"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 20 Februari 2022

Pertama Di Malaysia, Penginapan Dalam Kapal Terbang Tawar Pengalaman ‘Rare’ Buat Pengunjung

 


Jika sebelum ini ada bas yang dijadikan sebagai tempat penginapan, kini muncul pula penginapan daripada kapal terbang. Terletak di Broga, Negeri Sembilan, pastinya penginapan ini akan menarik minat anda.

Mana tidaknya, daripada hanya kapal terbang kini ia telah diubah suai menjadi satu tempat penginapan dan bakal dibuka tidak lama lagi. Untuk pengetahuan anda, ini adalah resort berkonsepkan kapal terbang pertama di Malaysia dan satu-satunya resort di dunia yang menggunakan 2 pesawat sebagai penginapan dan dewan bankuet.




Lokasinya yang dikelilingi alam semulajadi akan memberikan ketenangan buat anda yang menginap di sini. Pada waktu malam, anda akan dapat melihat kecantikkan bintang sambil ditemani udara segar.

Malah, anda juga akan berasa selesa sepanjang penginapan anda di sini. Jika anda tidak mahu menginap di penginapan jenis kapal terbang, terdapat penginapan biasa juga di Twin Jets Resort ini.





Menjengah ke laman sesawang, harga penginapan biasa di resort ini bermula dari RM900 dan untuk Premium Jet pula berharga RM18,000. Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, anda boleh klik sini.

-thevocket.com

Ronaldo diikuti 92 juta akaun palsu tapi hasilkan pendapatan lumayan

 Cristiano Ronaldo, 37, adalah atlet paling laris di dunia dan mendapat tajaan untuk status dimuat naik bintang Manchester United itu. - Foto Instagram

Cristiano Ronaldo, 37, adalah atlet paling laris di dunia dan mendapat tajaan untuk status dimuat naik bintang Manchester United itu. - Foto Instagram

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo dianggarkan menerima 388,000 pound (RM2.21 juta) bagi setiap statusnya yang ditaja daripada pengikut palsu di Instagram.

Bintang Portugal itu, dipercayai mempunyai 92 juta akaun palsu dalam 400 juta pengikutnya di platform media sosial berkenaan. Ia berpunca daripada peningkatan akaun bot di media sosial.

Bagi setiap status ditaja yang dimuat naik Ronaldo - individu paling popular di Instagram - dia menerima bayaran sehingga 1.69 juta pound (RM9.62 juta).

Namun jika 92 juta daripada pengikutnya adalah akaun palsu, bermakna RM2.21 juta daripada pendapatan itu adalah daripada akaun bot.

Ronaldo, 37, adalah atlet paling laris di dunia dan mendapat tajaan untuk status dimuat naik bintang Manchester United itu.

Minggu ini dia memuat naik berkenaan Nike dan jenama pakaian dalam CR7 miliknya. Ronaldo turut ditaja klinik rambut Insparya.

Selain Ronaldo, Lionel Messi juga dikatakan mempunyai 70 juta akaun palsu dalam senarai pengikutnya di Instagram. Neymar pula mempunyai sekitar 34 juta pengikut palsu. - AGENSI

Pegawai SPRM belanja sakan dengan duit curi RM25 juta

 

Antara barangan mewah dan hartanah yang dibeli tertuduh menggunakan duit curi daripada simpanan SPRM.
Antara barangan mewah dan hartanah yang dibeli tertuduh menggunakan duit curi daripada simpanan SPRM.

SHAH ALAM - Menggemparkan dan mengejutkan. Itulah dua perkataan menggambarkan pengakuan seorang penguasa kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keputusan Mahkamah Sesyen pada Jumaat.

Tertuduh, Shahrum Nizam Baharuddin, 41, yang sudah 17 tahun bertugas di agensi itu akhirnya mengaku bersalah menggunakan wang rampasan agensi tersebut berjumlah AS$6.94 juta.

Berikutan pengakuan tertuduh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun yang berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 13 September 2021 dan sebat dua kali.

Bagaimanapun, perbuatan curang Shahrum Nizam yang pernah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang sebanyak empat kali itu ternyata telah mencalarkan imej dan integriti SPRM.

Malah, kini ramai yang mempersoalkan sejauh mana ketatnya protokol keselamatan aset-aset rampasan di bawah simpanan SPRM.

