"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 31 Mac 2024

Perkasa teruskan boikot stesen minyak Petronas


story-image
mk-logo

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kekal dengan keputusan untuk meneruskan kempen bagi memboikot pembelian petrol di stesen minyak Petronas selama seminggu bermula 1 April ini.

Presidennya, Syed Hassan Syed Ali berkata ia susulan keputusan gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan Bumiputera untuk kontrak pemasangan panel solar.

"Perkasa kekal akan kempen di kalangan ahli-ahli Perkasa bermula 1 April selama seminggu dengan tidak membeli petrol di stesen-stesen Petronas selagi tiada kenyataan konkrit dari Petronas sendiri berkaitan kontrak pemasangan panel tenaga solar di 300 stesen.

"Perkasa juga berharap orang Melayu bersama dalam kempen ini. Isi petrol di lain-lain stesen yang dipunyai oleh Bumiputera," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, meskipun Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyatakan kesediaan Petronas untuk menubuhkan Konsortium Kontraktor-Kontraktor Melayu untuk Projek Solar Petronas, namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan syarikat minyak itu sendiri.

Kelmarin DPMM memaklumkan Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuan dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan.

Presiden DPMM Norsyahrin Hamidon berkata, kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan antara DPMM dan Gentari di pejabat pengurusan syarikat itu Rabu lalu.

Perkasa hairan DAP bela Petronas

Sebelum ini, gesaan Perkasa agar Petronas diboikot dibidas Adun Asaka dari DAP, Jason Ng.

Ng berkata Solarvest Energy Sdn Bhd menerima kontrak itu ialah syarikat tersenarai di bursa saham dan terbukti pakar dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Kepakaran itu katanya, membuatkan mereka turut mendapat kontrak daripada Tenaga Nasional Berhad.

Mengulas perkara itu, Syed Hassan berkata Perkasa hairan secara tiba-tiba DAP membela Petronas dengan menghentam sesiapa yang mengecam syarikat minyak berkenaan.

"Tapi bila melihat isu yang mereka sanggup menyerang orang yang mengecam Petronas maka tak perlu hairanlah. Apa sahaja mengaitkan kepentingan kaum bukan Bumiputera mendapat keuntungan, mereka akan pertahankan walaupun terbukti tiada keadilan kepada kaum Bumiputera. Jadi siapa yang rasis sebenarnya?

"Menganugerahkan projek solar di keseluruhan 300 stesen Petronas kepada sebuah syarikat bukan Bumiputera oleh pihak yang dikaitkan dengan Petronas bernama Gentari yang CEO nya adalah bukan Bumiputera, tak boleh dianggap rasis. Yang rasis adalah Perkasa iaitu pihak yang menentang. Itulah DAP," katanya lagi.

Sementara itu, Perkasa juga mahu Presiden Petronas yang juga ketua pegawai eksekutifnya menarik balik kenyataan yang mendakwa kontraktor Bumiputera tiada merit untuk melaksanakan kontrak tersebut.

Perkasa menganggap dakwaan tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas yang dikeluarkan oleh "seorang Melayu yang mendapat jawatan setinggi itu".

"Ya, memang benar kontraktor Bumiputera tidak akan dapat menandingi harga jika masuk tender sebab rangkaian kedai bahan binaan dan alat-alatan panel solar itu pun dikuasai oleh bukan Bumiputera.

"Bagaimana Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) baru-baru ini yang ada sesi khas timbalan perdana menteri II sepentas bersama Presiden Petronas sendiri dan beberapa orang wakil kontraktor Bumiputera yang merupakan pemain industri tenaga solar, apakah ia sebagai retorik sahaja demi memenuhi agenda tiga hari perjalanan KEB tersebut?

"Apa yang diputuskan dalam sesi dalam KEB tersebut? Ada sentuh isu merit? Isu harga? Jika kerana harga, Bumiputera dilihat tiada merit, maka kerajaan perlu beri semua kontrak bina sekolah, jalan raya, hospital, kompleks kerajaan, hospital-hospital dan lain-lain kepada syarikat-syarikat atau kontraktor-kontraktor bukan Bumiputera sahaja. Tak perlu jemput kontraktor Bumiputera masuk tender," katanya lagi.

-MalaysiaKini

Kisah Atok:Kenny,Batman Dan F Team

 Kisah Kenny dan Batman 

Kamaruddin Hashim @ Kenny 

Satu kisah benar yang sangat indah  mengenai perhubungan akrab di antara seorang Pegawai Kanan Polis dari Special Branch dengan seorang bekas Pengganas Komunis bersenjata namun diakhiri dengan satu peristiwa menyayat hati. Pegawai Kanan Polis itu adalah sahabat karib atok DSP Kamaruddin Hashim yang lebih dikenali dengan panggilan Kenny. 

