"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Selasa, 9 November 2021

Siakap Kayangan Langkawi:Chenot berpuashati makan kat sana biarpun tau harga kayangan.

 Suara Che Not.

https://www.facebook.com/aznor.aziz

.

MOHON BACA DENGAN HATI DAN MINDA YANG TERBUKA.



Posting ni bukan nak tunjuk kaya, bukan nak backup sesiapa, cuma dari pandangan Chenot sebagai customer.

12 oktober kami 8 dewasa 3 kanak-kanak makan dekat kedai yang tengah viral sekarang ni. Harga kami murah sikit la dari siakap viral tu 😂.

Untuk Chenot, harga tu memang logik dan kami dah buat kira-kira akan kena lebih dari seribu sebab tengok pada saiz ikan, ketam & lobster dalam sangkar dan harga yang di beritahu per gram masa order tu dah boleh congak-congak dalam kepala.

Adik tu pun kita tanya elok ja dia anggarkan berat so kita dah boleh kira-kira sendiri la kan. Harga pun ada dalam menu.

So dengan nafsu gajah (ekh gajah pun tak makan lobster kan 😂😂) kami order tanpa fikir panjang.

Ok dik ikan kerapu harimau nak 2 ekor, lobster sekor, ketam 3 ekor, sotong skit, telur dadar ngn sayur.

Tapi adik yang ambik order tu bagus jugak la, memula kalau ikutkan tamak haloba kami order lobster 2 ekor, tapi adik tu siap cakap “akak lobster besar ni boleh belah 2 so boleh masak 2 jenis”. Ha so kami pun ambik sekor, pastu tambah ketam 3 ekor.

Cuma silap kami ikan main order ja tak tengok dah saiz, bagitau buat 2 ekor masak lain-lain agak-agak la saiz dia ekh dik. Jangan besar sangat. Tapi dok tengok yang dalam sangkar tu memang semua saiz besar-besar pun 😂. Tapi adik tu ada mention sekor dalam sekilo lebih kak. Haaa sapa suh hang tak pernah beli ikan kat pasar, kan orang dah bagitau saiz hang tak reti nak bajet 😂.

Masa dia hidang tu, cuak dah kami tengok, mak aih penuh meja nih, ada nak habis, siap pesan kalau tak habis kita tapau (padahal dok hotel kalau tapau pun nak panaskan celah mana 😂). Rupanya tak payah tapau settle licin di kerjakan!


So far Chenot dan kawan-kawan rasa berbaloi la dengan harga sebab semua fresh! Siap plan nak repeat tapi pasni nak tangkap sendiri! Memang manis ja rasa sebab selalu dok makan kedai biasa ni ikan dah banyak hari dah tak manis dah rasa dia, ni memang betul-betul fresh.

Bab harga air apa semua mahal tu kena faham la kos depa ni nak kena beli kat darat pastu bawak pulak ke situ kan, mesti nak kena bayar boat tu lagi kan. 

Sebenarnya makan kat darat kat kedai yang chef glamer baru ni Chenot pi makan pun harga lebih kurang ni jugak, cuma kedai tu mungkin sebab ada aircond dan owner dia terkenal dan yang pi makan situ memang dah expect harga sebab tu takdak siapa nak viral. Kedai ni jangankan aircond, dinding pun takdak😂😂, so mungkin sebab tu orang terkejut dengan harga dia.

Apa pun sebelum nak order ka apa, tengok menu tanya bagi puas hati. Kalau dekat menu takdak harga report ja kpdnkk, itu kan hak pengguna. Kalau dah ada harga hang main order ja pastu buat tersilap kata “ingatkan kilogram rupanya gram”, haaa tu salah sendiri la sapa suh ponteng masa kelas matematik dulu 😅😅.

Apa pun Chenot enjoy makan sini sebab sedap & puas hati sebab semua fresh yang takkan dapat kat kedai siam yang selalu makan tepi jalan. Depa takdak paksa order pun. Hang nak makan hang order, hang takmau hang tengok jelah show ikan tu. yang hang order nak makan ikan depa buat show tu pasepa 😂.

