"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 1 November 2021

Bawa masuk pemimpin `katak’ dalam PKR tak cerdik – Rafizi

 

RAFIZI RAMLI

PETALING JAYA: Bekas ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli menyifatkan usaha membawa masuk pemimpin ‘katak’ Melaka bukan sahaja tidak cerdik malah mengulangi sejarah permohonan Parti Bersatu Malaysia Malaysia (Bersatu) ke dalam Pakatan Harapan (PH) pada 2016.

Menurut Rafizi, hujah sama digunakan pemimpin PH lain yang konon mendakwa langkah membawa masuk bekas-bekas pemimpin UMNO dan Bersatu boleh membantu melonjakkan kemenangan dalam Pilihan Raya Negara (PRN) Melaka.

Beliau kemudian menceritakan perihal strategik penyertaan Bersatu sebagai komponen PH lima tahun lalu bukan sahaja kacau-bilau malah ‘ke laut’ apabila akhirnya mereka sendiri mencetuskan budaya ‘katak’ memandangkan pimpinan Amanah dan DAP berkeras mahukan parti itu walaupun perkara tersebut ditentang keras beliau dan pemimpin PKR lain.

“Semasa rundingan permohonan Bersatu nak masuk PH dulu pada 2016, saya dan sahabat-sahabat mewakili PKR dalam Majlis Presiden berkeras dengan parti itu hanya diterima sebagai sekutu pilihan raya, bukannya anggota PH supaya keputusan PH tidak kacau-bilau.

“Yang berkeras mahukan Bersatu sebagai anggota PH adalah pimpinan Amanah dan DAP dengan alasan PKR tidak kuat dan berpecah. Perangai Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dijadikan alasan PH perlukan pimpinan baharu daripada Bersatu kerana kononnya kami tidak kuat untuk mendisiplinkan Azmin yang mahu bersama-sama Pas.

“Pada satu ketika kata dua diberikan kalau PKR tetap berkeras, wajarlah PKR tidak lagi bersama PH kerana AMANAH dan DAP sudah buat keputusan menerima Bersatu. Demi mengekalkan PH, kami terpaksa bersetuju dengan syarat ada perjanjian ketat,” kata Rafizi dalam Facebook beliau hari ini.

Rafizi kemudian menganggap perjanjian itu sebagai kacau-bilau apabila strategik ‘ke laut’ itu mencetuskan sikap lompat-melompat seperti mana berlaku di dalam Bersatu.

“Itulah latar belakang kacau-bilau. Perjanjian ke laut, strategi lonjakan yang dibawa Bersatu juga ‘ke laut’ sebab Bersatu melonjak katak,” jelas beliau.

Selain itu, kata Rafizi, alasan sama digunakan pemimpin Amanah kononnya membawa bekas pemimpin UMNO dan Bersatu termasuk Datuk Seri Idris Haron boleh membantu kemenangan kepada PH dalam PRN Melaka.

Jelas beliau, pemimpin Amanah seperti presidennya, Mohamad Sabu dan pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari seharusnya bertanggungjawab terhadap hujah mereka bagi membawa dua-tiga bekas pemimpin UMNO dan Bersatu Melaka memandangkan menjadi mangsa serangan bertalu-talu oleh penyokong PH adalah PKR.

“Sekarang alasan sama digunakan pimpinan Amanah, konon Idris dan lain-lain akan bawa lonjakan di Melaka. Masalahnya mereka berkokok di dalam mesyuarat PH kerana dalam PH, parti besar mana pun bila menjadi anggota ada undi yang sama.

“Di luar mereka senyap kerana sudah jadi amalan yang akan kena hentam PKR yang selalu kena jawab di luar. Sudah sampai masanya Presiden Amanah dan Pengerusi Amanah Melaka pula cuba meyakinkan pendokong PH di luar ini setakat mana kemasukan ‘katak-katak’ politik akan memberi lonjakan yang boleh memenangkan PH di Melaka. 

