"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Selasa, 12 Oktober 2021

Kelayakan Piala Dunia 2022: Rekod Tanpa Kalah Australia Lebur Di Tangan Jepun

 


Jepun kini menyalakan harapan untuk raih tiket ke Piala Dunia 2022 apabila menewaskan pendahulu kumpulan B, Australia 2-1 dalam saingan kelayakan di Stadium Saitama sebentar tadi sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah pasukan itu dalam 11 perlawanan.

Perlawanan ini cukup penting bagi pasukan Jepun kerana mereka memerlukan 3 mata untuk menghidupkan peluang merebut tiket automatik ke Piala Dunia setelah mencatat 2 kekalahan ketika menentang Oman dan Arab Saudi.

Sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula, pasukan kendalian Hajime Moriyasu itu bermula dengan garang dan kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan Australia.

Hasilnya, mereka memperolehi gol pembukaan melalui rembatan  Ao Tanaka seawal minit ke 8 di dalam kotak penalti hasil hantaran cantik daripada Takumi Minamino. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Australia bangkit mengatur serangan dan mereka memperolehi satu sepakan percuma pada minit ke 68.

Ajdin Hrustic mengambil kesempatan menyempurnakan sepakan percuma tersebut dengan rembatan lencong yang terkena palang sebelum masuk ke gawang menewaskan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda.

Jaringan penyamaan tersebut tidak mematahkan semangat Jepun untuk terus mencari gol kedua walaupun berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan Australia yang lebih mempunyai kelebihan dari segi fizikal.

Bagaimanapun, tuah berpihak kepada pasukan tuan rumah apabila pemain Australia, Aziz Behich melakukan kesilapan dengan menolak masuk bola lambungan Takuma Asano pada minit ke 85 sekaligus menghadiahkan gol kemenangan untuk Jepun.

Australia cuba membantah gol itu dan meminta pengesahan melalui Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana pemain Jepun didakwa berada dalam kedudukan offside. Bantahan tersebut tidak diterima dan pengadil mengesahkan jaringan itu menjadi milik Jepun.

Dengan kemenangan ini, Jepun kini berada di kedudukan ketiga dengan 6 mata dan berpeluang merampas kedudukan dua teratas jika mereka konsisten mengutip 3 mata dalam baki perlawanan yang akan datang.

-vocketfc.com

Dulu anti vaksin, sekarang tak sabar divaksinasi

 IDRIS sedia divaksin selepas disahkan positif Covid-19. FOTO Ihsan Idris Jaffar

IDRIS sedia divaksin selepas disahkan positif Covid-19. FOTO Ihsan Idris Jaffar

Melaka: Disahkan positif dijangkiti Covid-19 memberi pengajaran bermakna buat Idris Jaffar, 57, yang masih belum mengambil suntikan vaksin.

Malah dia sama sekali tidak menduga terpalit wabak itu selepas mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat setiap kali berada di luar rumah terutama di lokasi awam.

Katanya, dia akan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal berikutan menyedari tidak mengambil vaksin.

Bagaimanapun semua langkah terbabit tidak mencukupi apabila dia dijangkiti virus Covid-19 selepas diserang demam panas, selsema dan batuk sejak 3 Oktober lalu.

"Saya bertindak pergi ke klinik berhampiran kediaman di Sungai Udang di sini, sebelum dinasihati menjalani saringan Covid-19.

"Saya kemudian disahkan positif selain turut menjalani saringan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Lebih malang isteri dan anak bongsu saya yang tinggal serumah turut positif Covid-19. Saya terkejut kerana semua mereka sudah lengkap menerima dua suntikan vaksin sejak lebih sebulan lalu," katanya tadi.

Menurutnya, dia kini menjalani kuarantin di rumah serta dipantau petugas KKM yang turut menghubunginya dan keluarga.

"Saya kini sudah bersedia untuk divaksin. Sebelum ini pelbagai pandangan diberikan rakan-rakan, ahli keluarga dan adik beradik supaya saya mengambil vaksin namun saya menolaknya," katanya.

"Sebelum ini saya sanggup digelar anti vaksin. Namun kini akur dengan keadaan semasa dan kepentingan berikhtiar mencegah penyakit," katanya.

Idris berkata, pergerakannya semakin terbatas terutama untuk berurusan di agensi awam, solat di masjid, makan di kedai makan serta merentas negeri.

