"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 22 April 2024

Keputusan Titah Adendum mesti diputus dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan -PM

 


Tadi Anwar kata apa-apa keputusan SPB YDP Agong (berkenaan isu tahanan di rumah Najib) perlu dibincang dan diputuskan dalam Lembaga Pengampunan. Dia tidak kata surat titah itu tiada dan tidak nafi yang surat itu ada, cuma dia kata ia perlu melalui Lembaga Pengampunan.

Apa yang Anwar ingin nyatakan ialah jika surat titah itu ada pun ia tidak boleh digunapakai sebab ia tidak melalui Lembaga Pengampunan. Ini cara Anwar dan sekutunya Zahid untuk menidakkan titah SPB YDP Agong untuk beri tahanan di rumah kepada Najib.

Dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, dinyatakan:

“(1) Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.”

Dan dalam Fasal 4(b) perkara yang sama disebut “..hendaklah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri, dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).”

………..

Oleh itu, untuk menyelesaikan perkara ini mudah sahaja, Anwar:

Lembaga Pengampunan boleh bersidang semula untuk membuat keputusan ke atas titah adendum SPB YDP Agong pada 29 Januari 2024 tersebut. Tidak perlu “backdate” keputusan Lembaga Pengampunan yang lepas sebab dalam Perlembagaan tidak dinyatakan bila keputusan Lembaga Pengampunan ini perlu dibuat. Dan tidak ada dalam Perlembagaan yang menyatakan bahawa keputusan Lembaga Pengampunan ke atas titah SPB YDP Agong perlu dibuat semasa Agong yang sama bertakhta. Jika titah SPB YDP Agong yang lepas tidak lagi boleh digunapakai apabila baginda turun takhta, maka semua undang-undang yang dibuat dengan tandatangan SPB-SPB YDP Agong yang lepas-lepas tidak boleh digunapakai, ini tidak betul dan tidak masuk akal. 

Oleh itu Lembaga Pengampunan boleh bersidang hari ini atau minggu depan untuk membincangkan dan memutuskan keputusan selaras dengan titah SPB YDP Agong yang lepas walaupun SPB YDP Agong telah bertukar. 

Keputusan Lembaga Pengampunan ini boleh dipersembahkan kepada SPB YDP Agong yang baru tetapi tidak semestinya. Keputusan Lembaga Pengampunan berkenaan pengurangan tempoh penjara DS Najib yang lepas pun suratnya dikeluarkan oleh kerajaan dan tidak melibatkan Istana. Namun cadangan saya lebih elok jika keputusan ini dipersembahkan semula kepada SPB YDP Agong yang baru.

Oleh itu, Anwar, ia adalah hanya persoalan sama ada kamu mahu atau tidak mahu sahaja untuk membenarkan tahanan di rumah untuk Najib. Nampak gayanya kamu dan sekutu kamu memang sengaja menyukarkan perkara ini dan tidak mahu Najib keluar dari penjara waima ditahan di rumah.

Saya sudah kata sebelum ini bahawa selagi Anwar jadi Perdana Menteri dia tidak akan lepaskan Najib. Dulu masa kes sodomi 2 Anwar pada tahun 2015 dia dimasukkan ke dalam penjara, masa itu Perdana Menterinya adalah Najib dan pendakwarayanya adalah Shafiee Abdullah peguam Najib. Anwar ini kaki dendam dan mungkin dia tersakiti. Kalau kes 20 tahun lepas pun dia masih dendam dengan Mahathir dan Daim, inikan pula dendam kes dia kepada Najib yang lebih terbaru seperti di atas. Dan Zahid pula bersekongkol dengan Anwar sebab ingin lepas tengkuk dia dan main wayang sahaja.

p/s: Anwar, pilihan lain adalah 1. Kata surat itu tiada dan panggil Zahid penipu, atau 2. Kata surat itu ada tetapi tidak pergi Lembaga Pengampunan dan panggil Saifuddin penipu.

Sumber 

Ahad, 21 April 2024

“Mawi: Dari Orang Kampung Kepada Penyanyi Terkenal.”

 “Mawi: Dari Orang Kampung Kepada Penyanyi Terkenal.”

Kepada yang hidup ketika zaman AF3, mesti korang semua kenal siapa Mawi. Masa tu Mawi menjadi fenomena dekat Malaysia. Malah Amuk siap buat nyanyi lagu khas untuk Mawi iaitu Aduh Tsumawi.

Persoalannya macam mana Mawi boleh jadi fenomena dekat Malaysia?

