Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
MUHAMMAD Syahmeer How melanjutkan pengajian di Massey University, New Zealand.
Kuala Lumpur: "Arwah ayahlah motivasi saya untuk tamatkan pengajian.
"Ketika saya dalam dilema membuat keputusan menyambung pengajian, arwah yang banyak memberi nasihat dan mendorong saya," kata Muhammad Syahmeer How Mohd Firdaus How, 28, ketika dihubungi, semalam.
Muhammad Syahmeer How menamatkan empat tahun pengajian doktor falsafah (PhD) di Massey University, New Zealand pada usianya 27 tahun.
Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia ditawarkan menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia dan bioproses makanan daripada penyelianya, Prof John Bronlund.
Katanya, pada awalnya dia berbelah bahagi untuk menerima tawaran itu namun nasihat arwah bapanya, Mohd Firdaus How Abdullah membuatkannya tekad menyambung PhD selepas tamat pengajian sarjana muda di universiti sama.
"Saya sendiri tak yakin dapat tamatkan PhD ini kerana banyak cabaran antaranya kerja penyelidikan saya tergendala berikutan arwah ayah meninggal dunia pada tahun kedua pengajian.
"Selain itu, peralatan yang diperlukan untuk eksperimen tidak ada di universiti menyebabkan saya tidak mempunyai hasil kajian yang cukup pada tahun ketiga pengajian.
"Tetapi, saya teringatkan kata-kata arwah ketika dia memujuk saya menerima tawaran sambung PhD yang bidang ini memang sesuai untuk saya, membuatkan saya tekad dan bersemangat meneruskan pengajian ini sampai habis," katanya.
Lebih bermakna, Muhammad Syahmeer How berkata, permohonannya sebagai pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Makanan dan Proses turut diterima Universiti Putra Malaysia (UPM).
"Saya agak bersyukur kerana perjalanan saya ini dipermudahkan. Mungkin ini juga berkat doa ibu dan keluarga saya selama ini.
"Nasihat saya kepada anak muda di luar sana, jangan mudah putus asa, banyakkan bersabar dan konsisten. Insya-Allah jika kita sudah ada mindset walaupun susah macam mana sekalipun, kita pasti boleh capai sasaran," katanya.
Menurutnya, dia akan menggunakan kajiannya tentang konsep dan teori asas kejuruteraan kimia dalam memahami impak proses pengunyahan makanan terhadap deria rasa dan aroma.
Fenomena hujan turun di titik tertinggi lapisan ais Greenland minggu lalu untuk pertama kalinya mencetuskan kegelisahan kepada para pakar terhadap masalah pemanasan global yang mencairkan lapisan ais pada kadar yang membimbangkan.
“Itu bukan tanda yang sihat untuk lapisan ais,” kata Indrani Das, ahli glasiologi dengan Observatorium Lamont-Doherty Earth Columbia University.
“Air di atas ais adalah petanda buruk. … Ini menjadikan lapisan ais lebih rentan terhadap pencairan permukaan.”
Memetik Reuters, apa yang menjadi kebimbangan pakar adalah, air bukan sahaja akan menjadi panas di atas permukaan salji, tetapi ia juga bakal menjadi gelap – sehingga menyerap lebih banyak cahaya matahari.
Situasi ini kemudiannya akan menyebabkan ais itu cair dan meningkatkan paras laut. Kejadian ais cair di Greenland sahaja sudah menyumbang sekitar 25% kenaikan paras laut dunia sejak beberapa dekad yang lalu.
Manakala fenomena hujan yang turun beberapa jam pada 14 Ogos lalu telah menyebabkan suhu di Greeland berada lebih tinggi dari paras beku selama sekitar sembilan jam, kata para saintis di Pusat Data Salji dan Ais Nasional AS.
Untuk rekod, suhu di sana tidak pernah berada lebih tinggi dari paras beku. Tetapi dalam masa kurang dari satu dekad, situasi ini sudah terjadi sebanyak tiga kali.
Secara keseluruhan, 7 bilion tan hujan turun di Greenland selama tiga hari, dari 14 Ogos hingga 16 Ogos – jumlah terbesar sejak 1950. Situasi ini dilihat sebagai salah satu amaran bagaimana perubahan iklim mempengaruhi lapisan ais di Greenland.
Bagi para saintis, fenomena ais cair dan hujan yang turun minggu lalu adalah disebabkan oleh corak peredaran udara – udara lembap panas menutupi pulau itu untuk beberapa waktu.
Selain itu, dengan fenomena kejadian alam seperti banjir, kebakaran hutan dan situasi ekstrem yang lain.
