"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Artis Lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Lelaki. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Februari 2022

“Fattah sepupu Syamsul?” – Ini Barisan Selebriti Yang Rupa-rupanya Bersaudara!

 


Lately ni mesti korang selalu tengok gelagat comel penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri dengan suaminya Syamel kan? Tambah pula, Ernie ni merupakan anak saudara kepada Ziana Zain dan Anuar Zain.

Takpun, korang mesti tahu juga yang Nelydia dan juga Uqasha merupakan adik beradik yang aktif dalam bidang lakonan. Bukan tu je, sepupu-sepupu diorang yang lain pun turut aktif dalam bidang yang sama.

Nelydia

Haa, tahu tak siapa lagi yang ada pertalian darah sebagai keluarga dalam kalangan selebriti kat negara kita ni? Jangan terkejut plak okay.. Meh, min listkan satu-satu. Korang baca tau…

1. Jasmin Hamid & Aleza Shahdan (Sepupu)

Kita mulakan dengan Jasmin Hamid dan juga Aleza Shahdan. Siapa je tak kenal dua-dua pelakon wanita hebat yang selau bawa watak mak-mak ni kan? Kalau jadi mak yang jahat tu, memang menjadi betul! Haa rupa-rupanya diorang berdua ni merupakan sepupu.

Jasmin Hamid
Sumber: Gambar Hiasan

Jasmin Hamid dilahirkan pada 15 September 1974 manakala Aleza Shahdan pula dilahirkan pada 21 November 1975. Mereka berdua sangat sinonim dengan watak dalam drama-drama Melayu. Teringin juga min nak tengok dua sepupu ni berlakon sekali! 

Siapa yang rindu nak tengok dua-dua pelakon ni, korang geng dengan min!

2. Rosyam Nor & Faizal Hussein (Sepupu)

Siapa sangka rupanya hero remaja yang pernah menjadi pujaan orang ramai iaitu Datuk Rosyam dan Faizal Hussein juga merupakan sepupu! Difahamkan, Rosyam Nor melangkah ke dalam dunia seni terlebih dahulu dan kemudiannya baru diikuti oleh Faizal Hussein.

Mereka yang menjadi kegilaan orang ramai selepas kemunculan bersama dalam filem ‘Gila-Gila Remaja’ yang mana Faizal Hussein memegang watak utama dan ianya ditayangkan pada 1985!

Faizal
Sumber: Portal

Ohh yaa, kalau korang nak tahu juga… penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim juga merupakan sepupu kepada Faizal Hussein tau!

3. Fattah Amin & Syamsul Yusof (Sepupu)

Pengarah dan juga penerbit terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam yang juga bapa kepada pelakon serta pengarah Syamsul Yusof merupakan bapa saudara kepada pelakon Fattah Amin!

Ini menjadikan Fattah Amin sepupu kepada Syamsul Yusof. Ternyata Fattah Amin pernah menjadi kru penggambaran untuk Syamsul dan juga Datuk Yusof Haslam sebelum menyertai program Hero Remaja.

Fattah
Sumber: Portal

Fattah dan Syamsul rupanya pernah berlakon bersama dalam filem ‘KL Special Force’ yang pernah ditayangkan pada tahun 2018.

Bukan tu je, pelakon wanita Sabrina Ali juga merupakan sepupu kepada Syamsul… Kalau korang perasan, diorang berdua pun pernah berlakon sama-sama dalam filem ‘Munafik’…

4. Ella & Kaka Azraff (Ibu-anak saudara)

Ratu rock Malaysia Ella merupakan ibu saudara kepada penyanyi yang juga bersuara serak iaitu Kaka Azraff!

Kaka
Sumber: mStar

Buat sesiapa yang tak tahu, Kaka sendiri mendedahkan bahawa Ella sememangnya bersikap manja seperti yang sering ditunjuk pada orang awam. Bukan itu sahaja, Ella juga dikatakan sangat akrab dengan anak-anak saudaranya yang lain.

Dengar cerita Kaka sampai jadikan Ella sebagai inspirasi untuk mulakan langkah sebagai penyanyi sebelum ni…

5. Sherry Al-Hadad & Sharifah Shahirah (Ibu-anak saudara)

Kalau korang rajin tengok TV, mesti akan familiar dengan pengacara yang selalu menghiasi program-program TV, Sherry Al-Hadad.

Korang jangan terkejut pula kalau Sherry Al-Hadad atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad ni merupakan ibu saudara kepada pelakon dan juga pengacara iaitu Sharifah Shahirah!

Shery
Sumber: Portal

Walaupun Sherry lebih muda dari Sharifah Shahirah, namun Sherry sangat dihormati oleh anak buahnya itu. Malah, Sharifah Shahirah pernah mendedahkan bahawa sebelum Sherry mula dikenali, dia mengalami kesukaran bersama keluarganya.

