbus dan tos

2 ikat kangkung- dicelur

Kacang goreng- disangai dan ditumbuk kasar

Bijan- disangai

Bahan kuah sos

1 paket kecil taucu masin*

10 tangkai cili kering di potong2 dan di rebus*(dikisar bersama taucu)

1/2 cwn gula merah

2 sudu sos cili

2 sudu makan kicap manis

2 sudu makan sos tomato

1 sudu kicap pekat manis

5 sudu petis udang

1 sudu (b) tepung jagung- campur air sikit

3 cwn air

Cara-cara:

Untuk membuat sos,

1.sediakan periuk dan masukkan air

2. Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan biarkan mendidih.

3. Setelah itu masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos. masak hingga dpt kepekatan yg di kehendaki.Tutup api dan ketepikan.

4. Satukan sotong kembang yang telah dipotong kecil bersama kangkung ke dalam bekas.

5.Tuangkan sos td, taburkan kacang tumbuk serta bijan dan sedia utk di hidang.

Sos tu tk perlu letak garam,sebab taucu dh masin..kalau ada yg kurang dari segi rasa, tmbh2 la apa yg patut mcm gula, kalau kurang manis,rasa sos harus pedas manis.

Selamat mencuba

Kredit : Eniza M. Salim

Jumaat, 7 Januari 2022

Zalim! Agamawan seru jemaah umrah tipu sijil vaksin bertaubat

 

Perbuatan memalsukan sijil vaksinasi untuk mengerjakan umrah disifatkan sebagai menzalimi orang yang benar-benar mempunyai sijil vaksin sah, kata Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Perbuatan memalsukan sijil vaksinasi Covid-19 bagi tujuan mengerjakan umrah dianggap menzalimi pihak lain dan individu melakukannya perlu bertaubat, kata Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim.

Beliau berkata, sekiranya tidak dibendung perbuatan itu menjadi amalan yang mencalarkan imej agama dan negara.

“Yang pasti, tiada siapa kata boleh menipu. Disebabkan dia (pemalsu sijil vaksin), nanti sijil vaksin sudah tidak lagi boleh dipercayai.

“Dia akan menzalimi orang yang benar-benar memiliki sijil vaksin sah. Dia buka peluang untuk zalimi pihak lain,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Semalam, media melaporkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dipetik, mendedahkan terdapat jemaah umrah dijangkiti Omicron tidak menerima sebarang vaksin dan dibenarkan keluar mengerjakan ibadat itu.

Khairy berkata, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada mereka yang tidak divaksinasi terbabit, disebabkan faktor kesihatan atau enggan divaksinasi.

Dalam pada itu, Zamri berkata, perbuatan menipu sijil vaksin bagi mengerjakan umrah turut dikhuatiri menyebabkan ibadat itu tidak tergolong sebagai mabrur (diterima).

“Kalau ikut hukum dan syarat, ibadah itu sah. Namun, walaupun sah belum tentu mabrur, diterima.

“Kepada yang sudah terlanjur melakukan perbuatan itu (menipu sijil vaksin), bertaubatlah kepada Allah dan jangan ulangi semula,” katanya.-FMT

Dah Janji Tapi Tak Nampak. Ramai Tanya Ushawan Mana Kreta AbangVlva. Ini Penjelasan Bliau


Nampaknya selepas berlaku b.anjir besar di beberapa buah negeri dalam negara, kita dapat melihat betapa bersatu padunya rakyat Malaysia dalam menolong antara satu sama lain. Salah seorangnya adalah Azwan Omar, yang ditularkan di media sosial dengan gelaran Abang Viva.

Beliau difahamkan bergerak solo dari Melaka, dengan menaiki Viva dan membawa bot untuk misi membantu m.angsa b.anjir di Shah Alam. Apa yang menjadi inspirasi orang ramai lagi adalah beliau hanya berbekalkan RM 50 sahaja.

Bukan sahaja di Shah Alam, malah Abang Viva juga telah merentas ke negeri Pahang bagi membantu m.angsa b.anjir di sana pula. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia tiada pangkat, harta mewah ataupun gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa, kaya dengan sikap prihatin dan kemanusiaan.

Ada Usahawan Nak Beri Kereta

Seorang wanita dipercayai usahawan k.osmetik yang dikenali sebagai Sha Hassan tampil menjelaskan perkara yang sebenar selepas niat murninya untuk menolong Abang Viva mengundang kec.aman orang ramai di laman sosial.

