"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan

Selasa, 28 September 2021

Setelah Dicuri SPRM Siasat Jika Ada Barang Kes Lain Dicuri

 

AGENSI antirasuah menyiasat sekiranya terdapat kecurian bahan bukti dalam kes lain yang sedang disiasat atau dibicara seperti melibatkan kes Hasanah Abdul Hamid, kata sumber.

Pegawai kanan agensi itu memberitahu The Malaysian Insight, siasatan itu dijalankan kerana imej agensi tersebut terjejas teruk dengan kecurian bahan bukti kes Hasanah.

“Meskipun kes ini terpencil tetapi ia sudah menjejaskan imej agensi antirasuah ini secara keseluruhan,” kata sumber.

Beliau turut mengesahkan pegawai tersebut termasuk penyiasat dalam kes Hasanah, yang merupakan ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

“Tiga pegawai itu termasuk seorang daripadanya adalah pegawai siasatan kes ketua jabatan itu. Disebabkan itu dia mempunyai akses kepada barang kes dalam sitaan,” katanya.

Menurut sumber lagi, tiga pegawai itu termasuk seorang penguasa kanan, seorang penguasa dan ketua penolong penguasa kanan banyak terbabit dalam siasatan kes termasuk yang berprofil tinggi.

“Ini termasuk kes di Sabah dan beberapa kes GLC di Kuala Lumpur yang masih dalam perbicaraan selain beberapa kes rasuah biasa yang dalam siasatan.”

Jelasnya, siasatan tertumpu kepada penguasa kanan berkenaan kerana pegawai itu antara individu bertanggungjawab menyimpan barang sitaan sesuatu kes yang disiasat.

“Namun semua barang sitaan sudah diambil alih serta merta daripada akses mereka.

“Tiga pegawai itu juga sudah diminta mengisytiharkan harta masing-masing termasuk ahli keluarga terdekat bagi mengesan sekiranya ada kemewahan luar biasa,” katanya.

Sumber mengesahkan SPRM menyita sebuah rumah di Lembah Klang, dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Honda Civic Type R serta dua motosikal jenis Ducati.

Pada Khamis minggu lalu, polis turut mengesahkan menahan salah seorang daripada tiga individu terrsebut ditahan untuk siasatan kes memiliki dadah berbahaya, senjata api serta peluru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, dua kertas siasatan dibuka berhubung tangkapan itu.

Ia dikaitkan dengan kes Hasanah yang dituduh di mahkamah pada 2018 atas dakwaan melakukan pecah amanah membabitkan duit RM50.4 juta milik kerajaan.

Beliau bagaimanapun dilepaskan tanpa dibebaskan oleh mahkamah pada April lalu.

Sebaik dibebaskan, Hasanah mendakwa wang berjumlah AS$6 juta (RM25 juta) miliknya hilang dan digantikan dengan wang palsu. Beliau membuat aduan tidak rasmi mengenai kes itu.

SPRM seterusnya pada 20 September mengesahkan tiga pegawainya ditahan dan telah direman enam hari berkaitan kecurian barang kes itu.

Suruhanjaya itu juga menegaskan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah dan akan bertindak sewajarnya.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin pula meminta polis mempercepatkan siasatan kes, selain bersetuju ia diklasifikasi sebagai kes curi lapor The Malaysian Insight

-Anak Sungai Derhaka

Jumaat, 24 September 2021

Polis dedah salinan kad UNHCR Sajat

 

Bukit Aman berkata, Sajat juga didapati telah menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya masih orang yang sama.

PETALING JAYA: Polis mendedah dan mengedarkan salinan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, Sajat yang kini sedang menunggu tawaran \ negara ketiga telah memohon kad berkenaan ketika berada di Thailand.

Katanya, Sajat kini sedang menunggu tawaran untuk ditempatkan di negara ketiga namun pihak polis akan meneruskan usaha berpandukan undang-undang sedia ada untuk membawa usahawan kosmetik itu pulang ke Malaysia.

“Nur Sajat juga didapati telah menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya masih orang yang sama,” katanya menurut laporan Kosmo!.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed, Ketua JSJ Selangor, Nik Ezanee Mohd Faisal dan Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed Mohamed.

Jalil berkata, kes melibatkan Sajat itu merupakan kes yang kecil sahaja melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, iaitu menghalang tugas penjawat awam, jadi beliau menasihatkan Sajat agar pulang sahaja ke tanah air.