-myMetro

Guan Eng jangan jadi penghasut

 


RUPANYA dendam Guan Eng dan DAP terhadap usaha kerajaan untuk mempertahan dan memartabatkan Islam dalam negara terus membara. Ia bukan sahaja demikian tetapi kini kelihatan cuba menghasut dan mengadu-domba sesama rakyat Malaysia.

Dalam Malay Mail kelmarin beliau dipetik berkata:

“However, Lim claimed PAS has adopted a hostile stance towards non-Muslims since the death of Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who was its spiritual adviser.

“Further, PAS’ brand of extremism is highlighted by their support of the Taliban government in Afghanistan, which denies educational and employment opportunities to women.

“For Idris Ahmad to claim that this proposed new legislation will only be enforced on Muslims, such as the bill to restrict the propagation of non-Islamic religions, reminds us of the justification by religious extremist preacher Syakir Nasoha, spreading lies against non-Muslims, that his insulting and derogatory remarks against non-Muslims, were meant only for Muslims,” he added.

Berdasarkan petikan di atas Guan Eng mendakwa:

1. PAS yang diwakili dalam kerajaan hari ini mengambil pendekatan bermusuhan terhadap rakyat bukan-Islam sejak kematian Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

2. Pendekatan ekstrem PAS terbukti melalui sokongan PAS pada Kerajaan Taliban di Afghanistan yang menafikan hak pendidikan dan peluang pekerjaan di kalangan wanitanya

3. Menganggap Menteri di JPM Hal Ehwal Agama, Senator Ustaz Idris Ahmad sebagai setaraf dengan Ustaz Syakir Nasoha. Cadangan RUU Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam yang hanya terpakai di kalangan umat Islam dianggapnya satu pembohongan dan menghina masyarakat bukan-Islam.

Dakwaan Guan Eng ini cukup jahat dan sesungguhnya mengadu-domba rakyat Malaysia dengan menggambarkan seolah kerajaan melalui PAS sedang mahu mengekang kebebasan rakyat Malaysia yang bukan-Islam. Seolah-olah Menteri PAS dalam kerajaan seorang ekstremis dan PAS sedang membawa fahaman Taliban ke dalam kerajaan.

Keterlaluankah jika berdasarkan perkembangan ini kita mengatakan Guan Eng dan DAP sebenarnya menentang hak dan kebebasan orang Islam dalam mengamalkan agama mereka? Guan Eng dan DAP cuba menakut-nakutkan rakyat terhadap amalan dan ajaran Islam dan tindakan ini cukup berbahaya kerana ia mencetuskan syak wasangka dan perpecahan dalam masyarakat.

Haruskah kita mendiamkan diri dan membenarkan Guan Eng dan DAP terus bebas menghasut sebegini? Malaysia sesungguhnya cukup aman dan damai dengan rakyatnya memiliki semangat toleransi yang cukup tinggi, sehinggalah muncul Guan Eng dan DAP.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1613909902281673/

Ini Cara Tukar Langganan Astro Ke Njoi (Tiada Bayaran Bulanan)

 

Sejak kebelakangan ini ramai yang memilih untuk menamatkan langganan ASTRO dan menukar perkhidmatan kepada perkhidmatan Astro Njoi yang tidak mengenakan sebarang bayaran bulanan.

NJOI adalah perkhidmatan televisyen satelit bebas tontonan Malaysia yang dilancarkan pada 18 Februari 2012 dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Astro.

Perkhidmatan ini diumumkan secara rasmi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada 20 Disember 2011.

Bayaran tukar langganan Astro ke Njoi

Setelah bertukar ke Njoi, pengguna tidak lagi perlu membayar bayaran bulanan seperti ketika menggunakan pakej langganan Astro.

Walau bagaimanapun, pengguna akan dikenakan bayaran pertukaran (sekali bayar)) berjumlah RM50 untuk bertukar dari Astro ke Njoi.

Selepas membuat permohonan pertukaran, pengguna masih boleh menggunakan dekoder Astro yang sama dan pertukaran siaran dari Astro ke Njoi ini mungkin mengambil masa sehingga 48 jam.

