"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 13 November 2021

Koleksi Resepi: Bihun Sup Utara (Sup Tulang)

 Uihh! Bihun Sup Utara (Sup Tulang) 🤤


Bahan bahan

1 peket bihun

1 sudu kunyit

Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..

Bahan2 Sup Tulang

1kilo tulang dicampur sedikit daging

2 batang serai ketuk

Halia lebih kurang 2 inci diketuk

4 ulas bawang putih ditumbuk

4 ulas bawang merah kecil ditumbuk

1 batang kulit kayu manis

Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar

Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar

3 bunga lawang

4 biji buah pelaga

Sedikit batang daun sup

Air secukupnya

Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..

Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..

***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup...kalau taknak buat pon tak apa..

Bahan2 cabai merah

Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar

Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk

Asam keping atau air asam jawa atau cuka

Garam

Gula

Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun

Daun bawang

Daun sup

Lobak masin

Bawang goreng

Selamat mencuba😊😊

Bihun sup utara..cabainya merah..bihunnya kuning😁

Kredit: Zaini Talib

Koleksi Resepi: Sotong Stim Thai

 RESEPI SOTONG STIM THAI


Bahan-bahan :

-sotong (klu boleh guna yg besar & fresh)

-bwg putih dlm 7 ulas

-cili padi ikut tahap kepedasan masing2

-kicap sotong

-gula pasir / gula somtam (nk pakai dua2 pn blh,ikut selera masing2)

-serbuk pati ayam

-air perahan limau (saya campur air limau yg di perah sdri & yg beli siap dlm botol)

-daun & akar ketumbar

Cara-cara :

👉cuci bersih sotong kemudian kukus dlm 5 minit jgn lama2 nti sotongny jd keras liat

👉ok dlm kuali masukkn gula somtan / gula pasir dgn akar ketumbar ,cili padi & bwg putih yg di cincang kasar.masukkn jga air limau & serbuk pati ayam

👉guna api perlahan masak smpi sos mendidih & gula larut.kemudian boleh tambah separuh hirisan daun ketumbar.kacau sebati rasa semua ok cukup masam,manis,pedas & masin blh ttp api

👉sotong yg dh siap di rebus td buangkn airny simpan dlm 1 sudu makan je

👉ok skrg blh tuang sos atas sotong yg dh di rebus.taburkan lg hirisan daun ketumbar & hirisan limau sbg hiasan.

👉ok siap utk di hidang..selamat mencuba..mmg sedap,cuba ya😘

:

Credit : IG @resepi_dapur_cikwani

Koleksi Resepi: Spicy buttermilk prawn spaghetti

 Spicy buttermilk prawn spaghetti


Resepi utk 2 org makan

1/2 paket spaghetti - rebus al dente dan toskan

udang - 10 ekor (bersihkan/buang urat dan kulit - tinggalkan bahagian ekor)

4 ulas bawang putih - hiris

3 btg cili padi merah - hiris

1 btg daun kari

butter - 3 sudu

fresh milk - 1/2 cawan

cheese mozarella parut - ikut suka byk mana

garam/perisa

Cara masak :

panaskan butter sampai cair, masukkan bwg putih, cili padi, daun kari. tumis smpi naik bau.

masukkan udang, tumis sampai udang masak.

masukkan fresh milk.

masuk spaghetti, perisakan dgn garam. last sekali masukkan cheese, gaul rata then siapppp

Jumaat, 12 November 2021

What's in a Name: "Dia cuba jatuhkan you!" - Rosmah beri amaran kepada Najib pasal Nazir

 What's in a Name: "Dia cuba jatuhkan you!" - Rosmah beri amaran kepada Najib pasal Nazir

