"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 11 Mac 2024

"Negeri yang berdegar-degar syarah, duit gaji minta kat saya..."

 "Negeri yang berdegar-degar syarah, duit gaji minta kat saya..."

Saya gunakan istilah 'royalti' dalam penulisan ini sebagai suatu istilah umum yang paling mudah difahami oleh masyarakat awam bagi maksud bayaran hasil minyak kepada negeri-negeri yang menjadi pengeluar minyak.

Untuk lebih detail, saya tulis sikit kronologi royalti minyak Terengganu.

Terengganu mula menerima royalti minyak dari 1978 sehinggalah royalti dirampas pada tahun 2000 ketika PAS mentadbir Terengganu. Usul supaya tarik balik royalti ini diusulkan oleh Ketua Umno Bahagian Dungun dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 2000.

Royalti bermakna bayaran tunai langsung sebanyak 5% dari hasil petroleum oleh Petronas terus ke dalam akaun Kerajaan Negeri sebanyak 2 kali setahun, dilakukan pada bulan Mac dan September setiap tahun.

Selepas tahun 2000, tiada lagi bayaran langsung oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri. Wang Ehsan mula diperkenalkan. 5% yang sepatutnya diterima langsung oleh Kerajaan Negeri dari Petronas telah diambil oleh Kerajaan Pusat dan disalurkan kepada JPP dan agensi Pusat lain. Tiada lagi penyaluran terus dari Petronas kepada akaun negeri sebagaimana maksud royalti yang asal.

Apabila BN kembali memerintah Terengganu pada 2004, wang ehsan disalurkan kepada Kerajaan Negeri oleh MOF samada dalam bentuk tunai atau pun perlaksanaan projek. Antaranya kos pembinaan LPT2 sebanyak RM1.8 bilion adalah menggunakan duit minyak hak Negeri Terengganu. Sehingga sekarang Kerajaan Pusat masih terhutang RM1.4b kos pembinaan LPT2 kepada Kerajaan Terengganu. Malah duit minyak Terengganu juga digunakan untuk pelbagai projek pembangunan perumahan di negeri-negeri lain.

Apabila PAS mengambil alih pentadbiran negeri pada 2018, bayaran hasil minyak kepada Terengganu dikenali sebagai 'Wang Tunai Petroleum' pada zaman Kerajaan Tun M sebagai PM dengan dipotong 25% sebagai bayaran hutang Negeri kepada Pusat tinggalan Kerajaan lepas sebanyak RM800j. Sebanyak RM600j bayaran hasil minyak Terengganu sempat dipotong oleh Kerajaan Pusat zaman LGE jadi MOF. Dalam masa yang sama, RM1.4b hutang LPT2 Kerajaan Pusat kepada Terengganu masih tak terusik.

Apabila berlaku perubahan Kerajaan Pusat selepas 22 bulan PH memerintah, TSMY menjadi PM, bayaran hasil minyak kepada Terengganu dikenali sebagai 'Dana Khas Kerajaan Persekutuan' (DKKP). Bayaran diteruskan apabila DSIS mengambil alih teraju pentadbiran negara.

Selepas PRU 15 pada November 2022, Kerajaan Pusat pimpinan PMX mentadbir negara. Bulan Februari 2023, dalam pembentangan Belanjawan 2023 PMX menyatakan bahawa wang hasil minyak akan disalurkan kepada Terengganu setelah dipotong sebahagiannya untuk program basmi kemiskinan. Berapa nak dipotong? Dalam pertemuan dengan MB Terengganu, PMX memaklumkan bahawa jumlah yang akan dipotong antara 6-7%. Potongan dibuat tanpa berunding dengan Kerajaan Terengganu untuk apa duit potongan itu akan dibelanjakan. Itu pun suatu tindakan yang tidak menghormati semangat federalisma. Kerajaan Pusat boleh berunding dengan Sabah dan Sarawak tapi kenapa tidak dengan Terengganu?

Bulan Mac 2023 sepatutnya pembayaran royalti dibuat untuk separuh pertama tahun 2023 tapi tak dibuat. PMX janjikan pula bahawa royalti akan dibayar selepas Pilihanraya Umum Negeri pada Ogos 2023. Kita tunggu selepas PRU Negeri, tetap juga tak dibayar. 

Setiap bulan pihak Kewangan Negeri perlu memohon dengan Perbendaharaan Negara dengan mengemukakan pelbagai dokumen. Antaranya, perlu dinyatakan apakah kegunaan wang yang dimohon seperti untuk bayaran gaji dan lain-lain. Kita nak minta hak kita tapi perlu bagitahu nak buat apa. Setiap bulan dapatlah sekitar RM50j yang cukup untuk bayar gaji sedangkan hak Terengganu dari hasil minyak adalah sekitar 1.5-1.6 bilion setahun.

Janji PMX nak potong 6-7% sahaja, bakinya akan dibayar kepada Terengganu. 

Dengan penyaluran sekitar RM50j sebulan, tolak yang nak dipotong 6-7%, kita boleh kira sendiri secara kasar berapa lagi wang hak Terengganu yang masih berbaki bagi tahun 2023.

Kerajaan Persekutuan juga pernah hantar pihak audit untuk periksa akaun Kerajaan Negeri tapi tak jumpa apa-apa perbelanjaan wang yang menyalahi tatacara pengurusan kewangan.

Sekarang sudah bulan Mac 2024, sepatutnya Terengganu dapat bayaran wang hasil minyak bagi separuh pertama tahu 2024. Kami masih menunggu.

