"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 11 April 2022

Jawatan Kosong: Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

 


Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas semasa tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Jawatan:

PENOLONG JURUUKUR BAHAN (JA29)

PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29)

PEMBANTU PERIKANAN (G19)

PEMBANTU PENGUAT KUASA (KP19)

PEMBANTU TADBIR ( PERKERANIAN / OPERASI ) (N19)

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (W19)

Untuk maklumat dan permohonan lengkap berkaitan iklan jawatan 


Tarikh Tutup Iklan :16 April 2022

Proton seru pemilik Exora jangan beli OCH bukan keluarannya


 Hos penyejuk minyak atau ‘oil cooler hose’ (OCH) adalah komponen yang menjaga transmisi dan minyak enjin kereta daripada mengalami panas melampau.

PETALING JAYA: Pemilik MPV Exora keluaran Proton dinasihatkan agar tidak membeli hos penyejuk minyak (oil cooler hose atau OCH) yang ditempah khas kerana dikhuatiri akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berlaku.

Ketua Pengurusan Kandungan Proton, Faisal Shah memberitahu pembekal OCH alternatif diragui kepakarannya selain tidak mempunyai makmal untuk tujuan ujikaji komponen buatan mereka.

Isu spesifik seperti OCH pada Proton Exora adalah salah satu isu yang sedang diberi perhatian dan kita usahakan untuk menyelesaikannya. Proton menasihatkan pengguna supaya tidak membeli komponen tidak tulen.

Bagi Proton Exora yang menggunakan enjin turbo, ia adalah satu model yang telah dilancarkan pada 2011 tetapi, pihak syarikat masih melakukan banyak aktiviti untuk meningkatkan prestasinya, termasuk menyelesaikan apa-apa isu yang ada seperti OCH,” katanya kepada FMT.

OCH adalah komponen yang menjaga transmisi dan minyak enjin kereta daripada mengalami panas melampau (overheating).

Jika OCH pecah atau rosak, minyak akan bocor menyebabkan enjin dan transmisi kereta gagal dilincirkan dengan baik, yang akhirnya menyebabkan panas melampau.

Faisal memberitahu, selepas beberapa tahun melancarkan Exora dengan enjin turbo, Proton mengenal pasti berlaku kebocoran OCH yang ketika itu diperbuat sepenuhnya daripada getah.

Katanya, pada masa itu, Proton telah pun menukar OCH pada kenderaan yang terjejas, melakukan kempen servis bagi semua kenderaan yang dikeluarkan serta menukarkan status hos sebagai perlu ditukarkan setiap 40,000 kilometer.

Dan akhir sekali memperkenalkan bahagian baru, iaitu hos separuh besi pada tahun 2018. Ini telah memanjangkan hayat hos itu kepada 80,000 kilometer dan membolehkan ia lebih bertahan pada suhu dan tekanan yang tinggi,” katanya.

Faisal yang mewakili Proton menjelaskan ketidakpuasan hati pemilik Exora yang mendakwa syarikat otomobil nasional itu gagal menyelesaikan isu OCH yang kerap pecah dan mendatangkan kerugian yang banyak.

Ujarnya, Proton akan memanggil semula kenderaan MPV keluarannya itu, jika terdapat teknologi baharu yang boleh menggantikan OCH berkenaan.

Menerusi Kelab Pemilik Exora Malaysia di Facebook, hampir setiap hantaran ahlinya berkaitan masalah OCH pecah. Malah ada yang menggelar isu OCH sebagai ‘bom jangka’ untuk Exora.

Ada yang menggelar isu OCH sebagai ‘bom jangka’ untuk Exora.

Kebanyakan pemilik Exora dalam kumpulan itu mendedahkan mereka terpaksa membeli OCH alternatif bernilai sehingga RM1,000, selepas Proton sejak 2011 dikatakan tidak menawarkan penyelesaian berkaitan isu itu.

Ada juga yang mengeluh apabila terpaksa menunggu lama untuk pusat servis Proton menukar atau menyelesaikan isu OCH dan keadaan itu memaksa mereka mencari penyelesaian sendiri dengan bantuan mekanik.