Hang jangan dok komen kata mabul ka sabah morah, campoq tolak tambah bahagi sama ja kos beli tiket pi sana ngan harga kami bayaq ni 😂

***ok tambahan sebab ada baca komen pos mana tah kata apa kita makan & bayar tu nanti yg tukang bawak boat tu dapat komisyen, pada Chenot takpala rezeki dia sebab Chenot rasa budak tu baguih layan ja kami nak apa, nak dok lama mana, hang makan sedap budak tu tunggu ja hang tengah panas tahan lapaq. So rezeki dia la kan. Hang nak berkira pasepa. Hang bayaq boat tu yg untung tokey dia, dia tu pekerja ja, kira tips dia la. Hang pun turun boat tobat takdak selit tips kan.

 kawan yang sempoi tak bising terus hulur duit time bayaq 😂😂. Nanti kita repeat lagi! So make sure pi dengan kawan yang tak kedekut sama okeh kalau pi ngan kawan kedekut mampoih nak bayaq sorang2, makan ramai2 😂😂


#siakapviral

#siakap3rasa

#siakaplangkawi

Elak Siakap seribu, pemuda kongsi budaya orang Cina pesan makanan

Gambar hiasan

 PETALING JAYA – Walaupun sudah hampir seminggu berlalu, namun kisah seekor ikan siakap yang dijual dengan harga lebih RM1,000 masih hangat diperkatakan di media sosial.

Seorang pemuda berbangsa Cina telah berkongsi tip baru-baru ini bagaimana budaya orang Cina memesan makanan laut di restoran bagi mengelakkan ditipu oleh para peniaga.

Menerusi perkongsian posting oleh Tai Zee Kin di laman sosial Facebook miliknya, beliau berkongsi cara orang Cina yang selalunya akan melakukan kiraan bajet sebelum melakukan perbelanjaan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

“Di sudut akuarium di tepi restoran makanan laut, akan adanya nama dan jenis makanan laut yang ada harga bagi setiap 100 gram, satu kilogram atau sukatan yang sesuai.

“Di tepi akuarium akan ada penimbang dan pelanggan boleh meminta peniaga untuk menimbang terlebih dahulu makanan atau meminta peniaga memberikan anggaran berat bagi setiap jenis makanan laut,” katanya

Menurutnya lagi, tabiat membuat pengiraan terlebih dahulu memang sudah terpahat di dalam budaya kaum Cina dan jika yang besar, kiraan bajet akan dibuat barulah pesanan dan tempahan akan dilakukan.

“Sekiranya tiada akuarium, pelanggan akan terus memesan jenis makanan mengikut berat, sekiranya harga tidak tetap atau tidak mengikut berat yang ditetapkan, peniaga akan memberikan anggaran berat.

“Kami sebagai pelanggan akan melakukan kira-kira sebelum bersetuju dengan berat yang ditawarkan oleh peniaga, kebiasaannya peminat makanan laut sudah ada anggaran harga bagi setiap hidangan,” katanya lagi.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh beliau dan ada juga yang mahukan peniaga-peniaga di restoran Melayu menggunakan kaedah yang sama.

“Setuju sangat dengan perkongsian abang ini, itu yang bila isu harga siakap Langkawi mula naik saya agak pelik juga. Semoga jadi pengajaran untuk kita yang lain,” kata Rita Uchat.

“Saya harap peniaga-peniaga restoran makanan laut Melayu mengunakan kaedah yang sama bagi mengelakkan kes ikan siakap berulang kembali, mungkin dengan cara itu pelanggan akan dapat gambaran bagi setiap hidangan untuk mengelakkan fitnah,” jelas Mursyid Rashid.

“Terbaik, selari dengan ajaran Islam, mesti semua jelas dan ada kejujuran dalam berniaga, baru perniagaan akan hormani dan buang sikap nak ‘ketuk’ pelanggan waktu-waktu macam ini,” ujar Sukari Mamat

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pelanggan mendakwa terkejut dengan harga ikan Siakap Langkawi RM1,196 seekor yang perlu dibayar olehnya. – K! ONLINE.

Isnin, 8 November 2021

Siakap RM1,196.80: KPDNHEP keluar notis kepada pemilik restoran

 LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada peniaga restoran terapung di Langkawi pada Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, notis bertulis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengelak sebarang tindakan sekiranya pemilik restoran berkenaan gagal berbuat demikian.

"Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.

"Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu. Buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci sama ada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, makan tengah hari sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berjumlah RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan itu termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM1,759.50 dan tular di media sosial.

Mengulas itu sama, Mohd Shahran berkata, sehingga kini hanya satu aduan berkaitan diterima pihaknya dan beliau meminta pengguna yang mengalami situasi sama terus membuat laporan kepada KPDNHEP.