Dipercayai, perkara itu tular apabila beberapa portal melaporkan pemberian kereta oleh usahawan itu ditolak kerana bertujuan untuk pemasaran semata-mata.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, Sha menjelaskan bahawa Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan, 29, tidak pernah menolak tawarannya itu malah memberitahu akan menghubunginya selepas selesai membantu m.angsa b.anjir di Pahang.

“Pada mulanya, saya hanya diamkan diri kerana tidak mahu keadaan bertambah t.eruk dan saya juga tidak memaksa Abang Viva untuk menerima pemberian saya itu.

“Dari awal niat saya ikhlas dan tidak lain tidak bukan untuk memberikan sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang.

“Malah Abang Viva pun tidak pernah tolak dan hanya menghantar mesej untuk menghubungi saya selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sha turut memuat naik beberapa gambar serta sebuah video menunjukkan perjumpaannya bersama Abang Viva di sebuah restoran di Bangi, Selangor.

Saya minta izin dengan abang Azwan untuk rakam video ini supaya dapat jelaskan kepada orang ramai yang membuat pelbagai andaian sebelum ini.

“Saya dan Abang Viva tidak ada masalah malah saya seronok dengar kisahnya yang menggalas tanggungjawab besar menjaga orang tuanya dan sekarang membantu orang ramai tanpa menghiraukan apa sahaja halangan,” ujarnya.

Sementara itu, Azwan melalui Live Facebook memberitahu akan menerima kereta pacuan empat roda daripada Sha minggu hadapan selepas beberapa urusan diselesaikan.

Ramai Tanya Mana Kereta

Kita nak update la since hari hari org dok tanya kita mana keretanya ? dh naik nama senyap dh ? mmg marketing jelah kan?.

Macam ni awak, skrg kereta byk 4×4 yg tak available dan kena tunggu sampai 2-3 bulan baru boleh dapat even cash sekalipun tetap kena que. Yang 4×2, spec paling low ada la tp x puas hati la plk. Alang alang bg, bg yg ok sikit la.

Ramai yg byk membantu sampai ke kl selangor, kelantan, terengganu carikan. Semalam finally alhamdulillah kita dh dapat 1 unit yg ngam sesuai dgn abg ni.

So smlm dh settle booking, tp tetap kena tnggu dlm 1 minggu utk settlekan semua benda. sabar nohh korang, abg viva ni santai je. Sha msj dia tunjuk gamba yg tu yg ni dia jawab mana mana pun boleh x kisah dia x de tanya apa lgsg baik betul orgnya.

Kredit : Kosmo/FB

Sumber-kisahbena.com

Ritual elak banjir: Kes Raja Bomoh selesai, empat individu ditahan

 

Ibrahim Mat Zin

IPOH – Kes ritual mengelak banjir oleh Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin di Dataran JPS, Teluk Intan Selasa lalu, telah selesai selepas empat individu ditahan semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, tangkapan terhadap dua lelaki dan dua wanita berusia 60 hingga 71 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa agama JAIPk di sekitar Ipoh.

Katanya, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah untuk disiasat mengikut Seksyen 14 dan 16 Enakmen Jenayah Syariah 1992 atas kesalahan berhubung dengan maruah agama dan institusinya.

Raja bomoh telah membuat laporan polis dan ingin menyaman RM300 juta terhadap pihak yang tidak sokong usaha tolak banjir yang dilakukannya.

“Dua daripada mereka telah dibawa ke Mahkamah Syariah Ipoh untuk sebutan kes dan dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin manakala dua lagi dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa.

“Tarikh sebutan semula kes itu pada 23 Februari ini dan dengan itu, kes tersebut telah diselesaikan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini hari ini, Ibrahim dan sepupunya, Suliaha Abdul Hamid dibebaskan dengan jaminan RM3,000 setiap seorang mengikut Seksyen 22 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Perak 2004.

Kedua-dua mereka ditahan berhubung video tular berdurasi 25 minit yang memaparkan kedua-dua mereka melakukan upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam di Dataran JPS, Teluk Intan. – K! ONLINE.

Isu Saham: Selepas saman, C4 persoal sokongan Azam terhadap pemberi maklumat sebelum ini

 

Azam Baki menuntut permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi RM10 juta daripada aktivis Lalitha Kunaratnam.

PETALING JAYA: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) mempersoalkan sama ada sokongan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki terhadap pemberi maklumat sebelum ini hanyalah sekadar cakap kosong.

Ini susulan saman yang difailkan Azam terhadap aktivis anti rasuah Lalitha Kunaratnam, yang menulis dua bahagian artikel, disokong oleh dokumen yang boleh diakses secara umum, memperincikan dakwaan pemilikan berjuta-juta saham Azam dalam dua syarikat tersenarai awam.