“Ini hujah kuat berdegar-degar dalam mesyuarat PH tapi tidak cukup berdegar-degar di luar. Kalau saya, kena sekali cukuplah. Sampai mati saya takkan lupa pengajaran itu sebab kalau kena dua tiga kali atas kesilapan sama, namanya kurang cerdik,” tegas Rafizi.- UTUSAN

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Halaqah Ilmu di Masjid Nabawi

 


Syeikh Muhammad 'Ali Thani

بَابُ نُزُولِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ حَاكِمًا بِشرِيعَةِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ، ح، وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ، أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنِ ابْنِ الْمُسَيِّبِ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَيُوشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَكَمًا مُقْسِطًا، فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ، وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيرَ، وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيضُ الْمَالُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ» وَحَدَّثَنَاهُ عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، قَالُوا: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، ح، وَحَدَّثَنِيهِ حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي يُونُسُ، ح، وَحَدَّثَنَا حَسَنٌ الْحُلْوَانِيُّ، وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ صَالِحٍ، كُلُّهُمْ عَنِ الزُّهْرِيِّ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ، وَفِي رِوَايَةِ ابْنِ عُيَيْنَةَ: «إِمَامًا مُقْسِطًا، وَحَكَمًا عَدْلًا» وَفِي رِوَايَةِ يُونُسَ: «حَكَمًا عَادِلًا»، وَلَمْ يَذْكُرْ «إِمَامًا مُقْسِطًا»، وَفِي حَدِيثِ صَالِحٍ: «حَكَمًا مُقْسِطًا»، كَمَا قَالَ اللَّيْثُ: وَفِي حَدِيثِهِ مِنَ الزِّيَادَةِ: «وَحَتَّى تَكُونَ السَّجْدَةُ الْوَاحِدَةُ خَيْرًا مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا»، ثُمَّ يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ: اقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ: {وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ} [النساء: 159] الْآيَةَ…

Zul membacakan hadis ke-242 daripada kitab Sahih Muslim yang menghimpunkan hadis berkenaan penurunan Nabi ‘Isa alaihissalam di hadapan gurunya, Syeikh Muhammad bin ‘Ali Muhammad Thani selaku Imam dan tenaga pengajar di Masjid Nabawi. Syeikh lahir di Madinah al-Munawwarah pada tahun 1920 dan mula mengajar di Masjid Nabawi pada tahun 1958/1959. Pengajiannya bermula selepas solat Maghrib. Adakalanya beliau juga menyampaikan kuliah umum.


Syeikh Muhammad ‘Ali Thani

“Yasir, kalau ada masa lapang, boleh ikut ana talaqqi dengan Syeikh Muhammad ‘Ali Thani. Kita belajar Sahih Muslim, Fath al-Bari. Lepas ‘Asar enta masuk masjid ikut Bab al-Salam, belok ke kiri, jalan lebih kurang 30 meter, jumpalah ana dengan syeikh di tiang tu. Tak ramai yang belajar dengan Syeikh. Dalam 20-25 orang. Majoriti orang Afrika, tua-tua dah…”. Zul mengajak temannya Yasir yang juga anak Mufti Sabah, Sahibus Samahah Dato’ Haji Ismail Abbas.

Itulah rutin harian Zul sepanjang sejak minggu pertama di Madinah sehinggalah tamat pengajian pada tahun 1993. Sebelah paginya mengikuti pengajian di kampus, sebelah petang sehingga malam pula tekun dengan pengajian talaqqi di Masjid Nabawi. Beliau begitu termotivasi dengan sabda Rasulullah SAW tentang kelebihan berada dalam majlis ilmu di Masjid Nabawi. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ جَاءَ مَسْجِدِي هَذَا، لَمْ يَأْتِهِ إِلَّا لِخَيْرٍ يَتَعَلَّمُهُ أَوْ يُعَلِّمُهُ، فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَمَنْ جَاءَ لِغَيْرِ ذَلِكَ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الرَّجُلِ يَنْظُرُ إِلَى مَتَاعِ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendatangi masjidku ini, tidaklah dia datang melainkan kerana sesuatu kebaikan yang dia pelajari atau mengajarkannya, maka dia seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Dan barangsiapa yang mendatanginya disebabkan selain daripada itu, maka dia seperti seseorang yang melihat barang milik orang lain.”[1]

