Sedih kan tengok abang belon dikerjakan cukup-cukup oleh DBKL? Cuba kita tenung lama-lama, kita tengok apa yang tengah berlaku sebenarnya dekat kita ni. Cuba perhati, siapa pimpinan bangsa lain atau pimpinan bangsa kita sendiri yang pertahankan gila-gila abang belon.
Lepas tu kita bayangkan sekejap kalau abang belon tu bukan bangsa melayu. Sabar, bukan nak trigger siapa-siapa. Ini realiti, kita bayangkan je dengan hati yang lapang. Bayangkan je.
Dapat bayangkan tak sekasar mana penguatkuasa bebangsa melayu akan ambil tindakan?
Ya betul, apa berlaku pun kita kena dengar kedua side punya cerita. Macam mana pun aku tak setuju, setakat jual belon je perlu di keroyok bagai nak gila dan hancurkan segala barangan dekat tangan dia yang jelas setiap satu tu ada kos. Tak kira apa pun kesalahannya, berpada-padalah kita jalankan tugas.
Dan kalau kita perasan, penguatkuasa berbangsa melayu kita kurang skill negosiasi dan banyak video yang lalu di wall kita ni menampakkan penguatkuasa berbangsa melayu kita bila berdepan dengan bangsa melayu, aggresifnya semacam. Kena provok sikit, dia mudah hilang rasa empati dan terus balun tak peduli apa dah. Tiba-tiba jadi samseng yang ada kuasa. Banyak dah yang berlaku macam tu.
Jangan.
Setiap tugasan yang kita di amanahkan ni, paling utama kita kena buat ialah budi bicara. Cuba bincang baik-baik, cari jalan untuk mudahkan. Tak boleh juga, cari jalan untuk ambil tindakan yang tidak melebih-lebih. Kena ada hati. Kena selalu bayangkan kalau kita di tempat orang yang kita nak rembat tu. Penting gila budi bicara ni dalam jalankan tugas. Takkan nak kena bagi ras*ah baru boleh nak budi bicara?
Mana hati kita saat kita belasah orang awam gila-gila tanpa sikit pun kasihan, tanpa sikit pun kita peduli nasibnya yang bergelut dengan hidup hari-harinya, pakai alasan, "kita hanya menjalankan tugas"?
Sehina itu ke hati kita?
Sedih beb. Serius sedih.
Banyak dah aku bantu kes-kes kena bedal dengan pihak berkuasa gila-gila ni, bila esok kita lawan balik, kita lawan pakai undang-undang, masa tu penguatkuasa yang sebelum ni sombong takda hati langsung ni tiba-tiba jadi selembik-lembik manusia, masa tu lah merayu minta ampun, takut kena gantung tugas, takut kena buang kerja, menangis-nangis minta belas. Merayu-rayu cakap dia minta ampun, dia ada anak bini yang nak kena sara. Ayah dengan ibu di kampung dah tua, nak kena jaga. Siap minta peluang sekali lagi supaya tak ambil tindakan pada dia.
Padahal bila dia dalam keadaan tengah gagah takda tekanan, dia tak pernah ada sikit pun belas bila dia jalankan tugas. Dia gunakan kuasanya cukup-cukup untuk kerjakan kita. Demikian lah hati segelintir kita yang ada kuasa. Kita mungkin tak pernah miskin, hidup selesa. Jadinya kurang sensitif pada situasi-situasi yang sepatutnya kita kena bantu ni.
Setiap belon yang pecah, yang terbang tu semua kos. Sikit bagi kita tapi banyak bagi orang yang betul-betul terdesak. Berapa hari lagi nak raya, semua desperate nak cari duit untuk raya. Bukan untuk kita pun. Untuk nak dapat belikan isteri baju raya, nak dapat tengok anak-anak happy bila kita belikan baju raya. Nak bagi anak-anak sedara duit raya. Itu je pun pilihan kita ada untuk buat last minit ni. Tak boleh bayang, saat kita struggle habis nak happykan keluarga, anak-anak, alih-alih balik tangan kosong. Baru kena rembat dengan penguatkuasa yang juga ada anak isteri dan akan sambut raya sama macam kita ni.
Kita bukan tak tahu, tahun 2024 dan 2025 ni sangat mencabar ekonominya buat peniaga-peniaga. Bukan mencabar sikit, mencabar banyak. Alih-alih bila nak usaha sehabis baik untuk bertahan hidup, habis dikerjakan sampai rugi teruk. Ahh sedihnya. Ya, kadang-kadang kita ni nak mencelah sikit je, harap ada rezeki. Tiba-tiba datang penguatkuasa henyak kita cukup-cukup macam kita ni buat kesalahan makan rasuah RM200,000 sebulan macam boss dia. Padahal kita ni jual belon je. Kena lanyak teruk sampai miskin, bos dia makan duit taukey-taukey j*di sampai ratus ribu, dia usik pun tak berani. Siap tolong jaga dan bagi layanan terbaik pada funder-funder bos dia dekat bandar KL ni.
Sahabat-sahabat yang diamanahkan ada kuasa, berpada-padalah.
Kalau dengan bangsa lain, siap kena maki, bukan main boleh sabar lagi. Jangankan nak cuit, kalau cuit pun, lepas tu kena balas dengan maki, "u jangan kurang ajar ya, u jangan sampai saya hantam sama u.", terus duduk diam. Terkulat-kulat tak tahu nak buat apa.
Ahh sedih.
Paling sedih bila pimpinan kerajaan yang muda-muda pegang kuasa ni jenis tak campur langsung apatah lagi nak keluarkan kenyataan bila rakyat kena gasak macam ni, nampak gaya tua ke muda ke sama je memang takda hati dekat rakyat yang miskin ni sangat pun. Dr Akmal jugak lah fighter setiap isu jadi ni semua dia sambut asalkan tajuknya nasib rakyat.
Kita betul-betul ketandusan pemimpin-pemimpin fighter yang betul-betul pedulikan nasib kita yang tak kaya. Yang struggle untuk hidup hari-hari mendatang ni.
Penutup Ramadhan yang mulia, banyak betul kita dihidangkan dengan kisah-kisah yang macam ni. Entah apa Tuhan nak tunjukkan pada kita.
P/s : Beruntunglah bangsa lain selain melayu yang dapat pemimpin aggresif, setiap yang berlaku pada bangsa mereka walaupun kecik, mereka mesti ambil peduli, mesti suarakan dan ngo-ngo diorang akan sambut juga setiap tekanan yang sampai dari pimpinan mereka. Serius untung gila.
0 comments:
Catat Ulasan