"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Bisnes Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bisnes Online. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mac 2022

Anda mesti kena tahu dan kenali PENJANA PASIF.Kenapa?

 

 

PenjanaPasif.com ni sejenis bisnes. 

Produknya adalah ruang iklan, utk iklan kan produk. Modal sekali RM10. sahaja. Tiada bayaran tersembunyi.

Bila ajak kawan join bisnes ni ada komisen. Pendapatan datang dari komisen ini.

Komisen 2 jenis. 
1- Bonus Sponsor. RM2.00
Maknanya kalau anda ajak kawan buat buat bisnes ni. Dia daftar bawah link anda. Anda dapat bonus sponsor. Ataupun anda dapat limpahan placement direct sponsor dari sistem.

2- Bonus Level. Kiraan komisen ikut matrix 6 x 6.
Komisen ada 6 level. (Sila lihat gambarajah dibawah)
Level 1 setiap orang ada 6 orang sahaja. Selebihnya limpahan ke bawah.

Kiraan Bonus senang sahaja. 

Bonus Sponsor RM2
(Anda dapat kalau ahli tu anda sponsor, atau dia daftar dgn link anda)

Tambah

Bonus Level
(Ikut ahli baru tu duduk dilevel mana)

Level 1 - RM1
Level 2 - RM3
Level 3 - RM1
Level 4 - RM1
Level 5 - RM1
Level 6 - RM1

 

Penjanapasif.com juga adalah Program Autodownline.
Paling mudah dalam pasaran. Murah. Mudah. Logik.

Daftar je.
Bayar RM10
Tak perlu buat apa, tunggu duit masuk ewallet. 

Sasaran RM5000 dlm masa 30 hari. Jumlah Ini hanyalah sasaran sahaja. kerana kejayaan mencapai matlamat sasaran ini masih bergantung kepada penyertaan ahli. Melihat kepada statistik permintaan, 90% prospek dalam pasaran mahukan platform yg modal rendah dan kerja mudah. Dengan menyediakan 2 resepi ini, kita menjangkakan potensi penyertaan yang tinggi dan mampu mencecah pendapatan level 4 dan 5, memberi ahli pulangan sekitar RM1000-RM7000 dalam masa 30 hari. Pendapatan tidak sekaligus dan boleh dikeluarkan dari ewallet ke akaun bank minimum RM40. 

Konsep sebenarnya adalah kita ramai2 dibawah satu komuniti join program yg dipilih Admin. Jadi Admin akan susunkan ikut tertib. Spillover + Direct Sponsor Placement.Jadi semua orang seolah olah dah buat kerja cari downline automatik.  Berbeza dengan plan lain yg hanya menggunakan autospillover biasa. PenjanaPasif menambahbaik plan autodownline dengan konsep direct sponsor placement selain fungsi autospillover dari admin dan dari upline yang biasa. 
 

PenjanaPasif .com adalah alternatif kepada kepada program2 yang berisiko tinggi menyebabkan ahli kehilangan modal besar. Dalam program ini, kebarangkalian anda kehilangan modal RM10 hampir tidak mungkin dan risiko yang menjadi kelemahan adalah dari segi masa sahaja. Bermaksud, risiko untuk anda capai sasaran RM5000 adalah masa yang lebih panjang. Namun sambutan orang ramai kepada modal rendah dan kerja mudah memungkinkan usaha penjanapasif ini bertahan lama dan ahli mencapai sasaran full cycle RM50,000+ tercapai pada waktunya. 

Klik disini sini untuk mendaftar

Rabu, 27 Oktober 2021

Inspirasi:Bermodal RM200, kini peroleh RM30,000 sebulan

CHE NORMA menunjukkan produk Belacan Madu Enterprise. - UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI

HANYA bermodalkan RM200 kira-kira 21 tahun lalu, Belacan Madu Enterprise di Kampung Sungai Berembang, Kuala Perlis kini menjadi antara pengusaha belacan yang terkenal di negeri ini.

Pemilik Belacan Madu Enterprise, Che Norma Chek Saleh,34, mewarisi perniagaan tersebut daripada ibunya, Che Saudah Hamzah, 61.

 Katanya, ibunya mula membuat perniagaan belacan secara kecil-kecilan pada tahun 2000 di rumah mereka.

Ujarnya, pada masa itu, kuantiti belacan yang mampu dikeluarkan adalah sekitar 70 sehingga 80 kilogram sehari dan semakin hari permintaan semakin meningkat.

PEKERJA Belacan Madu Enterprise menyiapkan tempahan belacan yang diterima. – UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI

Kata ibu kepada tiga orang anak itu, kini, mereka mampu menjual antara 500 hingga 600 kilogram belacan sehari dan jumlah tersebut boleh mencapai sehingga 800 kilogram apabila mendapat tempahan khas daripada para pelanggan.

“Para pelanggan kami bukan sahaja dari negeri ini, malah ada yang datang dari negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor serta mereka yang menempah khas dan dijual melalui pos.

“Permintaan terhadap belacan keluaran kami sangat baik kerana mereka sudah merasa kelainan dan kami menggunakan udang geragau ataupun di sini dipanggil ‘udang seroi’ yang segar untuk menghasilkan belacan yang terbaik.

“Kini pendapatan kasar bulanan kami boleh mencapai antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan dengan hanya menjual belacan sahaja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Che Norma, antara cabaran yang terpaksa dihadapi adalah untuk memperkenalkan jenama Belacan Madu itu kepada orang ramai seterusnya mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

Katanya, usaha tersebut berhasil apabila mereka kini juga mempunyai pelanggan tetap.

BELACAN Madu Enterprise mampu mennjual sehingga 600 kilogram belacan sehari. – UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI

Dalam pada itu, Che Norma yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu klinik dan sudah lima tahun mengambil alih perniagaan keluarga tersebut memberitahu, penularan wabak Covid-19 sedikit sebanyak menjejaskan peniagaan mereka.

“Ini kerana, banyak pelanggan dari luar negeri Perlis tidak dapat datang untuk membeli kerana larangan rentas negeri akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, keadaan kini semakin stabil dan biasanya semua belacan yang dihasilkan pada hari tersebut boleh dihabiskan pada hari yang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Che Norma berkata, perusahan yang mempunyai 14 pekerja itu  juga bercadang untuk memperkembang lagi perniagaan pada masa depan serta membaik pulih premis pembuatan belacan supaya lebih luas dan selesa.

“Belacan kami dijual pada harga RM1 bagi 100 gram, RM2 (200 gram), RM5 (500 gram) dan RM10 (sekilogram),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Selasa, 7 September 2021

Senarai 100 idea perniagaan kecil yang boleh anda cuba untuk mula berniaga

 

 Salah satu fakta yang ramai orang dah tahu tentang perniagaan besar adalah, kebanyakan perniagaan besar yang ada sekarang bermula dari satu perniagaan kecil. 

Namun begitu, ramai yang ada impian besar, terlupa akan realiti bahawa, hasil dari idea perniagaan kecil inilah yang akan berkembang jadi perniagaan besar. 

 Ramai yang lupa dan leka memikirkan idea perniagaan besar, tunggu dan tunggu kesempurnaan sebelum bermula, untuk terus menghasilkan perniagaan besar sekali gus. Jika kita sedar bahawa diri yang dah besar panjang ini sebenarnya bermula daripada seorang bayi yang kecil, maka kita juga sepatutnya sedar akan potensi perniagaan kecil. 

 Perniagaan kecil yang anda sedang atau akan laksanakan nanti, boleh berkembang menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat satu masa nanti, insyaallah. 

 Oleh itu, buat sementara waktu ini, lupakan dahulu perniagaan besar. 

 Mari kita berikan tumpuan pada senarai idea perniagaan kecil di bawah yang boleh dijalankan oleh anda di luar sana yang berminat untuk menjadi usahawan kecil yang berjaya. 

 100 idea perniagaan kecil 

Berikut adalah senarai idea perniagaan kecil yang boleh dipertimbangkan: 

1.Perniagaan kopi – banyak jenis atau model perniagaan kopi ni. Boleh buat kedai kopi, boleh buat serbuk kopi tradisi goreng kat rumah dan lain-lain. Pencinta kopi memang ramai, ada yang suka kopi original dan ada yang suka kopi ala-ala Malaysia. Ada satu kedai di Taman Tun Dr Ismail yang saya minum dengan kawan menjual semua jenis minuman kopi… hanya kopi. Mereka siap anjurkan kelas mengajar ilmu berkenaan kopi dan bagaimana merasa kopi. Menarik perniagaan kopi ini. 

2.Perniagaan teh – Sebut teh, semua akan terbayangkan Teh BOH atau Teh Lipton. Mereka dah besar sangat dan ada ladang sendiri. Tapi jika kita kreatif, boleh cari Teh menarik buatan luar atau tempatan dan jadi ajen. Kalau kena strategi tentu boleh dijual. Saya pernah pertimbangkan nak jadi pengedar Teh Mekah satu masa dulu. Kalau yang pernah ke Mekah tentu kenal Teh Rabia, memang terkenal kat sana. Tapi projek tu terhenti sekerat jalan. Tak tau pulak siapa yang jadi ajen Teh Rabia kat Malaysia sekarang. 

3.Perniagaan milo – Minum milo anda jadi sihat dan kuat!, semua pernah dengar moto tersebut. Sebenarnya Milo adalah jenama dan perniagaan sebenarnya adalah minuman koko. Ada orang yang tahu teknik bancuhan koko ini sampai sedap diminum macam air milo. Kalau kita ada ilmu bancuhan tersendiri, kita boleh buat jenama sendiri dan pasarkan kecil-kecilan minuman koko. Kenalah cari nama yang sesuai. Tapi susah rasanya nak buang perkataan Milo dari minda rakyat kita. 

4.Perniagaan susu kambing – Ini perniagaan yang dah mula popular sekarang. Ia lebih dikaitkan dengan kesihatan. Ada saudagar susu kambing besar di Indonesia yang tawarkan pada saya untuk jadi ajen susu kambing keluaran mereka untuk dipasarkan di Malaysia. Tapi rasanya kat Malaysia juga ada jenama susu kambing yang berjaya dan besar perniagaan mereka, Higoat. Cari pengeluar susu kambing dan cipta jenama sendiri dan pasarkan secara kecil-kecilan di sekitar kawasan penempatan. Kalau kena tekniknya tentu boleh membesar dan berjaya. Tak payah bela kambing pun untuk itu. 

5.Perniagaan minuman botol berperisa – Perniagaan kecil minuman botol memang ada potensi untuk menjadi perniagaan besar. Lihat saja Coca-Cola, Pepsi, F&N, Red Bull dan banyak lagi. Mereka berjaya ke tahap dunia. Ramai usahawan kecil di kampung berjaya naik dengan mula membotolkan minuman berperisa. Ini industri mudah untuk dipasarkan jika kita rajin. Ada banyak kilang yang boleh kita outsource untuk membotolkan jenama minuman kita sendiri. Mulakan dengan menghantar ke kedai-kedai makan berhampiran dan seterusnya mengorak langkah lebih jauh. 

