"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label MAHB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAHB. Papar semua catatan

Selasa, 13 Ogos 2024

‘Itulah Anwar’ — Mahathir Tidak Terkejut Pendirian Anwar Pertahan Perjanjian Berkait BlackRock

 ‘Itulah Anwar’ — Mahathir Tidak Terkejut Pendirian Anwar Pertahan Perjanjian Berkait BlackRock

Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak terkejut dengan pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan perjanjian kerajaan dengan sebuah syarikat milik BlackRock, pengurus dana Amerika Syarikat yang berdepan tuduhan bersubahat dalam jenayah perang Israel.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau mengenali sifat Anwar, sambil menambah beliau tidak mengharapkan presiden PKR itu mengambil apa-apa tindakan bermakna demi perjuangan Palestin.

Katanya Anwar diketahui menjalin hubungan mesra dengan pertubuhan yang ada kepentingan Israel serta kumpulan yang kerap dikaitkan dengan lobi Yahudi.

“Jadi kita tidak terkejut. Tetapi kita berasa dia sepatutnya memberi pertimbangan daripada sudut nasional dan tidak daripada sudut hubungan dirinya dengan orang Yahudi,” Mahathir, yang pernah melantik Anwar sebagai penggantinya sebelum memecatnya daripada kerajaan pada 1998, berkata dalam wawancara bersama MalaysiaNow.

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan “menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel”.

Anwar enggan membatalkan perjanjian kontroversi membabitkan penjualan saham dalam syarikat milik kerajaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada sebuah syarikat milik BlackRock.

Ia akan menyaksikan Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock mengambil 30% kepentingan dalam konsortium untuk mengurus MAHB, bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Walaupun kerajaan mengamalkan dasar menyokong perjuangan Palestin, Anwar pada Jun lalu ia tidak bermakna urusannya dengan syarikat yang rapat dengan Israel perlu diputuskan.

“Bagaimana dengan syarikat yang ada operasi di US, Jerman, China tapi ada kaitan dengan Israel? Tak ada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan kerana akan menjejaskan ekonomi negara,” katanya.

Anwar juga menuduh mereka yang membantah perjanjian itu bertindak keterlaluan.

“Bunyi sedaplah, bagi orang dengar seronok, kita ni hebat pejuang. Tapi sebenarnya tidak realistik,” katanya di Dewan Rakyat.

Mahathir, antara pemimpin dunia Islam yang paling lantang membidas sokongan AS kepada Israel, berkata setiap gerakan boikot ada kesannya.

“Bila kita nak bertindak, kita tak boleh tentukan semuanya baik. Ada kesan-kesan yang tidak baik yang akan berlaku. Soalnya, ialah penilaian antara kebaikan dan keburukan,” katanya.

“Kalau kita cuma perhatikan keburukan, kita tidak akan bertindak. Untuk bertindak kita patut sedar benda negatif yang akan berlaku tetapi kerana (hasil) positif itu jauh lebih besar, kita sanggup berkorban.”

Antara hujah pemimpin kerajaan dalam mempertahankan perjanjian dengan GIP yang dimiliki BlackRock ialah syarikat itu sudah lama bertapak dan melabur di Malaysia.

Bagaimanapun, Mahathir berkata hujah sebegitu tidak mengambil kira hakikat bahawa dunia kini sedang menyaksikan kekejaman terang-terangan Israel.

“Apa yang berlaku sekarang ialah Israel melakukan genosid, dan genosid ini adalah satu jenayah bangsa yang sedang berlaku.

“Dulu tidak, dulu walaupun kita tidak pernah ada hubungan dengan Israel, tetapi Israel tidak bertindak seperti sekarang. Sebab itu kita bertindak sekarang lebih kuat, lebih kuat lagi daripada dulu.”

Lebih 40,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh setakat ini sejak Israel melancarkan kempen pengeboman di Gaza, operasi ketenteraan yang terbesar di wilayah yang diduduki itu sejak negara Zionis itu diwujudkan di atas tanah rakyat Palestin pada 1948.

Anwar tidak berubah’

Mahathir tidak menganggap Anwar telah berubah di sebalik dakwaannya baru-baru ini diancam kuasa Barat kerana menyokong Hamas dan mengkritik bantuan ketenteraan kepada Israel.

Menurutnya, Anwar menjalinkan rangkaian di luar negara bagi memastikan dirinya akan dibela setiap kali berdepan masalah di Malaysia.

Katanya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan juga pernah menganggap Anwar dizalimi apabila disabitkan kesalahan liwat dan dipenjarakan.

“Jadi apabila kita bertindak kepada Anwar, Erdogan berasa kita zalim dan tidak adil. Jadi ini cara Anwar bergerak.”

