"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Media Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Media Sosial. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Oktober 2021

Pengasas Telegram Terkejut Lihat 70 Juta Pengguna Berhijrah Dari WhatsApp


Masih ingat dengan kejadian 12 tengah malam bila kita tiba-tiba tak dapat nak buka Whatsapp, Facebook dan Telegram? Sebelum ini kami ada laporkan Mark Zuckerberg pemilik kepada 3 aplikasi bermasalah itu mengalami kerugian berbilion ringgit dalam hanya beberapa jam.

 Terkini, satu laporan menunjukkan sebanyak 70 juta pengguna seluruh dunia telah berhijrah dari aplikasi WhatsApp ke aplikasi Telegram. Penghijrahan besar-besaran itu diumumkan sendiri oleh pengasah Telegram, Pavel Durov melalui chanel Telegram miliknya.

Semalam (kelmarin), Telegram merekodkan peningkatan dari segi pendaftaran dan aktiviti. Kadar peningkatan harian di Telegram dalam melebihi batas normal dan kami menerima 70 juta ‘pelarian’  daripada platform lain dalam masa sehari.

Saya bangga dengan kebolehan pasukan kami menangani peningkatan mendadak ini dan Telegram masih mampu berfungsi dengan sempurna untuk majoriti pengguna.

Durov turut mengucapkan selamat datang kepada pengguna baru ke Telegram dan menegaskan mereka tidak akan mengecewakan mereka.

Bagaimanapun, Telegram mengakui berlaku sedikit kelembapan berbanding biasa di Amerika memandangkan ramai yang beralih ke aplikasi itu.

-ohmedia.my

Selasa, 5 Oktober 2021

Twitter jadi tempat ‘mengejek’ masalah enam jam gangguan Facebook, WhatsApp, Instagram

 

PENGGUNA Twitter membuat gambaran mengejek perkhidmatan kendalian Facebook. - TWITTER

LONDON: Pengguna media sosial ‘berkumpul’ di Twitter sebagai reaksi terhadap gangguan perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp selama hampir enam jam.

BBC melaporkan, ketiga-tiga perkhidmatan tersebut semuanya dimiliki Facebook, tidak dapat diakses melalui aplikasi web atau telefon pintar.

Twitter dan Reddit adalah antara beberapa syarikat teknologi yang digunakan netizen bagi ‘mengejek’ perkhidmatan pesaing.

Twitter antaranya, menjadi platform yang penuh dengan kata-kata sinis dan ‘mesej menyeronokkan’ ekoran masalah dihadapi Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Nama-nama besar dalam dunia hiburan termasuk Dolly Parton, tidak ketinggalan mengambil kesempatan menggunakan Twitter bagi ‘membahan’ Facebook.

-Utusan Online

Isnin, 20 September 2021

Selebriti Instagram berbogel, lakukan ‘aksi tidak senonoh’ secara langsung ditahan

 

SUSPEK (berbaju warna oren) ketika ditahan di Balai Polis Denpasar. - AGENSI

JAKARTA: Seorang selebriti Instagram di Bali, dikenali sebagai RR dan berusia 32 tahun, ditahan selepas melakukan aksi siaran langsung secara bogel sehingga ‘aksi tidak senonoh’ di media sosial.

Detik melaporkan, polis diberitahu tindakan itu dilakukan kerana RR dihimpit masalah kewangan.

Dia melakukannya kerana faktor ekonomi,” jelas Ketua Polis Denpasar, Jansen Avitus Panjaitan.

Menurutnya, RR dulunya bekerja di sebuah pusat karaoke dan berhijrah dari Jawa Barat ke Denpasar, Bali.

“Sembilan bulan lalu, dia melakukan kegiatan pornografi secara langsung di media sosial. Ini kerana tempat dia bekerja, pusat karaoke itu, ditutup akibat Covid-19,” jelasnya.

Katanya, dengan berbogel dan ‘aksi tidak senonoh’ itu di media sosial, setiap bulan RR mampu memperoleh 25 juta hingga 50 juta rupiah.

Menurut beliau, RR juga banyak menerima tempahan mengadakan hubungan intim berbayar daripada penonton, tetapi ditolaknya.

Atas perlakukan itu, suspek ditahan baru-baru ini menurut Fasal 4 Ayat 1 Undang-Undang Nombor 44 Tahun 2008 Tentang Pornografi.

