"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Vaksinasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vaksinasi. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Ogos 2021

Vaksinasi lengkap bantu 5 negeri kurangkan kemasukan kategori 3 hingga 5 ke hospital

DR Noor Hisham, gambar fail. FOTO Bernama
DR Noor Hisham, gambar fail. FOTO Bernama

Putrajaya: Suntikan dos lengkap vaksin Covid-19 yang meningkat dalam kalangan populasi dewasa di lima negeri berjaya membantu menurunkan kes kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima ke hospital di negeri terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, suntikan dos lengkap itu juga mengurangkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi ketiga-tiga kategori di semua negeri terbabit iaitu Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kita mendapati apabila liputan dos lengkap vaksin Covid-19 dalam kalangan populasi dewasa berusia 18 tahun ke atas di Labuan mencapai 63.4 peratus, Sarawak (55.7 peratus), Negeri Sembilan (40.1 peratus), Kuala Lumpur (78.3 peratus) dan Putrajaya (69.3 peratus), terdapat penurunan bagi kemasukan kes kategori tiga hingga lima ke hospital dan ICU.

 "Negeri lain pula belum menunjukkan trend penurunan kerana peratusan liputan dos lengkap masih kurang," katanya pada sidang media mengenai perkembangan semasa Covid-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata, trend penurunan itu turut dapat dilihat di Hospital Sungai Buloh selepas kerajaan melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang untuk mempercepat vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa.

"Selepas pelaksanaan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang, kita dapati pada minggu ke-30, kes kemasukan kategori empat dan lima ke hospital semakin menurun dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

"Selain itu, kita lihat kes kemasukan individu berusia antara 40 hingga 59 tahun dan 20 hingga 39 tahun juga ada penurunan. Ini menunjukkan kesan vaksinasi berjaya menurunkan kes ke hospital dan penggunaan katil-katil di ICU," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, simptom keparahan dialami mereka yang dijangkiti juga rendah apabila hanya tiga kes daripada petugas kesihatan yang dijangkiti virus itu berada dalam kategori lima iaitu dua daripadanya meninggal dunia manakala seorang lagi masih dirawat di ICU serta diberi bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan bahawa daripada sejumlah 21,468 jangkitan baharu Covid-19 yang dilapor hari ini, hanya 2,703 kes atau 12.6 peratus telah lengkap divaksinasi.

Katanya, kes aktif pula ialah 241,187 manakala seramai 1,075 pesakit kini dirawat di ICU dengan 537 orang memerlukan bantuan pernafasan. Kes sembuh yang dilaporkan hari ini ialah 17,025.

Sejumlah 277 kematian dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kematian negara kini 11,968 orang, katanya sambil menambah terdapat 41 kluster baharu direkodkan, menjadikan kluster aktif kini berjumlah 1,293.

Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (RT) di Malaysia kini 1.05 dengan Perlis mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu 1.33 diikuti Sabah dan Kelantan (masing-masing 1.20) serta Sarawak dan Pulau Pinang (1.17).

-myMetro

Jumaat, 13 Ogos 2021

Covid19: Jururawat suntik 9,000 orang dengan air garam

 

Orang ramai menunggu giliran suntikan vaksinasi mereka di pusat vaksinasi daerah di Ludwigsburg, Jerman selatan, pada 3 Ogos lalu. - AFP

MUNICH, Jerman – Seorang jururawat yang merupakan individu antivaksin mengaku  menyuntik hampir 9,000 warga emas dengan picagari berisi air garam dan bukan vaksin Covid-19, lapor akhbar The Sun semalam.

Kejadian itu berlaku di Pusat Vaksinasi di Friesland, awal Mac lalu. Ketika itu, suspek bertugas di bawah Persatuan Palang Merah.

Pihak berkuasa mula membuat panggilan kepada penduduk setempat supaya mereka mendapatkan suntikan vaksin sekali lagi jika tidak yakin dengan dos yang diterima dalam tempoh masa insiden berlaku.

Anggota majlis perbandaran tempatan, Sven Ambrosy meluahkan rasa terkejut dengan kejadian tersebut.