Langkah-langkah Tukar langganan Astro ke Njoi

Untuk bertukar daripada langganan Astro ke Njoi, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari laman rasmi Astro di https://www.astro.com.my/
  • Klik pada pautan “Contact Us”
  • Klik pada logo WhatsApp
  • Di aplikasi WhatsApp anda, secara automatiknya anda akan diperikan beberapa pilihan. Pilih pilihan “2 – Technical Help”.
  • Ikut arahan-arahan yang dinyatakan dalam mesej tersebut
  • Maklumkan bahawa anda ingin bertukar dari Astro ke Njoi
  • Untuk tujuan pengesahan, pegawai yang membalas pertanyaan anda itu akan meminta beberapa butiran antaranya:
  • No akaun Astro
  • Mykad
  • Sekiranya terdapat bayaran tertunggak, anda akan diminta untuk menyelesaikan bayaran tertunggak terlebih dahulu
  • Pihak Astro akan membatalkan langganan Astro anda terlebih dahulu sebelum mengaktifkan Njoi
  • Pertukaran mungkin mengambil masa sehingga 48 jam.
  • Sekiranya pertukaran ini masih belum berlaku dalam tempoh 48 jam, sila hubungi kembali pegawai Astro dengan mengulangi langkah 1 hingga 5 di atas.
  • Talian khidmat pelanggan
  • Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah untuk menukar langganan Astro ke Njoi, anda boleh menghubungi talian khidmat Astro melalui sala satu kaedah berikut:

Telefon – 03 9543 3838
Self portal – www.astro.com.my/selfservice
Facebook – www.facebook.com/Astro
Twitter di – www.twitter.com/astroline
Live Chat di www.astro.com.my/contactus

-semakanonline.com

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 16 - Temuduga Universiti Islam Madinah

 


Dengan berakhirnya peperiksaan Thanawi, maka berakhirlah alam persekolahan Zul di SMAASZA. Bagaimana keputusannya? Alhamdulillah, beliau dan beberapa orang lagi sahabatnya memperoleh Mumtaz seperti yang dijangka oleh guru-guru. Berkat usaha, doa ibu bapa jua semangat para guru yang tidak putus asa dalam memberi ilmu.

“Zul, Shohor, kite nok masuk mane lepah ning?”, tanya Zaini pada satu petang ketika mereka sedang melepak di tepi padang bola SMAASZA. Dikatakan bahawa Pemangku Raja Terengganu, Tengku Mizan Zainal Abidin ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj bermain bola bersama pasukannya di padang bola SMAASZA.

Bayu petang di Batu Burok pada hari itu sangat mendamaikan. Zul mencapai sebiji batu kerikil dan membalingnya hingga hilang dari pandangan.

“Enta napok dop batu tu? Dop napok kang? Macam tu lah mase depang kite. Ana dok aa’uu dua puloh taung lagi enta di mane, ana di mane…”, katanya sambil menjeling kepada Zaini dan Shohor Bani.

“Tapi kite kene jadi macam batu tu. Bile ana kelong[1], sapok jauh[2] die gi. Macam tu hidup kite. Wojik usehe ssungguh. Bakpe Allah dop izing kite napok mase depang? Sebab Die nok kite usehe. Kene gi habih jauh kite buleh gi. Usehe habih gheng[3]. Kite jangang jadi nakuk pahik.[4] Kite yakin, Allah doh tentukang hok terbaik untuk kite.”. Kedua-dua sahabatnya mengangguk-angguk tanda bersetuju.

Beriman dengan qada’ dan qadar merupakan usul bagi kesempurnaan iman. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab RA. Jibril alaihissalam bertanya kepada Baginda tentang iman, lalu Baginda SAW bersabda:

أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ

Maksudnya: “Beriman kepada Allah SWT, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya dan Hari Akhirat, serta beriman kepada takdir yang baik dan buruk“[5]

Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran, setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan merupakan ketentuan Allah SWT, ini seperti firman Allah SWT:

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)[6]

Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di menyebutkan, ayat ini merangkumi ke semua makhluk termasuk yang berada di atas muka bumi atau di dalamnya. Sesungguhnya Allah SWT maha pencipta dan tiada yang selain daripadaya. Begitu juga setiap perkara yang berlaku dibawah pengetahuan dan pantauannya.[7]

********************

“Mesti Zul masuk Universiti al-Azhar kan, atuk? Macam atuk dululah!”, Sarah mencuit Tok Aki.