Fenomena ini adalah salah satu dari banyak ‘tanda amaran’ yang perlu diberi perhatian oleh semua orang dalam menjaga bumi yang semakin hari, semakin tenat.
Sarah menguis-nguis pasir dengan ibu jari kakinya yang mongel. “Bosanlah atuk. Dah dua minggu Sarah kat kampung ni. Abah dengan ibu sibuk je memanjang di KL.”, suara kecilnya mengeluh. Sesekali Sarah mengetuk-ngetuk lantai beranda rumah tiang dua belas yang kaya dengan motif ukiran kayu Terengganu.
“Atuk ada cerita best tak untuk Sarah? Penatlah hari-hari nenek suruh baca buku…”, Sarah menyeringai sambil memandang datuknya.
Tok Aki yang ketika itu sedang berehat di beranda rumah, membetulkan kain pelikatnya. Tergelak kecil beliau mendengar permintaan cucu tunggalnya itu. “Atuk ade cite best. Lagi best dari hok ade dalang Netflix tu. Tapi jom kite gi duduk di wakaf tu. Atah lambo ni panah ketik.” Pantas Tok Aki memimpin tangan cucunya dengan langkahan yang sederhana ke gazebo berhadapan rumahnya.
“Sarah nok atuk cite panjang ke pendek?”, tanya Tok Aki ringkas sambil mengusap kepala cucunya. “Hmm…atuk cerita panjang-panjang pun takpe. Sarah suka dengar atuk cerita.”, ujar Sarah ringkas.
“Atuk auu gok cite atuk ni best ke dop. Tapi doh Sarah suruh, atuk citelah. Kalu ngatuk mate, kabor ke atuk. Atuk kalu doh start cite ni, dok leh berenti doh…Haha.” Tok Aki berseloroh dan membetulkan silanya. “Sarah ok je atuk.”, angguk Sarah yang mula memberi tumpuan penuh kepada Tok Aki.
“Citenye mule gini…”. Tok Aki menarik nafasnya dan memulakan kisahnya.
**********
16 Januari 1969 bersamaan 27 Syawal 1388, lahir seorang bayi lelaki di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Tangisannya membelah keheningan penghulu hari, hari Jumaat. “Allahuakbar, Allahuakbar…”, Ustaz Mad, si ayah mengazankan anak ketiganya dengan penuh kesyukuran. Keluarga kecil Ustaz Mad dan Hajah Ramlah bertambah dengan kehadiran cahaya mata ketiga yang masih belum diberi nama ini.
“Abang ingat, nok juppe qadhi. Nok mitok pandangang name-name hok mmolek untuk anok kite ning.”, kata Ustaz Mad kepada isterinya yang ketika itu sedang menidurkan si bayi. Abang dan kakaknya sedangnya berlari-lari di halaman. “Moleklah tu. Saye setuju blake ape-ape hok bagoh, insya-Allah.”, jawab Hajah Ramlah ringkas.
Petang itu selepas Asar, Ustaz Mad menapak ke rumah qadhi yang berdekatan dengan rumahnya.
“Ambe ade hajat ni ustak. Alhamdulillah, anok ambe nombor tige baru lahir. Takdop name lagi. Hajatnye nok mitok cadangang name dari ustak.”, Ustaz Mad memulakan bicaranya di rumah qadhi daerah Kemaman.
“Haha…Anta sendiri pung bulih bagi name. Jauh derak maghi rumah ana.”, katanya merendah diri. “Memang hajat ambe. Tupang barakah orang alim.”, Ustaz Mad membalas dengan senyuman.
Ana cadang name Zulkifli. Ambik semangat almarhum Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Muhammad, bekah Timbalang Yang Dipertue Agung PAS. Mase tu PAS kalau anta ingat, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hok pegang. Molek doh. Anta pung name Mohamad. Zulkifli bin Mohamad”. Air teh o yang masih berasap, dicicip perlahan-lahan oleh qadhi.
Angin petang berhembus sepoi-sepoi bahasa. Kedua-duanya diam. Ustaz Mad menunduk dan kemudiannya mengangguk-angguk. “Zulkifli bin Mohamad bin Abu Bakar bin Ahmad bin Ya’kub. Alhamdulillah. Molek sangat.”, bisik hati kecilnya.
**********
“TASS…!!!”, rotan dilibas ke lantai papan.
“Bace mmolek skek! Dok ssaboh mung bace hok tule. 10 kali doh aku ajar…!!!”, suara Haji Abu Bakar (selepas ini dikenali sebagai Haji Bakar) memecah kesunyian pagi Sabtu di Kampung Kubang Kekura, Kuala Terengganu. Mi, Fauziah, Zul dan adik-adik mereka masing-masing menjeling antara satu sama lain dan suke glekek melihat teman sepengajian mereka menikus ketakutan kerana dimarahi.