Dalam riwayat lain juga ada menyebutkan:

مَنْ دَخَلَ مَسْجِدَنَا هَذَا لِيَتَعَلَّمَ خَيْرًا، أَوْ لِيُعَلِّمَهُ، كَانَ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللهِ، وَمَنْ دَخَلَهُ لِغَيْرِ ذَلِكَ، كَانَ كَالنَّاظِرِ إِلَى مَا لَيْسَ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki masjid kami ini untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya seperti seseorang yang berjihad di jalan Allah. Dan barangsiapa yang memasukinya disebabkan selain daripada itu, maka dia seperti seseorang yang melihat sesuatu yang bukan miliknya.”[2]

“Kalau enta nak tahu, bila Nabi sebut ‘barangsiapa yang mendatangi masjidku ini’ maksudnya Masjid Nabawi semata-mata sebab pada masa tu hanya masjid al-Nabawi tempat belajar ilmu. Syeikh Muhammad bin ‘Abd al-Hadi al-Sindi umpamakan masjid seperti pasar ilmu. Siapa yang pergi masjid seumpama membeli ilmu dengan belajar dan mengajar.[3] Itulah besarnya faedah talaqqi di Masjid Nabawi…”, Zul menyambung perbualannya dengan Yasir pada satu petang di Mat’am Hana’. Turut ada bersama mereka, Abdul Basit, Hamid, Zaini dan Shohor Bani. Bagi para pelajar Malaysia di Madinah, restoran Nasi Bukhari ini memang amat terkenal sebagai tempat menjamu selera yang menjadi pilihan utama. Menunya ringkas; Nasi Bukhari Kambing atau Ayam Panggang berulamkan salatah[4] dan bawang mentah, dihidangkan di dalam dulang berserta saprah plastik. Setelah tersandar kekenyangan, dihidangkan pula air Pepsi. Ringkas tetapi memuaskan! Hampir setiap kali program anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Madinah, menu yang sama akan ditempah untuk jamuan. Itulah jua saat yang ditunggu-tunggu kerana dapat menikmat makanan percuma.



Sepanjang empat tahun di Madinah bersama Syeikh Muhammad ‘Ali Thani, Zul telah menamatkan pengajian kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari jilid 12-13 dan 4 jilid Sahih Muslim, berbaki 2 jilid lagi sebelum khatam. Selain dua kitab ini, beliau juga menghadiri pengajian kitab Tafsir al-Qur’an al-‘Azim dan Fath al-Qadir yang disampaikan oleh guru yang sama. Syeikh juga ada mengajarkan kitab Tafsir al-Baghawi.

“Zulkifli. Kamu dapat atau belum sumbangan duit?”, tanya Syeikh Muhammad ‘Ali Thani pada satu malam selepas solat sunat Tarawih. Zul tersenyum dan menggelengkan kepala. Segan rasanya nak mengaku di depan Syeikh.

“Kamu pergi jumpa pembantu aku. Badannya gempal sedikit, berkulit hitam dan ada di tiang sana dengan memakai misylah[5] kuning. Pergi sekarang…”, kata Syeikh sambil tangannya menggayakan fizikal pembantunya yang berbadan besar. Zul pun bertemu dengan seorang anak muda bertubuh besar, berkulit hitam, memakai misylah kuning dengan syimagh merah putih terletak kemas di atas kepalanya, diikat dengan igal.[6] Serba salah Zul nak memulakan bicara. Sekali pandang, gerun pun ada.  Tapak tangannya saja berkali-kali ganda tebal daripada tapak tangan orang Asia.