Ingat tak pengganas Komunis bernama Batman dalam kisah2 atok yang lalu. Batman tu gelaran nama sebenar Ah Choy, dia seorang anggota pengganas Komunis yang ditawan secara  peribadi dan single  handed oleh DSP Kamaruddin Hashim @Kenny sewaktu dia sedang mengambil surat rahsia dari DLB dalam hutan di Telemong Pahang tahun 1977. Ia sebahagian dari satu projek yang dirancang oleh Kenny dan F Team.  Surat rahsia itu pun diletak oleh Kenny sendiri sebagai umpan untuk menangkap Komunis itu hidup2. Operasi ini berjaya dilaksanakan ekoran penangkapan Ketua nombor satu MNLF sebuah organisasi underground Komunis di sekitar Lembah Kelang bernama Robin, nama sebenar Chye Kar Leong. Penangkapan Robin juga dilakukan oleh Kenny dan F Team. 

Dalam projek menawan Batman tersebut, Kenny terpaksa memanjat pokok jejawi  dan terjun setinggi lebih 10 kaki untuk menerkam Batman,  dan dia menumbuk muka Batman sekuat hati hingga bengkak membuat dia lembik tak berupaya melawan lagi..

Ketika kejadian, it's a matter of life and death sebab kedua2 pihak mempunyai senjatapi, Batman memegang senjata Carbine dia boleh menembak bila2 masa, Kenny pulak hanya guna pistol Llama itu pun diselitkan di pinggang sahaja...kisah penuh dalam buku atok ye. Tajuk buku F Team Rahsia Dalam Rahsia dan Tenggelam Dalam Rahsia. 

Batman bukan pengganas yang calang2...dia taiko, dia telah diasuh dan dididik dengan ideology Komunisme sejak di bangku sekolah rendah  lagi....bila meningkat remaja dia menyertai organisasi bawah tanah komunis MNLF atau Malayan National Liberation Front, dia juga dilatih cara2 menggunakan senjatapi. Sentimen anti Kerajaan nya meluap2, dia benci tentera, dia benci polis dia benci Raja, dia benci kapitalis, dia benci orang kaya2 yang membolot harta negara. Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam perjuangan Komunis,  dia kemudian masuk hutan menyertai pasukan bersentaja PKM iaitu 9th Armed Work Force  AWF di kawasan hutan Telemong,  Pahang. Tujuannya untuk mengikuti rakan2 revolutionary yang lain memberontak dan merampas kuasa dari Kerajaan Malaysia kita menggunakan senjata. Oleh kerana kegigihannya dia kemudian dilantik naib ketua dalam 9th AWF yang terdiri dari 24 orang Pengganas Komunis bersenjata kawasan operasinya di hutan Telemong sampai ke Karak dan Manchis. Ketua 9th AWF ialah Pang Kuan, tapi di satu ketika kedudukan Pang Kuan diambil alih oleh oleh Robin apabila Ketua Nombor 1 MNLF itu diarah oleh Chong Chor masuk hutan bagi mengelakkan diri dati tangkapan oleh Special Branch.  

Batman pernah menyertai gerombolan Pengganas Komunis yang menyerang Balai Polis Simpang Pertang Durian Tipus di Jelebu Negeri Sembilan menyebabkan seorang anggota Polis terbunuh dan sejumlah besar senjataapi Polis di rampas....cerita ini pun ada dalam buku atok

Pada hari kejadian di hutan Telemong, Batman keluar dari hutan bersama seorang lagi rakan pengganas  untuk mengambil surat rahsia di suatu DLB terletak ditepi jalan balak dalam hutan...surat itu sebenarnya adalah perangkap yang dipasang oleh Kenny ...tujuan Kenny hendak menangkap pengganas hidup2. Ia dilaksanakan dengan kerjasama oleh Robin yang sebelum itu telah ditawan oleh F Team di Bentong.

Operasi menawan Ah Choy atau Batman sukses... kedua2 pengganas dapat ditawan hidup2 tanpa perlu melepaskan sebiji peluru pun. Peristiwa penuh  ada dalam buku atok tak payahlah tulis semula panjang2 di sini......