“Kami juga yakin keluarga Nur Sajat boleh membantu menasihatkannya untuk pulang bagi menghadapi pertuduhan yang bagi kami tidaklah seberat mana,” ujar beliau.

Terdahulu, media melaporkan pihak polis kini sedang di dalam proses membawa pulang Nur Sajat memandangkan Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.-FMT

Fitnah Ebit: Kertas siasatan berhubung Caprice, Nadir ke DPP

 

NADIR AL-NURI (kiri) dan CAPRICE

PETALING JAYA: Kertas siasatan melibatkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kertas siasatan tersebut sedang dirujuk bagi tindakan pendakwaan.

“Sebelum ini, ia diserahkan untuk disemak ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kita telah merujuk kepada DPP untuk tindakan selanjutnya pada Rabu lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 2 September lalu, polis mengambil keterangan Muhammad Nadir dan Caprice berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu.

Kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi e-mel.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

EBIT LEW

Pada 22 Julai lalu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau. – UTUSAN ONLINE

Polis buka siasatan penularan video lucah didakwa milik pendakwah bebas

- Foto hiasan
- Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bukit Aman membuka satu kertas siasatan susulan penularan video dan mesej lucah di laman sosial Telegram yang didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Katanya, pihaknya juga menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan.

 "Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini dimohon untuk menyalurkannya kepada Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi di taliam 03-22666071.

Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat pendedahan berhubung gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang penceramah terkenal di laman sosial Telegram.

Tindakan Multiracial Reverted Muslims (MRM) mendedahkan beberapa keping tangkap layar yang memaparkan perbualan berunsur lucah di antara penceramah terkenal terbabit dengan seorang wanita itu didedahkan bertujuan untuk kesedaran bahayanya pemangsa seksual.-BH Online

Isnin, 20 September 2021

Nur Sajat dilaporkan sudah ditahan

 NUR Sajat.

NUR Sajat.

Kuala Lumpur: Misteri 'kehilangan' usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sumber memaklumkan Nur Sajat, 36, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Memperincikan perkara itu, sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara berkenaan pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan jabatan imigresen Thailand.

"Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

"Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia," katanya memaklumkan Nur Sajat ditahan bersama dengan seorang lelaki tempatan (Thailand) yang juga berperwatakan sepertinya di kondominium mewah itu.

Menurutnya, Nur Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara gajah putih itu.

"Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Nur Sajat bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

"Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat," katanya.

Ditanya di manakah Nur Sajat kini berada, sumber itu memaklumkan, Nur Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.

"Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari," katanya.

Menjawab soalan wartawan, sumber itu memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini.

"Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.

"Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya," katanya.

KRONOLOGI kes babitkan Sajjad.
KRONOLOGI kes babitkan Sajjad.

Tunggu kebenaran nak pindah Australia

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Nur Sajat yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.

Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Nur Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.

"Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

"Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

"Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok," katanya.

Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Nur Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

"Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok," katanya.

Skuad Khas Harian Metro sedang mendapatkan ulasan UNHCR Malaysia dan Bangkok serta Kedutaan Australia di Malaysia berhubung dakwaan itu.

Ditanya apa alasan sebenar Nur Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

-myMetro

Jenayah seksual: Wanita dakwa jadi mangsa pendakwah terkenal diminta buat laporan

TANGKAP layar InstaStory di akaun Instagram milik caprice mengenai wawancara pengakuan mangsa jenayah seksual pendakwah terkenal.

 PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal tampil membuat laporan polis.

Laporan polis itu perlu bagi siasatan lanjut dapat dijalankan selepas pendedahan yang dilakukan wanita berkenaan menerusi sebuah wawancara semalam.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, wawancara tersebut tidak mendedahkan identiti mangsa dan pemangsa dan seeloknya  individu yang mendakwa menjadi mangsa jenayah seksual tersebut tampil membuat laporan polis.

“Kita tidak tahu siapa pendakwah terkenal yang dimaksudkan mangsa dalam wawancara itu memandangkan ramai pendakwah terkenal di Malaysia.