Beliau berdepan hukuman penjara 12 tahun.

-Utusan Online

Jenayah seksual: Wanita dakwa jadi mangsa pendakwah terkenal diminta buat laporan

TANGKAP layar InstaStory di akaun Instagram milik caprice mengenai wawancara pengakuan mangsa jenayah seksual pendakwah terkenal.

 PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal tampil membuat laporan polis.

Laporan polis itu perlu bagi siasatan lanjut dapat dijalankan selepas pendedahan yang dilakukan wanita berkenaan menerusi sebuah wawancara semalam.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, wawancara tersebut tidak mendedahkan identiti mangsa dan pemangsa dan seeloknya  individu yang mendakwa menjadi mangsa jenayah seksual tersebut tampil membuat laporan polis.

“Kita tidak tahu siapa pendakwah terkenal yang dimaksudkan mangsa dalam wawancara itu memandangkan ramai pendakwah terkenal di Malaysia.

“Hanya mangsa sahaja yang tahu siapa individu berkenaan, jadi dia kena datang membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai wawancara yang mendedahkan pengakuan seorang mangsa jenayah seksual membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Terdahulu, penyanyi rap terkenal, Caprice dalam InstaStory di akaun Instagram miliknya berkongsi mengenai wawancara berkenaan dan mempersoal siapa pendakwah terkenal berkenaan.

Video wawancara berdurasi tiga minit 38 saat itu memaparkan pengakuan seorang wanita dikenali Diana telah menjadi mangsa jenayah seksual kepada seorang pendakwah terkenal.

Wanita terbabit mendakwa perlakuan terbabit berlaku selepas dirinya menghubungi pendakwah berkenaan bagi meminta pandangan mengenai masalah yang menimpa dirinya.

Namun dakwa wanita berkenaan, pendakwah berkenaan telah mengeluarkan pertanyaan lucah dan menyebabkan dirinya terasa teraniaya.

Dakwa wanita itu lagi, dia cuba memberitahu kepada keluarga dan suaminya mengenai perkara yang berlaku namun mereka tidak mempercayai dan meminta dirinya berdiam diri. – UTUSAN ONLINE

Ahad, 5 September 2021

WhatsApp tidak lagi berfungsi terhadap 43 jenis telefon pintar


LONDON: Jutaan pengguna tidak boleh lagi mengakses mesej, gambar dan video selepas aplikasi WhatsApp menghalang akses ke beberapa model telefon pintar model lama, bermula 1 November depan.

Lapor Mirror, dalam tempoh berbaki dua bulan, sebanyak 43 model telefon pintar melibatkan pengguna perisian Android dan iOS tidak boleh menikmati kemudahan yang disediakan perkhidmatan itu.

Aplikasi itu kehilangan ramai pengguna sejak tahun lalu disebabkan privasi terbaharu perkhidmatan yang diperkenalkan.

WhatsApp menawarkan perkhidmatan penghantaran mesej yang selamat dan sulit tetapi mengumumkan perubahan yang sangat tidak popular terhadap kaedah mengendalikan data pengguna.

Perubahan ini menyaksikan data pengguna diserahkan kepada syarikat swasta bagi membantu pemasaran.

WhatsApp melakukan perubahan secara drastik berikutan tindak balas besar pesaing, Telegram yang sudah melepasi satu bilion jumlah muat turun.

Berikut merupakan model telefon pintar yang tidak boleh lagi mengakses WhatsApp:

-Samsung Galaxy S3 Mini, Trend II, Trend Lite, Core, Ace 2
-LG Optimus F7, F5, L3 II Dual, F7 II, F5 II
-Sony Xperia
-Huawei Ascend Mate and Ascend D2
-Apple iPhone SE, 6S, and 6S Plus

-utusanonline

Selasa, 31 Ogos 2021

Batal pingat emas Ziyad: ‘Tentera bawang’ Malaysia serang laman sosial Ukraine.

Kamu perompak, memalukan - Netizen Malaysia serang media sosial Ukraine

Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli beraksi pada acara lontar peluru F20 (kategori masalah pembelajaran) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam ini.- FOTO BERNAMA

Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli beraksi pada acara lontar peluru F20 (kategori masalah pembelajaran) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam ini.- FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tindakan kem Ukraine yang melakukan protes pada final lontar peluru F20 mungkin menyaksikan mereka merangkul emas dan perak, namun itu memberi petanda bahawa mereka 'mencari pasal' dengan netizen Malaysia.

