"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Tular. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tular. Papar semua catatan

Khamis, 25 November 2021

Sotong goreng mahal: Pelanggan sudah mohon maaf

 LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Georgetown: Pengusaha restoran nasi kandar di Lebuh Campbell di sini, sudah menerima permohonan maaf daripada pelanggan yang membeli dua sotong goreng berharga RM100 di restoran berkenaan.

Permohonan maaf itu dihantar pelanggan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini, selepas kejadian itu tular di media sosial.

Pengarah restoran, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30, berkata, pelanggan wanita itu mendakwa hanya memuat naik gambar resit dan sotong goreng berkenaan di Instagram Story, semalam, tanpa sebarang keterangan.

Namun, pelanggan terbabit mendakwa terdapat individu yang tidak bertanggung jawab membuat salinan skrin sebelum menularkannya dengan menulis keterangan tidak benar.

"Pelanggan itu memaklumkan gambar berkenaan turut dikongsi menerusi Facebook individu itu dan di tag kepada kira-kira 70 kenalannya sebelum tular.

"Pelanggan itu menghantar pesanan kepada saya bagi beri penjelasan sebenar selain mengaku tahu akan harga hidangan sotong goreng berkenaan.

"Selain itu, pelanggan berkenaan turut meminta saya supaya memuat naik perbualan berkenaan supaya orang ramai mendapat penjelasan sebenar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Riyaaz, berikutan itu pihaknya menerima permohonan maaf daripada pelanggan berkenaan kerana dia tidak berniat bagi menjatuhkan reputasi restorannya.

"Namun, kami sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap individu yang bertindak membuat salinan skrin serta menulis keterangan yang boleh menjejaskan nama restoran ini," katanya.

-myMetro

Rabu, 24 November 2021

KPDNHEP periksa restoran nasi kandar jual sotong RM100

 

Tular dakwaan dua ekor sotong goreng dijual dengan harga RM100.

GEORGE TOWN – Pengusaha Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell di sini dikehendaki memberikan maklum balas dalam tempoh dua hari kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Timur Laut susulan tular dua ekor sotong goreng dijual dengan harga RM100.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab Ghapar berkata, tiga Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP pejabat Cawangan Timur Laut telah menjalankan pemeriksaan di restoran nasi kandar itu hari ini.

Katanya, pihaknya telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 kepada pengusaha restoran bagi mendapatkan maklumat serta harga kos dan jualan bagi sotong goreng.

Pegawai KPDNHEP Pulau Pinang memeriksa restoran nasi kandar tersebut di Lebuh Campbell, hari ini.

“Pengusaha dikehendaki memberikan maklum balas notis dalam tempoh dua hari bekerja atau sehingga 26 November ini kepada pejabat Cawangan Timur Laut.

“Sekiranya gagal mengemukakan maklum balas yang diminta, pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ridzuan berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, pegawai penguat kuasa telah mengambil rakaman percakapan peniaga mengenai isu yang telah tular bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, tular di media sosial selepas seorang individu memuat naik gambar nasi beriani berlaukkan sotong dan sekeping resit yang memaparkan harga bagu dua ekor sotong goreng di sebuah restoran di sini adalah RM100. – K! ONLINE


Ahad, 21 November 2021

Peniaga ikan siakap kayangan Langkawi tular gagal lengkap dokumen,bakal didakwa -KPDNHEP

 

Pemilik restoran tular di Langkawi memegang ikan siakap seberat lebih 7 kilogram baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Peniaga di Langkawi, Kedah yang tular awal bulan ini kerana menjual hida­ngan ikan siakap lebih RM1,000 bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit telah gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh ditetapkan.

Beliau berkata, peniaga terbabit telah memberi kerjasama baik kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

“Sebelum ini tempoh penghantaran dokumen terperinci terbabit telah dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan tersebut.

“Begitupun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu. Kertas siasatan telah dibuka dan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di Taman Pengeluaran Makanan Peradong, Manir di sini hari ini.

Kosmo! 4 November lalu melaporkan sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) di salah sebuah restoran dekat Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Rosol berkata, tindakan terbabit dikenakan ekoran kegagalan peniaga itu menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.

Jelasnya, peniaga itu akan didakwa Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau kompaun RM25,000 jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Khamis, 18 November 2021

Video Tular: Wawa mengaku tidak bersalah mahu ‘telanjang, rungkup’ polis

 

Nur Jawaheer Ismail atau dikenali sebagai Wawa (dua kanan) diiring keluar dari Mahkamah Majistret di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang tular ketika memarahi polis semasa ditahan di sekatan jalan raya pada Jun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

Tertuduh, Nur Jawaheer Ismail atau dikenali sebagai Wawa, 34, membuat pengakuan tidak bersalah itu dihadapan Majistret, Stephanie Sherron Abbie.