Beliau memandang Zul atas dan bawah. “Kamu pelajar Syeikh Muhammad ‘Ali Thani? Istanna syuwayya.” [7], katanya sambil menggayakan simbol tangan yang biasa digunakan orang Arab.  Beliau dengan pantas berlari-lari anak menghadap dinding, mengeluarkan beg kecilnya dan mengira-ngira not kertas yang tersimpan. Beliau kemudian berpaling menyerahkan segenggam tebal not kertas Riyal Saudi kepada Zul. Sampai di asrama, Zul menghitung satu persatu wang kertas yang diterimanya. “Masya-Allah, seribu lebih riyal ning…!!!”, Zul berbisik keseorangan. Hampir setiap tahun Syeikh akan memberi wang kepada Zul. Dengan wang itulah beliau berbelanja, membeli kitab dan menabung, disamping biasiswa yang dikurniakan oleh Universiti Islam Madinah berjumlah SAR520 setiap bulan.


Syeikh ‘Atiyyah Salim

Selain Syeikh Muhammad ‘Ali Thani, Zul juga menghadiri majlis ilmu yang dipimpin oleh Syeikh ‘Atiyyah Salim yang mengajarkan kitab al-Muwatta’ dan Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam. Syeikh lahir pada tahun 1925 di kampung Al-Mahdiyyah, Mesir. Dalam halaqah tersebut, ada beberapa pelajar Malaysia antaranya ‘Abdul Basit dan Hamid. Suara Syeikh ‘Atiyyah Salim amat kuat berbanding Syeikh Muhammad ‘Ali Thani. Beliau juga mengajarkan kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah, Al-Baiquniyyah, Al-Rahabiyyah, Al-Waraqat dan tafsir al-Qur’an. Gaya bahasa Syeikh ‘Atiyyah, kemahirannya menjawab soalan menjadi buat mulut orang ramai dan menyebabkan beliau menjadi antara tenaga pengajar yang diminati.

Pada asalnya, sebuah kerusi khas diperuntukkan di Masjid Nabawi untuk para pensyarah Universiti Islam Madinah dengan nama “Kerusi Jami’ah”. Ia diduduki oleh Syeikh Muhammad al-Amin al-Syinqiti dan Syeikh Abd al-‘Aziz bin Abdullah bin Baz. Tempat Syeikh Muhammad al-Amin al-Syinqiti kemudiannya diganti oleh Syeikh ‘Abd al-Qadir Syaibat al-Hamd dek faktor keuzurannya. Oleh kerana kesibukan Syeikh Abd al-‘Aziz bin Abdullah bin Baz sebagai Timbalan Rektor Universiti Islam Madinah, beliau meminta Syeikh ‘Atiyyah Salim menggantikannya dan ia diteruskan sehinggalah Kerusi Jami’ah signifikan dengan beliau.


Syeikh ‘Abd al-Muhsin ‘Abbad

Zul juga kadangkala mengikuti pengajian Sahih al-Bukhari dan sesi soal jawab agama yang disampaikan oleh Syeikh ‘Abd al-Muhsin bin Hammad al-‘Abbad al-Badr, yang juga merupakan pensyarah beliau di Universiti Islam Madinah. Beliau lahir pada tahun 1934 di Zulfa dan dipilih menjadi pensyarah di Universiti Islam Madinah oleh Syeikh Muhammad bin Ibrahim Aal al-Syeikh, Mufti Arab Saudi.[8] Kepetahannya berhujah dan mengistinbat hukum daripada al-Qur’an dan hadis, amat mengagumkan.