“Hari ini saya menjalankan satu tanggungjawab berat apabila terpaksa memaklumkan 8,600 penduduk bahawa suntikan yang mereka terima adalah air garam semata-mata dan bukan vaksin Covid-19.

“Bagi memastikan ketenangan jiwa semua orang, pihak perbandaran mengesyorkan agar mereka yang menerima suntikan vaksin pada awal Mac lalu untuk mendapatkan suntikan semula,” katanya menerusi Facebook.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, jururawat berkenaan dipercayai berupaya menukar kandungan vaksin di dalam botol kerana dia bertanggungjawab untuk proses penyediaan vaksin dan jarum sepanjang bertugas di pusat vaksinasi itu.

Penyiasat polis, Peter Beer  memberitahu bahawa sehingga kini, pihaknya belum mendapat motif jelas atas tindakan suspek,  namun dia dilaporkan pernah menyuarakan pandangan skeptikal berkenaan vaksin di media sosial.

“Suspek memilih menggunakan haknya untuk berdiam diri maka kami tidak pasti apa dan berapa ramai mangsa yang terkesan akibat tindakannya itu.

“Namun, kami mendapat kejadian berlaku dalam tempoh tujuh minggu bermula Mac jadi ia memberi gambaran kasar sebahagian besar penduduk yang terlibat,” kata polis. – Agensi

Isnin, 9 Ogos 2021

Vaksinasi Covid19 Lengkap: Belum boleh balik kampung

 

INDIVIDU yang sudah lengkap dua dos vaksin perlu menunjukkan sijil digital kepada pasukan keselamatan di sekatan jalan raya.

PUTRAJAYA – Kebenaran merentas daerah dan negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh antara kemudahan yang diberikan kerajaan kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksinasi Covid-19 berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pergerakan merentas daerah dan negeri juga dibenarkan bagi golongan ibu bapa yang lengkap divaksin untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.

Beliau berkata, selain kemudahan perjalanan, kemudahan kuarantin juga diberikan kepada individu yang lengkap divaksin dengan membolehkan mereka menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital.

Menurutnya, kemudahan­ kua­rantin itu melibatkan pengembara warganegara dan warga ­asing yang mempunyai kediaman di negara ini termasuk penduduk tetap dan pemegang pas Malaysia MY Second Home yang pulang atau tiba dari luar negara.

“Kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu lengkap divaksin ini terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya ketika menyampaikan perutusan khas kemudahan-kemudahan bagi individu lengkap divaksin di siaran televisyen tempatan semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan turut membenarkan aktiviti solat di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara membabitkan keempat-empat Fasa PPN.

“Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat dengan menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 sebagai bukti bahawa individu berkenaan telah menerima imunisasi lengkap,” katanya.

INDIVIDU yang lengkap dua dos suntikan vaksin di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 PPN dibenarkan untuk makan di restoran. – GAMBAR HIASAN

Berhubung kebenaran sektor sosial bagi negeri Fasa 2 PPN, ujarnya, rakyat di negeri tersebut dibenarkan melakukan perjalanan rentas daerah dan menjalani aktiviti makan di restoran.

Sebagai rekod, negeri dalam Fasa 2 ketika ini ialah Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah, manakala Sarawak, Perlis dan Labuan di Fasa 3.

Selain itu, aktiviti riadah dan sukan tanpa sentuhan dan bukan berkumpulan juga dibenarkan di negeri Fasa 2 dari 6 pagi hingga 10 malam dengan pematuhan prosedur operasi standard ketat.

“Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di club house dibenar kan selaras dengan kebenaran dine-in, manakala operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis terbabit adalah dilarang.

“Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, papan selaju, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis dan badminton (perseorangan), golf serta permotoran,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama turut dibenarkan melibatkan inap desa dan hotel.

“Kemudahan-kemudahan sektor ekonomi sedang dibincang dan dipertimbangkan di pe­ringkat Sidang Khas Majlis Kese­lamatan Negara dan akan di­umumkan dalam waktu terdekat,” katanya. -K! ONLINE