6.Perniagaan air mineral – Ini perniagaan yang kadangkala pelik. Bayangkan jika diceritakan pada tok nenek kita ada orang jual air kosong untuk diminum, tentu mereka hairan. Tapi minuman mineral atau air minuman biasa yang kosong ini menjadi perkara biasa di seluruh dunia. Masih ada banyak ruang untuk sesiapa saja masuk dalam industri ini. Tak perlu keluarkan duit untuk sedut air dari bumi, cukup sekadar outsource pada kilang pengeluar air minuman dan bina jenama kita sendiri. Mulakan dengan hantar ke kedai-kedai runcit berhampiran sebelum negorak langkah lebih jauh. 

7.Perniagaan air buah-buahan – Di bulan ramadan, perniagaan air buah-buahan ini amat laris. Orang yang sedang puasa akan terliur melihat bagaimana proses air buah dilakukan di bazar ramadan. Industri ini juga amat besar. Siapa tak kenal Marigold, sedap air buah limaunya yang berpulpa. Anda juga boleh mula buat jenama sendiri samada proses sendiri secara kecil-kecilan di rumah atau outsource pada kilang yang sedia ada. 

8.Perniagaan air bertenaga – Ada seorang kawan yang buat sendiri formula air bertenaga dengan jenamanya sendiri. Takmsilap saya dia namakan sebagai “Charge”. Dia berjaya edarkannya ke rata tempat, tapi dek kesilapan pengurusan perniagaan, dia tewas. Tapi dia masih belum tamat, dia turun dan mulakan semula dan kali ini dengan outsource pada kilang lain. Anda juga boleh buat perkara sama. Bukan formula yang utama, tapi ilmu niaga dan ilmu pengurusan perniagaan yang lebih penting. Mula kecil-kecilan untuk belajar sebelum pergi jauh. 

9.Perniagaan kek – Dulu jarang kita lihat orang jual kek di pasar malam. Malah tak terfikirpun orang nak beli kek dan makan hari-hari macam sekarang. Sekarang kek ada dijual melaui internet, di pasar malam dan juga di kedai-kedai. Ada yang buat kek sendiri dan pasarkan sendiri. Ada juga yang ambil kek orang buat dan pasarkan dengan jenama sendiri. Yang pentingnya ilmu perniagaan, dan bukannya ilmu buat kek. Jika ditambah dengan minat dalam bab kek ini, perniagaan ini ada potensi tinggi untuk pergi jauh. Nak tahu pasal ilmu bisnes kek ni boleh cuba dapatkan e-book tentang bisnes tersebut pada pautan ini >> BisnesBakeri.com 

10.Perniagaan biskut homemade – Ini juga sama macam perniagaan buat kek di atas. Ada yang punya formula turun temurun buat biskut. Ada yang mampu buat biskut kalah Chipsmore, tapi tak reti pasarkannya. Ada juga yang tak reti uruskan pengeluaran secara besar-besaran. Kalau anda ada ilmu dan kesungguhan untuk berniaga, cari saja orang yang ada resepi rahsia sebegini dan suruh dia buat pengeluaran dan anda buat pemasaran. 

11.Perniagaan roti bun homemade – Semua orang dah boleh buat roti bun sendiri sekarang. Kena ada modal sikit untuk sediakan peralatan dan alat pembakar roti. Saya kenal kawan yang laburkan sedikit wang untuk belajar dan beli peralatan untuk buat roti bun, kemudiannya mula jual secara kecil-kecilan sampai mampu menjana wang yang agak baik. Ada banyak cara untuk pasarkan roti bun ini, termasuklah dengan meletakkan di kantin sekolah, restoran berhampiran dan seumpamanya. Bila pasaran dah besar, boleh tempah di kilang buat roti bun yang besar untuk dipasarkan dengan jenama sendiri pula. 

12.Perniagaan coklat homemade – Ini satu lagi perniagaan yang menarik. Ramai dah pandai buat coklat sendiri dan kalau tak pandai boleh beli vcd ebook yang menurunkan ilmu buat coklat. Pasarkan di FB atau bawa ke pejabat untuk dijual secara kecil-kecilan. Ramai orang suka coklat ini. Di Langkawi, pasarayanya banyak menjual berbagai jenis coklat dan jika anda kreatif boleh tiru mana yang sedap dan buat jenama anda sendiri. 

13.Perniagaan kuih frozen – Satu lagi perniagaan yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Samada dengan suruh orang lain buat dan anda pasarkan atau buat sendiri dan pasarkan sendiri juga. Ada emak seorang kawan saya yang mula buat sendiri kuih frozen dan pasarkan pada kawan-kawan. Kemudian anak-anaknya pula pasarkan pada kawan-kawan mereka dan seterusnya perniagaan itu membesar. Jika anda ada minat, ada idea besar untuk majukan perniagaan ini, boleh mulakan sekarang secara kecil terlebih dahulu 

14.Perniagaan roti canai frozen – Di kampung saya roti canai frozen sering dijual di tempat pengajian di mana ramai orang tua-tua yang pergi belajar agama di sana. Antara tawaran unik yang penjual itu tawarkan adalah roti canai buatan Melayu Muslim dan dijamin suci bersih. Orang tua di situ tak suka makan roti canai di kedai mamak, oleh itu roti canai frozen yang bersih itu mendapat sambutan hangat. Orang beli bawa balik rumah dan panaskannya kalau nak makan. Simpan dalam peti sejuk kalau tak naka makan lagi. Ini juga satu perniagaan yang boleh bermula secara kecil. 

15.Perniagaan pizza frozen – Ramai juga orang yang dah mula jual pizza di pasar malam. Pizza dan jadi makanan biasa bagi masyarakat kita. Biasanya pizza yang ditawarkan adalah jenis pizza Amerika yang tebal rotinya. Jarang saya lihat pizza Itali yang nipis dan lazat. Tak kisah samada pizza ala Amerika atau ala Itali, anda boleh buat pizza frozen dan boleh edarkan di pasar malam atau pasarkan sendiri pada kenalan atau di internet. 

16.Perniagaan murtabak frozen – Murtabak ada berbagai jenis, ada jenis mamak, ada jenis Melayu dan lain-lain lagi. Kalau di pasar malam, orang cuba perkenalkan jenama murtabak mereka dengan berbagai jenama. Ada satu murtabak frozen yang saya lihat agak popular satu masa dulu. Mereka namakan sebagai murtabak Singapura. Tapi proses buat murtabak ini agak mencabar kerana anda tak ada pilihan selain daripada perlu memasaknya terlebih dahulu. Kalau ramuan urtabak anda sedap dan tahan lama, insyaallah boleh mendapat sambutan. 

17.Perniagaan burger – Ini perniagaan yang senag sangat untuk diceburi oleh sesiap saja di negara kita. Dari Johor sampai ke Perlis, kita boleh lihat ada ratusan ribu peniaga burger yang menggunakan konsep stall burger. Mereka mula berniaga di tepi jalan, tepi restauran tepi taman bila menjelang waktu petang. Industri ini anyak membantu perkembangan daging burger Ramly satu masa dulu. Anda juga boleh mulakan perniagaan burger dengan mudah. Malah jauh lebih mudah daripada perniagaan roti canai. Ada e-book tentang bisnes burger jika anda berminat nak belajar. Klik pada pautan ini >> BisnesBurger.com 

18.Perniagaan popia – Ini bukan satu industri kecil. Popia amat terkenal di negara kita dan kalau kena gayanya popia anda boleh menjadi pilihan ramai. Kalau di Giant Shah Alam, saya lihat satu kiosk popia yang dijual oleh orang muda. popia mereka mendapat sambutan menggalakkan walaupun dijual dengan harga RM1 satu. Kalau anda lewat, semua popia akan habis terjual. 

19.Perniagaan putu piring – Peniaga putu piring di pasar malam Puchong tak pernah berhenti buat kerja sejak gerainya dibuka sampailah habis kesemua putu piringnya. Begitulah larisnya perniagaan putu piring di pasar malam Puchong. Peniaga putu piring di kampung saya di Pekan Penanti Bukit Mertajam dah dua keturunan meneruskan perniagaan yang sama sampai sekarang. Ertinya pasaran putu piring sentiasa ada kalau anda ada kemahiran buat putu piring. Mulakan dengan kecil-kecilan dan fikirkan bagaimana nak besarkan perniagaan putu pirng tersebut. 

20.Perniagaan putu buluh – Dulu putu buluh agak jarang berbanding dengan putu piring dijual di tepi jalan dan pasar malam. Tapi sekarang nampaknya ada bermacam jenama putu buluh samada di Port Dickson, Melaka, Gombak, Ulu Langat dan banyak tempat lagi. Ini juga satu perniagaan unik menarik yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Jangan lupa bagaimana perniagaan boleh dikembangkan sampai ianya membesar. 

21.Perniagaan putu mayam – Biasanya putu mayam hanya dijual oleh orang India samada dengan naik motosikal ataupun naik basikal. Sekarang ramai sudah orang Melayu yang jalankan perniagaan putu mayam di pasar-pasar malam. Cuma saya jarang lihat orang Melayu naik motosikal atau van pick-up pasarkan putu mayam mereka secara mobile. Ini satu perniagaan menarik yang memang ada pasaran dan boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan boleh difikirkan bagaimana nak dibesarkan. 

22.Perniagaan tauhu – Seingat saya tauhu halal yang dibuat oleh orang Melayu hanya popular apabila pertubuhan Al-Arqam berusaha melakukannya dan memasarkannya. Kini dah ramai orang Melayu pandai buat tauhu. Ada banyak penjaja sayur-sayuran menjual tauhu di pasar-pasar malam. Kalau anda boleh buat tauhu, ada potensi yang mudah untuk menjualnya secara borong pada para penjaja dan juga kedai-kedai runcit di kawasan berhampiran tempat anda tinggal. 

23.Perniagaan tau fu fa – Dulu Tau Fu Fa ni orang Melayu tak berapa kenal. Tapi sekarang ramai yang menjualnya di pasar-pasar malam. Ada yang buat sendiri dan menjualnya menggunakan lori pick-up, ada juga yang hanya ambil daripada orang lain dan memasarkannya secara kecil-kecilan. Makanan ini tak menjemukan malah kanak-kanak amat menggemarinya. Jika anda mulakan perniagaan ini, insyaallah tak ada masalah terhadap pasarannya. Boleh cuba selalu. 

24.Perniagaan buah-buahan – Dari zaman saya kanak-kanak sampai sekarang ada berbagai model perniagaan buah ini telah saya lihat. Ada yang jual buah secara longgok dan ada pula yang jual buah secara dikupas dan dimasukkan dalam plastik. Malah sekarang ada yang jual kedua-dua konsep di atas. Pasarannya tetap ada samada di tepi jalan atau tumpang disebelah kedai makan orang. Pastikan buahnya segar dan dapat menghilangkan dahaga. Mungkin boleh gabungkan sekali buah kupas, buah longgok dan air buah, tentu manarik. Atau paling mudah tanam pokok buah dan jual pada pemborong. banyak konsep dalam penjualan bah ini. Be creative dong! 

