"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Rabu, 16 Mac 2022

Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP RM10,000 - PM

 Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP RM10,000 - PM

Kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selepas mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.
Bagaimanapun, kata beliau, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Ismail Sabri berkata, ini merupakan keputusan sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Namun begitu, beliau menjelaskan, kerajaan sedia maklum pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dan mengekalkan simpanan mereka melainkan ia perlu sahaja.
"Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
"Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan," kata beliau dalam sidang media khas sebentar tadi.
Kerajaan benarkan pengeluaran simpanan KWSP RM10,000
-AstroAwani

Jawatan Kosong: Majlis Perbandaran Kajang


 Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Anak Negeri Selangor), berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak seperti berikut : 

JAWATAN 

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41  

2. Pegawai Tadbir N41 

3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 

4. Penolong Pegawai Pertanian G29 

5. Pembantu Penilaian W19 

6. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 

7. Pembantu Penguat Kuasa KP19 

CARA-CARA MEMOHON : 

1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my. 

2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut : 

(i) Salinan Kad Pengenalan 

(ii) Sijil Kelahiran 

(iii) Sijil-sijil Persekolahan 

(iv) Sekeping Gambar Berukuran Pasport 

3. Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung. 

4. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama - sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. 

5. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. 

6. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. 

Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja. 

7. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga. 

8. Permohonan yang tidak menerima apa-apa makluman selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah tidak berjaya. 

Calon yang dipanggil temuduga dan tiada makluman selepas enam (6) bulan dari tarikh temuduga adalah tidak berjaya. 

Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang. 

9. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada : 

Yang Dipertua, 

Majlis Perbandaran Kajang 

Menara MPKj, 

Jalan Cempaka Putih, 

Off Jalan Semenyih, 

43000 Kajang, 

Selangor Darul Ehsan. 

(u/p: Bahagian Sumber Manusia.) 

 TARIKH IKLAN : 15 MAC 2022 (SELASA) 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 MAC 2022 (ISNIN)


KLIK SINI UNTUK IKLAN LENGKAP

KLIK SINI UNTUK MUATTURUN BORANG PERMOHONAN ONLINE

Jawatan Kosong: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan

 


Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan, dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41

3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29

4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19

6. PEMBANTU OPERASI GRED N11

7. PENGHANTAR NOTIS GRED N11

TARAF PERKHIDMATAN: TETAP

Syarat-syarat kelayakan permohonan bagi setiap jawatan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di sini.

CARA MEMOHON:

1. Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA89) yang diperolehi melalui pautan ini https://spa9.spa.gov.my/login

2. Sila rujuk PANDUAN PENGGUNA bagi membuat permohonan ini.

TARIKH PERMOHONAN :

15 Mac 2022 hingga 28 Mac 2022 (Isnin).

UMUR

Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.

CATATAN AM :

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Semakan Melalui Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan serta emel. Tiada surat akan dihantar.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian : 09-7485089. (Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan)





Selasa, 15 Mac 2022

Gara² Panggil Kaklong Sbg Tetamu Undangan, Akhirnya ini yg Berlaku kpd TV Alhijrah

 

Tindakan TV Al Hijrah memanggil Wan Nor Baizura Bharudin (Kak Long) sebagai tetamu khas untuk sebuah program akhirnya menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya.





“Jawab lah bagi terang. Kenapa perempuan biad** kaki hamun kaki ma** tak ada ad** ni kau angkat julang sampai masuk tv.

Samp** sangat ke modal sampai ambil perempuan ni. Jahan** lah pemikiran anak-anak muda sekarang ini.

Paling senang nak famous buat video bodoh soon orang angkat jadi popular senang buat duit dengan kebodo***, memalukan.”

“Benda paling bodoh yang ******* buat  pi jemput Kak Long ** yang biad** tu jadi tetamu studio.

Untuk apa? popularkan dia lagi? Ke ******* ni lapar viewers?

Kalau betul nak ketengahkan pengajaran untuk masyarakat, patutnya jemput staff ** yang penyabar gila tu. Baru betul!”

Berikutan daripada itu, stesen TV AL Hijrah tampil mengeluarkan kenyataan media berhubung isu viral tersebut.

Menurut kenyataan TV Al Hijrah, ‘Program Trending’ merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panelis.

Ia sebagak mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long 7E’.

Ia agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.”

Menurut TV Al Hijrah lagi, mereka mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut.

