"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 26 Disember 2021

Bujang dan single”, Abang Viva Masih Solo, Jaga 2 Anak Buah Lepas Kakak Meninggal Dunia


 Siapa sahaja yang tidak mengenali Abang Viva? Abang Viva atau nama sebenar beliau, Azwan Omar mula mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas beliau menyelamatkan mangsa banjir dengan hanya berbekalkan RM50 dan sebuah bot persendirian.

Fhuabknuyayruut 1

Menerusi satu temu bual bersama Azwan Omar oleh Utusan TV, pemuda ini sedikit terkejut apabila wartawan menyangka bahawa beliau sudah berkahwin apabila melihat ada dua kanak-kanak dalam gambar yang tersebar.

“Kahwin pun belum. Bujang dan single”, terang Azwan Omar kepada wartawan.

Jelas pemuda ini, dua orang kanak-kanak tersebut sebenarnya ialah anak buah, dan bukannya anak seperti yang disangka. Dua kanak-kanak tersebut dijaga oleh Azwan Omar selepas ibu mereka, yang merupakan kakaknya sudah meninggal dunia.

Video ini tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya kagum dengan sifat mulia Azwan Omar. Meninjau di ruangan komen, beberapa warganet turut mendoakan agar Azwan Omar dimurahkan rezeki dan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.

Dah la hero, single pulak tu…”

1 16

“Lepas ni market bro dah naik”

2 14

“Saya akan jadi saksi atas kebaikan Abang Viva”

3 9

“Allah angkat darjat dia…”


4 9

Semoga saudara Azwan Omar dimurahkan rezeki dan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik!

Kredit:Lobak Merah

Kronologi kejadian banjir besar di Taman Sri Muda Shah Alam dari mangsa di facebook

 INNALILLAHI WAINNA ILAYHIRAJI'UN.

Kami sekeluarga antara yang dipilih bersama ribuan yang lain untuk menjadi mangsa banjir luar biasa 2021 sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam.

17-Dis, Jumaat

------------------------

Hujan sepanjang hari

18-Dis, Sabtu

----------------------


Air mula naik, kawasan rendah dah tenggelam. Flat kami paling tinggi area situ so mostly penduduk datang park kereta situ. Masing² cuba selamatkan kereta masing² then harap air tak naik sampai kawasan tu. Jalan ke Sri Muda dah mula terputus hubungan.

Petang air terus naik, kawasan parking air naik paras betis. Bila parking paras betis means jalan raya dah paras atas pinggang. Jalan dah out, bot je yang lepas. Masa ni semua dah mula pasrah jika kereta tenggelam.

7pm, air terus naik. Out of control. Dah mula masuk kereta. Ground floor dah mula masuk air.  Saya cerita ni flat saya, flat paling tinggi. Means flat sekita mesti berlaku lebih awal. This time jugak elektrik and line fon out. No connection to outside. So bermula la episod bergelap kami. Main problem kat sini sebab no connectio, so mmg susah giler nak berhubung. Tak boleh bayang mesti family risau giler. Bila no connection, waktu siang pun terasa malam. Malam lagi lah rasa gelap gelita


8pm kereta dah consider out sebab air kawasan parking dah paras pinggang, banyak alarm kereta start berbunyi. Jiran GF dah mula lari ke tinggkat atas. Menumpang jiran lain. Geng² bujang bawak khemah pacak kat tangga. Bermula jgk la malam yang sangat panjang bagi kami semua. 


Bot² pasukan bomba penyelamat mula masuk. Sebenarnya bomba masuk since petang sampai la sekarang. Diorang tak putus² ulang alik untuk misi menyelamat. Untuk bantuan makanan or kelengkapan memang TIADA.


Kami tak dapat tidur, sebab bunyi bising alarm kereta. Bila air makin tinggi sampai alarm pun dah tak berbunyi, susana bising dgn suara² orang yang mintak tolong sebab terperangkap + suara² yang mintak makan. Sadis die Allah je yang tahu. Pihak penyelamat hanya mampu lalu je sebab mereka fokus mangsa area rumah landed setingkat. Mostly penduduk dah atas bumbung. Air di kawasan parking flat kami dah cecah 2m. Penduduk dah tak boleh turun.