"Jangan bercakap dengan dia (Nazir)! Dia sedang melakukan sesuatu terhadap you (Najib) dan sedang cuba menjatuhkan you!". Itu kata-kata amaran Rosmah Mansor kepada suaminya, Najib Razak merujuk kepada adik iparnya, Nazir Razak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Skandal kewangan 1MDB, serta sikap agresif beliau terhadap pengurusan dana negara itu, mengakibatkan ketegangan berlaku dalam keluarganya sendiri, dedah bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak.
Dalam memoirnya ‘What’s in a Name’, adik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, ketegangan itu berlanjutan sehingga isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka memberi amaran keras kepada adik iparnya itu.
Mengimbas kembali suatu peristiwa pada 15 Julai, 2015, Nazir berkata beliau ketika itu hadir di satu majlis Ramadan di kediaman Najib yang merupakan Perdana Menteri ketika itu.
“Sejak siri serangan media sosial ke atas keluarga kami, Azlina (isteri Nazir, Datin Seri Azlina Aziz) enggan menghadiri sebarang majlis sosial dengan abang saya, jadi saya pergi ke majlis tersebut bersendirian.
“Ia merupakan majlis peribadi dengan kehadiran beberapa orang Sultan, pegawai kanan kerajaan, serta pegawai Pejabat Perdana Menteri ketika itu. Ketika itu saya sedang berbual dengan Johari (abangnya) sebelum disertai Najib,” kata Nazir membuka cerita.
Pengasas firma Ikhlas Capital itu berkata demikian dalam memoirnya bertajuk ‘What’s in a Name’, dalam bab bertajuk ‘Eh, We Have a Problem’ yang memperincikan keraguan beliau terhadap penubuhan 1MDB serta hubung kait dana itu dengan Najib.
Biografi setebal 358 muka surat itu, memperincikan pengalaman Nazir dalam membangunkan CIMB sebagai institusi berperanan membawa ASEAN keluar dari krisis kewangan Asia.
Selain itu, terdapat juga bab-bab di mana Nazir berusaha menjunjung legasi ayahnya Tun Abdul Razak, serta perkongsian tentang penubuhan 1MDB, yang akhirnya menyebabkan kejatuhan abangnya serta Barisan Nasional.
Bercerita lanjut keadaan di majlis berkenaan, Nazir berkata, ketika sedang asyik berbual dengan abangnya, Johari, beliau ternampak kelibat seorang wanita dengan tudung yang tak mungkin digayakan orang lain menghampiri mereka.
Wanita itu tidak lain dan tidak bukan kakak iparnya, Rosmah Mansor.
Sebaik menghampiri mereka tiga beradik itu, Nazir berkata, Rosmah terus menggenggam tangan Najib seraya memandang suaminya dan berkata: “Jangan bercakap dengan dia! Dia sedang melakukan sesuatu terhadap you (Najib) dan sedang cuba menjatuhkan you!”
Nazir berkata, ketika itu juga, tetamu yang menghadiri majlis berkenaan mula memandang kejadian tersebut
Dalam masa sama, Najib cuba untuk menenangkan Rosmah dan mempertahankan adiknya itu, tetapi gagal.
Rosmah meneruskan kata-kata dengan pandangan yang tajam: “I know what you’re up to. I have eyes. You had better watch out! (Saya tahu apa yang kamu cuba lakukan. Saya ada pemberi maklumat. Awak lebih baik berhati-hati)”.
Nazir berkata, sejurus kejadian itu, beliau terus meninggalkan majlis berkenaan dan mengirim pesanan kepada abangnya.
Dalam kiriman mesej itu, Nazir memaklumkan itu adalah majlis terakhir yang dihadirinya memandangkan kakak iparnya bersikap seolah-olah memusuhinya.
Namun, Nazir berpandangan, apa yang Rosmah lakukan itu boleh difahami, walaupun niat Nazir adalah untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB, bukannya untuk menyakiti Najib.
Dalam pada itu, Nazir berkata, rentetan pendedahan terhadap 1MDB, lesen penerbitan The Edge telah digantung selama tiga bulan atas alasan, liputan terhadap 1MDB boleh menimbulkan ketidaktenteraman di khalayak ramai.
Imbas Nazir lagi, ketika itu khabar angin bertiup kencang bahawa Pejabat Peguam Negara ketika itu (Tan Sri Abdul Gani Patail) sedang menyiapkan kertas pendakwaan ke atas Najib dan ketegangan dalam UMNO semakin memuncak.
Nazir berkata, pada Mei 2015, Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin), telah membuat ucapan keras di majlis tertutup UMNO, menegaskan masalah dalam parti boleh diselesaikan dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam 1MDB.
“Ucapan itu merupakan serangan terhadap Najib. Ketika bertemu dengan Muhyiddin di Jakarta pada Jun, beliau berkata, demi kebaikan UMNO dan negara, skandal 1MDB perlu ditangani segera.
“Dan pada 26 Julai 2015, Muhyiddin telah membuat ucapan, mempersoalkan beberapa perkara tentang 1MDB yang perlu dijawab Najib dengan kadar segera,” kata Nazir lagi.
Nazir turut menarik perhatian Muhyiddin dan Abdul Gani dilihat mengadakan perbincangan di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.
Pertemuan itu menguatkan lagi khabar angin bahawa institusi bakal mengambil tindakan dan Muhyiddin perlu bersedia untuk langkah seterusnya.
* Ini merupakan antara siri pendedahan bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkenaan 1MDB dalam memoirnya bertajuk What’s in a Name’ yang dilancarkan pada 8 November lalu.
-AstroAwani