Kebanyakan pemilik Exora mendedahkan di Facebook bahawa mereka terpaksa membeli OCH alternatif bernilai sehingga RM1,000, selepas Proton sejak 2011 dikatakan tidak menawarkan penyelesaian berkaitan isu itu.
-FMT

Ahad, 10 April 2022

Gila Kos jeti kayu di Sarawak ini RM50 000 undang kecaman serius netizen

 Sebuah hantaran daripada Komunikasi Korporat JKR Sarawak di laman facebook sedang tular dan menerima kecaman serius oleh netizen seluruh negara. Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut menerima 1,800+ reaksi, 2,200+ komen dan 1,600+ perkongsian.

Mana tidaknya, hantaran tersebut memaklumkan berkenaan Majlis Penyerahan Projek Siap ‘Bina Baru Jeti Kampung Mutap’ disertakan dengan beberapa keping gambar dan maklumat lanjut. Yang menjadi persoalan dalam kalangan netizen adalah bagaimana jeti kayu sekecil ini boleh mencapai kos pembinaan sehingga RM50,000?

Kebanyakan komen menganggap ini sebagai sebuah perkara yang gila!

Ikuti kenyataan Komunikasi Korporat JKR Sarawak
Miri, 06 April 2022 – Majlis Penyerahan Projek Siap, Bina Baru Jeti Kampung Mutap, oleh Cik Fatin Fahsha Binti Adenan (wakil Jurutera Bahagian, JKR Miri) kepada Puan Sediah Binti Abdullah (KK, Kampung Mutap, Bekenu) telah diadakan pada 06 April 2022.

Tempoh mula projek ini adalah pada 07 Mac 2022 dan siap lebih awal daripada jadual iaitu pada 01 April 2022. Jeti ini dibina untuk menggantikan jeti lama yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

Kos Pembinaan RM50,000
Projek RTP DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000.00. Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang.

Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu.

Turut hadir bersama ialah Puan Jacqueline Anak Augustine (Penolong Jurutera Awam, JKR Miri) serta pihak kontraktor Bukit Balat Company.

Sumber : JKR Bahagian Miri/Mingguan Kerja

-bintangmaya.com

Patutlah minyak masak peket tak cukup... diseludup ke negara jiran

 MINYAK masak peket yang dirampas di Kampung Bendang Pak Yong. FOTO Ihsan KPDNHEP

MINYAK masak peket yang dirampas di Kampung Bendang Pak Yong. FOTO Ihsan KPDNHEP

Tumpat: Permintaan tinggi dari negara jiran mendorong seorang penyeludup mendapatkan bekalan minyak masak peket dari luar Kelantan untuk diseludup menerusi Sungai Golok di daerah ini.

Bagaimanapun modus operandi yang dilakukan itu tidak berhasil apabila kenderaan yang sarat memuatkan 653 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi ditahan di Kampung Bendang Pak Yong, di sini, 10.30 pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata, penahanan itu dilakukan bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat hasil maklumat risikan.

"Kereta Proton Iswara itu dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan di bahu jalan di Kampung Bendang Pak Yong, namun pemandunya berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu, kami menjumpai minyak masak bersubsidi anggaran 653kg disyaki untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.

"Nilai rampasan barangan kawalan minyak masak peket satu kg bersubsidi yang disita itu dianggarkan RM1,632.50 manakala kenderaan pula RM4,000 menjadikan keseluruhannya berjumlah RM5,632.50," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azanizam Affendi berkata, daripada jenama dan pembungkusan, minyak masak terbabit diperoleh dari luar Kelantan iaitu dibawa masuk daripada Terengganu.

Menurutnya, tindakan lelaki itu mendapatkan bekalan minyak masak dari luar Kelantan adalah mungkin disebabkan pembekal di negeri ini yang tidak berani menjual secara borong kepada individu.

"Minyak masak negara kita memang menerima permintaan sangat tinggi di Thailand dan dijual dua kali ganda daripada harga di sini iaitu mencecah RM5 sekilogram.

"KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau peniaga yang ingkar," katanya.

-myMetro

Muhyiddin gesa perbicaraan 1MDB Najib disegerakan

 

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin menggesa perbicaraan berkaitan skandal 1MDB di Malaysia disegerakan.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, presiden Bersatu itu dipercayai merujuk kepada perbicaraan 1MDB melibatkan musuh politiknya, Najib Razak yang masih berlangsung.