19-Dis, Ahad

---------------------

Badan penat sebab tido 2 jam je. Flat dah jadi lautan. Flat kami untuk GF mmg out. Ada flat yang 1st level pun paras peha. Thats water level. Yang teres 1storey tu atas bumbung la tempatnya. Lagi teruk 😔. Dari ratusan kereta yg parking, lori je yang nampak. Masih TIADA bantuan. Makan apa ada. Habiskan stok dalam peti since xde letrik takut busuk. Penduduk dah bising. Lapar dan memang harapkan bantuan. 

Di takdirkan 1 lori roti gardenia 5 tan stranded, so die sedekahkan roti. After 24jam saya dpt 1 roti 🤲🏻. Tu pun bukan dari mana² pihak berwajib. Bot yang hantar pun mostly personal bot. And ada yg guna kayak hantar roti. Gila la diorang ni, semangat apa yang merasuk jiwa, even sikit² diorang dtg hantar. So penduduk dpt la makan roti.

Ada la 1 bot Menteri masuk, yes bot besar masuk penuh bawak orang lalu sambil senyum mintak maki. Maka mendapat la makian secara berjemaah. Bot mcm tu kalau bawak makanan mesti banyak dapat bawak. Tapi xpe lah bawak makanan bukan 'porfolio' mereka 😏 kan kan.

Kami antara yang bertuah sebab stay 3rd floor. Boleh lepak² senyum² lagi sambil tengok air dari balkoni. Tengok bumbung kereta 😅. Air surut sangat² slow. Dalam 24h air turun dlm 1 kaki je. Air termenung.


Keadaan makin kritikal, 48h stranded tanpa sebarang bantuan kecuali roti dri lori gardenia. Dan gerak kerja ehsan rakyat sendiri. Memang 1 hari yang panjang bagi kami semua 😌. Tapi kami ok sebab masih ada rumah untuk berteduh 🤲🏻. Dapat info dari pengasuh anak kami kt blok lain, mereka sekeluarga terputus makanan. Rumah bawah so terpaksa tumpang rumah bujang 1st floor. So total 10 orang, keadaan mmg lapar. Suami pulak injured sebab jatuh longkang. Masing² menangis je tunggu bantuan. Adoi...bila berlaku kat org rapat dgn kita, mmg terasa berat dugaan. Apakan daya kami nak tolong pun xboleh, air dalam sangat². Penduduk blok area dlm² lagi la susah bantuan nak sampai. Maaf kak kami tak mampu tolong 🥲.

Nasib baik jugak blok kami tepi mainroad so senang bantuan sampai, boleh tgk Bot bawak makan dari NGO dah mula masuk. Macam² NGO/ persendirian masuk bagi air biskut roti. Tengah malam pun diorang redah masuk. Ada yang bila tanya dari mana, diorang ckp entah lah bantuan dari mana, kami just hantar je. Terbaik la diorang ni 👍🏻.

20-Dis, Isnin

--------------------

Air dah surut sikit. Area parking paras pinggang. Jalan raya paras dada. So dpt la turun tengok kereta. Tengok keadaan. Bot menyelamat terus menerus masuk. Bantuan makanan pun dah ada tpi terhad, penduduk pun ramai kena berebut. Kami yg hanya ber3 ni bagi yang mana perlu dulu lah. Kami ok.




Untuk lunch makanan mmg limit, so kami beberapa penduduk decide untuk pergi sendiri ke tempat pengagihan bantuan. So berjalan la 2km(return) redah banjir berkaki ayam dalam paras dada. Sampai kat sana berair mata ni bila tengok banyak makanan rupanya, yang basi, yang rosak, yang buang bersepah atas jalan. Jadila kami mcm anjing, hidu makanan. Selongkar cari makanan yang ok. Hasilnya agak berbaloi. Nasi roti air semua dpt 🤲🏻. Tapi kami rasa kami still ok since mesti ramai lagi yang teruk. Time tu jgk ternampak YB bawah khemah tengah agih 'face mask' 🤣, ye facemask 🤣🤣. Tiba² tekak terasa gatal, so terkahak la depan YB tu. Lantak lah. Maaf la kami mangsa banjir dah tak nampak warna bendera, warna parti, siapa kerajaan, siapa pembangkang. Yang tak berguna layak diludah je. 😎.