Persoalannya, apa yang PMX dapat dengan menafikan hak 1.2 juta rakyat Terengganu? Apakah rakyat Terengganu perlu dihukum kerana kesalahan kami tidak memilih PH/BN yang telah memberikan mereka angka sifar dalam pilihanraya umum dan pilihanraya negeri serta pilihanraya kecil? Hasil dikaut dari perut bumi Terengganu tapi penduduknya dizalimi. 

PMX pernah kata,

"Negeri yang berdegar-degar syarah!

Gaji pun minta kat saya!"

Duit yang Terengganu tuntut ialah hak rakyat Terengganu dari hasil petroleum. Bukan mengemis untuk bayar gaji Dato' Seri PM. Tak kisahlah samada atas nama Royalti, Dana Khas Petroleum atau Wang Ehsan, yang penting hak rakyat Terengganu wajib disalurkan. Dato' Seri dulu ketika jadi pembangkang pernah janji nak bagi 20% royalti. Tapi Terengganu tak tuntut pun 20%. Hanya minta hak kami 5% sahaja. Pelbagai pertemuan dan perbincangan telah dibuat oleh YAB MB Terengganu bersama PM tapi natijahnya masih sama.

Dato' Seri seorang pejuang hak rakyat dari zaman muda lagi. Maka tak sayugia rakyat Terengganu didera hanya kerana kami membuat keputusan tidak memilih parti Dato' Seri dalam PRU. Dengan jiwa besar seorang negarawan, Dato' Seri perlu hormati pilihan rakyat. 

Ringkasnya samada istilah Royalti atau Wang Ehsan atau Wang Tunai Petroleum atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan, kesimpulannya Terengganu memang berhak menerima sejumlah bayaran dari hasil petroleum yang diambil dari Perairan Terengganu. Bagi kami apa istilah yang digunakan itu tak penting. Tapi wang hak rakyat Terengganu wajib dibayar.

Dr Azman Ibrahim

https://m.facebook.com/share/foaHxFT9XQec3xJx/?mibextid=WC7FNe

Sabtu, 9 Mac 2024

Prima Baguz:Permata Yang Hilang

 PERMATA YANG HILANG

Korang pernah dengar tak nama company ni. Prima Baguz !!!

1. Syarikat ni buat produk daging dan bukan daging

2. Sosej, patties , streaky dan lain lain

3. Halal !!

4. Kilang kat Bandar Baru Bangi

5. Power kan

6. Di asaskan pada tahun 1987

7. Mereka ni lah supplier pada A&W, Burger King, Subway, Domino Pizza dan mcm mcm lagi Brand power

8. Saya pernah masuk kilang Prima Baguz ni.. Buat lawatan tahun 2018

9. Canggih !!! Diaorang ada mesin pembuatan yang hebat... Semua teknologi luar negara

10. Punya hebat, mesin tu kita masukkan daging beku keras mcm batu

11. Mesin tu akan mince sendiri daging beku jadi halus, mix dgn rempah, proses jadi bentuk patty burger , bekukan semula dan keluar siap dah beku... Semua dalam satu line production

12. Automatik… 

13. Dan kilang super bersih

14. Gempak giler (orang yang dalam industri burger akan sangat kagum dgn mesin ni)

15. Selain burger patties...diaorang ada mcm mcm produk

16. So apa yang permata hilang nya ??

17. Syarikat ni di asaskan oleh oleh Datuk Jamaluddin Abdul Kadir  

18. Tapi , ya lah bisnes mencabar... Syarikat ni berpindah milik banyak kali

19. Pada tahun 2013...Ekuinas...yang merupakan salah satu syarikat pelabur milik kerajaan Malaysia decide nak beli brand ni sebagai pelaburan

20. Diaorang beli dari Prima Agri Products Sdn Bhd, pada nilai RM 40 Juta

21. Masa ni first time Ekuinas masuk bisnes manufacturing 

22. Dah masuk diaorang tak duduk diam... diaorang invest upgrade machine dan cari sales... Tu yang saya jumpa mesin power tu

23. Tapi...... ntah saya tak tahu kenapa

24. Tahun 2020 , Ekuinas buat something yang agak mengecewakan bagi saya

25. Diaorang jual Prima Baguz… bukan sebahagian tapi 100% 

26. Bagus la jual...Ekuinas (Rakyat Malaysia) dapat untung... 

27. Sebab dia jual pada harga 175 Juta... untung banyak kali ganda kan

28. Ok la kan... Saya suka part ni… beli 40 jual 175… Orang Ekuinas mmg bijak melabur

29. Tapi yang kecewa... hmmm ... orang yang beli tu

30. Yang beli ni sebuah syarikat dari USA

31. Nama syarikat ni Johnsonville

32. Diaorang barhasrat nak bertapak di Asia dan Timur Tengah. So diaorang nak ada Halal Hub 

33. Omputeh nampak saiz market Halal… Dia pun nak tumpang sekaki

34. Johnsonville ni mmg big company 

35. Main product dia sebelum ni memang buat sosej

36. Ditubuhkan sejak 1945... 

37. Selain pengilangan makanan... Johsonville juga adalah penternak khinzir komersil terbesar di USA. Setiap hari diaorang boleh keluarkan 3400 ekor khinzir. 

38. Lebih kurang 1.2 Juta ekor khinzir di keluarkan dari ladang ternakan Johnsonvile

39. Itu bisnes mereka... takper la... 

40. Dan saya terima, untuk Ekuinas... keputusan untuk jual adalah untuk dapatkan hasil dari pelaburan awal mereka. Mereka telah bawa keuntungan kepada rakyat Malaysia

41. Cuma..

42. Kalau lah... di tetapkan jualan syarikat Malaysia dgn Jenama power ni .... di khusus kan untuk pembeli dari Malaysia sahaja... Dan kekal kan integriti Halal termasuk pemilikkan nya...