"Sekarang kita sedang lancarkan Ops Menu, operasi ini bukan sahaja kita fokus kepada harga pada menu tetapi juga kepada alat timbangan sama ada alat itu masih sah atau tidak.

"Dalam masa sama kita minta aduan terus dilakukan kepada KPDNHEP untuk mudahkan penguatkuasa mendapatkan maklumat terperinci daripada pengguna itu sendiri.

"Sekiranya ditularkan dalam media sosial sahaja maka kita terpaksa mencari individu terbabit menerusi media sosial dan terpaksa menunggu jawapan daripadanya sebelum kita perolehi maklumat lanjut," katanya.

-myMetro

Tidak semua restoran di Langkawi harga ‘kayangan’

 

NASARUDDIN ABDUL MUTTALIB

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menganggap isu hidangan siakap harga ‘kayangan’ di sini tidak boleh dijadikan garis ukuran bagi semua restoran makanan laut di pulau peranginan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, masih banyak restoran makanan laut yang menghidangkan makanan tersebut dengan harga munasabah.

“Kita nak elakkan orang pukul rata, (dengan menganggap) semua tempat macam itu, itu tidak adillah.

“Tak perlu risau lonjakan harga makan dan sebagainya, masih banyak lagi tempat-tempat yang masih murah dan berpatutan untuk pelancong di Langkawi,” katanya apabila ditemui di pejabatnya di Kompleks LADA di sini hari ini.

Tambahnya lagi, insiden itu berlaku kerana terdapat masalah komunikasi di antara peniaga dan pelanggan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

Jelasnya, peniaga-peniaga di sini perlulah berkomunikasi dengan telus ketika memberitahu harga makanan kepada pelanggan.

Ujarnya, peniaga boleh mengambil iktibar daripada insiden tersebut dengan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka terutamanya dari segi komunikasi dengan pelanggan.

Nasaruddin turut meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengeluarkan hasil siasatan dengan segera bagi meredakan keadaan.

Pada Khamis lalu, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar sebanyak RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat  7.48 kg. -UTUSAN ONLINE

Isu Siakap: Selepas tugu,tudung siakap pula tular

 

Lukisan tudung siakap tular di laman media sosial apabila ramai pengguna sosial membandingkannya dengan tudung bawal.

PETALING JAYA- Kontroversi hidangan ikan siakap bernilai RM1,196 di salah sebuah restoran di Langkawi baru-baru ini dilihat membuka ruang kepada pengguna media sosial untuk berkarya dengan menjadikan hidupan laut itu sebagai subjek utama.

Terbaru, ikan siakap itu atau digelar sebagai ‘ikan kayangan’ dijadikan bahan jenaka apabila hidupan laut itu dilukis menjadi sehelai tudung yang digelar ‘tudung siakap’ oleh pengguna media sosial.

Difahamkan, lukisan diberi nama ‘Tudung Siakap’ itu dilukis oleh seorang individu bernama Budijemari.

Jenaka itu menjadi tular khususnya di laman Facebook apabila rata-rata pengguna membandingkannya dengan ‘tudung bawal’ berikutan kedua-duanya mempunyai nama yang diinspirasikan daripada hidupan laut.

“Mahal (tudung siakap), tidak mampu beli, kita pakai tudang bawal saja, itu pun tudung Tesco sahaja,” kata @Umi Azim.

“Jaga-jaga, nanti pereka fesyen ambil idea, jual beribu-ribu pula,” seloroh @Nadia Surani.

“Sopan tudungnya, labuh menutupi dada, padan dengan harga,” jelas @Nor Hasliza.

“Alahai, okay saja tudung siakap ini, ala-ala labuh begitu, tetapi saya tidak suka, bawal saja la, takut harga tudung siakap lagi mahal daripada emas,” tulis @Senia Cik Bunga. -K! ONLINE

PRN Melaka: Adly bakal berdepan saingan 4 penjuru bagi DUN Bukit Katil

  Adly (dua dari kanan) bersama Abdul Hamid (kiri),  Mohammad Al Afiz (dua dari kiri) dan Hasnoor (kanan)  selepas penamaan calon di PPC Dewan Bukit Katil, Melaka. - NSTP/SYAFEEQ AHMAD

Adly (dua dari kanan) bersama Abdul Hamid (kiri), Mohammad Al Afiz (dua dari kiri) dan Hasnoor (kanan) selepas penamaan calon di PPC Dewan Bukit Katil, Melaka. - NSTP/SYAFEEQ AHMAD

MELAKA: Bekas Ketua Menteri yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari bakal berdepan saingan empat penjuru dalam mempertahankan kerusi itu.