Tok Aki mereka, Haji Bakar memang bekeng orangnya. Kalau tak “makan” penampar, rotan memang wajib. Pernah ada anak-anak muridnya yang terkencing dek takut dirotan. Tapi hatinya baik.
Beranda tepi rumah Haji Bakar itulah tempat mereka belajar mengaji al-Qur’an sehingga khatam. Bacaannya al-Qur’annya laju, fasih. Beliau amat tegas ketika mengajar. Hasilnya, kesemua cucunya khatam al-Qur’an sejak sekolah rendah. Cucunya pula seronok belajar mengaji walaupun Tok Aki mereka bekeng kerana setiap hari cuma satu mukasurat. Tak lebih, tak kurang.
Hadiah daripada Jabatan Pendaftaran Negara
“Ayub. Kite tubik cepat-cepat pah habih bace Qur’an ning. Aku nok ajak mung gi cari ikang sekila. Mu bowok sekali botol-botol sos tomato hok aku bagi tu.”, bisik Zul kepada adiknya. Khairul atau lebih mesra dengan panggilan Ayub mengangguk laju.
Basikal pantas dicapai. Zul mengayuh laju dibonceng adiknya. Adik beradiknya yang lain terpinga-pinga melihat kedua-duanya bagai lipas kudung hilang dari pandangan.
“Adi! Mung cari hok mmolek skek untuk aku. Di rumoh aku ade lapang ekor doh.”, jerit Zul kepada jirannya yang juga teman sepermainannya, Adi. “Hohh..penat aku! Gohek jauh-jauh sapa sini, nok kene cari ikang sekila untuk mung pulok. Hok aku pung dok dapat lagi ni!”, dengus Adi sambil disambut derai tawa Zul dan adiknya.
Cikgu Zamberi atau lebih mesra dipanggil Adi. Rakan sepermainan semasa kecil. Sekarang tinggal di Padang Midin.
Sampai di rumah, langit sudah mula senja. Ustaz Mad menjeling tajam Zul dan Khairul. “Dari mane ning…???”, tegur Ustaz Mohamad dengan tegas.
Zul menyiku adiknya. Adiknya menyiku kembali. Mung kabor lah kite dari balasoh.”, bisik Zul perlahan kepada adiknya. Khairul menggumam. “Ish…tak mboh eh. Mung dop soh nawok. Dose.”, balas Khairul. “Gi mandi cepat. Lepah Ghorib bace buku.”, arah Ustaz Mad ringkas kepada anak-anaknya.
Sedang mereka mandi, Ustaz Mad turun ke bawah rumahnya dan melihat deretan botol kaca sos tomato yang terisi ikan laga. Beliau menggeleng kepala. Dicapainya baldi yang ada di tepi tempayan air dan semua botol berisi ikan itu dicurahkan ke dalam baldi. Khairul yang baru selesai mandi, memerhatikan dari celah rekahan lantai rumahnya. “Aduh…ayoh nak wak mende pulok ikang-ikang tu.”, getusnya.
Selepas solat Maghrib, Ustaz Mad menyuruh anak-anaknya membaca buku. Zul dan Khairul dipanggil ke ruang tamu. Riak wajah keduanya bagai ditoreh tak berdarah.
“Nah. Makang blake ikang sekila ni. Ayoh goreng.”, ujar Ustaz Mad sambil menghulurkan pinggan yang dipenuhi ikan laga yang digoreng. Kelihatan seperti ikan bilis goreng. Tercengang Zul dan adiknya. Semenjak itu, hobi mengumpul ikan sekila terus dilupakan.
Banyak aktiviti Zul ketika di kampung. Setiap hutan banat diredah, merata parit diranduk dan segala batang pokok diragas. Ada masanya beliau dan kawan-kawan mandi di parit, masuk baruh. Bulan Ramadhan, Zul suka beraksi dengan bedil coloknya. Lagaknya sudah persis Jefri Zain atau Roger Moore dalam filem James Bond. Habis semua rakannya ditembak dengan tepat.
“Burrr…!!! Zul terjun ke dalam sungai dengan baju sekolah yang masih belum ditukar. Pulang daripada sekolah, sungai menjadi tempat persinggahan sebelum sampai ke rumah. “Sedak do’oh. Sejuk kettor aku..maghila Mi, Ayub!”, Zul mengajak abang dan adiknya mandi bersama. Tengahari yang membahang, semestinya menyamankan bila berada di dalam sungai yang dingin airnya.
