"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Selebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selebriti. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Januari 2022

Nabila Razali buat kejutan untuk ‘wartawan cilik’

TANGKAP layar video yang dimuat naik Nabila ketika menghubungi Muhammad Haziq.

PETALING JAYA – Siapa sangka, si cilik yang viral dengan video ular sawa baru-baru ini iaitu Muhammad Haziq Mohd Asyraf merupakan peminat penyanyi terkenal, Nabila Razali.

Ingin memberikan kejutan istimewa, Nabila, 30. mengambil peluang membuat panggilan video dengan Haziq yang turut diberikan jolokan sebagai wartawan cilik itu.

Pada tahun 2020, Haziq ada buat sedikit kerja seni dan dengarnya dia peminat saya. Jadi, hari ini saya buat kejutan dengan menghubunginya menerusi panggilan video.

“Saya doakan semua impian Haziq tercapai dan menjadi cef terkemuka seluruh dunia. Jadi anak yang soleh dan belajar rajin-rajin,” katanya kepada kanak-kanak yang berasal dari Bukit Selambu, Kedah itu.

Penyanyi lagu Putus itu turut mengakui terhibur dengan kepetahan dan keletah Haziq dalam beberapa buah video sebelum ini.

Lebih manis, dalam panggilan video tersebut, Nabila turut berduet dengan Haziq menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Malah, dia tidak akan menolak sekiranya diberikan kesempatan untuk bertemu kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang juga pesakit talasemia itu.

“Dia sangat petah bercakap dan sangat terhibur keletahnya terutama video ular sawa. Memang tak pernah sangka kehebatan hadir daripada seorang kanak-kanak.

“Jika ada rezeki, saya memang nak jumpa Haziq dan juga lupa tempah kek dengannya,” katanya lagi.

 Baru-baru ini, Haziq mendapat perhatian ramai apabila dia dikatakan mempunyai bakat besar dalam bidang pengacaraan selepas muncul menerusi beberapa buah video, terutama laporan penemuan ular sawa. – K! ONLINE

Selasa, 28 Disember 2021

'Majlis kahwin pasangan selebriti terkenal langgar SOP' - Polis

 Tangkap layar video tular yang dikatakan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di Genting Highlands.

Tangkap layar video tular yang dikatakan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di Genting Highlands.

BENTONG: Majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di Genting Highlands dekat sini pada 15 Disember lalu, kini disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu, dengan satu video berdurasi 41 saat yang tular dimuat naik menerusi sesawang Facebook memaparkan majlis pasangan selebriti terkenal itu yang diadakan di sebuah villa di tanah tinggi itu.

Katanya, siasatan polis mendapati majlis itu berlangsung kira-kira jam 8.30 malam pada 15 Disember lalu.

"Berdasarkan video terbabit, didapati ada tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka, selain tidak mengamalkan penjarakan sosial, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, keadaan majlis itu didapati telah melanggar SOP Fasa 4 PPN.

Beliau berkata, susulan itu, polis akan mengesan dan mengenalpasti kesemua individu yang hadir pada majlis perkahwinan terbabit.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Perkara 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Dalam masa yang sama, Zaiham meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).-BH Online

Jumaat, 22 Oktober 2021

Jenaka rogol cerminan masalah budaya masyarakat, kata NGO

 

Kenyataan yang menormalkan keganasan seksual tidak boleh diterima sama sekali, menurut NGO.

PETALING JAYA: Jenaka rogol yang disiarkan di khalayak umum mencerminkan masalah budaya masyarakat yang sangat mendalam, kata Ketua Kempen, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Abinaya Mohan.

Katanya, gangguan seksual dan pemerkosaan tidak dianggap sebagai serius walaupun ia adalah perbuatan yang merupakan “simbol kejahatan”.

Alasan “nafsu” tidak boleh menghalalkan jenayah rogol, tambahnya, selain berkata, sebagai sebuah komuniti, setiap individu berperanan memastikan si pelaku bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

“Kita sudah pun berada dalam 2021. Kenyataan seperti ini daripada seseorang yang begitu popular yang menormalkan keganasan seksual tidak boleh diterima sama sekali,” katanya kepada FMT.

Abinaya berkata, bagi memahami keparahan isu jenayah seksual dalam kalangan masyarakat, industri kreatif, khususnya personaliti TV, perlu mendalami ilmu mengenai gangguan seksual atau kekerasan terhadap wanita.