Malam tu jgk la abg² dtg bawak bantuan. Kami dah pesan jgn dtg since kami ok, saya pun masih ada kudrat. Boleh usaha. Air pun masih tinggi. Tapi connection lost, so semua risau. Mereka Sampai jugak akhirnya ❤ meredah air masih dalam. Terima kasih. Even dah 3hari, air masih tinggi dan ada kawasan still paras dada.

Berbekalkan 3 laptop, dapat la cas fon dari 1st day. Even line xde kena pastikan fon hidup kot² dpt contact. Malam tu kami tido bertemankan cahaya lilin. Dah tak bergelap 🥰.

21-Dis, Selasa

-----------------------

Dah 3hari tak hujan. Ada kawasan yang dah kering. Jalan utama paras betis. Dah ramai penduduk yang balik. Decide sekalai lagi nak redah banjir sebab nak ambik makanan/kelengkaoan yang perlu. Sebab mmg xde plan nak keluar dari kawasan banjir pun. Bila sampai kt kawasan pengagihan, memang meriah dah, ramai NGO dan sukarelawan yqng datang. Artis pun ada, orang² penting pun ada. Doktor pun ada, makanan, pakaian, keperluaan asas lain semua tiptop lah. Masing² turun padang, askar bomba polis semua ada.

Lepas dapat berita yang abang² ipar nak datang, nak bawak keluar since rumah still xde line dan elektrik. Ikutkan hati memang xnak keluar, xnk susahkan orang. Stay sini sekurang²nya dpt tolong agih² bantuan. Tapi kesian anak isteri la dh 4hari bergelap berpanas. Since ramai orang pun yang risaukan kami sebab no connection, kami redah jelah air paras betis 1km bawak anak 20kg untuk ke kawasan kering terdekat.  berat oo...haha, mula² anak excited nk main air, tpi bila tgk air banjir kotor, mcm² sampah binatang mati terus xnk turun 😅. Seb bek last² ada bot jpm, dpt la naik. So kami keluar ke putrajaya. Kereta memang tak boleh masuk. Even sekarang pun kereta tak lepas nak masuk sebab air still paras betis kat jalan. 4x4 je lepas masuk, tu pun polis hanya benarkan untuk 4x4 misi bantuan je dulu. 



Yang isu kes pecah Mydin, speedMart, DIY tu bukan 'penduduk Sri Muda' . Kena guna istilah penjenayah sri Muda. Kami semua terkesan, tapi sekelumit pun tak terfikir nak mencuri dan merosakkan harta benda orang lain. Mostly yang buat tu warga asing yang jahat dan celaka dari benih asal lagi. Mencuri peralatan elektrik, perkakas rumah guna alasan nak teruskan hidup 😅. Nonsense...

22-Dis, Rabu

--------------------

Dapat info, flat masih tiada elektrik/line pun terhad. Ada kawasan yang start naik air balik. Hope air naik xtinggi lah.




Terlalu banyak kisah, pengalaman dan cerita sepanjang musibah ni. Suka dan duka. Tapi keseluruhannya kami OK jika nak banding dengan orang/kawasan lain yang lagi teruk. Kami semua sihat. Hanya kereta yang total lost. Nak banding dengan family lain ada yg kehilangan nyawa, rumah habis rosak, kereta motor pun habis, anak ramai nak handle. Ujian orang lagi berat dari kami. Belum cerita banjir hulu langat yang air deras. Semoga kita semua mendapat rahmat dari ujian ni. Simpan coretan dan gambar² kt fb untuk kenangan tahun mendatang.


Terima kasih untuk semua yang membantu, yang mendoakan. Semestinya Allah akan membalas jasa baik kalian semua

Sumber: Fb Nor Faizal Abd Rahim

MySejahtera Hadir Dengan Ciri MySJ Trace Dalam Bentuk Beta – Tiada Lagi Butang “Check Out”

 MySejahtera kini telah mula menawarkan kemaskini aplikasi, sekaligus menambah sebuah ciri baharu dinamakan MySJ Trace.