“TV Al Hijrah ingin mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton.

Dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.”


Terdahulu, viral sebuah video memaparkan seorang wanita yang mengamuk kepada seorang pekerja kedai serbaneka berikutan anak lelakinya yang dipercayai dituduh di kedai berkenaan.

Wanita tersebut bagaimanapun, tampil memohon maaf kepada pekerja berkenaan atas tindakannya yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Sumber: TV Al Hijrah

Kredit:belum angin.com


Isnin, 14 Mac 2022

Gaji minimum RM1,500 tidak akan dilaksanakan tahun ini- Menteri

 Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. - Foto Bernama

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan gaji minimum baharu yang dicadangkan sebanyak RM1,500 tidak akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata sebaliknya perkara itu akan diumumkan dalam terdekat memandangkan situasi ekonomi negara ketika ini bertambah baik.

Katanya, kebanyakan perniagaan juga dilihat berkembang serta menunjukkan trend pemulihan.

"Kerajaan mengambil maklum permintaan beberapa pihak untuk menyegerakan pelaksanaan gaji minimum baharu kepada kadar lebih tinggi berikutan keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Namun, kadar gaji minimum yang baharu hanya akan dilaksanakan dengan melihat keperluan sebenar rakyat dan kemampuan majikan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai cadangan kerajaan melaksanakan kadar gaji minimum sekitar RM1,500.

-BH Online

Jumaat, 11 Mac 2022

Buka sempadan, Langkawi dijangka terima 2.5 juta pelancong

 

JUMLAH kemasukan pelancong ke Langkawi dijangka mencapai seramai 2.5 juta orang apabila pintu sempadan negara dibuka bermula pada 1 April ini.

ALOR SETAR: Langkawi dijangka mencatatkan kedatangan seramai 2.5 juta pelancong apabila sempadan negara dibuka bermula pada 1 April ini sekali gus menjana pendapatan sehingga RM900 juta sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, sasaran itu realistik ekoran sempadan buat pertama kali dibuka sejak Mac 2020.

“Ini adalah sasaran yang dibuat oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan LTA dengan pembukaan pintu sempadan yang membolehkan lebih ramai pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand datang ke Langkawi termasuk dari Asia Barat. Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana membuat keputusan membuka pintu sempadan yang dilihat mampu menyemarakkan pelancongan Langkawi,” katanya di sini hari ini.

Ads by Kiosked

Tambah beliau, pembukaan sempadan juga dijangka memulihkan semula ekonomi penduduk Langkawi yang bergantung kepada industri pelancongan.

“Kita berharap ekonomi Langkawi akan pulih. Pendapatan yang diraih pada 2020 dan 2021 iaitu sepanjang pandemik cuma sekitar RM763 juta sahaja berbanding RM1.7 bilion pada 2019 di mana Langkawi mencatatkan kedatangan lebih 3.67 juta kedatangan pelancong. LTA percaya pelancong dari negara jiran seperti Singapura teruja untuk ke Langkawi kerana aktiviti ekopelancongan dan pelancongan sukan. Sementara pelancong dari Indonesia pula dengan pelancongan kesihatan,” katanya.

Jelasnya, penggiat pelancongan di Langkawi juga kini sudah membuat pelbagai persiapan untuk menerima kedatangan pelancong berskala besar seperti itu.

“Apa gelembung pelancongan bermula semua sektor pelancongan di Langkawi sudah diaktifkan. Jadi kami semua sudah bersedia namun begitu kita berharap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memberi jaminan Langkawi tidak akan menjadi tempat penularan pandemik ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia & Sukan dan Pembangunan Usahawan & Koperasi negeri, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, kerajaan negeri menyambut baik mengenai pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April ini kerana dapat merancakkan semula aktiviti pelancongan dalam dan luar negara.

“Pelancong masih perlu memuat turun aplikasi MySejahtera serta lengkap vaksinasi walaupun tiada keperluan untuk menjalani kuarantin. Mereka hanya perlu menjalani Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR ) dua hari sebelum berlepas serta Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan,” katanya.

Tambahnya, bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat masih boleh menggunakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) bagi Malaysia dan negara terbabit iaitu Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. – UTUSAN

Arowana Kembar Siam Jadi Tarikan Penggemar Ikan Tapi Bukan Untuk Dijual

 IKAN jenis Malaysian Goldfish Arowana yang bercantum pada bahagian perut milik Arham.