"Saya percaya mahkamah di negara kita juga akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1MDB yang masih dalam prosiding.

"Perbicaraan kes ini mesti disegerakan agar keadilan segera dicapai," katanya dalam kenyataan media.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas keputusan mahkamah Amerika Syarikat yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng atas kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram dalam kes 1MDB.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Selain merupakan perdana menteri pada masa kesalahan itu didakwa dilakukan, Najib juga merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

1 MDB dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Muhyiddin sebelum ini mendakwa Najib meminta bantuannya ketika dia menjadi perdana menteri untuk campur tangan dalam kes itu, termasuk menyingkirkan Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes itu.

Najib bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. – Mkini

Sabtu, 9 April 2022

‘Keadilan besar untuk rakyat Malaysia’, mahkamah AS dapati Roger Ng bersalah bantu seleweng dana 1MDB

 


Mahkamah Amerika Syarikat (AS) mendapati bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng bersalah kerana terlibat dalam rasuah besar-besaran dan pengubahan wang haram melibatkan dana syarikat pelaburan Malaysia Development Berhad (1MDB).

Roger Ng didapati melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat 1MDB, menurut juri Amerika yang diumumkan oleh Mahkamah di Brooklyn.

Dia dituduh mengambil sebanyak AS$35.1 juta (RM148 juta) sebagai balasan membantu ahli Perniagaan dari Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low yang telah mencuri sebanyak AS$2.7 bilion (RM11.4bilion) dari 1MDB.

Ng berdepan hukuman penjara selama 30 tahun tetapi tempohnya mungkin lebih singkat. Ng tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika keputusan juri membacakan, namun peguamnya, Marc Agnifilo menundukkan kepalanya, lapor Bloomberg.

Ng bagaimanapun kekal bebas dengan bon jaminan AS$20 juta, sementara Hakim Daerah AS Margo Brodie tidak menetapkan tarikh hukuman dilaksanakan.

Pihak pendakwa raya mengenakan tuduhan bahawa Ng berkonspirasi untuk melanggar undang-undang anti rasuah dan pengubahan wang. Dia satu-satunya pegawai bank Goldman Sachs yang dihadapkan ke mahkamah susulan terbongkarnya skandal kewangan terbesar dalam sejarah.

Dia didakwa membantu bekas ketuanya, Tim Leissner menggelapkan wang 1MDB, mengubah wang dan merasuah pegawai berkaitan untuk mendapatkan perniagaan bagi pihak Goldman.

Ng, 49, sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan dihadapinya – bersubahat dalam penggubahan wang haram dan melanggar dua undang-undang antirasuah AS.

Keputusan ini kemenangan besar dan keadilan untuk rakyat Malaysia” – Peguam Timur New York

“Keputusan itu adalah kemenangan besar demi keadilan dan untuk rakyat Malaysia yang menjadi mangsa skandal besar-besaran ini yang dilakukan dalam ketamakan dan kerakusan,” kata peguam Daerah Timur New York, Breon Peace, dalam satu kenyataan.

“Defendan dan kroninya melihat 1MDB bukan sebagai satu entiti untuk berbuat kebaikan, tetapi sebagai ‘bank simpanan’ untuk memperkayakan diri mereka dengan timbunan wang yang disedut daripada dana itu,” kata Peace.

Ketika keputusan itu dibacakan ketua juri, Ng yang memakai sut jaket dan tali leher hitam, tidak menunjukkan emosi, sebaliknya hanya sesekali memandang juri dan mejanya.

Peguam Ng, Marc Agnifilo memandang ke bawah dengan kekecewaan selepas keputusan bersalah bagi pertuduhan pertama dibacakan.

Hakim Daerah AS, Margo Brodie, kemudian mengarahkan Ng dikenakan perintah berkurung sementara menunggu hukuman dijatuhkan, namun tidak mengkategorikan lelaki itu sebagai berisiko melarikan diri.

Perbincangan berhubung keputusan itu bermula sejak Selasa lalu selepas proses perbicaraan berlangsung di mahkamah persekutuan di Brooklyn selama dua bulan.

Agnifilo memaklumkan Ng mungkin akan membuat rayuan terhadap keputusan itu, bergantung pada hasil usul pasca perbicaraan dan hukumannya.

