"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 22 Ogos 2021

“Dengar Je Interp0l Nak Carii Dia,” Ini Re4ksi Nadir

Aktivis kem4nusiaan, Caprice mendedahkan telah bertindak memb4talkan rancangan untuk pulang ke Malaysia setelah mendapat tahu pihak polis memohon bantuan Interpol untuk berhubung dengannya.

Caprice membuat pendedahan tersebut ketika bersiaran secara langsung di Instagram (IG) bersama pelakon, Azad Jasmin malam tadi.

“Saya sudah tempah tiket penerbangan (pulang) tetapi selepas baca tajuk berita hari ini, saya k0yak tiket tersebut.

“Saya nak tanya, kalau Interpol cari anda, adakah anda nak balik ke Malaysia?

“Bila terima mesej Interpol nak cari saya, memang tidak lah saya nak balik sekarang,” katanya.

Terdahulu, Caprice memuat naik satu hantaran di laman IG miliknya memaklumkan nombor telefon yang digunakan olehnya.

Hantaran terbabit ditujukan kepada sesiapa termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu berhubung dengannya.

 Difahamkan, hantaran dibuat selepas kenyataan pihak polis memohon bantuan Interpol untuk berhubung dengannya bagi merakam percakapan.

Permohonan itu dilakukan selepas pihak polis menghubungi Caprice dan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman melalui e-mel namun g4gal mendapatkan maklum balas daripada kedua-dua mereka.

Live Nadir di batalkan

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman telah memuatnaik satu kenyataan di facebook beliau tentang apa yang berlaku sekarang ini.

Menurut beliau selepas berita PDRM meminta bantuan INTERPOL untuk mencari kerana tidak dapat jumpa beliau sebanyak 3 program LIVE terpaksa dibatalkan.


Terdahulu pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir, yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan dibangkitkan Ketua Pegawai CGM itu sebagai fitnah melampau.

Sementara itu, Caprice pula mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew, susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan.

-Rose Merah

Jumaat, 20 Ogos 2021

DS Ismail Sabri diumum Perdana Menteri ke-9


Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ia selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

 Sementara itu, ucapan tahniah atas perlantikan itu dimuat naik Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Facebook (FB) sebentar tadi.

"Tahniah YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

"Saya sebut beberapa hari lepas, perkara terpenting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan.

"Ia demi membolehkan negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis #Covid19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat," katanya hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) memberi jaminan akan membantu Ismail Sabri atas apa juga kapasiti demi kepentingan negara.

"Selamat menjalankan amanah Dato' Sri. Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin," katanya.

katanya.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO arkib NSTP
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO arkib NSTP
-myMetro

Laporan Ebit Lew, PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice

 Laporan Ebit Lew, PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice

Kedua-dua individu tersebut dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew (kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu tersebut dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.
"Kita sudah berbual (chat) dengan kedua-dua individu ini, namun tidak dibalas, jadi kita telah minta bantuan Interpol untuk kesan dan berhubung dengan mereka.
Ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kedua-dua individu berkenaan diminta berhubung dengan polis bagi tujuan siasatan.
"Kita minta kedua-dua individu ini beri kerjasama, untuk rakam percakapan, sebab semua proses kita sudah laksanakan cuma rakaman percakapan kedua-dua individu ini masih belum dapat dijalankan.
"Kita minta kedua-dua ini dapat beri maklum balas secepat mungkin," katanya.
Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.
Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi.
-AstroAwani

Menjelang pertemuan Raja-Raja, Sultan Johor muatnaik pesanan tanda orang munafik

 

Tangkap layar perkongsian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam status akaun Facebooknya memuatnaik satu pesanan berhubung tanda-tanda orang munafik menjelang Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang akan berlangsung hari ini.

Dalam status itu, pesanan yang dimuatnaik menjelaskan berhubung tiga tanda orang munafik yang dipetik daripada Hadis Riwayat Al Bukhari dan ia menerima banyak komen balas daripada orang ramai.

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu: Apabila dia bercakap dia berdusta, dan apabila dia berjanji dia memungkiri, dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati,” tulis pesanan tersebut dalam status Facebook akaun Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi tulisan yang dimuat naik diruang komen Instagram miliknya, hrhcrownprinceofjohor pula berkata Johor tidak mahu terlibat dalam sebarang keputusan yang menjejaskan Perlembagaan, Kedaulatan Institusi Diraja dan Kesejahteraan Rakyat.

“Apa-apa keputusan yang akan menjejaskan Perlembagaan, Kedaulatan Institusi Diraja dan kesejahteraan rakyat, Johor tidak ingin terlibat.