Sampai di rumah, dari jauh Hajah Ramlah sudah bertempik, “Ya Allah…bertuoh budok-budok ning! Baju skoloh dok tukar lagi, busuk kohong, basoh jjeruk!” Pantas mereka lari naik ke rumah dan masuk ke dalam bilik air. “Bulih pekdoh. Chik maroh kite…cepat-cepat.”, kata Ayub kepada abang-abangnya.
Datang musim laga ayam, Zul juara Kampung Kubang Kekura. Sebut sahaja Hujung Tanduk, Taji Asal, Batang Kaki, apa jua jenis ayam laga sudah ada dalam kepalanya. Beliau boleh mensyarahkan perihal ayam laga sehari suntuk tanpa bosan.
Jalan di sekitar Kubang Kekura
“Mung nok main ayang lage, kene panda cari hok mmolek. Pale woh pinang, balung meroh nyale, leher tebal, dade kene bidang. Se lagi jari kaki kene panjang, haluh.”, Zul mengajar Adi, Mat, Ku, dan kawan-kawan lain tentang kaedah memilih baka ayam laga yang baik. Lagaknya seperti ustaz yang berceramah di balasoh.
Ayam laga kepunyaannya dimandikan setiap kali sebelum disabung di “bon”. Sehelai kain dibasahkan dan dilap ke seluruh badan ayam daripada kepala hingga ke kakinya. Bulu-bulu sayap, bahagian bawah sayap dan ekornya digosok hingga basah kuyup. Kerongkong ayam dijolok dengan bulu ayam supaya keluar lendir yang boleh mengganggu pernafasannya. Balung ayamnya dikilatkan sehingga merah menyala.
Khairul terkebil-kebil memerhatikan kemahiran abangnya mempersiap ayam laga yang akan disabung. Kadangkala menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Abang aku ni menang sokmo lage ayang. Auu gok ape ilmu die ning. Ayang tu macam pahang je ape hok die suruh.”, Khairul memuji abangnya ketika berbual-bual dengan Adi.
Selain laga ayam, Zul juga dikenal di kampungnya sebagai jaguh lage woh getoh. Apabila musim getah berbuah, anak-anak kampung akan mencari biji getah di kawasan kebun getah dan lagakan mengunakan tangan. Biji getah siapa yang pecah dia kalah. Biasanya, Zul dan rakan-rakannya mencari biji getah di sekitar Wakaf Che Kapur.
**********
“Sarah dok soh main lage ayang. Haram. Mase ni, Zulkifli budok kecik lagi. Biaselah…dok tau starang halal haram. Nabi kabor doh:
Mendengar perutusan khas sulung Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob petang tadi dan kemudian meneliti semula teks ucapan bellau, saya sehingga kini masih lagi tercari-cari apa yang menarik atau barangkali ada sesuatu yang ummphhh yang cuba disampaikannya.
Sebagai Perdana Menteri yang memang diragui oleh kebanyakan orang sejak awal lantaran tidak memiliki “PM material” dalam perwatakan dan pengucapannya, kemunculan dalam perutusan khas julung kali ini sepatutnya dimanfaat dengan sebaik-baiknya.
Walaupun cuba menggambarkan dirinya seorang yang rajin bekerja kerana memulakan tugas dan menyampaikan perutusan khas pada hari Ahad, sedang barangkali beliau hanya mula mengetip punch kad pertama sebelum memasuki pejabat pada Isnin esok hari, namun disebabkan kemunculan pertama ini tiada isi yang menarik, tiada yang baru dan sekadar biasa-biasa saja, penilaian rakyat terhadapnya tetap di tahap meragukan.
Dalam kata lebih mudah, Ismail Sabri sebenarnya gagal dalam kemunculan pertama melalui perutusan khas ini.
Mengajak semua pihak bersatu dan bergerak ke hadapan, memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia, menawarkan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara serta Jawatankuasa Khas Menangani Covid19, bercerita panjang lebar mengenai usaha kerajaan menangani wabak tersebut, bertekad bekerja bersama rakyat dan sebagainya, selain semuanya tiada yang luar biasa, ia juga pada hakikatnya langsung tidak mampu memberi keyakinan dan harapan baru kepada sesiapa yang mendengarnya.
Sekadar mengatakan memahami derita rakyat yang susah, dibuang kerja dan hilang pendapatan, disertai dengan asal usul dirinya yang berasal daripada keluarga susah, tetapi tanpa perincian yang lebih khusus tentang fokus dan perancangannya untuk memulihkan ekonomi, semuanya tidak lebih seperti kempen pilihanraya di pentas tepi bendang saja.