Najib dakwa PM8 cuba pesong sejarah, lupa 1MDB sejarah skandal terbesar dunia

 

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digiring oleh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dibawa ke mahkamah pada 4 Julai 2018 bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah dan rasuah berkaitan syarikat SRC International.

Datuk Seri Najib Razak tidak mengulas pelbagai kisah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditulis adiknya Datuk Seri Nazir, sebaliknya menuduh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjaja cerita dongeng dan cuba memesongkan sejarah.

Najib tidak menyedari atau buat-buat lupa bahawa penyelewengan dana 1MDB berjumlah berbilion-bilion ringgit, merupakan skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia yang melibatkan beliau, dan sejarah itu tidak boleh dipesongkan.

Sejarah juga tidak boleh dipesongkan apabila penyata akaun peribadi bekas Presiden UMNO – juga bekas Perdana Menteri keenam, dalam masa sama bekas Menteri Kewangan dan bekas Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB – menunjukkan angka RM2.973 bilion.

Sebagaimana diberitahu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari lalu bahawa Najib menerima sejumlah wang yang besar, RM2.973 bilion daripada 1MDB dalam akaunnya tanpa sebarang justifikasi komersial atau perniagaan.

Perkara itu didedahkan pegawai penyiasat pengubahan wang haram Superintendan Foo Wei Min bahawa perpindahan wang dari 1MDB ke akaun Ambank Najib bernombor 9694 dilakukan dalam tiga peringkat, termasuk pergerakan wang dari Good Star membabitkan AS$120 juta (RM369,029,514) dalam lima transaksi antara tahun 2011 dan 2012.

Pergerakan wang dari Aabar sebanyak AS$170 juta (RM523,389,779.96) melalui enam transaksi antara tahun 2011 dan 2012 dan peringkat (ketiga) Tanore sebanyak AS$681 juta (RM2,081,476,926) dipindahkan melalui dua transaksi pada tahun 2013.

Inilah sejarah yang tercatat di mahkamah.

Dalam catatan membalas kenyataan Muhyiddin, hari ini, Najib mendakwa bekas Perdana Menteri kelapan itu cuba memesongkan sejarah dan menjaja cerita dongeng kononnya dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan UMNO kerana mempersoalkan isu 1MDB.

Untuk menegakkan dakwaannya, Najib juga memetik keterangan Datuk Seri Muhkriz Mahathir kepada mahkamah bahawa Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah lama merancang menjatuhkannya.

Jika Najib mendakwa keterangan Mukhriz di mahkamah itu sebagai sejarah, maka benarlah hukuman penjara 12 tahun dan denda terhadapnya juga adalah sejarah Malaysia di mana buat pertama kali seorang bekas Perdana Menteri didapati bersalah dan dihukum penjara.

Kini, pendedahan dibuat adiknya sendiri, Nazir, berhubung 1MDB dalam bukunya ‘What’s in the Name’ semakin menarik perhatian bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga pada peringkat global.

Bukan orang lain, tetapi darah dagingnya sendiri, namun Najib sedikit pun tidak mengulas atau membalas kenyataan Nazir, seolah-olah apa yang diceritakan adiknya itu benar belaka.

Antara yang didedahkan Nazir ialah pertemuan dengan Dr Mahathir di London sekitar tahun 2015 yang membincangkan kebimbangannya kemungkinan berbilion-bilion dana 1MDB diseleweng.