43. Kan lebih baik...

44. Sekarang jenama Prima Baguz, di miliki oleh syarikat luar negara. 

45. Ramai pekerja pun orang Malaysia 

46. Menguruskan perkara halal haram makanan dalam negara kita... dgn fokus nak menguasai pasaran Halal di Asia dan Timur Tengah

47. But now, terpaksa la patuh pada orang Asing... apa jua keputusan mereka... termasuk berkenaan hal halal haram... kini bukan di tangan rakyat Malaysia

48. Prima Baguz sepatutnya jadi asset bernilai dalam negara

49. Sekarang, ianya sekadar alat untuk orang luar menguasai pasaran 

50. Sayang..... Permata yang hilang

51. Harap tak salah faham..Saya tak salah kan Johnsonville, mereka adalah bisnes berjaya.. Dan mereka mengatur stategi dgn baik. 

52. Dari aspek keusahawanan...kejayaan mereka sangat sangat patut di contohi... Johnsonville dulu pun start dari kedai butcher kecik je…Boleh jadi big giant

53. Cuma...saya rasa kehilangan keupayaan dalam negara tu...menyedihkan.... Biz mereka masih rancak dan Prima Baguz masih hasilkan dan jual produk berkualiti… antara yang terbaik di Malaysia… cuma boss dia dah bukan org Malaysia la

54. Tak banyak beza perasaan saya tengok brand ni dgn melihat Melaka kena jajah ... Semua atas dasar "Foreign Investment"

55. But... saya bukan orang pandai...maybe ada hikmah di sebalik semua in. 

56. Maybe mereka yang membuat keputusan dulu nampak faedah besar perkara ini untuk negara. Wallahualam. Saya tiada di sana maka tak adil untuk saya menghukum... Cuma kesal kehilangan semata mata

57. Saya menulis tentang dunia F&B dan perkongsian pengalaman saya sendiri. Banyak lagi content cenggini kat FB saya 

#NAZDAIM

9 Mac 2024,11.52am

Jumaat, 8 Mac 2024

"Mencuri" dan "menipu" dalam berniaga itu benar...

 "Mencuri" dan "menipu" dalam berniaga itu benar...

Kalau dah naikkan harga, maka kuantiti kena remain...yakni kekalkan kuantiti sebab orang dah bayar dengan harga baru...

Kalau naikkan harga, kurangkan kuantiti, kecilkan plastik dan lebihkan ais daripada air, maka ni dah kira mencuri dan menipu dalam berniaga...

Barang mahal kita faham, modal tinggi kita faham...tapi harga dah dinaikkan...makanya harga baru dah cover kos brg mentah dan modal semua tu...

Jgn kaut untung atas untung dgn cara berniaga mcm ni...pembeli akan rasa teraniaya sebab bayar harga baru, tp tak dapat barang seperti yg dahulu...

Ingat ya wahai peniaga sekalian..."mencuri" dan "menipu" dalam berniaga tu berdosa...

Berniagalah mengikut syariat Islam...✌️

Sumber : Firdaus Shakirin

Khamis, 7 Mac 2024

Kisah Benar:Operasi sulit penangkapan Yeong Nam oleh F Team

 


Sambungan kepada cerita Yeong Nam semalam...sebenarnya bukan sambungan tapi versi yang lebih lengkap mengenai cerita penangkapan Yeong Nam...

Hari ni atok nak bawa satu lagi cerita mengenai operasi sulit untuk menawan hidup2 satu gerombolan komunis dari 5th AWF yang berada di kawasan Bentong Pahang. Peristiwa berlaku pada Mac 1988. Jumlah komunis lebih kurang 10 orang, ketuanya bernama Yeong Nam. Kumpulan inì sangat licik, sangat mahir dengan selok belok dalam hutan di sekitar Bentong hingga ke Bukit Frazer...rekod menunjukkan amat sukar untuk menjejak dan menawan kumpulan ini..

 Dalam tahun 1977 satu operasi besaran2 pernah diadakan di kawasan Bukit Tinggi di panggil Op Jala Raja di mana tenaga 5 battalion tentera lebih kurang 5 orang telah digunakan untuk mengepung Komunis no1 Chong Chor,  operasi itu telah digagalkan oleh CT Yeong Nam kerana beliaulah yang menyelamatkan Chong Chor dengan membawanya keluar dari kawasan kepungan tentera. Cerita mengenai Op Jala Raja atok akan cerita di lain masa 

Yeong Nam memang kerap mengada pehubungan dengan bos besarnya Chong Chor dan Chong Chor amat percaya kepadanya...Chong Chor menganggap dia sebagai orang nombor dua paling kanan.

Suatu hari pada awal  1988 F Team melalui risikannya telah mendapat maklumat bahawa Yeong Nam akan keluar dari hutan untuk mengadakan perjumpaan dengan bosnya Chong Chor di dalam bandar Kuala Lumpur...jangan ingat  komunis hanya duduk dalam hutan saja. Kadang2 mereka keluar ke bandar dan berĺagak macam orang biasa seolah2 dunia ni dia yang punya...kita puas mengejarnya dalam hutan rupanya dia bersenang2 dalam bandar...di Jalan Tuanku Abdul Rahman pulak tu...

Yeong Nam nak jumpa Chong Chor sebab nak bincang pasal satu projek besar membuat huru hara di  Genting Highland. Mereka merancang nak meletupkan dan memutuskàn jalan naik ke Genting. Juga termasuk dalam rancangan mereka ialah untuķ menahan sebuah bas perlancongan dan meletupkanñya dan membakarnya ditengah2 jalan. Sebenarnya tujuan membuat huru hara hanyalah satu decoy bagi memesongkan perhatian pihak keselamatan kerana Chong Chor bercadang naik keretapi dari Kuala Lumpur menuju Bangkok bertemu bos2 besarnya iaitu PKM Central Commitee yang bertapak di sana...cerita pasal rancangan Chong Chor ini mungkin atok cerita di lain masa...hari ni cerita Yeong Nam saja.