“Keutamaan adalah kestabilan negara, kehidupan rakyat dan bukan kepentingan peribadi,” tulis TMJ dalam komennya.

Tumpuan massa hari ini terarah ke Istana Negara apabila Raja-Raja Melayu dijadual mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu semasa negara, khususnya berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijadual bermula jam 2.30 petang, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menurut Bernama.

Tumpuan dijangka terarah kepada perbincangan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan.

Ia berikutan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai PM pada 16 Ogos lalu.

-Agenda Daily

Ambiga biadab persoal integriti Agong pilih PM, laporan polis dibuat

 

Gerakan Peguam Islam SeMalaysia akan membuat laporan polis terhadap peguam pro-Pakatan Harapan, Ambiga Sreenevasan.

Tuduhan bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan bahawa sokongan diberikan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada calon Perdana Menteri (PM) sebagai tidak sah, adalah tindakan biadab dan bongkak.

Gerakan Peguam Islam SeMalaysia berpendapat kenyataan peguam itu juga telah menimbulkan syak dan menyoal integriti proses pelantikan PM oleh Yang di-Pertuan Agong yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Beliau (Ambiga) telah secara bongkak mengisytiharkan melalui akaun twitter pada 19 Ogos 2021 yang turut dilaporkan oleh portal berita bahawa sokongan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional bagi PM baru yang telah disampaikan kepada YDPA adalah tidak sah.

“Ini adalah percubaan menganggu proses perlantikan yang sedang dijalankan dan adalah amat biadab,” kata gerakan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, gerakan berkenaan akan membuat laporan polis terhadap peguam Pakatan Harapan (PH) itu di seluruh negara demi menjaga keselamatan negara.

“Secara langsung ini (tuduhan Ambiga) adalah juga satu tindakan menggugat demokrasi berparlimen (undermining parliamentary democracy).

“Ambiga telah melakukan kesalahan yang amat serius di bawah Akta Hasutan, Seksyen 124 Kanun Keseksaan serta Sosma, Sek 505 Kanun Keseksaan serta undang-undang lain.

“Laporan-laporan polis akan dibuat terhadap anasir ini demi keselamatan negara dan ummah di seluruh negara,” kata gerakan itu.

Semalam, Ambiga dan beberapa individu lagi berkata sokongan bersyarat daripada PN kepada Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianggap tidak sah kerana meletakkan syarat.

“Sokongan bersyarat oleh (PN) tidak boleh dikira sebagai sokongan […] Bagaimana kerajaan boleh stabil jika syarat untuk mendapat sokongan tidak dipenuhi?” katanya dalam satu siri catatan di Twitter semalam.

Bagaimanapun, dalam kenyataan hari ini Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju mengingatkan bahawa syarat sokongan yang dikenakan terhadap Ismail Sabri jika dilantik menjadi PM bertujuan mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih demi kebaikan rakyat dan negara.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan itu dengan syarat bagi membentuk kerajaan yang bersih – dengan memastikan Jemaah Menteri yang bakal dilantik bukan daripada individu yang berdepan sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

“Pemisahan kuasa, kebebasan kehakiman dan menegakkan sistem raja berperlembagaan. Dakwaan PH bahawa ini membatalkan sokongan PN terhadap Ismail Sabri, adalah tidak masuk akal,” kata Ali Biju.

-Agenda Daily

Remy Ishak, Ezza Yusof nikah Sabtu ini

 REMY Ishak dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Ezza Yusof.

REMY Ishak dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Ezza Yusof.

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Remy Ishak dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Ezza Yusof pada pagi Sabtu ini.

Sumber kepada Harian Metro berkata, sebelum itu Remy dan Ezza akan bersiap di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum dibawa di lokasi pernikahan pada pagi Sabtu ini.

Busana pernikahan mereka juga mendapat sentuhan pereka fesyen muda terkenal.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka bercantum kembali tahun ini.

Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 majlis itu dibatalkan.

Menerusi temu bual media sebelum ini, Remy mengakui hubungan dengan Ezza penuh dengan dugaan dan ujian.

"Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Ezza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang, namun bercantum kembali.

"Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar daripada kehendak kami," katanya.

Selepas putus tunang sekitar tahun 2019, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran sekali gus mengesahkan bahawa hubungan cinta mereka kembali bertaut.

-myMetro

Polis geledah rumah Ebit Lew, lengkapkan siasatan

 Ebit Lew

Ebit Lew

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menggeledah rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew bagi melengkapkan siasatan, petang hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya hanya melakukan pengeledahan itu bagi tujuan siasatan selepas pendakwah terbabit diambil keterangan siang tadi.

