Terdapat satu insiden di mana Bruno Fernandes mememperlihatkan kekecewaannya dengan aksi Ronaldo yang menghadang rembatan bak peluru dilepaskannya.
Ianya berlaku pada minit ke-9 perlawanan. Ketika Bruno Fernandes sudah yakin bahawa bola akan masuk. Tiba tiba ada Ronaldo menjadi penghalang.
Ronaldo just texting his wife mid game pic.twitter.com/C8oYkzIWnY
— Ben🙏🇺🇦 (@afcben19) February 26, 2022
Ianya salah satu daripada dereta peluang dimiliki Manchester United sepanjang perlawanan menentang Watford.
Di mana pengurus mereka, Ralf Rangnick menyifatkan anak anak buahnya terlalu banyak mempersia siakan peluang.
Bercakap kepada BBC Sport selepas tamat perlawanan, Rangnick berkata: “Ini sangat mengecewakan. Kita melakukan segalanya hari ini kecuali menjaringkan gol. Sukar nak menelan keputusan ini. Kami mengawal sepenuhnya perlawanan untuk hampir keseluruhan perlawanan.”
“Kami perlu lebih tajam di hadapan gol. Ini adalah petang yang mengecewakan.”
“Kalau ada orang tanya, adakah kami mencipta peluang terbuka yang banyak? Saya akan kata ya, peluang peluang itu cukup untuk kami menjaringkan sekurang kurangnya 1 atau 2 gol. Tapi malangnya, kami gagal.”
Rangnick menepis pandangan yang menyatakan bahawa Watford bernasib baik seri menentang Manchester United. Sebaliknya ia adalah kerana kelemahan Manchester United sendiri yang tak tahu menjaringkan gol.
Dua kali bola percubaan Man United dikeluarkan dari atas garisan. Ben Foster kemudian memainkan peranan besar dalam menafikan peluang 1 lawan 1 dengan Bruno Fernandes.
Penjaring gol dalam aksi UCL menentang Atletico Madrid, Anthony Elanga juga menyaksikan percubaannya dihadang. Percubaan Ronaldo pula terkena tiang. Dan satu satunya percubaan mereka yang menerjah gawang adalam menerusi Ronaldo, tetapi ofsaid.
Rangnick berkata: “Pada separuh pertama kami ada 5 peluang sangat baik dan kemudian ada 3 atau 4 lagi pada separuh masa kedua. Hari ini kita mencipta peluang yang cukup untuk memenangi perlawanan ini.”
Kadangkala kami kurang bernasib baik misalnya, apabila Cristiano Ronaldo melakukan percubaan terkena tiang. Namun kami ada peluang 1 lawan 1. Ini bukan soal nasib, ini soal ketajaman, kecekapan dan aspek klinikal [di hadapan gol].”
“Jika saya imbas balik dalam 3 bulan ini, kami membazirkan banyak sekali peluang dan membuang banyak mata dengan seri, kami sepatutnya memiliki 4 atau 6 mata tambahan lagi – dan situasinya pasti akan berbeza sama sekali.”
Manchester United sekadar seri dengan Watford yang bergelut dengan zon penyingkiran. Keputusan ini membuatkan United membuka peluang seluasnya kepada Arsenal untuk mara ke UCL musim hadapan.
Selepas ini Manchester United ada beberapa lagi perlawanan yang sukar untuk mereka hadapi. Ini termasuk aksi derbi Manchester menentang Manchester City, kemudian menentang Tottenham, Atletico dan kemudian barulah lawan yang agak mudah iaitu Liverpool.
Adakah Manchester United akan berjaya mara ke UCL musim hadapan? Ianya persoalan yang terus berlegar di minda para peminat Manchester United ketika ini.
-sukan.my