"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label RUU Mufti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RUU Mufti. Papar semua catatan

Selasa, 9 Julai 2024

Aliran al-Asyairah, al-Maturidiyah bersifat wasatiyah, tak mudah kafirkan orang - Mufti Selangor

 Mufti Selangor, Prof Madya Datuk Dr Anhar Opir.

Mufti Selangor, Prof Madya Datuk Dr Anhar Opir.

KUALA LUMPUR: Jabatan Mufti Selangor menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) berdasarkan manhaj akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyah sebagai punca kuasa kepada Jabatan Mufti Wilayah untuk menambah baik keberkesanan perkhidmatan institusi berkenaan.

Mufti Selangor, Prof Madya Datuk Dr Anhar Opir, berkata ia selaras dengan titah Sultan Selangor ketika menjadi Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dizahirkan ketika Mesyuarat MKI Ke-69 yang bersidang pada 6 Mac tahun lalu.

Katanya, titah itu menegaskan institusi Raja-Raja Melayu mewarisi aliran ASWJ dengan berakidah Imam al-Ashari, fiqh bermazhab Imam Shafie dan aliran tasawuf Imam al-Ghazali.

"Tradisi ini menjadi acuan dan amalan Islam di negara kita yang perlu dijadikan pedoman dalam membuat sebarang keputusan penting berkaitan institusi Islam.

"Justeru, RUU Mufti 2024 dilihat dapat memperkukuhkan lagi kedudukan ASWJ berteraskan pegangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah yang sudah sekian lama diterima pakai di negara ini," katanya.

Pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar membentangkan tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat merangkumi RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

RUU Mufti turut disokong Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim yang menegaskan ia mentakrifkan ASWJ dari sudut akidah bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah, manakala fiqh mazhab Shafie dengan meraikan tiga mazhab lain perlu disokong umat Islam sepenuhnya.

Semalam, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menyokong syarat pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan dan Timbalannya perlu dalam kalangan individu berpegang akidah ASWJ daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah terkandung dalam RUU berkenaan.

RUU itu turut disokong Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) yang turut menyifatkan RUU terbabit bukti kesungguhan kerajaan memperkemas tadir urus hal ehwal Islam, terutama pada isu takrifan ASWJ, jabatan itu menjelaskan, RUU itu wajib disokong demi menjamin kesejahteraan umat Islam negara ini.

Ia turut disokong Pertubuhan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI) yang menyifatkan RUU itu antara usaha menjelaskan maksud ASWJ di negara ini dengan lebih sempurna untuk mengelakkan masyarakat awam ditipu sesetengah pihak kerana terdapat usaha pengambilalihan istilah itu dan mengeluarkan pula golongan sebenar yang mewakilinya.

Hari ini, Jabatan Mufti Negeri Terengganu dalam kenyataannya menegaskan RUU itu memartabatkan ajaran Islam menjadi arus perdana diamalkan sejak dahulu hingga sekarang berasaskan pegangan.

Mufti Selangor berkata, majoriti ulama menyatakan maksud ASWJ adalah al-Ashairah dan al-Maturidiyah seperti dinyatakan al-Imam al-Murtada al-Zabidi (1205) dalam kitab Ithaf al-Sadat al-Muttagin.

"Maksudnya: Jika dikatakan ASWJ, maka dimaksudkan ialah al-Ashairah dan al-Maturidiyah.

"Aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah adalah aliran moderat dan wasati, sekali gus tidak membelakangi wahyu serta tidak pula bertentangan dengan akal.

"Begitu juga, ia tidak mudah mengkafirkan pihak lain dan tidak pula terlalu terbuka dalam menjaga kesucian Islam," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Mufti Selangor melalui jawatankuasa fatwa negeri menjadikan aliran ASWJ sebagai dasar dalam penentuan hukum selaras dengan Seksyen 54, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (2003) yang memperuntukkan keputusan fatwa mestilah mengikut qaul muktamad dalam mazhab al-Shafie tanpa mengenepikan tiga mazhab lain, iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

"Oleh itu, Jabatan Mufti Selangor berdiri teguh dan menyokong RUU ini tanpa sebarang pindaan bagi menjaga kesejahteraan umat Islam serta memastikan perpaduan umat dapat diperteguh serta diperkasakan," katanya.

-BH Online