"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Muallaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muallaf. Papar semua catatan

Ahad, 6 April 2025

Kematian yang Menyatukan Hati !

 *Kematian yang Menyatukan Hati !*

Detik yang luar biasa dan menggetar jiwa.....

Jenazah sdr baru Almarhumah Khairunisa Abdullah dituntut dari rumah ibubapa beliau yg masih bukan Islam 

Bawa ke Masjid Kariah Kuala Ketil dalam suasana penuh hormat dan kasih sayang. 

Paling mengharukan - ramai kaum keluarga, sahabat handai  dan jiran yang bukan Islam turut mengiringi perjalanan terakhir ini hingga ke kubur.

Kariah Kuala Ketil telah memperlihatkan adab Islam yang tinggi - menyambut kehadiran saudara-mara non-Muslim Almarhumah dengan penuh mahabbah, keterbukaan dan penghormatan. 

Saudara lelaki Almarhumah  - bukan Muslim diberi penghormatan untuk sama2 mengusung jenazah ke ruang solat terbuka masjid. 

mereka menyaksikan solat jenazah yang dipimpin oleh Ustaz Halimudin, disertai jemaah anak2 kariah dengan penuh khusyuk

Ustaz Halimudin sebagai imam telah mempelawa semua yang hadir  untuk terus mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Anak perempuan, kakaknya dan anak saudara lelaki Almarhumah turut serta menemani jenazah beliau ke tanah perkuburan. 

Suasana yang sepi hampir dinihari sarat dengan makna. Satu pemergian mampu menyatukan masyarakat Muslims dan non Muslims

Atas permintaan keluarga, jenazah Almarhumah dibuka semula buat kali terakhir. Kedua ibu bapa, anak-anak dan sanak saudara melihat wajah wanita Muslimah  kesayangan mereka,

Keindahan kemanusiaan terpancar sekali lagi apabila saudara lelaki non-Muslim Almarhumah turut memegang tali dan keranda untuk  membantu menurunkan jenazah ke dalam liang. Mereka juga  sama menimbus tanah dengan penuh kasih sayang dan hormat.

Bacaan talkin oleh Ustaz Halimudin menambah keinsafan kepada semua yang hadir bahawa kita semua makhluk Allah, dan kepada-Nya kelak  kita akan kembali. Pemergian ini bukan sekadar satu kehilangan, tetapi satu peringatan kepada hati-hati yang mencari erti kebenaran.

Semoga pemergian Almarhumah Khairunisa Abdullah menjadi titik kepada kefahaman dan hidayah buat semua yang menyaksikan pemergian Almarhumah. 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Kuala Ketil, anak-anak kariah, para sukarelawan, serta seluruh ahli keluarga dan sahabat2  yang bersama2 membantu Almarhumah dan keluarga beliau. Kalian semua telah memperlihatkan betapa Islam itu indah, terbuka dan menyatukan manusia.

Selamat jalan, wahai Almarhumah Khairunisa Abdullah.

Kami semua akan menyusuli kamu pada satu hari nanti.

Semoga Allah SWT merahmati Almarhumah dan menempatkan beliau di dalam syurga Firdaus. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Al-Fatihah.

Cikgu Anwar

Koordinator