25.Perniagaan makanan pasar malam – Antara perkara paling laris tak menang tangan di pasar malam ada perniagaan makanan. Lihat gerai jual mee, mihun, nasi goreng dan seumpamanya, mesti ada lebih dari satu taukeh. Siapa buat sedap dan pantas servisnya dia akan dikerumuni orang ramai. Fikirkan apa saja makanan rutin, jual di pasar malam insyaallah ada jalan. 

26.Perniagaan jual air minuman pasar malam – Ini satu lagi gerai yang sentiasa laris. Kecuali di hari hujan, gerai jual air ini sering sibik. Cara persembahan airnya amat menarik sekarang berbanding cara dulu. Orang suka kalau ada berbagai jenis air pilihan. Lagi banyak lagi meriah. Saya kenal ramai usahawan berjaya dengan menjadi taukeh besar restoran sekarang ini bermula dengan hanya menjual air di pasar malam atau tapak keramaian. Ilmu berkenaan bisnes air ni boleh anda dapatkan dari pautan ni >> BisnesAirBalang.com 

27.Perniagaan baju kurung – Orang perempuan ramai yang boleh buat baju kurung. Tapi tak ramai yang ada ilmu pemasaran dan tak ada strategi untuk kembangkan kemahiran itu jadi satu perniagaan. Biasanya mereka hanya sibuk pada musim raya sampai tak menang tangan dan banyak potensi jualan terbuang begitu saja. Jika anda kreatif, cuba mula tempa baju kurung sedikit demi sedikit dan cuba fikirkan design yang bakal mendapat sambutan dengan buat sample dan pasarkan dalam internet. Mana yang laku itu bakal jadi top produk anda. 

28.Perniagaan pakaian kanak-kanak – Tak payah pandai buat pakaian kanak-kanak sendiri, cari saja dari negara China. Utamakan keselesaan dan kemudiannya baru gaya. Ada banyak design pakaian kanak-kanak hanya canggih dari segi penampilan gaya sedangkan kanak-kanak terseksa memakainya sebab gatal atau menyukarkan pergerakan. Ibu bapa perlu beli pakaian kanak-kanak ini lebih kerap kerana proses pembesaran mereka yang cepat. Pakaian kanak-kanak bukanlah satu perniagaan bermusim. 

29.Perniagaan pakaian perempuan – Pakaian perempuan lebih umum berbanding pakaian baju kurung. Ada banyak rekaan pakaian sekarang dan antara yang tegah hot adalah jubah dan pakaian muslimah berkain cotton. Orang perempuan lebih kerap membeli berbanding orang lelaki, jadi berniaga saja barangan untuk orang perempuan memang ada potensi besar. 

30.Perniagaan pakaian dalam perempuan – Ini satu lagi perniagaan ang cukup besar pasarannya. Ada berbagai jenis pakaian dalam perempuan jika kita selidiki. Ada berbagai pasaran untuk berbagai kumpulan sasaran ang berbeza. Jual online pakaian dalam seksi untuk para isteri melelehkan airliur suami tentu salah satu idea yang menarik untuk dicuba. 

31.Perniagaan tudung – Siapa sangka perniagaan tudung wanita muslimah boleh cecah jutaan ringgit sebulan. Tapi tudung Fareeda telah buktikannya. Mereka ada strategi tersendiri untuk modelkan semula perniagaan tudung dengan suntikan idea dunia fesyen ke dalamnya. Perniagaan tudung ini amat menarik dan boleh dimulakan dengan segera secara kecil-kecilan dan boleh dijual secara online. Selami dunia model dan fikirkan semua model perniagaan tudung yang ada dan bina satu model yang anda rasa sesuai dan menarik. Ilmu berkenaan perniagaan ni ada kat e-book berikut >> BisnesTudung.com 

32.Perniagaan pakaian muslimah – Pakaian Muslimah ada pasarannya yang tersendiri. Dalam bahasa business kita panggil Niche market, sebab hanya khas untuk para muslimah yang bertudung. Untuk pastikan perniagaan niche membuatkan anda jadi kaya raya, pastikan perniagaan anda menjadi leader dalam niche tersebut. Boleh dimulakan dengan kecil-kecilan secara trading dan tetapkan satu konsep yang anda rasa ada permintaan yang mencukupi. Perniagaan ini juga boleh dimulakan secara online yang membuatkan kos permulaan tidak berapa tinggi. 

33.Perniagaan pakaian sekolah – Ini satu perniagaan bermusim. Biasanya bila tiba musim nak masuk sekolah, perniagaan ini akan meletup dan mereka yang bijak dapat buat duit dengan banyak. Tapi perlukan modal yang tinggi untuk buat banyak duit. Kalau tak ada modal, boleh mulakan secara kecil-kecilan dan separuh masa bila tiba musimnya. 

34.Perniagaan kasut sekolah – Sama seperti perniagaan di atas, ia merupakan satu perniagaan bermusim. Tetapi kasut sekolah biasanya akan dibeli tidak kira musim sangat. Anak-anak kecil sekolah rendah biasanya amat lasak penggunaan kasut mereka. Jadi jika anda boleh sediakan satu tawaran kasut murah dan dijual secara online terutamanya untuk para ibubapa yang ramai anak lelaki, ada potensi untuk pergi jauh. 

35.Perniagaan kasut selipar – Lihat Asadi, jenama kasut yang semua orang kenal sekarang di negara kita. Dia mulakan secara low profile dan buat kasut-kasut yang murah untuk kegunaan orang ramai. Jika anda ada modal sedikit dan ada idea untuk penjenamaan kasut selipar anda sendiri, boleh mulakan perniagaan ini secara online dan kemudiannya mula edarkan pada kedai-kedai kasut di kawasan luar bandar terlebih dahulu. lama-lama ia akan jadi lebih besar jika idea kasut anda mendapat sambutan. 

36.Perniagaan pakaian sukan – Kedai sukan ada di mana-mana pekan atau bandar di negara kita. Pakaian sukan juga merupakan salah satu perniagaan kegemaran para usahawan kecil yang mulakan perniagaan dengan sistem pembekalan. Mereka bekalkan pada organisasi seperti sekolah, persatuan atau kelab sukan. Jika anda ada kekuatan untuk bina jaringan dan ada lubang tempahan pakaian sukan yang kompetitif, anda juga boleh mulakan perniagaan ini. Boleh juga pasarkan mengikut musim sukan di negara kita dengan kenal pasti pasukan bola atau lain-lain yang mendapat sambutan. 

37.Perniagaan cadar dan selimut – Perniagaan cadar dan selimut mudah dan ada pasaran tinggi sebab ia merupakan salah satu barang yang orang perempuan suka beli. Walaupun cadar yang ada masih elok, orang perempuan akan beli juga satu yang baru dan menarik hatinya. Ia bukan perniagaan bermusim. Asalkan anda ada idea bagaimana menawarkan pilihan yang unik, anda boleh tempah design tersebut dan mula pasarkan. Juga boleh dimulakan secara online. Ada kawan saya yang pasarkan cadar menarik dan sekali buat tawarn mendapat permintaan ratusan ribu. 

38.Perniagaan tudung meja – satu lagi perniagaan yang mensasarkan orang perempuan sebagai pembeli. Tudung meja mudah dibuat samada daripada bahan plastik maupun daripada kain. Jika anda tahu menjahit, boleh design tudung meja yang menarik dan datangkan sekali dengan pakej plastik putsinar. Pemasaran boleh dilakukan melalui FB atau media sosial lain. Jika ada tempahan banyak, boleh mula outsource ke kilang yang mampu keuarkan secara besar-besar. Anda perlu ada idea hebat dan tahu kehendak pasaran. 

39.Perniagaan kain tuala – Ramai orang Pakistan mula berniaga kain tuala di negara kita. Mereka bawa banyak kain tuala dan menjajanya di pusat membeli belah. Mereka sewa sedikit ruang untuk perniagaan mereka. Sekarang saya lihat orang Melayu dah mula jual kain tuala, mungkin mereka ambil dari Pakistan, atau dari Kilang tempatan. Ada juga yang ambil daripada lelongan kain tuala hotel. 

40.Perniagaan ambil upah menjahit – Saya kenal seorang kawan berbangsa Palistan yang berhijrah ke London. Mulanya dia kerja di kilang buat pakaian ambil upah tetap menjahit. Kemudiannya dia minta upah berdasarkan jumlah jahitan. Kemudiannya dia jahit kat rumah dan akhirnya dia buka kilang sehinggalah perniagaan membesar sampai dia jadi multi millionaire. Sekarang anak-anaknya berhijrah ke Malaysia dan punyai tinggalan harta pusaka berjuta-juta dolar. 

41.Perniagaan ambil upah memasak – Cuba tanya jiran-jiran yang anda yang mahu tawaran anda untuk tolong masak. Tentu ada ramai yang mahu tawaran itu dengan harga berpatutan. Bermula daripada satu keluarga akan menjadi dua dan akhirnya akan jadi besar. 

42.Perniagaan khidmat penghantaran – Ini satu lagi perniagaan yang cukup berpotensi tinggi. Perniagaan online tumbuh macam cendawan sekarang. Mereka tentu mahukan khidmat penghantaran. Syarikat penghantaran besar juga perlukan syarikat kecil dan perseorangan untuk support aktiviti mereka. Anda boleh mulakan dengan ambil sub dari syarikat besar tersebut secara persendirian. Lama-lama akan jadi besar ler! 

43.Perniagaan khidmat mengurut – Kalau anda pandai mengurut, ini satu kemahiran yang ada permintaan tinggi. Kalau tak tahu boleh pergi belajar secara formal sampai pandai. Buat marketing melalui internet pasti akan ada saja pelanggan yang mahu datang. Saya kenal seorang tukang urut dari Jelebu yang punyai teknik tersendiri. Dia mula secara parttime sampailah dah jadi fulltime. 

44.Perniagaan khidmat baiki peralatan eletrik – Kalau kita perasan kerja perkhidmatan baiki peralatan letrik ini dikuasai oleh pendatang Bangladesh dan Pakistan sekarang. Kerja ini bukannya sukar sangat tapi memang agak renyah. Jika ada kemahiran anda boleh jimatkan orang ramai untuk baiki peralatan daripada terpaksa beli peralatan baru. Lama-lama perniagaan itu akan membesar. 

45.Perniagaan khidmat pest control – Sebenarnya ini satu perniagaan yang besar. Memerlukan banyak lesen sebelum anda layak menawarkan perkhidmatan pest control pada orang ramai. Untuk dapatka lesen sebenarnya mudah saja. Ambil peperiksaan Pesticide Applicator Licensed dan anda sudah sah menjadi pengamal makhluk perosak dengan menggunakan racun. Mulakan dengan ambil pelanggan persendirian di rumah-rumah sekitar tempat anda tinggal. 