IKAN jenis Malaysian Goldfish Arowana yang bercantum pada bahagian perut milik Arham.

Kuala Lumpur: Dua ikan jenis Malaysian Goldfish Arowana yang bercantum pada bahagian perut sejak lahir atau 'kembar siam' menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Mana tidaknya, kedudukan kedua ekor ikan dalam keadaan terbalik menambahkan lagi rasa ingin tahu warganet berkenaan penjagaan serta pemakanan ikan berkenaan.

Pemiliknya, Arham Aziz, 34, berkata, dia baru sahaja membeli ikan kembar siam itu daripada rakannya kira-kira sebulan lalu pada harga RM2,000.

"Awalnya, kawan (pemilik asal) memang tak nak jualkan ikan kembar siam itu kepada saya. Ambil masa lama juga untuk pujuk dia (sebelum dijual).

"Saya sendiri faham kalau kita jumpa di pasaran luar pun memang susah untuk orang lepaskan kerana ikan ini lain daripada lain.

"Ada juga yang (sudah) menghubungi saya untuk membeli ikan kembar ini namun saya beritahu mereka ia bukan untuk dijual," katanya.

Bercerita lanjut mengenai pasangan kembar siam itu, Arham berkata, ikan peliharaannya itu diletakkan dalam akuarium kecil bagi memudahkan ia makan seperti biasa kerana tidak dapat berenang dengan laju seperti ikan lain.

"Cara penjagaan dia pun sama sahaja seperti ikan lain. Namun, ikan kembar ini tak boleh diletakkan dalam air yang terlalu tinggi kerana susah untuk dia berenang.

"Sebab itu juga, saya letakkan dia di akuarium yang lebih kecil untuk dia senang cari makan dan tak penat untuk mengejar makanan dia.

"Bagaimanapun, daripada segi pemakanan itu sama sahaja. Ikan yang berada di bawah juga boleh makan sendiri sekiranya ada ikan-ikan kecil berenang berdekatan," katanya.

Arham berkata, dia mengumpul ikan spesies Malaysian Golden Arowana serta Super Red Kalimantan sebagai hobi dan sehingga kini sudah mempunyai 50 ekor ikan.

Katanya, sebagai seorang pengumpul dan juga peniaga ikan, dia tidak menafikan rezeki 'bertambah' selepas menjaga ikan istimewa atau kembar siam itu.

Tambahnya, dia juga kini banyak menjalankan perniagaan import dan mengeksport ikan sekiranya mendapat permintaan dari luar negara.

-myMetro

Selasa, 8 Mac 2022

Zahid berani sumpah laknat, tapi BN, UMNO takut pula ikrar tolak rasuah

 

Bayangkan jika semua calon BN/UMNO mengangkat sumpah ikrar menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa di hadapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak yang sekarang ini berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuah dan penyelewengan. - Gambar FB Zahid Hamidi

Kenapa Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, takut mengarahkan semua 56 calon parti berkenaan yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sedangkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tunjuk berani untuk sumpah laknat?

Sebelum ini, Zahid menafikan pernah berjumpa Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan daripada tuduhan mahkamah.

“Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat TSMY ke atas saya,” kata Zahid.

Zahid kini berdepan dengan 87 pertuduhan, termasuk membabitkan jenayah rasuah yang melibatkan jutaan ringgit, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam. Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zahid telah diperintah membela diri atas 47 pertuduhan.

Sementara, Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak pula telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes SRC International.

Mahkamah Rayuan juga telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu setelah menolak rayuan Najib.

Kedua-duanya berdepan puluhan tuduhan jenayah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan berbilion-bilion ringgit yang dilakukan ketika mereka menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika BN memerintah sebelum 2018.

Dan, bayangkan juga sekiranya semua 56 calon BN/UMNO itu mengangkat sumpah ikrar menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa, di hadapan Zahid serta Najib.

Persoalan itu turut dibangkitkan Ketua Bahagian Bersatu Maran, Datuk Jasri Jamaludin yang menekankan bahawa semua calon parti politik yang bertanding pada PRN Johor kali ini seharusnya berani menandatangani ikrar integriti dan bebas rasuah seperti dilaksanakan PN.

“Hanya PN berani mengarahkan semua 56 calonnya pada PRN Johor menandatangani ikrar integriti dan bebas rasuah manakala parti lain termasuk BN dan Pakatan Harapan (PH) mahu pun PKR masih belum berbuat demikian.