Selepas ditawan, Batman dan seorang lagi pengganas telah dibawa balik ke markas F Team...tiba di markas, Batman serta rakannya  terus disoal siasat oleh pasukan soalsiasat...Kenny, walau keletihan dan tugasnya sudah selesai  dia tak balik ke rumah...dia kekal berada di markas melihat Batman disoal siasat...sebelum soalsiasat bermula  Kenny jumpa dan melayan Batman dengan baik walau dia musuh. Timbul rasa kesian melihat muka pengganas itu bengkak bengkil kena  penumbuknya ...Kenny mengambil kain basah dibersihkan muka dan badan Batman yang masih bergari.  Mata Batman nyata bengkak terkena tumbukan padu dari Kenny.  Kenny juga menyapu minyak kepada kecederaan itu...namun kecederaan dianggap ringan taklah serious, tak pecah atau berdarah...

Agah aneh melihat Kenny seorang pegawai yang garang, tegap dan tangkas berkelakuan lembut dengan seorang Pengganas Komunis yang baru ditangkapnya...mungkin inilah satu keajaiban yang diaturkan oleh Allah. 

Dalam soalsiasat,  tanpa diduga, Batman cepat menyanyi...maknanya dia mula bercakap membongkar segala rahsia yang ada dalam perutnya. Perkara2 yang mengandungi maklumat taktikal  diceritakan oleh Batman tanpa perlu pihak team soal siasat menggunakan kekerasan. Dengan segera Pasukan F dapat merancang tindakan susulan keatas saki baki Pengganas di hutan Telemong. 

Mengapa agaknya dia begitu cepat membuka mulut, sedangkan dia sorang cadre yang berpengalaman dan berkaliber....pada hemat atok ada empat faktor yang membuat dia begitu...

Pertama dia terkesima melihat layanan yang diberikan kepadanya oleh pihak Cawangan Khas...sebelum itù dia sentiasa mempunyai tanggapan bahawa Polis jahat, polis bunuh orang, polis seksa orang...tapi apabila ditawan  perkara itu tidak pula berlaku kepada dirinya...dia diberi layanan baik, diberi makan, minum dan rokok. Malah dia tersentak melihat pegawai polis yang menangkap dan menumbuknya hingga hampir pengsan datang sendiri untuk merawat luka2nya...Dia juga melihat pasukan Cawangan Khas terdiri pelbagai  bangsa...Cina, Melayu,  India semua ada. Mereka semua orang baik2 berkerja dalam satu team yang harmoni....ini membuatkan hati Batman segera cair. Dia mula merasai bahawa segala dakyah yang diterima dari ketua2 komunisnya adalah tidak benar....

Kedua dia telah disemukakan dengan ketuanya ulungnya Robin@ Chye Kar Leong yang  juga telah ditawan....Robin yang selama ini menjadi idolanya juga dilihat telah  memberi kerjasama sepenuhnya kepada Cawangan Khas....apatah lagi dia hanya orang bawahan.

Ketiga, Batman punya isteri juga seorang pengganas,  isterinya sedang mengandung masih berada dalam kem pengganas di hutan Telemong.  Pasti dia takut isterinya akan dibunuh oleh Pasukan keselamatan....

Paling penting, Batman diyakinkan F Tdan Special Branch bukan berhasrat membunuh rakan2nya termasuk isterinya dalam hutan , tetapi Special Branch mahu menolong mereka keluar dari hutan secara Aman damai dan memberi peluang kepada mereka untuk kembali semula ke pangkuan masyarakat. 

Sebaik soal siasat berakhir,  keesokan hari operasi dilancar oleh Pasukan keselamatan untuk mengepung khemah 9th AWF di hutan Telemong. Pasukan penggempur yang  digerakkan terdiri dari F Team, Vat69 dan Risik Tentera. 

Kenny mengetuai operasi...Kenny berjalan hadapan sekali bersama Batman. Awalnya F Team merancang untuk mengepung kem pengganas itu dengan bantuan Vat69 dan tentera...sebelum tindakan menyerbu, mereka akan menggunakan loud haler untuk menyeru pengganas dalam bilangan hampir 20 orang untuk menyerah diri atau mereka ditembak dan dibunuh...

Tanpa di sangka, semasa F Team berbincang cara-cara untuk melaksanakan operasi itu, 

Batman sendiri  menawarkan diri untuk masuk ke khemah bersendirian...dia berjanji akan memujuk kawan2nya supaya menyerah diri. Dia menjadikan dirinya sebagai galang ganti...bunuhlah saya kalau saya belot, katanya...

Bersambung.....