“Haha…saloh! Mase mule-mule lepah Thanawi tu, adelah Zul dengan Zaini, Shohor Bani ikut kursus di Pusat Bahase Arab Nilampuri, Universiti Malaya. Untuk persediaang ke al-Azhar. Cume nok ditakdirkang mase tu…

********************

Di meja hadapan, kelihatan para pensyarah Universiti Islam Madinah bersedia untuk menemuduga para pelajar yang hadir daripada segenap pelosok negeri Terengganu untuk pengambilan pelajar baharu Universiti Islam Madinah bagi tahun 1989. Zul yang turut hadir bersama-sama Zaini dan Wan Shohor terintai-intai melihat barisan penemuduga yang kesemuanya berjubah putih dengan syimagh merah merah putih. Sebahagiannya memakai bisyt / misylah[8] berwarna coklat atau hitam. Dari hujung, ada Syeikh Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin Sulaiman al-Muhaysini, Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti, Syeikh Prof. Dr. Fayhan bin Shali al-Mutayri, Syeikh Dr. Mahmud Qadah dan beberapa orang lagi yang tidak dikenali.


Guru yang dikasihi, Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti

Universiti Islam Madinah ialah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Arab Saudi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Arab Saudi yang ditubuhkan pada 6 September 1961 bersamaan 29 Rabiul Awal 1381 Hijriyah atas Titah Diraja Yang Amat Mulia Raja Saud bin Abdulaziz Al Saud. Dalam bidang Pengajian Islam, terdapat lima buah fakulti yang ditawarkan iaitu Fakulti Syariah, Fakulti al-Qur’an, Fakulti Hadis, Fakulti Da’wah dan Usuluddin dan Fakulti Bahasa Arab.

Bagi tujuan kawal selia kualiti akademik terutamanya Pengajian Islam di sana, Majlis Penasihat Tertinggi Universiti Islam Madinah ditubuhkan dengan beberapa orang anggota dalam kalangan ulama’ yang terkenal antaranya Syeikh Muhammad bin Ibrahim Aal al-Syeikh, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, Syeikh Muhammad Bahjat al-Baitar, Maulana Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi, Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad, Syeikh Muhammad al-Amin al-Syinqiti, Syeikh Muhammad Tahir bin Asyur, Syeikh Abul A’la al-Maududi, Syeikh Ali al-Tantawi, Syeikh Abdul  Razzaq ‘Afifi dan lain-lain.


Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, antara ulama al-Azhar dan Mufti Mesir yang terlibat dalam penubuhan Universiti Islam Madinah

Bersama-sama Zul pada ketika itu sebuah kitab yang menghuraikan tentang kelebihan bumi Madinah. Sengaja beliau memilih buku tersebut untuk dibaca bagi mengelakkan debaran, dan juga persediaan kemungkinan ditanya berkenaan hadith-hadith berkaitan kelebihan Madinah.

 Rasulullah SAW pernah berdoa:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَيْ مَا جَعَلْتَ بِمَكَّةَ مِنَ البَرَكَةِ

Maksudnya: “Ya Allah! Limpahkanlah keberkatan di Madinah ini dua kali keberkatan yang berada di Makkah.”[9]

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: Yakni keberkatan duniawi berpandukan sabda Baginda dalam sebuah hadis lain, ‘Ya Allah! Berkatilah gantang dan cupak kami.’[10]

Iman itu berkembang daripada Madinah dan hati-hati yang beriman, akan sentiasa meronta-ronta untuk kembali ke Madinah. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى المَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَ

Maksudnya: “Sesungguhnya (di antara keimanan itu) adalah keimanan bahawa manusia akan berkumpul di Madinah seperti mana ular akan kembali kepada sarangnya.”[11]

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Yakni seperti ular yang pergi daripada sarangnya dalam mencari keperluan hidupnya. Apabila ia menjumpainya, ia kembali kepada sarangnya. Demikian juga iman, ia tersebar dan berkembang di Madinah dan setiap orang yang beriman ada sedetik perasaan yang membawanya ke Madinah disebabkan perasaan cintanya kepada Nabi SAW. Maka ia meliputi keseluruhan zaman kerana pada zaman Nabi SAW adalah untuk kita belajar daripada baginda dan pada zaman sahabat dan tabiin dan tabi’ tabien adalah untuk mengikuti petunjuk mereka dan selepas itu untuk menziarahi kubur Nabi SAW, solat dalam Masjid Nabawi dan bertabarruk degan melihat athar Baginda dan athar para sahabat Baginda.”[12]