Bagi memudahkan pemahaman pembaca, Sinar Premium menyusun semula secara terperinci perjalanan kronologi kes yang menggemparkan negara ini.

ASET HASANAH DIRAMPAS

- Pada 26 Ogos 2018, tertuduh dilantik sebagai Ketua Operasi dalam Ops Dinar 2 berkaitan dengan penyiasatan ke atas bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan (RD), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang disyaki telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang milik Kerajaan Malaysia.

Malah, kini ramai yang mempersoalkan sejauh mana ketatnya protokol keselamatan aset-aset rampasan di bawah simpanan SPRM.

- Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan ketika itu ialah Datuk Hasanah Ab Hamid yang sebelum ini didakwa atas tuduhan pecah amanah mencecah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan.

- Wang rampasan tersebut kemudian telah diserahkan oleh pegawai penyiasat kepada Ketua Cawangan, Cawangan Tindakan Khas (KC CTK) untuk disimpan dalam peti besi.

- Pada 17 Disember 2018, Shahrum Nizam telah meminta KC CTK untuk menyerahkan sebahagian wang rampasan tersebut untuk pengiraan semula dan disahkan ketulenannya.

Sebanyak AS$1.9 juta daripada jumlah keseluruhan wang rampasan diserahkan kepada tertuduh bagi tujuan itu tetapi Shahrum Nizam hanya mengambil AS$800 ribu manakala bakinya diserahkan semula pada KC CTK.

Sebaik sahaja mengambil wang tersebut, Shahrum Nizam telah membawa wang AS$800 itu keluar daripada bangunan SPRM untuk ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dengan bantuan seseorang di Kota Damansara. Hasil tukaran pada ketika itu ialah RM1.6 juta.

- Pada 9 April 2019, tertuduh sekali lagi meminta wang rampasan yang berada dalam simpanan KC CTK untuk proses pengiraan semula dan pemeriksaan keselamatan. Selepas diserahkan, Shahrum Nizam telah membawa keluar wang tersebut untuk ditukar kepada Ringgit Malaysia.

- Penukaran kali kedua tersebut membabitkan wang sebanyak AS$2,470,000 yang mana hasil tukaran ialah sebanyak RM9,880,000. Tertuduh turut menyerahkan sebuah beg berwarna ungu berisi AS$4.07 juta untuk disimpan oleh kenalannya untuk dijadikan modal perniagaan.

PERBUATAN MULA TERBONGKAR

- Pada 12 APril 2021, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Hasanah daripada pertuduhan melakukan pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia, tiga tahun lalu.

- Pembebasan Hasanah menyebabkan perbuatan Shahrum Nizam mula terbongkar.

- Ini kerana pada 23 Ogos 2021, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah memerintahkan supaya wang eksibit yang dirampas dalam kes terhadap bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan (RD), Jabatan Perdana Menteri (JPM) termasuk wang US$6.94 juta tersebut dipulangkan semula kepada bahagian tersebut.

- Selepas diserahkan, pemeriksaan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RD JPM, Mohd Yani Daud mendapati wang rampasan dalam Dolar Amerika itu diragui ketulenannya selepas mendapati ada di antara not-not wang tersebut hanya bercetak pada sebelah permukaan sahaja, mempunyai nombor siri yang sama, warna yang tidak seragam dan berkualiti rendah.

- Pada September 2021, SPRM mengesahkan penahanan tiga pegawainya bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes dan aset Hasanah.

- Pada 4 Januari 2022, Shahrum Nizam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah AS$6.94 juta.

BERBELANJA MEWAH

- Hasil siasatan mendapati tertuduh telah membelanjakan RM2,713,730 untuk membeli aset-aset dari tempoh 17 Disember 2018 hingga kini.

- Hasil daripada penukaran wang itu, tertuduh telah menjadikan wang eksibit tersebut untuk kegunaan sendiri dengan membeli aset-aset mewah dengan membuat 13 kali transaksi bayaran secara tunai untuk membeli sebuah rumah dua setengah tingkat di Kota Warisan, Sepang.

- Tertuduh telah membeli jam tangan berjenama iaitu empat unit jam tangan jenama Hublot Big Bang, dua unit jam tangan jenama Tag Heuer dan dua unit jam tangan jenama Rolex secara tunai di sebuah kedai jam di Mid Valley City dengan nilai keseluruhan pembelian berjumlah RM397,580.