“Hanya mangsa sahaja yang tahu siapa individu berkenaan, jadi dia kena datang membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai wawancara yang mendedahkan pengakuan seorang mangsa jenayah seksual membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Terdahulu, penyanyi rap terkenal, Caprice dalam InstaStory di akaun Instagram miliknya berkongsi mengenai wawancara berkenaan dan mempersoal siapa pendakwah terkenal berkenaan.

Video wawancara berdurasi tiga minit 38 saat itu memaparkan pengakuan seorang wanita dikenali Diana telah menjadi mangsa jenayah seksual kepada seorang pendakwah terkenal.

Wanita terbabit mendakwa perlakuan terbabit berlaku selepas dirinya menghubungi pendakwah berkenaan bagi meminta pandangan mengenai masalah yang menimpa dirinya.

Namun dakwa wanita berkenaan, pendakwah berkenaan telah mengeluarkan pertanyaan lucah dan menyebabkan dirinya terasa teraniaya.

Dakwa wanita itu lagi, dia cuba memberitahu kepada keluarga dan suaminya mengenai perkara yang berlaku namun mereka tidak mempercayai dan meminta dirinya berdiam diri. – UTUSAN ONLINE

Khamis, 16 September 2021

Siasatan kes fitnah Ebit Lew selesai - Polis

Siasatan kes fitnah Ebit Lew selesai - Polis
Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Siasatan kes fitnah melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew selesai.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, kertas siasatan (IP) bagi kes berkenaan telah dirujuk ke Bukit Aman.
"Kita telah merujuk perkara ini ke Bukit Aman untuk diteliti. Sekiranya terdapat kekurangan kita akan memperbaikinya, sebelum merujuk perkara berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya, dalam satu sidang media di sini pada Rabu.

 Tambahnya, pihak polis tidak akan mengambil keterangan penyanyi rap Caprice.

"Kita sedia maklum Caprice telah kembali ke Malaysia, baru-baru ini.
"Bagaimanapun, tiada keperluan untuk memanggilnya (Caprice) untuk tujuan merekodkan keterangan memandangkan dia telah menjawab persoalan menerusi emel, baru-baru ini," tambahnya.
Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.
Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
-AstroAwani

Khamis, 9 September 2021

Pelik Tapi Benar:Tangan ghaib kebas tanah RM7 juta

 MANGSA menyedari kehilangan hak milik tanah (dalam kurungan) selepas dimaklumkan anak saudara.

MANGSA menyedari kehilangan hak milik tanah (dalam kurungan) selepas dimaklumkan anak saudara.

Kuala Lumpur: Dua beradik wanita berusia 50-an terkejut mendapati tanah milik mereka di tengah ibu kota dianggarkan bernilai lebih RM7 juta berpindah milik kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan.

Persoalannya, bagaimana pejabat tanah boleh meluluskan pemindahan hak milik tanah lot seluas 1,858 meter persegi (20,000 kaki persegi) itu kepada syarikat berkenaan tanpa keizinan pemilik asal.

Susulan perkara itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada 12 Ogos lalu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber memberitahu Harian Metro mangsa hanya menyedari kehilangan hak milik tanah selepas dimaklumkan anak saudaranya pada 10 Ogos lalu.

"Dia melakukan semakan dengan pegawai pejabat tanah dan mengakui terkejut apabila tanah miliknya disahkan sudah ditukar hak milik kepada syarikat berkenaan tanpa pengetahuannya.

"Mangsa mendakwa tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak dan membuat pemindahan hak milik tanah kepada mana-mana individu ataupun syarikat. Lebih menghairankan bagaimana tanah boleh dipindah milik tanpa pengetahuan pemilik tanah itu sendiri. Urusan tukar hak milik tanah ini bukan benda mudah, saya khuatir ada perkara tidak betul berlaku di pejabat tanah itu," katanya kepada Harian Metro.

Sumber sama memaklumkan susulan laporan dibuat mangsa, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan lima lelaki termasuk peguam yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

"Tangkapan dilakukan di sebuah rumah di Ukay Perdana, Ampang dan di IPD Dang Wangi selepas semua individu selesai memberi keterangan," katanya.

Ditanya mengenai identiti mereka yang ditahan itu, sumber memaklumkan individu terbabit adalah peguam yang menyediakan dokumen serta pekerja yang ditugaskan menghantar dokumen berkenaan.

