فتاوى معاصي اللسان والجوارح
Fatwa Sekelian Maksiat Lisan & Anggota
فصل في معاصي اللسان
Fasal Pada Menerangkan Segala Maksiat Lisan
ORANG JAHIL BERFATWA
السؤال: تكلم عن الفتوى بغير علم
Terangkan tentang memberi fatwa dengan ketiadaan ilmu.
الجواب: يحرم الفتوى بغير علم ولو أصابت ، لورود الحديث : " من قال في القرءان برأيه فقد أخطأ ولو أصاب " رواه الترمذي ، وحديث : " من أفتى بغير علم لعنته ملائكة السماء والأرض " رواه ابن عساكر .
Haram memberi fatwa dengan ketiadaan ilmu sekalipun perkataannya itu betul kerana datang hadith : Barangsiapa berkata pada Quran dengan pendapatnya maka sungguh dia telah salah walau pun betul. Telah meriwayatkannya oleh At-Tirmizi. Dan hadith : Barangsiapa berfatwa dengan ketiadaan ilmu maka telah melaknatnya oleh malaikat di segala langit dan bumi. Telah meriwayatkannya oleh Ibnu Asakir.
KETERANGAN
ARTI FATWA
Tersebut pada kitab Mustalahat Fiqhiyah makna fatwa ialah :
الحكم الشرعي الذي يبينه الفقيه لمن سأله عنه
Artinya : “Hukum syarak yang menerangkannya oleh seorang faqih bagi orang yang bertanya daripadanya.”
Dan tersebut pada kitab Lisan Al-Arab arti fatwa ialah :
ما أفتى به الفقيه
Artinya : “Hukum yang menfatwakannya oleh seorang faqih.”
Dan pada kitab Syarah Al-Muntaha :
الْفَتْوَى فِي الاِصْطِلاَحِ: تَبْيِينُ الْحُكْمِ الشَّرْعِيِّ عَنْ دَلِيلٍ لِمَنْ سَأَل عَنْهُ
Artinya : “Bermula arti fatwa pada istilah ialah menerangkan hukum syarak daripada dalil bagi mereka yang bertanya daripadanya.”
HUKUM MEMBERI FATWA
Bermula hukum mengeluarkan fatwa adalah fardu kifayah pada ketika hukum tersebut diperlukan oleh orang Islam.
Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :
الْفَتْوَى فَرْضٌ عَلَى الْكِفَايَةِ، إِذْ لاَ بُدَّ لِلْمُسْلِمِينَ مِمَّنْ يُبَيِّنُ لَهُمْ أَحْكَامَ دِينِهِمْ فِيمَا يَقَعُ لَهُمْ، وَلاَ يُحْسِنُ ذَلِكَ كُل أَحَدٍ، فَوَجَبَ أَنْ يَقُومَ بِهِ مَنْ لَدَيْهِ الْقُدْرَةُ
Artinya : “Bermula fatwa itu fardu kifayah kerana orang Islam memerlukan seorang yang akan menerangkan bagi mereka itu segala hukum agama mereka pada masalah yang berlaku diantara mereka. Oleh kerana bukan semua orang Islam yang berkelayakkan mengeluarkan fatwa maka wajiblah bahawa memikul tugas ini oleh mereka yang mempunyai kemampuan.”
Dan adalah orang yang mengeluarkan fatwa ini disebut sebagai mufti dan syarat menjadi seorang mufti ini ialah mestilah dia seorang faqih yaitu yang memahami segala jenis ilmu agama dan selok belok hukum agama dan mampu berijtihad.
Dan sungguhnya untuk menjadi seorang itu layak memberi fatwa adalah terlalu ketat syaratnya bukan sekadar tahu hukum agama atau sekadar mendapat sijil dari pusat pengajian tinggi.
Diriwayatkan daripada Imam Malik adalah beliau berkata :
مَا أفتيتُ حَتَّى شهد لي سَبْعُونَ أَنِّي أهل لذَلِك
Artinya : “Tiada aku mengeluarkan fatwa sehingga telah bersaksi bagiku oleh tujuh puluh orang alim bahawasanya aku ahli bagi fatwa.” (Kitab Adab Al-Fatwa Wal Mufti)
Maka apabila orang Islam memerlukan satu keputusan hukum pada masalah yang mereka hadapi wajib hukumnya atas mereka yang berkelayakan untuk mengeluarkan keputusan hukum tersebut dan keputusan hukum itulah yang disebut sebagai fatwa.