46.Perniagaan khidmat potong rumput – Perniagaan ini juga sudah diambil alih oleh pendatang asing yang cari makan di negara kita terutamanya daripada Bangladesh. Mereka rajin dan jadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka. Anda boleh mulakan dengan hanya membeli mesin potong rumput. Tawarkan perkhidmatan ini pada jiran-jiran anda. Lama-lama anda boleh rekrut pekerja bila pelanggan bertambah. 

47.Perniagaan khidmat menjaga tanaman perhiasan – Ini juga satu perniagaan besar sebenarnya. Syarikat seperti Rent a Pot adalah syarikat antarabangsa yang menawarkan khidmat selenggara tanaman hiasan pejabat. Anda boleh mula tawarkan khidmat memelihara tanaman hisan pada para jiran anda. Anda boleh juga sewa pokok pada mereka dan kerja selanggara anda yang lakukan setiap minggu. Ini boleh menjadi besar bila pelanggan anda bertambah. Asalkan anda minta bercucuk tanam pokok perhiasan. 

48.Perniagaan baiki paip dan kebocoran rumah – Perniagaan ini sedikit demi sedikit telah diambil alih oleh para pendatang terutamanya dari Indonesia. Orang kita malas atau mungkin tak ada masa. Ramai usahawanbberbangsa Cina yang dah buat duit dengan perniagaan ini sejak lama dulu. Dengan jumlah perumahan yang sentiasa bertambah, ia meningkatkan permintaan. Anda boleh tawarkan pada jiran-jiran di sekeliling anda untuk selesaikan sebarang masalah paip dan kebocoran. 

49.Perniagaan ubah suai rumah atau bangunan – Ini juga perniagaan yang telah diserang ole para pendatang samada dari Indonesia mahupun dari Bangladesh. Mereka tawarkan harga yang murah. Tapi anda boleh dapatkan kerja ubahsuai rumah dengan kualiti dan jaminan yang bermutu tinggi. Pergi ke arah pasaran mewah supaya anda tidak perlu bersaing dengan pendatang dalam industri ini. 

50.Perniagaan hiasan dalaman – Ini satu perniagaan yang dah lama bertapak. Permintaannya semakin tinggi apabila jumlah penduduk berpendapatan pertengahan semkain meningkat di negara kita. Jika anda minat kerja hiasan dalaman, anda ada kelebihan untuk tawarkan pada pelanggan atau kenalan anda. Sasarkan pelanggan mewah dan jangan fokus pada pasaran yang ekonomi. 

51.Perniagaan khidmat cuci rumah dan pejabat – Saya pernah bertemu dengan sekumpulan warga Arab yang berhijrah ke Sweden. Mereka mulakan perniagaan kecil dengan menawarkan khidmat cuci rumah dan pejabat di Sweden. Kini mereka semua jadi jutawan dengan kerja-kerja selenggaraan pejabat dan perumahan. 

52.Perniagaan khidmat kemas rumah dan memasak – Ada lambakan pendatang asing dari Indonesia yang cekap dalam kerja-kerja kemas rumah dan memasak. Gunakan pembantu rumah yang anda ada untuk kembangkan tawaran kerja pada semua jiran anda. Bila pelanggan bertambah, tambah pembantu rumah anda. 

53.Perniagaan khidmat hantar makanan – Pernahkah anda dengar satu syarikat Dawabbala dari India. Kerja mereka hanya hantar makanan yang diambil dari isteri di rumah pelanggan untuk dihantar pada suami mereka yang bertugas di pejabat. Perniagaan ini dikagumi oleh dunia antarabangsa kerana ketepatan dan kecekapan mereka melaksanakan tugas. Kalau anda seorang penghantar surat, anda boleh lakukan tugasan ini dengan bermula dari kecil. 

54.Perniagaan khidmat hantar budak sekolah – Ini perniagaan yang sangat mudah dan semua orang yang ada anak tahu kepentingannya. Jika anda ada anak yang gunakan perkhidmatan bas sekolah tentu anda tahu di mana kelemahan yang boleh diperbaiki. Kelemahan itu adalah peluang dan sudah tentu orang lain juga mengharapkan ada pengusaha bas sekolah yang mampu selesaikan amsalah tersebut. Beli satu van atau bas sekolah dan cari pemandu yang pencen yang mahu tambah pendapatan. Anda dah mulakan perniagaan ini… 

55.Perniagaan khidmat hantar pekerja kilang – Kalau di negeri yang industri perkilangannya hebat, ada anyak peluang untuk perniagaan ini. Kawan saya di Pulau Pinang bermula dengan menggunakan sebuah van hantar pekerja kilang. Sekarang dia ada 30 buah bas dan 70 buah van kilang… semuanya dimulakan dari kecilan-kecilan dan akhirnya dia kaya raya walaupun kelulusannya hanya setakat tingkatan 3. 

56.Perniagaan khidmat jaga kanak-kanak – Banyak kekecewaan di kalangan ibu bapa yang terpaksa hantar anak kecil mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak. Macam-macam kes ada berlaku sekarang, ada yang anak mereka diberikan pil pelali, anak mereka diikat dan didera dan macam-macam lagi. Jika anda minat jaga anak kecil, anda lemah lembut penyabar, tawarkan perkhidmatan ini pada ibu bapa yang sedang risau di luar sana. 

57.Perniagaan khidmat menjaga binatang peliharaan – Perniagaan ini mungkin sesuai hanya di pusat bandar. Bila orang bandar kesunyian, mereka bela binatang. Bila mereka kerja, binatang mereka perlu diawasi. Begitu juga bila mereka outstation perlu ada orang yang jaga binatang mereka. Permintaan terhadap perkhidmatan ini secara profesional mula bertambah. Ia amat niche dan bukan semua orang mampu lakukannya. Jika anda ada kemahiran, suka binatang dan tahu macam mana nak bela binatang dengan baik, boleh mulakan perniagaan ini. 

58.Perniagaan khidmat potong atau trim pokok – Pokok magga depan rumah saya sentiasa besar dan rendang semula setiap kali dipotong. Bila jadi begitu, jiran-jiran tak suka sebab pokok terlalu besar dan rendang banyak keluarkan daun dan kotorkan rumah mereka. Saya terpaksa umah pekerja Bangladesh untuk potong dan trim pokok mangga tersebut. Banyak lagi orang macam saya yang perlukan khidmat ini. Ini satu peluang perniagaan parttime yang boleh dilakukan hanya pada waktu cuti. Mula secara kecil-kecilan dulu… 

59.Perniagaan kumpul barang buangan kitar semula – Rasanya ramai dah mulakan perniagaan ini. Ramai warga India yang buat kerja ini dan ramai juga warga Bangladesh yang kaut melebihi seribu sebulan hanya dengan aktiviti kumpul barang terbuang. Mungkin anda akan terkejut jika saya katakan bahawa industri kumpul barang kitaran semula ini lahirkan ramai jutawan…! 

60.Perniagaan baik pulih barang lama – Kalau anda ada Astro, anda tentu suka tengok bagaimana kumpulan pulihkan barang lama ini berikan perkhidmatan mereka pada pelanggan. Memang hebat dan pasarannya ada terutamanya dari mereka yang ada duit. Negara kita ada ramai peminat barang antik dan lama, maknanya perniagaan ini boleh saja dimulakan jika anda ada minat dan kemahiran. 

61.Perniagaan baik pulih barang antik – Ini macam kerja d atas juga, tapi lebih menjurus pada hasil koleksi yang mahal. Kalau barang lama pasarannya lebih luas, barang antik pasarannya lebih fokus. Bukan semua orang suka barang antik untuk dibuat koleksi tapi pasaran itu tetap ada dan mewah sebenarnya. Kawan saya beli barang antik, pulihkannya dan jula semula dengan harga berpuluh kali ganda dari asal. 

62.Perniagaan khidmat guaman – Kalau anda lawyer, anda boleh buka perniagaan ini. Kalau anda ada pengalaman kerja di firma peguan, anda juga boleh mulakan perniagaan ini dengan gunakan lesen peguan yang bertauliah. Tak perlu masuk mahkamah, anda hanya buat kerja beli rumah dan urusan berkenaan peguam sahaja.., hasilnya agak mewah seenarnya. 

63.Perniagaan sewa rumah atau sublet – Ramai jadi usahawan hartanah dengan mulakan bisnes ini secara kecil-kecilan. Terutamanya yang tak ada kerna seperti suri rumah, anda boleh jadi ajen pada tuan rumah kosong yang tinggal berjauhan dari rumahnya. Ada ramai orang yang beli rumah tapi tak duduk sebab berpindah tempat kerja di luar kawasan. Hubungi mereka dan sewa rumah mereka. Sewakan balik pada orang lain dan anda uruskan penyelenggaraan rumah tersebut. Bila ada modal beli dan sewakan… 

64.Perniagaan jual barang lama – Kalau di atas tadi lebih kepada perkhidmatan baik pulih, kali ini lebih kepada trading. Anda beli dan hantar pada kewan yang tahu baik pulih barang lama. Bila dah ok, pasarkan pada siapa yang sudi membelinya. Buat blog atau gunakan FB. Antara barang lama menarik untuk dijual adalah seperti perabut rumah atau pejabat. Ramai yang lebih suka berjimat terutamanya orang bujang atau keluarga yang susah. 

65.Perniagaan jual barang antik – Sama juga dengan barang lama, tapi kali ini adalah barang antik. Barang lama murah, sebaliknya barang antik amat mahal. Jadi sasarannya adalah mereka yang kaya dan ada minta buat koleksi barang antik. Pastikan anda tahu di mana boleh baiki barang antik. Hantar baiki dan pulihkan semula dan dalam pada itu cari pembeli. Sama juga, gunakan blog atau FB. 

66.Perniagaan tuisyen budak sekolah – Ada ramai cikgu yang mula buat kelas tambahan atau tuisyen secara kecil-kecilan akhirnya berhenti kerja cikgu dan buat tuisyen sepenuh masa. pendapatan jauh lebih tinggi daripada kerjaya cikgu. Bukan cikgu juga boleh buat perniagaan ini. Asalkan anda belajar tinggi, boleh saja. Atau sediakan tempat dan cari cikgu untuk kerja dengan pusat tuisyen anda. 

67.Perniagaan urus akaun syarikat – Ini kerja berkemahiran. jika anda ada kelulusan akaun, pernah kerja atau sedang kerja dengan syarikat audit, anda boleh mulakan buat secara separuh masa jaga akaun syarikat kecil. Mulakan dengan satu syarikat dan tambah dan akhirnya boleh buat fulltime. 

68.Perniagaan ajar orang masak – Jika anda suka masak, pandai masak dan ada kemahiran ajar orang masak. Buat kelas ajar memasak. Ramai orang kaya dengan ajar orang masak dan dia tak buka restoranpun. Chef Li yang popular dengan buku jutawan senyap itupun kerjanya ajar orang masak. Cari dapur, sewa dan pasarkan tawaran anda di FB… perniagaan anda dah bermula. Boleh buat secara parttime. 