Nukilan: Zahriman Alias 

Sabtu, 30 Mac 2024

Scammer:Skim pelaburan bodoh Yang ramai cerdik pandai terjebak

 Pakej pelaburan bodoh. Maaf kasar. 

Berleluasa dalam telegram. 

Dia main invite je orang dalam group. 

Ada beberapa group offer benda yang sama. Masuk RM 500, dapat RM 15,000 (30 kali ganda). 

Tak sempat ko nak berbuka sehari puasa dah untung 3000%. 

Akan ada beberapa orang akan jadi kaki bakar konon-konon dapat duit dalam masa 3-6 jam. 

Memang tempting untuk mereka yang tamak.  

————————————-

SALAM PAGI TUAN/PUAN 

HARI NI OPEN SLOT JOIN 

📊🌍𝙋𝘼𝙆𝙀𝙅 𝙋𝙀𝙇𝘼𝘽𝙐𝙍𝘼𝙉🌍📊


             📊𝙋𝘼𝙆𝙀𝙅 𝘽𝘼𝙎𝙄𝘾

𝙈𝙊𝘿𝘼𝙇              𝙐𝙉𝙏𝙐𝙉𝙂

✅RM 500          ✅RM 15,000

✅RM 1,000       ✅RM 30,000

✅RM 1,500       ✅RM 60,000

            📊𝙋𝘼𝙆𝙀𝙅 𝙎𝙄𝙇𝙑𝙀𝙍

𝙈𝙊𝘿𝘼𝙇              𝙐𝙉𝙏𝙐𝙉𝙂

✅RM 2,000       ✅RM 90,000

✅RM 3,000       ✅RM 120,000

✅RM 4,000       ✅RM 170,000

           📊𝙋𝘼𝙆𝙀𝙅 𝙂𝙊𝙇𝘿 

𝙈𝙊𝘿𝘼𝙇               𝙐𝙉𝙏𝙐𝙉𝙂

✅RM 5,000       ✅RM 220,000

✅RM 7,000       ✅RM 260,000

✅RM 10,000     ✅RM 400,000.

𝘾𝙊𝙉𝙏𝙊𝙃 𝙋𝙀𝙇𝘼𝘽𝙐𝙍𝘼𝙉:

Sekiranya melabur hari ini RM 1,000 Dalam Masa 3 jam Wang masuk ke dalam akaun bernilai RM 30,000

☑️ Kongsi hasilnya bila anda menang

(30% untuk Saya) - (70% untuk Ahli)

𝘾𝙤𝙣𝙩𝙤𝙝 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙪𝙣𝙩𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣

☑️ Modal RM 1,000 hasilnya RM 30,000

☑️ Hasil RM 30,000 dikongsi 30% / 70%

☑️ Untuk Saya 30% = RM 9,000

☑️ Untuk Ahli 70% = RM 21,000

☑️ Keuntungan dijamin 99% kehilangan 1%

Ayuh !!! Melabur dengan kami lihat sendiri keuntungan nya

🅟🅔🅝🅣🅐🅓🅑🅘🅡 @

 —————————

Mohon jangan ada kawan saya yang masuk benda ni. Kalau masuk juga saya unfriend. Ni dah bagitau ni 😂

#Scammer

Credit 

Khamis, 28 Mac 2024

KOLEKSI RESEPI:RENDANG DAGING TUMIS

 RESEPI RENDANG DAGING TUMIS

DAGING 1 1/2 kg@Ayam 1 ekor 1.4-1.7 kg

Resepinya sama juga seperti rendang rendang saya yang lain.

CUma bezanya rendang ini ditumis guna

minyak 1 cawan.

Tumis kulit kayu manis 5,

bunga lawang 6

bunga cengkih 7

biji pelaga 10

sampai harum.

Pastu masukkan kisaran

bawang putih 7 ,

bawang merah 12,

halia 3 inci,

lengkuas 3 inci,

serai 8 ,

6 biji buah keras

cili mesin 3 sudu besar yang telah dikisar ( jika tak nak pedas guna cili kering + cili merah)

Dah didih dan dah keluar minyak masukkan ayam atau daging.

Kacau lagi sampai separuh masak.

Kemudian

Masukkan serbuk jintan manis 2 sudu besar

Serbuk jintan putih 2 sudu besar,

serbuk ketumbar 2 sudu besar,

serbuk lada putih 1 sudu besar,

serbuk lada hitam 1/2 sudu besar,

garam kasar 1/2 sudu besar,

1 sudu besar gula ,

2 kiub ayam @serbuk perasa

1 biji buah pala

DAN

masukkan santan 500ml

Kacau semuanya dan sebatikan.