- Tertuduh juga telah membeli sebuah kenderaan jenis 4x4 jenama Ford Raptor 2.0 secara tunai berjumlah RM219,000, membeli dua bidang tanah, masing-masing seluas 2.9967 hektar bernilai RM333,220 atas nama tertuduh dan 1.244 hektar bernilai RM150,000 atas nama isterinya di Jerantut, Pahang.

- Dia juga membeli sebuah kereta jenis Honda Civic Type R 2.4L Turbo bernilai RM290,030 yang mana pembayaran dibuat secara tunai berjumlah RM265,930

- Tertuduh juga membeli sebuah motosikal Ducati 1299 Panigale R Final Edition bernilai RM278,000 dan sebuah lagi motosikal Ducati 1199 Superleggera bernilai RM300,000 yang mana pembelian motosikal itu telah dibuat dengan cara 'trade in' motosikal Panigale 1199R oleh tertuduh berjumlah RM110,000 manakala sebahagian lagi RM190,000 dibayar lima kali oleh tertuduh kepada kedai motosikal.

- Selain itu, tertuduh turut membeli sebuah kereta Mercedes Benz A250 Sport secara tunai bernilai RM130,000

- Tertuduh turut meminta seseorang untuk menyimpan wang tunai sebanyak RM1.4 juta (sebahagian yang telah ditukar kepada Ringgit Malaysia) sebagai `persediaan’ untuk dijadikan modal perniagaan kayu balak.

- Pada 24 September 2021 SPRM telah menyita sebuah beg bagasi mengandungi wang tunai berjumlah AS$4.07 juta di Wisma D.H.R, Kampung Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan, daripada saksi sama yang diserahkan oleh tertuduh kepada saksi itu untuk disimpan bagi dijadikan modal perniagaan tertuduh kelak.

-SH Online

Sabtu, 19 Februari 2022

Allah laknat pengundi pilih pemimpin, pengamal rasuah-Hadi Awang

 

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat yang melantik dan mengundi pemimpin rasuah atau memilih individu yang mengamalkan rasuah, akan dilaknat Allah

Menurutnya bencana yang diikuti dengan penyakit rasuah menjadi suatu wabak, bermula daripada golongan atasan sehinggalah kelompok paling bawah, sebelum datang penyakit kemungkaran yang lebih parah.

“Datangnya bertalu-talu, apabila pagarnya memakan padi serta apabila rakyat dibeli dan pemimpin juga dapat dibeli,” katanya dalam kenyataan hari ini, tatkala Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan berlangsung bermula dengan hari penamaan calon pada 26 Februari 2022 ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata wabak itu akan disusuli dengan penyakit masyarakat yang datang secara bertalu-talu dan bertali arus, sehingga memusnahkan semuanya, khususnya apabila ia turut merosakkan pembangunan termasuk alam sekitar.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, adalah mustahil negara yang masih mengamalkan politik wang dapat menghapuskan rasuah, kerana wabaknya menjadi payung negara.

Pencegahannya kata beliau, sekadar laksana menampar nyamuk di kawasan yang dibiarkan longkangnya terdedah sehingga membiakkan nyamuk berkali ganda banyaknya.

Beliau memberi amaran bahawa rakyat yang memilih pemimpin kerana politik wang yang berkonsepkan kebendaan pasti akan menempah kemusnahannya.

“Hal ini berlaku setelah urusan mereka dijual beli dengan rasuah dan penipuan, semata-mata untuk mengejar kemewahan yang melampau kerana sudah tidak bermoral lagi.

“Bahkan, mereka juga sekadar bergembira pada masa kehidupan dunia yang pendek, tetapi berdukacita dalam tempoh masa yang panjang. Begitu juga, mendapat kecelakaan buat selama-lamanya sekiranya tidak bertaubat dengan kembali kepada petunjuk Allah SWT.

“Maka, Allah SWT melaknat pelaku, penerima, pemberi dan semua yang terlibat dengan rasuah, termasuklah rakyat yang melantik atau mengundi pemimpin dengan rasuah dan memilih yang mengamalkan rasuah,” katanya.