Syeikh Abu Bakr Jabir al-Jaza’iri

Di tiang berdekatan, adanya halaqah Syeikh Abu Bakr Jabir al-Jaza’iri mengajarkan kitab Aisar al-Tafasir tulisannya sendiri. [9] Beliau lahir pada tahun 1921 diberi kebenaran mengajar di Masjid Nabawi oleh Pejabat Qadhi di Madinah dan merupakan guru di beberapa buah sekolah, pensyarah Universiti Islam Madinah dan pernah bertugas di Kementerian Pendidikan Arab Saudi. Jika lalu berhampiran Raudhah, pasti suara Syeikh ‘Umar bin Hasan bin Uthman Fallatah[10] akan kedengaran. Beliau mengajar kitab Sahih Muslim, Syarah Usul al-I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dan al-Adab al-Mufrad. Ada juga yang terkeliru antara beliau dengan Syeikh Dr. ‘Umar bin Muhammad Fallatah[11] yang mengajar Sahih Muslim, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Sunan Abu Daud, al-Syama’il al-Muhammadiyah dan Nail al-Autar kerana kedua-duanya mempunyai nama yang hampir sama. Syeikh ‘Ali al-Huzaifi, imam dan khatib di Masjid Nabawi juga kadangkala mengajar kitab al-Muntaqa min Akhbar al-Mustafa, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Nail al-Autar, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam dan Zad al-Mustaqni’.

Jika ada ziarah para ulama’ daripada Riyadh, beberapa syeikh akan mengosongkan kerusi mereka bagi memperi peluang kepada para ulama’ ini untuk memberi syarahan. Ada juga halaqah yang mempunyai bilangan pelajar yang sedikit. Pernah sekali, hanya seorang yang mengikuti pengajian dengan Syeikh ‘Abd al-Majid Hasan al-Jabarti. Jika ada kelapangan, Zul akan duduk sekali dalam halaqah tersebut. Pun begitu, Syeikh tetap mengajar dengan bersemangat. Begitulah indahnya taman-taman syurga di Masjid Nabawi, masjid yang “tidak pernah tidur” kecuali setiap saat, ada sahaja ilmu-ilmu Allah SWT disebarkan.

********************

Khairul masih ingat lagi jawapan abangnya, Zul bila ditanyakan samada beliau sesuai masuk SMAASZA atau tidak. Zul berkata, “Mung masuk Maahad Tahfizlah. Ngapa[12] Quran. Dop ade lagi keluarge kite masuk Maahad Tahfiz. Mi, Yah, aku, doh masuk SMAASZA. Wak mende rama-rama adik beradik di situ…”. Beliau ada berkira-kira untuk menurut jejak langkah abangnya ke Universiti Islam Madinah setelah abang Mi dan kak Yah berjaya menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar.

“Kalau enta nak masuk Universiti Islam Madinah, kena bagi dapat nombor satu di Maahad Tahfiz. Ana akan uruskan semua dokumen. Ana baik dengan Syeikh Mahmud Qadah…”. Khairul membaca surat yang diutuskan abangnya dari bumi Madinah. Sepanjang berada di Universiti Islam Madinah, beberapa kali Zul berutus surat dengan keluarganya, bertanya khabar dan menceritakan kehidupan hariannya di sana. Khairul juga pernah menulis surat kepada abangnya. Beliau bertanyakan keadaan pengajian di sana dan adakah abangnya faham sepenuhnya kuliah di kampus yang menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya sebagai bahasa perantaraan. Zul membalas surat tersebut dan berkata bahawa beliau memahami 85-90% penyampaian para pensyarah di universiti. Ini membakar semangat Khairul untuk menyambung pengajian di universiti yang sama.

Zul membelek-belek surat kiriman adiknya dengan senyuman. Sekurang-kurangnya, beliau tahu ibu bapanya berada dalam keadaan sihat.  Radio di sisinya dibiarkan terpasang, memutarkan pengajian para masyaikh daripada serata pelosok Arab Saudi. Apabila terdengar fatwa-fatwa yang menarik terutamanya dari rancangan Nur ‘ala al-Darb yang disiarkan selepas Isya’ oleh Lajnah Hai’ah Kibar Ulama’ Saudi, Zul akan segera mencatatnya di dalam buku nota.