Haaa, sekarang korang dah tahu kan? Terkejut tak? Kalau min, paling terkejut yang Fattah dengan Syamsul tu! Rupanya selama ni pusing-pusing situ juga family diorang ni…

Sumber: TikTokPortal Murai

Kredit:Lobak Merah

Selasa, 18 Januari 2022

Ini jawapan Shuib selepas dikaitkan bercinta dengan DSV

 


Selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu mengakui sedang mengenali wanita lain.

Bagaimanapun, Shuib mendedahkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida bukanlah individu yang sedang dikenali buat masa ini.

Kata Shuib lagi, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida atas urusan perniagaan makanan yang diusahakan bersama sejak arwah isterinya Siti Sarah masih ada lagi.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi,” katanya, seperti dilapor portal hiburan RotiKaya.

Menurut Shuib tidak mungkin mereka akan bercinta apatah lagi dia mencari individu yang sederhana serta mampu menjaga anaknya yang masih kecil.

“Tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” katanya.

Jelas Shuib lagi, siapa pun wanita yang akan menjadi jodohnya nanti perlu mendapat persetujuan daripada ibu serta anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, Vida berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bercinta dengan Shuib serta mengatakan pelawak itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

-negaramerdeka.com

Isnin, 17 Januari 2022

“Jangan Makin Cantik Sangat” – Shuk Risau Isteri Buka Hati Untuk Orang Lain?

 


Kontroversi rumahtangga pengacara dan pelawak, Shuk Sahar bukan satu rahsia lagi. Orang ramai sedia maklum mengenai pergolakan rumah tangganya apabila dia dikatakan berkali-kali ‘kantoi’ curang.

Malah, isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada November lalu mendedahkan mereka sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dan dalam proses cerai.

Baru-baru ini, isteri Shuk yang lebih mesra disapa Sera menarik perhatian ramai apabila dilihat semakin ‘glowing’, kurus dan cantik. Dia dipuji semakin berseri-seri semenjak hidup sendiri.

Di Instagram Story, Sera memuat naik screenshot mesej dipercayai daripada Shuk Sahar. Dalam mesej itu, penghantar memberi pesanan kepadanya supaya ‘jangan terlalu cantik’ dan jangan melayan DM.

isteri shuk
isteri shuk
isteri shuk
Shuk turut meminta maaf dan memohon Sera supaya tidak membuka hatinya untuk orang lain buat masa ini. Dia turut bertanya sama ada mereka masih mempunyai peluang untuk bersatu kembali.

Macam tu pula ya? Diharapkan supaya urusan kedua-duanya dipermudahkan.

Kredit: Instagram Rossa Sera

Sumber:ohmedia.my

Ahad, 16 Januari 2022

"Cantiknya Wife, Baru Tahu Yassin Dah Kahwin" Netizen Teruja ‘First Time’ Tengok Keluarga Yassin Senario





Sejak menyertai rancangan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Yassin Senario atau nama sebenarnya Yassin Yahya, 43, kembali menjadi bualan ramai.

Hampir tiga dekad dalam dunia seni, Yassin sememangnya pelawak yang masih relevan dalam dunia hiburan hingga ke hari ini bersama anggota Senario yang lain.

Namun satu perkara yang ramai tidak tahu mengenai dirinya, Yassin sememangnya jarang sekali mendedahkan tentang keluarganya di media sosial hingga ramai yang menyangka dia belum berkahwin dan ‘bujang terlajak’.

Namun baru-baru ini rakaman video di TikTok yang dikongsi di akaun Puteri Warda menjadi tular menunjukkan wanita itu bersama Yassin di dalam sebuah kereta.




Dalam video berdurasi 15 saat yang lain pula, Yassin yang berbaju kuning dilihat melayan anak dan isterinya menari.




Meninjau di ruangan komen, netizen dilihat begitu teruja dan terkejut kerana pertama kali melihat isteri dan anak Yassin. Ramai yang memuji kecomelan anak dan kecantikan isteri Yassin.














Selain terhibur melihat aksi Yassin "menampar nyamuk" di belakang anak dan isterinya, ada juga yang mengatakan wajah isteri Yassin persis pelakon Janna Nick.

Apa pun, semoga Yassin sekeluarga terus kekal bahagia hingga ke jannah. - CARI

“Saya pun rapat dengan anak-anaknya”, Shuib ada ciri lelaki idaman saya kata DS Vida.

 


Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib. 

Vida berkata, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini. 

“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwh Siti Sarah men1ngg4l dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi. 

“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,”katanya. 


Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu. 

“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan. 

“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,”katanya.


Sebelum ini, Vida juga sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.