“Industri kreatif mempunyai kekuatan untuk berkomunikasi secara terus dengan khalayak umum, mereka perlu menggambarkan keganasan seksual dan kesamarataan jantina secara bertanggungjawab.

“Kita tidak lagi boleh bertahan dan membiarkan kejadian seperti ini berlaku tanpa bersuara,” katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membentangkan segera Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual.

“Kita perlu undang-undang yang lebih baik untuk menangani perkara ini dan melindungi rakyat Malaysia daripada gangguan seksual dan jenaka rogol,” katanya.

Baru-baru ini tular di platform media sosial klip video sebuah program yang menyasikan pelakon Fauzi Nawawi memperincikan babak rogol membabitkan Raja Farah dalam filem Anak Halal yang diterbitkan pada 2007, sekali gus mencetuskan kemarahan warganet.

Dua tetamu undangan lain dalam program itu adalah Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy, yang turut berkongsi pengalaman mengenai watak jahat lakonan mereka.

Susulan kontroversi ini, Fauzi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan mengakui beliau langsung tidak berniat memalukan sesiapa.

Sementara itu, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fatin Nur Majdina Nordin berkata, sudah tiba masanya mutu karya industri hiburan tempatan melangkah lebih jauh dengan mengangkat tema kritikan sosial, budaya, politik dan kemasyarakatan yang membina jati diri dan pemikiran masyarakat.

Tegasnya, kemungkinan perbualan dalam kalangan golongan lelaki berlangsung tidak terkawal bukan alasan konkrit bagi menjelaskan kontroversi itu.

“Lawak dan perbualan lucah tidak seharusnya dijadikan normal dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila ia disiarkan di kaca televisyen yang akan ditonton oleh segenap lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau turut menggesa agar RUU Gangguan Seksual segera dibentangkan dan dikuatkuasakan.

“Isu perlecehan maruah wanita masih terus berlaku rentetan tiada akta yang benar-benar melindungi wanita dalam isu ini,” tegasnya.-FMT

Sabtu, 16 Oktober 2021

“Nak Cakap Apa, Nak Datang Meminang” DSV ‘Cer0b0h’ Rumah Lqbal Bagi Cincin Pukul 3 Pagi

 


Usahawan dan bakal penyanyi, Iqbal Zulkefli terkejut dengan kedatangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida ke kediamannya seawal pukul 3 pagi pada Sabtu.

Jelas Iqbal, tindakan Vida seakan-akan mencer0boh kawasannya itu tanpa dirancang biarpun telah merahsiakan alamat kediamannya daripada pengetahuan sesiapa sebelum ini.

“3 pagi, terkejut. Mana dapat alamat ni. Aduh, tak faham betullah. Tanpa bagitahu pun mahu datang.

Terkejut saya keluar tak pakai baju tak pakai seluar. Tadi nasib balk gelap,” kata Iqbal dalam sepotong video yang dimuat naik di media sosialnya.

Dalam video berkenaa, Vida memegang sebentuk cincin permata jenis tanzanite biru sambil memakainya di hadapan Iqbal.

Kata Vida; “Nak cakap apa, I nak datang meminang?”

Selain Vida, sesi pertemuan itu turut ditemani anak terunanya, Kacak yang muncul bersama kereta pemandu peribadi mereka.

Tegas Iqbal, dia tidak berupaya memberikan Iayanan balk kepada tetamunya yang muncul secara mengejut dan akan memulangkan semula cincin yang telah dihadiahkan kepadanya itu.

“Kedatangan Datuk Seri Vida di rumah saya jam 3 pagi tadi tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada bulan September. Saya keluar tanpa pakaian penuh kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah.

Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa.

“Saya layan sahaja dengan em0si yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tdak akan sesekali pakai.

Semestinya saya akan pulangkan kembali. Saya sebenarnya penat begin’,” tulis Iqbal.

Dalam hantaran sama, Iqbal turut menghubungi pengawal keselamatan mempertikaikan kebenaran untuk kenderaan milik Vida memasuki kawasan rumahnya pada lewat malam.

Sumber : Gempak

Kredit:gegar hiburan.com

“Caprice Ni Poyo, Syok Sendiri, Minta RM600,000 Untuk Buat Lagu” -Iqbal


 Baru-baru ini, perkongsian bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli menjadi perhatian apabila mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.

Menerusi perkongsian tersebut, Iqbal turut menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM500,000 untuk mencipta lagu termasuk muzik video. Ujarnya, tujuan lagu tersebut adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dan mahu lagu tersebut menjadi kenangan.