Melalui penerangan MySejahtera sendiri, MySJ Trace merupakan salah satu fungsi mudah-alih pengesanan kontak yang dibangunkan kerajaan Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” dimana telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu. Hal ini dijayakan melalui penggunaan sokongan geolokasi dan juga Bluetooth pada peranti.

Ciri ini dilihat akan memudahkan proses pengesanan kontak dan mengenalpasti individu yang pernah ada kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan Covid-19.

MySJ Trace memerlukan Android 8 dan ke atas, selain iOS 10 dan terkini untuk beroperasi. Ia akan terus berfungsi pada latar, dan pengguna perlu mengaktifkan Bluetooth setiap masa untuk ia berfungsi.

Bersama-sama kemaskini ini juga, ia akan memaparkan berapa ramai interaksi secara MySJ Trace yang berlaku pada sesuatu hari.

Selain itu, pada masa yang sama, MySejahtera juga dilihat tidak lagi menyertakan butang “Check Out” bersama-sama kemaskini baharu ini.

Kemaskini MySJ Trace ini telah pun ditawarkan untuk pengguna Huawei melalui AppGallery pada hari ini, dan dijangka ditawarkan melalui AppStore dan Google Play Store tidak lama lagi.-Amanz.my

Wira Banjir: Usahawan pula mahu hadiahkan kereta kepada ‘Abang Viva’

 

- GAMBAR MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA: Seorang usahawan yang juga Pengarah Shalicious Empire Sdn. Bhd., Wan Siti Aishah Wan Hasan atau lebih dikenali sebagai Sha Hasan sedang mencari Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ untuk menghadiahkannya sebuah kereta.

“Kecemasan. Ada tak sesiapa yang boleh hubungi Abang Viva? Saya ada WhatsApp beliau, tetapi tak ada respon.

Insya-Allah saya nak hadiahkan kereta baharu untuk Abang Viva. Semoga dipermudah urusan dia membantu lebih ramai orang. Tolong Sha,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, hari ini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan usahawan tersebut.

“Moga tiap kebaikan yang Abang Viva buat guna kereta yang Kak Sha bagi pahalanya akan dapat kat Kak Sha juga. Terima kasih banyak Kak Sha.

“Tak habis lagi sebak hari ini…ramai rakyat Malaysia hati mulai…terima kasih semua yang bantu dari segi apa pun..kami tak ada apa boleh bantu..terima kasih banyak semua,” ujar nurshakirahh_.

“Baiknya Kak Sha semoga Allah limpahkan rezeki buat semua yang menghulurkan bantuan Amin..,” kata sooah.life.

Dalam pada itu, Azwan yang kini sudah berada di Temerloh meneruskan misinya bagi membantu mangsa banjir di daerah tersebut.

‘Abang Viva’ menjadi perhatian di media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Lembah Klang untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Difahamkan, Azwan yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva sambil membawa sebuah bot miliknya hanya berbekalkan RM50 hingga digelar sebagai ‘Wira Banjir’. – UTUSAN ONLINE

Piala AFF Suzuki 2020: Indonesia mara ke final dalam saingan penuh dramatik

 Pemain Singapura, Zulqarnaen Suzliman (kiri) dan pemain Indonesia, Ramai Rumakiek berentap pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2020 di Stadium Nasional.

Pemain Singapura, Zulqarnaen Suzliman (kiri) dan pemain Indonesia, Ramai Rumakiek berentap pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2020 di Stadium Nasional.

KUALA LUMPUR: Indonesia menempah tiket ke final Piala AFF 2020 apabila menyingkirkan Singapura 5-3 secara agregat dalam saingan dramatik di Stadium Nasional, sebentar tadi.

Jaringan sendiri Shawal Anuar dan Egy Maulana Vikri pada masa tambahan mengecewakan Singapura yang terpaksa beraksi dengan lapan pemain 4-2 pada aksi separuh akhir kedua itu.

Indonesia di depan seawal minit ke-10 menerusi Ezra Walian sebelum Singapura beraksi dengan 10 pemain apabila Safuwan Baharudin dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-45.

