Oleh: Zahriman Alias
Babak terakhir peristiwa rompakan di rumah atok yang berlaku pada 8.8.08....
Perompak hilang sekelip mata dalam kegelapan malam...tika itu baru atok sedar dari seolah dibuai mimpi. Lantas atok segera bangun melepaskan diri...nasib baik ikatan dawai pada lengan tidak terik sebab atok sengaja telah menyilangkan tangan ketika mereka menyimpai...kaki atok diikat mati dengan tali panah yang dibawa uwan...hik3... ada jugak gunanya panah uwan itu.
Atok mengambil sedikit masa untuk membuka ikatan kaki....sebaik terlepas atok meluru ke dalam bilik mengambil senapang atok...mereka tidak ambil senapang hanya balingkan ke bawah katil. Otak atok hanya ingat nak kejar mereka dan lepaskan satu dua das tembakan...kena tak kena tak kisah...tapi uwan pulak terjerit suruh lepaskan dia dulu....hmmm...Tak jadilah atok berlagak hero kejar perompak sebab nak buka dawai uwan pun satu hal sebab ketat ikatannya...
Seterusnya atok terus rush ke rumah jiran, seorang guru di depan rumah, mintak tolong dengan dia. Pertama pinjam telefon untuk hubung polis, kedua hubung Ketua kampung untuk sound the alarm...
Dalam masa 5 minit puluhan penduduk kampung sampai kerumah atok dengan motosikal, Tak kurang 30-40 buah motosikal....maklum mereka semua sedang berkawal setiap penjuru kampung....
Mereka bergegas kesana kesini mencari saspek namun tidak ada apa yang diketemu...
Atok kembali ke rumah memeriksa kerugian...nyata dompet dan duit note rm50 dan rm100 jumlah tak kurang rm3k telah hilang. Duit itu adalah sumbangan orang ramai dan sedara mara semasa kenduri kawin 3 hari lepas. Duit note rm1, rm5 dalam sebuah laci tidak diusik, mungkin mereka miss laci tu, jumlahnya rm600....itu jelah duit yg selamat.
Laci almari dalam bilik atok tunggang langgang, kain baju diselongkar bertaburan atas lantai...nasib baik sekali lagi...sebungkusan barang kemas dalam kertas tisu turut bersepah atas lantai...mereka telah pegang dan buangnya tanpa menyangka dalamnya barang kemas. Empat handphone termasuk dua yg rosak juga mereka ambil, beberapa jam tangan termasuk jam emas antik mereka juga ambil. Duit siling lama era Strait's Settlement pun hilang...duit2 siling itu adalah peninggalan arwah moyang atok.
Yang paling atok bersyukur tidak hilang ialah tangan kiri uwan...pada malam tu uwan memakai barang kemas, selain dari gelang, rantai leher dan anting2, uwan juga memakai gelang Jade yang kami beli dari kilangnya di Negeri China...gelang tu agak berharga, pakainya sangat ketat memang tak boleh ditanggalkan, sejak beli tidak pernah ditanggalkan. Kalau nak tanggal kena bawak kedai emas hanya mereka yang tahu teknik menanggalkannya...
Di perompak berkali2 cuba menanggalkannya dari tangan uwan tapi tak berjaya...akhirnya mereka give up...mungkin mereka tak sangka itu barang berharga. Andai mereka tau itu Jade asli...siah palih...tak ke mungkin dipotongnya saja tangan uwan....pernah atok baca beberapa kisah di K Lumpur mangsa rompakan dipotong tangan dan jari nya untuk mendapatkan gelang Dan cincin...
Uwan punyalah fobia...sampai sekarang tak berani lagi menyarung gelang itu....sekarang hanya disimpan di tempat selamat.
Sejurus selepas buat panggilan ke Balai Polis, pegawai, anggota, radio car semua datang....penyiasatan dimulakan serta merta. Unit anjing juga sampai sebelah pagi mengesan pergerakan penjenayah....
Dari Pasukan pengawal dalam kampung atok dapat cerita yang mengejutkan....rupanya para perompak itu ada melakukan sesuatu untuk mengalih perhatian pasukan yang berkawal...pada jam 2 pagi si perompak sengaja melakukan kejutan di sebuah rumah lain dalam kampung tu, tak sampai 1km dari rumah atok...apabila mereka buat kejutan, seluruh team pengawal 30-40 orang berkejar ke rumah tersebut....Dan dalam keributan penduduk di rumah itulah, perompak senyap2 datang ke rumah atok...ini dipanggil diversion of attention.
Apa pun yang telah berlaku, atok dan keluarga tetap bersyukur kami tidak diapa2kan pada malam itu...
Hari2 selepas kejadian segalanya senyap sunyi...atok pun tidak mengharap sangat akan dapat balik barang2 yang dicuri. Kejadian rompakan juga tidak berlaku lagi dalam kampung tu...rumah atok ialah mangsa ke10 dan itulah last.
Atok menjalankan hidupan saperti biasa...ketika itu barulah teringat nak pasang grill di semua pintu dan tingkap. Dah pasang grill barulah nyenyak rasanya bila tidur.
Tiga minggu berlalu.... tiba2 atok dikunjungi oleh pegawai2 polis dari bahagian jenayah berat IPK Selangor. Mereka minta atok mengenal pasti sebuah handphone jenama Samsung kepunyaan atok...sah itu atok punya yang diambil perompak.