Peguam itu turut bertegas dengan keputusannya sebelum ini yang meyakinkan Ng untuk menolak ekstradisi untuk berdepan perbicaraan, atas alasan lelaki itu memiliki peluang lebih cerah berdepan perbicaraan adil di AS berbanding Malaysia.

“Kes besar sebegini adalah berat dan amat sukar untuk menang,” katanya.

-malaysiadateline.com

SubhanaIIah..MeninggaI Di Depan Mak4m Nabi, Rupanya lni AmaIan Sepanjang Hay4tnya..

 


Subhanallah, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan apabila d1jemput Ilahi di bulan Ramadan. Lebih membahagiakan ia berlaku pada m4lam 10 terakhir Ramadhan betul-betul di hadapan makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah.

Maha Suci Allah. Kematiannya amat dicembUurui seluruh umat Islam.

Se0rang rakyat Malaysia, Badrul Munir atau mesra disapa Abang Bad di kalangan rakan-rakannya menjadi insan terpil1h apabila dijemput Ilahi betul-betul di hadapan makam Rasulullah SAW di Madinah ketika arwaAh memasuki kawasan makam untuk solat ketika mengerjakan umrah.

Berita ini menj4di viral malah bangsa Arab sendiri menganggap perkara ini amat luar b1asa kerana ianya jarang-jarang terjadi.

Apa kebaikan dan sisi baik arwaAh sehingga darjatnya diangkat begitu tinggi iaitu dapat meniInggal di hadapan makam Nabi, malam Jumaat dan lebih penting ialah di 10 malam terakhir umat Islam berpuasa.

Menurut Ustaz Jamal, salah seorang jemaah umrah dari Hulu Langat, arwAah bersolat tahajjud di dalam bilik sehari sebelum kematiIannya berlaku.

ArwaAh sempat minum satu gelas air masak dan turut memberikan segelas lagi kepada Ustaz Jamal.

ArwaAh meniInggal di hadapan Makam Nabi, Malam Jumaat dan 10 Malam terakhir Ramadan. KematiIan yang amat dicembuUrui.

ArwaAh banyak berbuat bakti kepada golongan ulama dan kerana itulah cara kematiIannya dimuliakan.

Selepas selasai minum, mereka menuju ke Masjid Nabawi, solat sunat Qabliah diikuti solat fardu Subuh dan solat jenaAzah. ArwAah kemudiannya menuju masuk ke Makam Nabi Muhammmad SAW.

“Saya dan Wak R4mli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar t4pi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula. Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW.

“ArwAah betul-betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meniInggal. Innalillahiwaninailahirojiun,” ujar Ustaz Jamal.

Amalan Abang Bad ketika hayaAtnya

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwaAh Abang Bad ini ialah beliau menjadi ‘runner’ membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Amalan besar yang Badrul Munir dapat iaitu menIinggal depan Makam Rasulullah adalah kerana dia banyak berkhidmat untuk Ulama, Madrasah, Masyaik. Semua mereka ini adalah waris Rasulullah.

KematiIannya menjadi bualan di kalangan bangsa Arab kerana cara kematiIannya cukup indah

Betapa beruntungnya arwaAh kerana didoakan 0leh orang ramai


Ratusan orang menghadiri upacara pengkebumi arwAah abang Bad tanpa mengira bangsa

ArwAah dikebumikan di Jannatul Baqi di Madinah

Jadi Allah baginya satu kemaAtian yang dicembUurui oleh semua orang. Orang-orang Arab pun kata ini orang hebat, bukan calang-calang punya manusia. Semua doa dapat untuknya. Kami sedang aturkan solat jenaAzahnya dan pengkebuUmiannya di Janantul Baqi.

Ini enam senarai kelebihan arwAah Badrul iaitu meniInggal dalam Masjid Nabawi, di hadapan Makam Rasulullah SAW, sedang berpuasa, safar umrah, malam Jumaat dan bulan Ramadan serta 10 malam terakhir.

Sangat-sangat beruntung sesiapa yang meniInggal di Madinah kerana Nabi saw akan beri syafaat.

Ini bersesuaian dengan hadis,

Sesiapa yg boleh maAti di Madinah hendaklah maAti di sana kerana Aku akan syafaat sesiapa yg mAati di Madinah. Hr Tirmizi sahih.