Kerana itulah wajib atas setiap negeri umat Islam melantik seseorang sebagi mufti kerana mendirikan perintah fardu kifayah ini.
Maka jika berlaku satu masalah berkaitan agama ke atas umat Islam dan mereka perlukan satu keputusan hukum bagi perkara tersebut dan diam oleh mufti yang telah dilantik oleh pemerintah umat Islam maka berdosalah mufti tersebut sekalipun dia tidak ditanya tentang perkara tersebut.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ عَلِمَهُ ثُمَّ كَتَمَهُ أُلْجِمَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ
Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Barangsiapa ditanya tentang satu ilmu yang dia mengetahuinya kemudian dia menyembunyikannya nescaya akan dipakaikan padanya pada hari kiamat dengan besi kekang daripada api neraka.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)
Dan pada riwayat Al-Hakim :
مَنْ كَتَمَ عِلْمًا أَلْجَمَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ
Artinya : “Barangsiapa menyembunyikan satu ilmu maka akan dipakaikannya oleh Allah pada hari kiamat dengan besi kekang daripada api neraka.”
Yang dimaskudkan dengan satu ilmu pada hadith-hadith ini yaitu suatu hukum agama yang dijahilkan oleh orang ramai yang jika tidak diberitahu hukumnya akan mendatangkan kemudaratan.
Dan yang dimaksudkan dengan besi kekang itu ialah besi yang biasa diletakkan pada mulut kuda dan dan ikat padanya tali supaya mudah mengendalikan kuda tersebut ketika berjalan atau berlari.
SYARAT WAJIB MEMBERI FATWA
Para fuqahak mensyaratkan tiga syarat bagi wajibnya atas seorang mufti mengeluarkan fatwa yaitu :
Pertama : Tidak ada lagi di negeri itu orang yang selainnya yang boleh memberikan fatwa atau menjawab akan persoalan yang timbul itu.
Maka jika ada lagi orang lain yang alim yang boleh berfatwa dan menjawab persoalan tersebut maka tidaklah wajib atas orang yang pertama.
Kedua : Adalah orang yang ditanya dan diminta daripadanya fatwa itu ialah orang yang alim dengan hukum tersebut.
Maka jika orang yang ditanya itu adalah orang awam maka tidak wajib atasnya berfatwa bahkan haram dia mengeluarkan fatwa.
Ketiga : Hendaklah pertanyaan itu berkenaan masalah yang telah berlaku dan memberi menafaat kepada orang yang bertanya.
Maka jika ditanyakan masalah yang belum berlaku atau yang mustahil maka tidak wajib atasnya memberikan fatwa dan jawapannya.
Sebagaimana telah terdahulu sebutnya hukum memberi fatwa itu adalah fardu ain jika ditempat itu hanya dia seorang sahaja yang boleh mengeluarkan fatwa maka jika ada lagi orang yang lain yang boleh memberi fatwa maka hukum memberi fatwa ketika itu adalah fardu kifayah.
Berkata Imam Nawawi :
متى لم يكن في الموضع إلا واحد يصلح للفتوى تعين عليه أن يفتي، وإن كان هناك غيره، فهو من فروض الكفايات
Artinya : “Apabila tidak terdapat pada tempat itu melainkan seorang sahaja yang layak memberi fatwa maka tertentulah atasnya kewajipan memberi fatwa dan jika ada di sana orang lain sepertinya maka hukum memberi fatwa adalah fardu kifayah.” (Kitab Raudhah At-Talibin)
HUKUM ORANG JAHIL BERFATWA
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :
مَنْ أَفْتَى بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ إِثْمُهُ عَلَى مَنْ أَفْتَاهُ
Artinya : “Barangsiapa berfatwa dengan ketiadaan ilmu adalah dosanya atas siapa yang menfatwakannya.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Dan pada riwayat Al-Hakim :
من أفتى الناس بغير علم
Aretinya : “Siapa memberi fatwa akan manusia dengan ketiadaan ilmu.”