Bila dah agak kuahnya kering sedikit masukkan hati lembu ( sebesar 3 jari saja)yang telah dihancurkan / dikisar halus ( hati direbus dulu).

penggunaan hati lembu dalam semua rendang saya adalah bertujuan untuk lebih menyedapkan lagi rasa rendang tersebut tapi jika tidak ada, tak perlu bubuh atau dimasukkan kedalam rendang anda itu. Tidak mengapa. Tetap sedap juga.

Gaul lagi.

Bila rendang daging dah masak sepenuhnya masukkan kerisik 150gram @ 5-6 sudu besar dan gaul semuanya supaya sebati.( kerisik mesti guna 6-7 sudu besar penuh untuk resepi ini sebab warna rendang dipengaruhi oleh warna kerisik). ( beli kerisik warna koko gelap)

Kacau lagi sampai rendang kering dan bertukar warna. Nak warna seperti dalam gambar ‘ lebihkan kerisik dan kerisik tu mesti yg bewarna hitam@cokelat gelap@tua

( bukan yg warna cerah@ kuning)

Dah siap

Fb: Ida shahida

Koleksi Resepi:Dalca Sayur

 Dalca Sayur

Kacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)

Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)

Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)

Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) buah pelaga takyah

Santan

Sayur yang digemari

Cara-cara :

1) Rebus kacang dal sampai empuk. Kalau ikut Masterchef, campak kat dinding, dal tu melekat maknanya dah empuk..hehe..penuh dinding korang ngn dal kang...

2) Panaskan sikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis

3) Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau

4) Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing

5) Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras

(aku guna carrot, kacang panjang dan kentang)

6) Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut. Aku letak terung je

7) Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan

😎 Perasa kuah dalca tu tunggu sampai mendidih. Boleh la tutup api

Credit 

Kisah Atok:Monolog Dengan Arwah Mak Atok Aishah bt Long, meninggal 26 Jan 1960... Alfatihah.

 Monolog Dengan Arwah Mak Atok  Aishah bt Long, meninggal 26 Jan 1960... Alfatihah.

Gambar Atok ketika berumur 12 tahun yang diambil bersama gambar mak di foto studio Thien Meng Rembau

Assalamualaikum mak...Mari duduk sama2 kita cerita kisah2 lama boleh tak mak...meh mak kita duduk dekat2  ....

Sebelum tu Iman nak cakap kt mak, Iman  sayang mak...Iman rindu mak, lama kita terpisah, dah lebih 60 tahun mak. Dulu masa mak pergi Iman kecik lagi, adik Awo lagi kecik. Dia 7 tahun Iman  12. 

Mengapa mak pergi cepat sangat...Iman masih dahagakan kasih sayang mak, peluk cium mak , mak dah pergi tinggalkan Iman, tinggalkan adik Awo dan kami semua. Iman sedih sampai sekarang...kalau mak tak pergi hari ni umur mak dah 102 tau...Aah Kan, dah lebih 60 tahun mak pergi...lama tu. Iman harap dan doa mak sentiasa bahagia, aman damai di alam sana... Alfatihah buat mak.

Takpelah, hari ni Iman nak duduk crita2 dengan mak kisah2 kita lalu, ok mak...

Pertama, Iman masih ingat mak sorang yang sangat cantik...kalau ikut mata Iman maklah orang paling cantik di dunia. Walau emak tak berapa tinggi, tapi oklah tu...cocok sangat dengan arwah abah. Abah tu bukan tinggi sangat pun...pendek je...hihihi...

Iman paling suka tengok rambut mak...keriting, panjang sampai kt pinggang...tapi mak pandai jaga rambut. Bila mak bersikat Iman selalu duduk kt katil tepi mak...krik2 bunyi sikat mak. Tapi rambut mak tak gugur macam rambut orang lain....rambut Iman pun ikut rambut mak tau...ikal dan sehelai pun tak gugur...sampai sekarang tau mak. Iman tak lama lagi genap  76 tahun, tapi rambut Iman selai pun tak gugur...sama rambut kita kan mak. Huhuhu...tapi uban banyaklah. Uban Iman kurang sikit je dari uban Bang Ngah Dzul...uban dia teruk betul...tapi rambut pun sama mak...ikal dan tak gugur. Abang Ngah Dzul pun dah pergi mengadap Illahi dua tahun lepas mak. Alfatihah  buat  beliau.