Engkau beruntung kerana MeniInggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur dosa-dosa. Firman Allah swt :

Dan kalaulah Apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga mem0hon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa

Allahumma Innaka ‘Afuwwun
Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni

Sumber : apacerita / coretannasihat

Kredit:tambahkeju.com

Rabu, 6 April 2022

9 lokasi 'hotspot' kaki ponteng puasa di Perlis

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

KANGAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) mengenal pasti sembilan lokasi tumpuan atau 'hotspot' dalam kalangan kaki ponteng puasa pada Ramadan ini.

Timbalan Pengarah JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman, berkata tiga daripadanya adalah 'hotspot' baharu, manakala enam lagi lokasi lama yang sering disasarkan golongan berkenaan.

Beliau berkata, ia membabitkan kawasan pekan dan beberapa kampung di tiga daerah utama, iaitu Kangar, Arau serta Padang Besar.

"Berdasarkan aduan dan pemerhatian pihak JAIPs, setakat ini, ada tiga lokasi 'hotspot' baharu dikenal pasti, selain enam 'port' lama yang turut dipantau.

"Ia antara lain turut disebabkan masih ada peniaga yang degil serta melanggar undang-undang dengan menjual makanan dan minuman sebelum masa dibenarkan," katanya kepada BH, hari ini.

Muhammad Hafeez berkata, JAIPs sentiasa melakukan pemantauan berkala, selain membuka ruang dan menggalakkan masyarakat mengemukakan aduan berhubung kesalahan terbabit.

Beliau berkata, antara kesalahan berkaitan ialah makan, minum dan merokok dengan sengaja dalam khalayak ramai ketika siang Ramadan, serta menjual makanan, minuman dan tembakau kepada orang Islam bagi tujuan tidak berpuasa, terutama sebelum waktu dibenarkan oleh pihak berkuasa.

"JAIPs sebagai agensi pelaksana dasar agama Islam negeri berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis serta peruntukan enakmen berkaitan, sentiasa berusaha memelihara kesucian Ramadan dengan menguatkuasakan Seksyen 25 Enakmen Jenayah Dalam Syarak (EJDS) 1991 (Pindaan 2012) yang khusus berkaitan kesalahan mencemarkan Ramadan.

Dalam usaha melaksanakan penguatkuasaan berkaitan perkara terbabit, kita turut merangka beberapa siri Operasi Bersepadu Ramadan (Ops Ramadan) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar, polis, Jabatan Kesihatan Perlis dan Jabatan Penyiaran Negeri sepanjang tempoh Ramadan kali ini," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif memberi kesedaran kepada orang awam berhubung kesalahan ketika Ramadan yang termaktub dalam EJDS 1991, antara lain melalui hebahan dibuat menerusi media rasmi dan media sosial serta masjid di seluruh Perlis.

"Individu yang ditahan kerana melakukan kesalahan berkenaan boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 25 EJDS 1991 (Pindaan 2012) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kali pertama.

"Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hukuman denda maksimum diperuntukkan ialah RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.

Muhammad Hafeez sekali gus menasihati seluruh umat Islam di negeri ini agar merebut peluang ketika Ramadan untuk taat beribadah serta tunduk melaksanakan perintah Allah SWT, kerana sebarang usaha mencemari kemuliaan Ramadan hanya akan merugikan diri sendiri di dunia dan akhirat.

-BH Online

Selasa, 5 April 2022

RogoI 13 Pelajar, Guru Agama yg Dipenjara Seumur Hidup Akhirnya Ditukar Hukuman Maati

 

Seorang guru yang bertugas di sebuah yayasan sekolah pondok di Bandung, Indonesia telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Dia kemudiannya dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa mencabvl dan merog0I 12 orang pelajarnya.



Foto: Sekolah tempat suspek mengajar (News Detik)

Menurut Ketua Lembaga Perlindungan Saksi & Korban (LPSK) iaitu Livia Istania DF Iskandar, suspek didakwa melakukan eksploitasi terhadap anak yang dilahirkan mngsa dengan menjadikan mereka sebagai peminta sedekah.

“Fakta persidangan menyatakan anak-anak yang dilahirkan mngsa diakui sebagai anak yatim piatu dan dijadikan sebagai peminta sedekah kepada beberapa pihak.