Beliau akan ditentang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin; calon PAS, Muhammad Al Afiz Yahya dan calon Bebas, Abdul Hamid Mustapah.

Semua calon menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Tun Ali di sini.

Suasana di pekarangan PPC tenang tanpa kehadiran penyokong calon bertanding dan proses penamaan calon juga berjalan lancar sehingga pencalonan ditutup pada jam 10 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Adly memenangi DUN Bukit Katil dengan majoriti 3,159 undi, menewaskan calon BN, Datuk Yunus Hitam dan calon PAS Muhamad Puhat Bedol.

-BH Online

PRN Melaka: Saingan 5 penjuru di Paya Rumput

 Anggota dan pegawai polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang ingin memasuki ke Pusat Penamaan Calon DUN Paya Rumput di Stadium Hang Jebat.

Anggota dan pegawai polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang ingin memasuki ke Pusat Penamaan Calon DUN Paya Rumput di Stadium Hang Jebat.

MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menyaksikan saingan lima penjuru.

Kelima-lima calon yang bakal bertanding tiba di Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, bagi proses penamaan calon.

Calon daripada parti PUTRA, Mohamad Hashidi Mohd Zin, paling awal tiba jam 8.35 pagi, sebelum ketibaan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin pada jam 8.45 pagi.

Ia diikuti calon daripada BERSATU, Muhammad Faris Izwan Mazlan, jam 8.50 pagi dan calon muka baharu BN, Datuk Rais Yassin.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rais Yassin ditemani isteri sebelum masuk ke pusat penamaan calon di Stadium Hang Jebat, Krubong.
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rais Yassin ditemani isteri sebelum masuk ke pusat penamaan calon di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Calon Bebas, Mohd Jaini Dimon menjadi calon terakhir tiba dengan ditemani penyokong dan pencadangnya.

Proses penamaan calon di Stadium Hang Jebat, di sini, berlangsung dalam keadaan 'sepi' apabila tiada barisan penyokong yang menunggu di pekarangan stadium untuk memberi sokongan.

-BH Online

PRN Melaka:Enam penjuru di Asahan

 Idris Haron (kanan) dan Fairul Nizam Roslan (dua kiri) bersama empat calon lain di DUN Asahan selepas sesi penamaan calon di Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar. NSTP/NAZRI ABU BAKAR

Idris Haron (kanan) dan Fairul Nizam Roslan (dua kiri) bersama empat calon lain di DUN Asahan selepas sesi penamaan calon di Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar. NSTP/NAZRI ABU BAKAR

JASIN: Pesara tentera yang juga bekas Ketua Penerangan BERSATU Alor Gajah, Mohd Akhir Ayob, 50, antara pencabar bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Pada penamaan calon di Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar itu, turut diumum mencabar Idris ialah Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan, 43, dan Danesh Basil, 29, (PN-GERAKAN).

Lebih menarik, dua lagi calon Bebas turut bertanding iaitu Azmar Ab Hamid, 49, dengan logo kunci dan Mohd Noor Salleh, 43 (Bebas) berlogo pokok.

Pengumuman calon diumumkan Pegawai Pengurus SPR DUN Asahan, Luqman Nulhakim Mohamad Idris, pada jam 10.50 pagi.

Mohd Akhir dengan logo Buku yang juga anak jati Batang Melaka berkata, beliau mengambil keputusan bertanding kerana menjiwai kesusahan rakyat.

Justeru, katanya, beliau bertekad untuk bertanding walaupun sukar membuat keputusan awal.

Katanya, selepas berbincang dengan isteri, mentua dan empat anaknya, beliau mengambil keputusan itu dengan tenang untuk kepentingan rakyat.

"Saya yang juga bekas setiausaha Japerun DUN Asahan berasakan situasi politik tidak stabil dan bosan dengan perkembangan ini mendorong saya untuk bertanding," katanya yang berpengalaman 22 bulan menjadi pentadbir di DUN itu.

Sementara itu, Idris berkata, beliau melihat saingan enam penjuru itu menampilkan demokrasi positif yang subur walaupun negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, proses penamaan calon juga dilihat berjalan lancar.

-BH Online

PRN Melaka:Calon BN DUN Kesidang ada faktor ‘Wow’ tak faham bahasa Malaysia?