Zul meneruskan pembacaannya berkenaan ancaman Dajjal yang tidak dapat menembusi Madinah. Daripada Abu Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: لاَ يَدْخُلُ المَدِينَةَ رُعْبُ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، لَهَا يَوْمَئِذٍ سَبْعَةُ أَبْوَابٍ، عَلَى كُلِّ بَابٍ مَلَكَانِ

Maksudnya: “Ancaman fitnah Dajjal tidak mampu menembusi Madinah. Pada saat itu, Madinah memiliki tujuh pintu masuk. Setiap pintu masuk dijaga dua malaikat.”[13]

Imam Ibn Battal menghuraikan hadis ini dengan katanya, “Sekiranya seseorang bertanya, ‘Apakah maksud sabda Baginda SAW yang lain bahawa Madinah akan bergoncang tiga kali (akibat datangnya Dajjal) dengan hadis Abu Bakrah bahawa Madinah tidak akan dimasuki Dajjal?’ Maka jawapannya, sesungguhnya bergoncangnya Madinah bukan kerana kemelut yang dibawa oleh Dajjal, atau ketakutan yang dibawanya, tetapi bergoncangnya Madinah kerana perginya golongan munafik kepada Dajjal lalu Ahlu Madinah mengeluarkan mereka daripada Madinah seperti mana hadis Rasulullah SAW: Sesungguhnya Madinah itu dibersihkan daripada kotorannya. Inilah dalil bahawa orang beriman itu tidak dipengaruhi dengan kemelut ketakutan terhadap Dajjal.”[14]

Bacaannya diakhir dengan doa yang dilafazkan oleh Rasulullah kepada Madinah dan penduduknya:

اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا المَدِينَةَ كَحُبِّنَا مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ، اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي صَاعِنَا وَفِي مُدِّنَا، وَصَحِّحْهَا لَنَا، وَانْقُلْ حُمَّاهَا إِلَى الجُحْفَةِ

Maksudnya: “Ya Allah! Tumbuhkanlah kecintaan kami terhadap Madinah seperti kami mencintai Makkah atau lebih daripada itu. Ya Allah! Berikanlah keberkatan pada sa’ dan mud[15] kami. Jadikanlah Madinah sesuai untuk kami dan pindahkanlah wabak deman di Madinah ini ke Juhfah.”[16]

******************

“Ana kenal Syeikh Mahmud je. Sebab ade saing ana kabor, die orang Kedah.”, Shohor Bani menepuk bahu Zaini dan berbisik dengannya. Zaini cuma mengangguk  sambil menyelak halaman-halaman kitab untuk mengulangkaji topik-topik yang dijangka akan ditanya oleh penemuduga. Zul pula sejak awal asyik memerhati seorang demi seorang para pensyarah tersebut. “Oh, bute rupenye Syeikh Prof. Dr. Fayhan. Hebak…bute-bute pung buleh jadi Prof.”, bisik Zul sendirian apabila melihat ada seorang lelaki – mungkin pembantunya – memimpin Syeikh yang memakai kaca mata hitam untuk duduk di kerusi yang disediakan.

Selepas taklimat disampaikan, proses temuduga pun bermula. Seorang demi seorang dipanggil nama untuk ke hadapan untuk ditemuduga, sehinggalah sampai giliran Zul.

“Zulkifli bin Mohamad!”, panggil urusetia. Dengan penuh debaran, beliau tampil ke depan.


Ketika menziarahi Syeikh Dr. Mahmud Qadah pada tahun 2015

“Apa khabar? Jangan takut-takut. Moga Allah SWT berikan kemudahan kepada anda untuk menjawab soalan kami. Soalan pertama, sebutkan keturunan Rasulullah SAW sehingga ‘Adnan.”, kata Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti.

Zul pun menyebutnya dengan lancar. “Muhammad SAW bin Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim bin ‘Abdi Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan!”

“Alhamdulillah, amat lancar. Soalan kedua, Syeikh Dr. Qadah?”, Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti bertanya kepada Syeikh yang berkaca mata di sebelahnya. Ayah kepada Syeikh Dr. Mahmud berasal daripada Kampung Kubang Saim, Yan, Kedah.