Wawa didakwa atas kesalahan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis iaitu Koperal Maslin Samih dalam sekatan jalan raya di Jalan Kepayan, kira-kira 5.30 petang pada 1 Jun lalu.

Tertuduh didakwa menyebut perkataan ‘Nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau’ dan perkara ini didengari oleh Inspektor Hamzah Ismail dan Rosmini.

Mengikut pertuduhan itu, Wawa didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan mengambil kira kes tersebut tular dalam media sosial.

Tertuduh yang diwakili peguam Luke Ressa Balang memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya yang merupakan seorang ahli perniagaan memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan kes tersebut.

Luke memaklumkan bayaran ikat jamin RM10,000 terlalu tinggi dan memohon agar bayaran ikat jamin dikurangkan kepada RM2,000.

Selepas mengambil kira penjelasan kedua-dua pihak, Majistret membenarkan Wawa diikat jamin dengan bayaran RM2,000 dengan dua penjamin tempatan. Mahkamah menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dk Afiqah Alya dan Adibah Saiful.

Rakaman video Wawa mengherdik polis di sekatan jalan raya tular dalam media sosial pada Jun lalu menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Susulan itu, wanita berkenaan ditahan pada 17 Jun dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes tersebut. -UTUSAN ONLINE

Isnin, 15 November 2021

Ramai bingung lihat burung ‘tergantung tidak bertali’

 

Tangkap layar video tular memaparkan seekor burung kelihatan seolah-olah tergantung tidak bertali sehingga membingungkan netizen.

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya berhampiran stesen Transit Aliran Massa (MRT) Damansara di sini terpegun dan bingung apabila melihat seekor burung yang seolah-olah tidak bernyawa terapung di awangan tanpa sebarang tali.

Menerusi satu video yang tular di laman Facebook hari ini, kelihatan burung tersebut yang agak besar seperti terperangkap dan tergantung di awangan namun tidak kelihatan sebarang tali yang memungkinkan kejadian itu terjadi.


Video tular berdurasi 37 saat itu turut memaparkan dua orang anggota bomba berdiri di atas jentera bomba dengan memegang sebatang kayu panjang cuba untuk menyelamatkan haiwan berkenaan sambil dikerumuni oleh orang ramai sehingga mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Kejadian tersebut bagaimanapun bukan satu fenomena mistik apabila pihak Bomba Selangor hari ini mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan bahawa burung tersebut sebenarnya tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang.

“Kejadian berlaku pada 12 November lalu dan pihak bomba telah dimaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 6.28 petang sebelum sepasukan anggota juga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikejarkan ke lokasi.

“Dalam kejadian tersebut, seekor burung helang telah tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang namun tidak lama kemudian haiwan berkenaan telah berjaya melepaskan diri dan terbang pergi,” kata kenyataan itu.

Penularan video itu bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook yang rata-ratanya berteka-teki bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.

“Sudah terbukti yang kita sebenarnya hidup dalam dunia Matrix,” kata Jef Pang.

“Adakah ini cubaan makhluk asing untuk ‘memancing’ penduduk bumi? soal Xiang W Ei.

“Ini mesti disebabkan oleh frekuensi 5G,” sindir Muzill Mazelan. – K! ONLINE

Selasa, 9 November 2021

Selepas tular siakap RM1,196, apa yg berlaku di restoran buat Pemilik kedai bersyukur


 LANGKAWI: Walaupun dikecam hebat kerana menjual hidangan siakap sehingga mencecah ribuan ringgit, Restoran Terapung Sas Rimba di Taman Geoforest Karst Kilim, di sini masih menerima pengunjung seperti biasa. Pemiliknya, Norasyikin Musa berkata, setakat ini, jumlah pengunjung ke restorannya tidak berubah walaupun telah ditularkan. “Perniagaan masih berjalan seperti biasa dan setakat ini, tiada apa yang berubah.

Restoran Terapung Sas Rimba, Kilim Geoforest Park, di sini yang tular selepas menu ikan siakap yang didakwa berharga ‘kayangan’, masih beroperasi seperti biasa dan dikunjungi pelanggan.

Tinjauan hari ini mendapati pengunjung yang melakukan aktiviti jelajah hutan paya bakau di kawasan berhampiran memilih untuk singgah dan menjamu selera di restoran terapung itu.

Untuk ke restoran itu, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Kilim dengan masa perjalanan 10 minit.