“Harapnye taun depang, Khairul buleh masuk sini. Boleh jadi drebar aku gi mane-mane. Minggu depang aku nok beli Mazda 929 second hand…”, bisik Zul dalam hati sebelum melelapkan mata.

______________________

[1] Riwayat Ibn Majah, no. 227

[2] Riwayat Ahmad, no. 8603

[3] Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah, 100-101/1

[4] Salad Arab

[5] Jubah luar

[6] Lilit kepala yang dipakai di atas syimagh

[7] Tunggu sekejap

[8] Ikuti rakaman pengajiannya di sini http://www.alharamain.gov.sa//index.cfm?do=cms.scholarsubject&schid=9636&subjid=31339&audiotype=lectures&browseby=speaker

[9] Ikuti rakaman pengajiannya di sini https://www.alharamain.gov.sa/index.cfm?do=cms.scholarpage&schid=2653&type=all

[10] Ikuti rakaman pengajiannya di   http://www.alharamain.gov.sa/index.cfm?do=cms.scholarpage&schid=23039&type=all

[11] Ikuti rakaman pengajiannya di http://www.alharamain.gov.sa/index.cfm?do=cms.scholarpage&schid=23039&type=all

[12] Menghafaz

Sumber Asal: zulkiflialbakri.com

 Artikel Barkaitan:

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Prolog

 Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 1- Budak Kampung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 2 - Bukan Lagi Yang Dulu

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 3 - Ramadhan di Kubang Kekura

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 4 - 10 Malam Akhir Ramadhan

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 5- Indahnya Raya

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 6- Atlit Takraw SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri :Bab 7 - Sambutan Hari Kebesaran Islam

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 8- 11A di SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 9- Bekwoh di Tranung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 10- Usrah, Tarbiah dan Dakwah

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 11- Cerita Budak Kubang Kekura di depan Syeikhul Azhar

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 12: Al-Arqam dan Nadamurni

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 13: Belajar dan Mengajar

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 14- Jemaah Tabligh

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 15 - “Demonstrasi Aman” di SMAASZA

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 16 - Temuduga Universiti Islam Madinah

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 17- SZB- JED

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 18 - Pengalaman Pertama Sekelas Dengan Orang Arab

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 19 - Hari Jumaat di Madinah dan Mekah

Mohamed Salah kikis Islamofobia penyokong Liverpool

 

SUKAN

Aksi penyerang utama Liverpool FC, Mohamed Salah, meraikan jaringan gol dengan sujud dan menadah tangan di padang, bukan sesuatu yang pelik bagi umat Islam.

Bagaimanapun, bagi penyokong kelab terkemuka itu yang majoriti bukan Islam, perlakuannya menimbulkan tanda tanya. Bagi yang mengetahui bahawa aksi itu mempunyai kaitan dengan pegangan akidah Mohamed Salah, mereka pantas memahaminya.

Bagi yang tidak tahu, tetapi mempunyai naluri ingin tahu akan membuat sedikit carian di internet dan akhirnya memahami cara penyerang berasal dari Mesir yang mewakili The Reds sejak tahun 2018, bertindak demikian.

Kehebatan Mohamed Salah menyebabkan pemain berusia 29 tahun itu menjadi idola penyokong Liverpool. Bayangkan tidak lama selepas menandatangani mewakili kelab itu, dia muncul penjaring terbanyak Liverpool yang memenangi Piala Kelab Dunia FIFA dan Liga Premier pada musim 2019-2020.

Pada Oktober 2020, Mohamed Salah muncul sebagai pemain ke-17 dalam sejarah Liverpool menjaringkan 100 gol.

Mohamed Salah bukan hanya hebat di padang, malah kehadirannya memberi kesan besar terhadap pandangan masyarakat bukan Islam, terutama di Liverpool terhadap Islam.

Pemimpin masyarakat Islam Liverpool, Mumin Khan, percaya Mohamed Salah, membantu mencabar perspektif negatif terhadap masyarakat Islam.

