Tiada catatan dengan label Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah mengambil ketetapan untuk menolak deraf MOU antara Kerajaan Persekutuan dan PN setelah meneliti keseluruhan kandungan deraf MOU tersebut secara terperinci. MOU ini mempunyai niat tersirat untuk mengekang kebebasan Ahli-Ahli Parlimen untuk menyuarakan hasrat pengundi yang memilih mereka ke Dewan Rakyat. Tidak pernah dalam sejarah negara Malaysia sejak merdeka, pihak Kerajaan menetapkan perkara-perkara yang boleh dituturkan dan tidak boleh dituturkan oleh Ahli-Ahli Parlimen di luar ketetapan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan. Misalnya, MOU ini mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja di mana Ahli-Ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya. Menyentuh isu-isu ini dianggap sebagai menyebarkan kebencian. Ini tidak betul. Negara ini dibina di atas persefahaman antara kaum atau Kontrak Sosial yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai peruntukan-peruntukan khusus mengenai hak-hak kaum, agama Islam dan Raja-Raja Melayu. Kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sah untuk kaum-kaum lain (Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan), Islam sebagai Agama Persekutuan (Perkara 3), Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perkara 152), Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan pewujudan Majlis Raja-Raja (Perkara 32 dan 38) dan kebebasan setiap individu untuk mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni (Perkara 11) adalah perkara-perkara asas pembentukan Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Apa hak Kerajaan PH-BN untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimen PN daripada memperjuangkan perkara-perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi suara mereka di Dewan Rakyat. Tunjukkan semua catatan