"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 22 Jun 2024

PRK DUN Sungai Bakap buka tirai hari ini

 Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang yang bertempat di Dewan Serbaguna Sungai Jawi hari ini. - Foto BERNAMA

Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang yang bertempat di Dewan Serbaguna Sungai Jawi hari ini. - Foto BERNAMA

NIBONG TEBAL: Calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, di sini, jam 8.47 pagi bersama lebih 500 penyokong.

Mereka yang sebelum itu berarak dari Pejabat UMNO Nibong Tebal sejauh kira-kira 100 meter (m) turut melaungkan slogan perpaduan dan reformasi sebelum Joohari dibawa masuk petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyerahkan borang pencalonan.

Calon Perpaduan dari Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin (empat dari kiri) berarak bersama penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menuju ke Dewan Serbaguna Jawi sempena Hari Penamaan Calon PRK N.20 DUN Sungai Bakap. - NSTP/Mikail Ong
Calon Perpaduan dari Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin (empat dari kiri) berarak bersama penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menuju ke Dewan Serbaguna Jawi sempena Hari Penamaan Calon PRK N.20 DUN Sungai Bakap. - NSTP/Mikail Ong

Turut mengiringi Joohari adalah Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Strategik AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Calon PN dari PAS, Abidin Ismail, 56, tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.50 pagi diiringi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad; Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Pengerusi Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa dan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau bersama lebih 1,000 penyokong PN.

Pusat penamaan calon PRK itu ditutup jam 10 pagi tadi selepas sejam dibuka bermula 9 pagi.

Pengumuman itu dibuat Penolong Pengurus Pilihan Raya Syamsul Fitry Ahmad di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail (lima dari kiri) berarak bersama penyokong dan pemimpin PAS dan Bersatu menuju ke Dewan Serbaguna Jawi sempena Hari Penamaan Calon PRK N.20 DUN Sungai Bakap. - NSTP/Mikail Ong
Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail (lima dari kiri) berarak bersama penyokong dan pemimpin PAS dan Bersatu menuju ke Dewan Serbaguna Jawi sempena Hari Penamaan Calon PRK N.20 DUN Sungai Bakap. - NSTP/Mikail Ong

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim akan mengumumkan nama-nama calon yang layak bertanding pada jam 11 pagi.

Setakat semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan enam borang pencalonan sudah pun dijual.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 2 Julai ini manakala hari mengundi 6 Julai, dengan kempen akan berlangsung selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam 5 Julai.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Seramai 552 petugas dilantik bagi mengendali proses PRK itu manakala lebih 600 anggota polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan.

Kerusi DUN Sungai Bakap dimenangi oleh Nor Zamri, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lalu selepas menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Ini adalah PRK kelapan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor); PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak); PRK Parlimen Kemaman (Terengganu) dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor).

-BH Online

Jumaat, 21 Jun 2024

“Paling menyakitkan apabila perceraian satu-satunya pilihan..” – Azrinaz Mazhar

 


Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar menitipkan kata-kata semangat buat pasangan selebriti, Nora Danish dan Nedim Nazri yang disahkan bercerai, semalam.

Menurut Azrinaz, perpisahan adalah perkara yang menyakitkan namun, percaya bahawa Nora dan Nedim dapat mengharungi dugaan kehidupan dengan baik.

Azrinaz Mazhar

Azrinaz Mazhar

“Perkara yang paling menyakitkan dalam perkahwinan apabila perceraian adalah satu-satunya pilihan.
“Saya percaya kalian berdua cukup matang untuk mengatasi semua ini dengan bijaksana seperti mana terlihat dalam video (temu bual dengan media),” ujarnya dalam sebuah hantaran di Instagram Nedim.

Dalam pada itu, bekas isteri ketiga Sultan Brunei itu mendoakan urusan Nora dan Nedim dipermudahkan dan mendapat kekuatan dalam menjalani ujian.

Azrinaz Mazhar

“Saya mendoakan perkara baik-baik dan kekuatan buat anda (Nedim) dan Nora,” katanya lagi.

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila aktres Nora Danish dan Nedim disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Sekadar info, Azrinaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Sultan Brunei dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur pada tahun 2005. Bagaimanapun, mahligai tersebut hanya bertahan selama lima tahun.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 18 dan Pengiran Anak Puteri Ameerah, 16.

Azrinaz kemudian bernikah dengan Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018. Mereka dikurniakan dua zuriat iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2 tahun.

Sumber: Instagram @Boss_Ned

Credit:OhMyMedia

Usia kenderaan lebih 10 tahun? Cek 6 benda ini kalau tak nak ‘sangkut’ tepi jalan

 


Kalau manusia boleh jatuh sakit, begitu juga dengan barang-barang yang mempunyai tempoh hayatnya.

Contohnya,  kereta yang sudah melebihi usia sepuluh tahun pasti akan menghadapi masalah kerosakan di pelbagai bahagian.

Merasa ‘sakit’ hati memang tidak dapat dielakkan apabila perlu mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki  kenderaan yang digunakan untuk mencari rezeki.

Bagi pemilik  kereta yang sudah berusia, sensitiviti terhadap setiap ‘rasa yang lain’ pada kenderaan adalah penting untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak dijangka.

Berikut adalah enam perkara penting yang perlu diberi perhatian, seperti yang dikongsikan oleh Fadil Mohd Yusof:

1. Penutup atas radiator

Radiator moden menggunakan plastik sebagai sebahagian daripada komponen. Disyorkan untuk menukar penutup plastik setiap tiga hingga empat tahun. Fadil pernah mengalami pecahnya penutup plastik radiator semasa memandu pada kelajuan 120km/jam, yang berakhir dengan perbaikan besar-besaran pada enjin. Lebih baik mencegah daripada mengubat.