“Bayangkan bagaimana calon BN mahu menandatangani ikrar itu disaksikan oleh Zahidi dan Najib, yang terbabit dengan pelbagai kes di mahkamah.

“Jadi, rakyat khususnya di Johor kena faham, PRN berkenaan diadakan iaitu tidak lain tidak bukan kerajaan BN/UMNO mahu kembali berkuasa dan mahu membebaskan pemimpin mereka terutamanya yang sudah didapati bersalah oleh mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasri berkata, keputusan terbaik harus dibuat rakyat Johor dengan mengundi calon PN yang sudah menandatangani ikrar integriti dan bebas rasuah.

Katanya, ia penting bagi memastikan masa depan anak cucu pengundi dan bangsa Johor lebih terjamin dan bebas daripada amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa daripada berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Kalau pemimpin atasan terbabit dengan rasuah maka orang bawahan dan pemimpin akar umbi turut akan terpalit seperti kata pepatah Melayu ‘macam mana ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus tetapi ia sendiri mengikut laluan salah’,” katanya.

Sementara itu, beliau tidak menolak kemungkinan BN akan mengadakan satu lagi PRN di Perak jika mereka meraih kemenangan bergaya di Johor, pada 12 Mac nanti.

“Saya juga melihat kemenangan PRN Johor akan menjadi sebab kukuh untuk BN/UMNO mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sekali gus membolehkan mereka kembali berkuasa penuh di Putrajaya dan membebaskan Kluster Mahkamah dari kes masing-masing,” dakwanya.

-Agenda Daily

Kes Rasuah: 'Pembelaan Rosmah penafian kosong semata-mata' - Pendakwa

 Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

KUALA LUMPUR: Pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap tiga tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak, adalah penafian kosong semata-mata dan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah, demikian ditegaskan pihak pendakwaan.

Pendakwaan menerusi hujahan bertulisnya di akhir kes pembelaan, berhujah isteri bekas perdana menteri itu dalam pembelaannya, mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi yang menyebabkannya menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Menurut pendakwaan, Rosmah menafikan dakwaan bahawa beliau mengarahkan bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, untuk meminta rasuah bagi dirinya.

"Persoalannya, adakah Rizal mempunyai kedudukan yang cukup besar dari segi politik untuk membuat tuntutan itu bagi dirinya sendiri.

"Memandangkan tertuduh mempunyai kedudukan yang tinggi dan berdasarkan fakta bahawa dalam kata-katanya sendiri bahawa dia "tidur dengan PM", adalah sangat tidak mungkin Rizal membuat tuntutan untuk dirinya sendiri.

"Kedua, tertuduh mendakwa bahawa Rizal menggunakan namanya untuk meminta rasuah, tetapi dilihat kepada keseluruhan keadaan, termasuk risiko terhadapnya (Rizal), adalah sangat tidak mungkin Rizal menggunakan nama tertuduh semata-mata bagi dirinya.

"Ketiga, fakta bahawa tertuduh menggunakan Rizal untuk meminta rasuah adalah konsisten dengan modus operandinya. Tertuduh boleh sahaja pergi ke balai polis dan membuat laporan," kata pendakwaan.

Pihak pendakwaan memfailkan hujahan bertulis itu minggu lalu melalui e-filing dan pembelaan pula sebelum ini diarah membalas hujahan mereka pada 30 Mac, sebelum ia didengar di Mahkamah Tinggi pada 5 April ini. Dokumen itu dilihat media hari ini.

Sementara itu pendakwaan berkata, Rosmah ketika disoal balas, menyatakan bahawa beliau bukanlah seseorang yang bodoh, dan ia (pendakwaan) bersetuju dengannya kerana beliau bukannya bodoh apabila menggunakan Rizal untuk mendapatkan rasuah.

Menurut pendakwaan, Rosmah terlalu bijak dan licik untuk membuat tuntutan itu bagi dirinya sendiri dan atas sebab itu, ia (pendakwaan) menyatakan bahawa kenyataan pembelaan Rosmah tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap keterangan saksi iaitu Rizal, Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin dan rakan kongsi Saidi, Rayyan Radzwill Abdullah

Pendakwaan menegaskan , pembelaan Rosmah gagal untuk menangkis anggapan niat rasuah melalui imbangan kebarangkalian.

"Kes pembelaan adalah, tertuduh mangsa konspirasi yang menyebabkan dia didakwa dan pelaku sebenar ialah Rizal, Saidi dan Rayyan dan beberapa saksi pendakwaan lain yang memberi keterangan terhadapnya.