Pemilik restoran Norasyikin Musa berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak terjejas selepas insiden tular terbabit, bahkan bisnes itu dan ikan sangkar adalah sumber rezeki keluarganya dan pekerja restoran sejak lapan tahun lalu.


SEBAHAGIAN pengunjung melihat sebahagian ikan siakap yang diternak dalam sangkar di Restoran Terapung Sas Rimba di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi, semalam. – UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan percaya rezeki Allah SWT. Saya nak ucap terima kasih pada orang yang tular pun (sukar juga) sebab saya terkilan dengan sikap dia.

“Saya menghormati semua pelanggan, sebab itu saya berulang kali tanya ketika menerima pesanan kerana tidak mahu pelanggan kecewa selepas makan di sini,” katanya ketika ditemui di restorannya.

Norasyikin mengakui sebagai manusia dia tidak sempurna, namun menghargai sokongan berterusan orang ramai terhadap perniagaannya walaupun teruk dikecam di media sosial.

Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mengetahui isu siakap mahal di restoran itu tetapi ia bukanlah isu kepada mereka.

Nadirah Mohd Radoan, 31, dari Seri Kembangan, Selangor berkata, menjadi kebiasaannya untuk melihat menu dan harga makanan serta minuman sebelum membuat pesanan.

“Pemandu bot memberitahu saya mengenai isu tular babitkan restoran itu tapi bagi saya, kita sebagai pelanggan boleh memesan makanan yang kita tahu tahap kemampuan kita,” katanya yang hanya memesan minuman sementara berehat selepas mengikuti pakej lawatan paya bakau.

Seorang lagi pengunjung dari Batu Gajah, Perak, Norhafidza Idayu Azman, 29 berkata, dia hanya menyedari bahawa restoran yang dikunjunginya itu adalah restoran yang tular semasa memesan makanan.

“Ada harga diletakkan bagi setiap jenis makanan di dalam menu yang disediakan, jadi saya memesan makanan mengikut kemampuan saya.

“Harga makanan laut adalah bagi setiap 100 gram (g). Kalau tidak berhati-hati mungkin ada pelanggan menganggap harga tersebut adalah bagi satu kilogram (kg) dan akan terkejut semasa membayar,” katanya yang hadir bersama keluarganya.

Diberi Masa Lima Hari

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan notis kepada peniaga restoran terapung di sini untuk mendapatkan penjelasan mengenai hidangan seekor ikan siakap yang dijual pada harga RM 1,196 baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd. Shahran Mohd. Arshad berkata, notis tersebut dikeluarkan mengikut S.eksyen 21 A.kta Kawalan Harga A.nti Penc.atutan 2011 selepas isu tersebut tular dalam media sosial.

Menurutnya, notis tersebut juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan item tertentu serta perniagaan dijalankan perlu dijawab dalam tempoh lima hari.

Katanya, sekiranya gagal memberi kerjasama dalam tempoh ditetapkan, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan t.indakan.

“Apabila kita keluarkan notis tersebut, itu tidak bermakna pengusaha restoran berkenaan sudah dianggap bers.alah.

“Sebaliknya, maklumat yang kita minta ini akan digunakan untuk membuat analisa mengenai kos bagi setiap item yang diminta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, beliau menambah, pemilik restoran tersebut juga diminta memberi penjelasan mengenai kos ikan serta beberapa makanan lain dan jus tembikai.

Katanya, mereka turut diminta menyatakan kos dari segi utiliti, pembayaran gaji pekerja dan sebagainya. Jelasnya, setiap penjelasan berhubung perkara itu turut perlu disertakan dengan dokumen sokongan.

“Kita beri tempoh lima hari untuk pengusaha restoran terbabit menjawab beberapa perkara yang dikemukakan dalam notis terbabit. Apabila mereka sudah serahkan jawapan nanti, kami akan nilai satu demi satu setiap kos yang dinyatakan itu dan membuat analisa sama ada memang berlaku kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahran, setakat ini, hanya satu laporan rasmi diterima pihaknya berhubung perkara itu.

“KPDNHEP sekarang ini sedang giat melaksanakan Ops Menu bagi memastikan kalangan peniaga benar-benar mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Pada Khamis lalu, tular di media sosial mengenai d.akwaan seorang lelaki yang terpaksa membayar bil makanan tengah hari untuk tujuh individu berjumlah keseluruhan RM 1,852.

Menerusi bil yang dipaparkan lelaki tersebut di laman Facebooknya, harga seekor siakap seberat 7.4 kilogram yang menjadi hidangan ahli keluarganya sebanyak RM 1,196.