69.Perniagaan ajar orang menjahit – Sama seperti ajar orang masak, kalau anda ada kemahiran menjahit, ada kemahiran mengajar, maka boleh mulakan perniagaan ajar orang menjahit. Tak perlu ajar semua kemahiran menjahit dengan berbagai jenis pakaian. Cari jenis pakaian apa yang anda paling mahir dan tawarkan mengajar bab itu saja. Lebih fokus dan mudah. Pasarkan di FB dan blog, sewa psat menjahit pada hujung minggu dan perniagaan anda sudah bermula. 

70.Perniagaan ajar orang berniaga – Ini juga satu jenis perniagaan yang besar pasarannya. Seeloknya anda ada kemahiran mengajar dan ada perniagaan yang terbukti mampu sara kehidupan anda. Ajar orang apa yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan kalau nak berniaga. Saya buat testing dengan tawaran ajar orang berniaga ini, dan sambutannya amat menggalakkan. 

71.Perniagaan baik pulih perniagaan – Jika anda ada kerajinan dan daya analitikal yang tinggi. Dan ada juga ada ramai kenalan dari berbagai kemahiran dalam berbagai industri. Anda boleh buat tawaran untuk pulihkan perniagaan orang. Biasanya taukeh akan sesat dan hilang arah di dalam perniagaannya sendiri. Bila ada orang luar membantu pulihkan perniagaannya, adalah lebih mudah kerana idea segar dan baru akan disuntik. 

72.Perniagaan ajar orang bertani – Ramai juga yang dah lemas hidup di bandar. Mereka ada tanah dan nak bertani, tapi tak ada ilmu. Jika anda ada kemahiran dan pengalaman bertani, ramai yang mahu belajar. Pastikan ada sekali latihan praktikal dan pilih tanaman yang terbukti berjaya mampu jana wang. Ada seorang kawan yang tanam nangka madu dan pendapatan yang dijana sebulan tak kurang dari RM25 ribu !. 

73.Perniagaan ajar orang memimpin – Negara kita kekurangan mereka yang mampu memimpin dengan baik. Ramai yang teringin nak jadi pemimpin tapi tak tahu mana nak mula. Di luar negara, ilmu kepimpinan mendapat permintaan tinggi dari mereka yang mahu melonjakkan kerjaya. Jika anda ada kemahiran memberikan ceramah, memberi motivasi dan berpengalaman memimpin, boleh anjurkan tawaran kelas latihan samada secara berterusan atau sekali sekala. 

74.Perniagaan ajar orang jaga kesihatan – Ini dah jadi satu perniagaan yang semakin popular. Ada ramai pembimbing kesihatan peribadi muncul untuk membimbing mereka yang mahu jaga dan kekalkan kesihatan. Pastikan anda sendiri seorang yang sihat dan amalkan gaya hidup yang sihat. Diri anda sendiri boleh dijadikan sebagai testimoni kejayaan teknik jaga kesihatan yang anda amalkan. 

75.Perniagaan ajar seni pertahanan diri – Saya suka tonton cerita Ip Man, bekas guru Bruce Lee yang mahir dalam seni Win Chun. Jika anda pandai seni silat atau mana-mana seni pertahankan diri lain, anda ada kelebihan untuk buka kelas secara kecil-kecialan. 

76.Perniagaan ajar orang beli saham atau melabur – Ini dah ramai yang anjurkan. Ada banyak kelas yang mengajar orang ramai macam mana nak main saham dan jadi kaya. Jika anda jadikan kaya sebagai daya tarikan, pastikan anda sendiri kaya dengan main saham. Jika tidak, cukup sekadar berikan ilmu penting asas bagaimana nak mula dan main saham. Tentu ramai yang mahu belajar. 

77.Perniagaan ajar orang ilmu hartanah – Ini pun dah ramai yang anjurkan. Biasanya mereka yang dah buktikan diri mereka berjaya dengan ilmu hartanah dan jadi kaya akan mula anjurkan kelas hartanah. Mereka mahu ajar teknik yang dah mereka amalkan dan terbukti berkesan. Dalam masa yang sama mereka mahu kembangkan lagi jaringan kenalan pemain hartanah. Jika anda ada ilmu tersebut, bolah buat kelas sambilan untuk mereka yang baru nak mula. 

78.Perniagaan ajar orang menulis – Sejak dunia internet berkembang maju, semakin ramai orang yang ingin mengasah bakat menulis mereka. Banyak kegunaannya, terutamanya untuk kembangkan perniagaan menggunakan teknologi internet. Ada juga yang teringin nak tulis buku, ada yang nak luahkan pemikiran agar dapat dikongsikan oleh orang lain dengan lebih ramai. Jika anda cikgu atau ada pengalaman dalam dunia penulisan, boleh mula buat bisnes ajar orang menulis secara sambilan dan kecil-kecilan. Insyaallah ada sambutan. 

79.Perniagaan ajar orang berkomunikasi – Tak guna otak bijak, tapi tak mampu sampaikan pada orang lain walaupun perkara yang asas. Ramai orang yang berjaya walaupun tak berapa hebat pencapaian akademiknya adalah kerana kebolehan berkomunikasi dengan baik. Ramai pemimpin yang ada di atas juga banyak dibantu oleh kebolehan berkomunikasi. Ramai yang dah sedar kepentingannya dan jika anda ada kemahiran dalam bab ini, buka kelas dan ajarlah orang ramai. Tentu ramai yang mahu. 

80.Perniagaan ajar orang berenang – Masa kecil dulu, hanya kanak-kanak nakal saja yang akan tahu berenang. Sebab mereka curi-curi mandi sungai. Sekarang, tak ada sungai dalam bandar. kalau adapun kotor. Ramai yang tak ada kemahiran untuk berenang sedangkan ianya adalah senaman yang amat baik. Jika anda ada kemahiran ajar berenang, tawarkan saja pada jiran dan rakan. Ajar mereka dan anak-anak mereka secara peribadi setiap minggu. Ramai yang berminat nak belajar berenang. 

81.Perniagaan ajar orang hias rumah – dah ramai yang jual barang perhiasan rumah. Ramai juga yang usahakan bisnes khidmat hias rumah. Jika anda ada kemahiran dalam industri hiasan dalaman, buka saja kelas untuk ajar mereka samada surirumah atau individu pain yang nak ceburkan diri dalam dunia perhiasan dalaman. Sambil ajar hias rumah anda juga boleh jual produk yang berkaitan. 

82.Perniagaan jual buku online – Anda tentu tahu tentang Amazon.com yang bermula hanya dengan idea untuk menjadikan internet sebagai platform menjual buku. Memang susah kalau nak lawan amazon yang dah bertukar menjadi raksaksa besar dalam dunia jualan berbagai produk. Tapi masih ada ruang sebenarnya jika anda minat pada buku. Apatah lagi jika anda mampu menulis buku atau ada keupayaan kumpulkan buku lama dan pasarkannya di internet. 

83.Perniagaan jual ebook online – Ini satu lagi peluang perniagaan yang masuk dalam kategori buku juga, tapi bukan secara cetakan. Ada usahawan yang jadikan perniagaan e-book ini sebagai perniagaan dengan memasarkan tajuk-tajuk penulisan menarik dalam bahasa melayu. Saya dengar pendapatannya mencecah RM20 ribu sebulan hasil daripada jualan ebook sahaja. Jika anda ada masa belajarlah buat ebook dan jual sendiri secara online. 

84.Perniagaan ajar orang baik pulih kenderaan – Perniagaan yang berhubung kait dengan ilmu selenggara peralatan ini memang ada potensi. Bukan saja untuk mereka yang minat nak baiki kenderaan mereka sendiri, malah juga untuk mereka yang nak dapatkan kerja dalam bidang baiki kenderaan ataupun nak buka bengkel kenderaan. 

85.Perniagaan jual basikal – Sekarang amat mudah untuk anda beli basikal daripada negara China atau negara lain. Boleh order secara online, buat bayaran dan basikal akan dihantar pada anda. Anda boleh cuba buat yang sama dengan gabungkan parts basikal berkualiti dari berbagai sumber, pasang sendiri sebagai prototype dan pasarkan melalui internet. Semua ini boleh berlaku dengan kemudahan teknologi dan rangkaian logistik yang hebat. 

86.Perniagaan kedai runcit – Tak perlu nak cerita panjang tentang perniagaan ini. Ramai orang melayu dah pandai buka dan uruskan kedai runcit. Kalau ada modal RM100 ribu, anda boleh dapatkan barangan bernilai sekurang-kurangnya RM200 ribu sebagai permulaa untuk isi para di kedai runcit anda. 

87.Perniagaan khidmat jaga orang tua – Ini satu masalah besar yang dihadapi oleh orang ramai dalam zaman ini. Kedua-dua tunggak utama keluarga iaitu suami isteri bekerja dan hampir semua orang sibuk dengan urusan dunia masing-masing. Bila ibu tua di kampung semakin lemah, tak ada orang nak jaga dengan baik segala kebajikan makan dan minum ibu tua tersebut. Jika anda jenis suka bela orang tua, ada kenal kawan-kawan yang begitu dan ada masa, tawarkan khidmat jaga orang tua macam sistem nursery kanak-kanak. Tapi bukan untuk kanak-kanak sebaliknya untuk orang tua.. ada faham? buatlah! 

88.Perniagaan beli dan jual barang (Trading) – Jika anda ada kenalan ramai dari kalangan pembuatan barangan, anda ada kelebihan untuk bincang kredit dan harga yang baik. Gunakan peluang itu untuk buat trading samada dengan kerajaan atau dengan pihak swasta. Atau beli saja barang dari negeri China. 

89.Perniagaan jual produk herba – Anda mungkin jenis awet muda sebab kuat makan herba atau makan ulam. Anda pula asal dari kampung dan banyak mendapat ilmu daripada orang tua kampung berkenaan keajaiban herba dan kegunaannya untuk kesihatan. Jika ada semua itu, jangan pendamkan saja ilmu bermanfaat itu, kembangkannya jadi perniagaan secara kecil-kecialan terlebih dahulu. Lama-lama akan membesar dan maju sampai anak cucu. 

90.Perniagaan jual minyak wangi – Ini perniagaan yang dah terlalu biasa. Ramai yang dah tahu dan ramai yang dah berjaya. Minyak wangi ada berbagai jenis sekarang ini. Ada yang sasarkan pengguna berorientasikan keagamaan dan ada juga yang sasarkan pengguna biasa untuk ketrampilan. Walau apapun sasaran anda, perniagaan ini masih tetap relevan. Mulakan secara kecil-kecilan tapi jangan lupa untuk pergi ke pasaran mewah atau separa mewah dengan dapatkan hak pemasaran dan pengedaran perfume baru jenama luar negara atau dalam negara. 

91.Perniagaan jual ikan kering – Kalau tak salah saya, Pekan Bukit Mertajam punyai bekalan ikan kering yang amat murah berbanding negeri lain di semenanjung. Kalau ada akses di Sabah, mungkin boleh dapat bekalan murah dan banyak juga. Kalau ada kemahiran buat ikan kering sendiri lagi bagus dan ketengahkan ikan kering buatan orang Islam yang halal serta toiyiba. 