Namun, itu tidak menghalang Singapura mendapatkan gol penyamaan menerusi Song Ui Yong di penghujung babak pertama sebelum mereka kehilangan seorang lagi pemain, Irfan Fandi pada minit ke-66 susulan layangan kad merah.

Stadium Nasional 'meletup' pada minit ke-75 apabila sepakan percuma Shahdan Sulaiman menerjah gawang Indonesia sebelum Pratama Arhan memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan dengan gol kedua Indonesia pada minit ke-87.

Peluang Singapura ke final terbuka luas apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti di hujung permainan namun Faris Ramli mensia-siakan kesempatan terbaik itu apabila penaltinya ditepis Nadeo Argawinata.

Singapura kehilangan seorang lagi pemain di penghujung masa tambahan, kali ini giliran penjaga gol mereka, Hassan Sunny dilayangkan kad merah sehingga memaksa penyerang, Ikhsan Fandi menjadi penjaga gol gantian.-BH Online

Sabtu, 25 Disember 2021

Michael Ang jadi Hanafi, pesanan rambut sikat tepi Jep Sepahtu

 

DUA video TikTok membabitkan Michael Ang dan Jep Sepahtu berkaitan isu 'rambut sikat tepi' trending.

NAMPAKNYA, kisah Hanafi bukan sahaja menjadi bahan kecaman dan bualan netizen tetapi momen kecurangannya turut dilakonkan semula oleh netizen.

Turut tidak ketinggalan berlakon menjadi lelaki curang itu ialah pengarah Michael Ang yang menyikat rambutnya dengan gaya ‘sikat tepi’ seperti Hanafi.

Namun, lain yang hendak disampaikan, perkara lain pula yang menjadi perhatian netizen iaitu warna kulit Hanafi yang bertukar cerah.

“Ini Hanafi terlebih makan pil pemutih kulit,” komen netizen.

Tidak cukup dengan itu, tular pula video pendek memaparkan lakonan Jep Sepahtu yang sebelum ini pernah berpesan agar lelaki jangan membuat gaya rambut sikat tepi.

“Aku dah pernah pesan, rambut jangan sikat tepi. Orang kalau tengok rambut sikat tepi, mudah kena bohong. Pacak!” kata Jep.

“Rupa-rupanya Jep boleh melihat masa depan, kita saja yang lalai,” seloroh seorang netizen lain.-Kosmo

Tentera wanita diberkas, ‘berkahwin’ semasa bertugas

 

RAKAMAN video tersebar mengenai tentera wanita menerima lamaran perkahwinan ketika sedang bertugas di Nigeria.-MEDIA SOSIAL

NIGERIA: Seorang tentera wanita di Nigeria ditangkap selepas didapati menerima lamaran perkahwinan semasa sedang bertugas.

Tangkapan itu dibuat selepas video mengenai dirinya dan bakal suaimnya melutut menjadi tular dalam media sosial.

Rakaman itu juga menunjukkan tentera Nigeria lain menjadi saksi pernikahan itu dengan disambut sorakan kegembiraan.

Gen Clement Nwachukwu berkata, tindakan itu adalah prejudis yang tidak mengikuti arahan dan disiplin ketenteraan.

“Tugas sebagai jurulatih adalah melatih tentera baharu dan bukannya menjalinkan hubungan dengan mereka,” tegasnya.

Tentera wanita itu dikenal pasti sebagai Sofiyat Akinlabi dan penahanannya menimbulkan kemarahan dari aktivis hak asasi manusia.

Tindakan itu dilabelkan sebagai keputusan yang prejudis kerana lelaki boleh terlibat dalam tingkah laku tersebut tanpa mengalami sebarang tindakan.

Ribuan orang awam memberikan sokongan kepada tentera itu dengan menandatangani petisyen dalam talian bagi menuntut pembebasan Akinlabi.

Petisyen menggesa Ketua Angkatan Tentera, Farouk Yahaya menggunakan kuasa beliau membebaskan Akinblabi dan keputusan melangsungkan perkahwinan perlu dihormati kerana kedua-dua mereka mempunyai hak kebebasan seperti termaktub dalam Perlembagaan.-BBC

Bencana banjir tunjuk defisit kepercayaan kerajaan pada tahap terburuk

 

Ketika banjir besar melanda beberapa negeri baru-baru ini, NGO dilihat lebih cepat menghulurkan bantuan berbanding kerajaan.