Kredit : Kosmo

Sumber:trendingsangat.pw

Isnin, 8 November 2021

Isu Siakap: Selepas tugu,tudung siakap pula tular

 

Lukisan tudung siakap tular di laman media sosial apabila ramai pengguna sosial membandingkannya dengan tudung bawal.

PETALING JAYA- Kontroversi hidangan ikan siakap bernilai RM1,196 di salah sebuah restoran di Langkawi baru-baru ini dilihat membuka ruang kepada pengguna media sosial untuk berkarya dengan menjadikan hidupan laut itu sebagai subjek utama.

Terbaru, ikan siakap itu atau digelar sebagai ‘ikan kayangan’ dijadikan bahan jenaka apabila hidupan laut itu dilukis menjadi sehelai tudung yang digelar ‘tudung siakap’ oleh pengguna media sosial.

Difahamkan, lukisan diberi nama ‘Tudung Siakap’ itu dilukis oleh seorang individu bernama Budijemari.

Jenaka itu menjadi tular khususnya di laman Facebook apabila rata-rata pengguna membandingkannya dengan ‘tudung bawal’ berikutan kedua-duanya mempunyai nama yang diinspirasikan daripada hidupan laut.

“Mahal (tudung siakap), tidak mampu beli, kita pakai tudang bawal saja, itu pun tudung Tesco sahaja,” kata @Umi Azim.

“Jaga-jaga, nanti pereka fesyen ambil idea, jual beribu-ribu pula,” seloroh @Nadia Surani.

“Sopan tudungnya, labuh menutupi dada, padan dengan harga,” jelas @Nor Hasliza.

“Alahai, okay saja tudung siakap ini, ala-ala labuh begitu, tetapi saya tidak suka, bawal saja la, takut harga tudung siakap lagi mahal daripada emas,” tulis @Senia Cik Bunga. -K! ONLINE

Ahad, 7 November 2021

“Peniaga tak saIah,yang saIah pelanggan”.Konsep dia mudah je. Mari baca pandangan dari Ust Izhar Ariff

 


Jika harga dinyatakan awal, peniaga tak salah

Kuala Lumpur: Tidak timbul isu harga mahal atau tidak kerana lazimnya, matlamat jual beli tercapai jika kedua-dua pihak meredai (al-taradi) harga yang sudah dipersetujui lebih awal.

Pensyarah Fiqh Makanan Semasa, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian IsIam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, apa yang menjadi kesaIahan dalam IsIam jika tiada harga dinyatakan atau tidak dibincang atau dimaklumkan lebih awal.

“Kebiasaannya mana-mana restoran makanan laut segar tidak kira pemiliknya IsIam atau bukan IsIam akan maklumkan dulu kepada pelanggan anggaran harga untuk berapa gram (gm) atau kilogram (kg) atau sama ada dinyatakan dalam buku menu.

Kalau itu berlaku, pihak peniaga tidak salah kerana pemakluman harga sudah berlaku lebih awal dan kita sebagai pelanggan reda untuk mengambil ikan bersama berat pilihan kita dan dalam hal ini jual beli berlaku secara al-taradi iaitu reda antara dua pihak.

“Sepatutnya kita sebagai pelanggan yang hendak makan perlu mengira k0s keseluruhan sebelum menerima atau meminta pihak peniaga memasak ikan itu. Jangan bila sudah keluar bil kita terperanjat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penularan resit harga ikan siakap seberat 7.48 kg yang mencecah RM1,196.80 di restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Mengulas lanjut isu itu katanya, perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar ditegah IsIam berikutan boleh mendatangkan fitnah apatah lagi menjatvhkan periuk nasi pihak lain.

Apa yang berlaku hari ini ada niat tak baik jika pihak yang menyebarkan ini dia faham dan mengetahui harga ikan itu lebih awal ketika ditimbang maka tidak bagus dia menyebarkan perkara tidak sepatutnya kerana ia akan memburukkan nama pihak peniaga.

“Jadi janganlah kita menampakkan yang kita ini tidak tahu haIal har4m serta tidak menjaga sensitiviti orang lain hingga menjatvhkan periuk nasi mereka.

Kalau kita hendak makan, buat cara hendak makan jangan sampai kita mendedahkan atau sebarkan benda yang tidak sepatutnya itupun boleh jatvh fitnah,” katanya.

menu

Baru-baru ini, seorang pelanggan memuat naik resit dengan jumlah bil keseluruhan makanan dan minuman mencecah RM1,759.50 termasuk perincian harga dan berat ikan siakap berkenaan.

Dalam hantaran di Facebook, pelanggan itu memaklumkan dia menyampaikan teguran dan nasihat kerana tidak berpu4s hati dengan harga serta berat ikan itu yang dirasakannya tidak sepadan untuk tujuh orang makan.