Mawi ni sama macam ribuan orang lain, pergi ke uji bakat AF untuk mencuba nasib. Berita baiknya Mawi telah diterima masuk ke dalam AF. Tapi hanya bertahan sampai konsert prelude sahaja.

Orang cakap rezeki tidak pernah salah alamat. Mawi dan Marsha diterima masuk kembali pada akhir konsert pertama AF3. Bermula konsert kedua, Mawi terus menunjukkan magisnya.

Bayangkan je lah setiap minggu, Mawi mengungguli tempat nombor satu di AF3. Malah setiap lagu yang dinyanyikan oleh Mawi pasti akan viral. Antaranya adalah macam lagu Pupus daripada Dewa 19. Lagu yang agak baru ketika itu menjadi siulan ramai orang setelah Mawi menyanyikannya.

Ada juga yang sanggup pasang Astro semata-mata nak tengok Mawi. Bagi mereka yang memang ada Astro, penuh jiran yang datang untuk tonton konsert AF3 setiap minggu.

Minggu demi minggu, Mawi masih lagi mendapat nombor satu lantas dinobatkan sebagai juara AF3 pada konsert minggu akhir. Tidak terhenti setakat itu sahaja, Mawi menjadi buruan syarikat-syarikat untuk dijadikan duta.

Salah satu syarikat yang bertuah adalah Mamee. Mesti korang semua masih ingat dalam bungkusan Mamee perisa kari, terdapat gambar Mawi. Masa tu Mamee perisa kari ni memang sentiasa tak ada stok. Sebab orang beli hanya semata-mata kerana Mawi.

Kemuncaknya Mawi berjaya menang ABPBH selama tiga tahun berturut-turut. Sebab anugerah itu memerlukan penonton memberikan undi. Sejak menjadi juara AF3, apa-apa program melibat undian pasti akan dimenangi Mawi. Fenomena ini terus dikenali sebagai tsumawi sehingga digelar raja SMS.

Mawi juga boleh dikatakan antara penyanyi yang sangat dikenali dan digemari oleh hampir kesemua lapisan masyarakat. Tanyalah orang kampung, budak flat dan golongan agamawan sekalipun pasti akan meminati Mawi. 

Benda ni tak pelik sebab imej Mawi pada ketika itu sangat dekat dengan orang-orang kebanyakan. Mawi juga membuktikan orang kampung sepertinya juga boleh berjaya dan ubah nasib keluarga. Oleh sebab itu Mawi mudah menawan hati rakyat Malaysia.

Jadi apa yang boleh kita belajar adalah rezeki akan datang tepat pada waktunya. Macam Mawi mulanya tersingkir tetapi mendapat peluang kedua. Itulah yang digunakan olehnya untuk capai kejayaan. 

Kepada korang semua, kian jauh kian hilang kasih antara kita. 

Oleh Azmil Azali

---

Kalau korang nak tahu lebih banyak kisah inspirasi macam Mawi, boleh baca buku HIDDEN GENIUS. Dapatkan segera di https://shope.ee/g3UPkiqr9

Sumber 

Sabtu, 20 April 2024

PM umum cadangan penambahbaikan, usaha tingkat pendapatan bersih penjawat awam 1 Mei

 Kerajaan komited menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam menerusi Kajian SSPA. - BERNAMA

Kerajaan komited menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam menerusi Kajian SSPA. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan Hari Pekerja, awal bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan Anwar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 hari ini yang antara lain membincangkan lebih lanjut berhubung struktur gaji penjawat awam.

Insya-Allah, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan saya umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti.

Semoga usaha ini menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya melalui muat naik di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengesahkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah berada di peringkat akhir bagi meningkatkan kadar upah penjawat awam di negara ini.

Perdana Menteri berkata, SSPA baharu itu akan cuba diumumkan sebelum akhir tahun ini selepas 10 tahun gaji penjawat awam tidak dinaikkan sebelum ini.

Mengulas mesyuarat hari ini, Perdana Menteri berkata penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

"Saya ingin tegaskan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA, di sebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia.

"Kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab ini mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah," katanya.

-BH Online 

Khamis, 18 April 2024

Satu lagi konsert Di SNBJ, Harimau Malaya pertimbang tukar venue

 

FAM akan pantau situasi padang SNBJ kerana difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan - Foto: Fail Bernama
FAM akan pantau situasi padang SNBJ kerana difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan - Foto: Fail Bernama

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Harimau Malaya masih mempunyai baki dua perlawanan dalam Kumpulan B dengan perlawanan terakhir bertemu Chinese Taipei dijangka berlangsung di venue keramat itu.

