AKIBAT TERUK DIKECAM, AKHIRNYA MUFTI PERLIS PADAM STATUS FITNAH
1. Mufti Perlis dengan angkuhnya menuduh Ashairah Maturidiah sebagai aliran yang hasad dengki, kaki kfir orang, pembhong, cerita dongeng, puja kubur, khurafat, fikiran sempit dan pelbagai tuduhan keji dan busuk keluar dari tulisannya.
2. Jika masyarakat Melayu yang terkenal dengan cermat, adab sopan dan budi bahasa yang tinggi, serta disulami dengan ajaran agama yang mengajar supaya menjauhi fitnah dan kata-kata nista, maka jelas betapa jauhnya jurang antara perangai Mufti Perlis konon ‘penegak sunnah’ ini dengan adab dan akhlak para habaib dan ulama sufi yang sentiasa menjaga lisan daripada kekotoran dan permusuhan sesama manusia, apatah lagi umat Islam.
3. Tulisan pensyarah USM itu memperlihatkan seorang yang penuh dendam kesumat, menyimpan kebencian yang sudah lama membusuk dalam dadanya, menghamburkan sumpah seranah terhadap aliran haq — ASWJ Ashairah dan Maturidiah.
4. Akibat tulisan celuparnya terhadap Ashairah Maturidiah, beliau teruk menerima kecaman daripada rakyat. Rata-rata mereka tercengang kerana tulisan buruk itu seolah-olah tidak mencerminkan akhlak seorang mufti yang sepatutnya memilik sifat samahah. Umpama kulitnya nampak baik, isinya belum tentu kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.
5. Keadaan ini memaksa beliau untuk ‘menelan semula ludahnya’, dan akhirnya tulisannya itu dipadam daripada Facebook. Mujurlah. Jika fitnah itu tidak dipadam, keadaan akan menjadi semakin parah. Segerombolan pengkagum dan pentaksub beliau yang mengangkat diri sendiri sebagai ‘pejuang sunnah’ akan bulat-bulat mengutip semua fitnah tersebut dan menyebarluaskan lagi tanpa menggunakan akal.
6. Inilah lumrah; fitnah tidak akan kekal, kebenaran pasti akan muncul. Perbuatan fitnah dan kata-kata nista daripada Mufti itu tidak dapat bertahan lama apatah lagi ia tidak pernah dicontohi oleh Nabi, Sahabat dan salafussoleh. Tiada sebarang dalil dalam Sahih Bukhari pun untuk memuja perbuatan beliau.
7. Kita doakan semoga Allah menyelamatkan masyarakat kita daripada dijangkiti pemikiran ekstr3m yang biadap dan tidak bertamadun itu. Amin