Bagaimanapun, pemilik restoran terbabit pula mendakwa, harga berkenaan sudah dinyatakan dalam menu iaitu RM16 setiap 100 gm serta mencadangkan pelanggan itu memilih ikan lain yang lebih sesuai sebelum dimasak, namun dia tidak berbuat demikian.

komen


Sumber :karipapangin.pw

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Siakap Bakal Didenda RM40,000 & Pnjara 3 Tahun Sekiranya Didapati Menipu

Beberapa hari ini, kecoh mengenai harga seekor ikan siakap yang dijual dengan harga melebihi RM1,000 untuk saiz seberat 7kg di Langkawi.

Susulan kejadian tersebut, premis berkenaan sudah pun menerima kunjungan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyiasat isu berkenaan.


Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu pelanggan perlulah menyemak menu yang disediakan.

Dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.




 Satu operasi Ops Menu telah dilancarkan bagi memeriksa semua premis makanan di seluruh negara yang melibatkan tanda harga dan alat penimbang dalam usaha mengelakkan penipuan harga oleh peniaga.

Resit yang menjadi tular di media sosial kini.

Memberi fokus pada semua premis yang menyediakan makanan siap masak termasuklah restoran, kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera, restoran makanan laut dan sebagainya.

Sasaran pemeriksaan adalah pada tanda harga serta alat timbang yang digunakan premis.

Mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi perundangan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau pnjara tidak melebihi tiga tahun.

-lamanmaya.pw

Sabtu, 6 November 2021

Lagi cerita Siakap Langkawi harga kayangan.Kini di dedahkan oleh Nor Izani Iza

 


Skrg ni viral pasal ikan siakap kayangan harga yahudi. So.. nak cerita sikit. Kami pun terkena. 

Selepas beronok ronok possing ala ala dok kat maldevis gitu, sang tukang bawa bot pun bawa la kami ke tempat yg terakhir.. Mula diaorg sajikan dgn pertunjukan ikan. Bagi kami seronok la agaknya sbb slpas tu nak berlenang air mata😆😆😆

Then, kami pun mula duduk kat tempat mkn. Mai la sorg akak ni mai bg buku menu. Mula2 kami order tanpa menengok buku menu. Ada yg nak nasi goreng la, mee goreng la.. pendek kata order goreng2 la. Akak tu kata, goreng2 x ada. Ok fine. Dok fikir mgkin sbb dah ptg, bahan dah hbis. Yg ada menu berlauk ja. Kami order secara rambang ja sbb buku bg 1 ja. Kami ramai. Dlm 19 org termasuk kanak2. Mmg lama la kalau tggu turn nak order. Saya ada minta buku menu lbih tpi dia buat x endah ja. Memandangkn baby dok meragam, saya pun buat x endah balik😅.  Akak ni pulak nmpk mcm nak bebai sbb dok tggu kami ambik masa order. Last, kami order mcm biasa dok order kat kdai mkn... order cepat2. Ye lah kan. Niat nak mudahkan dia jgak yg dok berdiri tggu kami order. (Sbenarnya, itu lah tektik). Mula x dak pun ikan siakap dlm menu. Kami order ikan lain.Dekat bil tu yg tulis harga rm2++. 

Lpas tu, geng2 lelaki  pg menengok ikan di kolam ikan. Kami geng2 wanita solehah menyembang la d meja mkn sambil menjaga anak yg semakin 'low bateri'. Ketika ketiadaan suami2 yg leka melihat ikan, tiba2 akak ni dtg bgtau ikan siakap dah ada. Kami pun berubah balik ke ikan siakap pulak. Jadinya ambik seekor ja ikan siakap dgn seekor lg ikan apa ye. Lupa pulak. (lpas mkn ikan siakap, trus x ingat) mula kami ingat ikan siakap tu saiz biasa. Kami order 3 ekor.  Pastu akak tu kata, seekor pun dah ckup. Kami pun x jangka sbnrnya saiz yg sebenarnya ikan tu. Cuma dia ckap seekor dah ckup utk kami semua mkn. Kami pun setuju. Maka bermula mimpi ngeri😆😆


Mula2, kami berteka teki la jgak harga . Mgkin rm200@rm300. Plg mahal pun rm500 sbb ramai kan.. tertibaaaa... Tadaaaa... 4 angka kau. ha.ha... air pun cekik tengkuk tahap x mati. Inikan pulak ikan siakap yg katanya dari kayangan tpi keturunan langkawi..tu baru ikan.. nuhhhh... Harga air nuhhhh... Mau tersedak minum.  Air kosong pun rm5.. inikan pula air manis

Nasib la ramai. Boleh gak share2. Kalau yg mai bawa mak ayah, anak2?.. tak kena naya?. 