Lagi pun, janji-janji sebegitu sudah biasa kita dengar sejak puluhan tahun dulu lagi.
Semua pemimpin menjanjikan bekerja untuk rakyat, termasuk Mahiaddin dulu dengan ayat yang lebih sedap – kerajaan ini mungkin bukan pilihan rakyat, tetapi inilah kerajaan yang diperlukan rakyat – tapi akhirnya semua janjinya kosong belaka di mana setelah berbuih mulut pelbagai pihak menuntut itu dan ini, yang ditunaikan beliau hanya sekelumit saja.
Sebagai bekas TPM era kerajaan gagal sebelum ini, Ismail Sabri sepatutnya tahu apa yang benar-benar diperlukan rakyat dalam suasana pandemik ini, bukan mengulang perkara-perkara biasa dan janji yang kabur sifatnya.
Jika benar beliau ingin memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dan ingin menyelesaikan kegawatan politik yang ada, beliau sepatutnya berani mengajak semua parti untuk bersamanya membentuk kerajaan perpaduan perpaduan yang inklusif.
Sekadar mempelawa pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara dan berada dalam Jawatankuasa Khas Menangani Covid19 tidak memadai dan tidak mampu membuahkan suasana politik yang aman dan nyaman buat negara sebagaimana dikehendaki Agong.
Penyelesaian untuk politik aman dan nyaman sehingga PRU15 akan datang hanya mungkin dapat dicapai dengan mengajak semua parti bergabung dalam sebuah kerajaan perpaduan agar semua pihak dapat menggembleng tenaga secara bersama menyelesaikan masalah dalam negara.
Lagi pun dengan membentuk kerajaan tipis hanya dengan 114 sokongan, sama seperti Mahiaddin sebelum ini, bersama pula watak beliau yang kemampuannya lebih diragui berbanding PM8, menawarkan kedudukan kepada pembangkang dalam sebuah jawatankuasa semata-mata bukanlah penyelesaiannya.
Mahiaddin sebelum ini pun mempelawa pembangkang menyertai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dipengeruskkan bekas Ketua Hakim, Ariffin Zakaria, lihatlah akhirnya apa jadi kepada peranan mereka?
Dijanjikan pada awalnya jawatankuasa tersebutlah yang akan menasihati Agong berkenaan bila darurat mahu ditamatkan, malangnya selain penamatan darurat tidak mengambil kira pandangan jawatankuasa itu, kedudukan Agong pun dibelakangkan bila kerajaan membuat keputusan mengenainya.
Jadi, apa jaminan pelawaan Ismail Sabri itu hanya seperti pencuci mulut yang nampak sedap dan manis, tapi tidak pun boleh mengenyangkan – sama seperti yang dilakukan Mahiaddin sebelumnya?
Yang paling ketara, di samping tidak memakai tanda nama di dadanya dalam kemunculan pertama ke seluruh negara, Ismail Sabri juga nampaknya tidak arif menyebut nama yang betul parti yang menyokong kuat dan paling awal mengangkatnya sebagai Perdana Menteri.
Tidak harus seorang Perdana Menteri menyebut nama Bersatu sekarang ini dengan sebutan PPBM, sedangkan semua orang tahu sebaik saja PH memenangi PRU14 lalu, nama Bersatu yang diharamkan penggunaannya ketika era Najib Razak dahulu telah pun dibenar menggunakan nama tersebut.
PPBM biasanya hanya menjadi sebutan pihak yang masih mahu memperkecilkan Bersatu seperti lazimnya dilakukan Zahid Hamidi dan Najib dalam posting di laman sosialnya.
Adakah Ismail Sabri secara tersirat juga mahu memperkecilkan Bersatu?
Kesimpulannya, dengan perutusan khas sulungnya yang gagal, tiada yang baharu dan tidak menjanjikan apa-apa harapan, Ismail Sabri tidak sepatutnya tergesa-gesa memunculkan dirinya secara langsung.
Seharusnya banyak kajian, penelitian dan pendapat mereka yang pakar digali terlebih dahulu agar penampilan pertamanya benar-benar ada ummphh serta kelainan.
Kalau sekadar seperti petang tadi, lebih baik dibuat dalam bentuk pdf saja. – ShahbudinHusin 22/08/2021.
Seorang lelaki menolak warga emas yang tiba di sempadan Pakistan-Afghanistan di Chaman. - FOTO AFP
Kabul: Taliban menyalahkan Amerika Syarikat (AS) atas kejadian huru-hara yang berlaku di lapangan terbang Kabul.