Sebaliknya Abdul Hadi berkata, Islam menunjukkan pendekatan politiknya dengan meletakkan rukun kehidupan manusia itu mengikut tertib maqasid al-syari‘ah ialah memelihara agama, akal, keturunan, maruah dan harta.

Pada masa yang sama, katanya Islam meletakkan syarat integriti syakhsiah berprinsipkan akidah agama, akhlak dan ilmu bermanfaat menjadi konsep tanpa mendahului harta.

“Hal ini demikian kerana, harta tanpa syakhsiah yang berintegriti tidak akan mampu menguruskan harta dan masyarakatnya. Akan tetapi, harta boleh dihasilkan dengan kemampuan ilmu dan syakhsiah yang berintegriti.

“Harta kekayaan sahaja tanpa integriti boleh merosakkan dan menghabiskan harta dengan sia-sia. Ilmu tanpa integriti menjadikan seseorang itu penipu, semuanya akan merosakkan diri, masyarakat dan negara,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac 2022 sebagai hari pembuangan undi bagi PRN Johor, manakala hari penamaan calon adalah pada 26 Februari 2022 dan hari mengundi awal pada 8 Mac 2022.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN itu adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemas kini sehingga 21 Januari 2022.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 2,597,742 orang pengundi yang terdiri daripada 2,574,835 orang pengundi biasa, 10,955 orang anggota tentera dan pasangan, 11,576 orang anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 376 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

-Agenda Daily

“Fattah sepupu Syamsul?” – Ini Barisan Selebriti Yang Rupa-rupanya Bersaudara!

 


Lately ni mesti korang selalu tengok gelagat comel penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri dengan suaminya Syamel kan? Tambah pula, Ernie ni merupakan anak saudara kepada Ziana Zain dan Anuar Zain.

Takpun, korang mesti tahu juga yang Nelydia dan juga Uqasha merupakan adik beradik yang aktif dalam bidang lakonan. Bukan tu je, sepupu-sepupu diorang yang lain pun turut aktif dalam bidang yang sama.

Nelydia

Haa, tahu tak siapa lagi yang ada pertalian darah sebagai keluarga dalam kalangan selebriti kat negara kita ni? Jangan terkejut plak okay.. Meh, min listkan satu-satu. Korang baca tau…

1. Jasmin Hamid & Aleza Shahdan (Sepupu)

Kita mulakan dengan Jasmin Hamid dan juga Aleza Shahdan. Siapa je tak kenal dua-dua pelakon wanita hebat yang selau bawa watak mak-mak ni kan? Kalau jadi mak yang jahat tu, memang menjadi betul! Haa rupa-rupanya diorang berdua ni merupakan sepupu.

Jasmin Hamid
Sumber: Gambar Hiasan

Jasmin Hamid dilahirkan pada 15 September 1974 manakala Aleza Shahdan pula dilahirkan pada 21 November 1975. Mereka berdua sangat sinonim dengan watak dalam drama-drama Melayu. Teringin juga min nak tengok dua sepupu ni berlakon sekali! 

Siapa yang rindu nak tengok dua-dua pelakon ni, korang geng dengan min!

2. Rosyam Nor & Faizal Hussein (Sepupu)

Siapa sangka rupanya hero remaja yang pernah menjadi pujaan orang ramai iaitu Datuk Rosyam dan Faizal Hussein juga merupakan sepupu! Difahamkan, Rosyam Nor melangkah ke dalam dunia seni terlebih dahulu dan kemudiannya baru diikuti oleh Faizal Hussein.

Mereka yang menjadi kegilaan orang ramai selepas kemunculan bersama dalam filem ‘Gila-Gila Remaja’ yang mana Faizal Hussein memegang watak utama dan ianya ditayangkan pada 1985!

Faizal
Sumber: Portal

Ohh yaa, kalau korang nak tahu juga… penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim juga merupakan sepupu kepada Faizal Hussein tau!

3. Fattah Amin & Syamsul Yusof (Sepupu)

Pengarah dan juga penerbit terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam yang juga bapa kepada pelakon serta pengarah Syamsul Yusof merupakan bapa saudara kepada pelakon Fattah Amin!

Ini menjadikan Fattah Amin sepupu kepada Syamsul Yusof. Ternyata Fattah Amin pernah menjadi kru penggambaran untuk Syamsul dan juga Datuk Yusof Haslam sebelum menyertai program Hero Remaja.