Telur 4 biji pun sama harga telur sepapan.. x tau la nak sumpah ka nak doa2 baik2 kat peniaga tu sbb hati ni mcm x ikhlas ja masa p byaq. Sekian saja cerita seram mengenai ikan siakap kali ini🤗🤗

Sumber Fb: Nor Izani Iza

Jumaat, 5 November 2021

Polis siasat duit RM50 diselit pada makanan

Gambar tular bungkusan makanan berserta wang RM50 didakwa mempunyai unsur politik di Melaka baru-baru ini.

 MELAKA – Polis Melaka semalam mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung gambar tular bungkusan makanan yang diselit wang kertas RM50 yang didakwa mempunyai unsur politik untuk meraih undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri ini pada 20 November ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisoner Azlan Abu berkata, gambar tersebut dimuat naik sebelum tular semalam didakwa berlaku di Melaka.

“Gambar tersebut dimuat naik oleh beberapa akaun Facebook yang menunjukkan terdapat bungkusan makanan bersama duit RM50.

“Turut disertakan kapsyen gambar yang menyatakan kejadian itu berlaku di Melaka dan komen-komen mendakwa program itu berunsurkan politik bagi tujuan meraih undi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, susulan itu pihaknya telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Hasil semakan mendapati ada satu klip video berhubung kejadian itu menunjukkan agihan bantuan makanan dan wang tunai RM50 kepada warga emas.

“Bagaimanapun, menerusi klip tersebut kita tidak mengesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa-apa lambang atau elemen parti politik,” katanya.

Tambahnya, sejak 25 Oktober lalu sehingga semalam, Polis Melaka membuka sebanyak 16 kertas siasatan dan lima kompaun pelanggaran prosedur operasi standard dikeluarkan membabitkan PRN Melaka. -K! ONLINE.

Sabtu, 25 September 2021

Video mirip Ebit Lew, Penjelasan Pian Kpop buat ramai yg setuju “Saya belajar C++, pereka grafik dan programmer’


 Isu berkaitan video luc4h yang menyerupai wajah pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew kini hangat menjadi perbincangan netizen. Ada yang tak sanggup untuk menontonnya kerana Ebit yang kita kenali bukanlah seperti yang kita lihat dalam video tersebut.

Ramai yang percaya ini adalah angkara pengkhian4t yang berh4ti hitam demi mer0sakkan imej baik pendakwah bebas tersebut. Tak kurang juga yang yakin bahawa ia ada teknik suntingan video yang mampu mengubah wajah seseorang dalam video.

Pian Kpop Tampil Buat Penjelasan

Siapa tidak mengenali Pian K-Pop yang sering memuat naik video di Facebook tentang kehidupan sehariannya yang penuh dengan dramatik sehingga ada beberapa video dia menangis kerana sedih ditinggalkan kekasih. Namun, baru-baru ini dia telah berkongsi pandangan beliau isu melibatkan Ebit Lew

“Di akhir zaman nanti, orang baik akan di tvduh menjadi jah4t,  saya bagi jaminan Ustaz Ebit Lew di fitn4h. Saya belajar C++, pereka grafik dan programer”

Menurut Pian lagi, zaman teknologi sekarang, muka seseorang mudah untuk di manipulasii

Deepf4ke video lucah Ebit Lew? Ketahui teknologi video pengganti wajah yang paling ditakuti ini

Di zaman sekarang manipulasi digital lebih mudah dilakukan. Seperti teknologi yang disebut deepf4ke, yang memiliki kemampuan untuk memanipul4si wajah dalam video melalui kecerdasan buatan.

Melalui teknologi ini, wajah seseorang dalam video seperti Ebit Lew dapat ditukar dengan wajah orang lain. Dengan manipul4si video, tipuan menjadi lebih nyata. Oleh itu, agar anda lebih berwaspada dan tidak tertipu, mari kenali deepf4kes dengan lebih mendalam!

Gambaran Keseluruhan Sejarah & Teknologi Deepf4ke

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2017, deepf4ke adalah teknik kejuruteraan imej manusia menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI). Deepf4kes berfungsi dengan menggabungkan gambar atau video asal dengan gambar atau video yang ingin anda manipul4si.

Lihat video dibawah, betapa sukarnya untuk mengenal pasti video deepf4ke.

Jadi, jenis perisian apa yang digunakan untuk membuat deepf4kes? Kembali pada tahun 2018, aplikasi FakeApp dilancarkan. Dengan aplikasi ini, pengguna dapat mengedit dan menukar wajah orang dengan output video.