Malah, kajian sebuah universiti terkemuka Amerika Syarikat, Universiti Stanford, pada 2019, mendapati sejak mewakili Liverpool, terdapat penurunan 18.9 peratus jenayah kebencian di kawasan Merseyside. Jumlah ciapan anti Islam dalam Twitter penyokong Liverpool juga berkurangan sehingga 50 peratus.

“Mohammad Salah ternyata contoh model yang membawa aura positif dalam masyarakat kita. Dia memecahkan tembok perspektif negatif yang menyelubungi penyokong dan masyarakat secara keseluruhan terhadap Islam,” kata Mumin.

Beliau berkata, personalitinya yang merendah diri ketika di padang setiap kali menjaringkan gol menyebabkan timbul persoalan di kalangan masyarakat mengenai dirinya.

Bagi Mumin, Mohamad Salah bukan setakat pemain yang hebat di padang, tetapi lebih terserlah berjaya mengubah minda masyarakat terhadap Islam, terutama mengajar untuk lebih memahami dan bertoleransi terhadap penganut Islam. – HARAKAHDAILY 31/10/21

Pengeluar i-Lestari, i-Sinar, i-Citra perlu 4-6 tahun untuk bina semula simpanan


 PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menganggarkan bahawa ahli-ahli yang terkesan perlu bekerja antara empat hingga enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa pandemik Covid-19.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra telah mengakibatkan kejatuhan yang ketara dalam peratusan ahli yang mencapai simpanan asas iaitu RM240,000 pada 55 tahun, iaitu daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada anggaran 27 peratus pada hujung tahun ini.

Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Disebabkan itu, KWSP kini fokus dalam membantu ahlinya membina semula simpanan demi masa depan semasa persaraan.

KWSP memberikan jaminan tersebut setelah kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra yang diperkenalkan berikutan pandemik Covid-19 mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli, atau lebih daripada separuh jumlah keseluruhan ahli KWSP.

Katanya, walaupun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah simpanan yang telah dikeluarkan kini telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli Bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

“Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2 juta, atau 25 peratus mempunyai kurang daripada RM1,000, ” menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Tambahan lagi, KWSP menyifatkan bahawa pengagihan simpanan telah menjadi semakin tidak saksama.

“Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP yang lebih kurang 5 juta ahli menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan median sebanyak RM1,005.

“Kumpulan 40 peratus pertengahan juga mengalami kejatuhan sebanyak 18% kepada RM155 bilion, atau baki median sebanyak RM24,995,” katanya.

Kata KWSP, hanya kumpulan 20 peratus teratas yang berumur di bawah 55 tahun menyaksikan kenaikan dalam simpanan, namun ini mencapai median berjumlah RM152,043, atau bersamaan dengan hanya RM633 sebulan untuk 20 tahun.

“Ketiga-tiga pengeluaran luar biasa ini telah menyebabkan 73 peratus, atau hampir tiga perempat, ahli berada dalam situasi serius di mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan,” katanya.

Bagaimanapun, KWSP yakin Pelan Pemulihan Negara, program vaksin, kes harian Covid-19 dan kemasukan ke hospital yang telah menurun secara konsisten, membolehkan sektor ekonomi dapat dipulihkan semula sementara rakyat Malaysia keluar semula bekerja dan sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka.

Selain itu, katanya, Bajet 2022 menyaksikan peruntukan RM8.2 bilion untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan RM4.8 bilion untuk Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), serta pelbagai langkah mencerminkan pendirian kerajaan dalam memperkukuhkan agenda perlindungan sosial untuk rakyat Malaysia.

“Usaha ini juga dapat dilihat melalui kesinambungan insentif i-Saraan dan Kasih Suri Keluarga Malaysia. Usaha-usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu ke arah menangani sebarang kepincangan sistem perlindungan sosial negara untuk masyarakat rentan, bagi memastikan mereka diberi akses kepada mencapai taraf hidup minimum biarpun dalam persekitaran yang tidak dijangka.