"Kita bukan menyerbu rumah beliau (Ebit Lew) sebaliknya hanya proses menggeledah bagi melengkapkan proses siasatan," katanya ketika dihubungi.

Namun masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat rampasan barangan bagi melengkapkan siasatan setakat ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Dalam pada itu, Abd Jalil dalam kenyataan petang hari ini mengesahkan polis merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

"Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus," katanya dalam kenyataan itu.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

-myMetro

Khamis, 19 Ogos 2021

“Zizan tak patut buat saya macam itu, apa salah dan kurang saya?” -Aliff Syukri

 

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya terasa hati dengan pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak yang didakwa mempertikaikan niatnya sebagai calon Perdana Menteri (PM) baharu.

Menerusi Instagram Live, pelawak tersebut meminta Aliff membuat demonstrasi sebagai PM sambil membahaskan isu berkenaan yang ditonton ribuan peminat masing-masing.

Namun, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu terpaksa menghentikan live tersebut dengan serta merta sementelah hatinya terluka dengan kenyataan yang dilemparkan Zizan yang tidak dapat diterimanya.

“Sepatutnya kau sudah tahu aku ini calon untuk menjadi PM. Aku kecewalah dengan kau Zizan, minta maaf. Maaf awak, sebab itu saya matikan sahaja live tadi.

“Hati saya terluka kerana pada awalnya dia okey sahaja menyokong untuk menjadi calon PM, saya gembira sangat.

“Namun, pada hujung-hujung live, saya amat sedih kerana ayat dia buat saya terluka. Hanya orang yang menonton live itu sahaja mengetahui apa yang saya rasa,” luahnya di Instagram.

Menerusi perkongsian yang berbeza, walaupun Aliff dilihat masih tidak berpuas hati dengan pelawak berkenaan, namun dia tidak berputus asa untuk menjadi pemimpin negara.

“Saya perlu kuat untuk menjadi pemimpin negara. Bagi saya, Zizan tidak patut buat saya macam itu, apa salah dan kurang saya, awak?” tulisnya.

Sehubungan itu, Zizan tampil membuat permohonan maaf kepada Aliff sekaligus memberi nasihat kepadanya apa yang perlu dilakukan untuk menyandang jawatan besar itu.

Sebelum ini, Aliff menyatakan hasratnya untuk memohon jawatan Perdana Menteri ke-9 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia telah memuat naik satu boring permohonan jawatan tersebut yang lengkap diisi mengenai butiran peribadinya.

-Utusan Online

PM Ke-9: Sokongan kepada Ismail Sabri bersyarat - Muhyiddin

 Ismail Sabri melambai kepada wakil media selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. FOTO Aizuddin Saad

Ismail Sabri melambai kepada wakil media selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. FOTO Aizuddin Saad

Kuala Lumpur: Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kerajaan PN yang baharu secara bersyarat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti gabungan PN, iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 18 Pas dan seorang daripada Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star) sudah menyerahkan Akuan Bersumpah ke Istana Negara, semalam.

Katanya, empat ahli Dewan Rakyat bebas yang menyokong PN juga berbuat demikian.

Antara syarat itu ialah sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Bera itu hendaklah memastikan ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Katanya, kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan.

"Saya berharap proses pelantikan Perdana Menteri yang baharu dapat berjalan lancar dan dimuktamadkan dalam masa terdekat menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

"Selaku Pengerusi PN, saya akan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan mempersiapkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 apabila tiba masanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau juga sudah berunding dengan pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah yang membentuk kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan yang sama.

"Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan PRU bagi mengembalikan mandat kepada rakyat," katanya.

-myMetro

TERKINI: Kes positif COVID-19 harian tertinggi dua hari berturut


PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dua hari berturut-turut apabila sebanyak 22,948 kes dilaporkan hari ini berbanding semalam, 22,242 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsikan ringkasan laporan di akaun Facebook, berkata ketika ini jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 1,489,460.

Sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 7,175 kes jangkitan harian hari ini.

Ia disusuli Sabah dengan 2,583 kes; Kedah (2,137); Pulau Pinang (1,655); Johor (1,526); Kuala Lumpur (1,439); Kelantan (1,271); Perak (1,229) dan Sarawak, 1,206 kes.

 Negeri lain turut mencatatkan pertambahan kes iaitu Melaka dengan 737 kes hari ini; Pahang (736); Terengganu (621); Negeri Sembilan (556); Perlis (42); Putrajaya (26) dan Labuan mencatatkan kes harian terendah, sembilan kes.