Aplikasi ini menggunakan algoritma dan teknologi khas. Aplikasi serupa yang lain adalah DeepFaceLab, FaceSwap dan myFakeApp. FakeApp, misalnya, dapat membuat rekonstruksi wajah yang tepat dan menerapkannya dalam video atau gambar bergerak.

Apakah Bahaya DeepF4kes?

Beralih semula kepada isu video lucah menyerupai Ebit Lew, tidak mustahil ia merupakan Deepf4ke. Kerana kecanggihannya, teknologi deepf4ke sering digunakan untuk jenayah seperti membuat kandungan pornografi untuk selebriti atau orang yang dikenali untuk mebalas dendam, berita palsu atau digunakan untuk muslihat jahat.

Harus ingat, Ebit Lew bukanlah satu-satunya selebriti yang menjadi mngsa. Beberapa tokoh dan selebriti popular pernah menjadi mngsa deepf4kes. Ini termasuk Daisy Ridley dan Gal Gadot.

Sebuah video memaparkan teknik Deepf4ke digunakan untuk filem 70an Wonder Woman menggantikan wajah pelakon asal dengan Gal Gadot. Serius real! Lihat video di bawah;

Mangsa lain adalah Emma Watson, Katy Perry, Taylor Swift ke Scarlett Johansson. Selebriti wanita antara yang selalu menjadi mangsa p0rnografi.

Seperti di Malaysia, beberapa selebriti pernah menjadi mangsa antaranya aktor Zulariffi, Idris Khan dan ahli politik Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Secara jelas kita dah tahu apa agenda mereka melakukan muslihat jahat ini. Deepfakes dapat mengancam reputasi, imej dan kredibiliti seseorang. Terutama jika deepfake yang dihasilkan kelihatan nyata dan serupa dengan yang asli.

Deepfake yang sudah tersebar boleh mengancam kedudukan dan pekerjaan seseorang. Seperti yang terjadi kepada Ebit Lew, dari dulu hingga sekarang dia sangat terkenal membuat aktiviti kemasyarakatan dan tak henti memberi sumbangan kepada orang ramai.

Bolehkah Video DeepF4ke Dikenakan Tindakan Undang-undang?

Kerana ia boleh menjatuhkan reputasi seseorang, penciptaan kandungan deepfake dapat diadili secara sah. Virginia, sebuah negara Amerika Syarikat, menjadi yang pertama yang melarang porn0grafi dengan menggunakan deepfake.

Virginia secara rasmi memperluas larangannya terhadap pornografi tanpa persetujuan, termasuk deepf4kes yang merupakan hasil pemprosesan gambar melalui teknologi komputer.

Sejak 2014, Virginia telah melarang penyebaran gambar atau video b0gel dengan tujuan untuk mem4ksa, mengganggu atau menakut-nakutkan orang lain. Ini melanggar peraturan kesal4han pelanggar4n kelas 1 yang membawa hukum4n penj4ra sehingga 12 bulan dan dend4a hingga AS $ 2,500, menurut laman web The Verge.

Cara melawan deepf4kes

Pada dasarnya, melawan deepfakes sama dengan hoaks dan berita palsu. Pertama, jangan segera mempercayai berita yang tersebar, walaupun dalam bentuk video. Sentiasa semak kebenaran dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai.

Seperti artikel yang Murai terbitkan sebelum ini, mereka menggunakan platform Telegram untuk menyebarkan video-video ini. Jadi jangan mudah menyebarkan sesuatu yang kita tidak tahu sebenarnya. Kerana ini boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Sekiranya anda boleh, berikan pendidikan mengenai deepf4ke kepada keluarga atau orang terdekat anda.

Tular video, mesej luc4h ganggu siasatan kes Ebit Lew, kata polis

Video dan pesanan teks tidak senonoh yang tular di aplikasi Telegram didakwa membabitkan pendakwah popular Ebit Lew mengganggu siasatan yang sedang dijalankan, kata polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, polis sudah membuka kertas siasatan sebelum ini untuk menyiasat dakwaan g4ngguan seksu4l yang dibuat terhadap pendakwah dan dermawan selebriti itu.

“Ini menunjukkan ada g4ngguan terhadap sias4tan yang sedang dijalankan polis atas kes tersebut,” katanya merujuk kepada penularan video dan pesanan teks berkenaan di media sosial.

Sehubungan itu, Jalil menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan g4ngguan seksu4l membabitkan pendakwah itu memaklumkan polis, bukan menyebarkannya di media sosial.