Terbaru, hasrat Iqbal untuk bergelar penyanyi hampir terbantu apabila penyanyi rap Caprice meletakkan harga tinggi untuk sebuah lagu ciptaannya.

Bagaimanapun, Iqbal menyifatkan Caprice seorang yang berlagak serta permintaan penyanyi itu agak mengarut apabila memintanya untuk menari di depan orang ramai.

“Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok. Caprice nak harga RM600,000, mengarutkan?” katanya.


Sebelum ini, menerusi Insta Story, Iqbal berkata dia sudah menghubungi kumpulan Floor88 untuk menghasilkan lagu untuknya dan kini sedang mengikuti kelas vokal.
“Saya dah lock buat lima buah lagu dengan Eric (Floor88). Dia telak harga market dan standard semasa, tak macam orang lain ambil kesempatan dengan saya.

“Tapi kalau ikut hati nak lagu daripada komposer yang ada nama macam M.Nasir, baru ada standard.

“Sebenarnya suara saya okay je. Tak perlu menyanyi pakai autotune. Dulu saya belajar taranum jadi tahu sikit macam mana lontar vokal,” katanya.

-rotikaya.com

“Caprice ni poyo, syok sendiri. Saya minta lagu lain tapi dia nak ikut pendapat dia je. Ada ke patut dia suruh saya nyanyi lagu hip hop lepas tu menari depan orang ramai.

Khamis, 7 Oktober 2021

Entah apa akan jadi kalau saya tidak temui Malaysia, Islam - Mat Dan

 Entah apa akan jadi kalau saya tidak temui Malaysia, Islam - Mat Dan

Kisah Mat Dan yang tiba-tiba menjadi popular di Malaysia, mendapat perhatian BBC Radio yang menemuramahnya. - Foto Instagram/Mat Dan
KUALA LUMPUR: Sememangnya bukan perkara luar biasa untuk orang kita ke negara barat dan menetap di sana, namun pasti agak 'pelik' apabila individu dari negara luar, terutama dari negara barat, memilih untuk menetap di Malaysia.
Nama Mat Dan, atau Mohammad Kareef Daniel Abdullah bukan asing di pendengaran kita malah dia merupakan salah seorang selebriti paling dikenali di Malaysia, yang bermula gara-gara kefasihannya bertutur dalam dialek Terengganu.
Kisah Mat Dan yang tiba-tiba menjadi popular di Malaysia, mendapat perhatian BBC Radio yang menemuramahnya bagi mengetahui kisahnya sepanjang lebih sedekad di negara ini.
Dalam temuramah hampir 20 minit, Mat Dan berkongsi kisah hidupnya, bagaimana Malaysia mengubahnya menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
"Saya tidak tahu pun Malaysia di mana, saya dan kawan-kawan berada di Thailand ketika itu dan tidak merancang langsung untuk singgah ke Malaysia.
"Terlalu banyak perbezaan hidup saya sebelum ini dan sekarang. Memang dahulu saya muda, tidak banyak fikir tentang kehidupan apalagi masa depan.
"Saya masih orang yang sama, tetapi saya tinggalkan apa yang membuatkan saya tidak bahagia. Saya sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, itu sahaja perubahan paling besar dan positif dalam hidup saya.
"Jujur, saya tidak tahu apa akan jadi kalau saya tidak 'menemui' Malaysia dan Islam," katanya kepada penyampai radio, Emily Webb.
Lelaki berusia 31 tahun dari Cheltenham, England ini mengakui, keramahan dan kemesraan rakyat Malaysia sebagai faktor utama dia jatuh hati dengan negara ini.
"Semasa sampai di Terengganu, saya duduk minum di sebuah warung, seorang lelaki membayarkan harga minuman saya. Saya tanya kenapa, katanya saya nampak seperti baru sampai dan tidak kenal sesiapa, jadi dia mahu buat saya rasa selesa.
"Saya kagum dan di situlah saya terfikir, mungkin saya boleh tinggal lama di sini," ceritanya lagi.
Tambah Mat Dan, bergelar Muslim juga bukan satu perancangan namun perkenalan dengan ramai sahabat beragama Islam membuatkan dia mula bertanyakan banyak soalan, dan menemui jawapannya dalam Islam.
Bapa kepada dua cahaya mata ini menganggap penceburannya dalam dunia hiburan dan seterusnya dikenali sebagai selebriti, bukan pilihan sebaliknya satu tuah dan rezeki.
"Saya tak suka perkataan selebriti itu. Tetapi saya terima dan akur dengan hakikat bergelar orang yang dikenali di sini.
"Memang akan ada orang persoalkan, ramai orang asing datang ke Malaysia, pekerja Bangladesh dan Myanmar, ramai yang boleh berbahasa Melayu dengan baik tetapi tidak pula jadi selebriti.
"Tetapi saya tidak datang ke sini untuk menjadi selebriti. Saya hanya seorang traveller, tetapi kemudiannya menjadi terkenal. Ia terjadi begitu sahaja dan saya akur," ujarnya.
Mat Dan juga dikenali sebagai hos beberapa program televisyen, antaranya Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan, selain pernah muncul sebagai pelakon.
Dia mengahwini Nadifa Adnan pada 2017, dan dikurniakan dua anak, Zayne dan Eydan.
-AstroAwani