Mahathir menyifatkan ucapan-ucapan Anwar baru-baru ini yang mengkritik Israel dan Barat hanyalah menampakkan kecendurangannya untuk mengikut rentak semasa.

Beliau tidak mengharapkan Anwar akan mengambil apa-apa tindakan bermakna dalam menentang Israel.

Ini termasuklah dasar menyokong “penyelesaian dua negara” di mana negara Palestin diiktiraf bersama-sama pengiktirafan kepada hak kewujudan Israel, katanya.

“Dia tak nak membuat pendirian yang akan menyebabkan orang ramai menolak dirinya.”

Sumber

Sabtu, 22 Jun 2024

Anwar bersubahat dengan Israel jika enggan batal penglibatan BlackRock dalam konsortium, kata Khairy

Bekas menteri itu berkata rancangan menjual saham kepada syarikat dimiliki pengurus dana AS BlackRock tidak masuk akal dari segi prinsip mahupun komersial.

Panelis yang berucap di forum 'Tolak BlackRock' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor semalam.

Bekas menteri Khairy Jamaluddin mengetuai bantahan yang semakin lantang terhadap tindakan Putrajaya melibatkan sebuah syarikat milik pengurus dana kontroversi BlackRock dalam sebuah konsortium menguruskan lapangan terbang di Malaysia, dengan amaran kepada pentadbiran Anwar Ibrahim bahawa ia akan turut bersubahat dengan Israel dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza sekiranya meneruskan rancangan itu.

Berucap di forum menghimpunkan pemimpin masyarakat sivil, aktivis dan ahli politik, Khairy berkata tidak ada keperluan membawa masuk  Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock untuk menambah baik kualiti lapangan-lapangan terbang di Malaysia.

"Sekalipun anda mahu menarik pelabur, ada banyak dana ekuiti persendirian selain BlackRock.

"Jika urus niaga ini tidak dibatalkan oleh perdana menteri, pada asasnya ia bermakna kerajaan dan PM bersubahat dengan genosid yang berlaku di Gaza hari ini," katanya.

Khairy berkata lapangan terbang utama di negara jiran diuruskan oleh entiti tempatan.

"Di Singapura, Changi dikendalikan Singapura. Thailand dan Indonesia pun sama juga. Jadi ujian litmus untuk keperluan pun gagal," katanya pada forum "Tolak BlackRock" di Kuala Lumpur malam tadi.

Antara yang turut berucap di forum itu termasuk bekas menteri luar Saifuddin Abdullah, bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir, naib presiden Muda Siti Rahayu Baharin dan pengerusi gerakan global memboikot Israel BDS, Nazari Ismail.

Penceramah bergilir-gilir membidas rancangan itu, yang akan menyaksikan GIP membeli 30% kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan Malaysia Airports Holdings (MAHB) bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Selain bantahan disebabkan peranan BlackRock memperkasakan ekonomi Israel dan pelaburannya yang meluas dalam industri senjata AS, pengkritik turut membangkitkan keuntungan bersih MAHB berjumlah RM543.2 juta tahun lepas, iaitu melebihi keuntungan tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19 melumpuhkan sektor penerbangan.

Semalam, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut mengulas kontroversi itu, dengan mengatakan adalah mencurigakan apabila saham syarikat yang melaporkan keuntungan dijual kepada firma asing.

BlackRock kerap menjadi sasaran bantahan penunjuk perasaan pro-Palestin di AS. 

Antara syarikat yang mempunyai kepentingan BlackRock termasuk McDonald's dan Starbucks, dua syarikat yang menerima tempias kempen global memboikot kepentingan Barat yang didakwa bersekongkol dengan regim Zionis.

BlackRock turut melabur dalam Lockheed Martin, di mana ia memegang kepentingan 7.4% dalam syarikat pembuat senjata itu yang berdepan tuduhan "bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai" kerana peranannya dalam membekalkan kelengkapan kepada tentera Israel.

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel".

Anwar bagaimanapun dilihat berusaha mengubah persepsi tersebut dengan pelbagai ucapan dan kenyataan yang mengkritik sokongan Washington terhadap Israel, di samping menghadiri pelbagai forum pemimpin dunia Islam sejurus selepas Israel melancarkan serangan besar-besaran di Gaza tahun lalu, yang sehingga kini membunuh sekurang-kurangnya 35,000 rakyat Palestin.

Khairy berkata sudah tiba masanya untuk perdana menteri mengambil "keputusan sukar" dan membuktikan beliau "cakap serupa bikin".