AS memberi amaran ancaman keselamatan di Kabul dan Kesatuan Eropah (EU) mengakui bahawa adalah 'mustahil' untuk membawa keluar semua orang yang mahu melarikan diri dari Taliban.
Namun, warga Afghanistan yang ketakutan meneruskan usaha melarikan diri sehingga berlaku tragedi di lapangan terbang berkenaan.
"AS dengan segala kuasa dan kemudahan yang dimiliki, gagal mengawal keadaan di lapangan terbang. Keadaan aman dan tenang di seluruh negara, kecuali di lapangan terbang Kabul," kata pegawai Taliban, Amir Khan Mutaqi.
Kementerian Pertahanan Britain berkata, seramai tujuh individu meninggal dunia dalam kekecohan itu, namun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci.
Seorang wartawan bernasib baik berjaya mendapat tempat dalam penerbangan keluar dari Kabul dan menjelaskan bahawa orang awam berada dalam keadaan terdesak.
"Mereka menunjukkan pasport dan menjerit 'bawa kami bersama kamu, tolong bawa kami'.
"Pejuang Taliban yang berada dalam trak di hadapan kami melepaskan tembakan ke udara untuk mengusir mereka," kata wartawan itu.
Sebenarnya sudah lama saya berhasrat untuk menulis memoir hidup, yang menghimpunkan pengalaman-pengalaman berharga sepanjang menjadi Mufti Wilayah Persekutuan. Namun, dek kekangan masa yang mencemburui sepanjang bertugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ia terkubur begitu sahaja. Sehari selepas peletakan jawatan, saya terfikir untuk menyambung kembali impian tersebut. Juga dimuatkan perjalanan ringkas kehidupan sedari kecil hingga ke menara gading seterusnya melalui alam pekerjaan. Cebisan-cebisan pengalaman yang tidak seberapa ini, mula disusun dengan bentuk penceritaan yang separa santai. Maka, sudah pasti anda akan temui banyak loghat Terengganu dalam memoir ini.
Penulisan autobiografi ini satu kelaziman bagi para ulama’ sejak dahulu lagi. Imam ʿAbd al-Wahhāb al-Shaʿrānī menulis autobiografi dengan judul Laṭā’if al-Minan wa al-Akhlāq. Imam al-Ṣuyūṭī pernah menulis autobiografi berjudul al-Taḥadduth bi niʿmatilLāh (Menyebut tentang Nikmat Allāh). Saya tertarik dengan kesimpulan yang dikemukakan oleh Imam Jalāl al-Dīn al-Ṣuyūṭi tentang pencetus kepada usahanya untuk menulis autobiografi:
Para ulama silam dan moden terus menerus menulis biografi diri mereka sendiri. Mereka melakukannya dengan hasrat yang terpuji, antaranya adalah menyebut tentang nikmat Allāh sebagai kesyukuran dan memperkenalkan liku-liku kehidupan mereka, agar orang lain boleh menirunya, memanfaatkan sesiapa yang tidak mengetahui tentangnya serta sesiapa sahaja selepas itu yang ingin menyebutkan tentang mereka dalam karya-karya sejarah dan kamus biografi, boleh menukilkannya. Antara yang telah melakukannya sebelumku adalah Imam ʿAbd al-Ghāfir al-Fārisī, seorang penghafaz hadis; Al-ʿImād al-Kātib al-Iṣbahānī yang menulis autobiografi dalam sebuah penulisan yang khusus bertajuk al-Barq al-Shāmī; seorang faqih ʿUmārah al-Yamanī yang menulis autobiografi dalam penulisan yang khusus; Yāqūt al-Ḥamawī yang menulis autobiografi dalam bukunya Muʿjām Kuttāb; Lisān al-Dīn al-Khātib yang menulis autobiografi separuh jilid dalam bukunya Tārīkh Gharnāṭah di mana keseluruhan kitab itu adalah 8 jilid; al-Imām al-mujtahid al-waraʿ al-zāhid Abu Shāmah yang menulis autobiografi dalam bukunya Bayāḍ fī al-Aṣl di beberapa bahagian; al-Ḥāfiẓ Taqiy al-Dīn al-Fāsī yang menulis autobiografi dalam bukunya Tārikh Makkah di beberapa bahagian; al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar yang menulis autobiografi dalam bukunya Tārīkh Quḍā’ Misr; dan Imam Abū Ḥayyān yang mengkhususkan penulisan tentang dirinya dalam sebuah buku yang khusus bernama al-Nuḍār, dengan beberapa jilid yang banyak.[1]
Sejak usia muda, saya juga terkesan dengan buku-buku autobiografi para ulama’ kontemporari seperti Syeikh Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī (Ibn al-Qaryah wa al-Kuttāb) dan Maulana Abū al-Ḥasan ʿAlī al-Ḥasanī al-Nadwī (Fī Masīrat al-Ḥayāh). Kisah-kisah kehidupan mereka adakalanya menghibakan, memberi semangat, melucukan dan adakalanya menimbulkan 1001 rasa tatkala membaca tiap baris penulisan mereka.