92.Perniagaan jual kerepek – Ini salah satu perniagaan yang paling awal saya libatkan diri ketika belajar. Matapelajaran keusahawanan yang saya ambil menjadikan bisnes krepek sebagai latihan praktikal yang perlu saya buat. Ianya banyak memberikan saya pengalaman menghindari perasaan malu. Jika anda pandai menjual dan pandai membina penjenamaan, bisnes kerepek ini boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan ada potensi untuk tambah pendapatan dan pendedahan awal dalam dunia keusahawanan. 

93.Perniagaan jual keropok leko mentah – Siapa tak kenal keropok leko. Saya tak pasti hasil usaha siapa yang membuatkan keropok leko menjadi amat terkenal di seluruh Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Tapi di negeri lain saya lihat masih ada banyak ruang untuk dipopularkan. Tak payah nak buat sendiri, ambil saja dari Pantai Timur dan pasarkan ke negeri selain dari Selangor atau Lembah Kelang. 

94.Perniagaan jual ikan bilis – Ada cerita seorang pemuda yang jadi kaya raya apabila memasarkan perniagaan ikan bilisnya melalui internet. Ia mendapat tempahan besar dari negara Jepun dan membuatkan perniagaannya jadi besar. Orang Sabah ada kelebihan untuk jalankan perniagaan ini. Mulakan dengan mencari pasaran di Semenanjung dan kemudiannya ke luar negara. Jangan lupa gunakan internet, mana tahu anda juga boleh jadi Jutawan Ikan Bilis. 

95.Perniagaan jual mee mentah – Ada kawan saya yang hantar isterinya belajar buat mee kuning. Bila dah pandai dia balik Terengganu dan mula usahakan perniagaan membekalkan mee mentah ini di Kualau Terengganu. Permintaan amat tinggi dan masalah nak cari pekerja pulak datang. Akhirnya dia tutup kedai sebab tak ada daya tahan selesaikan masalah untuk besarkan dan mudahkan perniagaannya. Ertinya perniagaan ini sentiasa ada pasaran, jika anda jenis nekad untuk selesaikan masalah sampai berjaya, buat mee dan jual secara kecil-kecialan terlebih dahulu. 

96.Perniagaan cuci kenderaan – Rasanya perniagaan ini telah menjadi satu perniagaan segera yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Ramai yang menjalankannya dan kebanyakan pekerja adalah dari kalangan warga bangladesh. Ada juga kedai basuh kereta yang taukehnya sendiri adalah warga bangladesh. Kalau anda ada kawasan strategik, ada citarasa tinggi untuk basuh kereta, apa lagi? mulakan saja… 

97.Perniagaan jual theme wordpress – Ada seorang pemuda dari India yang pandai buat template untuk website dan blog dengan menggunakan wordpress. Dia reka dengan baik dan menjualnya secara online. Hasil dari satu theme saja dia terus jadi jutawan. Anda ada kepakaran? ada citarasa baik dalam rekabentuk template? boleh cuba-cuba reka atau biarkan orang reka dan anda menjualnya. 

98.Perniagaan barang kosmetik wanita – Industri perniagaan barang kosmetik kaum wanita ini melahirkan ramai jutawan di negara kita dan juga di seluruh dunia. Barang kosmetik berasaskan herba mendapat tempat yang baik di seluruh dunia sekarang. Jika anda ada ilmu berkenaan industri ini dan ada kenal pengeluar barangan kosmetik yang berkualiti, boleh mulakan segera untuk pasarkannya pada orang ramai. Lama-lama boleh buat jenama anda sendiri, insyaallah. 

99.Perniagaan menguruskan wanita bersalin – Di bandar agak sukar untuk cari bidan yang datang kerumah untuk jaga wanita yang baru lepas bersalin. Dulu kat kampung agak mudah, tapi sekarang kalau adapun, ramai yang tak ada ilmu bagaimana nak jaga wanita lepas bersalin agar kembali mantap seperti sediakala bila sihat nanti. Anda yang ada kemahiran, boleh tawarkan pada yang berminat, buka tempahan dan gunakan konsep tempahan online. 

100.Perniagaan bawa orang mengembara – Ini satu perniagaan khas untuk mereka yang memang kaki mengembara dan dah banyak pengalaman mengembara. Elok tawarkan saja pada yang berminat untuk turut serta trip pengembaraan anda selepas ini. Uruskan semua keperluan untuk pelanggan yang berminat dan rangka pengembaraan berdasarkan minat pelanggan samada santai, lasak, bajet, sederhana mewah dan sebagainya. 

Akhirnya dapat juga saya senaraikan 100 idea perniagaan kecil berdasarkan apa yang sering saya lihat di sekeliling kita. Sudah tentu semua pembaca dapat menambah 100 lagi idea perniagaan kecil yang tidak saya senaraikan di atas. 

 Peringatan untuk mereka yang nak memulakan idea perniagaan kecil! 

Untuk memulakan perniagaan, jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu produk anda sempurna. 

Sebaik sahaja produk atau khidmat dapat dilaksanakan dan boleh diterima, anda boleh terus memulakan idea perniagaan kecil anda tersebut. 

 Urusan membaiki idea perniagaan atau produk anda hanya perlu dilakukan sepanjang mengharungi perjalanan perniagaan anda selepas itu. 

 -jasduit.com

Khamis, 12 Ogos 2021

10 tips berharga untuk orang baru nak berniaga secara online.

 Oleh Syukor Majid(Pemilik rangkaian dan pengasas Syukur Burger)


Hari ni abang kongsi 10 tips berharga untuk orang baru nak berniaga secara online.

1. PKP susah nak bergerak? Kedai tutup? Zaman dah serba canggih, tak kiralah produk apa pun, cubalah onlinekan bisnes kita. Tok bomoh siam, tukang tilik nombor ekor, pun pasang iklan online, kenapa tidak kita?

2. Malu? Segan? Zaman sekarang berniaga online, orang dah tak tengok muka kita. Tu website i-sinar siapa yang berinteraksi dengan kita? Kartun yang nama Elya tu kan? Government pun guna kartun. Jadi jangan risau, masalah segan dah setel.

3. Marketing pun ada seninya. Bukan spam wall orang 24 jam (tu pun kira seni jugak noh 😆), untuk anda yang masih belum ada idea macamana nak mula, ada banyak platform, ada banyak jalan boleh kita ambil dalam online marketing, ada yang free, ada yang berbayar, terpulang kepada bajet masing-masing.

4. Antara perkara asas yang perlu dititikberatkan, kemahiran menyediakan content yang menarik, termasuk headline, copywriting, gambar dan video yang memukau. Ini sangat penting untuk menarik minat bakal pelanggan. Dulu masa free, selalu jugak abang tolong buatkan poster dan copywriting untuk kawan-kawan baru nak start berniaga. Itu dulu, sekarang tak sempat, makan pun tiga hari sekali. 😆

5. Kalau hangpa tanya abang, abang prefer iklan berbayar, sebab kami nak capai reach lebih jauh, lebih luas. Abang sendiri pam average RM15,000-20,000 sehari untuk iklan, bagi memasarkan produk-produk abang. Sebulan lebih kurang RM500,000 bajet pengiklanan. Sales team abang hampir 200 orang. Secara average kami allocate RM100 seorang untuk dapatkan leads. Bila leads banyak, mudah staff bahagian closing buat sales.

6. Kemahiran teknikal dalam setting iklan sangat penting bagi mendapatkan kos iklan yang efektif, sekaligus mengelakkan kerugian. 

7. Lagi advance, pelbagaikan funnel dalam marketing. Dengan kaedah yang tepat, setiap funnel saling support menyupport, kita berpotensi terima lebih banyak sales yang masuk, dan lebih manis, dengan kos per unit yang lebih rendah.

8. Tolong jangan tanya soalan, kalau bayar RM500 sehari, berapa sales saya dapat. Takdak siapa boleh jamin bab tu. Dia bukan semudah pam iklan RM500 dapat sales RM5,000, pam RM5,000 dapat sales RM50,000. Kalau macam tu, dah lama bisnesman kat Malaysia ni pakat kaya raya. Sales team abang sendiri pun ada hari untung, ada hari rentung. 😆

9. Orang tamak selalu rugi. Jadi jangan tamak, mahirkan dulu bahagian teknikal, dah puashati dengan kos iklan, sudah yakin boleh mendayung sampan, pelan-pelan gandakan bajet iklan.

10. Jangan bodoh sombong. Untuk mahir bahagian teknikal, kita kena belajar. Dah pandai pun belajar lagi. Dunia online marketing ini sangat pantas berubah. Bulan lepas teknik A, bulan ni teknik B, bulan depan teknik C. Even budak-budak abang yang dah mahir ni pun abang kerap hantar belajar lagi. Jangan buang masa langgar dinding.

Kat mana nak belajar? Ramai cikgu-cikgu hebat di Malaysia ni yang boleh ajar anda step by step, dari basic sampai advance, dari buta IT sampai pandai. Janji hati mau belajar, mau berjaya.

Pesanan abang, dah kaya nanti, jangan lupa bayar zakat, jangan sombong, jangan lupa diri, dan yang paling penting jangan lupa abang. 😘

Sumber: Fb Syukor Majid

Rabu, 4 Ogos 2021

Scam: Suri rumah rugi RM45,000 ditipu pelaburan bitcoin

Suri rumah rugi RM45,000 ditipu pelaburan bitcoin
Mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama David Kaminsky memaklumkan wang pelaburan akan digandakan ratusan ribu jika berminat untuk melabur. -Gambar hiasan

KUANTAN - Hanya kerana keinginan untuk cepat kaya, seorang suri rumah berputih mata selepas semua wang simpanannya berjumlah RM45,000 lesap akibat diperdaya pelaburan bitcoin tidak wujud pada 26 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 56 tahun dikatakan berminat untuk melabur selepas melihat satu iklan dan terus membuat pendaftaran dengan sebuah syarikat bagi tujuan pelaburan.

Menurut beliau, selepas itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama David Kaminsky memaklumkan wang pelaburan akan digandakan ratusan ribu jika berminat untuk melabur.

"Pada 27 Julai, jam 4.32 petang, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM30,000 melalui aplikasi bitcoin.

"Kemudian, pada keesokan harinya, kira-kira jam 3.26 petang, mangsa memasukkan lagi wang sebanyak RM15,000 melalui bitcoin yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pada Isnin lalu, mangsa menerima panggilan dari David Kaminsky minta kemasukan wang RM50,000 bagi tujuan pembayaran cukai keuntungan.

Jelasnya, suspek mendakwa mangsa akan memperoleh keuntungan pelaburan RM480,000 seandainya memasukkan wang seperti diminta.

"Bagaimanapun mangsa tidak mengendahkan permintaan itu kerana wang simpanannya sudah habis dilaburkan selain mula mengesyaki ditipu.