Fattah
Sumber: Portal

Fattah dan Syamsul rupanya pernah berlakon bersama dalam filem ‘KL Special Force’ yang pernah ditayangkan pada tahun 2018.

Bukan tu je, pelakon wanita Sabrina Ali juga merupakan sepupu kepada Syamsul… Kalau korang perasan, diorang berdua pun pernah berlakon sama-sama dalam filem ‘Munafik’…

4. Ella & Kaka Azraff (Ibu-anak saudara)

Ratu rock Malaysia Ella merupakan ibu saudara kepada penyanyi yang juga bersuara serak iaitu Kaka Azraff!

Kaka
Sumber: mStar

Buat sesiapa yang tak tahu, Kaka sendiri mendedahkan bahawa Ella sememangnya bersikap manja seperti yang sering ditunjuk pada orang awam. Bukan itu sahaja, Ella juga dikatakan sangat akrab dengan anak-anak saudaranya yang lain.

Dengar cerita Kaka sampai jadikan Ella sebagai inspirasi untuk mulakan langkah sebagai penyanyi sebelum ni…

5. Sherry Al-Hadad & Sharifah Shahirah (Ibu-anak saudara)

Kalau korang rajin tengok TV, mesti akan familiar dengan pengacara yang selalu menghiasi program-program TV, Sherry Al-Hadad.

Korang jangan terkejut pula kalau Sherry Al-Hadad atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad ni merupakan ibu saudara kepada pelakon dan juga pengacara iaitu Sharifah Shahirah!

Shery
Sumber: Portal

Walaupun Sherry lebih muda dari Sharifah Shahirah, namun Sherry sangat dihormati oleh anak buahnya itu. Malah, Sharifah Shahirah pernah mendedahkan bahawa sebelum Sherry mula dikenali, dia mengalami kesukaran bersama keluarganya.

Haaa, sekarang korang dah tahu kan? Terkejut tak? Kalau min, paling terkejut yang Fattah dengan Syamsul tu! Rupanya selama ni pusing-pusing situ juga family diorang ni…

Sumber: TikTokPortal Murai

Kredit:Lobak Merah

Jumaat, 18 Februari 2022

Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar

 Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar

Mahkamah perintahkan Ali Puteh (kiri) membayar RM60,000 kepada isteri Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali (kanan) kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan dua tahun lalu. -Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat perintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada isteri Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.

Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Siti Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.
Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.
Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah, 30, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Siti Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.
Selepas prosiding selesai, Siti Nor Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.
Dalam prosiding hari ini, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
-AstroAwani

Khamis, 17 Februari 2022

Covid19:Perubahan SOP kontak rapat diumum minggu depan

 

PUTRAJAYA: Pemansuhan prosedur pengasingan bagi mana-mana individu yang didapati menjadi kontak rapat akan diumumkan pada minggu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan untuk memansuhkan prosedur pengasingan bagi kontak rapat itu ketika ini sudah dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam.

Katanya, ia susulan pekeliling yang diedarkan kepada semua petugas kesihatan bertarikh 15 Februari lalu.

"Satu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu.

"Protokol itu merujuk kepada mereka yang disahkan kontak rapat, kini tidak lagi perlu menjalani isolasi sekiranya tiada gejala.

"Sebaliknya, mereka hanya perlu membuat ujian saringan pada hari tertentu dan protokol sama akan kita laksanakan untuk orang ramai apabila tiba masanya.

"Pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat minggu depan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Berdasarkan prosedur sebelum ini, individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak diarahkan menjalani isolasi atau pengasingan untuk tempoh tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.

Mengemukakan rasional di sebalik keputusan sedemikian yang berkemungkinan dilihat sebahagian daripada usaha peralihan ke fasa endemik, Khairy berkata ia bagi menghindari 'tempias' terhadap faktor ekonomi dan sektor pekerjaan.

"Sekarang ini disebabkan peningkatan kes yang mencecah angka tertinggi semalam, terlalu kerap kita dengar orang dikategorikan sebagai kontak rapat.

"Kadang-kadang ia bukan disengajakan, tetapi mereka ini terkontak rapat, sekali gus berupaya menjejaskan aspek kehidupan seharian.