"Setakat ini tiada lagi pegawai pejabat tanah ditahan untuk siasatan. Pasukan polis menyiasat kes berkenaan termasuk penyaluran wang yang dikaitkan dengan penjualan dan pembelian lot tanah berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan berkenaan.

"Kami sudah tahan lima lelaki tempatan dan merampas 22 set dokumen dipercayai digunakan dalam urusan penjualan dan pertukaran hak milik tanah.

"Semua individu ditahan reman satu hingga empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 KK," katanya.

Beliau enggan mengulas lanjut berkaitan pembabitan pegawai pejabat tanah dalam kes itu, namun menegaskan siasatan lanjut dan terperinci dilakukan pihaknya dari semua aspek.

Katanya, perkembangan lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.

-myMetro

Selasa, 24 Ogos 2021

Mangsa gangguan seksual Ebit Lew sudah dirakam keterangan

 Laporan Harian Metro.

Laporan Harian Metro.

Kuala Lumpur: Polis sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan enggan mendedahkan identiti mangsa dan jumlah saksi yang tampil bagi membantu siasatan.

Abd Jalil berkata, siasatan berhubung perkara itu masih diteruskan dan pihak polis masih menunggu saksi lain tampil membantu siasatan.

"Masih belum ada perkembangan terbaru lagi, orang ramai yang ada maklumat boleh tampil," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, 37, dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit Lew ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

-myMetro

Jumaat, 20 Ogos 2021

Laporan Ebit Lew, PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice

 Laporan Ebit Lew, PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice

Kedua-dua individu tersebut dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew (kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu tersebut dikesan untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.
"Kita sudah berbual (chat) dengan kedua-dua individu ini, namun tidak dibalas, jadi kita telah minta bantuan Interpol untuk kesan dan berhubung dengan mereka.
Ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kedua-dua individu berkenaan diminta berhubung dengan polis bagi tujuan siasatan.
"Kita minta kedua-dua individu ini beri kerjasama, untuk rakam percakapan, sebab semua proses kita sudah laksanakan cuma rakaman percakapan kedua-dua individu ini masih belum dapat dijalankan.
"Kita minta kedua-dua ini dapat beri maklum balas secepat mungkin," katanya.
Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.
Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi.
-AstroAwani

Polis geledah rumah Ebit Lew, lengkapkan siasatan

 Ebit Lew

Ebit Lew

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menggeledah rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew bagi melengkapkan siasatan, petang hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya hanya melakukan pengeledahan itu bagi tujuan siasatan selepas pendakwah terbabit diambil keterangan siang tadi.

"Kita bukan menyerbu rumah beliau (Ebit Lew) sebaliknya hanya proses menggeledah bagi melengkapkan proses siasatan," katanya ketika dihubungi.

Namun masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat rampasan barangan bagi melengkapkan siasatan setakat ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Dalam pada itu, Abd Jalil dalam kenyataan petang hari ini mengesahkan polis merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

"Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus," katanya dalam kenyataan itu.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

-myMetro

Khamis, 5 Ogos 2021

'Transporter' pekerja seks:Isu Berkaitan Selebriti Di Tahan Polis

POLIS menemui pelbagai bahan bukti dengan penahanan selebriti terbabit.
POLIS menemui pelbagai bahan bukti dengan penahanan selebriti terbabit.

Kuala Lumpur: Seorang selebriti lelaki berusia 40-an yang ditahan polis berhubung kegiatan pemerdagangan manusia dipercayai terbabit dengan khidmat seks di hotel dengan bayaran melebihi RM1,000 untuk tempoh lapan jam.

Sumber berkata, siasatan polis mendapati artis lelaki terbabit berperanan sebagai 'penghantar' pekerja seks yang terlebih dahulu ditempah secara dalam talian menggunakan aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis lelaki terbabit mengambil pekerja seks itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum membawanya ke sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

"Soal siasat terhadap wanita ditahan itu mendakwa dia terbabit dalam kegiatan pelacuran dikendalikan seorang ejen bernama Kevin yang berperanan mempromosikan khidmat seks melalui pelbagai aplikasi media sosial.

"Biasanya pelanggan yang berminat diminta mendepositkan wang ke dalam akaun bank diberikan Kevin untuk melanggan pelacur," katanya.

Menurutnya, artis lelaki itu yang mendakwa kekasih wanita terbabit berperanan sebagai transporter untuk menghantarnya kepada pelanggan yang menanti di hotel.