Bagaimanapun, setelah beberapa kali dihujani kritikan berikutan kegagalan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menyediakan permukaan padang Bukit Jalil yang terbaik, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed menjelaskan sudah pun mengenal pasti gelanggang yang sesuai iaitu Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Kami akan pantau situasi padang, sebab saya difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan di SNBJ. Ini pun memberi kita satu tekanan sama ada mahu digunakan atau tidak.

“Tapi akhirnya kami akan lihat, selepas ini kami tiada kompromi mengenai situasi padang, jika boleh digunakan kami akan guna.

"Keutamaan kami adalah pemain, kami tidak mahu pemain cedera. Itulah periuk nasi mereka," katanya dipetik daripada MakanBola. - Stadium Astro/ Awani

Ahad, 14 April 2024

KOLEKSI RESEPI:RENDANG UDANG HARIMAU

 




RESEPI RENDANG UDANG HARIMAU

Bahan- bahan

600 ml pati santan

1 kg udang size besar

1 keping asam gelugur

3 sudu besar kerisik

2 helai daun kunyit

4 helai daun limau purut

Sedikit garam dan gula



Bahan-bahan dikisar:

15 tangkai cili kering

10 tangkai cili padi

3 batang serai

5 biji buah keras ( tak letak)

2 cm halia

2 cm lengkuas

1 cm kunyit hidup

10 biji bawang merah ( bawang kecil)

5 ulas bawang putih



Cara-cara

Jerang santan bersama bahan-bahan kisar hingga mendidih dan pekat.

Masukkan asam gelugur. Kacau hingga kuah betul2 pekat

Masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula. 

Kemudian masukkan udang, Masak sehingga udang bertukar warna dalam 10-15 minit. Jangan terlampau lama takut udang overcooked dan x sedap..kalau rajin goreng dulu udabg separa masak pun boleh..

Kacau lagi supaya udang mesra dengan kuah rendang..

Tutup api...

Dah siap

Selamat mencuba!!!

Sumber: Suria Amanda

Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran

 Foto suspek yang terbabit dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Foto suspek yang terbabit dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

KUALA LUMPUR: Polis telah mengedarkan foto suspek yang terbabit dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi tadi ke semua pintu masuk negara di utara tanah air dan pihak berkuasa negara jiran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata arahan itu dikeluarkan sebaik pihaknya berjaya mengenal pasti suspek yang menyebabkan seorang pengawal peribadi cedera parah.

Beliau berkata, pihaknya turut memperketatkan kawalan di lorong tikus di sempadan negara bagi mengelakkan suspek yang dikenal pasti sebagai Hafizul Hawari, 38, meloloskan diri ke negara jiran.

Katanya, Hafizul dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan lelaki itu sedang giat dijalankan.

"Saya percaya dengan kecekapan anggota saya, Hafizul akan ditahan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin berkata, siasatan awal pihaknya turut mendapati suspek menggunakan pistol separa automatik berkaliber sembilan milimeter semasa kejadian itu.

"Polis menemukan tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang satu daripadanya tidak meletup, kami (polis) mengesyaki Hafizul memperoleh pistol berkenaan dari negara jiran," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilapor berkata polis telah melancarkan operasi mengesan lelaki itu, selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejakinya.– BERNAMA

Artikel Berkaitan: Tembakan di KLIA:Polis minta saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Artikel Berkaitan: Kes tembak KLIA: Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Individu didakwa menghina Agong mohon maaf

 

IMG_5454-681x1473
Hantaran yang dimuat naik oleh Hezry Yasin.

JOHOR BAHRU – “Saya mohon maaf atas kekhilafan saya,” demikian hantaran dimuat naik oleh Hezry Yassin yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong di laman media sosialnya sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Dalam hantaran itu, Hezry berkata, dia terkejut selepas hantaran yang dimuat naik berkaitan isu doa untuk Sultan atau Agong menjadi viral.

“Jujur saya agak ‘speechless’. 

“Saya mohon maaf atas kesilapan saya,” katanya sambil berkata hantaran itu adalah pandangan peribadinya.

Katanya, dia langsung tak ada niat menghina institusi beraja, cuma sekadar pandangan daripada diri sendiri.