Firman Allāh SWT:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya: “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.” (Surah al-Ḍuḥā: 11)
Mujāhid mentafsirkan sebagai amal soleh yang dilakukan oleh seseorang dan diceritakan kepada saudaranya dalam kalangan yang boleh dipercayai dengan tujuan memberi motivasi dan melakukan amal soleh sepertinya.[2] Kata al-Layth daripada seorang lelaki daripada al-Ḥasan bin ʿAlī, maksudnya adalah “Apa-apa kebaikan yang telah kamu ketahui, maka ceritakan kepada saudaramu.” Menurut Muḥammad bin Isḥāq: “Apa-apa nikmat dan karamah daripada kenabian yang dikurniakan Allāh SWT kepada kamu, maka ceritakan dan sebutkan tentangnya serta serulah kepadanya.”[3]
Memoir ini adalah himpunan anekdot dalam kehidupan saya, sejak kecil sehinggalah menjawat jawatan Mufti dan Menteri. Ada antaranya seperti yang saya kongsikan di media sosial namun kebanyakannya adalah kisah-kisah di sebalik tabir yang saya pasti, ramai ingin mengetahuinya. Disamping perkongsian kisah hidup, saya selitkan juga pengalaman dalam pengurusan fatwa, pentadbiran hal ehwal Islam dan beberapa nasihat dalam memandu organisasi, mengikut panduan Maqasid Syariah. Insya-Allah, saya akan muatnaik secara berkala di www.zulkiflialbakri.com.
Bersambung…
____________________
[1] Al-Ṣuyūṭī, Jalāl al-Dīn. Al-Taḥadduth bi NiʿmatilLāh, (t.t.; t.p.), 3-4.
Alor Setar: Jabatan Perhutanan Kedah (JPNK) sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai 'Mat Jan' kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pembalakan haram di Kompartmen 4, Hutan Simpan Gunung Inas, Baling membabitkan kerugian kira-kira RM300,000 sejak seminggu lalu.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Muhamad Abdullah berkata, lelaki yang berasal dari Kupang, Baling itu dipercayai mengupah beberapa lelaki lain bagi menebang pokok balak di kawasan hutan seluas lima hektar berkenaan.
Beliau berkata, JPNK mendapat maklumat awam pada jam 11 pagi semalam, sebelum pasukan bertugas mengesan terdapat kegiatan pembalakan haram di kawasan terbabit kira-kira jam 2 petang.
"Apabila tiba di lokasi, terdapat dua lelaki berusia 40-an sedang melakukan kerja menebang pokok dan menarik kayu di dalam hutan simpan, namun mereka melarikan diri ke dalam hutan.
"Mereka turut disyaki membina jalan sepanjang dua kilometer (km) untuk memindahkan balak yang dilakukan pada waktu malam dan awal pagi bagi mengelak dihidu pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhamad berkata, hasil penggeledahan, anggotanya menemui kesan tebangan pokok, jentolak, mesin gergaji, motosikal serta tujuh batang balak yang baru ditebang antaranya jenis balau, gerutu, merbau, pulai dan medang.
Katanya, sebuah jengkaut yang diguna untuk pembalakan turut ditemui di ladang kelapa sawit berhampiran berikutan terdapat kesan laluan ke lokasi pembalakan.
"Dari maklumat awam kerja pembalakan haram ini dilakukan individu tempatan dikenali sebagai 'Mat Jan' yang berasal dari Kupang, Baling. Kita masih menyiasat sama ada kegiatan ini membabitkan sindiket atau persendirian.
"Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kupang untuk siasatan dan tindakan lanjut oleh JPNK," katanya.
Muhamad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.
Katanya, semua barang rampasan dan sitaan dibawa keluar dan dihantar ke stor di Pejabat Hutan Renjer Jeniang, Kuala Muda.
ANTARA kesan pembalakan haram di Kompartmen 4, Hutan Simpan Gunung Inas, Baling. FOTO ihsan JPNK-myMetro
Meskipun masyarakat Melayu kaya dengan bahasa serta dialek yang cukup unik mengikut faktor geografi, namun kebanyakan generasi muda masa kini lebih gemar ‘merojakkan’ bahasa. Budaya tersebut agak normal memandangkan kini sudah menjadi bahasa pertuturan harian. Namun sedarkah anda bahawa percampuran Bahasa Melayu dan Inggeris sebenarnya meletakkan identiti bangsa kita di hujung tanduk? Malahan saban hari, penghargaan masyarakat terhadap Bahasa Melayu semakin meniipis.