Ianya tidak mengejutkan bagaimana Nazir boleh mengetahui kemungkinan penyelewengan dalam 1MDB berlaku kerana beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank sejak 1999 hingga 2014, sedangkan aliran transaksi dalam akaun Najib bermula pada 2011.

Nazir juga mengakui menjejaki 1MDB hampir enam tahun.

Dalam memoir buku berkenaan Nazir mendedahkan, pertemuan itu bukan sesuatu yang mudah untuk beliau dan pemilik The Edge Group, Datuk Tong Kooi Ong, tetapi ia harus dilakukan demi mencari kebenaran berkaitan skandal 1MDB.

Dalam bab bertajuk ‘Eh, We Have a Problem’ beliau memperincikan keraguannya terhadap penubuhan 1MDB serta hubung kait dana itu dengan Najib.

Najib, 68, kini berdepan pelbagai tuduhan jenayah, termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama, yang sedang dibicarakan sekarang.

-Agenda Daily

PRN Melaka: Calon PH dikompaun RM4,000 selepas didakwa berkempen

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Melaka: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dikompaun RM4,000 kerana didakwa berkempen dengan memakai pakaian tertera lambang gabungan parti terbabit.

Kompaun itu dikeluarkan ke atas calon itu yang didapati berada di sebuah kedai makan di Alor Gajah di sini, pada 11 pagi kelmarin.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkan kompaun dikeluarkan kepada calon terbabit tanpa mendedahkan butiran lengkap calon.

"Untuk makluman, kompaun dikenakan kerana calon memakai lambang PH," katanya turut berkongsi resit kompaun yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kompaun yang dikeluarkan itu adalah yang pertama dikenakan terhadap calon PRN yang dilaporkan setakat hari ini.

Prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk larangan untuk kempen bersemuka yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedikit-sebanyak menjejaskan aktiviti kempen kebanyakan calon yang bertanding.

Sebahagian besar calon dan jentera banyak meluangkan masa di kedai makan, pasar pagi, pasar malam serta rumah ibadat untuk 'berkempen' menemui pengundi tanpa mengenakan pakaian tertera lambang parti bertanding.

-myMetro

Letak jawatan untuk elak PRU kerana Covid-19, tapi PRN pula di Melaka: Muhyiddin

 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sepatutnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh dielak daripada diadakan kerana penularan Covid-19 masih melanda negara dan akan membahayakan nyawa rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu membuat perbandingan semasa tekanan diberikan terhadapnya ketika memegang jawatan Perdana Menteri (PM), ketika itu beliau mempunyai pilihan untuk juga membubarkan Parlimen tetapi sebaliknya mengambil langkah yang lebih bertanggungjawab bagi menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada ancaman Covid-19.

“Kerana sebagai contoh yang telah pun kita tunjukkan di peringkat nasional waktu mana saya berada dengan satu krisis dan terdapat 15 Ahli Parlimen UMNO tidak mahu memberikan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri.

“Saya memikirkan kalaulah sebegitu dan adalah diperuntukkan di dalam Perlembagaan negara apabila seseorang PM tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Parlimen maka saya meletak jawatan.

“Tetapi juga ada diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia bahawa saya boleh juga meminta supaya Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dan dengan itu akan diadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan yang baru,” kata beliau semasa berucap di Pentas PRN Melaka yang disiarkan secara atas talian.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata langkah tersebut hanya akan mengundang kemarahan rakyat kerana tindakan sedemikian akan membahayakan nyawa mereka.

“Tetapi saya sedar kalau saya buat begitu saya manusia yang tidak bertanggungjawab kerana negara di waktu saya masih berada di tampuk pentadbiran kerajaan berada dalam situasi yang masih sukar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan tidak bersetuju dengan PRN yang terpaksa diadaka kerana perebutan kuasa orang politik di Melaka yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

“Saya sedar bahawa orang Melaka tidak mahu pilihan raya, bukan setakat itu mereka marah kenapakah keadaan sebegini berlaku di negeri Melaka.