Mereka kata perompak dah dikenal pasti, pergerakan mereka sedang diawasi....tuan tunggu jelah perkembangannya... Tak lama akan meletoplah...ujarnya.
Atok yakin dengan kata2 mereka....itu bukan omong kosong. Jika mereka kata something is on... something is definitely on. Atok Tau sebab atok pernah berada di tempat mereka menyiasat sasaran yang sulit dan merbahaya di masa lalu...atok tau kemampuan PDRM....penyiasat kita terutama team dari SB adalah antara terbaik dalam dunia. Malah dunia pernah mengikiraf PDRM sebagai Pasukan terbaik kerana kitalah satu2 negara didunia yang dapat mengalahkan dan menghentikan perjuangan Parti Kominis.
Pasukan PDRM punya jalinan perisikan yang sangat canggih, kita berupaya mengesan musuh, mengenali mereka, mengetahui setiap pergerakan mereka, apa mereka telah buat, malah apa yang mereka sedang rancangkan juga kita dapat tahu lebih awal.
Atok jugak tahu, dulu SB hebat semasa melawan Kominis, dan bila Kominis sudah tidak ada, segala kepakaran SB itu disalur kepada bahagian Jenayah pula...pastinya penjenayah akan menerima habuan pula. Atok ada banyak cerita eksklusif mengenai kejayaan SB mengalahkan PKM dan membantu JSJ membenteras jenayah besar...lainkali boleh cerita.
Atok sudah tidak ada dalam PDRM, atok tidaklah tau apa sebenarnya sedang dilakukan oleh Pasukan penyiasat dalam kes samun atok ...namun sebagai orang lama atok masih dapat mengikuti serba sedikit perkembangannya melalui beberapa sahabat...
Berita yang paling mengembirakan atok...Dua minggu selepas pegawai IPK mengunjungi atok, satu pertempuran telah berlaku di Serendah, Selangor....polis telah bertembung dengan penjenayah sebaik selepas mereka melakukan rompakan....pastinya ia bukan pertembungan tak sengaja...pastinya ia ekoran dari penyiasatan yang tapi. Syabas PDRM....atok diberitahu dua orang penjenayah yang melakukan rompakan keatas atok tempoh hari telah mati ditembak, dua lagi cedera dan berjaya memboloskan diri...mereka terlepas tak lama, beberapa hari kemudian mereka berjaya ditangkap ketika cuba keluar dari negara Kita melalui Kukup, Johor....bila berjaya ditangkap bermakna akan banyak lagi maklumat yang polis akan perolehi, akan banyak lagi operasi membenterasan akan dapat dilakukan. ..
Ye memang benar, kejadian rompakan di rumah atok dan berjayanya polis menjumpai handphone rosak jenama Samsung kepunyaan atok itu, dan kejayaan pihak polis menembak mati penyamun yang merompak atok di Serendah itu adalah titik permulaan....saperti atok pernah kata...bila kita ON keatas mereka, kita memang ON keatas mereka...bermakna kita telah tau siapa mereka, rangkaian mereka, segala tindak tanduk dan perancangan mereka, apa mereka nak buat, rumah mana mereka nak rompak, bila masa mereka nak strike, mana tempat mereka nak berkumpul...semua kita tau...berikutnya bertalu2 lah kejayaan PDRM di seluruh negara membenteras kegiatan rompakan ... berbelas2 kejayaan direkodkan. Walau pun Polis dapat mengesan pergerakan mereka lebih awal, biasanya Polis tidak akan nenyerbu semasa mereka melakukan rompakan dalam rumah sebab bahaya kepada mangsa jika mangsa dijadikan tebusan. Polis akan memilih masa yang lebih sesuai dan lebih selamat tidak membahayakan nyawa orang lain untuk melakukan strike...ini telahan atok lah, dan ini yang akan atok lakukan jika berada ditempat mereka.
Dalam banyak2 kejayaan terdapat satu kes melibatkan kawan atok, dia pesara pegawai macam atok....rumahnya di Shah Alam pun kena rompak oleh kumpulan serupa. Dalam kejadian itu Isterinya mati dibunuh perompak sebelum perompak seramai 4 orang dapat dibunuh dalam rumahnya.
Kemalangan jiwa itu dianggap terpencil...kerana operasi berlaku kesilapan teknik di luar dugaan bilamana Polis terpaksa menyerbu semasa penjenayah sedang melakukan rompakan di dalam rumahnya...
Sekarang keadaan lebih damai, tiada lagi sindiket penyamun dari seberang berleluasa macam dulu...mungkin mereka sudah serik. Penyamun tempatan bersenjata api melakukan rompakan berkawan juga telah jarang berlaku, juga hasil dari kejayaan pasukan SB membenteras kegiatan penyeludupan senjatapi dari negara jiran pada tahun2 1990an...pun atok ada cerita2 nya yang detail dan khusus...kemudian boleh cerita.
Sekian dulu, kemudian atok akan cerita pengalaman SB membantu JSJ membenteras jenayah besar, dan sahabat atok sendiri terlibat sebagai Ketua Operasi Pasukan SB itu, dia tak lain dari DSP Kamaruddin Hashim @Kenny.