Gambar terakhir mak yang diambil di foto studio Thien Meng Rembau sekitar Julai 1959

 Bestlah...kitorang semua ikut rambut mak. Satu lagi yang special pasal rambut mak...emak tak pernah gerbangkan...kt rumah mak mesti sanggulkan rambut mak, nampak cantik je....pastu mak cucuk dengan pin2 rambut yang besar panjang warna silver tu. Iman selalu main pin rambut mak cucuk sana cucuk sini...sori ye mak. 

Ada lagi lah mak....orang dalam kampung sorang pun tak ada pakai netting kt rambutnya macam mak...rambut mak sorang je yang pakai net kan mak...I love you mak... love you a lot. 

Muka mak, walau tak pakai mekap macam budak2 sekarang...mak sapu bedak dalam kotak yang gambar cina tu je, tapi muka mak, pipi mak sentiasa licin, bersih, gebu...Iman suka sangat cium pipi mak.

Mak orang baik kan mak...Iman suka mak, tak pernah marah atau pukul Iman, kan mak. Tapi mak kalau mak tunjuk garang...huh, macam singa. Iman ingat lagi...Masa tu kita kt sawah padi sedang cangkul sawah...tiba2 uwan tu datang kacau, dia serang mak...dia kata sawah tu dia punya. Dia angkat batang cangkul nak pukul mak...masa tu mak macam heroin bantai dia balik, sentap baju dia, gumpal2 kt dalam lumpur ..haa baru padan muka dia kan mak. 

Lepas tu kali kedua dia buat hal lagi...Masa kita pergi pejabat DO bicara pasal tanah tu... DO dah putuskan tanah tu milik kita...dia tak puas hati lagi, kt luar pejabat Daerah dia serang mak lagi...Iman bangga dengan mak, you always fight for your right.

Apa lagi nak cerita...haa Iman suka bila mak buat kueh. Mak rajin buat kueh, macam2 kueh yg mak belajar kt WI. Yang paling syok kalau kueh mak tu hangus sikit atau pecah sikit...itu rezeki kitorang adik beradiklah. Kami tunggu je Bak ngap...hahaha. Sekali tu mak buat kueh samprit first time...agaknya bancuhannya tak betul...bila mak picit kt talam dia bunyi creett, keluar melempeng je. Kita semua ketawa ramai2. Kami cakap rupanya macam kincit Saleh...mak ingat tak Saleh budak Terengganu yang tumpang rumah kita tu...kesian budak tu, dia yatim piatu Kan mak. Dia kemudian pergi Singapura, tak tau apa jadi kepadanya...

Lagi satu...mak ni kan, suka sangat tanam bunga. Mak macam obses dengan bunga2....apa bunga jumpa  mak nak beli, pergi mana2 kalau nampak bunga cantik mesti suruh abah berhenti...mak tak segan2 pergi mintak benih kt orang tu. Yang geli hati masa pergi Cameron Highland... berkali2 kita berhenti tepi jalan sebab mak nak amik bunga orkid kt tepi tebing...Sian abah, dia jugaklah yg kena panjat, kan mak....hihihi.

Kami suka ejek mak...mak tak reti sebut Cameron Highland...mak cakap kemelelelen... hahaha lawak betul...

Kt rumah bunga mak semua dalam pasu susun kt sebelah tangga batu depan rumah....penuh, semua bunga mak. Paling banyak ialah bunga rose, itu fevret mak...bunga rose tu susah sikit nak jaga...malam penuh dengan kumbang, dia makan bunga mak. Kumbang bumble bee pun ada, warna merah bintik hitam...dia cantik tapi jahat. Hampir tiap malam mak ajak Iman keluar, bawak pelita kita pergi tangkap kumbang. Kalau dapat Iman picit2 bagi mati.

Tapi tulah mak ni...kalau mak ajak keluar tengah2 malam tengok bunga bakawali...itu yang Iman tak tahan. Dahlah sejuk, mengantuk pulak...bunga bakawali tu bukan tau kembang waktu siang...tengah malam lepas pukul 1 baru dia mula nak kembang. Mak pulak mesti tunggu berjam2 nak tengok dia terbukak...Iman jugaklah yang tunggu mak kt atas tangga tersanggut2 sebab mengantuk. Tapi Iman tetap tak marah mak sebab Iman sayang sangat mak....

Satu lagi kisah kita berdua yg Iman ingat...tapi ingatan Iman samar2 sebab ia berlaku masa Iman kecik sangat lagi. Agaknya umur Iman baru 3 tahun...Kita berdua pergi sungai kt belakang rumah kita...mak basuh kain, Iman main2 dekat mak sambil cangkung dalam air...tiba2 ada lintah masuk kt dubur Iman...mak pun ketakutan sebab Iman tau mak takut lintah. Dalam ketakutan, terjerit2 mak masih cuba tarik keluar lintah tu...makin tarik makin dia masuk... mak pun tambah panik. Lalu....