 "Susulan itu, mangsa telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan petang Selasa," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Wazir memaklumkan seorang pelajar berusia 21 tahun turut menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian RM10,960.

Menurut beliau, mangsa berminat untuk melabur selepas diperkenalkan rakannya mengenai perolehan berganda sekiranya melabur.

Katanya, bermula pada 28 Mei hingga Isnin lalu mangsa telah membuat tujuh transaksi wang berjumlah RM10,960 ke dalam akuan syarikat pelaburan.

"Selepas itu, mangsa menghubungi rakannya memaklumkan wang sudah dimasukkan, sebaliknya mangsa diberitahu bahawa akaun terbabit telah disekat pihak bank.

"Mangsa kemudian menghubungi semula rakannya, namun panggilan itu telah disekat. Mangsa berasa tertipu dan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada petang Selasa," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun selain sebatan dan denda.

-SH Online

Selasa, 3 Ogos 2021

Pemuda hasilkan laman web bantu peniaga kecil pasar produk

 Muhd Al Mubarak menunjukkan laman web yang dibangunkannya untuk membantu peniaga kecil yang terkesan dengan Covid-19. Foto Ihsan Muhd Al Mubarak Bahauddin

Muhd Al Mubarak menunjukkan laman web yang dibangunkannya untuk membantu peniaga kecil yang terkesan dengan Covid-19. Foto Ihsan Muhd Al Mubarak Bahauddin

Alor Setar: Menyedari kepayahan dilalui peniaga kecil dalam tempoh pandemik Covid-19 memberi ilham kepada seorang pemuda, Muhd Al Mubarak Bahauddin untuk membangunkan laman web bagi membantu mereka itu.

Muhd Al Mubarak, 24, berkata, dia tidak berseorangan sebaliknya dibantu sembilan rakan pasukan untuk membangunkan laman web yang dikenali sebagai hantarla.com yang boleh mula diakses pada 20 Julai lalu.

Dia mengakui sudah lama bercadang untuk mewujudkan laman web itu tetapi terpaksa ditangguh kerana kekurangan dana dan gembira apabila ia akhirnya dapat direalisasikan.

"Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu, saya lihat ramai peniaga terkesan terutama ketika Ramadan kerana tidak dapat membuka premis dan gerai seperti sebelumnya.

"Tak dinafikan ada yang mempromosikan barangan jualan di Facebook (FB) dan sebagainya namun capaian itu ada agak terhad serta tidak mencapai radius kawasan yang luas.

"Jadi, saya rangka pelan dan wujudkan satu laman web untuk bantuan bagi memberi alternatif kepada peniaga kecil memasarkan seterusnya menjual produk masing-masing," katanya ketika dihubungi Harian Metro

Menurut Muhd Al Mubarak, setakat ini lebih 120 peniaga sudah mendaftar dan memanfaatkan laman web itu dengan majorititinya memasarkan produk makanan.

Katanya, buat masa ini pihaknya memberi tumpuan kepada peniaga di utara terutama di Alor Setar tetapi akan mengembangkannya ke seluruh negara secara berperingkat.

"Tiada syarat ketat ditetapkan kepada peniaga dan mereka juga tidak dikenakan bayaran untuk memasarkan produk di laman web.

"Ia seiring dengan matlamat kita untuk membantu cuma produk dipasarkan hendaklah berkualiti supaya mereka berpeluang mendapat pelanggan tetap.

"Tiada had harga jualan maksimum ditetapkan untuk peniaga dan perancangan akan datang adalah mengajak pengusaha farmasi dan gajet turut sama memasarkan produk di laman web, hantarla.

"Alternatif ini diharap membantu semua peniaga meneruskan jualan walaupun dalam tempoh premis tertentu tidak dapat dibuka berikutan pelaksanaan PKP," katanya

-myMetro

Khamis, 29 Julai 2021

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri berkaitan kenyataan dari istana negara

 

MERUJUK kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini, Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula pada 26 Julai 2021.

Kerajaan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sepertimana yang dizahirkan susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun 2021 yang antara lain menekankan bahawa darurat tidak perlu disambung selepas 1 Ogos 2021 dan perlunya Parlimen bersidang secepat mungkin.

Berdasarkan titah pandangan ini, Kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai 2021. Sebagai persediaan Mesyuarat Khas Parlimen ini, Jemaah Menteri pada 21 Julai 2021 telah mengadakan perbincangan yang teliti dan mengambil ketetapan-ketetapan seperti berikut:

Pertama, Mesyuarat Khas Parlimen diadakan setelah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;

Kedua, Jemaah Menteri tidak akan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuat Proklamasi Darurat baharu setelah darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos 2021; dan

Ketiga, oleh kerana darurat tidak akan disambung, Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.

Susulan ketetapan-ketetapan ini, Pejabat Perdana Menteri pada 22 Julai 2021 telah menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Ordinan ini memperuntukkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dibatalkan berkuatkuasa pada 21 Julai 2021.

Pada 23 Julai 2021, Perdana Menteri telah mengutuskan warkah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri supaya ordinan-ordinan darurat berkenaan dibatalkan dan memohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya.

Pejabat ini mengambil maklum sebagaimana yang dizahirkan di dalam kenyataan media Istana Negara hari ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda Tuanku perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 40 (1) memperuntukkan:
Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

Manakala Perkara 40 (1A) pula memperuntukkan:
Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Susulan itu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 24 Julai 2021, telah menitahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Peguam Negara menghadap untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai nasihat tersebut.

Apabila Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pada 26 Julai 2021, semua Ordinan Darurat telah dibentang (laid) di atas meja Dewan Rakyat selaras dengan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Ahli-Ahli Parlimen pembangkang telah mendesak supaya Dewan Rakyat mengungkaikan ordinan darurat yang telah dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Susulan itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang telah memaklumkan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat bahawa kerajaan, iaitu Jemaah Menteri, telah membuat keputusan untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat berkenaan.

Ini adalah suatu kenyataan fakta yang bertujuan memaklumkan kepada Dewan Rakyat keadaan sebenarnya secara telus.

Pemakluman oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah menimbulkan persoalan mengenai status perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke atas Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021. Oleh itu, Perdana Menteri dan Peguam Negara telah memohon menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Julai 2021 pukul 12.00 tengahari untuk menjelaskan kedudukannya.

Pada sesi menghadap ini, Perdana Menteri telah sekali lagi memberikan nasihat Jemaah Menteri mengenai pembatalan ordinan-ordinan darurat tersebut serta membuat penjelasan atas kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat.
Perdana Menteri juga telah menyembah maklum pandangan Kerajaan bahawa kesemua ordinan darurat tersebut tidak perlu diungkaikan oleh Parlimen memandangkan Jemaah Menteri telah pun menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkannya.

Di samping itu, sidang Parlimen yang berlangsung adalah Mesyuarat Khas yang diadakan di bawah Peraturan Mesyuarat 11 (3) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang agendanya adalah penerangan menteri dan tiada sebarang usul untuk mengungkai ordinan darurat.
Oleh sebab itu, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan ordinan darurat sebelum Mesyuarat Khas Parlimen bermula.

Kerajaan berpandangan semua tindakan yang diambil ini adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri menekankan bahawa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau, adalah penting untuk beliau bertindak mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan. Justeru, beliau menasihatkan rakyat supaya sentiasa bertenang dan insyaAllah isu ini akan dapat diselesaikan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
29 JULAI 2021 – HARAKAHDAILY 29/7/2021

CASHZINE ~ Aplikasi Buat Duit Percuma Yang Legit Tanpa Modal

 Aplikasi Buat Duit Percuma

CASHZINE


"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki" 

 Buat duit PERCUMA melalui aplikasi CashZine... 

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: 
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine)


Cara mudah buat duit dengan handphone anda. Sehari boleh jana pendapatan pasif sehingga RM1000 tanpa modal dengan aplikasi duit free dengan Cashzine app;-)

 BERITA BAIK: Untuk pengguna smartphone. Tahukah anda? Sebenarnya anda boleh jana duit percuma hanya melalui handphone anda dengan menggunakan satu aplikasi buat duit PERCUMA yang sedang hangat diperkatakan kini.

 Entri kali ini saya nak share kepada anda, satu trick cara mudah dan percuma buat duit dengan aplikasi Cashzine.

Aplikasi buat duit percuma tanpa modal kini hangat di Malaysia. Sehari boleh jana pendapatan pasif sehingga RM1000!

 Pastinya ini peluang terbaik untuk sesiapa sahaja yang berminat nak jana duit online tanpa modal. 

Buat duit dengan aplikasi telefon bimbit tanpa modal. Pastinya ini peluang terbaik kepada sesiapa sahaja yang nak cari side income melalui aplikasi handphone.


Ramai orang di Malaysia telah menjana ribuan Ringgit Malaysia melalui aplikasi handphone ini.

Dapat duit percuma sekarang melalui handphone anda!

 Ini beberapa bukti pendapatan pengguna di aplikasi ini. Anda lihat sendiri berapa pendapatam mereka dalam sehari menggunakan aplikasi.


Cashzine aplikasi buat duit percuma online. 

Sehari boleh jana income sehingga RM400😱 melalui aplikasi Cashzine.
Mungkin anda boleh jana lebih daripada itu?

So, jika anda masih tak percaya, apa kata anda download aplikasi ini dahulu.

Dalam aplikasi ini, anda boleh lihat sendiri berapa income harian pengguna aplikasi.

Tekan butang Rewards, pilih Kedudukan dan anda dapat lihat lihat income harian pengguna aplikasi ini.


 Apa itu Aplikasi Cashzine?

 Tak kenal maka tak cinta.

 Aplikasi Cashzine atau dahulunya dikenali sebagai aplikasi ReadWard merupakan sebuah aplikasi telefon pintar PERCUMA yang membolehkan anda menjana side income online hanya membaca atau berkongsi artikle yang terdapat pada aplikasi Cashzine.

Jana duit online tanpa modal.

 CashZine app yang berasal dari negara China, kini sangat popular dalam kalangan orang di Malaysia untuk jana side income online.

95% pengguna aplikasi ini adalah dari kalangan warganegara Malaysia.

Aplikasi Buat Duit Percuma 

 Aplikasi Cashzine memberi anda ganjaran dalam wang tunai Ringgit Malaysia bagi setiap artikel yang anda baca atau kongsi ke laman sosial Facebook, Whatsapp, Twitter, Messenger dan lain-lain.

Nak tahu cara buat duit melalui Cashzine app? 

Terus membaca...

 Bagi setiap artikel yang anda baca atau kongsi pada aplikasi ini ke laman sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan sebagainya, anda diberi ganjaran dalam bentuk digital Coins.

 Coins ini boleh anda redeem atau tukarkan ke wang tunai Ringgit Malaysia.

Pembayaran adalah secara direct ke akaun bank anda di Malaysia, dengan syarat anda mempunyai Coins yang mencukupi.