Namun Cawangan Khas lebih cekap, kita sudah menghidu perancangan ini, kita juga telah tahu awal yang Yeong Nam akan keluar hutan untuk menemui Chong Chor...Cawangan Khas menggunakan segala kepakarannya untuk mengesan Yeong Nam dan Chong Chor....dan berjaya mengesan mereka di kawasan Balakong. Selepas membuat pemerhatian selama beberapa hari,  Yeong Nam bersama bosnya Chong Chor kelihatan  menaiki  sebuah sebuah kereta Mitsubishi Supertouring . Ada 3 orang dalam kereta itu, seorang   anggota Underground Komunis sebagai pemandu, Chong Chor dan Yeong Nam di tempat duduk belakang...

Cawangan Khas terus mengekori mereka hingga sampai ke sebuah kedai buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan Globe Silk Store....kereta itu telah berhenti, pemandunya keluar untuk masuk dalam kedai buku, enjin kereta masih berjalan...Pasukan F Team sedia bertindak...Tuan Kamaruddin Hashim @Kenny selaku ketua operasi,  beliau mengarahkan  anggota2 segera bertindak... lantas mereka menerpa, buka kedua2 pintu kereta serentak dan menangkap Chong Chor dan Yeong Nam.  CT Chong Chor yang memakai topi baseball tidak melawan dan dia pun tidak bersenjata. CT Yeong Nam cuba melawan sebab dia ada memegang pistol di atas ribanya, namun F Team lebih pantas menewaskannya sebelum sempat dia melepaskan tembakan...

Kejayaan ini adaĺah titik permulaan operasi terbesar Cawangan Khas menghancurkan perjuangan bersenjata komunis iaitu Op Ta Loong...atok akan cerita mengenai Op Ta Loong di kemudian hari....

Chong Chor dan Yeong Nam segera dilarikan ke markas Cawangan Khas dan soalsiasat bermula. Dari soalsiasat ke atas Yeong Nam team interrogasi memperolehi maklumat yang pasukan 5th AWF di bawah jagaannm Yeong Nam sedang berada dalam satu khemah di kaki gunung Genting Highlands kawasan sebelah Selangor.  

F Team mula merancang untuk menawan 9 orang Pengganas Komunis dari 5th AWF itu...pada 4 Mac 1988 rancangan dilaksanakan...Yeong Nam diminta menulis sepucuk surat dituju kepada pengikutnya yang berada di kaki gunung Genting Highland,  surat itu menyatakan dia berada dalam keadaan selamat di Kuala Lumpur  dan telah berjaya berjumpa dengan bosnya  Chong Chor dan kini dia sedang menunggu arahan dari Chong Chor untuk melaksanakan projek sabotaj jalan naik ke Genting. 

Surat itu dibawakan oleh seorang anggota bekas pengganas yang telah ditawan oleh F Team di hutan Telemong  pada tahun 1977. Beliau telah dineutralisasikan  dan kini berkerja untuk F Team.  Bersama surat itu, F Team menyertakan  sebungkus besar kueh pau yang sangat ènak kononnya pau itu telah dibeli sendiri oleh Yeong Nam untuk merayakan keberhasilàn perjumpaannya dengan Chong Chor ...tapi dalam pau itu telah disumbat secukupnya dengan ubat tidur, kalau makan mesti tertidur kao2 punya...

Orang kepercayaan F Team itu telah masuk ke hutan menuju kawasan khemah 5th AWF jam 5.00 petang...Kenny bersama 5 angota F Team menyusul 1 jam kemudian. Mereka masuk penuh waspada, setiap langkah senyap dan berhati2.  Perjalanan tidak mudah...mula2 berjumpa curam yang sangat tegak...menurun curam nun jauh ke bawah jumpa pulak anak sungai.  Mereka berjumpa pembawa surat  di situ, dia  sedia menunggu dengan bungkusan kuih pau...lepas gelap baru mereka menghampiri khemah Pengganas yang  melepasi sungai ...ia kelìhatan nun diatas bukit setinggi 150 kaki dari tebing sungai.  Pergerakan F Team perlu sangat berhati2 dan senyap sunyi, setiap langkah perlu merangkak....akhirnya mereka sampai dekat dengan khemah...kelihatan  seorang Pengganas sebagai sentri di luar khemah, yang lain berada di dalam khemah.

Pembawa surat  diberikan satu alat   penyampai isyarat untuk beritahu ok.  Jam 8.30 malam dia berjalan masuk kedalam khemah seorang diri membawa sura  pau...satu jam kemudian datang isyarat dari dia, berkelip2 lampunya...Kenny memasang telinga dengan teliti...sah sudah senyap sunyi, tiada lagi bunyi suara, tiada lagi geĺak ketawa...beliau pasti  Pengganas sudah nyenyak dilamun mimpi....

Kenny dan team mara lebih dekat...tinggal satu lagi halangan,  iaitu sentri yang berseorangan. Nasib baik source pandai memain peranan...dia datang ke arah sentri berpura2 nak buang air kecil, dia berbual dengan sentri...kedudukan sentri membelakangi Kenny...source memberi isyarat dengan tangan untuk bertindak, Kenny menerkam...sekali pulas lehernya sentri terus pengsan.

Mereka masuk ke dalam khemah melihat Pengganas terbaring di sana sini, ada yang mononggeng, ada yang tertiarap, semua nyenyak tidur...

