Kenapa Nabi Musa Yang Tanya?
Oleh:Dr Ahmad Sanusi Azmi
1. Setelah difardukan solat sebanyak 50 waktu, Rasulullah turun ke langit dunia dan berselisish dengan Nabi Musa. Nabi Musa menasihatkan agar Rasulullah mohon keringanan terhadap solat 50 waktu tersebut. Persoalan timbul di sini, mengapa Nabi Musa yang tanya?
2. Mengapa bukan Nabi Ibrahim yang tanya kerana Baginda sepatutnya melalui Nabi Ibrhaim dahulu pada langit yang ke 7 sedangkan Nabi Musa di langit yang ke 6? Apakah hikmah daripada pertanyaan Nabi Musa ini?
3. Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan pandangan sebahagian masyaikh yang menyatakan bahawa pertanyaan dan cadangan yang disuarakan oleh Nabi Musa itu adalah kerana Nabi Musa pernah memohon agar diberikan ruang untuk melihat Allah. Namun beliau pengsan saat insiden itu berlaku, ini direkodkan di dalam surah al-A’raf: 143.
4. Namun kemuliaan bertamu ini diberikan kepada Nabi Muhammad. Baginda bukan sekadar dikurniakan solat secara “direct”, malah berulang kali diberikan peluang sedemikian. Kata Ibn Hajar:
حِكْمَةً لِاخْتِيَارِ مُوسَى تَكْرِيرَ تَرْدَادِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَمَّا كَانَ مُوسَى قَدْ سَأَلَ الرُّؤْيَةَ فَمُنِعَ وَعَرَفَ أَنَّهَا حَصَلَتْ لِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَصَدَ بِتَكْرِيرِ رُجُوعِهِ تَكْرِيرَ رُؤْيَتِهِ
“Hikmat pemilihan Nabi Musa (sebagai orang yang menasihati Rasulullah) agar berulang alik menghadap Allah ialah kerana ketika mana Nabi Musa memohon agar dikurniakan kelebihan untuk melihat Allah, permohonannya itu terhalang. Dan ketika dia tahu yang peluang ini diperolehi oleh Nabi Muhammad, maka dia (menasihatkannya sedemikian) dengan tujuan agar berulang-kali Rasulullah itu berulang-alik dan mempunyai peluang untuk menghadapNya.”
0 comments:
Catat Ulasan