 So, berikut merupakan tukaran Coins ke Ringgit Malaysia di aplikasi Cashzine. 

 RM 1 = 10,000 Coins 
RM 30 = 300,000 Coins 
RM 50 = 500,000 Coins 
RM 100 = 1,000,000 Coins 
RM 500 = 5,000,000 Coins 

 Minimum pengeluaran duit di aplikasi Cashzine adalah serendah RM1.00 (10,000 Coins) dibayar terus ke akaun bank anda di Malaysia.

Biasanya pengeluaran ke akaun bank anda akan memakan masa 1-5 hari waktu bekerja.




Apa yang perlu anda buat untuk dapatkan duit melalui aplikasi Cashzine?

 Tentu itu persoalan anda bukan?

Sebenarnya sangat mudah, semudah ABC dan 123, semua orang pun boleh lakukan ini, yang penting ada usaha, siapa yang berusaha dia yang dapat hasil. Tiada orang yang berjaya tanpa usaha...

 So TUGASAN ANDA, Hanya baca atau kongsi artikel berita di aplikasi CashZine ke laman sosial Facebook, Whatsapp, WeChat, Twitter dan lain-lain anda diberi ganjaran duit Ringgit Malaysia!

Download Aplikasi Cashzine sekarang secara percuma


Jika anda belum memiliki aplikasi ini, anda boleh download aplikasi ini secara percuma dan anda boleh masukkan invitation code ⇨1683361 untuk dapatkan bonus 8000 Coins (RM0.80) khas untuk anda. 

 Pastinya ini peluang terbaik untuk sesiapa sahaja yang nak jana side income melalui aplikasi handphone. 

Cashzine sudah terbukti salah satu tempat buat duit melalui aplikasi smartphone, hanya kongsi artikel berita di Whatsapp dan terima ganjaran dalam wang tunai Ringgit Malaysia. 

Dapat duit percuma hanya baca atau kongsi artikle di aplikasi CashZine

 Bagaimana Cara Jana RM1-RM100 Melalui Cashzine? 

 LANGKAH PERTAMA: Jika anda belum memiliki aplikasi ini, anda boleh download aplikasi ini secara PERCUMA.



Klik sini untuk dapatkan aplikasi Cashzine.

 SETERUSNYA, selesai download dan install pada smartphone anda, buka aplikasi Cashzine anda dan tekan butang ME dan pilih Enter invitation code, seperti yang dapat anda lihat pada gambar dibawah.


Masukkan Invitation Code 1683361 untuk tebus 8000 Coins (RM0.80) PERCUMA!

 Cara Dapatkan Duit Percuma Melalui Aplikasi Cashzine. 

 TEKAN butang offers pada aplikasi Cashzine anda dan pilih artikel berita yang anda ingin baca atau kongsi. (lihat gambar dibawah)


Bagi setiap artikel yang anda baca akan dibayar sebanyak RM0.005 (50 Coins).

 Manakala, bagi setiap artikel yang anda kongsi akan dibayar RM0.02 - RM0.05 (200 - 500 Coins)

RM 1 = 10,000 Coins 
RM 30 = 300,000 Coins 
RM 50 = 500,000 Coins 
RM 100 = 1,000,000 Coins 
RM500 = 5,000,000 Coins 

 Untuk dapatkan RM100 sehari melalui aplikasi ini adalah tidak mustahil, ramai orang telah berjaya menjana lebih RM100 sehari melalui aplikasi ini.

 Trik Mudah Mendapakan RM100 Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. 

 Create Whatsapp group khas untuk Cashzine sahaja, dalam group whatsapp ini anda boleh kongsi sebanyak mungkin artikel dari aplikasi Cashzine untuk dapatkan duit dari aplikasi ini.

 Jika ada ramai ahli dalam group Whatsapp tersebut, tidak mustahil anda boleh jana RM100 sehari. 

Mari kita buat perkiraan Matematik, contohnya dalam group whatsapp terdapat 50 orang ahli.

Katakan anda kongsi 1 artikel bernilai 500 Coins (RM0.05).

Setiap ahli membaca artikel yang anda kongsi, anda sudah dapat RM0.05 x 50 = RM2.50/per artikel.

 Untuk dapatkan RM100 sehari, anda perlu buat perkongsian 40 artikle bernilai 500 Coins ke group whatsapp anda. (RM2.50 x 40 = RM100).

 Semakin banyak ahli dalam group whatsapp anda, semakin tinggi pendapatan yang anda dapat. 

Selain itu, jika anda ada ramai kawan di Facebook anda juga boleh kongsikan artikle di Cashzine kepada rakan-rakan anda untuk dapatkan lebih banyak duit. Ini bukti beberapa pengguna aplikasi ini yang menjana lebih RM100 melalui aplikasi Cashzine.


Aplikasi Cashzine merupakan cara paling mudah nak buat duit melalui aplikasi handphone.

 Pastinya ini peluang terbaik kepada sesiapa sahaja yang nak cari duit side income melalui internet. 

Jadikan handphone anda sebagai mesin ATM online anda dengan aplikasi Cashzine

Dalam sehari boleh jana RM100 dengan aplikasi ini, lagi bukti pendapatan di Cashzine, antara beberapa orang di Malaysia yang berjaya menjana sekitar RM100 dan keatas hanya dengan menggunakan aplikasi handphone Cashzine.


Bukti pendapatan melalui aplikasi Cashzine. Sehari boleh jana lebih RM100! Anda mungkin boleh menjana lebih daripada itu. Hanya baca atau kongsi berita di Cashzine anda dibayar Ringgit Malaysia!


Pendapatan lumayan, lagi bukti pendapatan di Cashzine.

Aplikasi buat duit online percuma yang terbukti membayar. Peluang kepada sesiapa sahaja yang nak jana side income dengan Aplikasi Cashzine.

 Download aplikasi >Klik sini

 Cashzine Review/Testimoni Malaysia  - Cara Mudah & Senang Buat Duit Dengan Aplikasi Handphone Tanpa Modal


Cashzine Testimoni  - Malaysia Review:

Bagaimana Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine. Aplikasi Buat Duit Percuma Yang Terbukti Membayar.. Apa kata mereka.. Testimoni Cashzine


Jana pendapatan pasif dengan aplikasi Cashzine app... masa tidur pun duit boleh masuk acc bank..

Bagaimana cara buat duit dengan aplikasi Cashzine app?

 Hanya kongsi artikle berita di media sosial boleh dapat duit percuma..

Dalam sehari anda boleh jana sekitar sehingga rm100 sehari yang penting rajin dan berusaha..

Jom jana duit dengan aplikasi Cashzine App..

 CashZine testimoni 2019 Siapa kata Readward APP ini tak boleh buat duit..

Cara mudah buat duit dengan aplikasi smartphone..

 Lagi bukti pendapatan harian dengan menggunakan aplikasi CashZine App


Download dan install Cashzine ke smartphone anda dan anda sudah boleh mula jana duit melalui aplikasi smartphone ini.

Guna handphone je boleh jana duit online.

Peluang jana pendapatan pasif online...

 Aplikasi CashZine boleh membantu anda menjana extra pendapatan online,

Percuma je, tak perlu bayar apa-apa, atau modal untuk mula.

Hanya buat perkongsian artikle berita di laman sosial anda seperti Facebook, WeChat dan sebagainya, setiap kali orang klik dan baca artikle yang anda kongsi, anda terima ganjaran sebanyak 50 Coins.

Minimum pengeluaran hanya RM1 atau 1000 Coins ke akaun bank anda.

 FREE download CashZine App>Klik sini

 Bagaimana aplikasi ini berfungsi?

 Hanya buat perkongsian berita-berita hangat ini di CashZine ke laman sosial anda dan terima bayaran wang tunai Ringgit Malaysia ke akaun bank anda.

Sangat mudah dan senang, hanya kongsi artikel berita sahaja pun boleh dapat duit, yang menariknya ia adalah PERCUMA dan tanpa modal...


Download dan install aplikasi ini ke smartphone anda.

Masukkan invitation code 1683361 dan dapatkan bonus 8,000 Coins.

 Sangat mudah dan senang buat duit dengan aplikasi CashZine Readward APP Aplikasi CashZine

Readward APP memberi ganjaran dalam wang tunai Ringgit Malaysia kepada sesiapa sahaja yang membaca atau membuat perkongsian artikel-artikel di Cashzine ke laman sosial seperti di laman Facebook, WeChat, WhatApps dan lain-lain.

 Semakin banyak artikel berita yang anda baca atau kongsi kepada rakan-rakan anda, semakin tinggi pendapatan yang anda dapat.


Cara dapat duit percuma melalui aplikasi Cashzine.

Klik pada butang "Offers" dan pilih artikel yang anda suka, baca atau kongsi untuk dapatkan Coins. 

Untuk menjana lebih banyak lagi pendapatan, anda boleh kongsi berita-berita ini kepada rakan-rakan anda atau ahli keluarga anda menerusi Cashzine ke akaun sosial anda seperti di laman Facebook, Twiter, WeChat, WhatApps dan sebagainya..


Tekan butang "Share" dan kongsikan artikel yang anda suka kepada rakan-rakan atau keluarga anda melalui Whatsapp, Facebok dan lain-lain.

Setiap artikel yang anda kongsi bernilai (RM0.03 - RM0.05)

 RM 1 = 10,000 Coins 
RM 30 = 300,000 Coins 
RM 50 = 500,000 Coins 
RM 100 = 1,000,000 Coins 
RM 500 = 5,000,000 Coins 

 Setiap artikel berita yang anda kongsi kongsi bernilai RM 0.05 atau 500 coins, katakan setiap hari anda kongsi satu artikle berita kepada rakan-rakan anda dan dibaca sebanyak 200 kali.

Dalam sehari anda boleh menjana sebanyak (RM0.05 x 200 = RM10), jika anda konsisten buat perkara ini selama 30 hari anda sudah menjana extra duit poket dari internet sebanyak RM 300 sebulan..

 Minimum pengeluaran hanya RM1.00, bayaran terus ke akaun bank anda!

 Anda boleh melakukan pengeluaran duit ke bank anda setelah anda mempunyai sekurang-kurangnya RM1 atau 10,000 Coins pada aplikasi CashZine anda.


Minimum pengeluaran Cashzine adalah RM1.00 ( 10,000 Coins) bagi pembayaran yang pertama.

Untuk pembayaran seterusnya minimum pengeluaran adalah sebanyak RM30 (300,000 Coins)

Buat duit dengan aplikasi CashZine Readward APP pastinya ini merupakan peluang terbaik kepada sesiapa sahaja yang nak cari side income di internet.

 Jana side income melalui handphone anda.

Hanya bermodalkan smartphone dan line internet sahaja anda sudah boleh buat duit online..

 Berminat nak buat duit melalui CashZine?

 Download FREE aplikasi CashZine ReadWard APP >Klik Sini.

Guna invitation code 1683361 untuk dapatkan bonus 8,000 Coins (RM0.80)

 Semoga ada kejayaan hadir bersama anda yang sentiasa positif. :-)