 

Calon BN DUN Kesideng, Leong Hui Ying, dikatakan tidak faham soalan diajukan dalam bahasa Malaysia.

Seperti dinyatakan Barisan Nasional (BN) dan UMNO, beberapa calon yang ditampilkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini mempunyai faktor ‘Wow’, untuk menang.

Ini termasuk calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying, daripada MCA.

Faktor ‘Wow’ yang dimiliki calon ini ialah kegagalan memahami soalan yang diajukan wartawan dalam bahasa Malaysia, selain tidak fasih berbahasa Melayu.

Berdasarkan maklumat diperoleh, dia adalah lulusan sekolah vernakular Cina yang mengambil Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang tidak diiktiraf di Malaysia, sebelum melanjutkan pelajaran di Taiwan.

Hui Ying akan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) daripada Gerakan, Patrick Ng Chin Kae, dan calon Pakatan Harapan (PH), yang juga penyandang kerusi DUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti sebulat suara memutuskan memilih 86 peratus muka baharu, 78 peratus daripadanya adalah yang berusia 50 tahun ke bawah manakala 82 peratus adalah berkelulusan institusi pengajian tinggi (IPT).

“Ia adalah satu pendekatan baharu dan berani dalam memenuhi kriteria WALI (winnable (boleh menang), acceptable (boleh diterima) and likeable (disenangi) yang kita utarakan.

“ADUN adalah milik rakyat di kawasan masing-masing. Parti sudah membuat penilaian terperinci sebelum mereka dipilih.

Pengarah PRN Melaka yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan nama-nama calon BN bagi menghadapi pilihan raya negeri tersebut.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon diikuti 16 November untuk pengundian awal dan 20 November pengundian biasa.

PRN Melaka diadakan setelah Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam membubarkan DUN setelah mendapat nasihat Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, yang hilang majoriti sokongan susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada UMNO menarik sokongan terhadapnya, pada 4 Oktober lalu.

-Agenda Daily

DS Vida tawar nak bayar semula harga ikan siakap ‘kayangan’

 

VIDA menyuarakan hasrat membantu pelanggan yang terpaksa mengeluarkan belanja besar apabila hidangan ikan siakap dimakannya berharga lebih RM1,000 baru-baru ini.

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila menawarkan diri untuk membayar semula hidangan tengah hari ikan siakap berjumlah RM1738.70 yang tular baru-baru ini.

Menurut pemilik nama penuh Hasmizah Othman, 50, niat murni tersebut disuarakannya bagi membantu pelanggan berkenaan yang telah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak hanya untuk hidangan ikan siakap.

“Saya ada baca kisah ikan siakap viral. Kebetulan saya masih bercuti di Langkawi, saya rasa terpanggil untuk belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.

“Kiranya saya belanjalah makan ikan siakap itu dan nak bayar balik kepada wanita itu. Bolehlah dia dapat duit tersebut semula bagi kegunaan hal lain,” katanya.

Tidak lama kemudian, wanita dikenali sebagai Niena yang merupakan pelanggan tersebut muncul dalam sesi siaran langsung bersama Vida malam tadi.

Menjelaskan dia enggan menularkan dan memanjangkan isu, Niena berharap situasi tersebut tidak berlaku kepada individu lain.

“Kes ini kami ketengahkan supaya tiada lagi yang akan dianiaya oleh peniaga tersebut. Kami tiada niat pun nak viralkan hal ini,” ujarnya.

Menolak dengan baik, Niena memberitahu sebaik-baiknya Vida membelanjakan wang tersebut ke arah kebaikan lain.

“Bukan kami nak sombong untuk tak menerima pelawaan Datuk tetapi alhamdulillah rezeki kami masih ada. Kami cuma kecewa dengan etika peniaga tersebut kerana tidak telus.

“Saya dan rakan-rakan lain sudah sepakat, jika Datuk masih nak berikan wang tersebut, sebaik-baiknya salurkan kepada individu lain atau bantu peniaga-peniaga kecil di Langkawi.

“Kepada peniaga, berniagalah dengan telus kerana Allah SWT. Janganlah aniaya pelanggan,” pesan Niena lagi.

Kosmo! pada 5 November lalu melaporkan percutian sebuah keluarga ke Langkawi, Kedah baru-baru ini meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan apabila hidangan tengah hari mereka berjumlah RM1738.70.

Menerusi perkongsian dalam Facebook, seorang wanita berkongsi gambar bil yang menunjukkan harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal dan dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan. – K! ONLINE