Dana yang diberikan kepada mangsa juga diambil oleh pelaku.”

Berikutan daripada itu, kes ini telah dibawa ke mahkamah dan telah selesai dibicarakan.

Setakat ini, sebanyak 21 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Terdahulu, Mahkamah Indonesia pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang guru kerana merogol 13 pelajar, kes yang menarik perhatian terhadap penderaan seksual di beberapa sekolah berasrama penuh agama di negara itu.

AFP melaporkan, Herry Wirawan, 36, didapati bersalah oleh mahkamah di daerah Bandung kerana merogol 13 pelajar perempuan di bawah umur menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang daripada mereka mengandung.

Pendedahan itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata Presiden Joko Widodo memberi perhatian khusus kepada kes itu.

Kes itu terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka, tahun lalu.

Semasa perbicaraan, didapati dia melakukan perbuatan itu selama lima tahun dan ramai daripada mangsanya berasal daripada keluarga miskin yang bersekolah dengan bantuan biasiswa.

Pendakwa raya meminta suntikan kimia dan hukuman mati bagi tertuduh, yang meminta hakim meringankan hukuman ke atasnya bagi membolehkan dia membesarkan anak-anaknya.

Wirawan tiba di mahkamah dalam keadaan bergari dan menundukkan kepalanya ketika hakim Yohannes Purnomo Suryo Adi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepadanya.

Mahkamah berkata kerajaan Indonesia akan membayar pampasan kepada mangsa.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia berkata, keputusan pada Selasa itu bermakna keadilan untuk mangsa sudah dilaksanakan.

Tetapi ahli keluarga salah seorang mangsa memberitahu AFP, dia sangat kecewa kerana Wirawan tidak menerima hukuman yang lebih keras dan memberi amaran bahawa itu akan membuka peluang kepada kes lain.

Terbaru, Guru agama tersebut dijatuhkan hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Bandung kerana disabitkan kesalahan merogol 13 pelajarnya sehingga hamil dan melahirkan anak.

Difahamkan, guru agama tersebut, H (bukan nama sebenar) sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kes jenayah rogol yang dilakukan.

Menurut laporan, keputusan hukuman baharu itu dibuat selepas hakim membenarkan rayuan oleh pendakwa raya.

“Selepas menerima rayuan yang dikemukakan pendakwa raya, maka Mahkamah Tinggi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap H,” kata Ketua Hakim, Herri Swantoro seperti yang dilapor Detik News.

Hukuman itu turut diubah oleh hakim tersebut mengenai keputusan Mahkamah Daerah Bandung yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap tertuduh sebelum ini.

Imbas kembali, H melakukan perbuatan terkutuk merogol kesemua 13 gadis malang itu dalam tempoh masa sekitar 2016 hingga 2021.

Difahamkan, antara mangsa yang menjadi sasarannya adalah gadis-gadis berumur antara 12 hingga 16 tahun.

Menurut rekod kes, lapan mangsa yang dirogol ‘berjaya’ dihamilkan, manakala salah seorang daripadanya pernah melahirkan anak sebanyak dua kali.

Setelah bertahun lamanya, akhirnya kegiatan terkutuk guru agama itu terbongkar pada Mei tahun lalu selepas salah seorang ibu bapa mangsa menyedari anak mereka hamil.

Sumber: New York Post, Detik News

Kredit: cikguain.com

Sabtu, 2 April 2022

Kisah Micronesia Dapat Sambutan Pahlawan Walaupun Cipta Perbezaan Jaringan -114 & Meraikan ‘Clearance’

 


Pada 7 Julai 2015, Vanuatu mencipta rekod tidak rasmi untuk kemenangan terbesar dalam perlawanan bola sepak antarabangsa apabila menjaringkan 46 gol tanpa balasan menentang Micronesia.

Perlawanan dengan skor luar biasa itu berlangsung di Papua New Guinea sebagai sebahagian daripada perlawanan rasmi Sukan Pasifik di peringkat B-23.

Micronesia hanya boleh membawa skuad dengan 18 orang pemain sahaja.

Kesemua mereka adalah pemain bola sepak amatur yang tidak mempunyai pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa, walaupun hanya di rantau Oceania.