Dan diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. : Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :
مَنْ أَفْتَى النَّاسَ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَعَنَتْهُ مَلَائِكَةُ السَّمَاءِ وَمَلَائِكَةُ الْأَرْضِ
Artinya : “Barangsiapa memberi fatwa akan manusia dengan ketiadaan ilmu maka akan melaknatnya oleh malaikat di segala langit dan bumi.” (Riwayat Ibnu Asakir)
Sungguhnya berfatwa dan mengeluarkan hukum agama dalam keadaan jahil adalah dosa besar dan pelakunya itu mendapat laknat.
Berkata Imam As-Son’ani :
من أفتى بغير علم لعنته ملائكة السماء والأرض لأنه قال على الله غير الحق ويقول ما ليس له به علم ولأنه صادر عن الكبرياء وأن لا يقر بأنه لا يعلم فاستحق هذا العقاب الشديد وهذا يدل على أنه كبيرة
Artinya : “Barangsiapa meberi fatwa dengan tidak ada ilmu maka akan melaknatnya oleh malaikat di segala langit dan bumi kerana sungguhnya dia telah berkata atas Allah dengan ketiadaan sebenar dan berkata akan suatu yang dia tidak mempunyai pengetahuan dengannya dan kerana sungguhnya ia terbit dari kesombongan dan dia tidak sedar bahawa dia jahil maka mustahaklah mendapat azab yang bersangatan dan ini menunjukkan bahawa perbuatan berfatwa tanpa ilmu ini adalah dosa yang besar.” (Kitab At-Tanwir)
Dan perkara yang disebut di dalam hadith ini sudah berlaku pada zaman kita ini dimana orang-orang jahil berlumba mengeluarkan hukum menunjuk pandai dan setengah mereka itu mendakwa mereka lebih faham daripada para ulamak tiada sedar diri mereka itu hanyalah seorang jahil yang haram memutuskan hukum agama.
Bahkan jika dia seorang mufti sekalipun tetapi fasiq tidak boleh diambil akan fatwa daripadanya.
Berkata Imam Nawawi :
وَاتَّفَقُوا على أَن الْفَاسِق لَا تصح فتواه وَنقل الْخَطِيب فِيهِ إِجْمَاع الْمُسلمين
Artinya : “Ulamak telah sepakat atas bahawa orang fasiq tidak sah fatwanya dan menaqal oleh Al-Khatib pada perkara ini telah berlaku ijmak oleh sekelian orang Isalm.” (Kitab Adab Al-Fatwa Wal Mufti)
Menyebut oleh Syeikh Ahmad Al-‘Aal Huraidi bekas Mufti Negeri Mesir :
الإفتاء من غير علم حرام يتهاون فيه كثير من طلاب الشهرة والرياسة، فمن أقدم على ما ليس له أهلًا- من إفتاء، أو قضاء، أو تدريس - أثِم، فإن أكثرمنه وأصر واستمر فسق، ولم يحل قبول قوله ولا فتياه ولا قضاؤه.
Artinya : “Memberi fatwa dengan ketiadaan ilmu itu haram yang telah bermudah-mudah dengannya oleh ramai dari orang-orang yang mencari kemasyuran dan ingin di lihat berada didepan. Barangsiapa yang mendahulukan atas barang yang dia bukan ahlinya seperti memberi fatwa atau berhukum atau mengajar maka dia telah berdosa dan jika dia mengekali perbuatan tersebut maka dia telah menjadi fasiq dan tiada halal menerima perkataannya dan fatwanya dan hukum daripadanya.” (Daul Ifta Mesir)
FATWA ORANG AWAM ADALAH MENYESATKAN
Haram hukumnya orang awam yang bukan faqih dan bukan dari kalangan ulamak mengeluarkan hukum-hukum agama dan memandai-mandai memberikan fatwa maka siapa yang melakukannya maka dia telah menjadi sesat dan dia akan menyesatkan pula sekelian orang yang lain.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Aas r.a. sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا ، يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Artinya : “Sungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu pengetahuan dengan sekali sentap yang Dia cabut daripada manusia akan tetapi Allah akan mencabut akan ilmu dengan mematikan para ulamak sehingga apabila tidak ada lagi orang yang alim maka orang ramai akan melantik pemimpin mereka dari kalangan orang jahil lalau ditanya kepadanya akan suatu hukum maka dia akan berfatwa dengan ketiadaan ilmu maka dia telah menjadi sesat dan dia telah menyesatkan orang lain.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
Berkata Imam Nawawi :
ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻳﺒﻴﻦ ﺃﻥ ﺍﻟﻤﺮﺍﺩ ﺑﻘﺒﺾ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻓﻲ ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﻟﺴﺎﺑﻘﺔ ﺍﻟﻤﻄﻠﻘﺔ ﻟﻴﺲ ﻫﻮ ﻣﺤﻮﻩ ﻣﻦ ﺻﺪﻭﺭ ﺣﻔﺎﻇﻪ ، ﻭﻟﻜﻦ ﻣﻌﻨﺎﻩ ﺃﻧﻪ ﻳﻤﻮﺕ ﺣﻤﻠﺘﻪ ، ﻭﻳﺘﺨﺬ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺟﻬﺎﻻ ﻳﺤﻜﻤﻮﻥ ﺑﺠﻬﺎﻻﺗﻬﻢ ﻓﻴﻀﻠﻮﻥ ﻭﻳﻀﻠﻮﻥ .