“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil terus ke Bukit Aman bagi membantu (polis) melengkapkan sias4tan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengenai pesanan teks dan video terbaru yang dimuat naik di Telegram itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseks4an dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ebit sebelum ini berkata, dakwaan ke atasnya bersifat fitnah dan kejam, dan beliau menyerahkannya kepada polis untuk melakukan sias4tan.

Jalil menasihatkan orang ramai berhati-hati di media sosial dan tidak menggunakan platform itu untuk menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat atau menganc4m keharmonian negara.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: fmt, murai, Pian Kpop

-Trending Sangat

Jumaat, 24 September 2021

Firdaus Wong dedah video sumpah laknat didakwa abang mangsa

Pendedahan Firdaus Wong menjadi perdebatan hangat pengguna media sosial hari ini.

 PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan sebuah klip video sumpah laknat seorang individu menerusi saluran Telegram miliknya, hari ini.

Rakaman klip video berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki dari bahagian belakang itu mengakui dirinya merupakan abang kepada mangsa serangan seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.

“Setelah perbualan saya bersama mangsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mangsa yang sangat ‘supportive’ (kuat menyokong) ini meminta saya kongsikan video sumpah laknat mereka.

“Ini adalah video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta panggilan video lucah berkenaan sehingga mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri,” tulisnya.

Tangkap layar video sumpah laknat abang kepada mangsa serangan seksual yang didakwa membabitkan pendakwah selebriti.

Beliau yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, akan tiba masanya mereka akan tampil ke khalayak ramai demi menyatakan sebuah kebenaran.

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutuk sebegitu,” ujarnya.

Tulisan itu dilihat lebih 50,000 kali dan kali terakhir disunting pada pukul 9.11 pagi hari ini.

Sebelum itu, Firdaus Wong turut memuat naik tulisan menyatakan mangsa serta ahli keluarga beberapa individu terlibat ada menghubungi dirinya untuk memberi kata-kata semangat.

Berita berkaitanPolis buka siasatan penularan video lucah didakwa milik pendakwah bebas

“Antara kata-kata mereka, ‘brother’ kena terus kuat untuk terus memberikan kekuatan kepada kami. Bila kami lihat ‘brother’ kuat, maka kami pun jadi kuat semula.

“Kami kasihan ‘brother’ kena maki hamun setiap hari kerana mahu menegakkan keadilan buat kami. Kami baca komen-komen itu semua terasa macam hendak balas tetapi kami ingat pesan ‘brother’ agar kami bersabar,” tulisnya.

Semalam, Firdaus Wong menerusi laman Facebook miliknya memuat naik satu hantaran yang antaranya menyatakan akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sehari dua ini. – K! ONLINE

Isnin, 20 September 2021

‘SmartTAG Tolak Ke Tak?’ – Lamborghini Lalu Bawah Palang Tol Cetus Tanda Tanya Netizen


 Setiap kali pengguna jalan raya akan melalui laluan tol, kadang-kala sudah pasti ada rasa sedikit berdebar kerana tidak pasti samada baki di dalam kad Touch ‘n’ Go, e-wallet atau SmartTAG mencukupi ataupun tidak.

Sejak sehari dua lalu, tular satu rakaman video menunjukkan sebuah kereta model Lamborghini Aventador telah lalu di bawah palang tol di laluan SmartTAG  dan lampu di paparan skrin menunjukkan warna merah.

Video tersebut telah mencetus pertikaian pelbagai pihak di media sosial. Ada yang menyatakan baki pada SmartTAG kereta Lamborghini itu tidak cukup kerana lampu pada paparan skrin masih lagi berwarna merah.

Ada sebahagian lain pula memberikan pendapat berbeza, mereka menyatakan duit pada SmartTAG tetap ditolak dan palang tol tidak terangkat kerana sensor pada sistem palang tol tidak dapat mengesan kereta yang bersaiz rendah.

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @KENNYTIEW0821

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @KENNYTIEW0821

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @KENNYTIEW0821

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @KENNYTIEW0821

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @KENNYTIEW0821

Akaun TikTok rasmi Rapid KL turut berkongsi komen yang melucukan dengan menyatakan bas-bas mereka tidak boleh melepasi bawah palang tol seperti yang dibuat oleh kereta Lamborghini tersebut.

Bagaimana pula dengan pendapat anda, adakah SmartTAG pada kereta Lamborghini itu ditolak atau sebaliknya?

Kami menyeru agar semua pengguna jalan raya sentiasa memeriksa baki Touch ‘n’ Go dan SmartTAG anda sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan kesulitan kepada ramai pihak.

-thevocket.com