Susulan protes yang menyebabkan pingat emas yang dimenangi atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dibatalkan, 'tentera bawang' Malaysia terus berkerumun dan meninggalkan komen di laman media sosial yang memiliki kaitan dengan negara itu.

Antara laman sosial yang terkesan adalah laman rasmi negara terbabit, Ukraine UA dan Jawatankuasa Paralimpik Ukraine.

Pelayar Internet dari Malaysia 'membanjiri' ruang komen di kedua-dua laman sosial sebagai bantahan ke atas tindakan yang dilakukan atlet mereka pada temasya Paralimpik di Tokyo itu.

Rata-rata menyifatkan negara itu tidak mengamalkan semangat kesukanan, perompak dan melabel protes itu sebagai satu tindakan yang memalukan.

Terdahulu, kejayaan jaguh Ziyad meraih pingat emas 'dirompak' oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo, sebentar tadi.

Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status 'DNS' sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

Bagaimanapun, protes terbabit menyaksikan apa yang dilakukan Ziyad pada pentas final tidak dikira.

Keputusan rasmi menyaksikan Ukraine yang melakukan protes berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.

Susulan itu, pingat emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30.

-BH Online

Ahad, 15 Ogos 2021

Dituduh sihir, Rozita saman RM1 juta terhadap empat individu

Rozita (kiri) dan peguamnya, Muhammad Hariz menunjukkan laporan polis dan surat saman ke atas empat individu terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

KOTA BHARU - Seorang wanita akan mengemukakan saman malu berjumlah RM1 juta terhadap empat individu yang menuduhnya melakukan sihir dan mengamalkan ilmu hitam.

Tindakan saman malu itu dibuat menerusi Tetuan Hariz Syakinah & Co dengan melantik Muhammad Hariz Md Yusof sebagai peguam.

Rozita Ramli, 43, berkata, empat individu itu ialah Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis.

"Tuduhan itu dilemparkan dalam beberapa siri siaran langsung menggunakan 'Live Facebook' dan YouTube milik beberapa lelaki yang dinyatakan itu sejak awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Sabtu.

Menurutnya, tindakan itu telah memberi tekanan terhadap keluarganya apabila ramai warganet melemparkan tohmahan berhubung perkara tersebut tanpa usul periksa.

Dia berkata, memburukkan lagi keadaan, ada laporan polis dibuat menuduhnya menipu mengutip sumbangan untuk rawatan anaknya.

Rozita berkata, ada sesetengah pihak meminta memulangkan balik sumbangan terbabit, sedangkan ia telah digunakan untuk merawat anak perempuannya yang mengalami penyakit misteri dan anak lelaki yang menderita sakit buah pinggang kronik

"Saya juga dituduh menyihir adik-beradik sendiri sehingga dikatakan ilmu sihir itu berbalik kepada keluarga sendiri yang menyebabkan hubungan kami semua menjadi renggang.

"Saya mengambil tindakan saman malu itu sebagai pengajaran untuk setiap tuduhan yang diberikan dan turut mengingatkan orang ramai agar tidak terus membuat fitnah terhadap keluarganya malah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sama jika perkara itu masih berterusan," katanya.

Menurutnya, laporan polis berkaitan fitnah itu telah dibuat kerana tuduhan disebarkan secara berleluasa di laman sosial.

Katanya, fitnah itu telah mendatangkan banyak ancaman terhadap keluarganya sama ada menerusi panggilan telefon atau bersemuka termasuk ada yang datang ke rumah dan merakamkan foto kediaman mereka.

Sementara itu, Muhammad Hariz berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti menerusi siaran video yang dimuat naik di laman sosial dan setakat ini, empat individu dinamakan untuk tuntutan saman malu terbabit.

"Saya tegaskan anak guam saya menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam ilmu hitam dan sihir.

"Saya juga diarahkan oleh anak guam agar turut mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang turut mengeluarkan fitnah terhadapnya dan diharapkan mereka bersedia untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Sebelum ini tular di laman sosial anak perempuan Rozita disihir dan ustaz yang merawat anaknya telah dipukul oleh tiga individu serta menjadi topik hangat dalam kalangan warganet sehingga menjadi kes polis.

-SH ONLINE