Khamis, 16 September 2021

Pergi daftar nikah, Azaria Tagaya dan suami terus selamat bernikah

AZARIA bersama suaminya, Reza Syafiq bernikah semalam.
AZARIA bersama suaminya, Reza Syafiq bernikah semalam.

Kuala Lumpur: Personaliti TV3, Azaria Tagaya, 36, selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Reza Syafiq Zainal Rashid, 32, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, semalam.

Dalam majlis jam 12 tengah hari itu, Azaria atau nama sebenarnya Azaria Tagaya Norio Tagaya menerima sebentuk cincin dan mas kahwin, RM300 tanpa sebarang hantaran.

 Azaria yang juga pembaca berita Buletin Utama dan Nightline serta hos Money Matters berkata, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar dengan dihadiri keluarga terdekat saja.

"Kami sebenarnya tak tetapkan satu tarikh untuk nikah memandangkan keadaan sekarang masih lagi dalam pandemik. Tarikh semalam pun bukan dipilih kerana kami hanya nak langsungkan secepat mungkin.

"Kami pergi buat pendaftaran di pejabat agama dan kemudian ambil nombor giliran. Kemudian dapat tarikh nikah, 15 September. Saya sebenarnya kena bekerja semalam dan terpaksa ambil cuti untuk kahwin. 

"Hanya wali dan pasangan pengantin saja yang dibenarkan hadir, semalam. Baju nikah saya dijahit oleh mak dan dipadankan dengan Converse. Selepas nikah, baru kami jumpa keluarga dan rakan terdekat," katanya kepada Harian Metro.

AZARIA Tagaya.

AZARIA Tagaya.

Azaria berdarah campuran Jepun di sebelah ayah dan ibunya keturunan Pakistan, manakala Reza yang bekerja sebagai jurumekap kesan khas untuk filem berketurunan Pakistan dan Cina. 

Menurutnya, mereka tidak merancang mengadakan majlis resepsi dan hanya melaksanakan perkara yang wajib saja. 

"Memang dari kecil saya impikan nak kahwin secara ringkas saja dan tak suka majlis besar-besaran sebab saya rasa membazir.

"Bagi saya lebih baik kami berjimat wang untuk masa depan dan hidup bersama," katanya.

-myMetro

Selasa, 17 Ogos 2021

Wow:Ini kenderaan milik Youtuber terkenal Syahmi Sazli, dari NVX hingga Mustang!

 

Siapa sahaja yang tidak mengenali Youtuber terkenal yang berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli yang saban hari namanya semakin dikenali dan melonjak naik.

Video-video drama pendek yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya mendapat perhatian oleh rakyat Malaysia kerana terhibur dengan gelagat bintang utama Yoe dan Asif. Kebanyakan video juga adalah lakonan spontan mereka.  

Saluran itu kini mempunyai 2.25 juta pengikut dan dan mencatatkan jutaan jumlah tontonan untuk setiap video.

Syahmi juga dikhabarkan memperoleh pendapatan hasil karyanya di Youtube yang dianggarkan puluhan bahkan ratusan ribu ringgit sebulan. Dengan pendapatan tersebut, Syahmi juga dikatakan mampu memiliki beberapa buah kenderaan untuk kegunaan hariannya dan dalam proses pembuatan video.

Disini, kami akan senaraikan beberapa buah kenderaan milik Syahmi Sazli.

1.Toyota Alphard

Syahmi Sazli

Syahmi dilihat memandu sebuah Toyota Alphard pada awal tahun 2019. Kini, MPV mewah ini berharga sekitar RM300,000 keatas.