Tambah Khairy, dia yakin jemaah menteri tidak dimaklumkan dengan keputusan itu.

"Biasanya tiada keperluan untuk isu Khazanah dibawa ke Jemaah Menteri. Ia hanya diputuskan oleh Lembaga dan dimaklumkan kepada pengurusan Khazanah.

"Saya yakin jika benda ini dibawa ke Jemaah Menteri, menteri-menteri Umno takkan setuju. Mungkin terpaksa setuju sekarang kerana tren sudah berlepas," katanya ketika ditemui pemberita selepas forum tersebut.

'Dasar imbangan perlu berpandukan prinsip'

Terdahulu, Nazari dari BDS Malaysia menyeru Anwar dan penasihatnya mengkaji lebih lanjut gerakan boikot di AS, di mana BlackRock adalah salah satu sasaran.

"Mungkin dia (Anwar) keliru BlackRock dengan Hajarul Aswad," sindir Nazari merujuk kepada batu hitam di Kaabah.

Nazari berkata Ketua Pegawai Eksekutif BlackRock, Larry Fink, secara terbuka menyokong Israel dalam perang di Gaza.

Sementara itu, Saifuddin menolak andaian bahawa keputusan memasukkan GIP dalam konsortium lapangan terbang itu adalah sebahagian daripada langkah mengimbangi pengaruh AS dan China.

Katanya, dasar imbangan kerajaan sebelum ini berpandukan prinsip.

"Malaysia terkenal dengan polisi luar yang berprinsip. Ia bukan hanya tentang wang atau imbangan kuasa antara AS dan China. Nasib rakyat Palestin ialah mengenai prinsip. Saya bimbang jika kita teruskan dengan BlackRock, kita telah mengabaikan usaha bertahun-tahun oleh kerajaan sebelum ini dan ribuan rakyat Malaysia," kata bekas menteri luar itu.

-MalaysiaNow 

Isnin, 3 Jun 2024

Tengku Zafrul pertahan pembabitan BlackRock dalam MAHB

 Firma itu pegang saham terbesar Apple, dan syarikat utama dunia bahkan dana kekayaan Abu Dhabi, Arab Saudi, dan Kuwait juga ada pegangan dalam BlackRock.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, berkata kerajaan telah menjelaskan merit rundingan MAHB, ‘namun mungkin perlu buat lebih lagi’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Sebelum ini, timbul kritikan menentang penyertaan BlackRock, menerusi anak syarikat penuhnya Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Mereka mendakwa walaupun GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (Adia) hanya memiliki 30% pegangan, ia membenarkan kemasukan BlackRock dalam pengurusan dan memiliki 39 lapangan terbang di Malaysia.

Pengkritik juga menuduh BlackRock, firma pelaburan berpangkalan di New York, ‘mengambil untung daripada genosid’ menerusi pegangannya dalam syarikat persenjataan Amerika Syarikat, yang didakwa membekalkan senjata kepada Israel.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul, menekankan BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Beliau juga merujuk bahawa dana kekayaan dari Abu Dhabi, Kuwait, Arab Saudi, dan Qatar juga memiliki kepentingan saham BlackRock.

Katanya, BlackRock juga merupakan pemegang saham terbesar Apple.

“Semua yang memiliki (produk) Apple, jika anda benar-benar menentang, anda tidak sepatutnya menggunakannya. Siapa pemegang saham terbesar WhatsApp? Siapa pemegang saham terbesar Facebook?

“Jadi, di mana kita nak putuskan garis pemisah? Dalam dasar, di mana kita gariskannya?” katanya dalam Madani Economy Townhall di Universiti Malaya ketika ditanya untuk menjelaskan rundingan penswastaan MAHB.

Tengku Zafrul berkata, penting bagi kerajaan menjelaskan merit rundingan berkenaan, “dan saya fikir mereka telah lakukan”.

“Namun, sudah tentu, mungkin kita kena buat lebih lagi. Bagi saya, kita perlu lihat perkara ini secara holistik,” katanya.

Sebelum ini, Khazanah memberikan jaminan GIP, sebagai rakan konsortium tidak mempunyai kuasa menentukan pengurusan MAHB apabila rundingan dimuktamadkan.

Beberapa pemimpin Perikatan Nasional, termasuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Afnan Hamimi Taib Azamudden, menggesa Putrajaya menangguhkan penjualan saham kepada GIP.

Bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming juga membuat gesaan terhadap kerajaan supaya Khazanah dan KWSP mengadakan sidang media menjelaskan rundingan tersebut secepat mungkin, berbanding memberi peluang kepada pembangkang ‘menguasai naratif’, menjelang sidang Parlimen akan datang.-FMT