Sumber: HMetro

Jumaat, 31 Disember 2021

“Dah sembuh, tak perlulah nampak nazak sangat” -Bonda Rozita selar tindakan Aliff Syukri

 PETALING JAYA: Ibu kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim tampil menyelar semula tindakan anak kesayangannya itu yang disifatkan sebagai ‘raja tular’.

Menurut Rozita, tahap kesihatan Aliff yang kini semakin baik namun seolah menunjukkan keadaan dirinya kini semakin teruk akibat jangkitan virus Covid-19, seperti yang dimaklumkan menerusi entri Instagram miliknya, sebelum ini.

“Kau memang raja viral kan! Memang Kri (nama panggilan Aliff) Covid-19 tahap tiga, tetapi sudah sembuh! Rasa sini mak hempuk kau Kri, masa berkongsi tangan itu memang disleksia tidak faham bahasa. Mak geram dengan kau Kri!

“Mak sound Ida (Datin Seri Shahida), Kri mak membuat panggilan, hantar pesanan tidak jawab. Semalam mak dah tegur ish itu, faham-fahamlah. Ini mak tegur secara terus, biar kau rasa.

“Nak sangat kan! Tular… mari mak kecam kau pula. Perkongsian minta maaf kepada netizen. Habis dekat mak tak nak minta maaf?” dedahnya di Instagram.

Mengulas lanjut, ibunya juga menasihati anak lelakinya itu agar berfikir dahulu sebelum sebelum memuat naik di media sosial.

“Kau jangan poyo sangat Syukri. Kau tidak ada kerja di sana, tangan gatal menaip bagai nak rak! Hadis dan doa mana Kri copy (salin).

“Selepas itu yang menjadi mangsa netizen mak, Ida serta keluarga yang tinggal ini! Kau jangan mencari fasal. Mak serang Kri di sana! Kau jangan ya.

“Sejak balik memang Kri sakit dan sekarang sudah sihat kan. Duduk di sana seorang jangan buat orang risau. Sudah sembuh pun tidak perlulah nampak sangat nazak,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, Aliff tampil memberi reaksi berhubung coretan panjang ibunya itu.

“Sampai hati mak cakap macam itu. Mak tidak kesian dengan kita ke? Hati saya terluka awak,” tulisnya di komen.

Sebelum ini, Aliff memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 tahap tiga dan sedang menerima rawatan lanjut kerana virus berkenaan sudah memberi kesan kepada sistem pernafasannya.

-Utusan Online

Selasa, 28 Disember 2021

Namewee terima royalti MACP 2021 tertinggi

 Pengerusi MACP, M Nasir bersama barisan pemenang yang memperoleh royalti terbanyak pada Anugerah MACP 2021. - NSTP/Owee Ah Chun

Pengerusi MACP, M Nasir bersama barisan pemenang yang memperoleh royalti terbanyak pada Anugerah MACP 2021. - NSTP/Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap dan komposer kontroversi, Namewee menewaskan Datuk M Nasir apabila dipilih sebagai penerima Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2021 yang diadakan di The Bee, Publika, petang ini.

Selain itu, Namewee atau nama sebenarnya, Huang Ming Zhi turut memenangi kategori Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi menerusi lagu berjudul Piao Xiang Bi Fang.

Dalam majlis yang berlangsung dalam suasana norma baharu itu, syarikat Luncai Emas terus mempertahankan kemenangan sebagai Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.

Bagi kategori Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi dimenangi Universal Music Publishing Sdn Bhd.

Penyanyi dan komposer berbakat besar, Zynakal dipilih sebagai penerima kategori Komposer Muda Berpotensi.

Lagu yang pernah dijulang sebagai Juara Lagu, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Sumpah dendangan Naim Daniel dan ciptaan Naim serta Omar K pula memenangi kategori Persembahan Lagu Melayu Terbanyak.

Dalam perkembangan sama, lagu ciptaan Edry Abd Halim berjudul I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida memenangi kategori Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak.

Sementara itu, lagu Drama Queen ciptaan Quasimofo dan lirik oleh Ka Xi memenangi Lagu Cina Dendangan Terbanyak.

Zynakal dipilih sebagai penerima kategori Komposer Muda Berpotensi pada Anugerah MACP 2021. - NSTP/Owee Ah Chun
Zynakal dipilih sebagai penerima kategori Komposer Muda Berpotensi pada Anugerah MACP 2021. - NSTP/Owee Ah Chun

Bagi kategori Lagu Tamil Dendangan Terbanyak dimenangi lagu Pogiren ciptaan Prashan dan lirik oleh Mugen Rao.

Bagi kategori Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak menjadi milik lagu Wei Da De Miao Xiao nyanyian dan ciptaan Lin Jun Jie dan lirik ditulis oleh Xiao Han.