Artinya : “Hadith ini menjelaskan bahawa yang dikehendaki dengan dicabut akan ilmu pada hadith-hadith yang lepas secara mutlak bukanlah bermakna menghapuskannya dari dada para penghafalnya akan tetapi maknanya Allah akan mematikan empunya ilmu dan orang ramai akan mengambil orang-orang jahil untuk mengeluarkan hukum dengan kejahilah mereka maka mereka akan jadi sesat dan akan menyesatkan pula orang yang lain.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)
Dan sungguhnya orang jahil yang mengeluarkan hukum agama itu ialah orang yang berbohong atas Allah dan Rasul-Nya.
Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :
الإفتاء بغير علم حرام , لأنه يتضمن الكذب على الله تعالى ورسوله , ويتضمن إضلال الناس , وهو من الكبائر
ثم إن فَعَل المستفتي بناءً على الفتوى أمراً محرماً أو أَدَّى العبادة المفروضة على وجه فاسد , حمل المفتي بغير علم إثمَه
Artinya : “Berfatwa dengan ketiadaan ilmu adalah haram kerana terkandung padanya berbohong atas Allah Taala dan Rasul-Nya dan ada padanya menyesatkan manusia dan yaitu dosa besar.
Dan jika yang memberikan fatwa itu berkenaan perkara yang haram atau tentang menunaikan ibadah yang wajib atas rupa yang salah maka yang memberikan fatwa itu akan menanggung dosanya.”
Pada zaman sekarang sangat banyak berlaku orang jahil yang memberikan fatwa tentang hukum agama samada hal yang berkaitan aqidah dan fiqah dan hadith dan tasawwuf dan lainnya.
Contoh fatwa yang menyesatkan tentang aqidah ialah seperti dikatakannya bahawa Allah itu tempatnya di atas langit atau Allah itu mempunyai kaki dan tangan dan mata dan jari maka fatwa ini adalah sesat yang membawa kepada jadi kafir orang yang memberi fatwa dan orang ramai yang mempercayainya.
Contoh fatwa yang batil dan menyesatkan pada fiqah itu seperti dikatakannya perempuan boleh menikah tanpa wali dan haram berzikir selepas solat fardu dan haram berjabat salam selepas solat dan haram berselawat ketika solat tarawih dan haram menyebut amin ketika khatib berdoa pada khutbah jumaat dan harus melacur ketika darurat dan membaca doa ketika makan adalah ajaran Kristian dan seumpamanya maka fatwa seperti ini adalah batil dan menyesatkan tiada seorang pun dari ulamak yang muktabar ada berfatwa seperti itu.
Dan contoh fatwa yang batil pada hadith pula ia dikatakannya tidak wajib beramal dengan hadith hanya wajib beramal dengan Quran dan hadith dhaif adalah sama dengan hadith palsu dan hanya hadith sahih boleh diamalkan dan seumpamanya.
Dan contoh fatwa yang menyesatkan tentang tasawwuf pula ialah dikatakannya bila hati sentiasa berzikir kepada Allah maka tidak wajib lagi solat lima waktu atau dikatakannya ilmu tasawwuf adalah sesat dan ilmu tasawwuf bukan bersumberkan Al-Quran dan hadith dan seumpamanya.