Begitulah mudahnya F Team menawan satu gerombolan Pengganas Komunis yang sangat licik, yang sangat pakar dalam perjuangan bersenjata di hutan, dan yang sangat mahir dengan  setiap inci tanah di seluruh kawasan hutan Bentong hingga ke Bukit Frazer...inilah juga pasukan yang telah melepasi kepungan 5 batalion tentera pada tahun 1977 dalam Op Jala Raja dan membantu Chong Chor memboloskan diri dari kepungan...mereka tewas dengan hanya bermodalkan beberapa biji kueh pau yang dihadiahkan oleh F Team...

Justeru Kenny dan rakan2 mengikat semua Pengganas,  mereka dipikul keluar dari hutan....di pertengahan jalan baru berjumpa pasukan sokongan F Team untuk bantu mengusung mereka keluar.... Kenny sendiri terpaksa memikul seorang orang pengganas dan mengheret seorang lagi.  Pengganas dibawa dengan truk ke markas F Team...Sampai di markas semua Pengganas itu masih lena dibuai mimpi...

F Team kekal di kawasan khemah itu selama 48 jam lagi untuk kerja2 pembersihan. Semua senjata mereka termasuk bom dapat dirampas. Yang paling menggerunkan  mereka menjumpai 2 peti besar mengandungi sejumlah bahan peletup plastik bersama detonator yang bukan sahaja mampu meletupkan jalanraya   malahan juga mampu meranapkan bangunan2 tinggi di Genting Highland resort. Bayangksn apa boleh berĺaku jika F Team tidak berjaya menawan 5th AWF ini....

Akan datang atok mungkin akan tumpu kepada penangkapan Chong  Chor dan operasi2 besar seterusnya di bawah Op Ta Loong hingga membawa kepada penawanan bèrpuluh2 lagi Pengganas tegar di bawah payung 5th Assault Unit dan ia kemudian yang membawa kepada penamatan perjuangan bersenjata PKM...seterusnya rakyat Malaysia dapat menikmati keadaan sejahtera,  aman damai bebas dari serangan2 komunis....

Sebelum menamatkan bicara...atok sekali lagi ingin menegaskan....memang benar semua pihak termasuk tentera, polis hutan, komando, vat 69 dan lain2 agensi telah sama2 menyumbañg tenaga dalam pèrjuangan menentang komunis dan masing2 ada mencapai kejayaan di bidang masing2...terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Namun cerita2 atok mengenai pèrjuangan F Team hanya sekadar pembuka mata bahawa di sebalik kejayaan Pasukan2 keselamatan itu ada satu pasukan yang teĺah menyumbang dengan banyak sekali yang mana orang ramai tidak pernah mengetahuinya. Segala tindak tanduk mereka di rahsiakan, malah kewujudan  mereka juga tak di ketahui  umum. Misalnya, cerita yang atok tulis hari ini tak pernah diketahui oleh sesiapa pun. Namun pada tahun 2016  Arkeb negara mengistiharkan fail2 F Team di turun taraf klasifikasi nya dan projek2 F Team itu telah boleh disebar untuk pengetahuan umum...itu pun selepas 2 tahun Kenny secara peribadi berusaha membuat permohonan kepada pengurusan PDRM  dan Arkeb Negara dan Arkeb Negara pula mengambil masa 2 tahun untuk membuat keputusan...

Mungkin selepas ini tuan2 sendiri boleh ñampak banyak mana F Team telah menyumbang dan apakah impak tindakannya kepada perjuangan bersenjata PKM.

Nukilan Zahriman Alias

Artikel Berkaitan: Kisah benar:Penangkapan Chong Chor Ketua Angkatan Bersenjata PKM bersama orang kuatnya Yeong Nam di depan Globe Silk Store

Rabu, 6 Mac 2024

Kisah benar:Penangkapan Chong Chor Ketua Angkatan Bersenjata PKM bersama orang kuatnya Yeong Nam di depan Globe Silk Store

 


Beberapa hari lepas atok buat cerita pasal penangkapan Chong Chor Ketua Angkatan Bersenjata PKM bersama orang kuatnya Yeong Nam di depan Globe Silk Store...hari ni atok nak cerita sikit pasal Yeong Nam dan tunjuk wajah dia.

Inilah wajah CT Yeong Nam orang kuat CT Chong Chor,  orang yang sangat dia percayai dan menjadi orang paling kanan di bawah pemerintahan nya. Yeong Nam mengetuai 5th Armed Work Force AWF yang beroperasi di kawasan hutan di kaki Genting Highland, Bukit Tinggi hingga ke Bentong. Dia amat mahir selok belok dalam hutan di bawah jagaannya, semasa pihak tentera menghantar 5000 tentera untuk menjejak Chong Chor di hutan Janda Baik di dalam Op Jala Raja, dialah menjadi penyelamat Chong Chor  dan membawa Chong Chor keluar dari kepungan tentera. Dia juga pernah membuat  rancangan dan persiapan untuk mengebom jalan naik ke Genting Highland,  termasuk merancang untuk menahan bas pelancong dan membakarnya di jalanraya pertengahan gunung . 

Dan untuk melaksanakan rancangan tersebut lah, pada awal Mac 1988 dia membuat perjumpaan dengan Chong Chor di Balakong Cheras.  