"Justeru, untuk elakkan gangguan kepada ekonomi dan pengurusan pekerjaan yang sangat ketara apabila mereka terpaksa diasingkan atau menjalani kuarantin seandainya menjadi kontak rapat, kita buat perubahan ini," katanya.

-BH Online

Elak 'fear factor': Tiada lagi pengumuman kes harian Covid 19 bermula esok - Khairy

 Elak 'fear factor': Tiada lagi pengumuman kes harian bermula esok - Khairy

Jelas Khairy, perincian matrik dan data dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar mengenai situasi COVID-19. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Bermula esok, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi akan mengumumkan bilangan kes harian COVID-19.

Sebaliknya, Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata perkembangan kes COVID-19 negara akan dimaklumkan pada jam 10 pagi, hari berikutnya.
Langkah tersebut, jelas Khairy untuk memastikan keseluruhan data dapat diperincikan dengan lebih menyeluruh.
Ia akan dimaklumkan bersama data-data yang lain pada pukul 10 pagi keesokan hari.
"Ini adalah supaya dapat baca data kes harian bersama dengan data-data lain seperti kemasukan kes hospital dan sebagainya.
"Ini untuk kita mengurangkan 'fear factor' kes harian dan ia perubahan budaya. Berhenti melihat kepada (kes harian), tetapi kita melihat bersama dengan semua data," katanya dalam sidang media, di sini pada Khamis.
Jelas Khairy, perincian matrik dan data dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar mengenai situasi COVID-19.
Beliau berkata demikian dalam sidang media KKM di sini, pada Khamis. Sidang media itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohd Sani.
-AstroAwani

Ustazah Terkenal ini Sarankan lsteri yg DipvkuI Suami Jgn Drhaka Ceritakan Pada Orang Ramai Tmasuk Mtua

 

Perkongsian video pendakwah bebas terkenal di laman TikToknya telah mengundang kecaman wargamaya.

Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan olehnya tidak dapat diterima oleh kebanyakkan pengikutnya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Si ibu tanya kepada si anak kenapa dengan kamu? Kenapa kamu nangis mata sampai sembab begitu kenapa?

Si anak menjelaskan ibu ayah Ya Allah saya tadi berdoa kepada Allah.

Saya rindu kepada ibu ayah dan sudah lama tidak berjumpa. Saya menangis kerana rindu kepada ibu ayah.

Lalu Allah makbulkan doa saya dan terharu lalu menangis.”

Si suami dari jauh ketika itu ‘terkejut’ dengan respon yang diberikan oleh isterinya.

Sedangkan wanita berkenaan boleh mengadu kepada kedua ibu bapanya tentang apa yang terjadi namun mengambil keputusan sebaliknya.

Di akhir video tersebut, Ustazah Oki Setiana Dewi memberikan pesanan supaya tidak menceritakan apa yang telah terjadi.

Dan perkara tersebut secara tidak langsung akan memburuk-burukkan pasangan sendiri.

“Menyimpan aib sendiri ya Allah luar biasa makin sayang dan cintalah suami tersebut.

Jadi tak perlu cerita-cerita, sekiranya membuat kita memburuk-burukkan pasangan kita sendiri.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dikatakan kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Oki Setiana Dewi.

Dan menjelaskan keganasan yang berlaku perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, mereka turut akui ‘terkejut’ dengan kenyataan tersebut dan mempersoalkan kredibiliti Oki selaku pendakwah yang disegani ramai.

Sumber: Oki Setiana Dewi

Rabu, 16 Februari 2022

Akaun Telegram, WhatsApp Zahid Hamidi digodam untuk minta wang

 Akaun Telegram, WhatsApp Zahid Hamidi digodam untuk minta wang

Jelas bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, beliau ketika ini ndalam proses mendapatkan semula akaun tersebut. - Foto Twitter/Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Akuan media sosial Telegram dan WhatsApp Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam kemas kini di laman Twitter hari ini.

Jelas bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, beliau ketika ini dalam proses mendapatkan semula akaun tersebut.
“Akaun Telegram dan WhatsApp saya telah digodam. Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan,” demikian tulisnya.
Dalam entri tersebut, Ahmad Zahid turut memuat naik dua tangkap layar daripada individu yang dipercayai menggodam aplikasi sosial miliknya.
Menerusi perbualan tersebut, individu berkenaan dilihat menggunakan identiti Ahmad Zahid untuk meminta wang.
-AstroAwani