Maka wajiblah atas pemerintah umat Islam melarang orang-orang jahil dan orang-orang yang bukan faqih daripada mengeluarkan sebarang fatwa dan keputusan hukum dan jika mereka berdegil maka hendaklah dikenakan atas mereka itu hukuman.
Syeikh Ahmad Al-‘Aal Huraidi :
والمفتي الجاهل يستحق الحجر عليه، بمنعه من الإفتاء
Artinya : “Dan mufti yang jahil itu mustahak dikenakan tahanan atasnya bagi menghalangnya dari mengeluarkan fatwa.” (Darul Ifta Mesir)
Berkata Rabiah’ bin Abdurrahman :
ولَبعضُ من يفتي ها هنا أحق بالسجن من السراق
Artinya : “Dan sebahagian dari mereka (orang-orang jahil) yang berfatwa itu lebih mustahak dipenjarakan daripada seorang pencuri.”
Dan berkata Ibnu Al-Jauzi :
يلزم ولي الأمر منعهم، كما فعل بنو أمية
Artinya : “Lazimlah atas pemerintah menghalang mereka sebagaimana telah berbuat oleh pemerintah Bani Umayyah.”
PERINGATAN
Berkata ulamak jika orang yang ditanya itu seorang yang faqih akan tetapi dia memberikan fatwa dengan tidak berhati-hati sehingga difatwakannya akan hukum yang salah maka dia akan menanggung dosanya.
Berkata Syeikh Ali Mulla Al-Qari :
كُلُّ جَاهِلٍ سَأَلَ عَالِمًا عَنْ مَسْأَلَةٍ فَأَفْتَاهُ الْعَالِمُ بِجَوَابٍ بَاطِلٍ، فَعَمِلَ السَّائِلُ بِهَا وَلَمْ يَعْلَمْ بُطْلَانَهُ فَإِثْمُهُ عَلَى الْمُفْتِي إِنْ قَصَّرَ فِي اجْتِهَادِهِ
Artinya : “Sekelian orang yang jahil yang bertanya akan orang yang alim akan satu masalah lalu difatwakannya dengan jawapan yang batil lalu beramal oleh orang yang jahil itu dan dia tidak mengetahui tentang kebatilan amalannya itu maka dosanya itu atas yang memberi fatwa jika dia cuai ketika berijtihadnya.” (Kitab Mirqatul Mafatih)
Apabila seorang yang jahil bertanyakan satu masalah kepada orang yang bukan faqih lalu dijawabnya dengan jawapan yang batil maka orang yang bertanya itu juga menanggung dosanya kerana dia telah bertanya kepada bukan ahlinya.
Berkata At-Tibi :
كان إثمه على من استفتاه؛ فإنه جعله في معرض الإفتاء بغير علم
Artinya : “Adalah dosanya atas orang yang meminta fatwa itu kerana sungguhnya dia telah meletakkan orang yang bukan ahli pada kedudukan memberi fatwa tanpa ilmu.” (Kitab Syarah Al-Misykah)
Apabila seorang awam telah diberikan keputusan hukum oleh seorang faqih atau mendengar mufti memberikan fatwa maka hendaklah dia menerimanya dan tiada patut baginya menanyakan pula akan dalilnya begitu dan begini.
Berkata Imam Nawawi :
وَيَنْبَغِي للعامي أَن لَا يُطَالب الْمُفْتِي بِالدَّلِيلِ وَلَا يقل: لم قلتَ ؟ فَإِن أحبَّ أَن تسكن نَفسه بِسَمَاع الْحجَّة : طلبَهَا فِي مجْلِس آخر ، أَو فِي ذَلِك الْمجْلس بعد قبُول الْفَتْوَى مُجَرّدَة
Artinya : “Dan sepatutnya bagi orang awam bahawa dia tidak menuntut akan daripada mufti akan dalil dan janganlah dia berkata : Kerana apa kamu berkata begitu? Maka bahawasanya yang lebih elok ialah mendiamkan dirinya dengan mendengar akan hujjah dan dia boleh menuntut akan dalil pada majlis yang lain atau pada majlis yang sama selepas dia menerima akan fatwa itu dahulu.” (Kitab Adab Al-Fatwa Wal Mufti)
wallahua’lam
ustaz azhar idrus