Bersambung....

Mak ingat tak abah paling fevret makan sulur keladi...masak bening buh lada sikit, dia hirup berdesup2, kan mak. Kalau nak makan sulur keladi kena masuk sawahlah cari kt tepi2 tebing tu...

Tu yang Iman ingat sangat...satu hari mak ajak Iman pergi cari sulur keladi...Cari punya cari tak jumpa. Lepas tu kita pergi tepi sungai seberang sawah cari rebung pulak...jauh kita jalan. Masa kita lalu kt pokok buluh tiba2 datang tebuan  hitam...besar ada warna merah kt badan dia....mesti tebuan jantan. Tau2...paap...dia sengat kt telinga Iman.... Aduuuh sakitnya. Iman gosok telinga kuat2....makin gosok makin sakit.

Mak segera datang tolong Iman, gosokkan, hembuskan...tah macamana Iman tiba2 gelap mata mak, pemandangan jadi kabur...lutut Iman rasa lembik mak,...kaki tak boleh pijak tanah. Iman masih sedar tapi Iman dah lembik...terkulai jatuh ke tanah. Emak jerit, mak nangis...Kita sorang2, tak ada sape kt seberang sawah tu....

Tak sangka mak begitu kuat...walau Iman berat sebab Iman dah besar bukan kecik lagi. Mak sauk badan Iman, mak pikul atas bahu ...mak lari, mak jalan, mak lari...kita jatuh, mak angkat lagi, jalan lagi...mak tak henti2 mintak tolong, malang tak ada sape di sana yang nak tolong kita. 

Jauh mak pikul Iman...mak mesti letih sangat sampai tak larat. Sepanjang perjalanan Iman separuh sedar tapi tak bermaya. Sampai tepi bendar, dekat titi batang pinang ada tempat redup, mak turunkan Iman. Kita rehat....kemudian mak masuk dalam semak, amik daun2...Iman pun tak tau daun apa...mak kunyah2 dalam mulut...mak baca2 tak tau baca apa...lepas tu mak sembur kt muka Iman, kepala Iman, badan Iman....yuk mak nii...habis muka Iman dengan air liur mak...hihihi. 

Mak memang hebat...sebentar lagi Iman dah pulih, kuat balik , boleh bangun dan berdiri...Kita pun berpeluk2 berdua jalan kaki balik rumah...mak punya parang, baldi, rebung semua mak tak kisah, mak biar je tinggal kt tepi sungai seberang sawah tu....Kan mak. sayang mak😍😍😍.

Balik mak tak cerita kt abah ke...sebab abah tak tanya pun Iman. Takpe biarlah jadi rahsia kita berdua kan mak....

Ada lagi peristiwa cari rebung yg Iman tak boleh lupa...malah kejadian tu lebih teruk...

Di hari lain kita cari rebung berdua jugak...Masa tu petang. Kita berjalan jauh tepi sungai tapi tak jumpa rebung, semua dah diambil orang. Last2 mak dapat dua ketul rebung kecik je. Mak pun ajak Iman balik...

Mohlah kito balik, takdo ghobong eh...kata mak.

Iman pun apa lagi...dengar kata balik Iman cabut lari kuat2, ingat dalam hati nak pergi main dengan kawan2 je....Iman tinggalkan mak jalan kaki sorang2 dalam sawah...

Mak...Iman mintak ampun mak, Iman buat salah besar mak. Iman tak sepatutnya tinggalkan mak jalan sorang2....Mana Iman tau mak nak jatuh kt tengah sawah tu. Itulah kesalahan paling besar seumur hidup yg Iman dah lakukan. ...Iman cukup menyesal sampai sekarang...

Sebenarnya Iman tak tau pun mak jatuh terduduk atas batas sawah. Jatuhnya pun taklah teruk sangat ...mak masih boleh bangun berjalan balik ke rumah. Mak pun masih boleh masak untuk kami petang tu..

Iman dapat tau yang mak jatuh masa makan malam tulah. Mak cakap kt abah mak jatuh dan ada keluar darah. Masa tu Iman betul2 tak tahu mak berdarah kt mana, berdarah macam mana...abah tanya mak macam2, tapi Iman tak faham apa yang mak maksudkan. Pada Iman, mak masih nampak ok...