“Reaksi yang ditunjukkannya memberi satu lagi tamparan buruk kepada kredibiliti SPRM, sebuah institusi yang telah pun dimusnahkan oleh rasuah dan skandal jenayah melibatkan pegawainya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Ironi yang paling kejam ialah daripada semua orang, Azam sepatutnya membantu Lalitha mendapatkan perlindungan sebagai pemberi maklumat.”

C4 turut mendakwa bahawa Azam telah memberitahu media mengenai sokongannya terhadap pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 pada 17 Nov tahun lalu.

“Saya percaya lebih ramai orang boleh menjadi pemberi maklumat sekiranya mereka yakin terdapat undang-undang yang berkaitan untuk melindungi mereka,” katanya yang memetik beliau.

Bagaimanapun, ia berkata “seperti yang dibuktikan oleh kes ini, peruntukannya sama sekali tidak mencukupi untuk tujuan perlindungan. Mereka tidak menggalakkan atau memberi keyakinan kepada bakal pemberi maklumat untuk tampil dengan maklumat”.

Menurutnya, Azam patut menarik semula surat tuntutan itu dan membuktikan kepada orang ramai bahawa SPRM benar-benar menyokong perlindungan pemberi maklumat.

“Beliau mesti berhenti melakukan ugutan terhadap pemberi maklumat dan, di tengah-tengah kritikan yang semakin meningkat, isytiharkan hartanya sekali,” katanya.-FMT

Isu Saham: Pendedah maklumat Azam Baki didakwa terima surat saman RM10j

 

KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi, Prof Dr Edmund Terence Gomez mendakwa individu yang mendedahkan maklumat kepentingan perniagaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berdepan tindakan saman RM10 juta.

Beliau yang meletakkan jawatan sebagai ahli panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bulan lalu selepas mendakwa jawatankuasa itu gagal membincangkan laporan membabitkan pegawai tinggi SPRM, berkata individu berkenaan menerima surat tuntutan (LOD) daripada peguam Azam, hari ini.

Katanya, dalam LOD itu, individu berkenaan dituntut memohon maaf atas laporan ditulisnya, membuat permohonan maaf terbuka dan membayar ganti rugi RM10 juta.

"Saya amat terkejut, pemberi maklumat ini yang membangkitkan persoalan sah berkepentingan negara, kini disaman oleh Azam.

"Apa yang Azam sepatutnya lakukan ialah mendedahkan semua kepentingan perniagaannya secara terbuka demi menjaga imej dan integriti SPRM," katanya dalam satu kenyataan.

Azam dalam laporan sebuah media hari ini memaklumkan akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.

Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.

"Just wait (tunggu)... saman akan dibuat ke atas orang itu," katanya ringkas.

Mengulas lanjut, Edmund menggesa Azam supaya menarik balik LOD berkenaan serta-merta dan menghentikan cubaannya untuk menjadikan pendedah maklumat sebagai mangsa.

Azam dalam laporan sebuah media hari ini memaklumkan akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM. - Foto BERNAMA
Azam dalam laporan sebuah media hari ini memaklumkan akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM. - Foto BERNAMA

"Dengan menghantar surat tuntutan ini kepada pemberi maklumat, apa yang berlaku kini tidak lebih daripada ugutan serius oleh Azam.

"Jika pemberi maklumat diancam dengan cara ini oleh mereka yang berkuasa iaitu trend yang sudah lama kita lihat di Malaysia, bagaimana kita boleh mendorong rakyat mendedahkan rasuah dan melindungi mereka kerana berbuat demikian," tegasnya.

Edmund dalam pada itu menggesa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang untuk bersama-sama bertindak memulakan semakan segera terhadap fungsi SPRM.

"Perdana Menteri juga mesti bertindak segera untuk mewujudkan panel bebas untuk mengkaji dakwaan kepentingan perniagaan Azam," katanya.

Semalam, Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada sidang akhbar khas, berkata pihaknya mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan membabitkan Azam dalam urus niaga saham pada 2015.

Katanya, LPPR dalam mesyuarat khas pada 24 November lalu mendapatkan penjelasan Azam dan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menjelaskan bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya, Nasir Baki, untuk membeli saham-saham pada 2015.

Abu Zahar berkata, pembelian saham berkenaan dibuat di pasaran saham terbuka dan tiada sebarang pencanggahan kepentingan bagi pembelian saham berkenaan pada 2015 dan saham itu juga telah dipindahkan kepada Nasir pada tahun yang sama.

-BH Online