Mereka dipilih di kampung kampung dan siapa yang ada kelapangan untuk bermain.

Micronesia ditewaskan oleh Tahiti 0-30 dalam perlawanan pembukaan.

Kemudian, tewas di tangan Fiji 0-38. Jumlah bolos mereka ialah 114 gol dalam masa 270 minit selepas dikalahkan 0-46 pada perlawanan terakhir menentang Vanuatu.

Jika pasukan lain meraikan gol, para pemain simpanan Micronesia pula meraikan dengan girang setiap kali pertahanan mereka berjaya mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti.

Pada masa itu, Jean Kaltak malah mampu menjaringkan 16 gol dalam satu perlawanan.

Dengan pertahanan dan tiada penjaga gol yang sebenar, Vanuatu menghujani gol ke gawang lawan dan terus menyerang.

Vanuatu mendahului 22-0 pada separuh masa pertama dan menjaringkan 24 gol lagi pada separuh masa kedua. Mereka “terpaksa” berbuat demikian kerana memerlukan 38 gol untuk layak ke fasa seterusnya.

Mereka berjaya mendapatkan perbezaan jaringan lebih 38 gol dalam satu perlawanan yang mereka cari.

Di sebalik kejayaan menerobosi gawang Micronesia tanpa belas, keputusan itu ternyata tidak relevan. Ini, dalam perlawanan lain, Tahiti dan Fiji seri 0-0. Ini menyebabkan pasukan ranking FIFA 200 menduduki tempat ketiga dengan hanya empat mata.

Mereka hanya mempunyai perbezaan gol +45 jadi mereka gagal untuk layak.

Vanuatu tewas 1-2 kepada Tahiti dan seri 2-2 dengan Fiji.

Vanuatu layak ke Olimpik

Perlawanan B-23 itu juga merupakan pentas kelayakan ke Olimpik. Oleh kerana Tahiti pada masa itu bukan ahli IOC.

Ini bermakna Vanuatu layak ke separuh akhir play-off Sukan Olimpik 2016. Mereka akhirnya menewaskan New Zealand 3-0 dan layak ke Rio de Janeiro.

Anehnya, New Zealand turut menurunkan pemain yang dianggap tidak selayaknya bermain sehingga mudah tewas.

Persoalan muncul kembali

Walaupun ia berlaku pada 2015, perlawanan aneh Sukan Pasifik masih menjadi kontroversi dan orang ramai memperkatakan sehingga hari ini.

Ini kerana dunia internet, dulu ramai tak tahu pun tentang perlawanan itu. Dan sekarang apabila berita itu tular kembali, maka orang akan membincangkannya.

Tiada peraturan, oh ini cerita lama, oh ini video lama – apabila ianya masuk dalam internet, orang akan membincangkannya setiap masa.

Antara yang diketengahkan oleh ramai orang ialah hakikat bahawa sebilangan pemain Micronesia tidak pernah bermain 11 menentang 11 bola sepak sebelum kejohanan itu. Mereka juga tidak pernah meninggalkan kampung mereka. Ini bermakna, mereka benar-benar baru dalam banyak cara.

Disambut sebagai pahlawan negara

Walaupun dilabelkan sebagai pasukan paling teruk, Micronesia telah dilatih oleh Stan Foster. Dia adalah jurulatih Australia. Uniknya, apabila dia kembali ke Micronesia, dia menerima sambutan pahlawan daripada rakyat mereka.

Ini kerana mereka sangat sangat berterima kasih kerana Stan Foster telah membantu negara mereka beraksi di kejohanan antarabangsa. Pengurus itu juga banyak mengorbankan masa dan tenaganya, malah dari segi kewangan untuk membantu pasukan bola sepak mereka.

Bukan kekalahan terbesar dalam rekod FIFA

Jadi bagaimana skor itu tidak dikira rekod rasmi FIFA sedangkan ianya dalam perlawanan antarabangsa?

Jawapannya, nasib baik, Micronesia bukan ahli FIFA. Jadi, dalam senarai kerkalahan dengan skor terbesar tiada nama untuk mereka.

FIFA hanya mengiktiraf rekod kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak adalah keputusan 0-31, apabila Samoa Amerika dibelasah oleh Australia tanpa sebarang belas kasihan dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2002.

-axello.net