Banyak yang tak betul atau penuh kelentong dalam poster propaganda Madani ni.
Oleh:Lim Sian See
Semalam saya dah huraikan tentang pencapaian kononnya "FGV pulih dari kerugian pada Q2 2024." yang sebenarnya bermaksud Madani berjaya "pulihkan" FGV dari rugi yang dia sendiri buat pada 2023, tapi masih jauh lebih rendah (77%) dari zaman PN tahun 2022 dan 2021.
Pagi ni, saya sambung lagi dengan tiga "pencapaian" lain:
1. PENGUKUHAN RINGGIT: Kononnya terbaik di Asia Pasifik untuk tahun 2024.
Realitinya, prestasi Ringgit pada tahun pertama Madani (2023) antara yang paling teruk di Asia Pasifik dan jatuh ke paras terendah dalam sejarah.
Walaupun nilai Ringgit naik sikit pada hujung 2024 (RM4.47), ia masih lebih rendah dari tempoh awal Madani (RM4.23 pada Januari 2023). Jauh sekali dari RM3.86 pada April 2018 masa Najib sebelum PRU14.
Mantra "Najib turun, Ringgit naik" masih gagal menjadi kenyataan walaupun hampir 7 tahun berlalu sejak PRU14.
Dulu, Rafizi bagi "Salam 4.4, Malaysia masih aman" pada Najib bila Ringgit lemah RM4.40. Tapi sekarang, bila Ringgit RM4.47, tiba-tiba ini jadi "megah", "paling baik prestasi", dan satu pencapaian pula?
2. PERTUMBUHAN EKONOMI: 5.2% bagi 9 bulan pertama 2024 berbanding 3.8% pada 2023.
Ramai tak tahu, kadar KDNK tiga tahun lepas telah diejas oleh DOSM awal tahun ini supaya angka 2024 nampak cantik:
2021: Dari +3.1% ke +3.3%.
2022: Dari +8.7% ke +8.9%.
2023: Dari +3.7% ke +3.6%.
Seumur hidup saya perhatikan data ekonomi Malaysia, tak pernah nampak data KDNK diejas sebesar ini untuk tahun-tahun lalu.
Bila tahun-tahun lepas diejas maka tahun terkini pun nampak lebih cantik.
Tapi walaupun dah diejas, 5.2% pada 2024 masih lebih rendah dari 8.7% (sebelum ejas) pada 2022 di bawah BN-PN dan 5.9% pada 2017 di zaman Najib.
3.8% pada 2023 pun bawah Madani, jadi propaganda ni sebenarnya bermaksud:
"Madani berjaya pulihkan kadar KDNK tahun 2024 dari kerosakan yang dia sendiri buat pada 2023."
3. DAGANGAN ANTARABANGSA: Pemulihan eksport tapi lebihan dagangan merosot.
Eksport naik 5.3% dalam tempoh 9 bulan 2024 setelah jatuh 8% pada 2023 (juga di bawah Madani). Tapi masih jauh dari pertumbuhan 18.9% pada 2017 zaman Najib.
Lebihan dagangan (trade surplus) pula:
Jatuh 47% untuk tempoh 2024, selepas jatuh 16% pada 2023 (banding 2022).
Kesimpulannya: Madani berjaya pulihkan sedikit keadaan dagangan antarabangsa pada 2024 daripada "kerosakan" yang dia sendiri buat pada 2023.
Ada baki 13 lagi "pencapaian" dalam poster ni. Saya akan hurai satu persatu dalam posting-posting seterusnya. Stay tuned!
0 comments:
Catat Ulasan