"Tangkapan dilakukan bukan secara kebetulan berikutan polis merancang rapi dan mengadakan operasi khas bagi membongkar aktiviti pemerdagangan manusia itu untuk tujuan eksploitasi seks.

"Hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai barang bukti antaranya telefon pintar, kondom dan wang disyaki hasil kegiatan jenayah itu," katanya.

Dalam kejadian 10 pagi Ahad lalu, polis menahan artis itu selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dalam sekatan jalan raya di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, susulan tangkapan itu pihaknya berjaya menyelamatkan seorang wanita di sebuah bilik hotel berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

"Mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor," katanya.

Amran berkata, lelaki itu kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selain dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

"Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini," katanya.-myMetro

Isnin, 2 Ogos 2021

Polis siasat dakwaan 107 ahli politik sertai perhimpunan

 Ketua Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) turut hadir bersama sebahagian Ahli Parlimen dari blok pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka seterusnya berarak secara aman menuju ke Parlimen susulan sesi Dewan Rakyat di Parlimen yang dijadualkan hari ini telah ditangguhkan. FOTO ASWADI ALIAS

Ketua Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) turut hadir bersama sebahagian Ahli Parlimen dari blok pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka seterusnya berarak secara aman menuju ke Parlimen susulan sesi Dewan Rakyat di Parlimen yang dijadualkan hari ini telah ditangguhkan. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Polis sudah menerima dua laporan berhubung perhimpunan diadakan sekumpulan Ahli Parlimen berhampiran Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Susulan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan serta merujuk perkara itu ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, polis juga akan memanggil pihak terbabit serta minta kerjasama mereka yang dipercaya akan dapat membantu siasatan.

"Ada yang kata seramai 107 orang yang ada (menyertai perhimpunan) tetapi saya belum diberi taklimat mengenainya," katanya ketika sidang media di sini, tadi.

Mengenai tindakan polis menutup sebahagian jalan di sekitar bandar raya, beliau menjelaskan bahawa pihaknya berbuat demikian susulan maklumat diterima bakal berlaku satu perhimpunan digelar sebagai 'Solidariti Bersama Anwar Ibrahim Di Parlimen'.

Menurutnya, polis kemudiannya menyemak dengan pihak Parlimen dan dimaklumkan bahawa tiada persidangan ( Sidang khas Dewan Rakyat ) diadakan hari ini.

"Bertindak atas maklumat itu, polis mengadakan sekatan dan juga lencongan untuk tidak membenarkan sebarang kenderaan dan individu memasuki Parlimen.

"Ia dilakukan demi menjaga keselamatan masyarakat dan Ahli Parlimen yang ada. Itu adalah asas kepada tindakan yang dibuat oleh pihak polis pada pagi tadi," katanya.

Menurutnya, siasatan perhimpunan itu akan dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan (kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa) dan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Azmi juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang notis untuk perhimpunan berkenaan dan juga tidak berlaku sebarang kekecohan di lokasi kejadian.

Dalam perhimpunan hari ini, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen lain berhimpun di kawasan Dataran Merdeka untuk mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.-myMetro

Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia

e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia


Jawatan, Syarat Kelayakan & Tarikh Permohonan e-Pengambilan PDRM 2021 Terkini

Permohonan untuk pengambilan baharu PDRM bagi jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 (Lelaki Sahaja) dibuka dari 2 Ogos hingga 15 Ogos 2021.

Sila rujuk Syarat Permohonan seperti di bawah:

NOTA: Permohonan bagi jawatan lain akan dimaklumkan sekiranya terdapat kekosongan dalam masa terdekat.

Cara Permohonan Online Melalui e-Pengambilan PDRM

ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.

 Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan online bagi jawatan Polis menerusi laman web  https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

e-pengambilan pdrm

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, sila rujuk langkah berikut:

  1. Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
  2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
  3. Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  4. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
e-pengambilan pdrm

Semakan Jawatan

  1. Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat
    kelayakan memohon.
  2. Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak
  3. Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
  4. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
  5. Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
e-pengambilan pdrm

Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang

  1. Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
    Masuk.
  2. Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  4. Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

Permohonan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM

  1. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
  2. Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
  4. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  6. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  7. Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.

Semak Status Permohonan e-Pengambilan PDRM

Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.

  1. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  2. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  3. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/


Credit:central.my