“Apa-apa pun, sekali lagi saya mohon maaf buat semua. Dan saya tidak menafikan doa untuk sesama Muslim itu sangat baik.

“Semoga Malaysia menjadi sebuah negara seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam surah As-Saba,” ujarnya.

Hari ini Ketua Pemuda UMNO Johor Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan polis mengenai hantaran yang dimuat naik individu berkenaan.

Tindakan itu bagi menggesa siasatan dibuat terhadap seorang individu yang memuat naik entri di media sosialnya didakwa kerana menghina Yang di-Pertuan Agong.-MalaysiaGazette

Legasi Tok Daud Dan Tok Minah:‘Rupanya bintang sensasi Arif Aiman waris kami’

 Keluarga Tok Daud dan Tok Minah di Bachok mengadakan perjumpaan tujuh generasi demi mengeratkan silaturahim.

Lebih 500 ahli keluarga Tok Daud dan Tok Minah berkumpul selepas berbulan program itu dirancang.

BACHOK: Seorang pesara tidak menyangka majlis perjumpaan tujuh generasi mengumpulkan lebih 500 legasi Tok Daud dan Tok Minah baru-baru ini mendedahkan bintang sensasi Harimau Malaya Arif Aiman Hanapi berasal dari susur galur keluarganya.

Arif, 22, adalah penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga kali berturut-turut Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK).

Pemain bola sepak kebangsaan Arif Aiman Hanapi menyumbangkan cenderamata untuk keluarga besar itu.

“Rupanya Arif Aiman cucu-cicit keturunan Tok Daud dan Tok Minah,” kata Rosli Che Harun.

“Inilah salah satu sebab utama kita cari dan kenal susur galur keluarga. Untuk kenal siapa saudara kita.”

Rosli, 61, berkata walaupun Arif tidak hadir dalam majlis tersebut namun ia membolehkan waris mengetahui yang pemain bola sepak itu adalah “ahli keluarga besar” mereka.

“Walaupun tidak hadir tapi beliau (Arif) hadiahkan cenderamata untuk dibawa pulang iaitu sejadah,” katanya kepada FMT.

Perjumpaan keluarga dirancang sejak Oktober tahun lalu itu dihadiri sekurang-kurangnya 507 waris melibatkan 109 keluarga.

Sukaneka antara program diadakan bagi memeriahkan perjumpaan keluarga Tok Daud dan Tok Minah.
Rapat silaturahim

Mohd Yusof Mat.

Pengerusi Perjumpaan Legasi Tok Daud dan Tok Minah, Mohd Yusof Mat, 66, berkata penganjuran julung kali keluarga besar itu tidak mudah serta menuntut masa dan banyak tenaga.

Katanya, waris daripada keluarga itu masing-masing menetap di seluruh negara antaranya Johor Bahru, Arau dan Alor Setar.

“Tapi kita bangga sebab lebih 500 sanggup hadir walaupun jauh beratus batu. Sepupu saya lebih kurang 80 orang…anak sepupu beratus, hari ini semua boleh kenal. Silaturahim itu boleh kita rapatkan,” katanya.

Bekas kontraktor itu berkata, ahli jawatankuasa (AJK) penggerak menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dan merangka perjumpaan sehingga ia berlangsung jayanya.

Mohd Hanapi Che Gas.

Sementara itu, bapa Arif yang juga penaung perjumpaan tujuh generasi tersebut, Mohd Hanapi Che Gas, 63, berkata terpanggil untuk menaja sejumlah dana bagi menjayakannya demi merapatkan hubungan sanak-saudara.

Katanya, jika perjumpaan seperti itu boleh diadakan selalu ia akan merapatkan hubungan kekeluargaan terutama generasi muda.

Bagi Mamie Suhana Mat Noor, 41, dia sendiri adalah generasi keempat dan berazam mahu mengenali lebih rapat keluarga besarnya.

“Tok Daud dan Tok Minah sudah tak ada (meninggal dunia) tapi anak cucunya masih ada. Kita berkumpul, bersua dan beramah mesra sambil berkongsi cerita,” kata guru yang turut menggerakkan perjumpaan itu.-FMT

Tembakan di KLIA:Polis minta saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

 

Mohd Shuhaily dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.
Mohd Shuhaily dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.

SEPANG - Semua kontinjen negeri telah digerakkan untuk mengesan suspek kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran kepada suspek, Hafizul Harawi, 38, supaya bekerjasama dan menyerahkan diri di mana-mana balai polis.

“Semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen negeri terdekat dan bersempadan dengan negara jiran telah digerakkan bagi mengesan suspek.

“Jadi kepada saudara Hafizul saya sarankan datang ke mana-mana balai menyerah diri dengan aman, jangan kita ikut amarah kita, dia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.

Mohd Shuhaily berkata, kejadian yang berlaku pada pagi itu sudah pun terjadi dan dinasihat agar suspek terbabit tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Jelasnya, buat masa ini motif dikenal pasti berkait perihal peribadi antara suspek dan isterinya.

Tegasnya, kes ini mendapat perhatian Bukit Aman kerana ia berlaku di kawasan penting keselamatan pintu masuk negara.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang pengawal peribadi parah terkena satu das tembakan, manakala isteri suspek yang menjadi sasaran utama terselamat dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi.

"Selepas kita tangkap suspek baru kita akan dapat motif sebenar.

"Dalam konteks ini polis mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan juga berbahaya dan orang awam yang melihat suspek ini agar dapat berkongsi maklumat dengan pihak polis dan jangan bertindak sendiri," ujarnya.

-Sinar Harian 

Artikel Berkaitan: Kes tembak KLIA: Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Sabtu, 13 April 2024

Peringatan buat Kedah: Kes FIFA, FIB berbeza

 Sheikh Mohd Nasir (kiri) ingatkan Kedah supaya selesaikan pembayaran gaji penuh ataupun persetujuan penyelesaian dengan pemain sebelum 20 April ini.

Sheikh Mohd Nasir (kiri) ingatkan Kedah supaya selesaikan pembayaran gaji penuh ataupun persetujuan penyelesaian dengan pemain sebelum 20 April ini.

KUALA LUMPUR: First Instance Body (FIB) mengesahkan Kedah Darul Aman (KDA) FC belum lagi 'selamat' meskipun tidak lagi berdepan sekatan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membabitkan pendaftaran pemain baharu bagi musim 2024/25.

Perkembangan itu dinyatakan Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif yang menjelaskan kes sekatan FIFA dan peraturan yang perlu dipatuhi KDA FC bagi hal pelesenan kelab yang membolehkan mereka beraksi di Liga Super adalah dua perkara berbeza.

Justeru, Sheikh Mohd Nasir mengharapkan pasukan itu dapat menyelesaikan melunaskan pembayaran gaji penuh ataupun mendapat persetujuan untuk penyelesaian dengan pemain dan pegawai sebelum 20 April ini.

"KDA FC jangan lupa bahawa mereka ada satu lagi isu yang perlu diselesaikan. Kes di FIFA dan kes FIB ini adalah berbeza kerana ini adalah peringkat kebangsaan membabitkan peraturan untuk pelesenan yang wujud di bawah Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

"Walaupun sekatan FIFA sudah ditarik tetapi tuntutan FIB kepada KDA FC masih lagi berjalan seperti yang sudahpun dinyatakan sebelum ini. Kita lihat KDA FC ada usaha menyelesaikan kes di FIFA jadi mungkin mereka tetap berusaha untuk selesaikan semua tunggakan ini.

"Mereka ada komitmen dan masih ada masa lagi sebelum 20 April ini. Kita pun takkan buat keputusan pada 20 April itu kerana ada beberapa hari diperlukan untuk menyemak dokumentasi dan kita akan rujuk kepada jawatankuasa.

"Semuanya kini bergantung di tangan KDA FC (untuk terus beraksi di Liga Super) jadi obligasi kepada mereka untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji ini," katanya.

Terdahulu, BH Sukan melaporkan status KDA FC untuk beraksi dalam Liga Super menjadi tanda tanya meskipun berjaya 'membebaskan' diri daripada sekatan pendaftaran pemain oleh FIFA.

Walaupun sudah bebas dari sekatan itu dan boleh mendaftarkan kira-kira 11 pemain baharu, masa depan pasukan itu untuk beraksi di Liga Super musim ini boleh diibaratkan 'bagai telur di hujung tanduk'.

Ini berikutan pasukan itu masih terikat dengan 'hutang' membabitkan penyelesaian penuh tunggakan gaji 2023 dan ketika ini, mereka sudahpun dikenakan pemotongan tiga mata bagi aksi Liga Super selain denda RM50,000.

Ini menyaksikan mereka 'bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga' apabila bukan sahaja 'berhutang' dan perlu membayar denda RM50,000 malah turut bakal memulakan kempen Liga Super musim ini dengan negatif tiga mata.

-BH Online