“Agenda perlindungan sosial yang diterajui oleh Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, kini sedang mengkaji pembaharuan asas kepada sistem perlindungan sosial negara.

“KWSP menyokong penuh langkah-langkah ini dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan masa depan yang terjamin dan terpelihara untuk ahli dan rakyat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Sebahagian pengguna tidak boleh akses ke WhatsApp mulai hari ini

 Bermula 1 November, WhatsApp akan menghentikan fungsi aplikasi itu pada lebih 52 telefon pintar. - FOTO Agensi

Bermula 1 November, WhatsApp akan menghentikan fungsi aplikasi itu pada lebih 52 telefon pintar. - FOTO Agensi

California: Bermula hari ini, sebahagian pengguna telefon pintar tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp kecuali menaik taraf peranti masing-masing.

Sebelum ini, WhatsApp mengumumkan untuk menghentikan fungsi aplikasi itu pada lebih 52 telefon pintar mulai 1 November ini.

Ia bermakna, berjuta-juta pengguna akan disekat daripada menggunakan aplikasi sosial berkenaan melainkan mereka menaik taraf peranti mereka atau mengemaskini sistem operasi telefon pintar.

Menurut WhatsApp, langkah itu adalah bagi melindungi pengguna dan memastikan aplikasi berkenaan selamat.

Bagi peranti yang menggunakan sistem operasi Android, WhatsApp berkata, ia hanya akan menyokong Android 4.1 dan ke atas, manakala bagi pengguna iPhone, ia hanya menyokong kemas kini iOS 10 dan ke atas.

Tetapi, bagi model-model tersenarai yang masih menerima sokongan naik taraf sistem operasi, termasuk iPhone 6s yang mempunyai sistem operasi asal iOS 9, pengguna hanya perlu menaik taraf sistem operasi telefon pintar mereka kepada yang terkini dan masih boleh menggunakan WhatsApp seperti biasa.

Pengguna iPhone 4S dan model-model terdahulu pula tidak akan mendapat akses kepada WhatsApp lagi selepas ini kerana ia tidak menyokong iOS 10.

Portal Tech Advisor melaporkan, bagi pengguna Android 4.0.4 atau lebih awal, mereka perlu memeriksa sama ada terdapat kemaskini sistem operasi terbaru.

"Bagaimanapun, sekiranya tidak terdapat kemas kini, pengguna tidak mempunyai pilihan selain mendapatkan telefon pintar terbaru," katanya.

Menurutnya, pengguna juga dinasihatkan memuat naik sejarah perbualan, gambar, video atau dokumen di WhatsApp ke Google Drive bagi membolehkan ia dimasukkan semula selepas mendapatkan peranti baru.

Berikut adalah senarai peranti yang tidak boleh menggunakan WhatsApp bermula esok.

iPhone

iPhone 6

iPhone 6S plus

iPhone SE

Samsung

Galaxy Trend Lite

Galaxy Trend II

Galaxy SII

Galaxy S3 mini II Dual

Galaxy Xcover 2

Galaxy Core

Galaxy Ace 2

LG

Lucid 2

Optimus F7

Optimus F5

Optimus L3

Optimus F5

Optimus L5

Best L5 II

Optimus L5

Dual Best L3 II

Optimus L7

Optimus L7 II

Dual Best L7 II

Optimus F6

Enact Optimus L4 II

Dual Optimus F3

Best L4 II

Best L2 II

Optimus Nitro HD

Optimus 4X HD

Optimus F3Q

ZTE

ZTE V956

Grand X Quad V987

Grand Memo

Sony

Xperia Miro

Xperia Neo L

Xperia Arc S

Huawei

Ascend G740

Ascend Mate

Ascend D Quad XL

Ascend D1 Quad XL

Ascend P1 S

Ascend D2

Model-model lain

Alcatel Archos 53 Platinum

HTC Desire 500

Caterpillar Cat B15

Wiko Cink Five

Wiko Darknight

Lenovo A820

UMi X2

Run F1

THL W8

-myMetro