Anugerah MACP adalah majlis penghargaan kepada penggiat seni yang menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri muzik tempatan.

Bagaimanapun, acara itu tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19, tahun lalu.

Ini adalah hasil royalti dikutip oleh MACP daripada persembahan muzik di stesen televisyen, radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.

-BH Online

Isnin, 27 Disember 2021

Rumah ditelan banjir, paru-paru Ebby Yus pula mungkin ditebuk

EBBY YUS

PETALING JAYA – Bukan mahu simpati tetapi pelakon dan pelawak, Ebby Yus mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar kesihatan tidak memburuk selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan masalah paru-paru berair sejak empat hari lalu. 

Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, berkata, dia baru sahaja selesai menjalani ujian imbasan sinar-X dan masih menunggu keputusan daripada doktor.

 Keadaan sekarang okey. Doktor cuma cakap paru-paru saya ada air dan setakat ini, saya perlu ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

“Harap-harap keputusan imbasan nanti ‘bersih’. Kalau tidak, besar kemungkinan, paru-paru kena cucuk atau tebuk untuk keluarkan air bagi mengelakkan apa-apa jangkitan yang lebih teruk.

“Saya harapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya. Saya taknaklah orang cakap saya cerita ini sebab nak raih simpati tapi saya percaya dengan kuasa doa, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” kata Ebby ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, Ebby yang cukup dikenali menerusi sitkom televisyen Simpang Tiga percaya, setiap yang berlaku dalam kehidupan seseorang terkandung hikmah tersendiri.

“Saya reda dengan takdir Allah. Tapi, saya reda bukan bermakna saya berpeluk tubuh. Saya percaya apa yang berlaku, ada hikmahnya.

“Kita merancang tetapi yang tentukan segala-galanya Allah SWT. Kalau Dia izinkan rasa sakit itu sembuh atau kepayahan hidup itu diangkat, dengan izin-Nya pasti ia akan berlaku,” katanya penuh optimis.

Terdahulu, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan lenyap dibawa arus banjir di Hulu Langat, Selangor.

Gara-gara kejadian tersebut, Ebby terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM200,000.

Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.

Pada Oktober lalu, dia mengikuti rombongan umrah ke Mekah namun mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan.– K! ONLINE

Sabtu, 27 November 2021

Tauke Jambu jawab isu kahwin lagi, jelaskan majlis berlaku dengan izin isteri

 

Beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan beberapa video memperlihatkan pelawak terkenal, Tauke Jambu berpakaian nikah disamping seorang wanita yang turut berbusana sedondon.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa Tauke dan wanita tersebut yang dikenali sebagai Shu telah bernikah memandangkan masing-masing bergambar di hadapan sebuah masjid.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan daripada kedua-dua belah pihak dan ia seakan menjadi tanda tanya kepada netizen berhubung rumah tangga Tauke dengan isterinya, Nadia Mohd Effendi.

Majlis mendapat restu isteri

Namun begitu, menerusi temu bual bersama Mstar, Tauke dan wanita yang dikenali sebagai Shu telah tampil menjelaskan hal sebenar.

Menurut pelawak itu, memang benar dia yang berada di majlis pernikahan tersebut dan apa yang dilakukannya mendapat restu daripada isterinya, Nadia.

Atas desakan netizen, umum hal sebenar

Menurut Tauke lagi, dia tidak berniat merahsiakan perkara tersebut namun berasa tidak selesa memandangkan sudah beberapa kali berkahwin. Akan tetapi, atas desakan daripada netizen, dia ikutkan sahaja kehendak mereka yang ingin mengetahui hal tersebut.

Hubungan semua baik2 saja

Dalam pada itu, wanita yang dikenali sebagai Shu itu juga menyatakan yang dia sama sekali tidak mempunyai masalah dengan perkahwinan ini kerana hubungannya dengan isteri Tauke juga baik-baik sahaja.

Isteri reda dengan majlis, tapi tak jawab soalan tentang dimadukan

Ditanya perihal penerimaan isterinya apabila dimadukan, Tauke memaklumkan yang Nadia meredai majlis tersebut dan sangat beruntung mempunyai isteri yang baik sepertinya. Namun, dia sama sekali tidak menjawab sama ada isterinya reda ataupun tidak jika dimadukan.

Dia juga menjelaskan tiada sebarang masalah antara mereka dalam perkahwinan ini dan semuanya dalam keadaan damai.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan video-video Tauke Jambu yang didakwa telah bernikah lagi dengan seorang wanita bernama Shu.

Wanita itu juga sebelum ini pernah viral susulan kontroversi sehingga mendapat perhatian ramai terutamanya pengguna TikTok.

Sumber: Mstar (Ali Toupan Rajali)

Kredit:ohmymedia.cc