2. Ford Ranger

Syahmi Sazli

Dalam kerjayanya, kelib4t jentera ini sering dilihat dan ia sering digunakan dalam proses pembuatan video pendek. Anggaran harga untuk jentera ini ialah RM80,000.

3. Honda Jazz

Syahmi Sazli

Honda Jazz telah diguna oleh Syahmi sejak zaman bujangnya sebelum berkahwin dengan isteri, Anissa Faizul. Jentera ini juga banyak digunakan dalam drama pendek.

Baru-baru ini Syahmi telah menukar warna jentera ini kepada warna kuning dengan menggunakan kaedah “wrap“. Anggaran harga untuk jentera ini pada masa ini ialah RM40,000.  

4. Toyota Yaris

Syahmi Sazli

Syahmi Sazali jarang dilihat memandu kereta ini, namun berdasarkan akaun Instagram isterinya iaitu Anissa Faizul, terdapat gambar yang memaparkan Anissa bergambar dengan kereta tersebut.

Tidak dapat dipastikan kereta ini milik Syahmi atau tidak kerana tiada gambar atau video yang menunjukkan Syahmi atau Anissa memandu kereta tersebut.

5. Perodua Alza

Syahmi Sazli menggunakan kereta ini pada sekitar tahun 2018 untuk sesi photo shoot dan urusan penggambaran video. Kini MPV ini dianggarkan bernilai sekitar RM40,000.

6. Ford Mustang

Hasil berkarya di Youtube selama beberapa tahun, Syahmi kini dilihat memandu dan bergambar bersama sebuah Ford Mustang. Jentera dari pengeluar kenderaan Amerika Syarikat tersebut dianggarkan berharga sekitar RM250,000.

Memang Mustang biasa menjadi kenderaan popular bagi mereka yang mula mencipta nama di media sosial, ya?

7. Yamaha NVX

Jangan ingat Syahmi Sazli tak layan motor! Dia juga memiliki motosikal keluaran dari syarikat Yamaha iaitu NVX.

Motosikal ini merupakan kenderaan yang digunakan untuk kegunaan harian Syahmi. Anggaran harga untuk motosikal ini ialah RM12,000.

-sinarviral.com

Khamis, 5 Ogos 2021

'Transporter' pekerja seks:Isu Berkaitan Selebriti Di Tahan Polis

POLIS menemui pelbagai bahan bukti dengan penahanan selebriti terbabit.
POLIS menemui pelbagai bahan bukti dengan penahanan selebriti terbabit.

Kuala Lumpur: Seorang selebriti lelaki berusia 40-an yang ditahan polis berhubung kegiatan pemerdagangan manusia dipercayai terbabit dengan khidmat seks di hotel dengan bayaran melebihi RM1,000 untuk tempoh lapan jam.

Sumber berkata, siasatan polis mendapati artis lelaki terbabit berperanan sebagai 'penghantar' pekerja seks yang terlebih dahulu ditempah secara dalam talian menggunakan aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis lelaki terbabit mengambil pekerja seks itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum membawanya ke sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

"Soal siasat terhadap wanita ditahan itu mendakwa dia terbabit dalam kegiatan pelacuran dikendalikan seorang ejen bernama Kevin yang berperanan mempromosikan khidmat seks melalui pelbagai aplikasi media sosial.

"Biasanya pelanggan yang berminat diminta mendepositkan wang ke dalam akaun bank diberikan Kevin untuk melanggan pelacur," katanya.

Menurutnya, artis lelaki itu yang mendakwa kekasih wanita terbabit berperanan sebagai transporter untuk menghantarnya kepada pelanggan yang menanti di hotel.

"Tangkapan dilakukan bukan secara kebetulan berikutan polis merancang rapi dan mengadakan operasi khas bagi membongkar aktiviti pemerdagangan manusia itu untuk tujuan eksploitasi seks.

"Hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai barang bukti antaranya telefon pintar, kondom dan wang disyaki hasil kegiatan jenayah itu," katanya.

Dalam kejadian 10 pagi Ahad lalu, polis menahan artis itu selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dalam sekatan jalan raya di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, susulan tangkapan itu pihaknya berjaya menyelamatkan seorang wanita di sebuah bilik hotel berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

"Mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor," katanya.

Amran berkata, lelaki itu kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selain dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

"Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini," katanya.-myMetro