Besok pagi Iman pergi sekolah macam biasa. Iman sekolah petang...lepas makan nasi yang ateh masakkan Iman naik basikal sampai Chengkau, kemudian naik bas pergi sekolah URES kt Rembau. Masa Iman pergi sekolah Iman tak perasan pun yang mak pergi hospital Tampin dengan abah...

Sampai sekolah, macam biasa Iman main2 dulu dengan kawan2 menunggu bell ring. Masa main2 tu tiba2 abah datang cari Iman...dia kata... lekas2, jom pergi hospital...emak sakit...

Berkirap darah Iman dengar mak sakit masuk hospital. Mengapa abah cemas, mengapa abah jemput Iman...mak sakit macamana...

Sambungan cerita mak...

Abah amik Iman dari sekolah. Dia nampak sangat cemas tapi tak cakap banyak....hanya kata mak sakit kt hospital. Iman boleh agak mak mesti sakit kuat kalau tidak takkan abah jemput Iman....tapi semalam Iman nampak tak sakit pun, kata jatuh sikit je. Dah tu sakit apa pulak....fikiran Iman makin celaru....

Dalam perjalanan ke Tampin abah singgah beberapa buah rumah kawan baiknya...abah berlari2 beritahu kawan2 nya kata mak sakit dan suruh hebah kepada orang2 lain...Iman tambah gulana...apakah musibah yang telah timpa mak....

Tiba di perkarangan hospital Tampin Iman nampak beberapa orang yang Iman kenali di sana, sedara kita, kawan abah, kawan mak pun ada sorang...Iman tak tahu nama dia, tapi kita selalu pergi rumah dia. Dia duduk kt kuarters kerajaan dekat dengan sekolah Tumku Besar, suami dia Pegawai Penerangan Tampin. Mereka semua berdiri2 je bawah pokok besar depan hospital tu. Ketika itu jugak Iman nampak dua buah terak askar...Ada ramai askar British mereka keluar dari hospital terus naik terak dan berlalu....

Abah tanya seseorang askar tu dari mana dan buat apa....mereka kata askar derma darah untuk mak, mak tumpah darah... darah keluar tak henti2....Iman turun dari kereta. Iman dengar suara perempuan meraung.... ADOOOH... SAKIIIIIT 

Berulang kali tak henti2.... Adoooh....sakiiiiit....Iman gerun mendengarnya, Tak pernah dengar jeritan begitu, sangat menyeramkan....

Rupanya itulah suara mak....

Mak....Iman henti dulu cerita....Iman tak sanggup teruskan. Iman sedih...Iman rasa bersalah. Iman yang buat mak macam ni....Iman berlalu dulu ye mak. Nanti kita sambung cerita....

Nukilan Zahriman Alias 

Rabu, 27 Mac 2024

Neelofa ditemui selamat selepas 10 jam hilang

Neelofa Entira ditemui selamat selepas dilaporkan hilang selama 10 jam dari sekolahnya - Foto IHSAN JBPM
Neelofa Entira ditemui selamat selepas dilaporkan hilang selama 10 jam dari sekolahnya - Foto IHSAN JBPM

KUCHING: Murid Tahun Lima yang dilaporkan 'ghaib' ketika menunggu untuk bersarapan di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkudu, Saratok, pagi tadi ditemukan selamat, petang ini.

Neelofa Entira Entegang, ditemui penduduk kampung di dalam kawasan kebun yang terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah berkenaan pada jam 3.24 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Neelofa kemudiannya dihantar ke Hospital Saratok menaiki ambulans untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) murid perempuan berusia 11 tahun itu diaktifkan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi tadi.

"Neelofa yang berpakaian seragam lengkap dilihat kali terakhir pada jam 5.50 pagi di dalam Kelas Tahun 5 SK Engkudu ketika menunggu sarapan disediakan.

"Kehilangannya disedari pada jam 5.55 pagi dan pencarian dilakukan oleh rakan-rakan serta guru di sekitar sekolah namun gagal menemuinya," katanya.

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok melancarkan SAR pagi tadi dalam radius dua kilometer sekeliling sekolah berkenaan termasuk di kawasan hutan.

Beliau berkata, pencarian turut disertai empat anggota polis, 10 kakitangan sekolah dan 10 penduduk kampung.

"Operasi yang diteruskan pada sebelah petang dengan pencarian diperluaskan dalam radius tiga kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat hingga ke kediaman keluarga mangsa iaitu Rumah Panjang Bundak, Sungai Anak, Saratok.

-BH Online