Dialek Melayu Pattani tanpa pengaruh bahasa Thailand
Namun melalui sebuah perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twiitter nazirshahmhd, seorang warga emas menjadi perhatian kerana masih menuturkan dialek yang semakin ditelan zaman. Menuturkan dialek Melayu Patani dengan lancar, nenek yang bertudung putih berkenaan sempat menceritakan serba sedikit mengenai kehidupannya pada zaman penjaajahan Jepun.
Umur 90 tahun tapi nampak sangat ayu
Selain tertarik dengan keunikan bahasa asli berkenaan, nampaknya netizen mula menyedari kecantikan awet muda yang dimiliki oleh warga emas ini. Walaupun umurnya sudah 92 tahun, namun dia masih kelihatan sihat tubuh badan dan mampu memberikan senyuman manis sewaktu berkongsikan cerita hidupnya.
Mesti masa muda dia lawa kan?
Ketika warga emas lain mungkin sudah nampak lebih tua kerana semakin dimamah usia, namun netizen pula menyifatkan hakikat sebaliknya setelah melihat Mok Kak Ngoh. Ada juga yang berpendapat bahawa dia sebenarnya seorang rupawan ketika muda dahulu. Tidak ketinggalan, mereka sempat membandingkan nenek ini dengan diri mereka.
Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya membalas d3ndam kekalahan lalu apabila berjaya menumpaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam ini.
Bagaimanapun skuad Penyu masih kekal menghuni ditangga kedua dengan mengumpul 37 mata hasil 19 perlawanan manakala KDA FC tempat keempat dengan 32 mata hasil 16 perlawanan.
Pada perlawanan itu, skuad Penyu yang hanya menurunkan empat tonggak import bermula garang dengan percubaan pertama menerusi rembatan pemain import, Makan Konate pada minit keempat yang berjaya ditangkap kemas penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.
Sepanjang babak pertama, permainan jelas dikuasai skuad kendalian Nafuzi Zain apabila memperolehi peluang keemasan kedua pada minit ke-25 menerusi r3mbatan pemain sayap, Faiz Nasir, namun gagal memecah kebuntuan gol.
Seminit berselang, bekas pemain kebangsaan itu sekali lagi berpeluang untuk mencetak nama sebagai penjaring, tapi rembatan lemahnya dalam kotak penalti terus ke dakapan Ifwat biarpun hanya berdepan dengan penjaga gol itu.
Sepanjang 45 minit pertama, gandingan striker skuad Lang Merah, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman gagal melakukan percubaan tepat kerana berjaya dihalang pertahanan yang diketuai Muhamad Mohd Fauzi.
Bagaimanapun pada masa kec3deraan babak pertama, skuad pelawat akhirnya berjaya memecah kebuntuan gol apabila pemain kelahiran Lebanon, Rabih Ataya berjaya mencetak gol peribadi pertamanya musim ini apabila bijak memanfaatkan peluang hasil hantaran Mohd Syazwan Zainon.
Bersambung babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk menambah jaringan kedua apabila hantaran bekas pemain import TFC, Tchetche dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah berjaya disudahkan Syazwan pada minit ke-50 untuk pasukannya mendahului 2-0
Striker kelahiran Brazil, David Da Silva hampir berjaya merapatkan kedudukan menerusi tandukan tajam pada minit ke-57 hasil hantaran silang Faisal Halim tapi sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol.
Usaha berterusan skuad Penyu akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan percuma dari jarak 25 meter yang diambil Da Silva terbias pertahanan pelawat sebelum menerjah jaring pada minit ke-69 untuk merapatkan kedudukan 2-1.
Jaringan itu ternyata menyuntik semangat pemain skuad Penyu untuk membvru gol penyamaan dengan menggandakan asakan, namun kekentalan benteng pelawat mengagalkan usaha berkenaan.
Pada minit ke-87, Da Silva hampir mencetak nama sebagai penjaring gol kedua tapi bola tolakan pemain itu berjaya dihalang pertahanan pelawat, Renan Alves sekali gus terselamat pintu gol pelawat.
Kedudukan 2-1 itu kekal hingga tamat perlawanan dengan Lang Merah berjaya terbang tinggi manakala Sang Penyu menangis di laman sendiri.
Pada aksi pusingan pertama di Stadium Darul Aman, skuad Penyu berjaya merakam kemenangan 2-1.