Mujur Kenny  berjaya mengesan dan  menangkap kedua2 Chong Chor dan Yeong Nam pada 2 Mac 1988. Yang bagusnya, pengikut2 Yeong Nam tidak sedar ketua mereka telah ditangkap oleh Kenny,  lalu Kenny mengatur satu rancangan yang sangat bijak ...Kenny menggunakn khidmat seorang bekas tawanan Komunis yang di tawan di kem Telemong tahun 1977 untuk menghantar kueh pau mengandungi ubat tidur kepada anggota 5th AWF yang sedang berkhemah di dalam hutan di bawah Genting Highland.... Pengganas Komunis makan kueh pau kenyang2, 1 jam setengah kemudian Kenny bersama 5 anggota F Team masuk ke kem itu, menjumpai 8 orang Pengganas menonggeng2 tidur lena kenyang makan pau mengandungi ubat tidur. F Team usung mereka keluar hutan bawak balik ke markas, sampai di markas pengganas masih tidur nyenyak dibuai mimpi.

Kisah ini panjang dan detail tapi atok buat cerita yang ringkas je.

Cerita ini benar belaka dan sukar dipercayai, mungkin CIA pun tak dapat melakukannya melainkan cerita dalam panggung wayang. Patutlah, pihak antara bangsa mengiktiraf Polis Malaysia terbaik di dunia, kerana ia satu2 nya pasukan yang dapat mengalahkan perjuangan Kominis bersenjata.

Sumber asal:FB Zahriman Alias

#Untuk maklumat lebih detail selanjutnya anda boleh layari laman FB pemilik asal.Tq

Isnin, 4 Mac 2024

Bolehkah sebut Rabbighfirli sebelum menyebut Amin selepas fatihah ketika solat?

 SEBUT RABBIGHFIRLI SEBELUM AMIN

SOALAN :

Apakah hukumnya menyebut رَبِّ اغْفِرْ لِي selepas selesai membaca surah fatihah sebelum mengucap amin kerana saya ada setengah orang membacanya?

Dan setengah orang membaca dengan lebih panjang yaitu رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ apakah hukumnya?

JAWAPAN :

Pada masalah ini setengah ulamak tidak menyebutnya di dalam kitab-kitab mereka dan sebahagiannya berkata dengan harus menyebutnya.

Berkata fuqahak yang mengharuskan menyebutnya adalah selepas seorang itu membaca surah Al-Fatihah sebelum menyebut amin adalah harus jika dia hendak membaca doa seperti membaca رَبِّ اغْفِرْ لِي yang bermaksud wahai Tuhanku ampunilah bagiku dan kemudian dari dia membaca doa ini barulah dia menyebut perkatan آمِينَ.

Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami menyebut di dalam Kitab At-Tuhfah :

يَنْبَغِي اسْتِثْنَاءُ نَحْوِ رَبِّ اغْفِرْ لِي لِلْخَبَرِ الْحَسَنِ أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَقِبَ الضَّالِّينَ رَبِّ اغْفِرْ لِي آمِينَ

Artinya : “Sayugia dikecualikan akan ucapan رَبِّ اغْفِرْ لِي kerana hadith yang hasan sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam menyebut selepas selesai membaca الضَّالِّينَ akan bacaan رَبِّ اغْفِرْ لِي kemudian baginda menyebut آمِينَ.

Maksud dikecualikan itu ialah pada masalah seseorang yang telah membaca bacaan yang lain selepas membaca fatihah sebelum menyebut amin maka luputlah tempat disunatkan membaca amin melainkan sebab membaca رَبِّ اغْفِرْ لِي maka masih disunatkan menyebut amin selepasnya. 

Dan jika seorang itu mendoakan lebih dari رَبِّ اغْفِرْ لِي seperti dikatanya رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ maka hukumnya adalah harus.

Berkata Syeikh Ali As-Syubramallisi :

لَوْ زَادَ عَلَى ذَلِكَ وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ لَمْ يَضُرَّ أَيْضًا

Artinya : “Kalau seorang itu menambah atas رَبِّ اغْفِرْ لِي akan lafaz وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ maka ia tidaklah memberi mudarat juga.” (Kitab Hasyiah An-Nihayah)

Dan adalah membaca رَبِّ اغْفِرْ لِي ini hanyalah bagi mereka yang membaca fatihah olih itu jika seorang itu hanya mendengar orang lain membaca yang fatihah maka tiadalah atasnya membaca رَبِّ اغْفِرْ لِي.

Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Hadhrami :

وَقَوْلُ رَبِّ اغْفِرْ لِي مَطْلُوْبٌ مِنَ الْقَارِئِ فَقَطْ فِى السَّكْتَةِ بَيْنَ آخِرِ الْفَاتِحَةِ وَآمِيْنَ

Artinya : “Dan ucapan رَبِّ اغْفِرْ لِي hanya dituntut dari orang yang membaca fatihah sahaja ketika diam antara akhir fatihah dan آمِيْنَ.” (Kitab Bughyah Al-Mustarsyidin)

Kesimpulannya siapa yang membaca rabbighfirli sebelum menyebut amin itu hukumnya adalah dibolehkan kerana sebahagian fuqahak mengharuskannya dan siapa yang tidak menyebutnya maka tidaklah mengapa. 

wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

Ahad, 3 Mac 2024

"Kerajaan Reman, Lenyapnya Sebuah Negeri Melayu Kerana Perjanjian Inggeris-Siam."

 "Kerajaan Reman, Lenyapnya Sebuah Negeri Melayu Kerana Perjanjian Inggeris-Siam."

Kerajaan Reman juga dikenal sebagai Ramak, Rahman, Raman. Pernah menjadi salah sebuah daripada 7 buah negeri Persekutuan Pattani Besar, di antara 1810 hingga 1902. Tuan Long Mansur, kerabat dari Pattani, memerintah Reman hingga 1810.

Asal usul nama negeri ni datang daripada perkataan bahasa Melayu Patani iaitu ‘rama’ bermaksud 'satu perhimpunan besar, merujuk kepada pertambahan penduduk di sana menjelang akhir kurun ke-18.