PETALING JAYA: Apabila Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook mengumumkan rancangan untuk menderma kepada mangsa banjir, kenyataan beliau di media sosial itu dibanjiri rayuan warganet agar tidak menyalurkan wang melalui kerajaan Malaysia.

Pemerhati berkata, reaksi sebegitu, kebanyakannya melalui media sosial, dapat dijangka kerana Putrajaya berdepan antara defisit kepercayaan paling buruk setakat ini.

Penganalisis juga turut menyeru agar markah 90% yang diberikan sendiri oleh kerajaan dalam penunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari pertamanya disemak semula.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Muhammad Mohan berkata, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sudah lama terhakis dan bencana banjir baru-baru ini menampakkan kepada rakyat bagaimana badan bukan kerajaan (NGO) lebih cepat bertindak.

Muhammad Mohan.

“Mereka rasa kerajaan tidak buat apa yang sepatutnya dilakukan. Orang ramai dibiarkan menunggu (untuk diselamatkan) di atas bumbung,” katanya kepada FMT.

“Rakyat marah. Mereka tidak mahu sumbangan dibuat kepada kerajaan kerana mereka tidak tahu ke mana ia akan disalurkan.”

Pada 21 Dis, Cook berkata di Twitter, Apple akan menyumbang kepada usaha bantuan, pemulihan dan pembinaan semula jangka panjang di Malaysia dan Filipina susulan bencana akibat Taufan Rai.

Muhammad berkata, jentera kerajaan tidak bersedia menghadapi banjir teruk itu.

Rakyat perlu bantuan segera. Segelintir mangsa tidak tahu sama ada mereka dapat bertahan.”

Tahun lepas, Transparency International melaporkan 71% rakyat Malaysia menganggap kerajaan korup.

Muhammad berkata, kerajaan harus lebih bertanggungjawab dan telus.

Awang Azman Pawi.

“Jika mereka buat kesilapan, mereka perlu mengakui dan memperbetulkan (kesilapannya).”

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya juga berkata, penarafan 90% KPI kerajaan perlu dikaji semula kerana sesetengah kementerian jelas tidak mencapai prestasi sebegitu.

Katanya, tindak balas terhadap banjir menunjukkan kerajaan tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) pengurusan bencana yang jelas.

“Ia adalah ujian bagi para menteri untuk melawat dan membantu mangsa dengan segera, tetapi ada antara mereka masih bercuti di luar negara,” katanya.

Jayum Jawan.

Beliau berkata, dapat difahami ramai rakyat Malaysia mahu Cook menderma kepada NGO kerana “mereka adalah pihak yang tampil membantu mangsa banjir.”

Jayum Jawan daripada Universiti Putra Malaysia menggesa kerajaan melantik satu agensi untuk menguruskan bencana.

“Mengapa terdapat begitu banyak agensi apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) ditubuhkan untuk mengendalikan isu keselamatan?”

“Semua orang menunggu orang lain untuk buat kerja, tetapi tiada siapa yang buat,” katanya.-FMT

Abang Viva Viral: Perodua cari wira banjir?

 

Abang Viva @ Azwan Omar.

PETALING JAYA – Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, kini menjadi tumpuan di laman sosial apabila orang ramai mula memuat naik hantaran kepada Perodua sejak pagi tadi.

Ia berikutan kereta yang dipandu oleh Azwan adalah jenis Perodua Viva dan rata-rata orang ramai berpandangan Perodua patut memberikannya sebuah kereta baharu.

Bagaimanapun, belum sampai 24 jam, seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai @UsharDaniele memuat naik satu ciapan meminta nombor telefon Azwan.

“Siapa boleh kongsi nombor Abang Viva dengan segera? pihak Perodua sedang cari dia,” ciapnya.

Dalam pada itu, Azwan yang kini sudah berada di Temerloh meneruskan misinya bagi membantu mangsa banjir di daerah tersebut.

Dalam pada itu perhatian di laman sosial Perodua mendapati tiada pengesahan sama ada betul pihak Perodua mencari Azwan.- K! ONLINE.