“Sekiranya pemimpin-pemimpin politik di negeri Melaka sedar bahawa Melaka masih berhadapan dengan masalah wabak yang belum dapat kita atasi sepenuhnya walaupun proses vaksinasi sudah mula dilaksanakan secara meluas.

“Saya sedar perkara itu dan saya nak menyatakan di sini awal-awal lagi bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak juga mahu melihat pilihan raya ini diadakan,” katanya lagi.

PRN Melaka diadakan setelah berlaku krisis pentadbiran dalam kerajaan negeri apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada UMNO, menarik sokongan kepada kerajaan UMNO negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN terbabit diketuai Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Krisis itu tercetus setelah Idris bersama tiga bekas ADUN tidak puas hati dan mendakwa Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang menjadi Speaker DUN lebih berkuasa daripada Sulaiman, malah KM Melaka itu terpaksa tunduk kepada kehendak Rauf.

Perbalahan menjadi semakin hebat setelah pada satu peringkat, Idris yang juga Ahli Exco negeri ketika itu mendedahkan terdapat pemimpin UMNO Melaka membolot projek ekonomi dan menipu Kerajaan Pusat berkaitan royalti pasir.

Idris mendedahkan, disebabkan perkara tersebut, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

-Agenda Daily

DSV Terjah Restoran ‘Siakap Seribu’ Di Langkawi


Sejak minggu lalu tular mengenai kontroversi siakap harga kayangan di media sosial. Isu tersebut turut mendapat perhatian jutawan kosmetik Datuk Seri Vida yang menerjah restoran berkenaan di Pulau Langkawi.

Kebetulan berada di Langkawi, Vida mengatakan dia mahu sendiri ke restoran berkenaan untuk merasai hidangan ‘siakap seribu’ itu serta melihat sendiri harga yang dikenakan oleh kedai berkenaan.

Turut berkongsiakn video di Instagram, kedatangan Vida disambut mesra oleh pemilik restoran yang menjelaskan isu sebenar yang berlaku.

Vida juga turut dibawa sekitar kedai dan kolam ikan sebelum memilih ikan siakap yang inginkan. Melihatkan video berkenaan, memang banyak hidangan dipesan oleh Vida sehingga penuh satu meja.

Apa yang pasti ramai tertanya-tanya berapa harga dikenakan semua hidangan tersebut. Vida berkata harga yang dikenakan berbaloi iaitu RM918 apatah lagi dapat menikmati pemandangan indah di restoran berkenaan.

“Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tuduhan mengatakan tuan kedai cekik darah.

“Saya makan habis beratus-ratus memang berbaloi, dengan rasa sedap dan keadaan persekitaran yang cantik. Nak berniaga dalam hutan ni, ingat pelanggan ramai datang?,” katanya.

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen netizen yang memuji tindakan usahawan itu yang datang ke restoran tersebut serta memberi peluang kepada pemilik kedai untuk menjelaskan perkara sebenar.

Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat mahu membayarkan semula bil hidangan ‘mangsa’. Bagaimanapun difahamkan mangsa menolak secara baik hasrat Vida itu.

-rotikaya.com

Pusat Tahfiz agihkan Siakap percuma untuk golongan kurang mampu

 MOHAMAD Yaakub menyerahkan ikan siakap kepada Adun Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim, hari ini. FOTO Ihsan MADAD

MOHAMAD Yaakub menyerahkan ikan siakap kepada Adun Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim, hari ini. FOTO Ihsan MADAD

Sungai Petani: Murtadha Dakwah Centre (Madad) menyumbang ikan siakap secara percuma kepada orang ramai, pusat tahfiz, golongan asnaf dan rumah anak yatim sekitar daerah ini, hari ini.

Pengarah Urusan Madad, Mohamad Yaakub Yusra Mohd Yusoff berkata, sumbangan itu diberi bagi memberi peluang kepada semua pihak merasai keenakan ikan siakap.

Menurutnya, untuk hari ini sebanyak 100 ikan siakap diedarkan secara percuma kepada golongan terbabit dengan baki 20 ekor disumbangkan kepada orang ramai.

"Bagaimanapun, kita memastikan ikan ini diagihkan kepada mereka yang benar-benar teringin dan tidak mampu untuk membelinya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pemberian ikan siakap itu tiada kena mengena dengan isu yang tular mengenai harga kayangan ikan terbabit baru-baru ini.