Gerik ialah ibu negeri kepada Kerajaan Reman. Kerajaan Reman pernah mendominasi dan mengusahakan kawasan Kelian Intan sebagai lombong bijih timah sehingga tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Perak.

Reman diperintah oleh empat pemerintah yang merupakan waris dari Tuan Tok Nik Tok Leh (1810-1836M), Tuan Nik Ulu/Tuan Kundur (1849-1867M), Tuan Timur (1867-1875M) dan yang terakhir iaitu Tengku Abdul Kandis/Tuan Jagung (1875-1901M).

Mengikut sumber dari buku Hulu Perak, Kerajaan Reman bermula awal abad ke-19 apabila seorang kerabat raja Patani iaitu Tuan Tok Nik Tok Leh angkat dirinya sebagai raja di Reman.

Reman asalnya sebahagian daripada wilayah Patani mula berpecah akibat tekanan dari Siam dan menubuhkan kerajaan sendiri.

Hujung abad ke-19 menyaksikan berlakunya perang saudara di Lenggong. Dalam usaha Reman untuk mendapatkan kemerdekaan, Tuan Lebih Long Raya iaitu putera bongsu kepada Raja Reman dengan Permaisuri Cik Neng telah ditangkap oleh kerajaan Siam pada tahun 1899, dan dibunuh di Bangkok. 

Perang saudara ni berlaku akibat hasutan dan tindakan melaga-lagakan daripada pihak Kerajaan Sukothai dan British, yang mahu menguasai negeri Melayu.

Pada 1882, perseteruan antara Reman dan Perak berakhir apabila perjanjian persempadanan dibuat.

Kerajaan British yang mewakili Perak dan Tuan Jagung (Raja Reman) yang mewakili Siam, bersetuju bahawa Bukit Nak Sah (nak disahkan satu perjanjian) sebagai sempadan baru. 

Pada 1899, satu lagi perjanjian dibuat dengan meletakkan Kerunai di utara Gerik sebagai sempadan. Salah-satu batu sempadan Kerajaan Reman masih terdapat di Pulau Tali Kail.

Sehingga 1909, persempadanan Reman merangkumi daerah Yala, Hulu Perak dan Ulu Kelantan. 

Kerajaan Reman dimansuhkan pada tahun 1902 dan ditadbir terus dari Bangkok. Kerajaan Siam hapuskan sistem pemerintahan beraja bawah pemerintahan Raja Reman dan serahkan daerah Hulu Perak kepada kerajaan Perak yang berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.

Perjanjian Bangkok 1909 memisahkan negeri Reman di mana bahagian Yala menjadi sebahagian Thailand, manakala Lenggong, Gerik dan Kroh di bawah British dimasukkan ke dalam pentadbiran Perak. Meskipun ramai orang Kelantan menetap di Reman, tetapi dialek Reman berbeza dengan dialek Kelantan.

Oleh: Azizul Farhan

Kredit: The Patriots Studios 

Sumber:Fb Bangsa Melayu Nusantara 

__

Tipu helah Inggeris - Siam menyebabkan banyak kerajaan Melayu telah lenyap ditelan zaman seperti Kerajaan Setul, Singgora, dan Patani yang telah menjadi wilayah Siam. 

#Reman

#Anglo1909


#CelikSejarah

#CaknaWarisan

Sabtu, 2 Mac 2024

Cara politik “Scrape off” telah hanguskan duit rakyat Ratusan Juta.


 Politik "Scrape Off”. Semasa sesi penyerahan Pasar Payang yang baru disiapkan semalam, Dr Sam tidak segan silu mengakui Pasar Payang yang baru siap adalah projek yang dimulakan oleh pentadbiran yang lalu. 

Cara politik “Scrape off” telah hanguskan duit rakyat Ratusan Juta. Berikut kita senaraikan 2 projek utama.

1. Bebas cukai  Pulau Bayas Tasik Kenyir. RM118 juta. Mula projek 2012, progress sudah 70%. Di era Dato’ Ahmad Said, Tapi akhirnya terhenti setengah jalan. Jadi rumah hantu.

2. Taman ilmu Tembila, projek bermula tahun 2004 pada era Datuk Idris Jusoh menjadi MB. Dengan kos RM300 juta di atas tanah seluas 770 ekar. Lalu, Pada tahun 2017, diberitakan pembinaan sudah masuk fasa yang terakhir, tapi sayang akhirnya terbiar begitu sahaja sehingga menjadi tempat tinggal lembu. Kerosakan di mana2, berlaku kes kecurian kabel di mana2, bumbung bangunan runtuh. 

Bertambah Malang, apabila dinilaikan kembali utk baik pulih pada tahun 2018 pada era Dr Sam, JKR melaporkan perlukan kos RM400 juta. What???? Apakah nasib malang kepada rakyat Terengganu. Kos asal RM300 juta. Nak baik pulih perlu lagi RM400 juta!!!!

Inilah politik “Scrape Off” yg dimaksudkan. Padahal 2 projek di atas berlaku di saat parti yang sama memerintah. Namun, apa yg dilakukan oleh Pentadbiran PAS di Terengganu, telah memberi nafas baru, pendekatan matang. tidak kira projek siapa, siapa yg dapat nama, ambillah kredit bahawa ini projek kamu. 

Ini belum lagi kita senaraikan berpuluh lagi projek gagal yg mencecah bilion, zaman BN memerintah Terengganu

Credit:Fb Sabri Mamat

KOTA AL-SUS

 KOTA AL-SUS

Kota al-Sus atau Susian merupakan salah satu kota kuno yang terdapat di Bandar Al-Ahwaaz. Ada setengah orang berkata, Al-Sus adalah nama negeri di Bukhuztan. Kota as-Sus (Susian) merupakan arabisasi dari kata asy-Susy yang bermaksud baik, indah atau bagus.