“Apa habaq, Zulkifli?” Ok. Sila sambung bacaan saya.

مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَان بَيۡنَهُمَا بَرۡزَخٞ لَّا يَبۡغِيَان فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Surah al-Rahman ayat 19 hingga 21 itu disambung oleh Zul dengan bacaan yang baik fasahah dan tajwidnya. Tidak ada satu pun soalan yang tidak dapat dijawab dengan baik. Para pensyarah yang menemuduga Zul saling berpandangan dan mengangguk-angguk sesama mereka.

“Soalan seterusnya, siapakah Imam Ahli Sunnah wal Jama’ah?”, tanya Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti sambil membetulkan syimaghnya. “Imam bagi Ahli Sunnah wal Jama’ah adalah Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi!”, jawab Zul dengan pantas. Para penemuduga kelihatan mencatat sesuatu pada nota dan menganggukkan kepala.

Syeikh Dr. Mahmud Qadah meletakkan pen di atas kertas dan bersuara. “Soalan terakhir daripada kami, berapa kali nama Zulkifli disebutkan dalam al-Qur’an dan syarahkan kepada kami berkenaan Nabi Zulkifli.”

“Buleh tahang payoh soalang hok ngelah ning. Tapi insya-Allah…”, getus Zulkifli.

Firman Allah SWT:

وَإِسْمَاعِيلَ وَإِدْرِيسَ وَذَا الْكِفْلِ ۖ كُلٌّ مِّنَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Dzu al-Kifl; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar.[17]

Ibnu Kathir rahimahullah berkata, adapun Zulkifli, yang zahir daripada nas bahawa beliau sememangnya seorang Nabi. Ada sebahagian ulama lain seperti Ibn Juraij yang mendakwa bahawa beliau bukan nabi, sebaliknya orang yang soleh dan hakim yang bijaksana lagi adil. Abu Hayyan al-Andalusi menyimpulkan bahawa majoriti ulama mengatakan, berpegang bahawa Baginda seorang Nabi. Nama Zulkifli disebutkan sebanyak dua kali dalam al-Qur’an iaitu Surah al-Anbiya’ ayat 85 dan Surah Sad ayat 48.”[18] Ringkas huraian Zulkifli namun padat dan tepat.

“Alhamdulillah, tahniah. Keputusan Thanawi kamu juga baik, Mumtaz ya? Insya-Allah, keputusan temuduga akan diumumkan nanti. Kami doakan moga kamu dapat menuntut ilmu di bumi barakah, bumi yang didoakan Rasulullah SAW, jua bumi di mana jasad Rasulullah SAW disemadikan.”, kata Syeikh Dr. Mahmud Qadah dengan tersenyum.

____________________

[1] Baling

[2] Teramat jauh

[3] Sedaya upaya

[4] Penakut

[5] Hadis Riwayat Muslim, no. 1

[6] Surah al-Qamar: 49

[7] Taisir Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al- Mannan, 1/827

[8] Jubah luar

[9] Riwayat al-Bukhari, no. 1885)

[10] Rujuk Fath al-Bari 4/98

[11] Riwayat al-Bukhari, no. 1876

[12] Rujuk Fath al-Bari, 94/4

[13] Riwayat al-Bukhari, no. 1879

[14] Syarh Sahih al-Bukhari, 10/64

[15] Kiraan timbangan

[16] Riwayat al-Bukhari, no. 1889

[17] Surah al-Anbiya’: 85

[18] Al-Bahr al-Muhith,7/460

Sumber Asal: zulkiflialbakri.com

 Artikel Barkaitan:

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Prolog

 Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 1- Budak Kampung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 2 - Bukan Lagi Yang Dulu

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 3 - Ramadhan di Kubang Kekura

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 4 - 10 Malam Akhir Ramadhan

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 5- Indahnya Raya

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 6- Atlit Takraw SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri :Bab 7 - Sambutan Hari Kebesaran Islam

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 8- 11A di SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 9- Bekwoh di Tranung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 10- Usrah, Tarbiah dan Dakwah

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 11- Cerita Budak Kubang Kekura di depan Syeikhul Azhar

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 12: Al-Arqam dan Nadamurni

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 13: Belajar dan Mengajar

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 14- Jemaah Tabligh

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 15 - “Demonstrasi Aman” di SMAASZA