2. Timing belt & belt air-cond

Tukar mengikut panduan pengeluar, biasanya setiap 100,000 km. Walau batas jarak perjalanan belum sampai, namun disarankan untuk menukar jika  kereta sudah hampir sepuluh tahun. Ini untuk mengelakkan kejadian putus belt di tengah jalan yang boleh membawa kos yang tinggi.

3. Minyak power steering & minyak  brek

Tukar setiap lima tahun atau apabila minyak bertukar warna daripada merah kehitaman. Minyak asal adalah kuning cair.

4. Sistem penyejukan udara (air-cond)

Perkhidmatan penuh disyorkan setiap dua atau tiga tahun.

5. Minyak gearbox

Tukar setiap 40,000 hingga 80,000 km atau mengikut panduan pengeluar. Jika tidak mencapai batas jarak, menukar setiap dua atau tiga tahun adalah pilihan terbaik.

6. Ambil perkhidmatan tarik tak terhad ketika memperbaharui insurans

Biasanya hanya memerlukan tambahan sekitar RM100 daripada jumlah insurans asal. Dengan perkhidmatan tarik tak terhad, pemilik  kereta lama tidak perlu risau jika mengalami masalah ketika memandu.

Ini memberikan ketenangan fikiran dan mengelakkan dari perbelanjaan tambahan yang tidak dijangka.

Jika tidak mahu pening kepala, membeli  kereta baru mungkin pilihan terbaik. Semuanya dalam keadaan terbaik dan tidak perlu bimbang tentang kos pembaikan. Hanya perlu fokus pada ansuran bulanan yang tetap.

-NextStep Malaysia 

Euro 2024:Kane 'punca' penyokong England cedera

 Penyerang England, Harry Kane (tengah) bersama ahli keluarganya selepas aksi Euro 2024 menentang Denmark. - Foto AFP

Penyerang England, Harry Kane (tengah) bersama ahli keluarganya selepas aksi Euro 2024 menentang Denmark. - Foto AFP

FRANKFURT: Sekurang-kurangnya dua penyokong England memerlukan rawatan selepas meraikan jaringan pembukaan skuad Three Lions ketika menentang Denmark dalam Euro 2024.

Harry Kane meletakkan pasukan kendalian Gareth Southgate di depan pada minit ke-18 ketika mereka dilihat menguasai perlawanan itu.

Namun, gol penyamaan daripada Morten Hjulmand memastikan England gagal meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Serbia 1-0 dalam aksi pertama Kumpulan C, Isnin lalu.

Bagaimanapun beberapa penyokong England tidak dapat menyaksikan aksi penuh menentang Denmark kerana mereka dibawa ke hospital selepas meraikan jaringan Kane.

Penyokong England, Chad Thomas memaklumkan kepada SunSport bahawa dia mengalami kecederaan pada pergelangan kaki ketika meraikan jaringan pada minit ke-18 itu.

Dia turut memuat naik gambar berada dalam ambulans di laman media sosial dengan buku lali berbalut beserta kapsyen: "Kecederaan meraikan jaringan".

Namun peminat tegar Three Lions itu bernasib baik apabila mengesahkan dalam catatan di Facebook bahawa dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Dia menulis: "Berita baik, tiada apa-apa yang patah. Hanya €310 (kira-kira RM1,500) keluar dari poket".

Sementara itu, seorang lagi peminat pasukan England tampak tidak begitu bernasib baik.

Penyokong itu memuat naik video dirinya sedang menerima rawatan di dalam stadium yang kelihatan seperti buku lali bengkak teruk.

Dia menulis kapsyen: "Buku lali cedera semasa tugasan antarabangsa."

Mendakwa terjatuh dari tempat duduk semasa meraikan jaringan itu, dia kemudian menulis: "Terkoyak ligamen di buku lali saya."

England dilihat masih belum menunjukkan prestasi terbaik ketika perlawanan mereka menentang Serbia dan Denmark.

Namun, skuad itu menghuni kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul empat mata menjelang perlawanan terakhir menentang Slovenia, Rabu ini. - AGENSI

Khamis, 20 Jun 2024

EURO 2024: Penyokong patah tangan terkena sepakan penyerang Jerman

 EURO 2024: Penyokong patah tangan terkena sepakan penyerang Jerman

Niclas Fullkrug memohon maaf mengenai kejadian itu dan berjanji akan menghantar hadiah berupa jersi dan pelbagai barangan menarik kepada penyokong yang mengalami kecederaan patah tangan. - Foto Astro ARENA
SEORANG penyokong Jerman bernasib malang apabila disahkan mengalami kecederaan patah tangan ketika menonton perlawanan pembukaan Euro 2024 diantara pasukan tuan rumah, Jerman, menentang Scotland, minggu lalu.
Kejadian itu terjadi kerana peminat tersebut terkena bola daripada sepakan padu pemain Borussia Dortmund, Niclas Fullkrug, ketika sesi pemanas badan sebelum sepak mula di Stadium Allianz.
Akibat daripada insiden tersebut, dia tidak dapat meneruskan impiannya memberi sokongan terhadap pasukan kebangsaan itu untuk meninggalkan stadium demi mendapatkan bantuan kecemasan daripada pagawai perubatan yang sedang bertugas di situ.
Pemain berusia 31 tahun itu memohon maaf mengenai situasi yang tidak diduga itu dan berjanji akan menghantar hadiah berupa jersi dan pelbagai barangan menarik kepada penyokong tersebut.
-AstroAwani