Menurut catatan sejarah, Kota al-Sus wujud beberapa tahun selepas Banjir Besar Nabi Nuh. Dikisahkan selepas Bahtera Nabi Nuh terdampar di atas puncak Gunung Judi, Nabi Nuh pun melepaskan segala haiwan yang dibawa supaya mencari penempatan masing-masing agar membiakkan keturunan. Sementara itu, 80 orang pengikut Nabi Nuh pun bertebaran di kaki Gunung Judi dan membina penempatan yang dikenali sebagai Suq Thanamin.

Kesemua pengikut Nabi Nuh hidup dalam keadaan harmoni hingga pada suatu masa, Allah Taala telah mengubah bahasa percakapan mereka hingga menjadi 80 bahasa yang masing-masing tidak dapat memahaminya antara satu sama lain. Mereka pun mengadukan hal tersebut kepada Nabi Nuh lalu Nabi Nuh bermunajat kepada Allah meminta petunjuk.

Melalui perantaraan Malaikat Jibrail, maka Nabi Nuh diajar kesemua bahasa yang diucapkan oleh 80 orang pengikutnya.  Maka untuk tempoh yang agak lama, maka kesemua pengikutnya dapat memahami kesemua bahasa yang diucapkan oleh mereka. Beberapa tahun selepas itu, mereka pun bertebaran ke pelusok benua membina peradaban.

Ibn Al-Kalbi berkata : "Anak Nabi Nuh yang bernama Nabi Sam dan keturunannya pun menduduki wilayah Asia. Kemudian anak Nabi Sam yang bernama Sus berhijrah ke Timur Tengah. Sus dikatakan telah membina penempatan dan tembok yang diberi nama sempena namanya". Ibn al-Muqaffa' berkata: " Tembok pertama yang didirikan di atas muka bumi setelah bencana Banjir Besar Nabi Nuh adalah Tembok Susian". 

Kabilah al-Sus telah berasimilasi dengan salah satu kabilah dari 80 pengikut Nabi Nuh. Percampuran itu telah menambah biak keturunan hingga mencapai 3,000 orang. Mereka hidup dalam keadaan harmoni dan mengamalkan ajaran tauhid Nabi Nuh. Mereka menjalankan perdagangan dengan menjual hasil bumi yang mereka tanam.

Kota ini pernah mengalami masa keemasan dan kejatuhan dan ramai Nabi-Nabi Allah yang pernah hadir ke Kota al-Sus. Salah seorang dari Nabi Allah itu ialah Nabi Danial.

#MAMR

Jumaat, 1 Mac 2024

Menggunakan rizab Bank Negara untuk membeli ringgit dedahkan serangan spekulator -Isham Jalil


 Tadi Lim Guan Eng bekas Menteri Kewangan berterima kasih kepada Menteri Kewangan 2 kerana kesediaan kerajaan untuk campurtangan dalam tukaran wang asing di pasaran antarabangsa untuk mengukuhkan ringgit. 

Ini bermakna menggunakan rizab Bank Negara yang kini sebanyak USD115 billion untuk beli ringgit di pasaran. Kerajaan juga akan mengarahkan syarikat berkenaan kerajaan untuk kukuhkan ringgit (i.e. dengan beli ringgit).

Saya ingin kata kepada Lim Guan Eng, dia mungkin tidak faham atau buat-buat lupa bagaimana serangan matawang berlaku. Langkah kerajaan membeli ringgit menggunakan rizab inilah punca permulaan serangan matawang berlaku. Inilah juga yang terjadi pada tahun 1997.

Apabila kamu umum kamu akan guna rizab USD Bank Negara untuk beli ringgit di pasaran antarabangsa, spekulator matawang akan beli ringgit dan ini akan kukuhkan ringgit sekejap untuk sementara waktu. Cara kukuhkan ringgit seperti ini adalah superficial atau cetek dan tidak merubah asas atau fundamental nilai ringgit malah ianya berbahaya.

Mereka (spekulator matawang) akan beli dan jual ringgit dan bermain dengan kamu sehingga satu masa mereka ada cukup ringgit untuk tunggu kamu beli dari mereka guna rizab USD kamu di Bank Negara. Apabila tiba masa itu mereka akan jual ringgit secara besar-besaran dan ringgit akan terhempas atau crash terus seperti tahun 1997 semula. Bila ini berlaku, bukan sahaja ringgit akan jadi hampas tetapi rizab Bank Negara juga akan hilang dan ekonomi Malaysia akan ranap. Pada ketika itu mungkin kita perlu minta sedekah kepada IMF atau World Bank untuk pulihkan ekonomi Malaysia.

Dulu sebelum krisis matawang 1997 semasa Anwar jadi Menteri Kewangan pertama kali pun Bank Negara telah gunakan rizab untuk bermain dengan ringgit sebelum ringgit terhempas oleh serangan spekulator. Kini bila Anwar jadi Menteri Kewangan kali kedua, kamu ingin buat perangai lama lagi. Jika krisis ekonomi berlaku lagi pasal ini jangan kata saya tidak beri amaran. Kukuhkanlah ringgit secara fundamental bukan secara superficial.

Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ada kuasa dan gunalah kuasa dan amanah itu sebaiknya. Jangan gadaikan dan memperjudikan nasib negara dan rakyat dengan kuasa ini. Fikirlah betul-betul dan dengan lebih mendalam.

ISHAM JALIL

29 Februari 2024