"Secara kebetulan, kita sudah beberapa bulan menjalankan perusahaan ikan sangkar ini.

"Jadi, sumbangan diberikan tiada kena mengena dengan isu yang tular sejak kebelakangan ini," katanya.

Menurutnya, Madad juga bercadang untuk membuka jualan ikan sangkar seperti siakap, jenahak dan kerapu dengan harga berpatutan setiap Jumaat.

"Jika diizinkan, kita bercadang menjual ikan sangkar ini pada harga yang mampu dibeli buat pelanggan seminggu sekali," katanya.

-myMetro

PRN Melaka: Muhyiddin beri sebab beliau tidak boleh bersama PH dan BN

PRN Melaka: Muhyiddin beri sebab beliau tidak boleh bersama PH dan BN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, hati beliau tidak tenang kerana pelbagai desakan dan tuntutan daripada parti komponen PH. - Gambar fail/ Bernama

 MELAKA TENGAH: Cara tadbir urus Pakatan Harapan (PH) sewaktu menerajui kerajaan Persekutuan selama 22 bulan tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia secara keseluruhan, dakwa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, hati beliau tidak tenang kerana pelbagai desakan dan tuntutan daripada parti komponen PH.

Selain itu, katanya kekalahan dalam pilihan raya kecil (PRK) sewaktu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih dalam PH juga menyebabkannya tidak boleh bertahan dalam gabungan itu.

“Waktu saya dalam PH, saya dapati agak sukar, kerana jiwa saya tak boleh rasa tenang. Kerana desakan, tuntutan dan cara pentadbiran bersama rakan-rakan dalam PH, saya kira tidak selari dengan perjuangan saya, perjuangan orang Melayu, Islam, apatah lagi perjuangan rakyat.

“Saya bagi tahu Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad), kalau duduk lama, dalam PRU nanti kita (Bersatu) akan hilang dari peta sejarah politik tanah air. Bersatu... PRK demi PRK kita kalah, Bersatu kalah.
“Antara sebab kekalahan, orang Melayu lihat Bersatu dengan kumpulan (PH) ini, tentu pada Melayu dan bukan Melayu, tak selari,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Perikatan Nasional (PN) yang disiarkan secara maya malam ini.
Muhyiddin berkata demikian sewaktu mengimbas kembali peristiwa Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari 2020, sekali gus menyaksikan PH hanya memerintah negara selama 22 bulan.
Susulan peletakan jawatan Dr Mahathir, Muhyiddin berkata, beliau kemudian berjaya mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi, termasuk daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.
“Antara kumpulan yang sokong pada saya ialah UMNO. Saya terima dengan niat dan hati agak suci dan bersih, ini satu usaha gabungan untuk perkukuhkan Jemaah Islamiyah.
“Malangnya dalam tempoh itu, ada tuntutan dibuat. Yang ni saya tak boleh nak terlibat. Ada hubung kait dengan mahkamah… sebab saya pegang pada prinsip, mesti ada kebebasan, dan urusan berkaitan dengan mahkamah kita tak boleh campur,” katanya lagi.
Muhyiddin mendakwa, tuntutan itu bertentangan dengan prinsip dan asas penubuhan PN – menegakkan keadilan, menentang kemungkaran, mempertahan Institusi Diraja dan Perlembagaan Persekutuan, serta menjamin kedudukan Islam dan Bahasa Melayu.
Atas sebab itu, katanya beliau memohon pengundi Melaka untuk membuat pilihan yang betul, dan memastikan kerajaan yang dipilih adalah gabungan parti politik yang berteraskan kepada prinsip yang dimaksudkannya.
“Berdasarkan pengalaman kami ada dalam PN, Tok Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pernah jadi MB (Terengganu), saya pernah jadi MB (Johor), jawatan lain banyak ada di kalangan kita, dalam PN hari ini...
“.. tentunya membantu calon kita membentuk cara pentadbiran telus, transparent, baik,teratur dan tersusun. Tadbir urus yang dikehendaki rakyat Melaka, akan kita laksanakan,” katanya lagi.
Sejumlah 28 kerusi dipertandingkan di PRN Melaka pada 20 November ini.
-AstroAwani