"Kenyataan saksi tertuduh dan keterangannya ketika disoal balas pula terdiri daripada serangan ke atas Timbalan Pendakwa Raya yang mengetuai pendakwaan (Datuk Seri Gopal Sri Ram) dan ke atas saksi pendakwaan, yang secara asasnya gagal sama sekali.

"Adalah dihujahkan pada peringkat ini pihak pembelaan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan gagal untuk menangkis anggapan niat rasuah," kata pendakwaan.

Berhubung isu motif, pendakwaan berhujah dengan menimbulkan persoalan mengapa Rizal, Saidi dan Rayyan berpakat untuk "mengenakan" tertuduh seperti yang didakwa olehnya (Rosmah), yang turut mendakwa bahawa kesemua saksi adalah pesalah dan mereka berbuat demikian untuk melepaskan diri daripada kesalahan mereka.

Pendakwaan berkata, jika dilihat kepada keadaan secara keseluruhannya, versi tertuduh adalah tidak masuk akal kerana tiada sebab bagi Saidi dan Rayyan mengada-adakan kes terhadap tertuduh, yang mana ia boleh dilihat melalui bukti cara kutipan RM 1.5 juta daripada bank dan kemudian diserahkan kepada tertuduh.

Katanya, apa yang berlaku melalui kejadian itu seperti dijelaskan oleh Saidi, menangkis tanggapan bahawa saksi itu mereka-reka cerita untuk mengaitkan tertuduh.

"Oleh itu pihak pendakwaan dengan ini menyatakan bahawa tuduhan meminta rasuah sudah berjaya dibuktikan dan untuk diputuskan oleh mahkamah tanpa sebarang keraguan munasabah," kata pendakwaan.

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini antara Mac dan April 2016.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Kesemua kes itu diperintahkan untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan perbicaraan bermula pada 5 Februari 2020.

Pada 18 Februari 2021, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah untuk membela diri atas kesemua pertuduhan yang dihadapinya.

-BH Online

Isnin, 7 Mac 2022

Sumber: Polis tahan ambulans untuk elak bertembung konvoi PM

 


Rakaman video yang memaparkan polis trafik menahan sebuah ambulans bagi memberi laluan untuk konvoi masuk ke jalan utama di Johor Bahru tular di media sosial, dengan orang ramai mempersoalkan tindakan itu.

Malaysiakini difahamkan insiden itu, yang berlaku pada Sabtu lalu, melibatkan konvoi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selepas dia melancarkan program Aspirasi Keluarga Malaysia di Plaza Angsana di Johor Bahru.

Rakaman dashcam menunjukkan ambulans swasta dengan siren dibunyikan ditahan untuk memberi laluan kepada konvoi itu dimuat naik di media sosial semalam.

Seorang sumber daripada pihak penguatkuasaan berkata ambulans tersebut ditahan kerana konvoi tersebut, yang bergerak dari arah Taman Tasek, telah masuk ke jalan utama dengan kelajuan tinggi dari jejambat. 

Sumber itu berkata jika ambulans itu dibenarkan meneruskan perjalanan, ia berisiko bertembung dengan konvoi di depannya.

Namun, katanya lagi, ambulans itu diberi keutamaan berbanding kenderaan lain dan dibenarkan meneruskan perjalanan terlebih dahulu selepas konvoi berlalu.

Malaysiakini menghubungi ibu pejabat polis Bukit Aman berhubung insiden itu, dan pihak polis menyambungkan pertanyaan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. Jabatan itu belum memberi maklum balas.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh ibu pejabat polis daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Ketika pelancaran program Aspirasi Keluarga Malaysia minggu lalu, Ismail Sabri menegaskan kepentingan kestabilan politik.

Turut hadir di acara itu adalah penyandang menteri besar Hasni Mohammad, yang juga pengerusi BN Johor.

Kunjungan Ismail Sabri di tengah kempen PRN Johor. Pengundi akan membuat pilihan mereka pada 12 Mac ini.

Pada Disember lalu, sebuah ambulans turut ditahan di Hulu Langat, Selangor bagi memberi laluan kepada konvoi Ismail Sabri ketika dia melawat kawasan yang terjejas akibat banjir.

Selepas rakaman video insiden itu tular, Polis Selangor menjelaskan langkah itu dibuat atas faktor keselamatan.